rasm uthmani tauqifi, 7 huruf

21
RASM UTHMANI TAUQIFI 7 HURUF HIKMAH 7 HURUF

Upload: luqmanul-hakim-md-sadakah

Post on 16-Jan-2016

278 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

7 huruf

TRANSCRIPT

RASM UTHMANITAUQIFI

7 HURUFHIKMAH 7 HURUF

Tauqifi (Antara ulama: Imam Malik, Imam Ahmad, Ibn Darastawaih, Abu al-Baqa’, Al-Qadhi ‘Iyadh) Golongan pertama berpendapat bahawa Rasm Uthmani ialah tauqifi dan

tidak boleh mengubahnya, haram menyalahi (penulisan) nya serta penyusunannya adalah termaktub mengikut surah dan ayat. Juga dilarang daripada mendahulukan ayat atau surah ke atas yang lain.

Berkata ibn Darastawaih: dua jenis penulisan yang tidak boleh dikias (kepada penulisan lain) iaitu penulisan mushaf (zaman Khalifah Uthman ibn Affan r.a.) dan penulisan syair Arab.

Imam Malik pernah ditanya: “Adakah anda menulis mushaf mengikut penulisan orang ramai dengan berpegang kepada al-hija’ (hija’iah atau tulisan mengikut bahasa rasmi) ?” Lalu beliau menjawab: “Tidak, melainkan penulisan yang mula-mula (Rasm Uthmani)”. Bahkan Al-Imam al-Qadhi ‘Iyadh dengan nada tegas telah menyebut di akhir kitabnya: “Dan sesungguhnya barangsiapa yang mengurangkan hurufnya dengan sengaja, atau menukarnya dengan huruf yang lain, atau menambah padanya satu huruf yang tidak meliputi mushaf yang telah disepakati ijma’, dan seluruh ummah telah bersepakat bahawa ia bukanlah al-Quran, maka sesungguhnya beliau telah kufur”.

Istilahi (Antara ulama: Abu Bakr al-Baqillani, Ibn Khaldun)Golongan kedua pula berpegang bahawa

Rasm Uthmani ini adalah bukan tauqifi dan tidak salah sekiranya mengubah penulisan mengikut kaedah penulisan bahasa Arab (selagi mana tidak berubah ayat al-Quran).

Tauqifi dan Istilahi (Antara ulama: Sultan al-Ulama’ Izzuddin Abd al-Salam, Badruddin al-Zarkashi)

Golongan yang ketiga berpendapat bahawa harus hukumnya untuk menulis al-Quran dengan penulisan bahasa Arab kini bagi masyarakat awam, namun juga dengan menjaga dan mengekalkan Rasm Uthmani oleh para ulama dan orang-orang tertentu (pakar alQuran). Ia seperti peninggalan sejarah dan warisan yang perlu dipelihara bagi generasi akan datang.

Sahih Bukhari dan Muslim  ع�ن� ، �م�ان� �ي ل �ي س� �ن ، ق�ال� ح�د�ث م�اع�يل� �س� �ا إ �ن ح�د�ث

�ن� �ه� ب �د� الل �ي ، ع�ن� ع�ب ه�اب� �ن� ش� �س�، ع�ن� اب �ون ي�ن� ع�ود�، ع�ن� اب �ن� م�س� �ة� ب �ب �ن� ع�ت �ه� ب �د� الل ع�ب

�ه� س�ول� الل �ن� ر� �اس� ـ رضى الله عنهما ـ أ ع�بأ�ن�ي صلى الله عليه وسلم ق�ال� " ر� أ�ق�

ل� ل�م� أ�ز� ، ف� ف� ر� ب�ر�يل� ع�ل�ى ح� ج�ت�ى ان�ت�ه�ى ت�ز�يد�ه� ح� س�

أ�ف� ر� ب�ع�ة� أ�ح� إ�ل�ى س�

Jibril telah mengajar aku membaca al-Quran dengan satu huruf lalu aku terus memintanya ditambah dan beliau menambahnya sehinggalah tujuh huruf.

Sahih Bukhari dan Muslim ع�ن� ، ه�اب� �ن� ش� ، ع�ن� اب Nك� �ا م�ال ن �ر� ب خ�

� ، أ �وس�ف� �ن� ي �ه� ب �د� الل �ا ع�ب �ن ح�د�ث�ه� ق�ال� ن

� �ق�ار�يS، أ �د� ال �ن� ع�ب ح�م�ن� ب �د� الر� �ر�، ع�ن� ع�ب �ي ب Vن� الز� و�ة� ب ع�ر�م�ع�ت� �ق�ول� س� �خ�ط�اب� ـ رضى الله عنه ـ ي �ن� ال م�ع�ت� ع�م�ر� ب س�

�ر� م�ا ق�ان� ع�ل�ى غ�ي �ف�ر� ة� ال ور� � س� أ �ق�ر� �، ي ام �ن� ح�ز� � ب �ن� ح�ك�يم ام� ب ه�ش��يه�ا، ن

� أ �ق�ر� �ه� صلى الله عليه وسلم أ س�ول� الل �ان� ر� ؤ�ه�ا، و�ك �ق�ر� أ�ه� �ت �ب �ب �م� ل ، ث ف� �ص�ر� �ى ان �ه� ح�ت �ت م�ه�ل

� �م� أ �ه�، ث �ي �ع�ج�ل� ع�ل �ن� أ �د�ت� أ و�كSي �ن �ه� صلى الله عليه وسلم ف�ق�ل�ت� إ س�ول� الل �ه� ر� �ت� ب �ه� ف�ج�ئ �ر�د�ائ ب�ه� ". ل س� ر�

� �يه�ا، ف�ق�ال� ل�ي " أ �ن ت� أ �ق�ر� �ر� م�ا أ � ع�ل�ى غ�ي أ �ق�ر� م�ع�ت� ه�ذ�ا ي س�

�م� ق�ال� ل�ي " �ز�ل�ت� ". ث ن� �ذ�ا أ �. ق�ال� " ه�ك أ � ". ف�ق�ر� أ �ه� " اق�ر� �م� ق�ال� ل ث

. �ز�ل�ت� ن� �ذ�ا أ ت� ف�ق�ال� " ه�ك

� أ � ". ف�ق�ر� أ �ن�ز�ل�اق�ر�  أ آن� ر�  ال�ق� � إ�نر� �ا ت�ي�س ن�ه� م� ء�وا م� ر� اق�  ف� ف� ر� ب�ع�ة� أ�ح� ع�ل�ى س�

Hadis Umar bin Al-Khattab r.a katanya: Aku mendengar Hisyam bin Hakim bin Hizam membaca surah Al-Furqan tidak sama dengan bacaanku yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w kepadaku. Hampir-hampir aku mencela beliau ketika masih dalam pembacaannya. Namun aku masih dapat menahan kemarahanku ketika itu. Setelah selesai aku mendekati Hisyam lalu ku pegang kain serbannya. Kemudian aku mengajaknya menghadap Rasulullah s.a.w. Aku berkata kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya tadi aku mendengar orang ini membaca surat Al-Furqan tidak sebagaimana yang kamu bacakan kepadaku. Rasulullah s.a.w bersabda: Suruhlah dia membacanya sekali lagi. Hisyam pun memenuhi permintaan Rasulullah s.a.w tersebut. Dia membaca sebagaimana sebelumnya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Memang demikianlah surah itu diturunkan. Kemudian baginda menyuruhku pula: Bacalah! Aku pun membacanya. Baginda pun bersabda: Demikianlah surah itu diturunkan. Sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan dengan tujuh huruf (kaedah bacaan) maka kamu bacalah yang mudah bagi kamu.

Imam Sayuti (meninggal 911 H) mengulas hadis tujuh huruf ini dengan menegaskan terdapat 40 pendapat ulama’ yang menghurai maksud tujuh huruf.

1. pendapat pertama adalah yang mengatakan Al-Quran itu diturunkan dalam tujuh bahasa dari tujuh bangsa selain bangsa Arab. Pendapat ini karena adanya kalimat-kalimat yang bukan dari bahasa Arab dalam Al-Quran seperti ‘Sirat’ (Rome), ‘Istabraqen’ (Yunani), ‘Sijjil’(Parsi), ‘Haunaan’(Siryani).

2. Pendapat kedua adalah yang mengatakan Al-Quran itu diturunkan dengan tujuh jenis qiraat (bacaan) tetapi pendapat ini lemah.

3. Pendapat ketiga adalah yang menyatakan bahwa yang dimaksudkan tujuh huruf tersebut ialah tujuh bahasa kabilah Arab yang masyhur di waktu itu.

1. Larangan (1), perintah (2), halal (3), haram (4), peringatan (5), perbandingan (6) dan hujah (7)

2. Balasan baik (1) dan buruk (2), halal (3), haram (4), peringatan (5), perbandingan (6) dan hujah (7).

3. 7 bahasa yaitu Quraisy (1), Yaman (2), Jarham (3), Hairizam (4) , Qurdaah (5), Al-Tamim (6) dan Ther (7).

4. 7 Qiraat sahabat yaitu Abu Bakar (1), ‘Umar (1), ‘Usman (3), ‘Ali (4), Ibn Mas’ud (5),Ibn ‘Abbas (6) dan Ubay bin Ka’ab (7).

5. DZahir(1), batin (2), fardu (3), sunat (4) ,khusus (5), umum (6),dan perbandingan(7)..

6. Depan (1), akhir (2), faraid (3), hudud (4), peringatan (5), mutasyabihah (6) dan perbandingan (7).

7. Perintah (1), larangan (2), akad (jual beli) (3,4), ilmu ghaib (5), zahir (6) dan batin (7).

8. Hamzah (1), imalah (2), baris atas (3), baris bawah (4), tebal (5), panjang (6) dan pendek (7).

9. Perintah (1), larangan (2), berita gembira (3), peringatan (4), khabar (5), perbandingan (6) dan peringatan (7)

Syeikh Abdul Fattah al-Qadhi telah memilih pendapat al-Razi iaitu:1. Perbedaan pada bentuk isim , antara

mufrad, tasniah, jamak muzakkar atau mu’annath. Contoh:

(Al-Mukminun: 8)iaitu ه�م�� �ات dan dibaca mufrad dalam qiraat ألم�ان

lain ه�م�� ألم�انت

2. Perbedaan bentuk fi’il madhi , mudhari’ atau amar. Contoh:

(Saba’ : 19)

Sebaagian qiraat membaca lafaz ‘rabbana’ dengan rabbuna, dan dalam kedudukan yang lain lafaz ‘ba’idu’ dengan ‘ba’ada’.

3. Perbezaan dalam bentuk ‘irab. Contoh, lafaz

(Al-Baqarah: 282) dibaca dengan disukunkan huruf ‘ra’

sedangkan yang lain membaca dengan fathah

Perbezaan dari segi I’rab(harakat akhir kata) contohnya :

(surah yusuf 12:31) بشرا هذا ماjumhur membacanya dengan nasab // dengan alasan “ما” berfungsi seperti “ليس” ia merupakan bahasa penduduk hijaz

بشر هذا ما

ibnu mas’ud membacanya dengan rafa’ sesuai dengan bahasa Tamim kerana mereka tidak mengfungsikan “ما” seperti “ليس”

4. Mendahulukan (taqdim) dan mengakhirkan (ta’khir). atau lebih dikenal dg taqdim ta'khir. Contoh :

(Surah Qaf: 19)

dibaca dengan didahulukan ‘al-haq’ dan

diakhirkan ‘al-maut’, ح�ق� ة�ال �ر� ك و�ج�اء�ت� س��م�و�ت� �ال .Tapi Qiraat ini dianggap lemah . ب

5. Perbedaan dalam menambah dan mengurangi. Contoh ayat 3, Surah al-Lail,

Ada qiraat yang membuang lafaz ‘ma kholaqo’

6. Perbedaan ibdal (pergantian huruf). Contoh, kalimah ‘nunsyizuha’ dalam ayat 259 Surah al-Baqarah dibaca dengan ‘nunsyiruha’ (‘zai’ diibdalkan dengan huruf ‘ra’).

7. Perbezaan lahjah seperti dalam masalah imalah, tarqiq, tafkhim, izhar, idgham dan sebagainya. Perkataan ‘wadduha’ dibaca dengan fathah dan ada yang membaca dengan imalah , yaitu dengan bunyi ‘wadduhe’ (sebutan antara fathah dan kasrah).

Hikmah Al-Quran diturunkan dengan Tujuh HurufMemudahkan kaum-kaum arab yang ummi

yang diturunkan al-quran ke atas mereka.Sebagai bukti kemukjizatan al-QuranMembuktikan kebijaksanaan Allah

Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui

Menunjukkan kesatuan bahasa dalam Islam kerana bacaan Al-Qur’an dalam tujuh huruf di baca oleh golongan Arab dan bukan Arab.

Terdapat banyak perbezaan di antara Resm Uthmani dan Qiyasi. Di antaranya ialah Resm uthmani bertepatan dengan pembentangan bacaan al-Quran terakhir Rasulullah SAW bersama Jibril. 

Zaid bin Thabit, seorang sahabat yang sangat rapat dengannya turut berada bersamanya. Zaid bin Thabit diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengumpul Al-Quran oleh dua khalifah iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman berdasarkan kepada pembentangan tersebut