9. topik 7 rasm othmani ms1-18

21

Click here to load reader

Upload: bro-qim

Post on 31-Jul-2015

338 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: 9. Topik 7 Rasm Othmani Ms1-18

TOPIK 7 RASM UTHMANI DAN APLIKASINYA

SINOPSIS:

Tajuk ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar tentang asas-asas penguasaan

ilmu rasm atau penulisan al-Quran bagi riwayat Hafs Torik Syatibi. Ia merangkumi

tajuk-tajuk definasi, sejarah, kelebihan dan kaedah-kaedah rasm. Di samping

memberi penekanan kepada aspek-aspek teori ia juga membina kemahiran pelajar

mengaplikasikan kaedah-kaedah rasm di dalam ayat-ayat al-Quran yang berkaitan.

Hasil Pembelajaran.

Di akhir modul ini peserta dapat:

1. Mendefinasikan Rasm al-Quran.

2. Menyusur galur secara ringkas sejarah penulisan atau Rasm al-Quran

3. Menyenaraikan kelebihan dan kepentingan pemeliharaan penulisan (rasm)

al-Quran.

4. Mengaplikasikan kaedah-kaedah penulisan Rasm Uthmani dalam ayat-ayat

Quran berkaitan.

6.1. Definisi.

Sudah menjadi sunnah ilmu dipelihara dikawal dan dijaga melalui kedua-dua cara

iaitu secara lisan dan penulisan. Begitu juga dengan al-Quran. Bersama-sama

bentuk-bentuk bacaan mutawatir yang diiturunkan melalui Malaikat Jibril Allah juga

menentukan kaedah-kaedah tertentu membentuk kalimah-kalimah al-Quran. Ulama-

ulama Al-Quran telah mengesan beberapa kaedah penulisan kalimah-kalimah al-

Quran dan kaedah-kaedah tersebut dinamakan kaedah Rasm Uthmani.

18

7.0 RASM UTHMANI DAN APLIKASINYA 7.1. Definasi 7.2. Sejarah Rasm Uthmani.7.3. Kelebihan Rasm Uthmani7.4. Kaedah-kaedah Rasm Uthmani

Page 2: 9. Topik 7 Rasm Othmani Ms1-18

Melalui kaedah-kaedah penulisan tersebut suatu kesimpulan dapat dirumuskan

bahawa kaedah-kaedah tersebut sangat unik. Jika ia bukan bersumberkan

Rasulullah dan para sahabat tentunya kaedah ini tidak digunakan untuk menulis

kalimah-kalimah Kitab yang paling agung. Yang jelas dan nyata banyak rahsia yang

tersirat melalui kaedah-kaedah tersebut sehingga Rasulullah dan sahabat-

sahabatnya sangat mengambil berat terhadapnya.

Rasm dan Rasm Uthmani.

Rasm ialah pembentukan (taswir) kalimah melalui huruf-huruf Hijaiyah. Rasm

Uthmani pula ialah bentuk-bentuk tulisan al-Quran yang digunakan dan dipersetujui

Saidina Uthman ketika penulisan dan penyalinan al-Quran. Ada yang mentakrifkan

sebarang bentuk penulisan yang berlainan dengan cara penulisan lafaz-lafaz al-

Quran. Ini disebabkan adanya penambahan, pembuangan, penggantian dan

sebagainya dalam struktur kalimah tertentu al-Quran. Dr Syaaban Mohd Ismail

memperincikan sebagai suatu keterangan yang membincangkan mengenai cara

penulisan mushaf-mushaf pada zaman saidina Uthman.

Ia juga dikenali dengan Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada sahabat-sahabat

yang bertanggungjawab menulis mushaf-mushaf dengan menggunakan kaedah-

kaedah tertentu. Ia juga dinamakan Rasm Tauqifi kerana kebanyakan ulama

berpendapat bahawa rasm tersebut merupakan manifestasi kaedah-kaedah yang

diajarkan oleh Rasulullah dan bagindalah juga memerintahkan supaya digunakan di

dalam penulisan al-Quran Ketika itu.

Rujuk pada mana-mana kitab Ulum al-Quran dan catatkan bukti-bukti

daripada hadith-hadith sahih yang menunjukkan Rasm Al-Quran adalah

Rasm Tauqifi dan bukan Rasm Ijtihadi.

19

Page 3: 9. Topik 7 Rasm Othmani Ms1-18

7.2. Sejarah Rasm Uthmani

Penulisan .

Umum diketahui bangsa Arab adalah bangsa ummiy tidak mengenal tulisan.

Keadaan ini berlaku di kalangan Quraisy kecuali beberapa orang yang belajar

menulis menjelang kedatangan Islam. Hal ini juga menjadi isyarat daripada Allah

mengenai akan datang seorang nabi iaitu Nabi Muhammad s.a.w mengukuhkan

Islam dan mempersiapkan dokumentasi yang dia akan turunkan kepadanya. Media

tulisan merupakan media penjagaan yang lebih teliti dan berkemungkinan minima

mengalami perubahan.

Para sejarawan hampir bersepakat bahawa kaum Quraisy di Makkah tidak

mengambil tulisan kecuali melalui Harb b Umaiyah Ibn Abi Syam. Mereka cuma

berbeza pendapat mengenai daripada siapa dia mempelajarinya. Dari sumber inilah

dijumpai sejumlah orang yang mampu menulis menjelang kedatangan Islam. Jumlah

mereka sangat sedikit dibanding dengan sekian besar jumlah yang masih buta

huruf.

Adapun warga Madinah ada di antara mereka terdapat sejumlah ahli Kitab yang

mampu menulis. Ketika nabi memasuki Madinah terdapat sebilangan orang Yahudi

yang mengajar anak-anaknya menulis. Di sini juga terdapat dua puluh orang yang

pandai menulis antaranya Munzir ibn Amr, Ubay ibn Wahb, Amr ibn Said, Zaid b

Thabit yang kesemuanya belajar tulis menulis daripada kalangan Yahudi atas

perintah Nabi s.a.w.

Rasm Uthmani.

Tulisan asal al-Quran yang diwahyukan kepada Rasulullah

Rasm yang digunakan sahabat-sahabat menulis ayat-ayat al-Quran

Dinisbahkan kepada Saidina Uthman kerana beliau mengarahkan al-Quran disalin semula

20

Page 4: 9. Topik 7 Rasm Othmani Ms1-18

Kemudian datanglah Islam. Ia memerangi buta huruf bangsa Arab, dan

menghapuskannya demi mempertingkatkan martabat mereka. Ayat-ayat 1 dan 4-5

surah al-Alaq dan ayat-ayat 1-2 surah al-Qalam membuktikan keadaan tersebut.

Peringatan melalui ayat-ayat tersebut membuktikan keperluan penulisan dalam

mengangkat martabat umat Islam. Oleh sebab itu Rasul s.a.w sangat menggalakkan

sahabatnya untuk belajar manulis. Ia menyedia berbagai media untuk mencapai

hasrat tersebut. Tawanan perang Badar yang pandai menulis diarahkan mengajar

sepuluh sahabat nabi sebagai bahan tebusan. Sedikit demi sedikit hilangnya buta

huruf dan digantikan dengan celik huruf. Ini membuktikan bahawa Islam adalah

agama ilmiah, berbudaya dan bertamadun.

Penulisan Al-Quran

Rasulullah mengambil berat terhadap penulisan al-Quran. Ini dibuktikan melalui

perlantikan nabi s.a.w terhadap para penulis wahyu antaranya keempat-empat

Khalifah rasyidah, Muawiyah, Abbas b Said, Khalid b Walid, Ubai b Kaab, Zaid b

Thabit, Thabit b Qais, Arqam ibn Ubai dan lain-lain sahabat. Setiap kali ada wahyu

turun baginda menyuruh menulisnya demi memperkukuh dokumentasinya, di

samping menambah kepercayaan dan berhati-hati terhadap Kitab Allah sehingga

penulisannya mendukung hafazan. Mereka mencatat tulisan-tulisan al-Quran

menggunakan pelbagai sumber yang ada pada masa itu yang juga menunjukkan

besarnya perhatian mereka terhadap penulisan al-Quran. Kemudian tulisan-tulisan

itu disimpan di rumah Rasulullah s.a.w. Jadi di masa kenabian al-Quran telah

dihimpun sempurna melalui cara seperti itu. Hanya ia belum ditulis dalam sahifah-

sahifah atau mushaf-mushaf. Ia tertulis berserakan di atas tulang-tulang dan media-

media lain yang seumpamanya.

Penulisan pada masa Saidina Abu Bakar.

Abu Bakar menjalankan urusan Islam sesudah kewafatan Rasulullah. Ia menghadapi

masalah kemurtadan sebahagian orang arab. Peperangan Yamamah mensyahidkan

ramai para hafiz al-Quran dan saidina Umar melahirkan kebimbangan terhadap al-

Quran. Setelah saidina Umar memujuk saidina Abu Bakar dan juga Allah membuka

hati Abu Bakar Zaid b Thabit mengumpul al-Quran. Ia menjalankan tugas tersebut

berdasarkan hafazan yang ada dalam hati para Qurra dan catatan-catatan yang ada

pada para penulis. Kemudian lembaran-lembaran itu disimpan di tangan Abu Bakar,

seterusnya Saidina Umar dan kemudian berpindah ke tangan Hafsah (anak saidina

Umar).

21

Page 5: 9. Topik 7 Rasm Othmani Ms1-18

Penulisan Quran pada masa Saidina Uthman.

Penyebaran Islam bertambah luas dan para Qurra tersebar di pelbagai wilayah, dan

penduduk di setiap wilayah mempelajari qiraat daripada Qari yang dikirim kepada

mereka. Cara pembacaan mereka berbeza-beza seiring dengan perbezaan “huruf”

yang dengannya al-Quran diturunkan. Apabila mereka berkumpul di suatu

pertemuan sebahagian mereka merasa hairan perbezaan-perbezaan Qiraat tersebut.

Perbezaan-perbezaan tersebut semakin ketara setelah terjadi peperangan Armenia

dan Azarbaijan. Sebahagian qiraat-qiraat tersebut bercampur dengan kesalahan.

Para sahabat perihatin terhadap masalah ini kerana takut kalau perbezaan ini

menimbulkan penyimpangan dan perubahan. Mereka bersepakat menyalin

lembaran-lembaran pertama yang ada pada Abu Bakar dan menyatukan umat Islam

pada lembaran itu dengan bacaan yang tetap pada satu huruf. Al-imam Abu Abdillah

al-Muhasiby dalam kitabnya “fahm as-sunan” menjelaskan “Abu Bakar

memerintahkan menyalinnya dari satu tempat ke tempat lain atau dari satu media ke

media lain secara kolektif. Media yang digunakannya ibarat media yang digunakan

oleh rasulullah s.a.w yang masih berserakan , kemudian ia mengumpulkannya dan

mengikatnya dengan benang sehingga tidak ada yang terabai”.

Penulisannya dimasa Saidina Uthman.

Semasanya kawasan Islam semakin luas dan kaum muslimin bertaburan diberbagai

daerah. Umat Islam jauh daripada masa kerasulan dan turunnya wahyu. Masing-

masing daerah Islam mengambil qiraat sahabat terkenal daripada kalangan mereka.

Di antara mereka terjadi perbezaan wajah-wajah qiraat yang memungkinkan

timbulnya pertikaian dan perpecahan. Pertikaian itu menjadi sengit kerana mereka

telah jauh daripada masa kenabian. Keadaan itu semakin parah sehingga saling

mengkafirkan antara sesama sendiri. Pertikaian itu merebak ke darah-daerah lain

seperti Hijaz dan Madinah.

Kerana peristiwa-peristiwa tersebut saidina Uthman mengumpulkan para pakar untuk

menyelesaikannya. Mereka akhirnya bersepakat untuk menyalin beberapa mushaf

untuk dikirimkan di daerah dan mengeluarkan perintah agar selainnya dibakar dan

hanya bertumpu kepadanya.

22

Page 6: 9. Topik 7 Rasm Othmani Ms1-18

Uthman melaksanakan kesepakatan bistari itu sekitar akhir tahun kedua puluh empat

dan awal tahun kedua puluh lima Hijriah. Untuk menyalin al-Quran mereka dibantu

oleh beberapa sahabat pilihan yang berkepakaran dalam bidang al-Quran antaranya

Zaid b Thabit, Zaid b Al-Ash dan Abdurrahman ibn Al-Haris. Akhirnya terhasillah

beberapa naskhah mushaf Uthmani dan di hantar naskhah tersebut ke beberapa

daerah Islam bersama seorang Qari yang mewakili qiraat-qiraat tertentu. Mushaf-

mushaf Uthmani memiliki kaedah-kaedah penulisan tertentu. Para pakar di bidang ini

meringkaskan kaedah-kaedah tersebut ke dalam enam kaedah dasar. Kaedah-

kaedah tersebut akan diperincikan kemudian.

Hasilkan rajah yang menggambarkan perbezaan pengumpulan al-Quran di zaman Nabi s.a.w., zaman Saiyyidina Abu Bakar dan zaman Saiyyidina Uthman.

7.3. Kelebihan Rasm Uthmani

Daripada beberapa takrifan di atas menunjukkan bahawa Rasm Uthmani sangat

perlu diambil berat dan didalami keilmuannya khususnya apabila hendak menulis

dan membaca kitab suci al-Quran.

Terdapat pelbagai faktor daripada pelbagai sudut yang dijadikan sandaran ulama-

ulama untuk memperkukuhkan kenyataan tersebut. Antara terpenting ialah

penulisannya bersifat Tauqifi.

Rasm Uthmani tauqifi.

Ia bermaksud kaedah-kaedah tersebut adalah daripada Rasulullah. Lebih jelas ia

bermaksud Rasm tersebut datang daripada Allah dan sudah pasti dimaklumi

Rasulullah tidak mengajar sesuatu kepda sahabatnya melainkan setelah mendapat

wahyu daripada Allah.

Fakta tersebut adalah pegangan kebanyakan ulama samada Salaf atau Khalaf

semenjak dulu hinggalah sekarang. Ia diyakini lagi melalui pegangan sahabat-

sahabat dan mereka tidak pernah sama sekali mengingkarinya. Walaupun ada

beberapa pendapat yang berbeza dengan kenyataan di atas pendapat ini perlu

ditolak kerana kaedah penulisannya terdedah kepada kesilapan kerana tiada

23

Page 7: 9. Topik 7 Rasm Othmani Ms1-18

sandaran kaedah yang mantap. Kaedah-kaedah lain juga sering berubah dan

sekiranya berlaku kepada al-Quran pasti berlaku penyelewengan yang merosakkan

kefahaman al-Quran.

Fakta yang perlu jelas disedari juga ialah setiap huruf al-Quran mempunyai mukjizat

tersendiri yang sebahagiannya diketahui dan sebahagian lagi hanya diketahui oleh

Allah. Sebarang pengurangan penambahan dan penyesuiaan akan mengurangkan

keagungan dan mukjizat al-Quran.

Rasm Uthmani salah satu rukun bacaan Al-Quran.

Ulama bersepakat rukun bacaan al-Quran ada tiga dan salah satunya bacaannya

menepati salah satu daripada mushaf-mushaf Uthmani samada yang dihantar ke

Mekah, Madinah, Kufah, Basrah, Syam atau pun mushaf Imam yang disimpan oleh

beliau sendiri.

Merangkumi tujuh huruf.

Antara faktor mendasar sehingga menjadikan rasm Uthmani perlu diberi keutamaan

ialah berkaitan tujuh huruf al-Quran dan ini menjadikannya bertepatan dengan wajah

qiraat yang diajarkan Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya.

Terdapat banyak hadith berkaitan tujuh huruf dan pelbagai pendapat ulama

mengenai maksudnya. Salah satu pendapat yang disepakati oleh kebanyakan ulama

ialah tujuh cara bacaan yang merangkumi kata nama samada ia mufrad, mutahanna

atau jamak dan samada ia muzakar atau muannas, perselisihan pada cara i’rab,

perselisihan cara tasrif, perselisihan mendahulu atau mentakhir huruf atau kalimah,

perselisihan dari segi ibdal, perselisihan dari segi menambah atau mengurangkan

sesuatu huruf atau kalimah dan perselisihan pada lahjah samada tebal atau nipis,

imalah, tashil, ismam dan sebagainya.

Sekiranya rasm Uthmani tidak digunakan dalam penulisan al-Quran pasti mushaf

yang dihasilkan tidak meliputi semua huruf dan seterusnya menjadi mushaf itu terhad

dan sesuai digunakan untuk membaca qiraat mutawatirah tertentu sahaja dan tidak

bagi qiraat-qiraat mutawatirah yang lain.

24

Page 8: 9. Topik 7 Rasm Othmani Ms1-18

Bertepatan dengan pembentangan bacaan Al-Quran terakhir.

Faktor ini juga penting kerana seperti dimaklumi secara pasti melalui sejarah Islam

Rasul melakukan semakan terakhir al-Quran dengan malaikat Jibril dan Zaid b

Thabit seorang sahabat yang sangat rapat dengannya turut berada bersamanya.

Dengan keadaan tersebut Zaid b Thabit diberi tanggungjawab untuk menulis dan

mengumpul al-Quran oleh dua khulafa’ al-Rashidin Saidina Abu Bakar dan Saidina

Uthman. Ia menulis berdasarkan kepada pembentangan tersebut.

Oleh itu beliau meyakini bahawa kesemua ayat al-Quran yang diturunkan semasa

hayat nabi tetapi tidak dibentangkan semasa pembentangan terakhir adalah sebagai

ayat yang dimansuhkan tulisannya dan beliau tidak menulisnya di mushaf tersebut.

Begitu juga apa yang terkandung dalam mushaf-mushaf para sahabat seperti

Mushaf Saidatina Aisyah, Umar, Ubai b Kaab dan lain-lain sahabat kerana

sebahagiannya tidak terdapat semasa pembentangan terakhir.

Kaedah penulisan yang istimewa.

Mengikut penelitian dan pengkajian ulama al-Quran sebenarnya Rasm Uthmani

banyak keistimewaan yang tidak terdapat pada rasm lain. Antaranya

1. keistimewaan pada huruf-huruf ziyadah.

Selain daripada mengandungi mukjizat yang hanya diketahui oleh Allah

sahaja, huruf-huruf ziyadah mempunyai beberapa keistimewaan antaranya;

a. mengetahui baris asal sesuatu huruf. Contohnya “إيتاءي” ditambah

huruf ya selepas huruf hamzah untuk menunjukkan hamzah

sebelumnya berbaris kasrah, “سأوريكم” ditambah huruf wau selepas

huruf hamzah menunjukkan baris huruf hamzah ialah dhommah, “

pula ditambah alif selepas hamzah untuk menunjukkan ”وألاوضعوا

bahawa hamzah berbaris fathah.

b. Menggambarkan sesuatu makna. Contohnya ziyadah huruf ya pada

kalimah “بأييد” untuk memperteguhkan lagi mengenai kebesaran dan

kekuasaan Allah yang mencipta langit atau cakarwala dengan begitu

kukuh dan sempurna.

2. keistimewaan huruf-huruf Ibdal.

a. Panduan mengetahui kata asal/akar sesuatu kalimah. Contohnya

kalimah “الصلوة” (jamak “الصلوات”) dan seumpamanya dituliskan

25

Page 9: 9. Topik 7 Rasm Othmani Ms1-18

dengan huruf wau menggantikan huruf alif disebabkan wau

merupakan sebahagian daripada huruf dalam struktur asal kalimah

tersebut. Begitu juga kalimah “ فتلقى دان ditulis dengan huruf ya ”الهدى

menggantikan huruf alif disebabkan huruf ya adalah huruf asal

daripada kalimah tersebut.

3. keistimewaan hazaf.

a. Petunjuk dua atau lebih wajah Qiraat. Contohnya “ إذا الشمش وترى

اليمين تزورطلعت ذات كهفهم عن ” kalimah تزور dibaca dengan tiga

wajah ( او/ر. /ز/ ت ، و/ر1 ////ز2 /و/ر. دانت ا تز3 ) .

b. Mempunyai maksud tertentu yang khusus. Contohnya dihazaf wau

pada kalimah " االنسن untuk memperkukuhkan kenyataan "ويدع

bahawa doa seorang hamba sangat mudah dan cepat sampai kepada

Allah.

4. keistimewaan wasl (berangkai) dan fasl (berpisah).

a. Kalimah-kalimah al-Quran yang dibaca sama ada yang ditulis secara

terpisah dan ada yang berangkai. Ia juga mempunyai keistimewaan

tersendiri. Dari segi makna terdapat perbezaan contohnya “ يمشى ”أمن

dengan “ يكون من tetapi jika ”بل“ apabila ditulis terpisah bermakna ”أم

bersambung bermakna "أو

Melalui beberapa contoh di atas Rasm Uthmani mempunyai keunikan tersendiri

sehinggakan sukar diperkatakan. Hanya pengkaji-pengkaji yang mendalaminya

akan dapat mentafsirkan sebahagian daripada keunikannya.

Berdasarkan realiti dan apa yang dikaji oleh ulama maka sebahagian besar di

kalangan mereka berpendapat bahawa Rasm Uthmani adalah kaedah penulisan

yang wajib dan dipelihara dan diamalkan.

Walaupun pendapat mengatakan kaedah Rasm Uthmani tidak wajib diamalkan

namun pendapat tersebut berbentuk minoriti dan ditolak oleh kebanyakan ulama

kerana ia boleh membawa perubahan atau pengurangan huruf-huruf al-Quran dan

dalam jangka panjang mendedahkan al-Quran kepada perubahan.

Kemukakan LIMA buah Hadith Sohih yang menjelaskan maksud Tujuh

26

Page 10: 9. Topik 7 Rasm Othmani Ms1-18

Huruf di dalam pengajian Al-Quran.

7.4. Kaedah-kaedah Rasm Uthmani

1. kaedah pembuangan atau pengurangan (Hazaf)

hazaf bermaksud membuang atau menggugurkan huruf-huruf hijaiah tertentu

dalam struktur kalimah tertentu al-Quran. Huruf-huruf tersebut ialah

alif,wau,ya,lam nun dan huruf-huruf alif, wau dan ya pada kata permulaan

(fawatih) surah tertentu al-Quran

a. hazaf alif pada tempat-tempat dan keadaan-keadaan berikut:

i. alif pada kalimah “basmalah” samada lengkap atau tidak

باسمالله

باسمالله

باسمالله

ii. alif “al-Ta’rif” yang didahului huruf lam untuk ta’kid atau “jar”

لالذى

iii. kalimah-kalimah di awalnya hamzah Qata’ yang berfungsi

sebagai pertanyaan dan disusuli selepasnya hamzah wasal atau

Qata’ contohnya;

أاالن

(Yunus 51)

أالله

(Yunus 59)

أأتي

27

Page 11: 9. Topik 7 Rasm Othmani Ms1-18

(Al-Baqarah 177)

أأدم

(Al-Baqarah 35)

iv. alif fi’el amr yang didahului huruf wau atau fa contohnya;

سئافلوا

(Al-Anbiyaa 007 )

سئاول

(Yusuf 082)

سئافل

(Al-Muminun 113)

v. alif ya kata seruan )ya al-nida’( contohnya

أيها يا

(Al-Baqarah 021 )

أدم يا

(Al-Baqarah 033 )

ياعباد

ي

(Az-Zumar 053 )

vi. alif kalimah aiyuha pada tiga tempat

أيها

(An-Nur 031 )

أيها

(Az-Zukhruf 049 )

28

Page 12: 9. Topik 7 Rasm Othmani Ms1-18

أيها

(Ar-Rahman 031)

vii. alif “domir marfu’ ” yang bersambung dengan “domir maf’ul”

contohnya;

فأنجيناكم

(Al-Baqarah 050 )

علمناه

(Ya-Sin 069 )

أنشأناهن

(Al-Waqi’a 035 )

viii. alif kata bilangan dua )muthanna( contohnya;

يأتيانها

(An-Nisaa 016 )

هاذان

(Ta-Ha 063 )

فذانك

(Al-Qasas 032 )

ix. kebanyakan alif pada kalimah jama’ muzakkar salim

contohnya;

العالمين

(Al-Fatiha 002 )

الصابرين

(Al-Baqarah 153 )

الراكعين

(Al-Baqarah 043 )

29

Page 13: 9. Topik 7 Rasm Othmani Ms1-18

x. semua alif jama’ muzakkar salim contohnya;

المؤمنات

(An-Nisaa 025 )

الصالحات

(An-Nisaa 034 )

حافظات

(An-Nisaa 034 )

xi. alif pada kata nama bilangan (asma’ al-a’dad) contohnya;

ثالثة

(Al-Baqarah 196)

ثالثين

(Al-A’raf 142)

ثمانية

(Al-Haqqa 007)

xii. alif baris dua di atas (fathatain) yang didahuluinya hamzah

contohnya

ماءا

(Al-Baqarah 022 )

غثاءا

(Al-A'la 005 )

سواءا

(Al-i-'Imran 113 )

xiii. alif bagi “ha peringatan” )ha tanbih( contohnya;

هاذا

(Al-Baqarah 025 )

30

Page 14: 9. Topik 7 Rasm Othmani Ms1-18

اهاكذا

(An-Naml 042 )

هاانتم

(Muhammad 038 )

xiv. alif kata penunjuk (isim isyarah( contohnya;

ذالك

(Al-Baqarah 002 )

وكذالك

ف

(Yusuf 056 )

أوالئك

(Al-Baqarah 005 )

xv. alif kata nama penyambung (asma’ al-mausulah( contohnya;

والالتي

(An-Nisaa 015 )

والالئي

(At-Talaq 004 )

xvi. Alif ditengah-tengah ejaan nama a’jam (bukan arab) dan

nama-nama yang sering digunakan contohnya;

هارون

(Al-Anbiyaa 048 )

اسماعيل

(Al-Baqarah 136 )

واسحاق

(Al-Baqarah 136 )

31

Page 15: 9. Topik 7 Rasm Othmani Ms1-18

xvii. Alif selepas wau yang asal pada fi’el hanya terdapat pada satu

tempat sahaja dalam al-Quran;

ا

(An-Nisaa 099)

xviii. Alif hamzah pada semua perkataan “al an” contohnya

أآلن

(Al-Baqarah 071 )

Kecuali ayat sembilan suran al-Jin

xix. Alif pada kalimah “فادارأتم” contohnya ;

فادارأتم

(Al-Baqarah 072

xx. Dua alif yang berturut-turut iaitu;

رأى

(Al-An'am 077)

Kecuali di dua tempat surah al-Najm ayat 11dan 18

xxi. Alif wau jama’ pada dua huruf yang asal yang dibuang iaitu “

باءو دان ;pada ”جاءو

)Al-i-'Imran 184(

جاءوا

)Al-Baqarah 061(

باءوا

Begitu juga pada tempat tempat berikut;

فاءوا

(Al-Baqarah 226 )

وعتوا

32

Page 16: 9. Topik 7 Rasm Othmani Ms1-18

(Al-Furqan 021 )

سعوا

(Saba 005 )

تبوءوا (Al-Hashr 009 )

Kemukakan petikan-petikan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan hazaf Wau dengan Ya`.

2. Kaedah ziyadah atau tambahan.

Ziyadah bermaksud menambah huruf-huruf tertentu pada kalimah-kalimah

tertentu al-Quran. Huruf tersebut ditulis tetapi tidak berfungsi pada semua

keadaan pada bacaan. Huruf-huruf tambahan tersebut ialah alif, wau dan ya.

a. Ziyadah huruf wau pada ;

i. Kalimah “سأوريكم” pada

(Al-A’raf 145)

ii. Begitu juga pada kalimah-kalimah berikut dalam surah-surah di

bawah ;

(Al-Anfal 075 )

(At-Talaq 004 )

(Al-i-'Imran 119 )

(Al-Baqarah 005 )

(Al-Qamar 043 )

b. Ziyadah ya pada kalimah-kalimah dan surah-surah berikut;

33

Page 17: 9. Topik 7 Rasm Othmani Ms1-18

(Al-i-Imran 144)

(Al-Anbiyaa 034 )

(Ta-Ha 130 )

(Ash-Shura 051 )

(Az-Zariyat 047 )

(Al-Qalam 006 )

(Al-An'am 034 )

(Yunus 015 )

Begitu juga pada kalimah )mala’( pada surah berikut

(Hud 097 )

3. Kaedah Penggantian atau pertukaran (ibdal.)

Ia bererti pertukaran huruf-huruf tertentu dengan huruf-huruf tertentu pada

kalimah-kalimah tertentu al-Quran. Pertukaran tersebut berlaku dalam lima

keadaan berikut iaitu;

a. Pertukaran huruf alif kepada wau

b. Pertukaran alif kepada ya

c. Pertukaran nun kepada alif

d. Pertukaran ta simpul kepada ta terbuka

e. Pertukaran thulathi wau kepada alif.

i. Pertukaran huruf wau kepada alif berlaku pada lapan kalimah-

berikut “ ”,كمشكوة"” , الغدوة"”, الحيوة” , “الربوة” , “الزكوة”, “الصلوة

المنوة "” ,النجوة" ”

34

Page 18: 9. Topik 7 Rasm Othmani Ms1-18

ii. Pertukaran tersebut tidak berlaku pada tempat-tempat tertentu

di dalam al-Quran. Contohnya ayat 35 surah al-Anfal ditulis

dengan alif pada kalimah "صالتهم" .

Latihan : Rujuk kepada kitab-kitab Ulum al-Quran yang sesuai dan kemukakan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan penggantian huruf `alif kepada ya` dan `nun kepada alif` .

4. Kaedah Berangkai (al-Wasl) atau berpisah (al-Fasl)

Berangkai ialah penggabungan penulisan sesuatu lafaz dengan lafaz lain

yang lazimnya dipisahkan manakala pemisahan bermaksud pemisahan

penulisan dengan lafaz yang lain yang lazimnya ditulis secara berangkai.

Contohnya penggabungan penulisan lafaz “an” dengan “lan” pada ayat 3

surah al-Qiyamah dan pada ayat 48 surah al-Kahf dan pemisahan penulisan

lafaz “anna” dengan “ma” pada surah Luqman ayat 30 dan al-Hajj ayat 62.

5. Kaedah penulisan kalimah-kalimah yang mempunyai qiraat berbeza.

Dalam kaedah ini bila memungkinkan sesuatu kalimah yang mempunyai

wajah-wajah qiraat tertentu ditulis dalam bentuk tulisan yang sama maka pola

penulisannya sama dalam setiap mushaf Uthmani. Contohnya kalimah

“maliki” dalam surah fatihah. Jika tidak memungkinkan kalimah tersebut

ditulis dalam pola yang sama maka ditulis dalam mushaf Uthmani dalam

bentuk rasm mushaf yang berbeza. Contohnya kalimah “ووصى” pada ayat

132 surah al-Baqarah pada sebahagian mushaf ditulis "وأوصى" dan pada

sebahagian mushaf lain ditulis dan dibaca "ووصى"

6. Kaedah penulisan huruf hamzah.

Kaedah penulisan huruf hamzah menurut Rasm Uthmani tidak begitu ketara

kecuali hamzah-hamzah di awal kalimah. Contohnya hamzah wasal dibuang

bentuknya apabila hamzah wasal terletak pada “fiel” selepas Istifham pada

tujuh tempat iaitu;

(أاتخذتم)(Al-Baqarah 080 )

35

Page 19: 9. Topik 7 Rasm Othmani Ms1-18

)Al-Maryam 78(

(Saba 8)

(Saffat 153)

(Sad 63)

(Sad 75)

(Al-Munafiqun 6 )

Latihan :

1. Bezakan antara Hamzah Wasal dan Hamzah Qata`2. Nyatakan cara penulisan huruf Hamzah ketika berada di

tengah-tengah kalimah.3. Apakah hikmah perbezaan kedudukan Hamzah dalam kalimah-

kalimah al-Quran.

Rujukan Asas:

1. Abu Mardhiyah. 2004. Tajwid Al-Quran Qiraat ‘Aashim ,Riwayat Hafsh Toriq al- Syatibi. Cetakan Kedua. Kuala Lumpur : Al-Jenderaki Enterprise 2. Abdul Fattah Syed ‘Ajami Al-Mursafi. 2001. Hidayah Al-Qari ila Tajwidi Kalam al- Bari . Dar al-Fajar Al- Islamiah. Madinah.

36

Page 20: 9. Topik 7 Rasm Othmani Ms1-18

Rujukan Tambahan:

1. Dr. Mohd Khalid Abdul Aziz Mansur. 1999. Al-Wasit fi ‘lmi al-Tajwid. Cetakan Dar Al-Nafais. Jordan.

2. Shekh Abdul Latif Faiz Rayyan. 1999. Al-Tabyin Fi Ahkami Tilawah Al-Kitabi al-Mubin. Cetakan Dar al-Ma’rafah, Lubnan.

3. Syekh Ahmad Ahmad Muhammad Abdullah Al-Thowil. 2000. Penerbit Dar Ibnu- Khuzaimah. Saudi Arabaih.

4. Mehdi Mohammad al-Hirazi . 2001. Bughyah al-Murid Min Ahkam Al-Tajwid. Penerbit Dar al- Basyair al-Islamiah. Beirut. Luban.

5. Husni Syekh Othman. 1998. Haq al-Tilawah. Penerbit Dar al- Munayirah, Juddah.

37