rasm uthmani; hubungannya dalam bidang ilmu uthmani... · pdf fileapakah ilmu rasm...

Click here to load reader

Post on 02-Sep-2018

360 views

Category:

Documents

5 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • RASM UTHMANI; RASM UTHMANI; HUBUNGANNYA DALAM HUBUNGANNYA DALAM BIDANG ILMU QIRAATBIDANG ILMU QIRAAT

    Oleh:Oleh:Norazman bin AliasNorazman bin Alias

    Abdul Muhaimin bin AhmadAbdul Muhaimin bin AhmadMuhammad Hafiz bin SalehMuhammad Hafiz bin Saleh

  • ! " # $ % ! " # $ %

  • Abstrak: Rasm Uthmani merupakan kaedah penulisan al-Quran mengikut gaya penulisan

    yang telah ditetapkan oleh Khalifah Islam yang ketiga, Uthman ibn Affan r.a. Kaedah penulisan al-Quran ini mempunyai kaitan dengan ilmu Qiraat di mana setiap kalimah al-Quran itu ditulis dengan mengambil kira aspek perbezaan bacaan al-Quran atau lebih dikenali dengan ilmu Qiraat. Ilmu Qiraat pula merupakan ilmu yang memberikan penjelasan dan penerangan tentangperbezaan bacaan al-Quran mengikut bacaan imam-imam Qiraat yang masyhur. Berdasarkan kepada definisi kedua-dua ilmu tersebut, sedikit-sebanyak telah menunjukkan bahawa hubungan dua bidang ilmu ini saling berkait rapat dalam bacaan al-Quran dan pemeliharaan al-Quran itu sendiri. Hubungan antara kedua-dua ilmu tersebut lebih jelas lagi apabila sejarah penulisan al-Quran pada zaman Saidina Uthman ibn Affan r.a. telah menunjukkan bahawa penulisan al-Quran pada zaman beliau bermula disebabkan oleh kekhilafan dan perbezaan pendapat di kalangan umat Islam terhadap ilmu Qiraat yang berbeza antara satu sama lain. Justeru, kertas kerja ini akan mengupas lebih lanjut dan terperinci tentang hubungkait antara Ilmu Rasm Uthmani dan ilmu Qiraat dengan membawa contoh-contoh sejarah daripada beberapa buah kitab untuk menonjolkan kelebihan mempelajari kedua-dua bidang ilmu ini dalam konteks memelihara kesucian al-Quran. Kertas kerja ini juga akan mengemukakan beberapa contoh ayat al-Quran mengikut Rasm Uthmani yang berkaitan dengan perbezaan bacaan al-Quran yang mutawatir.

  • Apakah ilmu Rasm Uthmani ?Apakah ilmu Rasm Uthmani ?Definisi

    Syeikh Abd al-Munim Kamil Syair:kaedah atau cara penulisan perkataan-perkataan al-Quran pada mushaf-mushaf yang ditulis oleh para sahabat di zaman pemerintahan Uthman ibn Affan r.a, dan dihantar ke negara-negara Islam

  • Sejarah Rasm UthmaniSejarah Rasm UthmaniTalaqqi Sahabat

    Para sahabat talaqqi al-Quran di hadapan Rasulullah S.A.W. dengan huruf dan bacaan yang berbeza

    Talaqqi Tabiin dan Orang AwamPara tabiin pula mempelajari bacaan yang berbeza daripada para sahabat tadi dan mengajarkannya kepada penduduk di negara Islam yang lain.

  • Sejarah Rasm UthmaniSejarah Rasm UthmaniPerselisihan

    Lalu berlakulah perselisihan di kalangan umat Islam terhadap bacaan al-Quran sehinggakan ada yang sanggup mengatakan bacaan si fulan adalah salah

    Cadangan SahabatMaka seorang sahabat Rasulullah S.A.W. iaitu Huzaifah al-Yamani mencadangkan agar dikumpul suhuf menjadi mushaf yang disepakati penulisannya

  • Sejarah Rasm UthmaniSejarah Rasm UthmaniPermuafakatan Sahabat

    Hasil permuafakatan untuk menghimpunkan semula ayat-ayat al-Quran, maka Khalifah Uthman melantik empat orang sahabat sebagai penulis wahyu

    Masahif al-AmsarKemudian, mushaf yang telah ditulis dihantar ke negara-negara Islam sebagai rujukan utama bagi bacaan al-Quran

  • Faktor Pengumpulan alFaktor Pengumpulan al--QuranQuranPerbezaan Bacaan Umat Islam

    Bacaan yang pelbagai tanpa mengetahui qiraat mutawatirah yang lain telah membawa kepada perpecahan di kalangan umat Islam

    Perbezaan Bacaan GuruRiwayat Abi Ayyub bahawa ada di kalangan umat Islam yang sanggup mengkafirkan saudara Islam yang lain akibat perbezaan bacaan al-Quran yang diajar oleh guru-guru mereka

  • Faktor Pengumpulan alFaktor Pengumpulan al--QuranQuranPenulisan Mushaf Khas

    Para sahabat menulis mushaf sendiri untuk bacaan mereka di mana mushaf tersebut mempunyai ketujuh-tujuh huruf yang diturunkan kepada Rasulillah S.A.W. termasuk huruf-huruf yang telah dihapuskan ketika al-Irdhoh al-Akhirah

    Namun begitu, para sahabat r.a.h. sememangnya mengetahui akan perbezaan antara ayat al-Quran dan ayat tafsiran/ ayat mansukh

  • Bilangan MushafBilangan Mushaf Abu Bakr al-Sajastani dan al-Qurtubi

    Tujuh buah mushaf termasuk mushaf Imam

    Al-QurtubiEmpat buah mushaf termasuk mushaf Imam

    Abu Amr al-DaniEnam buah mushaf (tanpa menyebut mushaf Imam)

    Al-SuyutiLima buah mushaf tidak termasuk mushaf Imam

  • Pendapat ulama tentang Rasm Uthmani:

    Imam Malik, Imam Ahmad, Ibn Darastawaih, Abu al-Baqa, Al-Qadhi Iyadh :

    Rasm Uthmani ialah TAUQIFI dan tidak boleh mengubahnya, haram menyalahi (penulisan) nya serta penyusunannya adalah termaktub mengikut

    surah dan ayat

    Abu Bakr al-Baqillani, Ibn Khaldun:Rasm Uthmani ini adalah BUKAN TAUQIFI dan tidak

    salah sekiranya mengubah penulisan mengikut kaedah penulisan bahasa Arab (selagi mana tidak

    berubah ayat al-Quran)

  • Pendapat ulama tentang Rasm Uthmani:

    Izzuddin Abd al-Salam, Badruddin al-Zarkashi :Harus hukumnya untuk menulis al-Quran dengan penulisan bahasa Arab kini bagi masyarakat awam,

    namun juga dengan menjaga dan mengekalkan Rasm Uthmani oleh para ulama dan orang-orang tertentu

    (pakar al-Quran)

  • Hubungan Rasm Uthmani dengan Hubungan Rasm Uthmani dengan ilmu Qiraatilmu Qiraat

    Mushaf pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a. adalah tidak bertitik dan tidak berbaris

    Namun begitu, Rasm Uthmani pada mushaf-mushaf tersebut meliputi tujuh huruf yang diturunkan ke atas baginda S.A.W serta qiraat

  • Hubungan Rasm Uthmani dengan Hubungan Rasm Uthmani dengan ilmu Qiraatilmu Qiraat

    Rasm Uthmani; Beza Bacaan, Satu Penulisan

    Terdapat dua qiraat iaitu pada huruf sod di mana ia dibaca dengan sod dan sin

    Meskipun ia ditulis dengan sod, namun asal hurufnya ialah sin

    Kedua-duanya adalah bacaan yang mutawatir

    / /

  • Hubungan Rasm Uthmani dengan Hubungan Rasm Uthmani dengan ilmu Qiraatilmu Qiraat

    Rasm Uthmani; Beza Bacaan, Sama Penulisan

    Perkataan yang bergaris di atas, dibaca dengan dua qiraat iaitu huruf ba dan huruf tha.

    Kedua-duanya adalah bacaan yang mutawatir Rasm Uthmani pada zaman tersebut merangkumi

    kedua-dua bacaan ini di mana ia ditulis tanpa titik dan tanpa baris

    : !"# $% &'( ( ) *+ ,-%./('0.1 2345" 67"#48

  • Hubungan Rasm Uthmani dengan Hubungan Rasm Uthmani dengan ilmu Qiraatilmu Qiraat

    Contoh lain:

    Perkataan ","598 dibaca dengan dua qiraat iaitu mengekalkan huruf alif soghirah selepas huruf mimatau membuangkannya

    Kedua-duanya adalah bacaan yang mutawatir Rasm Uthmani pada zaman tersebut merangkumi

    kedua-dua bacaan ini di mana ia ditulis tanpa titik dan tanpa baris

    :","598*:;

  • Hubungan Rasm Uthmani dengan Hubungan Rasm Uthmani dengan ilmu Qiraatilmu Qiraat

    Rasm Uthmani Yang Berkaitan Dengan Buang dan Tambah (Huruf dan Baris)

    Perkataan bergaris, bacaan yang pertama =3(oleh Ibn Kathir, Abu Amr, Asim, Hamzah, al-Kisaie, Yaqub, Khalaf al-Asyir) ditulis pada mushaf al-Kufah dan al-Basrah

    Bacaan yang kedua pula ialah =(.> (oleh Nafi, Ibn Amir, Abu Jafar) ditulis pada mushaf al-Madinah dan al-Syam

    : =3 ?5 @ 3A4B 6C%D( "4B 6"E(B !B =.F.( *:; 6%G.

  • Hubungan Rasm Uthmani dengan Hubungan Rasm Uthmani dengan ilmu Qiraatilmu Qiraat

    Contoh lain:

    Terdapat dua qiraat yang berbeza dari segi penambahan perkataan dan pembuangan perkataan iaitu penduduk Makkah sahaja yang membaca dengan menambah (*"8 pada ayat H(I (*"8 JK34Lmengikut bacaan Imam Ibn Kathir

    Adapun penduduk di negara Islam yang lain membacanya dengan membuang (*"8

    : M-NO *L!6 *"8 .%3NO .%DB3' 6E63 *"[email protected] . 3;+.> 6(4+ 6QM (6!(4+ 6?5 A"Q3M J'(RSB (6!H(I JK34L 6M!(-NO !T(U

  • Hubungan Rasm Uthmani dengan Hubungan Rasm Uthmani dengan ilmu Qiraatilmu Qiraat

    Rasm Uthmani; Beza Bacaan Dari Sudut Taqdimdan Takhir

    Perkataan yang bergaris di atas, dibaca dengan tiga qiraat iaitu Imam Hamzah, al-Kisaie dan Khalaf al-Asyir membacanya dengan mendahulukan %5"T%daripada %5.

    Qiraat yang kedua oleh Imam Ibn Kathir dan Ibn Amir pula membacanya dengan mengakhirkan %5V"T%dan dibaca dengan tashdid (bersabdu)

    : A"5W A"# %X%>%5"T% %5. (6!(4+ @YF.1ZO (!".[:W

  • Qiraat ketiga yang dibaca oleh Imam Nafi, Abu Amr, Asim, Abu Jafar dan Yaqub pula membacanya sebagaimana pada ayat di atas

    Maka terdapat mushaf yang ditulis dengan mendahulukan %5"T% dan juga terdapat mushaf yang mendahulukan %5.

    Hubungan Rasm Uthmani dengan Hubungan Rasm Uthmani dengan ilmu Qiraatilmu Qiraat

  • Penutup Rasm Uthmani yang telah diasaskan oleh Khalifah

    Uthman bin Affan r.a. merupakan satu kaedah penulisan ayat-ayat suci al-Quran yang amat hebat dan tinggi nilainya

    Keagungan Rasm Uthmani ini dapat dilihat menerusi hubungkaitnya dengan perbezaan qiraat yang pelbagai di dalam al-Quran al-Karim

    Justeru, pemeliharan Rasm Uthmani ini perlu diteruskan dan dikekalkan dalam usaha memartabatkan al-Quran dan qiraat demi melahirkan generasi celik al-Quran pada zaman akan datang

  • Thank you for your attention