rasm al-uthmani

Download RASM AL-UTHMANI

Post on 04-Apr-2018

280 views

Category:

Documents

7 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    1/30

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    SEMESTER MEI / 2012

    HBQE1203

    RASM AL-UTHMANI

    NO. MATRIKULASI : 710318115040001

    NO. KAD PENGENALAN: 710318115040

    NO. TELEFON : 017-9587065

    E-MEL : sssaid4846@yahoo.com.my

    PUSAT PEMBELAJARAN : PPW KELANTAN

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    2/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    KANDUNGAN

    TAJUK MUKASURAT

    1.0 PENGENALAN 4

    2.0 SUMBER DAN SEJARAH ILMU RASM UTHMANI 5

    3.0 KAEDAH AL-HAMZ DALAM PENULISAN AL-QURAN

    RASM UTHMANI. 6

    3.1 BAHAGIAN HAMZAH. 7

    4.1.1. Hamzah al-Wasl ((

    4.1.2. Hamzah Qat'ie ( )

    3.2 KAEDAH PENULISAN HURUF HAMZAH AL-WASL 8

    3.3 KAEDAH PENULISAN HURUF HAMZAH Al-QATIE. 9

    3.3.3 Huruf Hamzah di Hujung Kalimah

    3.3.2. Huruf Hamzah di Pertengahan Kalimah

    3.3.3 Huruf Hamzah di Hujung Kalimah

    4.0 KAEDAH AL-DABT DALAM PENULISAN AL-QURANRASM UTHMANI 14

    4.1 Sejarah Dhabtul Quran 14

    4.2 Kepentingan Ilmu Dhabtul Quran 15

    4.3 Tanda-tanda Rasm Uthmani 16

    4.3.1 Tanda-tanda Baris

    4.3.2 Tanda-tanda lain

    1. Tanda Bulat Bujur

    2. Tanda Bulat Meninggi

    3. Tanda Bulat Tumpat/Penuh

    2

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    3/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    4. Tanda Hamzah Wasal

    5. Tanda Sukun ( )

    6. Huruf Mati yang Tidak Bertanda Sukun

    7. Huruf Mim Kecil

    8. Tanda Tanwin

    9. Huruf-huruf Kecil Alif, Wau, Ya` dan Nun .

    10. Huruf Sin Kecil yang Terletak di Atas atau

    di Bawah Huruf Sod.

    11. Tanda Mad (~).

    12. Bulatan Berhias ( )

    13. Tanda Bintang Berbucu Lapan

    14. Garis Panjang

    15. Tanda seperti Intan .

    16. Tanda Sin Kecil ( )

    17. Kepala Huruf Ya` dan Huruf Wau Kecil

    18. Tanda-tanda Waqaf yang masyhur dalam Mushaf

    5.0 PERBINCANGAN KEDUA-DUA KAEDAH DI ATAS DALAM 23

    SURAH AN-NABA SERTA CONTOHNYA.

    5.1 Kaedah Al-Hamz Dalam Surah An-Naba 23

    5.1 Kaedah Al-Dabt Dalam Surah An-Naba 24

    6.0 KESIMPULAN 27

    7.0 LAMPIRAN SURAH AN-NABA 28

    RUJUKAN 29

    3

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    4/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    4

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    5/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    1.0 PENGENALAN

    Al-Quran adalah kalam Allah yang mengandungi berbagai-bagai mukjizat yang mampu

    difikirkan oleh akal fikiran , dilihat oleh mata manusia ataupun yang tersembunyi yang

    diketahui oleh Allah sahaja. Ia merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad S.A.W

    yang diturunkan secara mutawatir melalui malaikat Jibril a.s. yang wajib dijaga dan

    dipelihara dari segi bentuk penulisan serta bacaannya dan menjadi ibadat sesiapa

    membacanya.Para ulama telah mengesan beberapa kaedah penulisan kalimah-kalimah al-

    Quran dan kaedah-kaedah tersebut dinamakan kaedah Rasm Uthmani.

    Al-Quran yang ditulis dengan kaedah penulisan Rasm Uthmani ini juga dikenali sebagai

    Mushaf Uthmani. Naskhah al-Quran ini ditulis semula di zaman pemerintahan Khalifah

    Uthman bin Affan atas arahan beliau sendiri. Oleh kerana usaha menulis mushaf ini

    dilakukan di zaman beliau maka ianya dipanggil Mushaf Uthmani. Mushaf inilah yang ada

    pada kita dan digunakan sekarang.

    Mengikut Ahmad Kamaruddin Ibrahim dalam buku karangannya Rasm Uthmani, Rasm

    Uthmani ialah ilmu yang membincangkan kaedah penulisan kalimah dan ayat al-Quran

    yang digunakan dan persetujui oleh Saidina Uthman ketika proses penyalinan danpenulisan al-Quran. Ia juga diistilahkan sebagai Rasm Mushaf oleh Majma Buhuth al-

    Islamiyyat yang bermaksud ketentuan atau pola yang digunakan oleh Saidina Uthman

    ibn Affan bersama sahabat-sahabatnya ketika penulisan al-Quran, berkaitan dengan

    susunan huruf-hurufnya, yang terdapat dalam mushaf-mushaf yang dikirim ke berbagai

    daerah dan bandar, serta mushaf al-Imam yang berada di tangan Uthman ibn Affan

    sendiri.

    Kesimpulannya, ilmu Rasm ialah ilmu yang membincangkan cara menulis kalimah atau

    ayat al-Quran demi untuk memeliharanya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan juga ilmu

    yang membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan

    menggantikan huruf. Penulisan (rasm) al-Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w

    5

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    6/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    yang diikuti secara ijma (sepakat) oleh seluruh ulama mujtahidin kerana tulisan ini adalah

    berbentuk tauqifiyyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi S.A.W.

    2.0 SUMBER DAN SEJARAH ILMU RASM UTHMANI.

    Sebagaimana yang telah dibincangkan, al-Quran diturunkan secara berperingkat pada

    zaman Rasulullah S.A.W. ketika baginda berada di Makkah dan juga di Madinah. Namun

    begitu, kesemua ayat al-Quran Al-Karim itu adalah bacaan yang telah diajar oleh Malaikat

    Jibril a.s. kepada baginda mengikut tujuh huruf sebagaimana yang dijelaskan di dalam

    hadis: Jibril telah membacakan kepadaku satu huruf, maka aku membacanya, lalu

    ditambah dan ditambah lagi sehingga ia menjadi tujuh huruf. Setelah itu, para sahabat pun

    mulalah mempelajari dan menghafaz ayat-ayat suci al-Quran secara musyafahah mengikut

    tujuh huruf tersebut.

    Namun walau bagaimanapun, tidak semua para sahabat baginda mempelajari dan membaca

    ketujuh-tujuh huruf tersebut. Sebahagiannya membaca dengan satu huruf, sebahagian lagi

    membaca dengan dua huruf dan ada yang lebih daripada itu. Setelah kewafatan baginda

    SAW, maka para sahabat pun berhijrah untuk menyebarkan lagi dakwah Islamiah kepada

    umat manusia. Maka terdapatlah dikalangan para tabiin yang mempelajari bacaan al-QuranAl-Karim dengan satu huruf sahaja dan ada yang lebih daripada itu berdasarkan kepada

    bacaan guru-guru mereka iaitu para sahabat.Antara sahabat yang masyhur dalam

    mempelopori dan menyebarkan bacaan al-Quran ini ialah Ubai bin Kaab r.a. di Syam,

    Abdullah bin Masud di Kufah dan Abu Musa al-Asyari.

    Hasil daripada perbezaan bacaan secara musyafahah yang diajar para sahabat kepada

    penduduk Islam di negara masing-masing, maka timbulnya perbezaan bacaan yang ketara

    di kalangan umat Islam ketika itu. Ada yang mendakwa bacaan merekalah yang paling

    tepat dan bacaan orang Islam di negara lain salah dan sebagainya. Lalu khalifah yang

    memerintah ketika itu, Uthman bin Affan r.a. telah mengarahkan kepada beberapa orang

    sahabat untuk mengumpulkan kesemua mushaf dan bacaan yang ada agar dapat mengelak

    dan menghindarkan umat Islam daripada terus berpecah-belah.

    6

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    7/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    Khalifah Uthman telah membentuk satu jawatankuasa penulisan al-Quran yang diketuai

    oleh Zaid bin Thabit. Tugas mereka ialah menyalin lembaran-lembaran al-Quran yang

    diambil daripada Hafsah binti Umar untuk dijadikan mushaf dan dibukukan. Menurut

    pendapat muktamad, Jawatankuasa tersebut telah menyusun dan menyalin sebanyak 6

    mashaf. Sebuah mashaf dinamakan "Mushaf al-Imam" untuk kegunaan Saidina Uthman

    sendiri dan mushaf lain dikirimkan ke Mekah, Syam, Basrah, Kufah dan Madinah beserta

    imam (qari) yang adil dan mutqin untuk mengajar penduduk berkenaan.

    Selepas itu, Saidina Uthman memerintahkan supaya semua lembaran al-Quran yang ditulis

    sebelum ini dikumpulkan untuk dibakar atau dilupuskan. Walau bagaimanapun, perbezaan

    bacaan yang ada hingga sekarang ini tidaklah berlawanan dengan apa yang terdapat di

    dalam mushaf yang telah ditulis pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a. kerana bacaan

    itu telah diterima dari baginda Rasulullah S.A.W secara mutawatir. Pembukuan al-Quran

    pada zaman Khalifah Uthman bin Affan itu memberi faedah yang besar kepada umat Islam

    dengan menyatukan kaum muslimin dalam satu bentuk mushaf yang seragam menurut

    ejaan dan tulisannya. Ia jua menyatukan bacaan, walupun masih terdapat kelainan bacaan

    tetapi bacaan tersebut tidak berlainan dengan ejaan Mushaf Uthmani.

    3.0 KAEDAH AL-HAMZ DALAM PENULISAN AL-QURAN RASM

    UTHMANI.

    Kaedah al-Hamz atau penulisan huruf Hamzah adalah merupakan salah satu dari enam

    kaedah yang telah digariskan oleh para ulama dalam penulisan al-Quran Rasm

    Uthmani.Bagi kaedah ini, perkara yang perlu dibincangkan ialah bentuk penulisan atau

    rumah Hamzah kerana itulah yang berkaitan dengan rasm yang sebenarnya.Dalam Mushaf

    Rasm Uthmani, keadaan penulisan huruf-huruf hamzah adalah berbeza antara satu sama

    lain bergantung kepada kedudukannya iaitu apabila kedudukan hamzah wasal atau hamzah

    qatie di awal kalimah atau didahului huruf ziadah, pertengahan kalimah, hujung kalimah,

    tempat-tempat hukum khas.

    7

  • 7/31/2019 RASM AL-UTHMANI

    8/30

    HBQE1203RASM AL-UTHMANI SEKOLAH RENDAH710318115040001

    Bagi kaedah ini, perkara yang perlu dibincangkan ialah bentuk penulisan atau rumah

    Hamzah kerana itulah yang berkaitan dengan rasm yang sebenarnya. Perkara ini perlu

    diperjelaskan terlebih dahulu kerana ramai yang beranggapan bahawa perkara yang

    dibahaskan berkaitan dengan huruf Hamzah ini adalah tandanya iaitu sama ada berbentuk

    huruf sad kecil ataupun kepala huruf Ain , sedangkan perkara yang dibahaskan

    dalam Rasm Uthmani adalah berkaitan surah(rumahnya).

    3.1 BAHAGIAN HAMZAH.

    3.1.1. Hamzah al-Wasl (( .

    Iaituhamzah tambahan yang terletak pada permulaan kalimahdanhanya dibaca ,

    dibunyikan dan dibariskan ketika