hbqe1203 rasm uthmani

26
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER/ TAHUN 2014 HBQE1203 RASM AL-UTHMANI NO. MATRIKULASI : 840324135924001 NO. KAD PENGENALAN : 840324135924 NO. TELEFON : 013-8822434 E-MEL : [email protected] TUTOR : TENGKU AZRIN B. RAJA ISMAIL PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SIBU

Upload: jelina-jamari-gnarz-lai

Post on 01-Oct-2015

279 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

esaimen

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER/ TAHUN 2014

HBQE1203RASM AL-UTHMANI

NO. MATRIKULASI : 840324135924001NO. KAD PENGENALAN: 840324135924NO. TELEFON: 013-8822434E-MEL: [email protected] TUTOR :TENGKU AZRIN B. RAJA ISMAILPUSAT PEMBELAJARAN: OUM SIBU

HBQE1203

16

ISI KANDUNGANMUKA SURAT

1.0 Pengertian Rasm Uthmani1-22.0 Kelebihan al-Dabt dalam Rasm Uthmani2-33.0 Tanda-tanda Rasm Uthmani3.1 Tanda-tanda baris33.2 Tanda-tanda lain4-103.2.1 Tanda bulat bujur3.2.2 Tanda bulat meninggi3.2.3 Tanda bulat tumpat/penuh3.2.4 Tanda hamzah wasal3.2.5 Tanda sukun3.2.6 Huruf mati yang tidak bertanda sukun3.2.7 Huruf mim kecil3.2.8 Tanda tanwin3.2.9 Huruf-huruf kecil alif, wau, ya dan mim3.2.10 Huruf sin kecil yang terletak di atas atau di bawah huruf sod3.2.11 Tanda mad3.2.12 Bulatan berhias3.2.13 Tanda bintang berbucu lapan3.2.14 Garis panjang3.2.15 Tanda seperti intan3.2.16 Tanda sin kecil 3.2.17 Kepala huruf ya dan huruf wau kecil3.2.18 Tanda-tanda huruf waqaf yang masyhur dalam mushaf

4.0 Faktor-faktor Rasm Uthmani Asing Di Kalangan 10-11 Masyarakat Islam Malaysia5.0 Kesimpulan126.0 Rujukan131.0 PengenalanAl-Quran merupakan kalam Allah yang Maha Tinggi dan diturunkan kepada junjungan besar Rasulullah saw. Al-Quran diturunkan secara mutawatir dan membacanya merupakan satu ibadah. Kemuliaannya merangkumi semua aspek tidak kira dari sudut mukjizatnya, ketinggian bahasanya, perkhabaran tentang peristiwa lepas, semasa dan akan datang, malahan cara bacaannya mesti dibaca dengan betul, baik dan merdu sesuai dengan status al-Quran itu sendiri.

Demi memantapkan penguasaan bacaan secara Tartil seseorang perlu menguasai ilmu Tajwid, Tarannum, Qiraat Sabie, dan lain-lain lagi agar al-Quran itu mudah difahami, dihayati dan diamalkan sekaligus membentuk generasi al-Quran yang cemerlang. Oleh itu, ilmu tajwid merupakan salah satu keperluan sebagai menunaikan hak tilawah al-Quran dengan sebaik-baiknya.

Menurut Nik Jaafar (1998), membaca secara bertajwid merupakan salah satu usaha ke arah pencapaian amalan membaca al-Quran yang bernilai tinggi disamping menambahkan keelokkan al-Quran. Ia sekaligus dapat menghubungkan hati rasa hati pembaca dan pendengar kepada keagungan Allah s.w.t sebagaimana yang diceritakan di dalam al-Quran.

1.1 Takrif Tarannum Dari Sudut BahasaMenurut Ibn Manzur, Muhammad Bin Mukram al-Afriqiy al-Misri (1405H), tarannum ( ) berasal dari perkataan tarannama () yang beerti menyanyi, mendendang dan memperelokkan suara terhadap sesuatu. Perkataan ini juga digunakan sama ada untuk haiwan ( contohnya, seekor merpati yang menyanyi ) dan jamadat ( yakni benda-benda bukan hidup dan berjisim seperti sebuah gambus atau gitar yang berbunyi ).

Terdapat beberapa perkataan lain yang memberi makna yang sama dengan tarannum iaitu:i. Al-Tarji ()ii. Al-Taghanni ()iii. Al-Tatrib ()iv. Al-Talhin ()v. Al-Tanghim ()

Perkataan tarannum disandarkan kepada lagu Al-Quran berdasarkan kepada hadis berikut:

Maksudnya: Allah tidak mendengar (dengan penuh perhatian) terhadap sesuatu perkara seperti mana Allah menumpukan perhatian kepada seorang nabi yang memperelokkan lagu (tarannum) Al-Qurannya.

Rasulullah s.a.w menggunakan Tarannum bi al-Quran () sebagai istilah yang dikhususkan kepada bidang pengajian ilmu Tarannum. Ini adalah disebabkan oleh perkataan tarannum adalah umum dan boleh disandarkan kepada perkara lain juga. Justeru, tarannum bi al-Quran seharusnyaa dijadikan suatu istilah khusus dalam bidang tilawah al-Quran iaitu ilmu Tarannum.1.2 Takrif Tarannum Dari Sudut IstilahTarannum bi al-Quran ialah suatu ilmu atau kaedah yang membicarakan tentang kepelbagaian bunyi mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu bertujuan untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan Al-Quran (Haji Nik Jaafar Bin Nik Ismail, 1998). Tarannum bi al-Quran mestilah tidak terpisah dari ciri-ciri berikut:i. Nada iaitu tingkatan atau tekanan bunyi suara.ii. Rentak iaitu gerakan untuk menghidupkan bunyi suaraiii. Irama iaitu alunan atau bentuk bunyi.

Sesuatu bunyi yang tidak mengandungi ketiga-tiga ciri tersebut tidaklah dikatakan sebagai tarannum bi al-Quran. Dengan itu, Tarannum adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu.

1.3 Tuntutan BertarannumMenurut Nik Jaafar ( 1998 ), bacaan al-Quran yang terbaik adalah bacaan yang menggabungkan keelokan suara, bertajwid dan bertarannum yang mencapai martabat bacaan tartil yang sebenar. Allah berfirman dalam Surah Al-Muzammil, ayat 4;.... Maksudnya: Dan bacalah al-Quran dengan cara tartil.

Menurut Muhammad Lukman et. al (t.t), Ibn Manzur menukilkan bahawa al-tartil bermaksud sebaik-baik bacaan, jelas dan terang serta perlahan-lahan. Ibnu Abbas pula mentafsirkan al-tartil sebagai bacaan yang jelas, terang makhrajnya serta perlahan-lahan. Ini memberi makna bahawa al-tartil ialah bacaan yang penuh berhati-hati, sempurna tajwid dan makhraj dengan alunan bacaan yang menarik tanpa kegopohan.

Bagi mencapai tahap bacaan secara tartil, salah satu perkara yang perlu diambilkira ialah dari aspek tarannumnya. Rasulullah s.a.w amat menganjurkan umatnya untuk bertarannum yakni mengalunkan al-Quran dengan lagu yang mengikut hukum syaranya. Tarannum bi al-Quran bukanlah seperti lagu-lagu nyanyian lain umpamanya qasidah, nasyid, syair dan sebagainya. Munawiy (1356h) berkata dalam karyanya Fayd al-Qadir Syarh al-Jami al-Saghir, dari Hudhayfah al-Yamani bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

Maksudnya : Bacalah al-Quran itu dengan irama (lagu) kearaban dan dengan suara berlahjah arab. Jangan sekali-kali kamu melagukan al-Quran itu dengan gaya lagu ahli fasik dan ahli-ahli kitab (Kristian dan Yahudi). (HR Imam Thabrani dan Baihaqi)

Di dalam hadis lain yang berbunyi;

Maksudnya: Al-Bara bin Azib r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda:hiasilah al-Quran dengan suara kamu. Ini kerana suara yang baik akan menambahkan lagi keelokan al-Quran. ( Naysaburi, 1990m )

Hadis ini juga menyokong tentang penggunaan suara yang baik ketika mentilawahkan al-Quran.

2.0 Hukum Tarannum bi al-QuranHukum tarannum bi al-Quran adalah harus sepertimana yang telah disepakati oleh para ulama. Para ulama juga tiada khilaf tentang hukum sunat ke atas galakkan memperelokkan suara serta bertarannum dalam had-had yang dibenarkan oleh syara iaitu selagi mana tidak terkeluar dari cara bacaan yang digariskan oleh ulama qiraat yang muktabar.

Imam al-Nafrawiy al-Malikiy (1420h) berkata bahawa tidaklah salah sekiranya membaca al-Quran dengan suara yang baik beserta tarannum kerana ia boleh mendatangkan khusyuk dan menghayati ayat-ayat Allah.

Abu Hurayrah meriwayatkan Rasulullah bersabda;

Maksudnya: Bukanlah dari golongan (umat) kami, sesiapa yang tidak bertarnnum dengan al-Quran. ( al-Bukhari, 1345h )

Hadis tersebut jelas menunjukkan perintah tarannum bi al-Quran terhadap qari-qari yang membaca al-Quran.

Ulama juga tidak berselisih pendapat tentang tegahan membaca al-Quran dengan bertarannum sehingga merosakkan tajwid, menyembunyikan makhraj, mengeluarkannya bukan dari tempat yang sepatutnya, mengubah baris dan memanjangkan mad melebihi had yang sepatutnya ( al-Nawawiy, 1392h ).

Berikut merupakan para ulama berkaitan hukum bertarannum. Ia terbahagi kepada dua golongan iaitu:

2.1 Golongan yang tidak mengharuskan bertarannum.Golongan ini berpegang kepada hadis-hadis berikut;a. Riwayat dari Abis al-Ghifari bahawa Rasulullah menyebut berkenaan tanda-tanda hari qiamat. Diantaranya ialah:

Maksudnya: Suatu kemabukan iaitu orang-orang yang menjadikan al-Quran sebagai seruling-seruling (hiburan). Mereka mengutamakan seseorang lelaki dihadapan mereka bukan kerana paling faqih tetapi disebabkan lelaki tersebut pandai berlagu dengan al-Quran.( Tabarani, 1404h )

b. Dari Abu Abd al-Rahman bin Abi Barkah yang berkata,

Maksudnya: Bacaan (al-Quran) Rasulullah itu adalah secara mad dan tiada tarji(berlagu). ( Ibn Abi Syaybah, 1409 h )

Secara rasionalnya tarannum dalam bacaan al-Quran akan menerbitkan huruf tambahan seperti hamzah yang bukan ditempatnya, memanjangkan bacaan bukan di tempat mad dan membunyikan satu huruf alif, waw dan ya seolah-olah huruf tersebut berulang-ulang beberapa kali. Ini membuktikan bahawa tarannum tersebut tidak harus.

2.2 Golongan yang mengharuskan bertarannumGolongan ini pula berpegang kepada dalil-dalil berikut;a. Rasulullah bersabda;

Maksudnya: Allah tidak mendengar (dengan penuh perhatian) terhadap sesuatu perkara sepertimana Allah menumpukan perhatian kepada seseorang nabi yang memperelokkan lagu (tarannum) al-Qurannya. ( Al-Abadi, 1968m )

Sebahagian para ulama tidak bersetuju dengan makna hadis tersebut di mana bermaksud istighna iaitu merasa kaya dan cukup dengan al-Quran. Namun Imam Syafie menolak pendapat tersebut dan beliau menegaskan bahawa sekiranya demikian, hadis tersebut sepatutnya berbunyi . Dengan itu Imam Syafie berpendapat hadis tersebut lebih bermaksud kepada memperelokkan suara (bertarannum) dengan al-Quran ( al-Nawawi, 1392h ).

Pendapat ini turut disokong oleh Ibn Qudamah yang menerangkan bahawa sekiranya ia bermaksud istighna, iaitu merasa kaya dan cukup, maka ia tidak tepat. Ini disebabkan Rasulullah menyebut perkataan mendengar, suara serta menyaringkan.

Imam al-Ghazali pula menegaskan bermaksud tarannum dan kepelbagaian lagu. Itulah yang paling diterima oleh pakar bahasa. Dengan itu, Imam Syafie dan pengikutnya serta jumhur ulama berpegang bahawa bermakna memperelokkan seni suara terhadap al-Quran ( al-Nawawi, 1392h ).

b. Hadis yang diriwayatkan oleh Muawiyyah bin Qurrah dari Abdullah Ibn Mughaffal al-Muzaniy yang berkata,

Maksudnya: Daku melihat Rasulullah pada hari pembukaan Kota Mekah, baginda berada di atas unta dan membaca Surah al-Fath atau sebagainya dalam keadaan berlagu. Kemudian Muawiyyah membaca sepertimana bacaan Ibn Mughaffal seraya berkata, kalaulah bukan disebabkan orang akan berkumpul bersama kamu, pastinya daku akan bertarannum sepertimana Ibn Mughaffal menceritakn bacaan Rasulullah. ( Muslim bin Hajjaj, 1995m )

Lalu orang bertanya Muawiyyah, Maksudnya: Bagaimanakah sifat tarannum Rasululullah itu? Jawab Muawiyyah, a a a tiga kali.

Berdasarkan hadis ini, Abdullah bin Mughaffal menggambarkan bacaan Rasulullah iaitu ketika baginda berlagu, bacaannya lembut dengan suara bergetar di dalam kerongkong baginda. Ini kerana sebutan huruf alif yang berulang-ulang sebanyak tiga kali.

Imam al-Sindi juga menyatakan ini adalah jelas bahawa harus bertarannum dalam bacaan ( al-Sindi, t.t ).

c. Imam Badruddin al-Ayni meriwayat bahawa Sayyidina Umar berkata kepada Abu Musa al-Asyari, Maksudnya: Berilah peringatan agar kami dapat mengingati Allah. Lalu Abu Musa membaca al-Quran dan bertarannum. Kemudian Umar berkata, barangsiapayang mampu bertarannum seperti tarannum Abu Musa, maka sila lakukan,( al-Ayni, 1421h )

Imam al-Nawawi mnyimpulkan bahawa sekiranya tarannum tersebut masih tidak melampaui batas di mana ia tidak merosakkan lafaz al-Quran seperti menambah dan mengurangkan baris, memanjangkan qasr, memendekkan mad, menyembunyikan baris yang menyebabkan kecelaruan makna, maka ia adalah harus.

Kesimpulannya di sini sekalipun masih wujud perbezaan pendapat, hukum tarannum bi al-Quran adalah harus bahkan sunat sekiranya bertujuan untuk memperelokkan tilawah al-Quran mengikut hukum-hukum tajwid yang tepat. Ia adalah bersandarkan kepada hadis-hadis sahih.

Dan sebaliknya, haram jika tarannum tersebut qhuluw atau melampau hingga merosakkan tajwid, menyembunyikan makhraj, memendekkan mad dan seumpamanya. Kedua-dua golongan yang membahaskan tentang tarannum bi al-Quran ini sebenarnya mempunyai tujuan yang sama yakni menjaga, memuliakan serta meninggikan al-Quran sebagai wahyu Allah.

3.0 Falsafah Tarannum bi al-QuranBerikut dinyatakan berkaitan falsafah tarannum bi al-Quran secara ringkasnya;a. untuk memberi penghormatan kepada status Al-Quran sebagai wahyu Allah yang paling agung. b. untuk menambah kekhusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar terhadap ayat-ayat Al-Quran sebagaimana firman Allah s.w.t, Maksudnya: Mereka segera menundukkan muka sambil menangis sedangkan al-Quran itu boleh menambahkan kekhusyukan dan keinsafan. ( Surah Al-Isra' : 109 )

c. untuk mendapat rahmat Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t dalam Surah al-Araf: 204, Maksudnya: Dan apabila Al-Quran dibaca hendaklah kamu mendengarnya dan diam (untuk memerhati dan dengar bacaannya) semoga kamu beroleh rahmat Allah.

d. Untuk menambah keunikan seni bacaan Al-Quran. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya Hiasilah Al-Quran dengan suaramu yang baik kerana membaca Al-Quran dengan suara yang merdu itu menambahkan lagi keindahan Al-Quran.(HR Hakim)

4.0 Cadangan Teknik Pembelajaran Tarannum bi al-Quran

Tilawah al-Quran dengan bacaan yang mantap dan berkualiti tinggi serta berkesan sangat diimpikan oleh seorang qari dan qariah serta pencinta seni al-Quran. Begitu ramai pakar tarannum di dalam dan luar negara yang sentiasa berusaha untuk memantapkan seni tarannum al-quran agar dapat mengalukan bacaan menepati kehendak syara sepertimana yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w, para sahabat dan tabien serta generasi selepasnya.

Walaupun dewasa kini, ledakan dan perubahan sistem pendidikan yang berunsurkan teknologi moden semakin mendesak, kaedah talaqqi dan musyafahah yang lebih menyerupai pendekatan pembelajaran pengajaran tradisional merupakan kaedah pertama dan utama untuk menyebarkan pembacaan al-Quran. Guru yang benar-benar mahir amat diperlukan manakala sumber teknologi moden seperti ICT lebih bertindak sebagai bahan bantu untuk aktiviti pengukuhan. Ia masih tidak boleh menggantikan guru dalam memberi tunjuk ajar yang berkesan.

Namun begitu, dalam usaha memantapkan pembelajaran dan penguasaan tarannum kita tidak boleh menolak secara total terhadap segala inisiatif yang lebih moden dalam pengajaran al-Quran melalui media elektronik. Rancangan Mari Bertarannum yang disiarkan di tv9 antaranya merupakan salah satu daripada usaha murni untuk mendidik generasi cilik dalam mengasah bakat membaca al-Quran dengan kepelbagaian tarannum. Lebih istimewa lagi apabila proses mentahsinkan suara diajar dengan latihan vokal.

Tuan Hj. Nik Jaafar bin Nik Ismail (1998), telah menggariskan beberapa perkara penting mesti difahami oleh seseorang qari dalam usaha mencapai tahap penguasaan tarannum yang berkesan. Perkara-perkara penting tersebut ialah sebagaimana berikut ;

a. memahami ilmu-ilmu Tahsin al-Saut (memperelokkan suara), ilmu tajwid, ilmu ketartilan bacaan, fasohah dan ilmu tarannum. Memperelokkan suara dalam pembacaan al-Quran mempunyai kaitan yang amat rapat dalam penguasaan tarannum yang mantap. Seseorang qari mesti mengenal sifat-sifat suara yang dimiliki bagi menyesuaikan tobaqat qarar, nawa, jawab dan jawabul jawab. Persembahan tarannum yang berkesan dan mantap akan lebih terserlah jika suara dialunkan menepati kesemua tingkatan-tingkatan suara tersebut termasuklah tobaqat suara yang paling tinggi iaitu suara mustar atau otak. Seseorang qari semestinya perlu mendalami ilmu tajwid demi memelihara lidah dari kesalahan jaliy dan khafiy semasa membaca kalam Allah. Ia juga bertujuan menyelamatkan seorang qari daripada tersasar dalam menyebut makharij al-huruf dan sifat-sifatnya.

Kemampuan membaca Al-Quran dengan tartil dan fasih juga tidak kurang pentingnya bagi seseorang qari. Ketartilan pada setiap persembahan amat dititikberatkan bagi memenuhi kualiti sehingga memberi keinsafan kepada pembaca dan pendengar dalam menghayati maksud ayat.

Kesimpulannya, keempat-empat cabang ilmu ini amat berkait rapat di antara satu sama lain. Oleh itu sistem pemarkahan dan penghakiman tilawah al-quran di Malaysia itu sendiri menilai setiap kategori ini secara sistemetik demi memartabatkan persembahan tarannum yang berkualiti tinggi.

b. memahami fungsi tarannum bi al-Quran. Setiap tarannum mempunyai fungsinya yang tersendiri, di mana ia terbahagi kepada dua kategori iaitu yang pertama tarannum-tarannum yang berfungsi dengan sendiri tanpa bergantung kepada tarannum lain. Ianya adalah tarannum Bayati, tarannum Husaini, tarannum Kurdi, tarannum Saba, tarannum Hijaz, tarannum Nahwand, tarannum Rast, tarannum Sikah, dan tarannum Jiharkah. Kategori kedua pula ialah tarannum-tarannum yang kurang berfungsi dengan sendiri tetapi lebih sesuai menumpang lain-lain tarannum seperti tarannum Iraqi, tarannum Ajami, tarannum Nawa asar atau tarannum Ushaq dan tarannum Syuri. Tarannum tersebut kurang popular dan jarang digunakan, lebih diminati dan dihayati oleh qari-qari yang mempunyai kepakaran sahaja seperti As-Sheikh Muhammad Rifat, As-Sheikh Taha Af-Fashni, As-Sheikh Mustafa Ismail dan sebagainya, kerana ia lebih berfungsi sebagai tarannum selingan kepada mana-mana persembahan bacaan untuk menambahkan kecanggihan tarannum mereka.

Di peringkat awal pendedahan ilmu tarannum kepada para pelajar, guru perlu merancang persediaan awal dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan keperluan para pelajar. Bagi SMKA atau Kelas Kemahiran al-Quran (KKA) pelajar yang dipilih untuk mengikuti kelas tersebut dipilih dan diuji terlebih dahulu bagi mengenalpasti mereka telah menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan sebelum mengikuti kelas tarannum. Pelajar hendaklah dipilih dari kalangan mereka yang baik dan lancar membaca Al-Quran kerana kandungan sukatan pelajaran yang tinggi ( Waheeda Razali, 2003 ).

Bagi menjamin kualiti pengajaran pembelajaran yang baik dan berkesan, adalah dicadangkan supaya bilangan pelajar dalam sesebuah kelas tidak melebihi 20 orang. Ini bagi membolehkan guru memberikan tumpuan yang lebih kepada para pelajarnya. Dengan cara ini setiap kelemahan para pelajar akan lebih mudah dikenal pasti. Kaedah talaqi musyafahah dan latih tubi merupakan kaedah yang kerap digunakan oleh tenaga pengajar sesuai dengan keperluan pembelajaran pengajaran tarannum bagi mengurangkan berlakunya perbezaan dan kesilapan dalam membaca al-Quran. Oleh itu, guru sudah pastilah dapat mengatasi masalah yang timbul dengan lebih baik.

Berpandukan kaedah yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w semasa menerima dan menyampaikan wahyu, terdapat empat langkah pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang sering dipraktikkan oleh baginda. Pertama, membaca al-Quran dengan betul. Rasulullah s.a.w membaca al-Quran secara talaqi-musyafahah dengan malaikat Jibril a.s. Maka dengan cara ini jugalah baginda s.a.w mengajarkannya kepada para sahabat. Kedua, menerangkan maksud. Hal ini bertujuan untuk memahami apa yang terkandung di sebalik ayat-ayat al-Quran yang dibaca. Ketiga, menghafaz dan yang keempat, mengamalkan ajaran al-Quran berdasarkan ajaran yang difahami daripada ayat yang dihafal. Kaedah pengajaran dan pembelajaran tersebut diteruskan lagi pada zaman sahabat dan selepasnya untuk menjamin agar al-Quran berkekalan. Kaedah-kaedah ini juga berjaya melahirkan golongan sahabat yang menjiwai al-Quran sepanjang hayat.

Berikut merupakan cadangan aktiviti yang difikirkan boleh membantu para pelajar menguasai tarannum:

Langkah pertama: Membaca al-Quran dengan betula. Guru memperdengarkan bacaan pendek, pelajar dengar dengan teliti. Bacaan boleh diambil daripada bacaan guru sendiri atau bacaan contoh daripada bahan bantu belajar seperti perisian komputer mahupun rakaman suara qari atau qariah.b. Guru dan pelajar membaca surah secara kelas, berpasangan dan individu. Pelajar mengulangi bacaan secara latih tubi hingga terlekat dalam ingatan mereka. c. Guru semak bacaan pelajar secara individu.

Langkah kedua: Menerangkan maksudd. Guru dan pelajar sama-sama membaca surah dan pengertiannya.e. Guru terangkan maksud setiap ayat yang dibaca, pelajar dengar. Selang selikan dengan soal jawab atau mungkin sesi sumbang saran agar pelajar benar-benar faham isi yang disampaikan dalam ayat yang telah dibaca.

Langkah ketiga: Menghafazf. Ulang bacaan secara bertarannum beberapa kali sehingga para pelajar dapat menguasai bacaan dengan tartil.g. Berikan tempoh menghafaz kepada para pelajar samada secara senyap ataupun berpasangan sepertimana yang mereka rasakan lebih mudah antara keduanya. h. Pelajar dipilih secara rawak untuk membacakan surah atau ayat tersebut secara bertarannum. Guru dan rakan-rakan semak bacaan pelajar tersebut.i. Ulangi semula bacaan contoh agar para pelajar benar-benar jelas dengan kaedah bacaan bertarannum yang betul.

Langkah keempat: Mengamalkan ajaran al-Quran berdasarkan ajaran yang difahami daripada ayat yang dihafal.j. Terapkan nilai murni dalam setiap proses pengajaran pembelajaran al-Quran yang dibuat. k. Guru boleh menilai para pelajar secara berterusan tidak kira di dalam kelas mahupun di dunia luar. Sentiasa mengingatkan kepada mereka tentang amalan yang dituntut dan ditegah di dalam ayat atau surah yang dibaca.

Penilaian: Memastikan pelajar benar-benar menguasai bacaan secara bertarannum. Ulang semula sehingga mereka benar-benar mahir.

Menurut temubual bersama Ustazah Raunah bt. Ali Akebar (seorang tenaga pengajar yang giat dalam bidang tarannum di SMK (A) Igan) mempelajari tarannum ini memerlukan kesabaran dan minat. Jangan terburu-buru untuk menghabiskan kesemua 7 lagu tetapi akhirnya tidak dapat dikuasai dengan baik. Belajar dari harakat demi harakat. Ulang harakat yang sama berulang kali tanpa rasa jemu sehingga iramanya betul-betul dikuasai. Ulangkaji semula di rumah dengan bantuan bahan bantu yang sesuai.

Sebagai guru galakkan pelajar agar mereka tidak malu untuk mencuba lagu yang telah diajarkan. Biarpun pada awalnya sumbang, namun apabila kerap membuat latih tubi insyaallah akan berjaya. Pastikan pelajar dapat kuasai irama yang asas terlebih dahulu, kemudian baru berusaha ke arah mencanggihkan bacaan dengan memasukkan unsur-unsur tambahan seperti burdah halus, wuslah, ikhtilal dan mempelajari cabang-cabang lagu yang lain. Ingatkan kepada mereka agar mendapatkan guru-guru yang mempunyai ilmu tarannum untuk membimbing. Ini kerana mempelajari daripada komputer, VCD dan kaset hanyalah sebagai tambahan dan ulangkaji sahaja. Guru-guru akan memberikan tunjuk ajar yang lebih berkesan dalam memahami ilmu ini.

5.0 Kesimpulan

Ilmu tarannum bi al-Quran ini banyak memberikan manfaat sepertimana yang telah dinyatakan dalam falsafah ilmu tarannum itu sendiri. Ia memainkan peranan yang penting dalam memperelokkan bacaan al-Quran serta memberi kesan kepada jiwa pembaca dan pendengarnya. Sudah menjadi fitrah manusia sukakan sesuatu yang indah dan merdu. Maka tarannum al-Quranlah sebagai ganti kepada bunyi-bunyian yang haram di sisi syara. Sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Berkuasa atas sesuatu.

Sebagai generasi yang akan meneruskan ilmu suci ini, kita perlu sama-sama berusaha untuk menarik minat golongan-golongan muda umpamanya untuk lebih mencintai ilmu tarannum ini. Pelbagai saluran terkini boleh digunakan sebagai wacana dalam menyebarkan ilmu tarannum ini antaranya media cetak mahupun media elektronik. Guru-guru agama yang mengajar di peringkat sekolah juga boleh menjadi agen yang sangat penting. Namun begitu, guru-guru ini perlulah mahir agar tidaklah berlaku kesilapan atau salah faham di kalangan pelajar berkaitan tarannum ini. Mereka perlu mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan kualiti pengajaran masing-masing dalam bidang tersebut antaranya dengan menghadiri kursus ataupun kelas kemahiran al-Quran sebelum mengadakan kelas tarannum.

Kaedah tradisional mahupun moden sama sekali tidak ditolak malahan seelok-eloknya digabungkan agar situasi pengajaran pembelajaran tidak membosankan para pelajar. Masing-masing mempunyai pro dan kontranya, maka dengan itu kebijaksanaan dan kesabaran guru amat dituntut dalam mengajar ilmu tarannum ini.

Rujukan

Abd al-Fattah al-Khalidi, (1994).Mafatih li Al-Taamul Maa al-Quran, Dimashq: Dar al-Qalam.

Al-Abadi, Muhamamad Syams al-Haqq al-Azim, (1968m). Awn al-mabud syarh Sunan Abi Dawud, Madinah: Maktabah al-Salafi.

Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail, (1345h). Sahih al-Bukhari, Misr: Mustafa al-Babi al-Halabi.

Al-Ghazali, Abiy Hamid Muhammad bin Muhammad, (1997m). Ihya ulum al-din qahirahAl-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf, (1392h). Syarh al-Nawawi ala SahihMuslim,Beirut: Dar Ihya al-Turath al-Arabiy.

Al-Nafrawiy, Ahmad Ibn Ghunaym, (1420h). al-Fawakih al-dawani syarh ala risalah al-qayrawan, Misr: Mustafa al-Babi al-Halabi.

Ibn Al-Athir, Majd Al-Din Al-Mubarak Ibn Muhammad, (1963), al-Nihayah fiGharib Al-Hadith Wal Athar, Al-Qahirah : Maktabah Islamiyyah.Ibn al-Jazari, Syihab al-Din Abi Bakr Bin Ahmad Bin Muhammad, (1418H).SyarhTayyibah al-Nasyr fi al-Qiraat al-Asyr, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah).

Ibn Abi Syaybah, Abdullah bin Muhammad Bin Abi Syaybah al-Kufi, (1409h),Musannaf Ibn Abi Syaybah, Riyarh: Maktabah al-Rusyd.

Ibn Manzur, Muhammad Bin Mukram Al-Afriqiy Al-Misri, (1405h). Lisan al-Arab,Beirut: Dar Sadir.

Ibn Qudamah, Abdullah bin Ahmad, (1405h). al-Mughniy, Beirut: Dar al-Fikr.Muhd. Ali bin Abu Bakar, (1997). Seni lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur: Darul Fikr.

Muhammad Rajab Farjani, (1976).Kaifa Nataaddadu Maa Al-Mushaf,Qahirah: Dar al-Itisam.

Manna Khalil al-Qattan, (1973).Studi Ilmu-ilmu Quran (terj. Drs. Mudzakkir AS.),Jakarta: Litera AntarNusa.

Mahdi Muhammad al-Hirazi, (2001).Bughyah Al-Murid Min Ahkam Al-Tajwid,Beirut:Daral-Basyair al-Islamiyyah.

Muhammad Abdul Azim al-Zalqani, (2001).Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran, Beirut: Al Maktabah al-Asriyyah.

Manna Khalil Qatan, (1998). Mabahis fi Ulum Al-Quran,Beirut: Muassassah al-Risalah.

Muhammad Khazar Al-Mujali. (2003). Al-Wajiz Fi Ulum Al-Kitab Al-Aziz, Kuala Lumpur: University Malaya.

Nik Jaafar Bin Nik Ismail, (1998). Qawaid Tarannum, Kuala Lumpur: Darul Fikr.

Naysaburi, Muhammad bin Abdullah al-Hakim (1990m), al-Mustadrak ala al-sahihayn fi al-hadith, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Tabaraniy, Abu al-Qasim Sulayman bin Ahmad, (1404h). al-Mujam al-Kabir, Jeddah:Dar al-Bayan Al-Arabiy.