pusat tuisyen didikan genius program bahasa melayu sekolah … · 2021. 6. 29. · pusat tuisyen...

20
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest Tahap SR2 B Modul 8 Nama : ____________________________

Upload: others

Post on 25-Aug-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2021. 6. 29. · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest . Tahap SR2B. Modul

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest

Tahap SR2B

Modul 8

Nama : ____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2021. 6. 29. · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest . Tahap SR2B. Modul

Markah Kuiz Komputer

Minggu Tarikh Tatabahasa

(%)

Perbendaharaan Kata (%)

Peribahasa

(%)

Lain-lain

1

2

3

4

5

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2021. 6. 29. · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest . Tahap SR2B. Modul

Program Bahasa Malaysia Edubest Modul 8

A. Perbendaharaan Kata & Bacaan

a. Perbendaharaan Kata

Bil. Perkataan/Frasa Kata Akar 意 思

1 pencemaran

-perbuatan mencemarkan/mengotorkan

污 染

2 nyaman

-segar

新 鲜

(空 气)

3

permatang

-jalan kecil yang tinggi sedikit daripada kawasan

sekelilingnya

4 sawah

-bendang

稻 田

5 sepoi-sepoi bahasa

-perlahan-lahan/lembut

微( 风)

6 alangkah

-betapa, sangat

多 么

7 mengeluh

-melahirkan rasa dukacita atau sedih

叹 息

8 sesak

-terlalu penuh

拥 挤

9 membayangkan

-menggambarkan

想 象

10 sepanjang masa

-segenap masa, selama

从 开 始

到 结 束 (

时 间)

11 serius

-teruk/berat dan parah kesannya

严 重

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B08 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2021. 6. 29. · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest . Tahap SR2B. Modul

12 pesat

-cepat

迅 速

13 terhindar

-terlepas /bebas daripada

远 离

14 berterusan

-berlarutan, berpanjangan

持 续

15 mendiamkan diri

-tidak bercakap

沉 默 不 语

16 diajukan

-ditujukan/dikemukakan sesuatu

被 问

17 mengandungi

-berisi , dimuatkan dengan

含 有

18 melarut

-menjadi hancur atau cair dalam cecair

溶 解

19 mementingkan diri

-memikirkan hal diri sendiri sahaja

自 私

20 terdedah

-tidak tertutup, terbuka

曝 露

21 pembangunan

-kegiatan memajukan

发 展

22 menjejaskan

-merosakkan

影 响

23 pendapatan

-gaji

收 入

24 mengawal

-mengawas

守 卫

25 meniti

-berjalan dengan berhati-hati

小 心 地 走

26 mustahil

-tidak mungkin

不 可 能

27 beroperasi

-menjalankan kegiatan

营 业

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B08 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2021. 6. 29. · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest . Tahap SR2B. Modul

b. Latihan Perbendaharaan kata – Isi tempat kosong

1. Dalam perhimpunan, para hadirin tidak boleh bercakap

_________________ agar perjalanan perhimpunan tidak akan

terganggu.

2. Peperangan yang ___________selama dua tahun di negara itu

telah menyebabkan negara itu menjadi negara termiskin di dunia.

3. Pemakanan yang tidak seimbang akan ____________kesihatan

kita.

4. _____________ yang _________di bandar itu telah menarik

pelancong asing ke tempat itu.

5. Orang yang hanya ____________________ tidak akan

mempunyai kawan.

6. ______________dia boleh membuat soalan Matematik itu

sedangkan nombor dari 1 hingga 100 pun dia tidak tahu.

7. _____________udara dan bunyi di banda raya Kuala Lumpur

semakin _________.

8. Angin yang bertiup ________________________pada waktu

petang itu membuat Ramlah ________________saat-saat manis

dia bersama kawan baiknya.

9. Kilang yang ______________tanpa lesen di kampung itu telah

diperintahkan tutup.

10. Makanan yang dijual di tepi jalan ______________kepada

habuk yang disebabkan oleh pergerakan kenderaan.

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B08 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2021. 6. 29. · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest . Tahap SR2B. Modul

Pencemaran Udara

Zee dan abangnya, Zahrul bersiar-siar di hujung kampung. Cuaca

pada petang itu sungguh nyaman. Zee memerhati adiknya bermain

layang-layang di permatang sawah. Angin petang yang bertiup sepoi-

sepoi bahasa itu amat sesuai untuk bermain wau.

“Alangkah seronoknya tinggal di kampung,” bisik Zahrul.

“Kenapa ? Abang tak seronok ke tinggal di bandar ?” tanya Zee.

Zahrul mengeluh panjang. Kalau boleh, dia mahu tinggal di kampung

buat selama-lamanya. Walau bagaimanapun, dia terpaksa melupakan

niatnya kerana dia bekerja di bandar.

“Suasana di bandar jauh berbeza dengan suasana di sini.

Masyarakat bandar sentiasa berlumba-lumba mencari harta kekayaan.

Jalan raya pula sesak dengan kendaraan,” beritahu Zahrul.

Zee terdiam seketika apabila mendengar kata-kata abangnya. Zee

dapat membayangkan bagaimana kehidupan di bandar yang sentiasa

sibuk sepanjang masa,

“Boleh dikatakan pada setiap hari abang menyedut udara yang

kotor. Malah pencemaran udara di kawasan bandar semakin serius.

Udara di kampung pula lebih bersih kerana pembangunannya tidak

sepesat di bandar,” tambah Zahrul.

Zee berasa bertuah kerana kampungnya terhindar daripada

pencemaran udara, Zee berharap agar perkara ini akan berterusan

sampai bila-bila.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B08 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2021. 6. 29. · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest . Tahap SR2B. Modul

“Abang, apakah punca yang menyebabkan pencemaran udara?” soal

Zee.

“Punca utama yang menyebabkan pencemaran udara ialah asap yang

dikeluarkan daripada kilang dan kenderaan,” terang Zahrul.

“Adakah udara yang kotor ini akan memberi kesan yang buruk ?”

Zahrul hanya mendiamkan diri dengan pertanyaan yang diajukan

oleh Zee.

“Untuk pengetahuan Zee, asap yang dibebaskan dariapda kilang

mengandungi gas racun. Gas beracun ini akan melarut dalam air hujan

dan menghasilkan air hujan yang berasid. Hujan asid ini boleh

memusnahkan tumbuh-tumbuhan. Hidupan di dalam air sungai, tasik dan

kolam juga mati,” jelas Zahrul dengan panjang lebar.

“Jadi, kita hendaklah bersama-sama mencegah pencemaran udara.

Betul tak abang ?” Zee meminta pendapat abangnya.

Zahrul sedar bahawa selama ini manusia lebih mementingkan diri

sendiri daripada memikirkan kebersihan udara.

“Kalau begitu, abang tak payahlah tinggal di bandar,” cadang Zee.

“Sebenarnya Zee, pencemaran udara boleh berlaku di mana-mana

sahaja termasuklah di kampung kita,” beritahu Zahrul.

Zee terkejut dengan kata-kata abangnya. Dia tidak dapat

membayangkan bagaimana keadaan kampung mereka jika berlaku

pencemaran udara.

“Tapi Zee yakin kampung kita tidak akan terdedah kepada

pencemaran udara,” bantah Zee.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B08 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2021. 6. 29. · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest . Tahap SR2B. Modul

“Pada pendapat abang, tidak mustahil pencemaran udara akan

berlaku di kampung ini dalam masa lima atau enam tahun akan datang.

Cuba Zee lihat pembangunan di kampung kita yang semakin pesat. Tidak

lama lagi banyak kilang yang akan didirikan,” ujar Zahrul.

“Maksud abang, adakah kita akan mendapat penyakit?” tanya Zee.

“Ya, kilang yang beroperasi ini akan membebaskan asap serta

mengeluarkan bau yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk,” tambah

Zahrul.

“Abang, apakah yang akan terjadi jika pencemaran udara tidak

dikawal ?” soal Zee lebih bersemangat.

“Pencemaran udara boleh menyebabkan tanaman para petani tidak

dapat tumbuh dengan subur. Oleh itu, pendapatan mereka akan

berkurangan. Murid-murid sekolah juga tidak dapat mengulang kaji

pelajaran kerana bunyi bising jentera,” terang Zahrul.

Zee bimbang jika perkara itu benar-benar berlaku di kampungnya

pada suatu hari nanti.

“Abang, apakah yang harus kita lakukan untuk mengawal

pencemaran udara ?” tanya Zee.

“Langkah yang paling berkesan untuk mengawal pencemaran udara

ialah kita mestilah bersama-sama menjaga kebersihan udara. Pihak

pengusaha kilang juga tidak boleh mendirikan kilang berdekatan dengan

kawasan perumahan,” jelas Zahrul.

“Zee rasa, pencemaran udara dapat dikurangkan jika kita

berkongsi kenderaan, menghentikan amalan merokok dan menanam

pokok-pokok bunga di rumah,” celah Zee.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B08 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2021. 6. 29. · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest . Tahap SR2B. Modul

“Wah, pandainya adik abang !” puji Zahrul.

Zee tersenyum bangga dengan pujian abangnya.

Hari sudah hampir senja. Zee dan abangnya meniti permatang padi

sambil memanggil adik mereka yang leka bermain wau.

B. Pemahaman

1. Apakah yang menyebabkan abang Zee tidak boleh tinggal di kampung ?

(KBAT)

_____________________________________________________

_____________________________________________________

2. Bagaimanakah kehidupan masyarakat di bandar ?

_____________________________________________________

_____________________________________________________

3. Apakah punca utama yang menyebabkan pencemaran udara ?

_____________________________________________________

_____________________________________________________

4. Pada pendapat kamu, apakah langkah yang boleh diambil untuk

mengatasi masalah pencemaran udara ?

i. jangan membuang samapah

ii. jangan membakar sampah secara terbuka

iii. menggunakan kenderaan awam

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B08 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2021. 6. 29. · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest . Tahap SR2B. Modul

iv. mengurangkan pembebasan asap dari kilang

A. i, ii B, ii, iii C. ii, iii, iv D. i, ii, iii, iv

5. Padankan perkataan daripada Petak A dengan Petak B untuk

membentuk frasa yang bermakna.

1. ___________________ 6. ______________________

2. ___________________ 7. ______________________

3. ___________________ 8. ______________________

4. ___________________ 9. ______________________

5. ___________________ 10. _____________________

( %)

Petak A

1. menjejaskan

2. mendiamkan

3. berkongsi

4. pencemaran

5. panjang

6. mencari

7. punca

8. amalan

9. membebaskan

10.mengeluarkan

Petak B

1. bau

2. merokok

3. kesihatan

4. asap

5. kekayaan

6. utama

7. udara

8. lebar

9. diri

10.kenderaan

i-Think

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B08 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2021. 6. 29. · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest . Tahap SR2B. Modul

C. Tatabahasa

Nota Ringkas:

Ayat Aktif dan Ayat Pasif

1. Ayat aktif dan ayat pasif adalah dua bentuk ayat yang berlainan

tetapi sama maksudnya.

2. Ciri-ciri ayat aktif dan ayat pasif:

Ayat Aktif Ayat Pasif

mengutamakan pelaku

sebagai subjek (di depan

ayat)

kata kerja biasanya

berimbuhan “meN-”

mengutamakan objek dan

perbuatan (di depan ayat)

kata kerja berimbuhan “di-

” dan diikuti dengan

“oleh” (kata sendi)

3. Ayat aktif boleh ditukar kepada ayat pasif dan sebaliknya.

Subjek/Pelaku Ayat Aktif – Ayat Pasif

Pihak 3 Ayat

Aktif

Saifudin menternak ikan emas di dalam akuarium.

(subjek) (kata kerja) (objek) (frasa sendi)

Ayat

Pasif

Ikan emas diternak oleh Saifudin di dalam akuarium.

(objek) (kata kerja) (subjek) (frasa sendi)

Pihak 1 & 2 Ayat

Aktif

Saya/Kamu menternak ikan emas di dalam akuarium.

(subjek) (kata kerja) (objek) (frasa sendi)

Ayat

Pasif

Ikan emas saya/kamu ternak di dalam akuarium.

(objek) (subjek) (kata kerja) (frasa sendi)

4. Frasa sendi dikekalkan di tempat asal (bahagian belakang ayat)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B08 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2021. 6. 29. · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest . Tahap SR2B. Modul

Latihan:

A. Tuliskan subjek, objek, kata kerja dan frasa sendi bagi ayat-ayat

aktif dan pasif berikut.

1. Jefri melukis gambar di halaman rumah.

a. Subjek :

b. Objek :

c. Kata kerja :

d. Frasa sendi:

2. Seekor burung nuri ditangkap oleh Izzaidee dengan sangkar

burung.

a. Subjek :

b. Objek :

c. Kata kerja :

d. Frasa sendi:

3. Rashid dan Razif melawat Eropah pada bulan lalu.

a. Subjek :

b. Objek :

c. Kata Kerja :

d. Frasa sendi:

4. Kurma ayam dimasak oleh ibu dengan kuali baharu.

a. Subjek :

b. Objek :

c. Kata kerja :

d. Frasa Sendi:

5. Kamisan membeli garam dan gula di kedai runcit.

a. Subjek :

b. Objek :

c. Kata kerja :

d. Frasa Sendi:

i-Think

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B08 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2021. 6. 29. · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest . Tahap SR2B. Modul

B. Tukarkan ayat berikut kepada ayat aktif. (KBAT)

1. Siti Nurhaliza mendendangkan sebuah lagu baharu semalam.

_____________________________________________________

2. Haliza Misbun dan Azmeer membuka kedai runcit di Taman Melati.

_____________________________________________________

3. Saya menulis karangan bahasa Melayu di bilik.

_____________________________________________________

4. Anda menghantar buku latihan kepada Cik Anis.

_____________________________________________________

5. Dia menggoreng telur pada waktu petang.

_____________________________________________________

6. Ibu Ibrahim menanak nasi dengan periuk nasi elektrik.

_____________________________________________________

C. Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif. (KBAT)

1. Kuih koci ini dibuat oleh Mak Minah dengan kelapa dan tepung.

_____________________________________________________

2. Lantai telah kami cuci pagi tadi.

_____________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B08 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2021. 6. 29. · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest . Tahap SR2B. Modul

3. Radio dipasang oleh adik dengan kuat.

_____________________________________________________

4. Hukuman tuanku jatuhkan dengan adil.

_____________________________________________________

5. Gitar boleh dipetik oleh Fazli dengan baik sekali.

_____________________________________________________

6. Ucapan itu disampaikan oleh beliau semasa upacara perasmian

diadakan.

_____________________________________________________

D. Pertuturan

Rangsangan 3:

Buat penerangan tentang notis yang terdapat di bawah:

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B08 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2021. 6. 29. · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest . Tahap SR2B. Modul

E. Penulisan

Karangan Keperihalan

Panduan Mengarang

1. Karangan keperihalan meminta anda menulis sesuatu yang anda

lihat atau alami. Anda perlu mencerita dan menyifatkan apa yang

anda lihat atau alami.

2. Biasanya, anda akan menulis karangan tentang majlis, situasi,

keadaan, tempat, aktiviti atau peristiwa.

3. Karangan keperihalan ditulis mengikut urutan peristiwa.

4. Anda perlu menggunakan kata akjektif atau adverb untuk

menjadikan karangan anda lebih menarik

5. Akhiri karangan anda dengan nilai murni

Karangan Contoh:

Minggu lalu aku dan keluarga menghadiri suatu majlis perkahwinan

saudara kami di kampung Seri Kendung, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Kami bertolak pada pukul 10.00 pagi dengan menaiki kereta.

Kira-kira pukul 12.30 tengah hari, kami tiba di tempat yang ditujui.

Kami mendapati sudah banyak jemputan yang datang. Majlis itu

kelihatan meriah. Ada yang menolong menghidangkan makanan, ada yang

membasuh pinggan mangkuk, dan ada pula yang berbual-bual. Kedatangan

kami disambut dengan besar hati oleh pak cik dan mak cik. Kami disuruh

menjamu selera bersama dengan tetamu yang lain.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B08 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2021. 6. 29. · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest . Tahap SR2B. Modul

Selepas makan, ibu dan kakak ke bilik pengantin untuk memberinya

hadiah. Sementara aku dan ayah pula membantu pak cik menghidangkan

makanan untuk para tetamu. Aku turut membantu memberikan bunga

telur kepada para jemputan.

Pada pukul 2.00 petang rombongan pengantin lelaki yang diiringi

dengan paluan kompang tiba. Sebelum majlis persandingan, persembahan

silat diadakan. Pengantin diarak ke pelamin dan upacara tepung tawar

diadakan. Sanak saudara dan sahabat handai diberi peluang untuk

menepungtawari pengantin dan bergambar dengan pengantin.

Apabila hari semakin petang, kami pun meminta diri untuk pulang.

Kami bersalam-salaman dengan pak cik dan mak cik. Aku berasa gembira

dapat menyaksikan majlis perkahwinan yang penuh dengan adat istiadat.

Latihan 1 : Keadaan di Stesen Bas

(Sila rujuk peta minda yang disediakan)

Latihan 2 : Hari Pengambilan Laporan Kemajuan Sekolah

(Sila rujuk peta minda yang disediakan)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B08 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2021. 6. 29. · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest . Tahap SR2B. Modul

Simpulan Bahasa

1. Jauh hati : Merajuk

kerana tersinggung oleh

perbuatan atau

percakapan.

2. Kecil hati : Merajuk

3. Lintah darat : Orang

yang mengenakan harga

yang tinggi terhadap

pinjaman yang

diberikan.

4. Makan hati : Menderita

akibat perbuatan orang

lain.

5. Makan suap : Rasuah

6. Otak kering : Susah

atau lambat menerima

pelajaran.

7. Patah hati : Kecewa

atau putus asa.

8. Ringan tangan : Suka

memberikan bantuan

kepada orang lain.

9. Senyum simpul :

Senyum gembira atau

geli hati kerana sesuatu

yang menarik.

10. Tangkai jering :

Orang yang kedekut.

Pintar Kata

(Perkataan Banyak Makna)

1. kesan

a. bekas atau tanda :

Lina cuba

menghilangkan

kesan kotoran pada

baju ayah dengan

serbuk pencuci

yang istimewa.

b. hasil atau akibat :

Ubat itu dikatakan

akan mendatangkan

kesan sampingan

kepada pesakit jika

diambil berlebihan.

2. Lampau

a. lepas :

Pada masa yang

lampau, manusia

tinggal di dalam

gua.

b. lebih daripada yang

dijangka : Dia

gemuk kerana

terlampau banyak

makan.

Input Bahasa

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B08 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2021. 6. 29. · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest . Tahap SR2B. Modul
Page 19: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2021. 6. 29. · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest . Tahap SR2B. Modul
Page 20: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah … · 2021. 6. 29. · Pusat Tuisyen Didikan Genius . Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest . Tahap SR2B. Modul

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my