pusat tuisyen didikan genius program bahasa malaysia ... · kancil berjaya melepaskan diri daripada...

16
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Pemahaman Modul PT3 SM 301 Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 02-Oct-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · Kancil berjaya melepaskan diri daripada perangkap yang dipasang oleh peladang dengan berpura-pura mati. Hal ini menyebabkan

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Pemahaman

Modul PT3

SM 301

Nama : _____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · Kancil berjaya melepaskan diri daripada perangkap yang dipasang oleh peladang dengan berpura-pura mati. Hal ini menyebabkan

Analisis Puisi

Genre PuisiTradisional

PantunSyair

ModenSajak

Tema

Persoalan

BentukTerikat

Rima akhir Pantun : ab / abab

Rima akhir Syair : aaaa

BebasRima akhir Sajak : abcdef

Unsur Bahasa

Pengulangan

Pengulangan baris Repitisi

Pengulangan Kata

Ulang kata depan Anafora

Ulang kata belakang Responsi

Ulang kata tengah Epifora

SinkopeSingkatan : ku, mu, nak

Inversiterbalik : akan kuambil

PerlambanganBunga : wanita

Personifikasibersifat manusia

HiperbolaMelebih-lebihkan

Unsur bunyi Pengulangan abjad

Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi

Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi

Nada

Romantiscinta, kasih sayang

Melankoliksedih

Protesmembantah

Sinismenyindir / mengejek

Nilai

Pengajaran

Analisis Puisi

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · Kancil berjaya melepaskan diri daripada perangkap yang dipasang oleh peladang dengan berpura-pura mati. Hal ini menyebabkan

Pemahaman Teks Umum

Watak Sang Kancil dalam buku-buku cerita binatang digambarkan sebagai

binatang yang pintar dan bijaksana. Sang Kancil berupaya mengatasi binatang-

binatang yang lebih besar dan gagah dengan menggunakan kebijaksanaannya.

Dengan menggunakan buah fikiran, Sang Kancil berjaya mengalahkan

binatang seperri gajah, harimau, dan buaya. Dalam cerita "Sang Kancil dengan

Buaya", Sang Kancil telah melepaskan kerbau yang digigit oleh seekor buaya

dengan mengatakan bahawa benda yang digigit oleh buaya tersebut scbenarnya

batang kayu. Kecerdikan Sang Kancil bukan setakat menipu sesama binatang,

malahan juga manusia. Dalam cerita "Sang Kancil dengan Peladang'', Sang

Kancil berjaya melepaskan diri daripada perangkap yang dipasang oleh

peladang dengan berpura-pura mati. Hal ini menyebabkan peladang melepaskan

Sang Kancil, seterusnya menyelamatkan nyawanya.

Dalam beberapa cerita yang lain, Sang Kancil bertindak sebagai orang

tengah, contohnya dengan menjadi hakim kepada dua pihak yang bcrtelagah.

Adakalanya Sang Kancil menjadi tempat binatang-binatang yang lain

mengadukan hal seterusnya menyelesaikan berbagai-bagai masalah yang

dihadapi oleh binatang-binatang tersebut. Berlaku juga situasi apabila Sang

Kancil menolong binatang yang kecil yang dianiaya oleh binatang yang besar.

Oleh sebab itu, Sang Kancil dilantik menjadi Syah Alam di rimba. Peranan

Sang Kancil sebagai hakim diceritakan dalarn "Kisah Sang Kancil dengan

Saudagar". Dalam cerita ini , Sang Kancil menjadi hakim yang membicarakan

kes seorang saudagar yang kurus dengan seorang kanak-kanak gemuk yang

miskin yang merupakan jiran tersebut.

Sungguhpun begitu, sifat ketidaksempurnaan Kancil turut dipaparkan.

Oleh sehab pada suatu masa Kancil berniat jahat, Sang Kancil terpaksa

menerima hakikat bahawa tidak ada makhluk yang sentiasa menang. Sang

Kancil telah dikalahkan oleh siput dalam suatu perlumbaan dalam cerita Kancil

dengan Siput. Siput-siput telah menipu Sang Kancil dengan bcrada di sepanjang

laluan perlumbaan sehingga garisan penamat.

1. Apakah maksud frasa orang tengah ?

A Orang yang pintar dan bijaksana.

B Orang berada di tengah-tengah.

Program Bahasa Melayu Edubest SM301 - Pemahaman Petikan & Antologi 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · Kancil berjaya melepaskan diri daripada perangkap yang dipasang oleh peladang dengan berpura-pura mati. Hal ini menyebabkan

C Orang yang dibantu kerana menghadapi masalah.

D Orang yang bertindak sebagai pendamai antara dua pihak yang berbalah

2. Berdasarkan pctikan, Sang Kancil ialah haiwan yang'

A sempurna kerana kebijaksanaannya.

B sentiasa menang apabila bertanding dengan haiwan lain,

C cerdik menggunakan akal fikiran untuk mengalahkan haiwan dan manusia,

D bijak mencari orang tengah bagi menyelesaikan pertelagahannya dengan

haiwan lain.

3. Apakah peranan Sang Kancil dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi

oleh haiwan lain?

A Kancil bertindak sebagai orang tengah

B Kancil menganiaya haiwan yang lebih kuat.

C Kancil berpihak kepada haiwan yang lebih kuat.

D Sang Kancil menggunakan muslihat seperti berpura-pura mati.

4. Pada pendapat anda, apakah pengajaran daripada watak Sang Kancil?

(KBAT) ?

A Kita hendaklah bersikap adil dalam segala hal.

B Kita hendaklah berpihak kepada individu yang lebih kuat.

C Kita mestilah menggunakan buah fikiran untuk memperdayakan haiwan lain.

D Kita hendaklah menggunakan apa-apa sahaja cara untuk memenangi sesuatu

pertandingan.

( /8)

Program Bahasa Melayu Edubest SM301 - Pemahaman Petikan & Antologi 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · Kancil berjaya melepaskan diri daripada perangkap yang dipasang oleh peladang dengan berpura-pura mati. Hal ini menyebabkan

Pemahaman Puisi Tradisional – Syair

Bermula warkah surat rencana,

Ikatan fakir yang sangat hina,

Sajak dan nazam banyak tak kena,

Daripada pendapat kurang sempurna.

Gerangan sungguh amatlah leta,

Perinya akal gelap-gelita,

Hemat pun rendah daif berserta,

Tambahan badan miskin dan nista.

Beribu ampun kiranya tuan,

Atasnya hulu fakir nistawan,

Daripada masyghul gundah merawan,

Terperilah madah patik nin tuan.

Dituliskan sahifah supaya nyata,

Barang yang ghairah di dalam cinta,

Terfikir-fikir bukan menderita,

Dakwat dan kertas tempat berkata.

Sudahlah nasib untung yang malang,

Mengambah lautan berulang-ulang,

Mudaratnya bukan lagi kepalang,

Senantiasa di dalam nasib dan walang.

Hanyutlah badan ke sana ke mari,

Segenap pesisir desa negeri,

Bertambahlah pula sopan dan negeri,

Santap nan tidak minum pun kari.

Program Bahasa Melayu Edubest SM301 - Pemahaman Petikan & Antologi 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · Kancil berjaya melepaskan diri daripada perangkap yang dipasang oleh peladang dengan berpura-pura mati. Hal ini menyebabkan

Bangun terjunun badan suatu,

Gundahlah fikir tiada tertentu,

Laksana cermin jatuh ke batu,

Remuk dan redam hancur di situ.

Remuk dan redam rasanya hati,

Lenyaplah fikir budi pekerti,

Jikalau kiranya hamba turuti,

Daripada hidup sebaiknya mati.

Mohd Yusof Md Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh

(Penyelenggara)

(Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3,

Aras Mega (M) Sdn. Bhd.)

Maksud Syair – “Syair Burung Nuri”

Rangkap 1

Penyair menceritakan sebuah warkah yang ditulis oleh seorang yang dipandang

hina sehinggakan kata-kata yang ditulisnya itu mungkin dianggap salah

berdasarkan buah fikirannya yang kurang sempurna.

Rangkap 2

Menurut penyair, seseorang itu dianggap hina jika dia tidak berakal, bersikap

kurang sopan, berakhlak rendah, dan hidup dalam keadaan miskin.

Rangkap 3

Penyair juga memohon maaf sekiranya perkara yang ditulis daripada perasaan

kecewanya itu menghasilkan kata-kata yang kurang menarik dalam warkah

tersebut.

Program Bahasa Melayu Edubest SM301 - Pemahaman Petikan & Antologi 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · Kancil berjaya melepaskan diri daripada perangkap yang dipasang oleh peladang dengan berpura-pura mati. Hal ini menyebabkan

Rangkap 4

Penyair menulis lembaran yang jelas tentang adab kepada pasangan yang

sedang bercinta agar mereka tidak kecewa dan menjadikan surat sebagai saluran

untuk meluahkan perasaan.

Rangkap 5

Penyair menceritakan nasib malang yang ditempuhinya secara berulang-ulang

kali sehingga boleh membawa kemudaratan dan menyebabkan dirinya sentiasa

dalam keadaan sedih dan kecewa.

Rangkap 6

Penyair mengisahkan kehidupannya yang terumbang-ambing tanpa arah tuju,

serta tidak terurus hingga melupakan makan dan minum.

Rangkap 7

Namun penyair tersedar bahawa tiada gunanya hidup dalam kekecewaan

sehingga boleh menyebabkan kehidupannya hancur.

Rangkap 8

Penyair sedar apabila berada dalam keadaan yang sangat kecewa boleh

menyebabkan fikirannya tidak waras. Sekiranya dituruti perasaan kecewa itu,

penyair berfikir lebih baik mati daripada hidup dalam keadaan sebegitu.

Tema

Adab dalam kehidupan seseorang. Penyair menceritakan adab dalam

kehidupan yang sering ditempuhi oleh seseorang seperti masalah kekecewaan

dalam perhubungan, masalah kehidupan yang terumbang-ambing, dan masalah

kegagalan berfikir secara rasional yang akan memusnahkan kehidupan

seseorang.

Program Bahasa Melayu Edubest SM301 - Pemahaman Petikan & Antologi 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · Kancil berjaya melepaskan diri daripada perangkap yang dipasang oleh peladang dengan berpura-pura mati. Hal ini menyebabkan

Persoalan

(a) Kepentingan memiliki ilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.

(b) Kekecewaan yang boleh merosakkan kehidupan seseorang.

(c) Kebijaksanaan dalam mengawal diri ketika bercinta.

(d) Rasional dalam berfikir dan membuat tindakan.

(e) Kesederhanaan dalam percintaan.

Bentuk

(a) Syair ini berbentuk terikat.

(b) Syair ini terdiri daripada lapan rangkap.

(c) Semua baris merupakan maksud.

(d) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama. Contohnya:

• rangkap 1: empat baris;

• rangkap 2: empat baris;

• rangkap 3: empat baris;

• rangkap 4: empat baris;

• rangkap 5: empat baris;

• rangkap 6: empat baris;

• rangkap 7: empat baris;

• rangkap 8: empat baris.

(e) Bilangan perkataan bagi setiap baris syair ini antara tiga hingga enam

patah kata. Contohnya:

Gerangan sungguh amatlah leta, (4 patah kata)

Perinya akal gelap-gelita, (3 patah kata)

Hemat pun rendah daif berserta, (5 patah kata)

Sajak dan nazam banyak tak kena. (6 patah kata)

Program Bahasa Melayu Edubest SM301 - Pemahaman Petikan & Antologi 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · Kancil berjaya melepaskan diri daripada perangkap yang dipasang oleh peladang dengan berpura-pura mati. Hal ini menyebabkan

(f) Jumlah suku kata dalam syair ini antara sepuluh hingga tiga belas suku

kata. Contohnya:

Sudahlah nasib untung yang malang, (10 suku kata)

Senantiasa di dalam nasib dan walang. (13 suku kata)

(g) Rima akhirnya terikat. Contohnya:

• rangkap 1: aaaa;

• rangkap 2: aaaa;

• rangkap 3: aaaa;

• rangkap 4: aaaa;

• rangkap 5: aaaa;

• rangkap 6: aaaa;

• rangkap 7: aaaa;

• rangkap 8: aaaa.

Unsur Bunyi

(a) Asonansi. Contohnya:

• Barang yang ghairah di dalam cinta, (perulangan vokal a)

• Segenap pesisir desa negeri, (perulangan vokal e)

• Terfikir-fikir bukan menderita, (perulangan vokal i)

(b) Aliterasi. Contohnya:

• Dituliskan sahifah supaya nyata, (perulangan konsonan s)

• Gundahlah fikir tiada tertentu, (perulangan konsonan t)

• Remuk dan redam rasanya hati, (perulangan konsonan r)

Gaya Bahasa

(a) Inversi. Contohnya, Dituliskan sahifah supaya nyata; Bertambahlah pula

sopan dan negeri.

Program Bahasa Melayu Edubest SM301 - Pemahaman Petikan & Antologi 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · Kancil berjaya melepaskan diri daripada perangkap yang dipasang oleh peladang dengan berpura-pura mati. Hal ini menyebabkan

(b) Kata ganda. Contohnya, gelap-gelita; terfikir-fikir; berulang-ulang.

(c) Kata arkaik. Contohnya, masyghul.

(d) Anafora (perulangan perkataan yang sama pada awal baris). Contohnya:

• Remuk dan redam (rangkap 7, baris 4; rangkap 8, baris 1)

(e) Epifora (perulangan perkataan yang sama pada akhir baris). Contohnya:

• tuan (rangkap 3, baris 1 dan 4)

(f) Repetisi. Contohnya:

• Hanyutlah badan ke sana ke mari (rangkap 6, baris 1).

(g) Simile. Contohnya, Laksana cermin jatuh ke batu.

(h) Sinkope. Contohnya, Sajak dan nazam banyak tak kena.

(i) Paradoks. Contohnya, Daripada hidup sebaiknya mati.

Nilai

(a) Kesedaran. Contohnya, penyair sedar akan kesilapan yang dilakukannya

akibat terlalu menurut perasaan.

(b) Merendah diri. Contohnya, penyair meminta maaf terlebih dahulu sebelum

meneruskan bicara dalam lembarannya itu.

(c) Rasional. Contohnya, penyair menyarankan agar seseorang itu bertindak

secara rasional.

(d) Hemah tinggi. Contohnya, penyair menasihati agar pasangan yang bercinta

menjaga adab masing-masing.

(e) Kebijaksanaan. Contohnya, penyair menyarankan agar setiap pasangan

bijak menguruskan percintaan mereka.

Pengajaran

Program Bahasa Melayu Edubest SM301 - Pemahaman Petikan & Antologi 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · Kancil berjaya melepaskan diri daripada perangkap yang dipasang oleh peladang dengan berpura-pura mati. Hal ini menyebabkan

(a) Kita sepatutnya bersikap merendah diri agar dapat menjaga perasaan

orang lain.

(b) Kita haruslah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan untuk

mengelakkan perkara tersebut berulang lagi.

(c) Kita janganlah mementingkan percintaan dalam kehidupan kerana boleh

mengakibatkan seseorang itu merana apabila kecewa.

(d) Kita tidak boleh berputus asa kerana tindakan ini akan merugikan diri

sendiri.

(e) Kita janganlah bertindak mengikut kata hati kerana tindakan ini akan

menyebabkan perkara buruk berlaku.

Latihan

Baca syair di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah keadaan yang dibayangkan oleh penyair pada rangkap keenam

syair? [3 markah]

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

(ii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam “Syair Burung Nuri”.

[3 markah]

Program Bahasa Melayu Edubest SM301 - Pemahaman Petikan & Antologi 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · Kancil berjaya melepaskan diri daripada perangkap yang dipasang oleh peladang dengan berpura-pura mati. Hal ini menyebabkan

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

(iii) Dalam kehidupan, seseorang itu pasti akan berhadapan dengan pelbagai

rintangan dan dugaan.

Pada pendapat anda, apakah cara yang boleh dilakukan untuk

menghadapi dugaan tersebut? (KBAT) [4 markah]

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

( /10)

Program Bahasa Melayu Edubest SM301 - Pemahaman Petikan & Antologi 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · Kancil berjaya melepaskan diri daripada perangkap yang dipasang oleh peladang dengan berpura-pura mati. Hal ini menyebabkan
Page 14: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · Kancil berjaya melepaskan diri daripada perangkap yang dipasang oleh peladang dengan berpura-pura mati. Hal ini menyebabkan
Page 15: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · Kancil berjaya melepaskan diri daripada perangkap yang dipasang oleh peladang dengan berpura-pura mati. Hal ini menyebabkan
Page 16: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · Kancil berjaya melepaskan diri daripada perangkap yang dipasang oleh peladang dengan berpura-pura mati. Hal ini menyebabkan

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my