pusat tuisyen didikan genius program bahasa melayu …...–anaknya ke pesta buku pada minggu depan....

32
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest Tahap SR2 B Modul 6 Nama : ____________________________

Upload: others

Post on 13-Jul-2020

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest

Tahap SR2B

Modul 6

Nama : ____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap

Markah Kuiz Komputer

Minggu Tarikh Tatabahasa

(%)

Perbendaharaan Kata (%)

Peribahasa

(%)

Lain-lain

1

2

3

4

5

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap

Program Bahasa Melayu Edubest Modul 6

A. Perbendaharaan Kata & Bacaan

a. Perbendaharaan Kata

Bil. Perkataan/Frasa Kata Akar 意 思

1 lorong

-jalan yang kecil

小 巷

2 orang asli

-penduduk asal sesuatu tempat

原 住 民

3 ngeri

-menakutkan

恐 怖

4 kebimbangan

-kerisauan, khuatir

担 心

5 mengacukan

-menghalakan

瞄 向

6

busur

-kayu yang dilengkungkan dan direntangkan

dengan tali untuk melepaskan anah panah

7 anak panah

-benda tajam yang dilancarkan dengan ibu panah

8 berdebar-debar

-berdenyut-denyut

心 跳 ( 忐 忑 不 安)

9 mentah

-belum masak

生/ 不 成 熟

10 buas

-ganas

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap

11 terngiang-ngiang

-berdengung-dengung (bunyi)

嗡 嗡 地 响

12 gerhana

-bulan gelap sebahagian atau seluruhnya

月 蚀

13 mubaligh

-pengembang ajaran agama

传 教 士

14 berbelah bahagi

-tidak tetap pendirian

意 见 不 一

15 kuasa sakti

-kuasa ajaib

魔 力

16 terserempak

-ternampak

遇 见

17 menggeletar

-menggigil

发 抖

18 teresak-esak

- tersedu-sedu

呜 咽 哭 泣

19 berganjak

-beralih, bertukar

20 memanah

-melancarkan anak panah

射 箭

21 menjulang

-mengangkat ke atas

22 berarak

-berjalan beramai-ramai

游 行

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap

b. Latihan Perbendaharaan kata – Silang Kata

Menurun

1. Daging yang _____tidak sesuai untuk dimakan.

2. Pasukan badminton negara telah dibawa ber______ selepas

memenangi Piala Thomas.

3. Adik menangis ter_____-esak setelah dimarahi ayah.

4. Perompak itu _______pistol ke arah tuan punya kedai itu.

5. Rani tidak akan ____ dengan pendiriannya untuk melanjutkan

pelajaran ke luar negeri.

6. Kim Seong menanti keputusan peperiksaan dengan hati yang

ber_____-debar.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap

7. Badan adik _____setelah tiba di Tanah Tinggi Genting yang sejuk

itu.

Melintang

8. Suatu kemalangan yang _____ telah berlaku di persimpangan

jalan.

9. Pemandu kereta tidak digalakkan menggunakan _______

kecemasan

untuk memotong kereta.

10. Lina ______dengan kawan lamanya di tepi jalan.

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap

Malam Naga Bulan

Setiap lorong di perkampungan orang asli itu menjadi sunyi sepi.

Semua orang tidak berani keluar dari pondok masing-masing. Mereka

percaya bahawa malam itu ialah malam ngeri, iaitu malam naga bulan.

Falawrin duduk di sisi ibunya di dalam pondok mereka. Dia dapat

melihat kebimbangan pada wajah bapanya.

“Acukan tegak-tegak dan tinggi-tinggi, anakku,” kata bapanya

sewaktu menyerahkan busur dan anak panah kepada Ajai.

“Ingat, Ajai acukan anak panah ini tinggi-tinggi. Dengan itu, kau

akan dapat menakutkan naga itu,” pesan bapanya lagi.

Ajai hanya mengikut segala arahan bapanya. Ajai memegang

senjata itu dengan kemas. Ajai melangkah keluar dengan perlahan-

lahan. Jantungnya berdebar-debar.

“Bapa, Ajai baru berumur sembilan tahun, masih terlalu

mentah,” bantah Falawrin.

“Tapi Ajai mesti melaksanakan tanggungjawab tersebut. Dia

sahajalah yang boleh melindungi kita daripada binatang buas itu,”

kata bapanya dengan tegas.

Alan tidak berani membantah kata-kata bapanya. Kepercayaan

tentang malam naga bulan sudah sebati dalam diri bapanya. Malah

sejak kecil lagi, dia sering ditakut-takutkan dengan cerita naga yang

memakan bulan.

“Percayalah Falawrin, tidak ada naga yang memakan bulan.

Fenomena ini hanyalah satu kejadian alam yang biasa. Bumi terletak

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap

di antara matahari dan bulan. Itulah sebabnya mengapa bulan menjadi

gelap. Kejadian ini dipanggil gerhana bulan,” penerangan gurunya

masih terngiang-ngiang di telinga Falawrin.

Falawrin belajar di sekolah mubaligh. Sekolah itu terletak

sejauh tiga buah pulau dari kampungnya. Selama ini, dia belajar

tentang punca yang menyebabkan berlakunya gerhana bulan. Namun,

hatinya kembali berbelah bahagi apabila berada di kampungnya. Hal

ini adalah kerana semua orang bercerita tentang naga makan bulan.

Kegelapan malam itu membuatkan Falawrin berasa takut.

“Cikgu, bagaimana pula adik saya, Ajai ? Ajai dikatakan kanak-

kanak bulan, Adakah perkara ini benar-benar berlaku?” tanya

Falawrin.

“Ramai kanak-kanak lain di dunia ini yang berambut cerah

seperti Ajai. Ajai tidak dikurniakan kuasa sakti untuk menakutkan

naga itu. Malah naga itu pun tidak pernah wujud,” terang gurunya.

Falawrin cuba dengan sedaya upaya untuk mempercayai kata-

kata gurunya. Namun perasaannya masih ragu-ragu. Dia juga

bimbangkan keselamatan Ajai. Ajai berada di luar rumah seorang diri.

“Tolonglah aku, Falawrin. Aku takut,” Falawrin kenal suara itu.

Itu suara Ajai. Suaranya menggeletar ketakutan.

“Apa yang akan terjadi jika aku terserempak dengan naga itu,”

bisik Falawrin.

“Naga itu tidak pernah wujud, Falawrin. Itu hanyalah

kepercayaan orang asli.” Falawrin teringat kembali kata-kata gurunya.

Sedikit sebanyak kata-kata itu memberikan semangat kepadanya.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap

Falawrin keluar dari rumahnya dengan berhati-hati. Dia terus

mendapatkan Ajai yang menggigil ketakutan.

Ajai menangis dengan teresak-esak kerana terlalu takut.

Falawrin berusaha untuk menenangkan Ajai. Falawrin menceritakan

apa yang diajar oleh gurunya di sekolah. Tidak ada naga yang akan

makan bulan. Kegelapan yang terjadi itu adalah disebabkan oleh

gerhana bulan.

Falawrin dan Ajai tidak berganjak dari tempat mereka. Tiba-

tiba bulan muncul di langit. Cahaya bulan menyinar ke seluruh alam.

Senyuman terukir di bibir Ajai. Dia tidak perlu lagi memanah naga.

“Benarlah apa yang dikatakan oleh cikgu selama ini. Tidak ada

naga yang makan bulan !” jerit Falawrin.

Falawrin dan Ajai berpelukan sesama sendiri. Penduduk kampung

memberanikan diri keluar dari pondok masing-masing setelah

mendengar sorakan Falawrin dan Ajai.

Mereka fikir tentulah Ajai yang telah membunuh naga itu.

Mereka bersorak kegembiraan. Ajai terpinga-pinga apabila penduduk

kampung menjulangnya. Ajai diarak ke sekeliling kampung.

Bapa Ajai begitu bangga kerana anaknya menjadi perwira.

Penduduk kampung itu terhutang budi kepada Ajai. Akhirnya, Ajai

dan Falawrin menceritakan apa yang terjadi pada malam itu. Pada

mulanya mereka sukar untuk mempercayai cerita Ajai dan Falawrin.

Meraka yakin, Ajailah yang telah membunuh naga itu.

Ajai terpaksa menyakinkan penduduk kampung itu berlaku

disebabkan oleh gerhana bulan.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap

Lama-kelamaan mereka sedar akan kebenaran kata-kata

Falawrin. Kini malam yang mengerikan itu telah bertukar menjadi

malam yang menakjubkan.

B. Pemahaman

1. Mengapakah penduduk kampung orang asli tidak berani keluar

pada malam itu ?

_________________________________________________

_________________________________________________

2. Apakah yang menyebabkan Ajai dipilih oleh orang kampung

untuk membunuh naga yang memakan bulan ? _____________________________________________________________

_____________________________________________________________

3. Apakah punca sebenar yang menyebabkan kampung itu berada

dalam kegelapan ? (KBAT) _____________________________________________________________

_____________________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap

4. Berikan perkataan berdasarkan kategori berikut daripada

petikan :

Perkataan

Berimbuhan

Awalan

Perkataan

Berimbuhan

Apitan

Kata Ganti Nama

Diri

Kata Ganda

1.

2.

3

1.

2.

3

1.

2.

3

( %)

i-Think

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap

C. Tatabahasa

Nota Ringkas:

a) Kata Bantu

1. Kata bantu ialah perkataan yang menerangkan frasa kerja yang

mengikutinya.

2. Kata bantu menimbulkan makna-makna tambahan dari aspek waktu

atau ragam.

Kata Bantu

Jenis: Kata Bantu Aspek

(masa)

Kata Bantu Ragam

(syarat)

Penerangan: Menerangkan sesuatu

perbuatan dari segi

masa

Menimbulkan perbezaan

masa

Menerangkan ragam

perasaan sama ada

sesuatu itu mesti,

hendak atau mungkin

dilakukan

Contoh: sudah, masih, telah, akan,

pernah

harus, mesti, hendak,

boleh, dapat, mahu

Latihan 1.1

Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

1. Rumah teres itu _________________ (telah, masih) diduduki

sejak tiga tahun yang lepas.

2. Hobi Samantha ialah mengumpul setem. Dia _________________

(akan / sudah) berjaya mengumpul lima buah album setem.

3. Puan Jamilah __________________ (masih, akan) membawa anak

–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap

4. Setiap pemandu ________________ (mesti, mahu) mematuhi

undang –undang ketika berada jalan raya.

5. Amir dan abangnya ______________ (harus, hendak) ke pasar

raya untuk membeli – belah.

6. Zulkifli masih __________________ (pernah, belum) menyiapkan

kerja sekolahnya.

7. Kerajaan __________________ (mahu, boleh) rakyat di negara

ini menanamkan sikap cintai kebersihan dalam diri mereka.

8. “Puan _______________ (dapat, boleh) mengambil lukisan ini

esok.” Kata pelukis itu kepada Puan Kamalia.

9. Mereka _________________ (harus, mahu) dinasihati supaya

tidak mengulangi perbuatan seperti itu.

10. Kami sekeluarga _______________ (pernah, masih) datang ke

sini kira-kira setahun yang lepas.

( %)

Latihan 1.2

Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. Nadia _______ belajar dengan bersungguh – sungguh jika dia

mahu mengikut jejak kakak dan abangnya.

A. belum B. mesti C. boleh D. pernah

2. Latihan sukan pada petang ini ________ dibatalkan kerana hujan

turun dengan lebat.

A. hendak B. mesti C. belum D. akan

3. Fairuz tidak ________ mengunyah makanan kerana gusinya sakit.

A. dapat B. akan C. mahu D. belum

4. Lelaki tua yang tinggal bersendirian di pinggir kampung ini

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap

________ meninggal dunia.

A. masih B. dapat C. telah D. boleh

5. Syafiq _______ pergi ke tandas apabila loceng berbunyi nanti.

A. sudah B. hendak C. pernah D. boleh

6. Pak Cik Zain _________ sihat walaupun umurnya telah lanjut.

A. akan B. sudah C. boleh D. masih

7. “Saudari ________ pilih kasut mana yang saudari berkenan,”

kata jurujual itu kepada seorang gadis.

A. akan B. boleh C. sudah D. mesti

8. Ibu tidak membenarkan adik makan kerana dia ________

membasuh tangan.

A. belum B. sudah C. akan D. mesti

9. Azam _______ ditimpa kemalangan semasa pulang dari sekolah.

A. mesti B. harus C. akan D. pernah

10. Sarah ______ meluruskan rambutnya seperti Lamiza.

A. sudah B. mesti C. mahu D. dapat

11. Aziah _______ membeli baju itu dengan harga yang lebih murah

setelah dia menawar harga.

A. dapat B. belum C. harus D. akan

12. Kucing yang comel itu pasti _________ mengiau apabila

melihat tuannya.

A. hendak B. akan C. boleh D. dapat

13. Kamu _______ menutup suis komputer setelah selesai

menggunakannya.

A. dapat B. boleh C. mesti D. akan

14. Orang ramai ______ bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk

memerangi masalah penyalahgunaan dadah.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap

A. hendak B. dapat C. harus D. pernah

( %)

b) Kata Penguat (+Kata Adjektif)

1. Kata penguat digunakan untuk menguatkan maksud yang

terkandung dalam kata adjektif

2. Kata penguat mesti hadir sama ada sebelum atau selepas kata

adjektif.

Kata Penguat

Jenis: Kata Penguat

Hadapan

Kata Penguat

Belakang

Kata Penguat

Bebas

Penerangan:

Perkataan

yang hadir di

hadapan kata

adjektif

Perkataan yang

hadir di

belakang kata

adjektif

Perkataan

yang hadir

sama ada di

hadapan atau

di belakang

kata adjektif

Contoh: agak, paling,

terlalu

benar, nian, sekali amat, sungguh,

sangat

Contoh

Ayat:

Harimau

bintang ialah

binatang yang

paling pantas

berlari

Nakal benar anak

lelaki Puan Hasnah.

Menara Kuala

Lumpur

sungguh

tinggi.

Menara Kuala

Lumpur tinggi

sungguh.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap

Latihan 2.1

Isikan tempat kosong dengan kata penguat yang sesuai.

1. Borhan memperoleh markah yang rendah _______________

dalam ujian Bahasa Inggeris di sekolahnya. (sekali, amat)

2. Khairul ________________ rendah jika dibandingkan dengan

Kamal. (benar, agak)

3. Kari kepala ikan yang dimasak oleh ibu _______________ sedap.

(sangat, agak)

4. Baju yang dihadiahkan oleh mak ciknya _________________

besar. (sekali, terlalu)

5. Keadaan di kampung ________________ nyaman dan sunyi.

(sungguh, nian)

6. Guni yang dipenuhi baja itu _______________ berat. (benar,

agak)

7. Catatan masa yang dibuat oleh pelari negara kita adalah yang

__________________ pantas. (sangat, paling)

8. Cepat __________________ Mira menyiapkan kerja sekolahnya.

(benar, nian)

9. Kebanyakan kuih yang dijual di warung itu ________________

manis. (benar, amat)

10. Anak perempuan Pak Harun cantik ________________.(nian,

paling)

11.Sang Kancil dikatakan haiwan yang ________________ bijak.

(sekali, paling)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap

12. Susah __________________ orang kaya itu hendak

mengeluarkan duit bagi membantu kanak – kanak miskin. (benar, agak)

( %)

Latihan 2.2

Masukkan kata penguat pada tempat yang sesuai dalam ayat di bawah. (KBAT)

1. Masjid Hasanah Bolkiah ialah masjid yang cantik di Brunei. (paling)

2. Pemuda itu mempunyai tingkah laku yang baik. (sekali)

3. Tinggi bangunan – bangunan di bandar raya itu. (benar)

4. Bekas lombong di hujung Kampung Haji Abdullah dalam. (benar)

5. Laluan ke Kampung Sri Berchang becak, terutama pada musim

hujan. (sangat)

6. Harga pen itu mahal walaupun kecil. (sungguh)

7. Ayah mengambil masa yang lama untuk membasuh keretanya.(agak)

8. Pak Talib berasa gembira kerana anaknya akan pulang dari luar

negara. (amat)

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap

c) Kata Nafi

1. Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafi atau

menidakkan sesuatu.

Kata Nafi

Jenis: Tidak Bukan

Penerangan: Diikuti :

Kata kerja (datang)

Kata adjektif. (buat)

Diikuti :

Kata nama (guru)

Kata sendi (di / untuk)

Contoh

Ayat:

Ayah tidak suka menonton

rancangan dokumentari.

Wanita itu bukan ibu saya.

Duit itu bukan kepunyaan

adik.

Latihan 3.1

Isikan tempat kosong dengan kata nafi yang sesuai.

1. Buku itu ________________ hak Rajesh.

2. Khairi ________________ berminat akan mata pelajaran Sains

ketika berada di kedai buku.

3. Jam itu ___________________ miliknya tetapi milik saya.

4. Puan Rohani _________________ ibu kandung Suraya.

5. Rasalah kuih ini. Rasanya _________________ semanis yang

awak sangkakan.

6. Baju yang berkerawang itu _________________ untuk dijual

Tetapi untuk disewakan.

7. Zaidi masih ________________berasa kenyang walaupun telah

makan.

8. Pokok rambutan ini __________________ ditanam oleh datuk.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 16

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 19: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap

9. Roslin ________________ akan melupakan kenangan sewaktu

melancong ke Thailand.

10. Baju yang dibelinya itu _________________ semahal baju yang

berbunga ini.

( %)

Latihan 3.2

Masukkan kata nafi yang sesuai dalam ayat – ayat di bawah. (KBAT)

1. Nafisah dapat pulang kerana hujan turun dengan lebat.

2. Ayah membenarkan adik keluar rumah selagi tidak menyiapkan

kerja sekolahnya.

3. Pulau Perhentian terletak di perairan negeri Kelantan.

4. Ibu dapat memaafkan sikap abang yang keterlaluan itu.

5. Yusri mengatakan bahawa dia yang membocorkan tayar basikal

Roslan.

6. Murid – murid sekolah dibenarkan memasuki tempat permainan

video.

7. Puan Hamidah ke pasar pada hari ini kerana dia demam.

8. “Kamu semua perlu ingat bahawa senang hendak jadi seorang

saintis,” kata Cikgu Norimah kepada murid – muridnya.

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 17

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 20: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap

d) Kata Bilangan

1. Kata bilangan ialah perkataan yang digunakan untuk menerangkan

jumlah sesuatu.

Jenis Kata

Bilangan

Penerangan Contoh

Kata Bilangan

Contoh

Ayat

1. Kata Bilangan

Tentu

Digunakan

untuk

menyatakan

bilangan yang

tentu

Diikuti

dengan

penjodoh

bilangan

tiga, enam,

sembilan,

dua ratus

Nenek

memasak dua

hidangan

lauk.

2.Kata Bilangan

Tak Tentu

Digunakan

untuk

menyatakan

bilangan yang

tidak tentu

Kata nama

yang

mengikutinya

tidak perlu

diulang

kerana kata

bilangan itu

sedah

membawa

maksud

jamak

para

segala,

semua,

seluruh,

pelbagai,

berbagai-bagai,

beberapa,

sebahagian

segelintir

sekalian

Rakyat

negara kita

terdiri

daripada

berbagai-

bagai kaum.

Sebahagian

daripada

pendapatan-

nya

digunakan

untuk

membayar

sewa rumah.

3. Kata

Bilangan

Pisahan

Digunakan

untuk

menyatakan

bilangan yang

dikira satu

masing-masing,

tiap-tiap, setiap

Selepas

perhimpunan,

murid-murid

masuk ke

bilik darjah

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 18

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 21: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap

persatu atau

berasingan

masing-

masing.

4. Kata

Bilangan

Pecahan

Digunakan

untuk

menyatakan

bilangan yang

mempunyai

pecahan

setengah,

separuh, suku,

satu pertiga

Satu pertiga

daripada

murid kelas

itu murid

lelaki.

5. Kata

Bilangan

Himpunan

Digunakan

untuk

menyatakan

bilangan yang

terhimpun

berbulan-bulan,

berhari-hari,

berguni-guni

Sudah

berhari-hari

ayah belum

pulang.

6. Kata

Bilangan

Tingkat

Digunakan

untuk

menyatakan

urutan atau

giliran

sesuatu frasa

nama

ketiga, kelima,

kesejuta

Ramlah

merupakan

anak yang

kelima dalam

keluargannya

.

Latihan 4.1

Gariskan kata bilangan yang terbaik

1. ( Sepuluh , Berpuluh-puluh , kesepuluh ) orang polis dikerahkan ke

pusat pengundian untuk mengawal keadaan di sana.

2. Harga ( dua per tiga , masing-masing , setiap ) helai baju yang

dijual di sini ialah RM 29.90.

3. Adila memenangi tempat ( kesatu , pertama , bersatu-satu ) dalam

pertandingan syarahan kali ini.

4. Hisyam menangkap ( ketiga , bertiga-tiga , tiga ) ekor ayam dari

Reban untuk disembelih.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 19

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 22: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap

5. ( Satu per dua , Beratus-ratus , keseratus ) daripada pelajar kelas

itu tidak hadir hari ini.

6. ( Sesetengah , Setiap , Segala ) harta-benda yang dimiliki habis

dimusnahkan api kebakaran.

( %)

Latihan 4.2

Isi tempat kosong dengan kata bilangan yang sesuai.

1. _______________ hari , Hanizah menghantar adiknya ke tadika.

2. _______________ orang anak Encik Vellu telah meningkat

dewasa.

3. _______________ orang tidak suka diganggu pada waktu malam.

4. Tahun ini merupakan tahun __________________ sekolah kami

mengadakan sukan tahunan.

5. Bangunan usang itu sudah siap dibina ____________ tahun yang

lalu.

6. Selepas perhimpunan, pekerja-pekerja kilang mula membuat kerja

____________.

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 20

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 23: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap

D. Pertuturan

Situasi 2 :

Suatu kemalangan jalan raya telah berlaku di depan mata anda.

Seorang wanita tua mengalami cedera parah dalam kejadian tersebut.

Sebagai seorang saksi, laporkan apa yang anda lihat kepada polis.

Nyatakan

a) bila dan tempat kejadian tersebut berlaku

b) bagaimana kejadian tersebut berlaku

c) apakah yang berlaku / bagaimana keadaan di tempat kejadian

selepas kemalangan tersebut berlaku

sedang saya tiba-tiba melihat

melintas jalan bunyi dentuman yang kuat

terlanggar terbaring mengerang kesakitan

terbabas cedera parah di bahagian

orang ramai mengusung / memapah

berkerumun mengawal lalulintas

beredar dari situ memberi pertolongan cemas

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 21

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 24: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap

E. Penulisan

Karangan Jenis Rangsangan / Gambar

Panduan Mengarang

1. Terdapat dua jenis karangan bergambar, iaitu gambar bersiri dan

gambar tunggal.

2. Biasanya, karangan gambar bersiri lebih mudah ditulis kerana anda

hanya perlu menulis mengikut urutan peristiwa yang dipaparkan.

3. Untuk karangan gambar tunggal, anda perlu memahami situasi yang

dipaparkan dan membuat tafsiran sendiri. Anda perlu membuat

urutan peristiwa sendiri yang sesuai dengan gambar. Biasanya,

anda perlu menunjukkan bahawa anda memahami gambar itu

dengan mengaitkan situasi utama gambar di permulaan cerita.

4. Untuk gambar tunggal, elakkan daripada memecahkan gambar itu

kepada beberapa bahagian . Kaitkan bahagian-bahagian yang ada

dalam gambar itu menjadi satu cerita yang lengkap.

5. Untuk kedua-dua jenis karangan, anda hendaklah menama serta

memperkenalkan watak-watak sejak mula-mula lagi.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 22

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 25: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap

Karangan Contoh:

Saya sering menghabiskan masa menelaah pelajaran, membantu

ibu dan ayah melakukan kerja rumah, dan juga bermain bola di padang

sekolah. Akan tetapi, kadang-kadang timbul keinginan untuk mencari

hiburan. kebetulan tidak jauh dari rumah saya, Karnival September

diadakan. Tanpa membuang masa, secara bersendirian saya melangkah

pergi.

Di tempat tersebut, orang begitu ramai. Tempat permainan

kanak-kanak nampaknya lebih menjadi tumpuan. Saya tidak tahu

hendak ke mana. Semua tempat menarik. Saya memandang ke kiri dan

kanan. Tiba-tiba, gegendang telingan saya terdengar suara tangisan

seorang kanak-kanak. Dalam hati saya timbul soalan. Siapa yang

menangis ? Di mana ibu bapa kanak-kanak tersebut ?

Bagaikan seorang penyiasat, saya terus menyiasat. Tiba-tiba,

saya ternampak seorang seorang kanak-kanak dalam lingkungan lima

tahun menangis teresak-esak. Perasaan saya dibuai keharuan.

Mengapa orang di kiri kanan tidak segera membantu ? Ah, manusia kni

memang bersifat tidak peduli ! Tanpa membuang masa, saya menemui

kanak-kanak itu. Saya segera membawa budak itu keluar daripada

kesibukan suasana. Walaupun berkali-kali memujuk dan bertanya,

tangisannya masih kuat.

Saya segera membawa budak itu kepada seorang petugas yang

berada tidak jauh dari situ.

“Mungkin budak ini kehilangan ibu bapa,” terang saya. lelaki itu

mengangguk.

Lelaki itu kemudiannya membuat pengumuman tentang

kehilangan anak dengan pembesar suara sebanyak tiga kali. Tidak

berapa lama kemudian, seorang lelaki bersama seorang wanita , saya

agak sepasang suami isteri, muncul di tempat pertanyaan.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 23

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 26: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap

Alangkah gembiranya mereka apabila menemui anak kesayangan

mereka. Untuk seketika, mereka berpelukan. Kemudian, si ayah

mengucapkan terima kasih kepada saya. Saya mengangguk. Entah

mengapa, saya tiba-tiba terasa terharu.

Latihan 1 : Tulis sebuah karangan berdasarkan gambar bersiri di

bawah.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 24

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 27: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap

Latihan 2 : Tulis sebuah karangan berdasarkan gambar bersiri di

bawah. (Sila rujuk peta midan yang disediakan)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 25

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 28: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap

Simpulan Bahasa

1. ajak-ajak ayam : ajakan

yang tidak bersungguh-

sungguh

2. barang kemas : barang-

barang hiasan diri yang

dibaut daripada emas dan

logam-logam lain yang

mahal

3. campur tangan : masuk

campur dalam sesuatu

urusan

4. diam-diam ubi : orang

yang bertindak tanpa

bercakap banyak

5. gila bahasa : fikiran yang

tidak siuman

6. hati batu : tidak mahu

mengikut nasihat yang

diberikan

7. jalan buntu : gagal untuk

mendapatkan

penyelesaian

8. kaki botol : orang yang

kuat minum arak

9. lidah biawak :

percakapan yang

berubah-ubah

10. makan diri : perbuatan

seseorang yang

merosakkan dirinya

sendiri

Pintar Kata

(Perkataan Banyak Makna)

1. tinggal

a. baki : Duitnya

hanya tinggal

RM1.50 sahaja.

b. diam : Dia

tinggal bersama

ayah dan ibunya.

2. tolak

a. menyorong :

Ahmad menolak

Gopal ke dalam

bilik.

b. mengurangkan :

Setelah ditolak

hutang wang

gaji, gaya tinggal

RM100.00

sahaja.

3. turun

a. menjadi rendah :

Harga barang-

barang tidak

akan turun lagi

b. lawan bagi naik :

Mereka turun

dari pokok itu

dengan tangga.

Input Bahasa

Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 26

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 29: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap
Page 30: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap
Page 31: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap
Page 32: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu …...–anaknya ke Pesta Buku pada minggu depan. Program Bahasa Melayu Edubest SR2B06 10. Program Bahasa Melayu Edubest. 4. Setiap

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my