pusat tuisyen didikan genius program bahasa malaysia ... · program bahasa melayu edubest sm203 -...

12
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Pemahaman Modul PT3 SM 203 Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 26-May-2020

50 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · Program Bahasa Melayu Edubest SM203 - Pemahaman Petikan & Antologi 2 Program Bahasa Melayu Edubest. Pemahaman Puisi Tradisional

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Pemahaman

Modul PT3

SM 203

Nama : _____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · Program Bahasa Melayu Edubest SM203 - Pemahaman Petikan & Antologi 2 Program Bahasa Melayu Edubest. Pemahaman Puisi Tradisional

Analisis Puisi

Genre PuisiTradisional

PantunSyair

ModenSajak

Tema

Persoalan

BentukTerikat

Rima akhir Pantun : ab / abab

Rima akhir Syair : aaaa

BebasRima akhir Sajak : abcdef

Unsur Bahasa

Pengulangan

Pengulangan baris Repitisi

Pengulangan Kata

Ulang kata depan Anafora

Ulang kata belakang Responsi

Ulang kata tengah Epifora

SinkopeSingkatan : ku, mu, nak

Inversiterbalik : akan kuambil

PerlambanganBunga : wanita

Personifikasibersifat manusia

HiperbolaMelebih-lebihkan

Unsur bunyi Pengulangan abjad

Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi

Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi

Nada

Romantiscinta, kasih sayang

Melankoliksedih

Protesmembantah

Sinismenyindir / mengejek

Nilai

Pengajaran

Analisis Puisi

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · Program Bahasa Melayu Edubest SM203 - Pemahaman Petikan & Antologi 2 Program Bahasa Melayu Edubest. Pemahaman Puisi Tradisional

Pemahaman Petikan

Apabila bercakap tentang obesiti, kita tidak terlepas daripada mengaitkannya

dengan susuk tubuh manusia yang bertubuh gempaI dan besar. Maksud obesiti ialah

keadaan seseorang yang memiliki lebihan lemak di dalarn badan schingga boleh

mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan. Orang yang obesiti sering memencilkan

diri kerana malu untuk berhadapan dengan rakan-rakan dan masyarakat. Hal ini

demikian kerana, mereka menganggap penampilan diri mereka tidak menarik.

Menurut pakar perubatan, obesiti berpunca daripada pelbagai sebab. Antaranya

ialah pengambilan makanan yang tidak seimbang seperti pengambilan makanan segera

dan makanan ringan kerana mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Makanan

yang tinggi kandungan gula dan berkarbohidrat pula menyebabkan paras gula menjadi

tidak stabil. Akibarnya, seseorang akan menjadi kurang bertenaga dan sentiasa

menginginkan makanan manis untuk meningkatkan tenaga. Akhirnya, berat badan

akan naik sehingga terjadinya obesiti yang membawa pelbagai penyakit.

Sikap masyakarat yang kurang bersenam dan bersukan juga menyebabkan

lemak berkumpul di dalam badan. Lemak inilah yang menyebabkan badan menjadi

besar dan lebar serta mendatangkan kesan terhadap kesihatan. Dalam pada itu, tekanan

emosi juga boleh menyebabkan berat badan bertambah. Terdapat sesetengah individu

yang putus cinta atau kecewa akan menumpukan perhatian terhadap makanan

Keadaan ini berlaku kepada remaja dan mereka tidak menghiraukan perkara itu

sehingga saiz badan mereka berada pada tahap yang berbahaya.

Obesiti juga dikaitkan dengan faktor keturunan kita mungkin mewarisi tabiat

rnakan secara berlebihan daripada ibu atau ayah dan hal ini menyebabkan kita obesiti.

Namun begitu, kita dapat rnengubahnya dengan mengamalkan pemakanan yang

seimbang dan bersenam. Selain itu, pengambilan ubat-ubatan juga boleh

mempengaruhi obesiti. Terdapat ubat yang dibekalkan oleh doktor mendatangkan

kesan sarnpingan kepada pesakit hingga menyebabkan kegemukan.

1. Mengapakah orang yang obesiti sering memencilkan diri daripada orang lain?

A Malu dengan penampilan dirinya

B Mengalami kesukaran untuk bergerak

C Menghidap pelbagai jenis penyakit berbahaya

D Gangguan emosi disebabkan lemak yang berlebihan

Program Bahasa Melayu Edubest SM203 - Pemahaman Petikan & Antologi 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · Program Bahasa Melayu Edubest SM203 - Pemahaman Petikan & Antologi 2 Program Bahasa Melayu Edubest. Pemahaman Puisi Tradisional

2. Semua yang beriknt ialah punca-punca yang menyebabkan obesiti, kecuali

A pengambilan ubat-ubatan.

R pengambilan makanan ringan.

C kurang bersenam dan bersukan.

D perasaan kecewa akibat putus cinta.

3. Apakah maksud rangkai kala memencilkan diri'?

A Mengasingkan diri

B Menyingkirkan diri

C Membawa diri

D Membuang diri

4. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat rnengelakkan obesiti? (KBAT)

A Mengamalkan gaya hidup sihat

B Makan makanan dalam jumlah yang sedikit

C Tidak mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor

D Tidak makan makanan yang mengandungi lemak

( /10)

Program Bahasa Melayu Edubest SM203 - Pemahaman Petikan & Antologi 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · Program Bahasa Melayu Edubest SM203 - Pemahaman Petikan & Antologi 2 Program Bahasa Melayu Edubest. Pemahaman Puisi Tradisional

Pemahaman Puisi Tradisional - Pantun

Pantun Budi

1 Tenang-tenang air di laut,

Sampan kolek mudik ke tanjung;

Hati terkenang mulut menyebut,

Budi yang baik rasa nak junjung.

2 Yang kurik kundi,

Yang merah saga;

Yang baik budi,

Yang indah bahasa.

3 Bunga melati bunga di darat,

Bunga seroja di tepi kali;

Hina besi kerana karat,

Hina manusia tidak berbudi.

4 Bunga cina di atas batu,

Jatuh daunnya ke dalam ruang:

Adat dunia memang begitu,

Sebab emas budi terbuang.

5 Anak beruk di tepi pantai,

Pandai melompat pandai menari;

Biar buruk kain dipakai,

Asal hidup pandai berbudi.

6 Tingkap papan kayu bersegi,

Sampan sakat di Pulau Angsa;

Indah tampan kerana budi,

Tinggi bangsa kerana bahasa.

Program Bahasa Melayu Edubest SM203 - Pemahaman Petikan & Antologi 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · Program Bahasa Melayu Edubest SM203 - Pemahaman Petikan & Antologi 2 Program Bahasa Melayu Edubest. Pemahaman Puisi Tradisional

7 Padang Temu Padang baiduri,

Tempat raja membangun kota;

Bijak bertemu dengan jauhari,

Bagai cincin dengan permata.

(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa,

Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)

Rangkap 1

Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.

Rangkap 2

Orang yang baik mempunyai budi dan bahasa yang tinggi.

Rangkap 3

Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.

Rangkap 4

Sudah menjadi lumrah hidup, kekayaan lebih diutamakan daripada budi bahasa.

Rangkap 5

Biarlah kita hidup miskin asalkan kita sentiasa berbudi bahasa.

Rangkap 6

Orang yang berbudi akan dipandang mulia, manakala martabat bangsa dinilai dari segi

bahasa dan tutur kata.

Rangkap 7

Orang yang bijak akan kelihatan lebih hebat jika bersama-sama dengan orang yang

sama tarat dengannya.

Program Bahasa Melayu Edubest SM203 - Pemahaman Petikan & Antologi 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · Program Bahasa Melayu Edubest SM203 - Pemahaman Petikan & Antologi 2 Program Bahasa Melayu Edubest. Pemahaman Puisi Tradisional

Tema

Masyarakat akan memandang tinggi terhadap golongan yang berbudi bahasa

kerana bahasa menunjukkan identiti sesuatu bangsa.

Persoalan

(a) Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.

(b) Sikap masyarakat yang mementingkan kekayaan boleh menyebabkan mereka

lupa akan nilai budi bahasa.

(c) Masyarakat Melayu amat mementingkan budi bahasa dan tutur kata.

(d) Ketinggian darjat sesuatu bangsa dinilai pada bahasa yang dituturkannya.

(e) Golongan miskin tetap dipandang mulia jika mereka berbudi bahasa.

(f) Kebijaksanaan seseorang akan terserlah jika berada dalam kalangan orang

yang bijaksana.

Bentuk

(a) Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap.

(b) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama. Contohnya,

• rangkap 1: empat baris;

• rangkap 2: empat baris;

• rangkap 3: empat baris;

• rangkap 4: empat baris;

• rangkap 5: empat baris;

• rangkap 6: empat baris;

• rangkap 7: empat baris.

(c) Ada pembayang dan maksudnya.

(d) Panjang pendek baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga enam patah kata.

Contohnya,

Program Bahasa Melayu Edubest SM203 - Pemahaman Petikan & Antologi 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · Program Bahasa Melayu Edubest SM203 - Pemahaman Petikan & Antologi 2 Program Bahasa Melayu Edubest. Pemahaman Puisi Tradisional

Yang kurik kundi (3 patah kata)

Budi yang baik rasa nak junjung (6 patah kata)

(e) Jumlah suku kata dalam pantun ini antara lima hingga sebelas suku kata.

Contohnya,

Yang merah saga (5 suku kata)

Hina manusia tidak berbudi (11 suku kata)

(f) Pantun ini berbentuk terikat.

Unsur Bunyi

(a) Asonansi. Contohnya,

• Pandai melompat pandai berlari (perulangan vokal a);

• Sebab emas budi terbuang (perulangan vokal e);

• Hina manusia tidak berbudi (perulangan vokal i);

• Jatuh daunnya ke dalam ruang (perulangan vokal u).

(b) Aliterasi. Contohnya,

• Biar buruk kain dipakai (perulangan konsonan b);

• Bunga melati bunga di darat (perulangan konsonan d);

• Hina besi kerana karat (perulangan konsonan k);

(c) Rima akhirnya terikat. Contohnya,

• rangkap 1: abab;

• rangkap 2: abab;

• rangkap 3: abab;

• rangkap 4: abab;

• rangkap 5: abab;

• rangkap 6: abab;

• rangkap 7: abab;

Gaya Bahasa

Program Bahasa Melayu Edubest SM203 - Pemahaman Petikan & Antologi 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · Program Bahasa Melayu Edubest SM203 - Pemahaman Petikan & Antologi 2 Program Bahasa Melayu Edubest. Pemahaman Puisi Tradisional

(a) Anafora (perulangan kata pada awal baris). Contohnya,

• Yang kurik kundi,

Yang merah saga,

Yang baik budi,

Yang indah bahasa.

• Hina besi kerana karat;

Hina manusia tidak berbudi.

(b) Penggunaan unsur alam. Contohnya, air; laut; tanjung; bunga melati; bunga

seroja; kali; bunga cina; batu; daun; anak beruk; pantai; kayu; padang; dan

sebagainya.

(c) Peribahasa. Contohnya, Bagai cincin dengan permata.

(d) Personifikasi. Contohnya, Bijak bertemu dengan jauhari.

(e) Repetisi. Contohnya,

• budi (rangkap 1, baris 4; rangkap 2, baris 3; rangkap 3, baris 4; rangkap 4,

baris 4; rangkap 5, baris 4; rangkap 6, baris 3);

• di (rangkap 1, baris 1; rangkap 3, baris 1 dan 2; rangkap 4, baris 1; rangkap

5, baris 1; rangkap 6, baris 2);

• bunga (rangkap 3, baris 1 dan 2; rangkap 4, baris 1);

• pandai (rangkap 5, baris 2 dan 4)

(f) Responsi (perulangan perkataan yang sarna di tengah ayat). Contohnya,

• Indah tampan kerana budi,

Tinggi bangsa kerana bahasa.

• Bijak bertemu dengan jauhari,

Bagai cincin dengan permata.

Nilai

(a) Berbudi bahasa. Contohnya, berbudi bahasa akan meningkatkan martabat bangsa.

Program Bahasa Melayu Edubest SM203 - Pemahaman Petikan & Antologi 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · Program Bahasa Melayu Edubest SM203 - Pemahaman Petikan & Antologi 2 Program Bahasa Melayu Edubest. Pemahaman Puisi Tradisional

(b) Mengenang jasa. Contohnya, mengenang jasa terhadap orang yang berbudi

kepada kita.

(c) Merendah diri. Contohnya, merendah diri tidak akan menjatuhkan martabat

seseorang.

(d) Kebijaksanaan. Contohnya, orang yang bijaksana akan dipandang mulia oleh

masyarakat.

Pengajaran

(a) Kita mestilah mempraktikkan amalan berbudi bahasa agar sentiasa dipandang

mulia oleh masyarakat.

(b) Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah berbudi kepada kita.

(c) Kita tidak sewajarnya terlalu memandang tinggi terhadap golongan kaya yang

tidak memiliki budi bahasa yang terpuji.

(d) Walaupun kita miskin, kita tetap perlu mempraktikkan amalan berbudi

bahasa.

(e) Kita disarankan supaya menjadi golongan yang bijaksana agar dapat membantu

untuk membangunkan bangsa dan negara.

Program Bahasa Melayu Edubest SM203 - Pemahaman Petikan & Antologi 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · Program Bahasa Melayu Edubest SM203 - Pemahaman Petikan & Antologi 2 Program Bahasa Melayu Edubest. Pemahaman Puisi Tradisional

Latihan

(i) Berdasarkan Pantun Budi di atas, mengapakah budi bahasa diberi keutamaan

oleh masyarakat? [3 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(ii) Banyak persoalan yang terkandung dalam Pantun Budi.

Nyatakan dua persoalan yang dapat diperoleh daripada pantun tersebut.

[3 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(iii) Amalan berbudi bahasa semakin dipinggirkan oleh masyarakat di negara kita.

Pada pendapat anda, apakah langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan amalan

berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat? (KBAT) [4 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

( /10)

Program Bahasa Melayu Edubest SM203 - Pemahaman Petikan & Antologi 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ... · Program Bahasa Melayu Edubest SM203 - Pemahaman Petikan & Antologi 2 Program Bahasa Melayu Edubest. Pemahaman Puisi Tradisional

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my