pusat tuisyen didikan genius program bahasa malaysia sekolah … · 2020. 11. 24. · pemindahan...

20
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Modul PT3 SM 202 Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 31-Mar-2021

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 24. · Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada 2) Kertas 2 : 40% (1 jam)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Modul PT3

SM 202

Nama : _____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 24. · Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada 2) Kertas 2 : 40% (1 jam)

Format Bahasa Melayu PT3

Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)

Bahagian A: (20%)

20 Soalan aneka pilihan

a. Sistem bahasa

b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)

Bahagian B: (25%)

Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)

Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%)

Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)

Bahagian C: (15%)

Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada

2)

Kertas 2 : 40% (1 jam)

Bahagian A: (10%)

Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)

Bahagian B: (30%)

Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 24. · Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada 2) Kertas 2 : 40% (1 jam)

Sistem Bahasa

Bahagian A :

A. Golongan Kata

Kata Ganti Nama

Kata ganti nama dibahagikan kepada:

Kata ganti nama tunjuk

Kata ganti nama diri

Kata ganti nama tanya

Kata ganti nama tak tentu

Kata ganti nama umum

1. Kata ganti nama tunjuk berfungsi untuk menunjukkan sesuatu perkara

atau benda.

Contoh: ini dan itu.

2. Kata ganti nama diri berfungsi sebagai pengganti sesuatu benda, perkara

atau manusia. Kata ganti nama diri dipecahkan kepada tiga pihak .

Kata Ganti Nama Diri

Pihak Pertama

(Pihak yang bercakap)

Pihak Kedua

(Pihak yang

mendengar)

Pihak Ketiga

(Pihak yang

dicakapkan)

Tunggal Jamak Tunggal Jamak Tunggal Jamak

Saya

Aku

Daku

Hamba

Patik

Beta

Kami

Kita

Engkau

Awak

Kamu

Anda

Dikau

Tuan

hamba

Tuanku

Saudara/i

Tuan/puan

Kalian

Dia

Ia

nya

-Nya

Beliau

Baginda

Mereka

3. Kata ganti nama tanya

Berfungsi menanyakan sesuatu hal atau benda, perkara atau manusia.

Boleh digunakan di depan atau di akhir ayat tanya

Contoh: Apakah / apa, Di manakah / di mana, Siapakah / siapa .

4. Kata ganti nama tak tentu

Program Bahasa Melayu Edubest SM202_PT3_2020 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

user
Sticky Note
Sini, (dekat) Situ, sana (tidak dapat dilihat) Begini , begitu (cara)
user
Sticky Note
Apakah Siapakah Bilakah Berapa (kah) Mengapakah / Kenapakah Di manakah Ke manakah Dari manakah
user
Sticky Note
Tunggal : 1
user
Sticky Note
Jamak : > 1 / banyak
Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 24. · Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada 2) Kertas 2 : 40% (1 jam)

1

Digunakan untuk merujuk sesuatu yang tidak tentu

Contoh : apa-apa, sesiapa, bila-bila, mana-mana

5. Kata ganti nama umum

Kata ganti nama tanya yang digunakan dalam ayat penyata

Tanpa partikel “-kah”

Contoh : Rahmad ingin tahu bagaimana abangnya sampai di sini begitu cepat.

Latihan:

Soalan 1-4

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. "Bas _________ yang akan kita naiki nanti," kata Razali kepada Alias sambil

menunjukkan ke arah bas yang baru sampai.

A. ini

B. sana

C. sini

D. itu

2. _________ nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama?" tanya guru Sejarah

itu kepada Norlia.

A. Bagaimanakah

B. Manakah

C. Apakah

D. Siapakah

3. "Pihak berjanji akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membanteras

kegiatan jenayah di kawasan ini," kata ketua pegawai polis itu.

A. aku

B. anda

C. kami

D. kita

4. "Pastikan bahawa telah menulis nama, nombor kad pengenalan, dan angka giliran

pada setiap helai kertas jawapan," kata ketua pengawas peperiksaan itu kepada

para pelajar di dalam dewan itu.

A. engkau

B. awak

C. anda

Program Bahasa Melayu Edubest SM202_PT3_2020 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 24. · Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada 2) Kertas 2 : 40% (1 jam)

2

D. tuan

Soalan 5-8

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B,

atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

5. "Siapakah tokoh negarawan yang digelarkan Bapa Kemerdekaan Malaysia?" Soal

A B

pengacara itu kepada para peserta kuiz. Tiada kesalahan.

C D

6. Sudah 35 tahun Encik Rashdan bekerja di kementerian ini dan esok merupakan

A B

hari terakhir beliau bertugas. Tiada kesalahan.

C D

7. "Kitakah yang bergaduh sebentar tadi?" Tanya Aqmal kepada Ah Chen dan

A B C

Khalid. Tiada kesalahan.

D

8. Sejak kebelakangan ini, tubuhnya semakin kurus kesan penyakit barah yang

A B C

semakin merebak itu. Tiada kesalahan.

D

B. Penggunaan Kata Dalam Ayat

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan

tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

1. I Saya tengah memasak di dapur apabila mereka tiba.

II Tugas itu akan disiapkan menjelang tengah hari esok.

III Murid yang duduk di tengah kelas itu dipanggil oleh Guru Besar.

IV Pengalamannya ketika hanyut di tengah lautan tidak dapat dilupakan

sehingga kini.

A. I sahaja

B. I, II, dan III

C. I, II, dan IV

D. I, II, III, dan IV

Program Bahasa Melayu Edubest SM202_PT3_2020 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 24. · Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada 2) Kertas 2 : 40% (1 jam)

3

1. I Salina dapat menyelesaikan masalah matematik yang agak susah itu.

II Hatinya susah apabila mengenangkan keadaan ibunya yang sedang uzur. III Sejak kecil lagi mereka hidup susah. IV Dia berasa susah menunggu bas di situ.

A. I dan II

B. II dan III

C. I, II, dan III

D. I, II, III dan IV

2. I Mereka sering seluruh sambil bergelak ketawa.

II David akan menjelajah ke seluruh negara untuk mencari pengalaman baru.

III Seluruh kehidupannya dia menjadi nelayan.

IV Dia gigih menuntut ilmu pada seluruh masa.

A. II sahaja

B. I, II, dan IV

C. II, III, dan IV

D. I, II, III dan IV

C. Memilih Frasa Yang Betul

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai

kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandai sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandai D jika

tiada kesalahan.

1. Ibu angkat Raju agak kecewa dengan perbuatannya yang terlalu itu yang telah

memalukan keluarganya.

A. sedih dengan perbuatannya yang terlalu

B. kecewa dengan perbuatannya yang keterlaluan

C. runsing dengan terlalunya perbuatannya

D. kecewa dengan perbuatannya yang terlalu

2. Pengetua baharu telah menemui dengan semua guru-guru di bilik guru sebelum

loceng berbunyi.

A. menemui semua guru

B. menemukan dengan semua guru-guru

C. ditemui oleh semua guru

D. menemui dengan semua guru-guru.

Program Bahasa Melayu Edubest SM202_PT3_2020 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 24. · Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada 2) Kertas 2 : 40% (1 jam)

4

3. Dipekakkan telinganya daripada mendengar leteran ibu tirinya setiap kali dia

masuk ke rumah.

A. Pekakkan telinganya untuk mendengar

B. Telinganya menjadi pekak daripada mendengar

C. Memekakkan telinganya daripada mendengar

D. Dipekakkan telinganya daripada mendengar

D. Memilih Ayat Yang Betul

Pilih ayat-ayat yang betul.

1. I Sememangnya dia telah berusaha memperbaiki dirinya tetapi tidak berhasil.

II Setelah sekian lama berusaha, baru kini dia meraih keuntungan.

III Tingkah lakunya yang keterlaluan membuatkan aku meluat.

IV Seharian dia mengelamun.

A. I sahaja

B. I, II, dan III

C. I, II, dan IV

D. II, III, dan IV

2. I Segala usahanya selama ini akhirnya membuahkan hasil.

II Perkara pokok yang akan dibahaskan telah diedarkan kepada semua anggota

yang hadir.

III Mereka berlepas dengan pesawat ringan ke kawasan pedalaman.

IV Pelayarannya mengambil masa hampir empat setengah bulan.

A. I sahaja

B. I, II, dan III

C. II, III, dan IV

D. I, II, III, dan IV

3. I Di masa itu, dia belum mengerti akan erti kehidupan.

II Di situlah Maimun menghabiskan masanya yang terluang.

III Majlis yang gilang-gemilang itu berakhir dengan bacaan doa selamat.

IV Pengalaman manisnya masih segar di dalam ingatannya.

A. I dan II

B. II dan III

C. I, II, dan III

D. I, II, III, dan IV

Program Bahasa Melayu Edubest SM202_PT3_2020 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 24. · Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada 2) Kertas 2 : 40% (1 jam)

5

E. Memilih Ayat Yang Sama Maksud

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud yang

paling hampir dengan ayat tang dicetak tebal.

1. Melalui perkhemahan itu, pelbagai aktiviti serta ceramah motivasi diadakan

bagi membentuk insan yang berwibawa.

A. Pembentukan insan yang berwibawa melalui perkhemahan itu memerlukan

pelbagai aktiviti serta ceramah motivasi diadakan.

B. Pelbagai aktiviti serta ceramah motivasi diadakan melalui perkhemahan itu bagi

membentuk insan yang berwibawa.

C. Melalui pelbagai akitiviti serta ceramah motivasi, perkhemahan itu diadakan bagi

membentuk insan yang berwibawa.

D. Bagi membentuk insan yang berwibawa melalui perkhemahan itu, ada pelbagai

aktiviti serta ceramah motivasi.

2. Sesetengah ibu bapa terlalu mengambil berat tentang pencapaian anak-anak

sehingga menimbulkan kebosanan dalam jiwa anak-anak mereka.

A. Sesetengah anak-anak membosankan ibu bapa yang terlalu mengambil berat

tentang pencapaian mereka.

B. Kebosanan dalam jiwa anak-anak disebabkan sesetengah ibu bapa terlalu

mengambil berat tentang pencapaian.

C. Anak-anak kebosanan dengan sesetengah ibu bapa yang terlalu mengambil berat

tentang pencapaian mereka.

D. Sifat terlalu mengambil berat tentang pencapaian anak-anak oleh sesetengah ibu

bapa dapat menimbulkan kebosanan dalam jiwa anak-anak mereka.

3. Persidangan damai di Oslo, tidak menampakkan sebarang petanda baik bagi

kedua-dua pihak.

A. Tidak ada sebarang petanda baik bagi kedua-dua pihak dalam persidangan damai

di Oslo.

B. Kedua-dua pihak dalam persidangan damai di Oslo tidak menunjukkan sebarang

petanda baik.

C. Persidangan damai antara kedua-dua pihak di Oslo tidak menampakkan sebarang

petanda baik.

D. Sebarang petanda baik tidak kelihatan bagi kedua-dua pihak dalam persidangan

damai di Oslo.

Program Bahasa Melayu Edubest SM202_PT3_2020 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 24. · Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada 2) Kertas 2 : 40% (1 jam)

6

F. Peribahasa

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.

1. Nasib Pak Sahar sungguh malang. Setelah isterinya meninggal dunia, anaknya

pula disahkan menghidap sakit jantung berlubang. Keadaan ini dikatakan

A. tunggul terbakar di tengah puma.

B. sudah jatuh did mpa tangga.

C. makan hati berulam jantung.

D. jiwa bergantung di hujung rambut.

2. Aiman mencuba untuk membaiki radionya yang rosak walaupun dia tiada

kemahiran untuk membaikinya. Akhirnya radio tersebut langsung tidak dapat

digunakan. Perbuatan ini ibarat

A. melepaskan batuk ditangga

B. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

C. tikus membaiki labu

D. kera mendapat bunga

3. Anak Encik Halim yang sulung berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Anaknya yang kedua pula ditawarkan tempat di pusat pengajian tinggi. Anaknya

yang bongsu pula mencapai keputusan yang cemerlang dalam PMR. Keadaan ini dikatakan

A. air beriak tanda tak dalam.

B. air digenggam tidak tiris.

C. gajah mati, tulang setimbun.

D. padi setangkai bernas semuanya.

( / )

Program Bahasa Melayu Edubest SM202_PT3_2020 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 24. · Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada 2) Kertas 2 : 40% (1 jam)

7

Bahagian B

1. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa, Cariskan

kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang

disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan tatabahasa:

Kata tugas

Ayat

Istilah

Imbuhan

Hukum DM

Ayat Jenis Kesalahan

Tatabahasa

Imej sesuatu kawsan akan calar sekiranya berlaku gejala

vandalisme. Gejala ini dilakukan oleh pengguna yang tidak

bertanggungjawab dan remaja yang libat dengan penagihan

dadah. Justeru, pelbagai usaha perlu dilakukan bagi

menangani gejala yang buruk ini daripada terus leluasa.

Kemudahan awam yang jaga banyak memberikan kebaikan

kepada para pengguna terutamanya semasa kecemasa.

(i) ______________________________________________

(ii) ______________________________________________

(iii) ______________________________________________

(iv) ______________________________________________

( /8)

Program Bahasa Melayu Edubest SM202_PT3_2020 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 24. · Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada 2) Kertas 2 : 40% (1 jam)

8

2. Dalam petikan di bawah terdapat kesalahan Kenal pasti kesalahan-kesalahan dan

tulis yang pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan

itu semula.

Jenis kesalahan ejaan:

Kata majmuk

BA BM

Vokal (a e i o u)

Tanda baca (Aa / “ ” / - )

Imbuhan (gg & kk)

Ayat Jenis Kesalahan

Ejaan

(i) Menjelang tahun 2020 dianggarkan penggunaan talifon

bimbit akan melebihi tujuh bilion pengguna.

_________________________________________________

(ii) Di negara-negara maju keretapi merupakan pengangkutan

awam pilihan utama parapenduduknya.

_________________________________________________

(iii) Kerja sampingan boleh menambahkan pendapatan

penduduk luar bandar yang bergantong harap kepada

pertanian dan menoreh getah.

_________________________________________________

( /3)

Program Bahasa Melayu Edubest SM202_PT3_2020 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 24. · Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada 2) Kertas 2 : 40% (1 jam)

9

3 Baca ayat-ayat di bawah,kemudian kenal pasti jenis ayat-ayat tersebut.

(i) Dia seorang pelajar yang rajin.

______________________________________________________________

(ii) Mengapakah setiap orang perlu menjaga kebersihan diri ?

______________________________________________________________

(iii) Amboi, betapa sombongnya awak !

______________________________________________________________

(iv) Penunggang itu didenda kerana tiada lesen memandu yang sah.

______________________________________________________________

(v) Jangan biarkan ana-anak bermain di kawasan banjir.

______________________________________________________________

( /10)

Program Bahasa Melayu Edubest SM202_PT3_2020 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 24. · Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada 2) Kertas 2 : 40% (1 jam)

10

4. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar, tulis dua peribahasa

yang sesuai.

i.___________________________________________________________________

ii. __________________________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest SM202_PT3_2020 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 24. · Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada 2) Kertas 2 : 40% (1 jam)

11

Penulisan

A. Ulasan (15%)

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam

gambar tersebut. Tulis ulasan yang panjangnya antara 80 sehingga 100 patah

perkataan.

Rangka :

Program Bahasa Melayu Edubest SM202_PT3_2020 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 24. · Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada 2) Kertas 2 : 40% (1 jam)

12

B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit

Berdasarkan maklumat yang diberikan, tulis sebuah karangan pendek yang

panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Rangka :

Program Bahasa Melayu Edubest SM202_PT3_2020 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 24. · Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada 2) Kertas 2 : 40% (1 jam)

13

C. Karangan Umum (30%)

Karangan Jenis Fakta

Petua Menulis Karangan Jenis Fakta

1. Karangan jenis ini menghendaki anda mengemukakan isi dengan fakta yang

benar, logis, dan menepati kehendak soalan.

2. Oleh itu anda harus mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai

bidang seperti sains dan teknologi, sejarah, geografi, ekonomi, perdagangan,

kebudayaan, keagamaan, dan sebagainya.

3. Sebelum menulis karangan jenis ini, pastikan bahawa anda mempunyai fakta-

fakta yang cukup tentang topik yang dikemukakan.

4. Karangan jenis fakta mempunyai ciri-ciri yang berikut:

a) memberikan petunjuk dan arahan

b) menerangkan bagaimana proses sesuatu perkara itu terjadi

c) menerangkan sesuatu peraturan

d) tidak berbentuk khayalan

5. Pada umumnya, soalan-soalan peperiksaan menghendaki anda memberikan

fakta-fakta tentang isu, tema, peranan sesuatu pertubuhan, pelaksanaan

sesuatu kempen oleh kerajaan, dan sebagainya.

6. Gunakanlah bahasa yang jelas, tepat, dan mudah difahami oleh pemeriksa.

Contoh Karangan:

Masalah penyalahgunaan dadah merupakan isu yang sudah tidak asing lagi dalam

kalangan masyarakat. kini, penagihan dadah semakin menular dalam kalangan

remaja. huraikan mengapakah fenomena ini terjadi.

RANGKA

1 Pendahuluan

Dadah-bencana kepada masyarakat-punca pelbagai perbuatan jenayah dan maksiat-

menimbulkan pergolakan dalam rumah tangga, masyarakat dan negara

2 Isi-isi penting

a) kurang didikan agama dan moral-dititikberatkan dalam jiwa anak-anak sejak

kecil- tiada kesedaran , keinsafan dan tanggungjawab-memegang prinsip “kita

hanya hidup sekali”

Program Bahasa Melayu Edubest SM202_PT3_2020 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 24. · Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada 2) Kertas 2 : 40% (1 jam)

14

b) ketabahan diri dan jiwa yang kosong – lemah - kekecewaan dan kelayakan

akademik kurang baik - mensia-siakan masa remaja - menagih dadah

c) terpengaruh dengan persekitaran - pusat-pusat hiburan - menjadi tarikan

berbanding dengan perpustakaan - melepaskan gian dan berurus niaga - takut

disingkirkan daripada kumpulan

d) masalah rumah tangga-penceraian ibu bapa - anak-anak kurang mendapat

perhatian - perasaan berbelah bahagi -mengambil dadah

3 Penutup

remaja berwaspada - peranan ibu bapa, media massa dan masyarakat membendung

gejala kurang sihat

Dadah membawa bencana kepada masyarakat, khususnya golongan remaja.

Dadah merupakan punca pelbagai perbuatan jenayah dan maksiat yang menimbulkan

pelbagai masalah dalam rumah tangga, masyarakat dan negara. Penagih dadah pula

menjadi beban kepada keluarga dan negara.

Fenomena ini terjadi disebabkan kurangnya didikan agama dan moral dalam

jiwa golongan remaja. Pendidikan agama sepatutnya dititikberatan dalam diri kanak-

kanak sejak mereka masih kecil. Kekurangan didikan agama menyebabkan mereka

tiada kesedaran, keinsafan dan perasaan tanggungjawab. Mereka hanya ingin

berseronok kerana mereka berpegang kepada prinsip “kita hanya hidup sekali”.

Kebanyakan remaja yang terlibat dengan dadah mempunyai ketahanan diri

yang lemah dan perasaan rendah diri. Benteng pertahanan diri yang rapuh mendorong

mereka mensia-siakan masa remaja dengan menagih dadah tanpa memikirkan kesan

buruk yang akan diterima. Bermula dengan sikap ingin mencuba, akhirnya mereka

terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

Penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja turut berpunca daripada

keadaan persekitaran. Pusat-pusat hiburan seperti karaoke, bar, disko dan sebagainya

menjadi tarikan remaja. Di pusat-pusat inilah mereka melepaskan gian di samping

berurus niaga. Pengaruh rakan sebaya juga terlalu kuat. Ada dalam kalangan remaja

yang menagih kerana takut akan disingkirkan daripada kumpulannya.

Masalah rumah tangga merupakan salah satu sebab berlakunya gejala sosial ini.

Penceraian ibu bapa menyebabkan anak-anak kurang mendapat perhatian dan

perasaan mereka turut berbelah bahagi terhadap ibu bapa. Selain itu, ibu bapa yang

terlalu sibuk mengejar duniawi membiarkan anak-anak mereka dahagakan kasih

Program Bahasa Melayu Edubest SM202_PT3_2020 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 24. · Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada 2) Kertas 2 : 40% (1 jam)

15

sayang. Sebagai jalan mudah untuk mencari kepuasan dan ketenangan jiwa, mereka

terjebak dengan pengambilan dadah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Sewajarnya, remaja haruslah sentiasa berwaspada agar tidak terjebak ke

lembah yang hina ini. Peranan ibu bapa, media massa dan masyarakat sangat penting

untuk membendung gejala yang kurang sihat ini.

Latihan:

1. Tabiat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia masih berada di tahap

yang rendah. Bagaimanakah cara-cara untuk menyemai tabiat suka membaca di

kalangan anggota masyarakat negara ini?

2. Kegiatan kokurikulum penting kepada pelajar dan telah diwajibkan di sekolah.

Apakah kebaikan menyertai kegiatan kokurikulum ?

Program Bahasa Melayu Edubest SM202_PT3_2020 16

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 19: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 24. · Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada 2) Kertas 2 : 40% (1 jam)
Page 20: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 24. · Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada 2) Kertas 2 : 40% (1 jam)

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my