pusat tuisyen didikan genius program bahasa malaysia sekolah … · 2020. 11. 4. · (dipetik...

12
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Pemahaman Modul PT3 SM 306 Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 30-Mar-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 4. · (Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Aras Mega (M) Sdn. Bhd.) Program Bahasa

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Pemahaman

Modul PT3

SM 306

Nama : _____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 4. · (Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Aras Mega (M) Sdn. Bhd.) Program Bahasa

Analisis Puisi

Genre PuisiTradisional

PantunSyair

ModenSajak

Tema

Persoalan

BentukTerikat

Rima akhir Pantun : ab / abab

Rima akhir Syair : aaaa

BebasRima akhir Sajak : abcdef

Unsur Bahasa

Pengulangan

Pengulangan baris Repitisi

Pengulangan Kata

Ulang kata depan Anafora

Ulang kata belakang Responsi

Ulang kata tengah Epifora

SinkopeSingkatan : ku, mu, nak

Inversiterbalik : akan kuambil

PerlambanganBunga : wanita

Personifikasibersifat manusia

HiperbolaMelebih-lebihkan

Unsur bunyi Pengulangan abjad

Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi

Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi

Nada

Romantiscinta, kasih sayang

Melankoliksedih

Protesmembantah

Sinismenyindir / mengejek

Nilai

Pengajaran

Analisis Puisi

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 4. · (Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Aras Mega (M) Sdn. Bhd.) Program Bahasa

Pemahaman Teks Umum

Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mencapai perpaduan dalam

kalangan masyarakat Malaysia sejak zaman merdeka. Perpaduan yang dipupuk

dalam kalangan murid dengan berasaskan ideologi negara telah dilakukan

dengan pengisytiharaan Rukun Negara pada tahun 1969. Sebelum itu, usaha

memupuk perpaduan diterapkan melalui sistem persekolahan yang sama, bahasa

Melayu sebagai bahasa pengantar serta kurikulum sekolah yang sama dan

bercorak kebangsaan.

Perpaduan dapat dihayati menerusi usaha menerapkan perasaan bangga

menjadi warganegara Malaysia. Penghayatan tentang kebanggaan menjadi

warganegara itu mampu mempererat perpaduan antara kaum walaupun

berlainan agama dan bangsa. Selain itu. perpaduan dipupuk melalui

penghayatan perasaan muhibah dan semangat toleransi. Hal ini dapat dilakukan

melalui sambutan perayaan yang diraikan secara bersama-sama antara kaum

bagi membolehkan mereka berinteraksi. Semangat perpaduan dalam kalangan

murid dipupuk melalui kurikulum yang menitikberatkan aspek pendidikan

harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama diberikan keutamaan dalam

setiap kurikulum mata pelajaran.

Pembentukan sekolah wawasan juga merupakan usaha memupuk

perpaduan dalam kalangan murid. Sekolah wawasan merupakan gabungan

sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan yang berkongsi kemudahan asas

seperti kantin, padang permainan, dan sebagainya. Hal ini memberikan peluang

kepada murid-murid untuk bergaul dan bertoleransi tanpa perasaan syak

wasangka. Selain itu, perpaduan dapat diterapkan melalui kegiatan kokurikulum

di sekolah. Aktiyiti kokurikulum merupakan bidang pembelajaran yang

menekankan pemupukan dan perkembangan diri individu dalam program sukan,

kelab, persatuan, dan badan beruniform.

1. Apakah maksud rangkai katn bercorak kebangsaan ?

A Berbentuk sesuatu bangsa

B Berdasarkan bangsa tertentu

C Mempunyai ciri-ciri setiap bangsa

D Mempunyai ciri-ciri bangsa Malaysia

2. Bagaimanakah keharmonian dalam kalangan ahli masyarakat dipupuk?

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM306 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 4. · (Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Aras Mega (M) Sdn. Bhd.) Program Bahasa

A Melalui kegiatan kokurikulum di sekolah

B Merayakan hari perayaan seeara bersama-sama antara kaum

C Melalui kurikulum sekolah yang menitikberatkan aspek pendidikan

harmonis

D Mewujudkan sekolah wawasan yang menggabungkan sekolah kebangsaan

dan sekolah jenis kebangsaan

3. Semua yang berikut ialah tujuan pembentukan sekolah wawasan, kecuali

A muridmurid dapat bertoleransi tanpa prasangka.

B memberikan peluang kepada murid-murid untuk bergaul.

C murid-murid bersatu padu melalui kegiatan kokurikulum.

D murid-murid meraikan sambutan perayaan bersama-sama.

4. Pada pendapat anda, mengapakah perpaduan penting dalam kalangan rakyat

Malaysia?

A Memastikan keamanan negara berkekalan

B Mengurangkan kedatangan pelancong asing

C Pembangunan negara dapat dilakukan secara sederhana

D Rakyat di negara kita diperhatikan oleh negara-negara luar

( /10)

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM306 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 4. · (Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Aras Mega (M) Sdn. Bhd.) Program Bahasa

Pemahaman Puisi Tradisional – Sajak

Sajak – “Bintang”

Suatu malam aku duduk

di halaman rumah

kulihat cantiknya bintang-bintang

menghias langit yang terbentang

aku ingin terbang ke sana

membawa pulang bintang-bintang

tentu ibu gembira

tentu ayah bahagia

melihat rumah ini

penuh dengan cahaya.

Tetapi kata ibu

itu tidak perlu

ayah sudah ada bintang

begitu juga ibu

rumah sudah bercahaya

begitu juga jiwa mereka

bintang itu adalah aku

bintang hati ayah dan ibu.

Siti Zaleha M. Hashim

(Dipetik daripada antologi Bintang Hati,

Tingkatan 3, Aras Mega (M) Sdn. Bhd.)

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM306 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 4. · (Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Aras Mega (M) Sdn. Bhd.) Program Bahasa

Maksud :

Rangkap 1

Pada suatu malam, penyajak duduk di halaman rumahnya sambil memerhatikan

gugusan bintang di langit. Penyajak ingin terbang ke langit untuk mengambil

bintang-bintang itu dan memberikan bintang-bintang itu kepada ayah dan

ibunya. Penyajak merasakan perbuatannya itu akan membuatkan ibunya

gembira dan ayahnya bahagia apabila melihat rumah mereka diterangi oleh

cahaya bintang tersebut.

Rangkap 2

Namun begitu, ibu penyajak mengatakan bahawa penyajak tidak perlu berbuat

demikian kerana ayah dan ibu penyajak sudah mempunyai bintang yang

bercahaya di rumah dan dalam jiwa mereka. Hal ini demikian kerana penyajak

ialah bintang hati ayah dan ibunya.

Tema

Kasih sayang yang utuh antara anak dengan ibu bapanya. Demi kasih

sayang yang mendalam terhadap ibu dan ayahnya, penyajak ingin mengambil

bintang-bintang di langit untuk dihadiahkan kepada ibu dan ayahnya bagi

menerangi rumah mereka. Namun begitu, ibu penyajak mengatakan bahawa

penyajak tidak perlu berbuat demikian kerana penyajak merupakan bintang hati

ayah dan ibunya.

Persoalan

(a) Kasih sayang yang mendalam sesama ahli keluarga.

(b) Pengorbanan dan jasa ibu bapa yang tidak terkira nilainya.

(c) Tanggungjawab seorang anak untuk membahagiakan ibu bapanya.

(d) Kebahagiaan ibu bapa terhadap anak yang taat dan bertanggungjawab.

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM306 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 4. · (Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Aras Mega (M) Sdn. Bhd.) Program Bahasa

Bentuk

(a) Sajak ini berbentuk bebas.

(b) Sajak ini terdiri daripada dua rangkap.

(c) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah tidak sama. Contohnya:

• rangkap 1: sepuluh baris;

• rangkap 2: lapan baris.

(d) Bilangan perkataan bagi setiap baris sajak ini antara tiga hingga lima

patah kata. Contohnya:

membawa pulang bintang-bintang (3 patah kata)

bintang hati ayah dan ibu (5 patah kata)

(e) Jumlah suku kata dalam sajak ini antara enam hingga sepuluh suku kata.

Contohnya:

itu tidak perlu (6 suku kata)

kulihat cantiknya bintang-bintang (10 suku kata)

(f) Rima akhirnya bebas. Contohnya:

• rangkap 1: abccdcdded;

• rangkap 2: aabaccaa.

Unsur Bunyi

(a) Asonansi. Contohnya:

• ayah sudah ada bintang (perulangan vokal a)

• begitu juga ibu (perulangan vokal u)

(b) Aliterasi. Contohnya:

• begitu juga jiwa mereka (perulangan konsonan j)

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM306 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 4. · (Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Aras Mega (M) Sdn. Bhd.) Program Bahasa

Gaya Bahasa

(a) Anafora (perulangan perkataan yang sama pada awal baris). Contohnya:

• tentu ibu gembira

tentu ayah bahagia (rangkap 1, baris 7 dan 8)

(b) Epifora (perulangan perkataan yang sama pada akhir baris). Contohnya:

• Kulihat cantiknya bintang-bintang

• Membawa pulang bintang-bintang (rangkap 1, baris 3 dan 6)

(c) Personifikasi. Contohnya, menghias langit yang terbentang.

(d) Kata ganda. Contohnya, bintang-bintang.

(e) Inversi. Contohnya, tentu ibu gembira.

(f) Metafora. Contohnya, bintang hati.

Nada

Romantis.

Nilai

(a) Kasih sayang. Contohnya, penyajak amat menyayangi ayah dan ibunya.

(b) Mengenang jasa. Contohnya, penyajak ingin menghadiahkan bintang di

langit kepada ayah dan ibunya sebagai membalas jasa mereka.

(c) Ketaatan. Contohnya, penyajak membesar sebagai seorang anak yang taat

sehingga dia menjadi bintang hati ayah dan ibunya.

(d) Tanggungjawab. Contohnya, sebagai seorang anak, penyajak

bertanggungjawab untuk membahagiakan dan menggembirakan ayah dan

ibunya.

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM306 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 4. · (Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Aras Mega (M) Sdn. Bhd.) Program Bahasa

(e) Kejujuran. Contohnya, ayah dan ibu penyajak mengatakan bahawa

penyajak tidak perlu memetik bintang di langit untuk dihadiahkan kepada

mereka kerana penyajak ialah bintang hati mereka.

Pengajaran

(a) Kita mestilah mengamalkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.

(b) Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang banyak berbudi kepada

kita.

(c) Kita haruslah taat akan ajaran dan perintah kedua-dua ibu bapa yang

membesarkan kita sejak kecil.

(d) Kita hendaklah bertanggungjawab dalam membahagiakan dan

menggembirakan hati ibu bapa pada setiap masa.

(e) Kita seharusnya jujur dalam berkata-kata untuk menyatakan kebenaran.

Latihan

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berdasarkan sajak di atas, nyatakan dua sebab ayah dan ibu penyajak

tidak memerlukan bintang di langit yang ingin dibawa pulang oleh penyajak.

[3 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM306 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 4. · (Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Aras Mega (M) Sdn. Bhd.) Program Bahasa

(ii) Nyatakan dua nilai yang dapat diperoleh daripada petikan sajak tersebut.

[3 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

(iii) Seseorang anak haruslah membalas jasa kedua-dua ibu bapa dengan

menggembirakan mereka.

Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh

seseorang anak untuk menggembirakan hati ibu dan bapanya? (KBAT)

[4 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

( /10)

Program Bahasa Melayu Edubest - Pemahaman Petikan & Antologi SM306 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 4. · (Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Aras Mega (M) Sdn. Bhd.) Program Bahasa
Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah … · 2020. 11. 4. · (Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Aras Mega (M) Sdn. Bhd.) Program Bahasa

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my