pusat tuisyen didikan genius program bahasa melayu ......manusia. berdasarkan maksud sajak tersebut,...

24
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest Ulang Kaji II SR 2B Set 3 Nama : ____________________________

Upload: others

Post on 21-Aug-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......manusia. Berdasarkan maksud sajak tersebut, tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Telefon Bimbit”. Tulis karangan

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest

Ulang Kaji II

SR2B Set 3

Nama : ____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......manusia. Berdasarkan maksud sajak tersebut, tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Telefon Bimbit”. Tulis karangan

Catatan Kerja Rumah

Tarikh Jenis Muka surat / Sumber

Soalan Tanda √ Jika Sudah

Disiapkan

Tarikh Jenis Muka surat / Sumber

Soalan Tanda √ Jika Sudah

Disiapkan

Tarikh Jenis Muka surat / Sumber

Soalan Tanda √ Jika Sudah

Disiapkan

Tarikh Jenis Muka surat / Sumber

Soalan Tanda √ Jika Sudah

Disiapkan

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......manusia. Berdasarkan maksud sajak tersebut, tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Telefon Bimbit”. Tulis karangan

Kertas 1 (Pemahaman)

Bahagian A (20 Markah)

Soalan 1 hingga 16

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “Tarian yang dipersembahkan di hadapan _____ tadi ialah

Tarian Inang,” kata Izzati kepada para wartawan.

A. hamba C. beta

B. patik D. tuanku

2. “Pastikan _____ mendapat kebenaran daripada ibu bapa untuk

mengikuti lawatan itu,” kata Cikgu Hasnah kepada Asif.

A. saya C. kalian

B. kita D. kamu

3. Puan Faridah berasa sedih apabila _____ nasib anaknya yang

bekerja di ibu kota.

A. dikenang C. mengenangkan

B. kenangan D. dikenangkan

4. “Jangan _____ dengan kejayaan orang lain,” nasihat Mak Kiah

kepada cucunya.

A. marah C. iri hati

B. risau D. duka cita

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......manusia. Berdasarkan maksud sajak tersebut, tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Telefon Bimbit”. Tulis karangan

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Pak Abu berjalan kaki pulang ke rumah sambil memikul _____

pisang.

A. sesikat C. selonggok

B. setandan D. sesisir

6. Disiplin murid-murid di sekolah itu sangat baik kerana

peraturan di sekolah itu agak _____ .

A. keras C. ketat

B. kuat D. garang

7. Para penonton terpesona dengan _____ suara penyanyi kanak-

kanak perempuan itu.

A. kelemahan C. keenakan

B. kemerduan D. kesedapan

8. Orang ramai berkerumun di tepi jalan itu _____ melihat

mangsa kemalangan jalan raya.

A. tetapi C. walaupun

B. kerana D. sementara

9. _____ sakit kakinya belum sembuh namun Pak Mail tetap

bekerja untuk menyara keluarganya.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......manusia. Berdasarkan maksud sajak tersebut, tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Telefon Bimbit”. Tulis karangan

A. Walaupun C. Semenjak

B. Tatkala D. Malahan

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. Banglo usang di _____ bukit itu sudah lama tidak

berpenghuni.

A. puncak C. pinggir

B. utara D. dalam

11. Gadis itu bukan sahaja cantik _____ sangat berbudi bahasa.

A. demi C. malahan

B. agar D. pada

12. Radzi _____ setelah berlari dengan pantas kerana dikejar

seekor anjing liar.

A. tersedu-sedan C. terkumat-kamit

B. terkial-kial D. tercungap-cungap

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......manusia. Berdasarkan maksud sajak tersebut, tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Telefon Bimbit”. Tulis karangan

13. Faezah sedang melihat neneknya _____ kain.

A. menganyam C. mengecap

B. menenun D. menjahit

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

14. I. Cuaca pada hari itu sangat hangat.

II. Kari ayam yang dihidangkan oleh kakak itu masih

hangat.

III. Ceramah itu mendapat sambutan hangat daripada

para penonton.

IV. Peristiwa itu masih hangat dalam ingatan Adila.

A. I, II dan III C. I, III dan IV

B. I, II dan IV D. I, II, III dan IV

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

15. Encik Radzi berasa bangga dengan kejayaan anaknya dalam

pertandingan melukis itu.

A. Anak Encik Radzi berasa bangga dengan kejayaannya dalam

pertandingan melukis itu.

B. Kejayaan anaknya dalam pertandingan melukis itu membuat

Encik Radzi berasa bangga.

C. Pertandingan melukis yang disertai oleh anaknya membuat

Encik Radzi berasa bangga.

D. Anak Encik Radzi berjaya dalam pertandingan melukis yang

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......manusia. Berdasarkan maksud sajak tersebut, tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Telefon Bimbit”. Tulis karangan

membanggakan.

Pilih ayat yang betul.

16. A. Encik Malik menghadiahi anaknya sebuah basikal.

B. Saya baru sampai dari rumah ketika Ahmad tiba.

C. Keputusan pertandingan mewarnai itu ditampal di papan

kenyataan.

D. Seluar yang dipakai oleh kanak-kanak itu sangat lanjut.

Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya.

Lot 13, Kampung Legeh,

16500 Jeli,

Kelantan Darul Naim.

8 Oktober 2016.

Ke hadapan kakanda Rohana yang diingati selalu. Mudahan-mudahan

kakanda berada dalam keadaan sihat sentiasa. Adinda dan keluarga di

kampung sihat-sihat sahaja.

Kakanda,

Rasanya sudah agak lama kakanda tidak mengutuskan sebarang

khabar untuk kami di kampung. Mungkin kakanda sibuk dengan

pelajaran dan peperiksaan, ataupun kakanda dilanda apa-apa masalah?

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......manusia. Berdasarkan maksud sajak tersebut, tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Telefon Bimbit”. Tulis karangan

Umi berasa sangat bimbang akan kakanda yang jauh di Bumi

Kenyalang. Umi berpesan sekiranya kakanda tidak sihat atau

memerlukan wang, janganlah kakanda segan-segan untuk memberitahu

Umi.

Bilakah peperiksaan akhir kakanda akan tamat dan kakanda akan

pulang bercuti di kampung? Kami di sini amat merindui kakanda

kerana sudah lebih lima bulan kakanda tidak pulang ke kampung. Pada

tahun ini, kebun buah-buahan Umi dan Baba sangat menjadi. Oleh itu,

Umi mahu mengadakan kenduri kesyukuran menggunakan wang hasil

jualan buah-buahan itu untuk menyambut kepulangan kakanda nanti.

Sekarang adinda tidak perlu berjalan kaki ke sekolah lagi kerana

kakanda Raihan akan menghantar adinda setiap hari sebelum ke

sekolahnya.

Peperiksaan UPSR telah pun adinda duduki, manakala kakanda

Raihan akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi. Kami

berharap agar kakanda mendoakan kejayaan kami supaya dapat kami

menjejakkan kaki ke menara gading seperti kakanda.

Rasanya setakat ini dahulu surat adinda kepada kakanda. Akhir

kata, sambutlah salam sayang daripada kami untuk kakanda di sana.

Semoga kakanda berjaya dalam peperiksaan akhir nanti.

Adindamu,

Rohayu

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......manusia. Berdasarkan maksud sajak tersebut, tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Telefon Bimbit”. Tulis karangan

17. Pada pendapat kamu, apakah tujuan Rohayu mengutuskan

surat kepada Rohana?

A. Untuk menceritakan pengalamannya menduduki peperiksaan

UPSR

B. Untuk menanyakan khabar Rohana

C. Untuk menyampaikan salam keluarganya

D. Untuk memberi dorongan kepada Rohana dalam peperiksaan

18. Panggilan "Umi" dalam petikan merujuk kepada …

A. kakak dan abang mereka

B. nenek dan datuk mereka

C pak cik dan mak cik mereka

D. ibu mereka

19. Mengapakah Umi mereka berasa bimbang?

A. Sekiranya Rohana tidak mahu pulang

B. Sekiranya mereka tidak lulus dalam peperiksaan

C. Sekiranya Rohana sakit dan kesempitan wang

D. Sekiranya Raihan terlibat dalam kemalangan

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......manusia. Berdasarkan maksud sajak tersebut, tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Telefon Bimbit”. Tulis karangan

20. Mengapakah Umi mahu mengadakan kenduri kesyukuran?

A. Untuk menyambut kepulangan Rohana

B. Untuk meraikan kejayaan anak-anak dalam peperiksaan

C. Untuk meningkatkan hasil jualan buah-buahan

D. Untuk mendoakan keselamatan anak-anak

Bahagian B (30 Markah)

Soalan 21 (4 markah)

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong

dalam petikan yang diberikan.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......manusia. Berdasarkan maksud sajak tersebut, tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Telefon Bimbit”. Tulis karangan

Nadia menolong ibunya menghidangkan pelbagai juadah __________

atas meja makan. Pelbagai juadah disediakan pada hari itu

__________ keluarga Nadia mengadakan majlis rumah terbuka

sempena Hari Raya Aidilfitri. Tetamu __________ dijemput terdiri

daripada sanak-saudara, sahabat-handai __________ jiran

tetangga.

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:

_______________________________________________

_______________________________________________

Jawapan: Farah rajin bersenam kerana hendak menurunkan

berat badannya.

[2 markah]

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.

_______________________________________________

_______________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......manusia. Berdasarkan maksud sajak tersebut, tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Telefon Bimbit”. Tulis karangan

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

_______________________________________________

_______________________________________________

[2 markah]

Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya.

Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Antara

kaum utama di Malaysia ialah kaum Melayu, Cina, India, Sikh, Iban,

Kadazan dan Murut.

Masyarakat Malaysia hidup dalam suasana harmoni dan bersatu

padu. Sikap yang diamalkan ialah sikap bekerjasama dan saling

menghormati.

Terdapat pelbagai perayaan yang disambut di Malaysia. Antara

perayaan tersebut ialah perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu

Cina, Deepavali, Krismas, Pesta Menuai dan Hari Gawai.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......manusia. Berdasarkan maksud sajak tersebut, tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Telefon Bimbit”. Tulis karangan

Amalan kunjung-mengunjungi diamalkan pada musim perayaan.

Masyarakat pelbagai kaum bersama-sama menyambut sesuatu

perayaan.

Terdapat pelbagai makanan tradisional yang enak yang popular

dalam kalangan masyarakat Malaysia. Antara makanan yang popular

dalam kalangan masyarakat Melayu ialah rendang, nasi himpit, laksa

dan nasi lemak. Tose dan capati adalah antara makanan yang popular

dalam kalangan kaum India.

Pelancong asing yang mengunjungi majlis rumah terbuka semasa

musim perayaan berasa kagum dengan keunikan masyarakat Malaysia

menyambut perayaan. Majlis rumah terbuka ini tidak diadakan di

negara mereka.

a. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai ____________.

[1 markah]

b. Bagaimanakah kehidupan masyarakat Malaysia?

_______________________________________________

_______________________________________________

[2 markah]

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu

daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......manusia. Berdasarkan maksud sajak tersebut, tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Telefon Bimbit”. Tulis karangan

Soalan 24

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya.

Anisa ialah pengawas perpustakaan di sekolahnya. Dia seorang

yang ringan tulang. Anisa sering membantu gurunya di perpustakaan.

Apabila tiba gilirannya bertugas, Anisa akan segera ke perpustakaan.

Dia akan merekodkan buku yang dipinjam atau buku yang dipulangkan.

Anisa seorang pengawas perpustakaan yang bertanggungjawab.

Dia akan mendenda murid yang lewat menghantar buku. Anisa tidak

memilih kasih walaupun yang lewat memulangkan buku itu rakan

karibnya sendiri.

Anisa disukai oleh rakan-rakan sekelasnya. Dia selalu membantu

rakan-rakannya yang lemah dalam mata pelajaran Matematik. Anisa

akan mengajar mereka yang lemah dalam membuat pengiraan dalam

latihan Matematik.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......manusia. Berdasarkan maksud sajak tersebut, tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Telefon Bimbit”. Tulis karangan

Anisa menolong dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa

bantuan. Rakan-rakannya mengucapkan terima kasih atas bantuan

Anisa yang sering membantu mereka.

Pada sambutan Hari Kanak-kanak, Anisa dipilih sebagai Tokoh

Kanak-kanak. Kejayaan Anisa dalam pelajaran dan aktiviti kokurikulum

merupakan faktor utama kejayaannya menerima anugerah tersebut.

a. Simpulan bahasa ringan tulang dalam petikan membawa maksud

______________________________________. [1 markah]

b. Apakah tugas yang dilakukan oleh Anisa di perpustakaan?

_______________________________________________

_______________________________________________

[2 markah]

c. Apakah faktor utama yang menyebabkan Anisa dipilih sebagai

Tokoh Kanak-kanak?

_______________________________________________

_______________________________________________

_______________________________________________

[2 markah]

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......manusia. Berdasarkan maksud sajak tersebut, tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Telefon Bimbit”. Tulis karangan

d. Adakah patut Anisa mendenda rakan karibnya yang lewat

meminjam buku? Mengapa?

_______________________________________________

_______________________________________________

_______________________________________________

[3 markah]

Soalan 25

Baca pantun di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya.

Anak rusa meniti di titi,

Berjalan terus tanpa menoleh;

Ibu bapa hendaklah dihormati,

Agar menjadi anak soleh.

Masak kari ikan kembong,

Hendak dimakan bersama Pak Saat;

Jika kita bersikap sombong,

Tentu hidup kurang sahabat.

Berehat di bawah pohon meranti,

Kawan dinanti belum bertemu;

Jasa guru hendaklah diingati,

Mencurah ilmu tanpa jemu.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......manusia. Berdasarkan maksud sajak tersebut, tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Telefon Bimbit”. Tulis karangan

a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas? [2 markah]

_______________________________________________

_______________________________________________

b. Apakah kesannya jika kita bersikap sombong? [2 markah]

_______________________________________________

_______________________________________________

c. Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi

pernyataan yang salah berdasarkan pantun tersebut.

[1 markah]

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.

_______________________________________________

_______________________________________________

_______________________________________________

[3 markah]

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......manusia. Berdasarkan maksud sajak tersebut, tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Telefon Bimbit”. Tulis karangan

Kertas 2 (Penulisan)

Bahagian A (10 Markah)

Gambar di bawah menunjukkan cara-cara mengeratkan hubungan

kekeluargaan.

Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 16

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

tbeysy
Sticky Note
makan bersama keluarga agar...berinteraksi dengan ....
tbeysy
Sticky Note
- membantu ibu bapa ....untuk meringankan beban....
tbeysy
Sticky Note
- meluangkan masa ...berekreasi .../sukan
tbeysy
Sticky Note
- menziarahi ....kurang bernasib baik dengan ahli keluarga...memikul tanggungjawab bersama
tbeysy
Sticky Note
- menonton televisyen bersama....mempunyai topik perbualan ....sama
Asyirah
Highlight
Page 19: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......manusia. Berdasarkan maksud sajak tersebut, tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Telefon Bimbit”. Tulis karangan

Bahagian B (15 Markah)

Poster di bawah menunjukkan tentang Kempen Cintailah Bahasa

Kebangsaan kita.

Tulis ulasan tentang poster tersebut dalam bentuk perenggan.

Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah

perkataan.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 17

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

tbeysy
Sticky Note
Pengenalan: BM - Bahasa kebangsaan kita
tbeysy
Sticky Note
Isi tersurat : 1. ...telah melancarkan Kempen CBK Kita. 2. Poster-poster di tampal di....menyedarkan .....kepentingan BK 3. ...dapat dididik tentang kepentingan....melihat poster ....di Isi tersirat : 1. ...alat komunikasi rakyat negara... 2. ...perlu dikuasai - memudahkan komunikasi antara.. 3. ...dapat menyatupadukan ..... 4. penguasaan BK ...mengelakkan salah faham 5. ...perlu mula mengaasai.....kecil lagi
tbeysy
Sticky Note
K, sebgaia rakyat...., .......mestilah menguasai BK
Page 20: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......manusia. Berdasarkan maksud sajak tersebut, tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Telefon Bimbit”. Tulis karangan

Bahagian C (25 Markah)

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.

Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah

perkataan.

Soalan 1

Masalah pencemaran air sungai semakin membimbangkan.

Tulis sebuah karangan tentang cara-cara mengatasi masalah

pencemaran air sungai.

ATAU

Soalan 2

Sajak di atas membawa maksud tentang kelebihan telefon bimbit.

Telefon bimbit memang banyak kelebihan dan kegunaan kepada

manusia. Berdasarkan maksud sajak tersebut, tulis sebuah karangan

yang bertajuk “Aku Sebuah Telefon Bimbit”.

Tulis karangan kamu itu selengkapnya.

Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji II 2B03 18

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 21: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......manusia. Berdasarkan maksud sajak tersebut, tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Telefon Bimbit”. Tulis karangan
Page 22: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......manusia. Berdasarkan maksud sajak tersebut, tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Telefon Bimbit”. Tulis karangan
Page 23: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......manusia. Berdasarkan maksud sajak tersebut, tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Telefon Bimbit”. Tulis karangan
Page 24: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......manusia. Berdasarkan maksud sajak tersebut, tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Telefon Bimbit”. Tulis karangan

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my