pusat tuisyen didikan genius program bahasa melayu sekolah rendah … · 2020. 4. 9. · susila...

20
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest Tahap SR2A Modul 6 Nama : ____________________________

Upload: others

Post on 28-Mar-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah … · 2020. 4. 9. · Susila bersekolah di sebuah sekolah rendah tidak jauh dari kampungnya. Pada suatu hari, pihak

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest

Tahap SR2A

Modul 6

Nama : ____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah … · 2020. 4. 9. · Susila bersekolah di sebuah sekolah rendah tidak jauh dari kampungnya. Pada suatu hari, pihak

Markah Kuiz Komputer

Minggu Tarikh Tatabahasa

(%)

Perbendaharaan Kata (%)

Peribahasa

(%)

Lain-lain

1

2

3

4

5

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah … · 2020. 4. 9. · Susila bersekolah di sebuah sekolah rendah tidak jauh dari kampungnya. Pada suatu hari, pihak

Program Bahasa Melayu Edubest Modul 6

A. Perbendaharaan Kata & Bacaan

a. Perbendaharaan Kata

Bil. Perkataan/Frasa Kata Akar 意思

1 pertandingan

-peraduan

比赛

2 mengindahkan

-mencantikkan

美化

3 halaman

-kawasan lapang di hadapan rumah

院子

4 keuntungan

-hasil pendapatan

好处

5 menjimatkan

-tidak membazirkan

节省

6 perbelanjaan

-wang yang digunakan

费用

7 menganjurkan

-mengadakan

举办

8 diutamakan

-dianggap penting

被注重

9 mengendalikan

-menguruskan

处理

10 dikehendaki

-diminta, disuruh

必须

11 diiktiraf

-diakui, diterima

受承认

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A06 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah … · 2020. 4. 9. · Susila bersekolah di sebuah sekolah rendah tidak jauh dari kampungnya. Pada suatu hari, pihak

12 menyuarakan

-menyatakan

说出

13 hasrat

-kehendak

意愿

14 ditetapkan

-ditentukan

所规定的

15 menyangka

-menduga, ingat

以为

16 membosankan

-menjemukan, tidak menyenorokkan

令人厌烦

17 mengalami

-merasai

体验

18 tempoh

-masa

时间

19 diumumkan

-diberitahu kepada semua

被公布

20 penilaian

-perihal memberi markah

评审

21 berdasarkan

-berpandukan, mengikut

根据

22 menanam minat

-memupuk minat

培养兴趣

23 mencintai

-menyayangi

24 keindahan

-kecantikan

优美(环境)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A06 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah … · 2020. 4. 9. · Susila bersekolah di sebuah sekolah rendah tidak jauh dari kampungnya. Pada suatu hari, pihak

b. Latihan Perbendaharaan Kata – Isi tempat kosong

1. Rani menyuarakan ____________nya hendak melanjutkan

pelajaran ke universiti kepada kawan baiknya.

2. Kelas 6 Bestari telah ditugaskan untuk

_______________kawasan sekolah pada hujung minggu ini.

3. Sebagai rakyat negara ini, kita hendaklah dipupuk dengan

semangat __________ negara sendiri.

4. Keputusan pertandingan menyanyi akan ______________ tidak

lama lagi.

5. Semua kerja sekolah hendaklah disiapkan dalam masa yang

___________.

6. Kelakuan Siti membuat orang __________ bahawa dia tidak

siuman.

7. Orang ramai hendaklah dididik agar ______________ air dan

tenaga elektrik dalam kehidupan harian.

8. Pihak sekolah akan _____________ peraduan melukis pada

minggu depan.

9. Semua murid lelaki sekolah rendah ___________ memakai

seluar pendek yang berwarna biru tua.

10. Persembahan yang ______________ itu membuat banyak

penonton terlelap di dalam dewan.

11. _____________ harian Ghani setiap hari ialah RM 2.50.

12. _____________ bercerita sekolah Halimi akan diadakan pada

hari Selasa depan. ( %)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A06 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah … · 2020. 4. 9. · Susila bersekolah di sebuah sekolah rendah tidak jauh dari kampungnya. Pada suatu hari, pihak

Pertandingan Keindahan Kawasan Sekolah

Emak Susila suka menanam pokok bunga. Halaman rumah

dijadikan kebun bunga dan ditamani pelbagai jenis pokok bunga. Pada

setiap petang, emak Susila akan berkebun sayur pula. Hobi ini

membawa keuntungan kepada keluarga. Selain daripada mengindahkan

halaman rumah, mereka juga dapat menjimatkan perbelanjaan harian.

Susila bersekolah di sebuah sekolah rendah tidak jauh dari

kampungnya. Pada suatu hari, pihak sekolah telah menganjurkan

pertandingan keindahan kawasan sekolah.

“Murid-murid, pihak sekolah akan membahagikan kawasan

mengikut kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki menjaga dan

menghiasi kawasan masing-masing supaya menjadi kawasan yang indah

dan cantik. Kebersihan juga diutamakan,” jelas Cikgu Roni yang

mengendalikan pertandingan itu.

Kumpulan Susila terdiri daripada lima puluh orang murid.

Mereka dikehendaki menjaga kawasan di bahagian hadapan bangunan

sekolah. Mereka berjanji akan bekerjasama agar kawasan mereka

diiktiraf sebagai kawasan yang tercantik. Oleh itu, pokok bunga perlu

ditanam di kawasan mereka agar kelihatan lebih menarik. Namun,

mereka perlu mendapatkan anak-anak pokok bunga terlebih dahulu.

Susila teringatkan kebun bunga emaknya.

Pada petang itu, Susila menyuarakan hasratnya kepada emaknya.

“Mak, Susila dan kawan-kawan dikehendaki mencantikkan

kawasan sekolah. Kami perlu menanam pokok bunga di kawasan yang

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A06 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah … · 2020. 4. 9. · Susila bersekolah di sebuah sekolah rendah tidak jauh dari kampungnya. Pada suatu hari, pihak

telah ditetapkan, Susila perlukan anak-anak pokok bunga untuk

menjayakan pertandingan ini,” kata Susila.

“Baguslah, Susila boleh dapatkan anak-anak pokok bunga di

kebun bunga mak. Susila pilihlah yang mana satu Susila suka,”

beritahu emak Susila.

“Kalau begitu, baiklah mak. Susila berjanji selepas ini Susila

akan menolong mak menjaga kebun bunga pada setiap petang,” janji

Susila kepada emaknya.

Susila dan ahli kumpulannya menanam pokok bunga di kawasan

mereka. Selama ini, Susila menyangka kerja-kerja sebegini

membosankan dan membuang masa saja. Namun, setelah

mengalaminya sendiri, dia berasa seronok. Pokok bunga yang ditanam

semakin membesar dan mulai berbunga. Kawasan mereka kelihatan

menarik, begitu juga dengan kawasan yang lain kerana dihias dengan

beraneka jenis pokok bunga.

Pada akhir tempoh yang ditetapkan, kumpulan Susila telah

diumumkan sebagai pemenang pertandingan. Penilaian dibuat

berdasarkan cara mereka menghiasi kawasan tersebut sehingga

kelihatan cantik, bersih dan menarik mata yang memandang.

Cikgu Roni berasa gembira kerana hasratnya untuk menanam

minat dalam kalangan murid sekolah agar mencintai keindahan alam

semula jadi telah tercapai. Beliau berharap semua murid akan

sentiasa menjaga keindahan dan kebersihan alam sekitar.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A06 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah … · 2020. 4. 9. · Susila bersekolah di sebuah sekolah rendah tidak jauh dari kampungnya. Pada suatu hari, pihak

B. Pemahaman

1. Mengapakah pihak sekolah Susila mengadakan pertandingan

mengindahkan kawasan sekolah ?

A. untuk mengindahkan sekolah

B. untuk memberi hadiah kepada kumpulan yang rajin mengindahkan

kawasan sekolah

C. untuk menanam semangat mencintai keindahan alam sekitar dalam

kalangan murid

D. untuk menanam lebih banyak pokok bunga di kawasan sekolah

2. Nyatakan usaha yang dilakukan oleh Susila untuk menjayakan

pertandingan tersebut.

A. mencari pokok bunga di kawasan rumahnya

B. meminta pekebun rumahnya untuk menanam pokok bunga di

sekolahnya

C. meminta kebenaran ibunya untuk membawa pokok bunga ke sekolah

untuk ditanam

D. meminta ibu membantunya untuk menanam pokok bunga di sekolah

3. Apakah faktor yang menyebabkan kumpulan Susila berjaya dalam

pertandingan tersebut ?

A. ahli kumpulannya paling ramai

B. ahli kumpulannya paling banyak membawa pokok bunga

C. kawasan mereka paling cantik, bersih dan menarik

D. pokok bunga di kawasan mereka paling subur

4. Pada pendapat kamu, apakah aktiviti lain yang boleh dilakukan oleh

emak Susila pada waktu lapang (KBAT) ?

___________________________________________________ ( %)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A06 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah … · 2020. 4. 9. · Susila bersekolah di sebuah sekolah rendah tidak jauh dari kampungnya. Pada suatu hari, pihak

C. Tatabahasa

a. Nota Ringkas

(i) Kata Bilangan

1. Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan bilangan

sesuatu benda.

2. Terdapat enam jenis kata bilangan:

Kata Bilangan Fungsi Contoh

Kata bilangan tentu

menyatakan bilangan secara

tepat

digunakan bersama penjodoh

bilangan

dua belas

tiga ratus

sejuta

Kata bilangan tak

tentu

menyatakan bilangan yang

tidak tentu

sesuatu,

sesetengah,

segala,

sebahagian,

semua, para

Kata bilangan

pisahan

menyatakan bilangan secara

satu persatu atau

berasingan

masing-masing

setiap

tiap-tiap

Kata bilangan

pecahan

menyatakan bilangan yang

berupa pecahan

empat

pertujuh

dua pertiga

Kata bilangan

himpunan

menyatakan bilangan secara

himpunan

ketiga-tiga,

berbulan-

bulan,

beratus-ratus

Kata bilangan

tingkat

menyatakan giliran atau

urutan sesuatu frasa nama

pertama,

kesepuluh,

keseribu

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A06 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah … · 2020. 4. 9. · Susila bersekolah di sebuah sekolah rendah tidak jauh dari kampungnya. Pada suatu hari, pihak

Latihan 1.1

Isikan tempat kosong dengan kata bilangan yang sesuai. (KBAT)

1. _________________ ekor burung terbang ke sana ke mari.

2. Badrul mendapat tempat yang _________________dalam

pertandingan melukis.

3. __________________ penonton berkumpul di Dataran Merdeka

Untuk menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan.

4. Sudah _______________ lamanya kawasan ini dilanda kemarau.

5. _________________ bukunya disusun dengan rapi di rak.

6. ________________ daripada kuih itu telah dimakan oleh adik.

7. Baju yang dipakainya berharga ________________ ringgit.

8. Kami menyanyikan lagu „Negaraku‟ pada ______________ pagi.

( %)

Latihan 1.2

Gariskan kata bilangan yang sesuai.

1. Marzuhan mendapat tempat yang (pertama / satu) dalam

pertandingan lumba lari.

2. Abang belajar di London sejak (ketiga / tiga) tahun yang lalu.

3. Pada (setiap / masing-masing) kali musim buah, kami akan pulang ke

kampung halaman.

4. (Pelbagai / Seperempat) daripada murid Tahun Tiga Mawar ialah

murid perempuan.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A06 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah … · 2020. 4. 9. · Susila bersekolah di sebuah sekolah rendah tidak jauh dari kampungnya. Pada suatu hari, pihak

5. (Segala / Setengah) persiapan untuk sambutan Hari Guru telah

siap.

6. Dalam pertandingan mewarna itu, (sebahagian / pelbagai) hadiah

telah disediakan.

7. (Sebahagian / Kelima) tetamu telah pulang sebelum majlis itu

selesai.

8. Encik Zainal membeli (dua / kedua-dua) buah basikal untuk anak –

anaknya.

( %)

Latihan 1.3

Pilih jawapan yang paling sesuai.

1. Emak membeli ________ ekor ayam untuk digulai.

A. ketiga B. ketiga-tiga

C. tiga D. bertiga

2. Pak Talib telah menyerahkan _______ daripada hartanya

kepada cucunya.

A.suku B. setiap

C. berbagai – bagai D. masing-masing

3. Murid-murid diminta menghantar buku latihan _______ sebelum

pulang.

A. masing – masing B. separuh

C. setiap D. semua

4. Pada temasya sukan itu, ________ acara sukan telah diadakan.

A. sebahagian B. berbagai-bagai

C. ketiga D. separuh

5. Seramai ________ orang murid telah menyertai program motivasi

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A06 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah … · 2020. 4. 9. · Susila bersekolah di sebuah sekolah rendah tidak jauh dari kampungnya. Pada suatu hari, pihak

itu.

A. lima puluh B. kelima puluh

C. kelima – lima D. seperlima

6. _______ orang anak Puan Elina boleh berbahasa Mandarin.

A. Kedua B. Kedua-dua

C. Berdua D. Dua

7. Semasa jualan murah, baju itu dijual dengan ________ harga.

A. sesetengah B. setiap

C. separuh D. sepuluh

8. Tapak perkhemahan itu terletak _______ kilometer dari jalan

raya.

A. banyak B. bermacam - macam

C. berjam – jam D. setengah

9. _______ orang murid sekolah itu dimasukkan ke hospital

kerana keracunan makanan.

A. Kesepuluh B. Persepuluh

C. Berpuluh-puluh D. Puluhan

10. Nelly berbasikal ke sekolah pada _______ hari.

A. pelbagai B. masing-masing

C. semua D. tiap-tiap

(ii)Kata Arah

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A06 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah … · 2020. 4. 9. · Susila bersekolah di sebuah sekolah rendah tidak jauh dari kampungnya. Pada suatu hari, pihak

1. Kata arah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arah

dan hala.

2. Kata arah hadir selepas kata sendi nama dan diikuti oleh frasa

nama.

3. Contoh kata arah:

Latihan 2.1

Isikan tempat kosong dengan kata arah yang sesuai.

luar sudut tengah tepi

atas sisi belakang pinggir

utara bawah hadapan dalam

1. Buku itu disusun dengan teratur di ________________ rak.

2. Suraya menanam pokok bunga mawar di _______________.

3. Adik menangis lalu menyorok di _________________ katil.

4. Pulau Langkawi terletak di ________________ Semenanjung

Malaysia.

5. Buah-buahan tempatan itu akan dieksport ke ______________

negara.

6. Ayah membuat reban ayam di ________________ rumah.

atas, bawah, luar, dalam, barat, timur, sudut, penjuru,

hadapan, tepi, sisi, tengah, hujung, utara, selatan, pinggir,

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A06 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah … · 2020. 4. 9. · Susila bersekolah di sebuah sekolah rendah tidak jauh dari kampungnya. Pada suatu hari, pihak

7. Sebelum dia meninggal dunia, kesemua anaknya berada di

_________ nya.

8. Pasu besar dari Itali itu diletakkan di _______________ ruang

tamu.

9. Rumahnya terletak di_______________ kampung.

10. Penerima hadiah berbaris menuju ke ________________ dewan.

11. Zaid, Marwan dan Fadli mengail di ________________ tasik.

12. Buah mangga itu dijeruk di ________________ balang.

( %)

Latihan 2.2

Isikan tempat kosong dengan kata arah yang sesuai.

luar atas penjuru

dalam bawah timur

1. Gubahan bunga itu diletak di ________________ meja.

2. Motosikal itu disimpan di _______________ rumah.

3. Basikal Harjit diletakkan di ________________ pagar.

4. Mazlan dan Gopal terjun ke _________________ sungai.

5. Gulung karpet diletakkan di ________________ ruang tamu.

6. Perusahaan batik sangat terkenal di pantai _______________

Semenanjung Malaysia.

( %)

Latihan 2.3

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A06 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah … · 2020. 4. 9. · Susila bersekolah di sebuah sekolah rendah tidak jauh dari kampungnya. Pada suatu hari, pihak

Pilih perkataan yang sesuai.

1. Wendy menyimpan wang di (dalam / tepi) tabung.

2. Meja bulat itu diletakkan di (bawah / sudut) biliknya.

3. Seorang pengemis tidur di (bawah / dalam) jambatan.

4. Sepasang burung merpati hinggap di (atas / tepi) bumbung rumah.

5. Bot nelayan itu berada jauh di (atas / tengah) laut.

6. Pokok pisang di (belakang / dalam) rumahnya telah tumbang.

7. Pintu pagar di (hadapan / bawah) rumahnya sedang dibaiki.

8. Buah durian itu berada di (sudut / hujung) dahan.

9. Shahrul didenda berdiri di (luar / atas) kelas oleh Cikgu Faridah.

10. Singapura terletak di (selatan / timur) Semenanjung Malaysia.

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A06 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah … · 2020. 4. 9. · Susila bersekolah di sebuah sekolah rendah tidak jauh dari kampungnya. Pada suatu hari, pihak

D. Pertuturan

1. Nyatakan faedah penggunaan alat jentera moden.

2. Apakah kelebihan menggunakan cara pertanian tradisional dan

moden ?

3. Apa kekurangan menggunakan cara pertanian tradisional dan

moden ?

4. Berikan empat contoh penggunaan alat jentera moden dalam

kehidupan harian kita.

E. Penulisan

Karangan Jenis Biografi

Panduan Mengarang

1. Karangan biografi menceritakan riwayat hidup atau kehidupan

harian seseorang, seperti tokoh, ahli keluarga, sahabat, guru

dan sebagainya.

2. Penulis mestilah mengenali orang yang ditulis dengan mendalam.

3. Aspek luaran (seperti rupa) dan aspek dalaman (seperti sifat

atau perangai orang) yang ditulis haruslah disentuh kalau

dirinya ditulis. Jika menulis tentang kehidupan atau tugas

harian, aspek luaran boleh ditinggalkan.

4. Perhubungan dia dengan orang lain seperti ahli keluarga atau

kawan juga hendaklah ditulis. Akhirnya, menyatakan perasaan

atau harapan anda terhadap orang yang ditulis.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A06 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah … · 2020. 4. 9. · Susila bersekolah di sebuah sekolah rendah tidak jauh dari kampungnya. Pada suatu hari, pihak

Karangan Contoh:

Tugas Seorang Guru

Puan Sharon seorang guru. Dia mengajar di Sekolah Kebangsaan

Tanjung Karang. Dia sudah mengajar di sekolah itu selama sembilan

tahun. Dia mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik,

Kemahiran Hidup dan Sains.

Setiap pagi, Puan Sharon akan tiba di sekolahnya dengan kereta

pada pukul 7.00. Selepas menandatangani buku kedatangan, dia pun

bersiap sedia untuk memulakan tugas hariannya. Dia akan

mengeluarkan alat bantuan mengajar yang diperlukan dan

mengumpulkan buku-buku latihan yang hendak dipulangkan kepada

murid-murid.

Semasa mengajar, Puan Sharon tegas dan serius. Dia selalu

memberikan latihan yang mencukupi kepada murid-muridnya selepas

sesuatu pelajaran. Untuk murid yang pandai, dia memberi latihan

pengayaan manakala kumpulan murid yang lemah diberi aktiviti

pemulihan. Selain itu, dia juga sedia menyelesaikan masalah murid-

muridnya dengan sabar.

Pasa waktu di mana Puan Sharon tidak mengajar, dia akan

menyemak buku latihan atau berbincang dengan rakan sejawatnya

tentang masalah pengajaran dan pembelajaran murid. Kadang-kala,

dia juga terpaksa berjumpa dengan ibu bapa murid untuk

menyelesaikan masalah mereka. Puan Sharon tidak pulang ke rumah

dengan segera selepas sekolah bersurai. Dia membuat kerja-kerja

sekolah seperti menyemak buku, membuat persediaan mengajar,

melatih pasukan bola jaring sekolah dan sebagainya.

Menjelang masa peperiksaan, Puan Sharon perlu menyediakan

kertas soalan dan menyemaknya selepas itu. Kadang-kala, dia

terpaksa menyemak kertas ujain sehingga larut malam. Selain

daripada tugas pengajaran, Puan Sharon juga merupakan Setiausaha

Panitia Bahasa Inggeris dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolahnya.

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A06 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah … · 2020. 4. 9. · Susila bersekolah di sebuah sekolah rendah tidak jauh dari kampungnya. Pada suatu hari, pihak

Oleh itu, dia dikehendaki menyediakan dokumen-dokumen mesyuarat

yang diperlukan.

Tugas seorang guru tidaklah mudah. Selain daripada mengajar

di sekolah, seseorang guru juga terpaksa memikul tanggungjawab

rumah tangga. Oleh itu, kita hendaklah hormat kepada guru dan

membalas jasa mereka.

Latihan 1 : Kehidupan Seorang Penjaja (Sila rujuk peta minda yang

disediakan)

Latihan 2 : Kehidupan Seorang Suri Rumah Tangga (Sila rujuk peta

minda yang disediakan)

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A06 16

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 19: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah … · 2020. 4. 9. · Susila bersekolah di sebuah sekolah rendah tidak jauh dari kampungnya. Pada suatu hari, pihak

Input Bahasa

Frasa Kerja

1. menggali lubang

2. menggemburkan

tanah

3. menggonggong

tulang

4. menghadiahkan

jam tangan

5. menghafal sifir

darab

:

:

:

:

:

Pekebun tua itu menggali lubang untuk

menamam benih bunga keembong.

Petani pada zaman dahulu

menggemburkan tanah dengan kerbau

dan tenggala.

Anjing jantan peliharaan Cher Lin sering

menggonggong tulang yang diberi oleh

tuannya ke merata-rata tempat.

Patrik menghadiahkan jam tangan

kepada ibunya sempena Hari Ibu.

Adik rajin menghafal sifir darab agar

dia mahir dalam Matematik.

Simpulan Bahasa

1. gaji buta : gaji yang diterima tanpa bekerja

2. gila-gila bahasa : orang yang tidak sihat fikirannya

3. hancur hati : terlalu sedih atau kecewa

4. hati batu : degil

5. hati perut : seseorang yang mempunyai perasaan

6. hidung belang : lelaki yang suka mengganggu perempuan

7. hidung tinggi : sombong

Program Bahasa Melayu Edubest SR2A06 17

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 20: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah … · 2020. 4. 9. · Susila bersekolah di sebuah sekolah rendah tidak jauh dari kampungnya. Pada suatu hari, pihak

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my