pusat tuisyen didikan genius program bahasa malaysia ...€¦ · penulisan karangan (pilih 1...

28
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Modul PT3 SM 207 Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 12-Jul-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema) Sistem Bahasa . Bahagian A : A. Golongan Kata . Kata Nafi dan Kata Pemeri

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Modul PT3

SM 207

Nama : _____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema) Sistem Bahasa . Bahagian A : A. Golongan Kata . Kata Nafi dan Kata Pemeri

Format Bahasa Melayu PT3

Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)

Bahagian A: (20%)

20 Soalan aneka pilihan

a. Sistem bahasa

b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)

Bahagian B: (25%)

Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)

Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%)

Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)

Bahagian C: (15%)

Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada

2)

Kertas 2 : 40% (1 jam)

Bahagian A: (10%)

Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)

Bahagian B: (30%)

Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema) Sistem Bahasa . Bahagian A : A. Golongan Kata . Kata Nafi dan Kata Pemeri

Sistem Bahasa

Bahagian A :

A. Golongan Kata

Kata Nafi dan Kata Pemeri

Kata Nafi – perkataan yang menjadi unsur nafi atau penolakan/penyangkalan sesuatu

predikat.

(a) Penafian frasa kerja dan frasa adjektif

Frasa kerja: tidak datang

Frasa adjektif: tidak pandai

(b) Penafian frasa nama dan frasa sendi nama

Frasa nama: bukan Ali

Frasa sendi nama: tiada di bilik

(c) Penafian dua perkara yang bertentangan

Contoh: entah sudah entah belum

Kata pemeri – sesuatu yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan

frasa-frasa utama dalam predikat.

(a) ialah -pemerihalan secara persamaan atau ekuatif; hadir di hadapan frasa nama

(b) adalah -pemerihalan secara huraian atau penjelasan; hadir di hadapan bukan

frasa nama :frasa adjektif dan frasa sendi nama

Latihan:

Soalan 1-4

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Kumar _________ menghadiri latihan sepak takraw petang semalam.

A. tidak

B. tiada

C. entah

D. bukan

2. Makanan yang terhidang itu bukan untuk peserta tetapi _________ untuk para

pegawai dan urus setia.

A. bukan

Program Bahasa Melayu Edubest SM207_PT3_2020 1

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema) Sistem Bahasa . Bahagian A : A. Golongan Kata . Kata Nafi dan Kata Pemeri

B. ialah

C. tidak

D. adalah

3. Mereka berjanji _________ akan melakukan kesalahan itu lagi.

A. tidak

B. tiada

C. bukan

D. entah

4. Meskipun sering menjuarai kejohanan boling, pemain boling wanita itu

_________ terkenal seperti Shalin Zulkifli.

A. bukan

B. tidak

C. tiada

D. adalah

5. Air yang menitis itu _________ dari siling.

A. tidak

B. tiada

C. entah

D. adalah

Soalan 6-8

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B, atau

C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

6. Natasyah bukan kakak kandung Syafizah tetapi adalah adik bongsu Hakimi.

A B C

Tiada kesalahan.

D

7. Adalah tidak adil mengatakan bahawa Jaidin yang bersalah walhal tidak dia

A B C

yang melakukan kesalahan itu. Tiada kesalahan.

D

Program Bahasa Melayu Edubest SM207_PT3_2020 2

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema) Sistem Bahasa . Bahagian A : A. Golongan Kata . Kata Nafi dan Kata Pemeri

Soalan 8

Pilih ayat-ayat yang betul.

8.

I "Saya tiada di rumah malam tadi," kata Alvin.

II "Entah hidup entah mati si Biring ini," getus hatinya.

III Komathi adalah cucu tunggal Encik Linggam.

IV Datin Rosmah bukan ibunya.

A. I, II, dan III sahaja

B. III, dan IV sahaja

C. I, II, dan IV sahaja

D. I, III, dan IV sahaja

Kata Sendi Nama

Sendi nama Tugas Contoh

di digunakan untuk:

tempat

di kota besar

pada digunakan untuk:

1 masa/waktu

orang

binatang

benda abstrak

pada pukul 8 pagi

ada pada Rusdi

pada anjing itu

pada pendapat saya

ke digunakan untuk:

tempat/arah

perubahan masa/waktu

ke arah timur

ditunda ke hari esok

kepada digunakan untuk:

ditujukan kepada orang

pecahan

keadaan abstrak

diberi kepada

pengawal itu

dipecahkan kepada

dua bahagian

terdedah kepada

dadah kepada paras

yang

membimbangkan

dari digunakan dalam hal:

permulaan masa/waktu

asal tempat

dari abab ke-16

dari negara Jepun

daripada digunakan untuk hal yang lebih

umum:

diterima daripada

Program Bahasa Melayu Edubest SM207_PT3_2020 3

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema) Sistem Bahasa . Bahagian A : A. Golongan Kata . Kata Nafi dan Kata Pemeri

asal orang

perbandingan

asal kejadian

bahagian tertentu

Aishah

lebih tinggi

daripada saya

diperbuat daripada

kapas

terdiri daripada

lima

bagi digunakan untuk menyatakan

hubungan yang membawa maksud

untuk (kedua-duanya boleh

bertukar ganti, tetapi bagi

tidak digunakan untuk kata

kerja)

penyata bagi bulan

ini

pinjaman bagi

pelajar

demi digunakan untuk menyatakan:

tujuan

penegas

urutan

demi kestabilan

negara

demi Allah

satu demi satu

sejak/semenjak digunakan untuk:

permulaan waktu/masa

(hingga kini)

sejak malam tadi

dalam/antara situasi abstrak dalam hal ini

antara pendapatnya

dengan pendapat

saya

oleh digunakan dalam hal:

menunjukkan perhubungan

pembuat perbuatan dalam

ayat yang menggunakan di,

ter, iaitu untuk pembuat

pasif

menunjukkan perhubungan

yang membawa maksud

sebab dan kerana

tersepak oleh Latif

malu oleh

perbuatannya

akan Digunakan untuk perasaan rindu akan dirinya

dengan digunakan untuk menimbulkan

maksud:

bersama atau berserta

perbandingan

padanan/kesesuaian

cara

berjalan dengan

Fauziah

sama tinggi dengan

ayah

sama cantik dengan

Program Bahasa Melayu Edubest SM207_PT3_2020 4

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema) Sistem Bahasa . Bahagian A : A. Golongan Kata . Kata Nafi dan Kata Pemeri

menggunakan alat

ibunya

menunjukkan

marahnya dengan

menumbuk meja

memotong dengan

pisau

hingga digunakan untuk menandakan hal:

had masa/waktu (kedua-dua

saling bergantian)

berjaga hingga pagi

seperti/bagai digunakan untuk menunjukkan

perbandingan bagai lipas kudung

tentang Digunakan untuk merujukkan

perkara yang berkaitan berbincang tentang

masalah kami

tentang Perkara 4,

Ceraian 2

terhadap Digunakan untuk menunjukkan

sasaran :

perasaan

tindakan

sangsi terhadap

kejujuran

biadap terhadap ibu

bapa

Latihan:

Soalan 1-2

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah/

1. Kejadian ragut itu berlaku _________ pusat beli belah.

A. di

B. ke

C. pada

D. dekat

2. Usah memandang rendah _________ orang-orang kurang upaya.

A. bagi

B. demi

C. untuk

D. terhadap

\

Program Bahasa Melayu Edubest SM207_PT3_2020 5

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema) Sistem Bahasa . Bahagian A : A. Golongan Kata . Kata Nafi dan Kata Pemeri

Soalan 3-4

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B, atau

C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

3. Kedatangan rombongan pinangan itu telah disambut dengan mesra oleh

A B C

keluarga Rahayu. Tiada kesalahan.

D

4. Puan Ramlah mendoakan perkahwinan antara Rashid dengan Balkis akan

A B

berkekalan hingga ke akhir hayat. Tiada kesalahan.

C D

Solan 5-8

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan

penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandai sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandai D jika

tiada kesalahan.

5. Zambri amat rindukan keluarganya di kampung.

A. rindukan dengan keluarganya

B. rindu dengan keluarganya

C. rindu akan keluarganya

D. rindukan keluarganya

6. Para pekerja syarikat itu tidak mendapat kata putus daripada majikan mereka

tentang gaji mereka yang tertunggak hingga sampai ke hari ini.

A. hingga hari ini

B. hingga ke hari ini

C. hingga sampai hari ini

D. hingga sampai ke hari ini

7. Pisang goreng yang digoreng oleh emak petang tadi rangup betul.

A. digoreng daripada emak

B. digoreng pada emak

C. digoreng akan emak

D. digoreng oleh emak

8. Pihak media massa perlulah mengelak daripada menggembar-gemburkan isu

yang boleh menggugat perpaduan di antara kaum.

A. perpaduan antara kaum

Program Bahasa Melayu Edubest SM207_PT3_2020 6

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema) Sistem Bahasa . Bahagian A : A. Golongan Kata . Kata Nafi dan Kata Pemeri

B. perpaduan dalam kaum

C. perpaduan tentang kaum

D. perpaduan di antara kaum

B. Penggunaan Kata Dalam Ayat

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan

tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

1.

I Para pelajar Tingkatan Dua disuruh mengembalikan buku-buku pinjaman sebelum

cuti semester.

II Posmen mengembalikan surat itu kepada saya kerana penerimanya telah berpindah

dari alamat tersebut.

III Pak Salman cuba mengembalikan ingatannya ke zaman pemerintahan Jepun yang

banyak meninggalkan kenangan pahit.

IV Dia berjanji akan mengembalikan dompet yang ditemukannya kepada pemiliknya.

A. I dan II

B. III dan IV

C. I, II, dan III

D. I, II, III, dan IV

2.

I Air telah naik hingga ke paras lutut dan mereka digesa supaya bersiap sedia untuk

berpindah.

II Namanya belum naik walaupun sudah lama dia menunggu di situ.

III Nenek sedang membuat apam naik untuk minum petang.

IV Muzamil naik basikal bersama kawan-kawannya.

A. I dan IV

B. I, II, dan IV

C. I, III, dan IV

D. I, II, III, dan IV

3.

I Penunggang-penunggang basikal itu keletihan setelah melalui jalan yang mendaki

itu.

II Kolar bajunya kelihatan kotor dan mendaki.

III Rombongan itu akan mendaki Gunung Kinabalu jika diizinkan Tuhan.

IV Nenek saya tidak terdaya hendak mendaki tangga rumah kerana keuzurannya.

A. I dan II

B. I, II, dan III

C. I, III, dan IV

D. I, II, III, dan IV

Program Bahasa Melayu Edubest SM207_PT3_2020 7

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema) Sistem Bahasa . Bahagian A : A. Golongan Kata . Kata Nafi dan Kata Pemeri

C. Memilih Frasa Yang Betul

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan

penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandai sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandai D jika

tiada kesalahan.

1. "Peluang seperti ini mestilah segera direbut kerana pisang tidak berbuah dua

kali," kata Encik Lee kepada anaknya.

A. pisang tak berbuah dua-dua kali

B. pisang berbuah tidak dua kali

C. pisang tiada berbuah kedua kali

D. pisang tidak berbuah dua kali

2. Pelbagai kerenah terpaksa dia hadapi, namun dia tetap tabah menanganinya dan

akhirnya dia dinaikkan pangkat.

A. Pelbagai kerenah terpaksa dia menghadapi

B. Pelbagai kerenah terpaksa dihadapinya

C. Pelbagai kerenah dia terpaksa hadapi

D. Pelbagai kerenah terpaksa dia hadapi

3. Setengah anggota mempersoal tindakan yang diambil oleh pengerusi persatuan.

A. Setengah anggota-anggota mempersoal

B. Sesetengah anggota mempersoalkan

C. Sesetengah anggota menyoal

D. Setengah anggota mempersoal

D. Memilih Ayat Yang Betul

Pilih ayat-ayat yang betul.

1.

I Semua calon-calon perlu membawa hanya kad pengenalan dan alat tulis ke

dalam dewan peperiksaan.

II Maisarah merupakan calon tunggal dari sekolahnya dalam pertandingan itu.

III Paiman dicalonkan untuk memegang jawatan penting dalam syarikat itu.

IV Beliau masih tercari-cari calon yang bakal menjadi teman hidupnya bila balik ke

tanah air nanti.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. II dan IV

Program Bahasa Melayu Edubest SM207_PT3_2020 8

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema) Sistem Bahasa . Bahagian A : A. Golongan Kata . Kata Nafi dan Kata Pemeri

2.

I "Demikianlah kesudahan cerita cinta itu," kata Mak Tijah kepada anak

kesayangannya.

II "Patik akan berangkat ke Siam bersama-sama permaisuri patik," titah baginda

sultan kepada para pembesar istana.

III "Kami akan menyelesaikan masalah matematik itu bersama-sama," kata Cikgu

Marlia kepada murid-muridnya.

IV "Beliau telah berlepas ke London dengan beberapa orang pegawai tinggi syarikat,"

kata Ainon kepada Susila.

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan IV

D. II, III, dan IV

3.

I Belum pernah saya hadapi tamparan yang sebegini hebat.

II Sepanjang hayatnya semenjak kecil, baru sekali dia ke luar negara.

III Permandangan yang indah nian di pantai Kuala Abang ketika hari hampir senja

membuatkan aku terpesona.

IV Pada masa ini, mereka masih sibuk membuat persediaan untuk mengerjakan

haji.

A. I dan II

B. II dan III

C. I, III, dan IV

D. I, II, III dan IV

E. Memilih Ayat Yang Sama Maksud

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud yang

paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

1. Encik Kamarul memberitahu Roslan supaya menyampaikan salamnya kepada

semua kenalannya di pejabat lama.

A. “Saya menyampaikan salam saya kepada semua kenalan saya di pejabat lama,”

Encik Kamarul berkata kepada Roslan.

B. Kata Encik Kamarul kepada Roslan, “Tolong sampaikan salam saya kepada

semua kenalan saya di pejabat lama.”

C. “Saya akan menyampaikan salam encik kepada semua kenalan encik di pejabat

lama,” kata Roslan kepada Encik Kamarul.

D. “Roslan, semua kenalan saya di pejabat lama menyampaikan salam kepada

saya,” kata Encik Kamarul.

Program Bahasa Melayu Edubest SM207_PT3_2020 9

Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema) Sistem Bahasa . Bahagian A : A. Golongan Kata . Kata Nafi dan Kata Pemeri

2. Kini, kebanyakan sungai di beberapa buah negeri mengalami pencemaran yang

teruk akibat sikap manusia yang tidak prihatin.

A. Kebanyakan sungai di beberapa buah negeri mengalami akibat pencemaran

yang teruk daripada sikap manusia yang tidak prihatin.

B. Sikap manusia yang tidak prihatin kini membiarkan kebanyakan sungai di

beberapa buah negeri mengalami pencemaran yang teruk.

C. Akibat sikap manusia yang tidak prihatin, kini kebanyakan sungai di beberapa

buah negeri mengalami pencemaran yang teruk.

D. Pencemaran yang teruk yang dialami oleh kebanyakan sungai di beberapa buah

negeri menjadikan manusia bersikap tidak prihatin.

3. Setelah sekian lama mengharungi hidup dalam kedaifan, kini beliau menjadi

usahawan terkenal berkat doa ibu bapanya.

A. Berkat doa ibu bapanya, kini beliau menjadi usahawan terkenal setelah sekian

lama mengharungi hidup dalam kedaifan.

B. Setelah ibu bapanya berdoa dan sekian lama mengharungi hidup dalam kedaifan,

kini beliau menjadi usahawan terkenal.

C. Kini beliau menjadi usahawan terkenal setelah sekian lama mengharungi hidup

dalam kedaifan berkat doa ibu bapanya.

D. Ibu bapanya menjadi usahawan terkenal setelah sekian lama mengharungi hidup

dalam kedaifan.

F. Peribahasa

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.

1. Muthu hanya kerani di syarikat tersebut tetapi lagaknya seperti tuan punya

syarikat. Tingkah lake Muthu seperti

A. kera mendapat bunga.

B. bakar air hendakkan abu.

C. cacing hendak menjadi naga.

D. kaduk naik junjung.

2. Ramli suka memuji dirinya sendiri apabila bercakap dengan kawan-kawannya.

Sikap Ramli dikatakan

A. gila bayang.

B. kacang hantu.

C. angkat bakul.

D. pisau cukur.

Program Bahasa Melayu Edubest SM207_PT3_2020 10

Page 13: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema) Sistem Bahasa . Bahagian A : A. Golongan Kata . Kata Nafi dan Kata Pemeri

3. Walaupun Zaid hidup senang, dia tidak boros dan amat berhati-hati

membelanjakan wangnya. Sikap Zaid ibarat

A. air pun ada pasang surutnya

B. hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong

C. air digenggam tidak tiris

D. tanam padi lalang yang tumbuh

( / )

Program Bahasa Melayu Edubest SM207_PT3_2020 11

Page 14: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema) Sistem Bahasa . Bahagian A : A. Golongan Kata . Kata Nafi dan Kata Pemeri

Bahagian B

1. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan

kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang

disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan tatabahasa:

Kata tugas

Ayat

Istilah

Imbuhan

Hukum DM

Ayat Jenis Kesalahan

Tatabahasa

(i) Ayah membeli sebotol tomato sos dan lima bungkus mi

segera di Kedai Runcit Murni.

__________________________________________________

(ii) Pembinaan pusat pelupusan sampah di taman perumahan

itu tetap diteruskan apabila mendapat bantahan daripada

penduduk setempat.

__________________________________________________

(iii) “Encik Badrul menghadiahkan isterinya sepasang baju

kurung sutera bersempena dengan ulang tahun perkahwinan

mereka.

__________________________________________________

(iv) Jika sekiranya kamu ada maa lapang, pergilah ke tempat

itu kerana kamu akan memperoleh pelbagai maklumat yang

berguna.

__________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest SM207_PT3_2020 12

Page 15: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema) Sistem Bahasa . Bahagian A : A. Golongan Kata . Kata Nafi dan Kata Pemeri

( /8)

2. Dalam petikan di bawah terdapat kesalahan Kenal pasti kesalahan-kesalahan dan

tulis yang pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin petikan

itu semula.

Jenis kesalahan ejaan:

Kata majmuk

BA BM

Vokal (a e i o u)

Tanda baca (Aa / “ ” / - )

Imbuhan (gg & kk)

Ayat Jenis Kesalahan

Ejaan

(i) Saya dan Maiza masih belum makan tengahari ketika

Cikgu Maznan memonta kami menyusun kerusi selepas

jamuan Hari Guru itu,.

_________________________________________________

(ii) Penduduk Kampung Selamat mengadu tentang bau busuk

dari ladang ternakan ayam itu kepada pehak berkuasa

tempatan..

_________________________________________________

(iii) Ibu menghidangkan mi goreng, kueytiaw goreng, dan teh

para kepada para tetamu yang berkunjung ke rumah pada

petang itu.

_________________________________________________

( /3)

Program Bahasa Melayu Edubest SM207_PT3_2020 13

Page 16: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema) Sistem Bahasa . Bahagian A : A. Golongan Kata . Kata Nafi dan Kata Pemeri

3 Tukar cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah tanpa mengubah malsud asalnya.

Teknik :

i. Kenal pasti penutur / Pihak yang cakap

ii. Kenap pasti pendengar / Pihak yang dengar

iii. Nada:

1. memberitahu

2. berkata bahawa

3. menasihati

4. meminta

5. memesan

6. menyuruh

7. melarang

8. merayu

9. menafikan

10. ingin tahu

11. menanya

12. bertanyakan

13. mengajak

14. menjemput

15. meminta keizinan / kebenaran

iv. Tukar kata ganti nama :

1 orang (saya, aku, kamu) dia /nya

>1 orang (kami, kalian) mereka

ini itu

begini begitu

sini sana

(i) Fazihan : Awak hendak ke mana ?

Haliza : Saya hendak ke Singapura.

_____________________________________________________________________

___ __________________________________________________________________

(ii) Adik : Jemput makan, kakak.

Kakak : Terima kasih.

_____________________________________________________________________

___ __________________________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest SM207_PT3_2020 14

Page 17: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema) Sistem Bahasa . Bahagian A : A. Golongan Kata . Kata Nafi dan Kata Pemeri

(iii) Yusman : Wah, cantiknya kasut kamu !

Halim : Kasut murah sahaja, Yusman.

_____________________________________________________________________

___ __________________________________________________________________

(iv) Nagesh : Apakah nama kucingini ?

Salina : Nama kucing ini Tompok.

_____________________________________________________________________

___ __________________________________________________________________

(v) Pegnawas : Jangan pihak rumput di sini.

Raihan : Baiklah, saya akan lalu di sana.

_____________________________________________________________________

___ __________________________________________________________________

( /10)

Program Bahasa Melayu Edubest SM207_PT3_2020 15

Page 18: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema) Sistem Bahasa . Bahagian A : A. Golongan Kata . Kata Nafi dan Kata Pemeri

4. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan pasangan gambar di bawah,

tulis peribahasa yang sesuai.

( /4)

Program Bahasa Melayu Edubest SM207_PT3_2020 16

Page 19: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema) Sistem Bahasa . Bahagian A : A. Golongan Kata . Kata Nafi dan Kata Pemeri

Kertas 2

Masa: 2jam

Penulisan :

A. Ringkasan (15%)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis suatu ringkasan tentang

pekerja asing datang ke Malaysia dan implikasinya.

Malaysia sememangnya syurga kepada pekerja asing yang ingin mencuba nasib

mereka di negara ini. Hal ini dikatakan demikian kerana peluang pekerjaan di

Malaysia terbuka luas di samping penawaran upah yang lumayan. Keadaan sosial dan

politik negara asal mereka yang tidak tenteram turut menyebabkan pekerja asing di

Malaysia wujud bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Kewujudan mereka di negara

ini antara lain bertujuan untuk mencari rezeki demi membiayai ahli-ahli keluarga di

negara asal mereka. Tidak kurang juga yang datang ke negara ini untuk melibatkan

diri dalam kegiatan yang dapat mengancam keselamatan penduduk negara.

Mereka melibatkan diri dalam jenayah sosial yang mengganggu-gugat

keamanan dan keharmonian negara ini. Peningkatan masalah rumah setinggan, kes-kes

kecurian, kegiatan maksiat, dan kes-kes pembunuhan yang melibatkan pekerja asing

semakin membuka mata masyarakat Malaysia tentang masalah kebanjiran pekerja

asing di negara ini. Kehidupan penduduk negara ini yang semakin terancam memaksa

kerajaan Malaysia mengambil langkah-langkah efektif untuk menangani isu pekerja

asing ini. Penguatkuasaan undang-undang imigresen diharapkan dapat mengawal

bilangan pekerja asing yang mencerobohi perairan negara. Pekerja-pekerja asing yang

didapati bersalah pasti akan menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan

mereka. Mulai bulan Ogos 2002, pihak imigresen mula menghantar balik pekerja

asing Indonesia sebagai satu langkah efektif untuk menangani masalah ini.

Kesimpulannya, untuk mengatasi masalah pekerja asing, kerjasama daripada

pelbagai pihak, termasuklah pihak majikan, orang awam dan pihak kerajaan amatlah

dialu-alukan demi menjamin keamanan dan keharmonian yang berterusan di negara

ini.

Program Bahasa Melayu Edubest SM207_PT3_2020 17

Page 20: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema) Sistem Bahasa . Bahagian A : A. Golongan Kata . Kata Nafi dan Kata Pemeri

B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit

Berdasarkan maklumat yang diberikan, tulis sebuah karangan pendek yang tentang

Faktor-faktor Pencemaran Sungai. Panjang karangan anda adalah antara 50 hingga

80 patah perkataan.

Isi :

Program Bahasa Melayu Edubest SM207_PT3_2020 18

Page 21: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema) Sistem Bahasa . Bahagian A : A. Golongan Kata . Kata Nafi dan Kata Pemeri

C. Karangan Umum (30%)

KARANGAN JENIS PERIBAHASA

Petua Menulis Karangan Jenis Peribahasa

1. Karangan jenis ini menghendaki anda menjelaskan maksud peribahasa yang

dijadikan tajuk karangan anda.

2. Sebelum menulis karangan jenis ini, anda perlu memahami maksud peribahasa

itu.

3. Karangan jenis ini dapat anda tulis dengan menggunakan teknik huraian atau

teknik cerita.

4. Jika anda memilih teknik huraian, anda perlu menjelaskan maksud peribahasa

tersebut serta sejarah terciptanya peribahasa itu dalam kalangan masyarakat.

5. Selain itu, jelaskan perkaitan antara peribahasa itu dengan kehidupan

masyarakat hari ini.

6. Untuk membuktikan bahawa anda faham akan maksud peribahasa itu, kaitkan

peribahasa itu dengan peribahasa-peribahasa lain yang mempunyai persamaan

maksud.

7. Jika anda memilih teknik cerita untuk menulis karangan jenis ini, maka cerita

itu hendaklah menjelaskan maksud peribahasa itu.

8. Selain itu, cerita itu haruslah dapat menggambarkan pandangan anda terhadap

peribahasa itu.

9. Teknik menulis karangan jenis ini sama dengan teknik menulis karangan jeni

cereka atau imaginasi, yakni dimulakan dengan pendahuluan, kemuncak, dan

diakhiri dengan kesimpulan yang sesuai.

10. Karangan anda boleh merupakan rekaan semata-mata atau berdasarkan

pengalaman anda sendiri.

A. Contoh Teknik Cerita

“Seperti Aur dengan Tebing.” Begitulah bunyi peribahasa Melayu. Tulis sebuah

cerita berdasarkan peribahasa tersebut.

Husna, Suzana, Faridah, dan Ezianti merupakan mood cemerlang di sekolah

mereka. Namun kekurangan keluarga menjadikan mereka rendah diri dan selalu

tertinggal dalam banyak aktiviti di sekolah. Hal ini disebabkan pada hujung minggu

mereka akan membantu keluarga masing-masing membuat kerja-kerja tambahan

untuk menambahkan pendapatan. Husna bekerja sebagai pembantu rumah di

kediaman Tuan Pegawai Daerah, Suzana membuat makanan ringan di rumahnya

Program Bahasa Melayu Edubest SM207_PT3_2020 19

Page 22: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema) Sistem Bahasa . Bahagian A : A. Golongan Kata . Kata Nafi dan Kata Pemeri

sendiri, Ezianti menjadi pengasuh di rumah kanak-kanak cacat, dan Faridah bekerja di

kebun nanas milik jirannya.

Mereka berempat rnempunyai cita-cita masing-rnasing. Husna bercita-cita

hendak menjadi akauntan, Suzana hendak rnenjadi jururawat rnanakala Faridah dan

Ezianti bercita-cita hendak menjadi guru. Mereka ingin sama-sama berjaya dalarn

pelajaran. Namun, mereka datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Ayah Husna dan Suzana bekerja sebagai nelayan rnanakala ayah Ezianti dan Faridah

telah meninggal dunia.

Persahabatan mereka yang erat ini menyebabkan mereka berjanji untuk belajar

dan rnenempuh segala dugaan bersama-sama. Pada waktu rehat mereka sering

berempat. Mereka berbincang tentang masalah masing-masing sambil makan bekalan

yang dibawa dari rumah. Mereka membuat keputusan untuk saling berkongsi

maklumat dalam pelajaran. Mereka sedar tiada orang lain yang dapat membantu

kerana setiap murid di sekolah ini mempunyai latar belakang yang berbeza.

Bagi memastikan mereka memperoleh kejayaan, mereka telah membahagikan

tugas berdasarkan kemahiran masing-masing. Husna telah ditugaskan untuk mengajar

Matematik kepada rakan-rakannya kerana dia memang bijak dalam mata pelajaran

tersebut. Subjek Bahasa Melayu pula telah diamanahkan kepada Suzana dan Ezianti

manakala Bahasa Inggeris kepada Faridah. Mereka belajar dengan bersungguh-

sungguh.

Dua bulan menjelang peperiksaan Penilaian Menengah Rendah, mereka telah

rnelipatgandakan usaha. Mereka mernberi tumpuan yang sepenuhnya pada pelajaran.

Mereka sama-sama membuat latihan soalan-soalan peperiksaan terdahulu dan

mengunjungi perpustakaan pada waktu petang. Mereka mengisi masa yang terluang

dengan mengulang kaji pelajaran. Akhirnya, mereka berjaya kerana mengamalkan

sikap seperti aur dengan tebing. Perkongsian rnasalah menjadikan mereka lebih

terbuka dan yakin untuk berusaha. Tiada seorang pun yang ketinggalan. Mereka sama-

sama dapat belajar di universiti dalam jurusan yang diminati.

B. Contoh Teknik Huraian

Peribahasa digunakan oleh masyarakat Melayu sejak dulu-dulu lagi. Salah satu

peribahasa yang sering didengar dan dapat dijadikan amalan ialah ‘ masuk ke dalam

kandang kambing mengembik, masuk ke dalam kandang kerbau menguak”. Tulis

satu karangan tentang peribahasa tersebut selengkapnya.

Program Bahasa Melayu Edubest SM207_PT3_2020 20

Page 23: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema) Sistem Bahasa . Bahagian A : A. Golongan Kata . Kata Nafi dan Kata Pemeri

RANGKA KARANGAN

Pendahuluan

Maksud peribahasa

Isi

a) Perlambangan bagi istilah „gajah‟ dan „kuman‟

b) Kepentingan peribahasa ini

c) Kisah masyarakat yang mementingkan diri

d) Masyarakat perlu mengamalkan sikap berdasarkan peribahasa

Penutup

peribahasa yang sama maksudnya

KARANGAN LENGKAP

Peribahasa „hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah‟ bermaksud

orang yang hidup secara bermuafakat, banyak sama banyak, sedikit sama sedikit.

Peribahasa ini juga turut mengambil unsur-unsur alam semula jadi untuk

dijadikan pengajaran dan teladan dalam kehidupan masyarakat silam terutamanya.

Oleh sebab gajah merupakan lambang haiwan yang besar, maka hati gajah bermaksud

mendapat keuntungan yang besar. Manakala nyamuk lambang kepada haiwan yang

kecil, maka hati nyamuk bermaksud mendapat keuntungan yang sedikit.

Peribahasa ini amat penting sebagai pedoman dan landasan hidup masyarakat

zaman silam kerana hidup bermuafakat adalah amat penting dalam menjamin

keharmonian dan kejayaan sesebuah masyarakat. Sebab itulah jika terdapat

kesenangan dan rezeki maka sama-sama menikmatinya. Sebaliknya, jika terdapat

kesusahan dan keperitan, maka ahli masyarakat itu akan sama-sama mengharunginya

dengan penuh ketabahan dan kesabaran.

Bayangkanlah jika sesebuah masyarakat yang tidak mengamalkan peribahasa

„hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah‟. Ahli masyarakat itu akan

bersikap mementingkan ahli keluarga sendiri. Mereka hanya mahu kesenangan dan

keseronokan dirasai secara individu sahaja tanpa mahu bersama-sama mengharungi

kesusahan. Biarlah kesusahan dan keperitan itu hanya orang lain yang

menanggungnya. Orang-orang yang tidak bermuafakat dan mementingkan diri sendiri

Program Bahasa Melayu Edubest SM207_PT3_2020 21

Page 24: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema) Sistem Bahasa . Bahagian A : A. Golongan Kata . Kata Nafi dan Kata Pemeri

ini akan lari meninggalkan negara atau sahabat-sahabatnya jika mereka berada dalam

keadaan bahaya. Mereka hnya memikirkan kesenangan diri mereka sahaja tanpa mahu

berkorban untuk orang lain.

Bagi kestabilan dan keharmonian negara, peribahasa „hati gajah sama dilapah,

hati nyamuk sama dicecah‟; „mendapat sama berlaba, kehilangan masa rugi‟ ;

„terlingkup sama menyembam tanah, terlentang sama mengadah langit,‟ hendaklah

dijadikan pegangan setiap orang.

Latihan:

1. Masyarakat Melayu memang kaya dengan banyak pepatah yang mengandungi

amanat dan nasihat yang membina. Salah satu daripada pepatah tersebut berbunyi

“belakang parang kalau diasah nescaya tajam”, Tulis sebuah cerita berdasarkan

peribahasa itu.

2. Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa “berat sama dipikul, ringan sama

dijinjing”

Program Bahasa Melayu Edubest SM207_PT3_2020 22

Page 25: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema) Sistem Bahasa . Bahagian A : A. Golongan Kata . Kata Nafi dan Kata Pemeri
Page 26: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema) Sistem Bahasa . Bahagian A : A. Golongan Kata . Kata Nafi dan Kata Pemeri
Page 27: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema) Sistem Bahasa . Bahagian A : A. Golongan Kata . Kata Nafi dan Kata Pemeri
Page 28: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema) Sistem Bahasa . Bahagian A : A. Golongan Kata . Kata Nafi dan Kata Pemeri

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my