pusat tuisyen didikan genius program bahasa melayu sekolah ...€¦ · pusat tuisyen didikan genius...
TRANSCRIPT
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest
Ulang Kaji I
Set D
SR3B
Nama : ____________________________
Markah Kuiz Komputer
Minggu Tarikh Tatabahasa
(%)
Perbendaharaan Kata (%)
Peribahasa
(%)
Lain-lain
1
2
3
4
5
Kertas 1 (Pemahaman)
Bahagian A (20 Markah)
Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. "Doktor Arina, saya harap penyakit saya ini dirahsiakan
daripada keluarga saya kerana tidak mahu menyusahkan _____"
kata Irene kepada Doktor Arina.
A. mereka C. kami
B. kalian D. hamba
Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.
2. Abang berdiri sambil _____ badannya ke dinding sementara
menunggu namanya dipanggil untuk ditemu duqa.
A. meletakkan C. melekatkan
B. menyandarkan D. menghimpitkan
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji 1 SR3B_D 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
3. Sampah yang _____ keluar dari tong sampah itu mengeluarkan
bau yang busuk.
A. berterabur C. melimpah
B. berselerak D. menggunung
4. Para tetamu memuji hasil tatarias dan solekan oleh jurusolek
itu terhadap pengantin perempuan yang nampak begitu _____ .
A. cantik C. ceria
B. bergaya D. anggun
5. Kemudahan _____ sepatutnya dimanfaatkan oleh para pejalan
kaki demi menjamin keselamatan semasa menyeberangi jalan
raya.
A. jejantas C. jejambat
B. jambatan D. denai
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.
6. Di bawah pokok yang rendang di tepi sungai itu tumbuh
beberapa _____ cendawan busut.
A. kuntum C. kelopak
B. kaki D. keping
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji 1 SR3B_D 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
7. Cikgu Suriya akan mengadakan satu sesi _____ untuk memilih
pengawas pusat sumber pada minggu hadapan.
A. temu janji C. temu duga
B. temu ramah D. uji bakat
8. _____ hutan yang berleluasa telah menyebabkan kejadian
tanah runtuh dan banjir lumpur di perkampungan Orang Asli itu.
A. Pencemaran C. Penggondolan
B. Penghasilan D. Penebangan
Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.
9. Pak Murad sedang _____ buluh dengan sebilah pisau yang tajam
untuk dibuat bubu di pelantar dapur rumahnya.
A. meraut C. mengerat
B. memotong D. menghiris
10. Pihak lawan kelihatan sukar untuk mengawal pergerakan
pemain bola keranjang yang _____ itu.
A. licin C. cergas
B. lincah D. gagah
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji 1 SR3B_D 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
11. Pihak kerajaan sedang _____ usaha untuk membantu
meringankan bebanan rakyat berikutan kenaikan harga barangan
keperluan di pasaran.
A. menambahbaikan
B. melipatgandakan
C. menguatkuasakan
D. mengemaskinikan
12. _____ usia Tok Haji Hussin telah menjangkau 75 tahun,
dia masih mampu mengerjakan kebun getahnya yang luas itu
tanpa bantuan sesiapapun.
A. Oleh itu C. Walaupun
B. Namun demikian D. Walhal
13. Lengan Akmal berdarah kerana telah _____ oleh kucing
peliharaan nenek yang comel itu.
A. dicengkam C. digaru
B. dicium D. dicakar
Tulis ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
14. Kita akan disisihkan oleh masyarakat sekiranya kita
bersikap sombong dan angkuh dengan mereka.
A. Sikap sombong dan angkuh dengan mereka menjadikan diri
kita dipulau oleh orang ramai.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji 1 SR3B_D 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Masyarakat akan menyisihkan kita sekiranya sikap sombong
dan angkuh ada pada diri kita
C. Sekiranya kita bersikap sombong dan angkuh dengan
masyarakat, diri kita akan disisihkan oleh mereka.
D. Masyarakat akan bersikap sombong dan angkuh dengan kita
sekiranya kita menyisihkan mereka.
15. Tukang kebun itu melarang murid-murid daripada memijak
lantai yang baharu sahaja diletak simen.
A. "Kita tidak dibenarkan memijak lantai simen yang baharu saja
dibaiki," kata tukang kebun itu.
B. "Kamu semua tidak dibenarkan memijak lantai yang baharu
sahaja disapu simen," kata tukang kebun itu.
C. "Jangan memijak simen yang terdapat di atas lantai itu," kata
tukang kebun kepada murid-murid.
D. "Lantai yang baharu diletak simen bukan untuk kamu pijak,"
kata tukang kebun ltu kepada semua murid.
Pilih ayat yang betul.
16. A. Lawatan itu hanya melibatakan para-para guru di
Malaysia sahaja.
B. Dia menampal poster Kempen Alam Sekitar itu pada
dinding di belakang kelasnya.
C. Orang memakai pakaian segak itu bukan abang saya.
D. Salmah dapat menyampaikan ucapannya dengan laju
semasa perhimpunan pagi tadi.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji 1 SR3B_D 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.
Pada suatu petang, saya, Singh, Angelina dan Julaini sedang
bermain bola baling di padang. Kami terkejut apabila terdengar
jeritan api! api!. Tanpa membuang masa, saya dan kawan-kawan
bergegas ke arah suara jeritan tadi.
Saya dapati rumah rakan sekelas kami iaitu Saleha sedang
terbakar. Salah seorang daripada kami telah berlari ke arah pondok
telefon untuk menelefon bomba dan polis. Saya dan rakan yang lain
membantu mengangkat barang-barang penting ke tempat yang
selamat.
Sementara menunggu pasukan bomba tiba, saya dan penduduk
kampung telah mengambil air untuk mengurangkan kebakaran rumah
Saleha. Ketika itu Saleha dalam keadaan panik dan bersedih. Julaini
cuba menenangkannya dan berharap agar dia dapat bersabar.
Sejurus kemudian, pasukan bomba tiba. Mereka bertungkus-
lumus memadamkan kebakaran bagi mengelakkan api doripada
merebak ke rumah yang berdekatan. Walau baqaimanapun, rumah
Saleha tidak dapat diselamatkan kerana api begitu marak.
Bagaimanapun, rumah-rumah yang lain dapat diselamatkan daripada
terbakar hasil kecekapan dan kepantasan pihak bomba.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji 1 SR3B_D 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Tuan Rahim iaitu Pegawai Operasi Bomba mengucapkan terima
kasih atas bantuan dan tindakan segera penduduk kampung. Beliau
begitu bangga dengan sikap prihatin penduduk kampung yang memberi
bantuan. Beliau berharap amalan bantu-membantu dan bekerjasama
dapat diamalkan dalam kalangan masyarakat. Kebanggaan juga
ditunjukkan kepada saya dan rakan-rakan.
Sementara itu, keluarga Saleha telah menginap sementara
waktu di rumah saya. Pelbaqai bantuan telah diterima oleh keluarga
Saleha seperti pakaian, makanan dan wang ringgit. Mereka
mengucapkan jutaan terima kasih atas segala bantuan yang telah
diberikan.
17. Apakah yang sedang dilakukan oleh mereka pada petang
itu?
A. Mereka sedang bersiar-siar di halaman rumah
B. Mereka berbincang tentang kerja rumah yang diberi oleh
guru
C. Mereka sedang bermain bola baling di padang
D. Mereka menjalani latihan olahraga di padang
18. Mengapakah pihak bomba gagal menyelamatkan rumah
Saleha daripada terbakar?
A. Api marak dengan begitu cepat
B. Pihak bomba tidak bersungguh-sungguh memadam kebakaran
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji 1 SR3B_D 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Penduduk kampung tidak memberikan kerjasama kepada
bomba
D. Tidak terdapat pili bomba di kawasan itu
19. Salah seorang daripada rakan mereka telah berlari ke
pondok telefon untuk...
A. menelefon ayahnya
B. menelefon pihak bomba dan polis
C. memberitahu orang kampung tentang kebakaran
D. meminta bantuan pihak hospital
20. Semua yang berikut adalah benar tentang petikan
kecuali…
A. rumah-rumah yang lain dapat diselamatkan daripada
terbakar
B. penduduk kampung bertungkus lumus membantu bomba
memadam kebakaran
C. pegawai Operasi Bomba berharap amalan bantu-membantu
dan bekerjasama dapat diamalkan dalam kalangan
masyarakat.
D. keluarga Saleha telah menginap sementara waktu di balai
raya kampung.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji 1 SR3B_D 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Bahagian B (30 Markah)
Soalan 21(4 markah)
Isikan kata hubung yang paling sesuai pada tempat kosong dalam
petikan di bawah.
Amir __________ Amirul adalah rakan sekelas. Mereka ibarat
bagai isi dengan kuku __________ ke mana sahaja pasti berdua.
Mereka akan saling tolong-menolong seperti aur dengan tebing
terutama dalam menyiapkan kerja sekolah. Dalam bidang sukan pula,
mereka menjadi ayam tambatan sekolah dalam permainan bola sepak.
Semua warga sekolah menyukai mereka kerana sikap mereka
__________ tidak seperti enau dalam belukar __________ mereka
pandai membawa diri. Mereka adalah tokoh pelajar yang patut
menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain.
Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya:
_______________________________________________
_______________________________________________
kerana yang tetapi dan
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji 1 SR3B_D 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Jawapan: Perdana Menteri menyeru rakyat mengamalkan
perbelanjaan berhemat dalam kehidupan seharian.
(2 markah)
b. Tulis dialog yang sesuai bagi situasi yang terdapat dalam
gambar di bawah.
_______________________________________________
_______________________________________________
(2 markah)
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.
Apakah peribahasa yang paling sesuai berdasarkan gambar di
atas?
_______________________________________________
_______________________________________________
(2 markah)
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji 1 SR3B_D 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang diberikan.
Pihak lapangan terbang berharap semoga para penumpang dapat
berada di balai berlepas setengah jam sebelum pesawat
berlepas untuk memudahkan urusan. Sebarang kelewatan
menjadi tanggungjawab sendiri.
Perubahan jadual penerbangan tertakluk jika ada masalah
tertentu.
Penumpang diminta berurusan dengan kakitangan EMAS yang
bertugas untuk sebarang maklumat jika terdapat perubahan
jadual penerbangan.
a. Jenis pesawat yang dinyatakan dalam jadual penerbangan ialah
___________________________________ . (1 markah)
b. Jika ada sebarang masalah tentang jadual penerbangan,
siapakah yang perlu dihubungi? (2 markah)
_______________________________________________
_______________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji 1 SR3B_D 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
c. Padankan penyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu contoh
telah diberikan.
(2 markah)
Soalan 24
Baca diari berikut. Kemudian jawab soalan yang diberikan di bawah.
KEM JATI DIRI ALAM SEKITAR
8.00 pagi
Peserta berkumpul di tempat letak kereta Institut Perhutanan
Malaysia (FRIM), Kepong. Mendengar taklimat ringkas daripada
Pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Selangor tentang tentatif Kem
Jati Diri Alam Sekitar.
9.00 pagi
Peserta dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil bagi
memudahkan pengurusan dan perjalanan aktiviti. Setiap kumpulan
diberi nama berdasarkan bunga. Saya berada dalam kumpulan Bunga
Matahari. Setiap kumpulan diberikan tugasan masing-masing.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji 1 SR3B_D 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
9.30 pagi
Aktiviti setiap kumpulan bermula. Kumpulan saya ditugaskan untuk
mengumpul maklumat mengenai cara-cara memelihara dan memulihara
alam sekitar. Setelah memberikan pendapat masing-masing, kami
bersatu hati meminta maklumat daripada kakitangan yang berada di
situ. Kami juga berusaha mendapat maklumat daripada brosur dan
risalah yang terdapat di FRIM.
11.15 pagi
Setelah bertungkus lumus hampir 2 jam, tugasan kami telah selesai.
Setiap kumpulan menyerahkan hasil tugasan kepada pegawai untuk
dinilai.
11.30 pagi
Semua peserta berkumpul di Dewan Seminar FRIM. Di situ, kami
telah diberi makanan dan minuman. Wakil penganjur mengucapkan
terima kasih dan tahniah kepada kami kerana matlamat serta
objektif Kem Jati Diri Alam Sekitar telah tercapai. Ramai peserta
telah tahu dan mempunyai kesedaran diri yang tinggi untuk menjaga
alam sekitar.
12.00 tengah hari
Kami pulang ke rumah masing-masing dengan membawa pelbagai ilmu
dan pengetahuan yang amat bernilai tentang cara-cara menjaga alam
sekitar.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji 1 SR3B_D 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
a. Perkataan tentatif dalam petikan boleh juga digantikan dengan
perkataan ______________________________ . (1 markah)
b. Apakah tugasan yang diberikan kepada kumpulan Bunga
Matahari?
_______________________________________________
_______________________________________________
(2 markah)
c. Selain bertanya dengan kakitangan yang bertugas, daripada
manakah lagi mereka mendapat maklumat cara-cara menjaga
alam sekitar?
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
(2 markah)
d. Pada pendapat kamu, adakah objektif dan matlamat Kem Jati
Diri Alam Sekitar ini tercapai? Jelaskan.
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
(3 markah)
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji 1 SR3B_D 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Soalan 25
Baca cerita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Wak Karmin ialah seorang tukang rumah. Dia tinggal bersama
dengan isterinya di hujung sebuah kampung. Kehidupan mereka ibarat
'kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang'. Dia sering
berdoa pada Tuhan supaya memberikan kekayaan kepadanya.
Pada suatu hari, ketika dia berehat di bawah sepohon pokok
yang rendang, dia terkejut kerana seekor itik berbulu putih sedang
tidur di dalam banir pokok tersebut. Dia lalu menangkap itik
tersebut. Dia amat hairan kerana itik tersebut tidak melarikan diri.
Dia membawa itik itu pulang ke rumah.
Alangkah terkejutnya dia kerana itik itu mengeluarkan telur
emas. Sejak hari itu, kehidupannya menjadi senang. Perasaan tamak
mula menguasai diri Wak Karmin. Dia berfikir alangkah baiknya jika
dia membelah perut itik tersebut untuk mengambil kesemua telur
emas yang ada. Namun orang yang tamak selalu rugi. Akhirnya itik
tersebut mati begitu sahaja.
Kini, kehidupan Wak Karmin menjadi miskin semula. Bak kata
orang 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna'.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji 1 SR3B_D 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
a. Apakah maksud 'kais pagi makan pagi dan kais petanq makan
petang'?
_______________________________________________
_______________________________________________
(2 markah)
b. Apa perasaan Wak Karmin selepas dia mendapat telur emas?
_______________________________________________
_______________________________________________
(1 markah)
c. Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul dan (x) bagi
pernyataan yang salah berdasarkan sajak di atas.
(1 markah)
d. Huraikan maksud 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tidak berguna'.
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
(3 markah)
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji 1 SR3B_D 16
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Kertas 2 (Penulisan)
Bahagian A (10 Markah)
Gambar di bawah menunjukkan persediaan menghadapi peperiksaan.
Tulis lima ayat yang lengkap.
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji 1 SR3B_D 17
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Bahagian B (15 Markah)
Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada aktiviti sukan.
Tulis ulasan yang lengkap dalam perenggan tentang kepentingan
aktiviti riadah kepada anggota masyarakat. Panjangnya ulasan kamu
hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji 1 SR3B_D 18
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Bahagian C (25 Markah)
Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab hanya satu soalan sahaja.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah
perkataan.
Soalan 1
Tulis sebuah karangan yang bertajuk, ‘kepentingan ilmu dalam
kehidupan’.
ATAU
Soalan 2
Pisanq emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
Berdasarkan pantun di atas, jelaskan tentang cara-cara membalas
budi baik seseoranq. Tulis karangan kamu itu selengkapnya.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji 1 SR3B_D 19
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my