pusat tuisyen didikan genius program bahasa malaysia ...b. empat soalan pemahaman disediakan....

16
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 403B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 10-Feb-2021

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • @

    Pusat Tuisyen Didikan Genius

    Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

    Tahap SM4

    Modul 403B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan

    Nama : _____________________________

  • Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021

    Ujian Bertulis

    Kertas 1 (2 jam)

    A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan)

    B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)

    4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya

    Kertas 2 (2 jam 30 minit)

    A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa

    1. Morfologi (6%-8%)

    2. Sintaksis (6%)

    3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)

    4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu

    Standard) (6%)

    5. Peribahasa (4%)

    B (35%) : Pemahaman

    6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

    7. Pemahaman petikan sastera (antologi) (4 soalan ; 13%)

    8. Novel (2 soalan; 10 %)

    C (30%) : 9. Rumusan (30%)

    Ujian Lisan

    Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur

    A (40%) : 1 petikan / bahan rangsangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir (3-5 minit)

    B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)

    Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)

    4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Pemahaman

    1. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

    a. Dua bahan disediakan iaitu Bahan 1 dan Bahan 2. Bahan ini dipetik daripada

    majalah atau surat khabar.

    b. Empat soalan pemahaman disediakan. Sejumlah 12 markah diperuntukkan untuk

    soalan ini.

    c. Soalan yang pertama lazimnya tentang maksud rangkai kata atau isi yang

    berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

    d. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada

    kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan pelajar sama ada membuat banding

    beza atau penilaian. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

    e. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat

    banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah

    diperuntukkan untuk soalan ini.

    f. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan

    murid mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat (4) markah diperuntukkan

    untuk soalan ini.

    Latihan:

    Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telilinya, kemudian jawab soalan-

    soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    Bahan 1

    Dalam konteks pendidikan, Kesusasteraan Melayu merupakan karya asal yang tertulis

    dalam bahasa Melayu yang berunsurkan keindahan dan kehalusan yang berbentuk

    pelbagai genre karya. Dalarn pernbelajaran Pendidikan Komponen Sastera (KOMSAS),

    pelajar didedahkan dengan karya seperti novel dan cerpen. Melalui karya ini, para

    Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-2 1

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • pelajar dapat mempelajari teknik penulisan yang berkualiti dan membantu mereka untuk

    menjanakan idea baharu dalarn penulisan karangan.

    Selain itu, pelajar turut mempelajari puisi tradisional seperti pantun, syair, gurindam,

    dan seloka. Khazanah bangsa ini akan lenyap ditelan zarnan sekiranya dibiarkan begitu

    sahaja. Oleh hal yang demikian, KOMSAS arnat penting untuk memberikan

    pengetahuan kepada generasi muda, khususnya tentang puisi Melayu tradisional.

    Bahan 2

    KOMSAS juga dijadikan satu instrumen perpaduan dalam kalangan pelajar yang

    bersekolah di institusi yang tidak multietnik seperti Sekolah Swasta Cina, Sekolah

    Menengah Jenis Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah

    Kebangsaan I\gama, Sekolah I\gama Rakyat dan sebagainya. Pelajar masih boleh

    mernpelajari, mernbaca dan rnenghayati kisah-kisah yang daripada pelbagai latar

    rnasyarakat, ternpat dan masa yang mencerminkan bangsa Malaysia.

    Selain itu, KOMSAS boleh dijadikan wadah untuk menerapkan kemahiran berfikir aras

    tinggi dalam kalangan pelajar. Menurut Rajendran (2000), "Kesusasteraan menawarkan

    peluang untuk membimbing pelajar meramal, merumus, menganalisis, membuat

    inferens, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang merupakan kemahiran

    berfikir aras tinggi."

    (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud mencerminkan bangsa? [2 markah]

    _____________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________

    (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kelebihan-kelebihan Pendidikan

    Komponen Sastera (KOMSAS). [ 3 markah]

    _____________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________

    Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-2 2

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • _____________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________

    (iii) Terdapat segelintir murid yang tidak membaca novel atau cerpen yang terkandung

    dalam buku teks KOMSAS.

    Pada pendapat anda, apakah punca-punca masalah tersebut berlaku dalam kalangan

    murid?

    [ 3 markah]

    _____________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________

    (iv) Guru mata pelajaran Bahasa Melayu anda telah memberikan tugasan kepada anda.

    Anda diminta untuk membuat ulasan sebuah novel. Guru anda juga mencadangkan anda

    agar menulis ulasan yang lengkap sebagai contoh kepada rakan-rakan yang lain,

    Cadangkan kriteria-kriteria novel yang baik. [4 markah]

    _____________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________

    Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-2 3

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • 2. Pemahaman petikan sastera (antologi) ( 4 soalan ; 13%)

    a. Sekurang-kurangnya dua bahan disediakan yang terdiri daripada bahan prosa dan

    bukan prosa.

    b. Dengan berdasarkan bahan 1 bahan 2 atau bahan 3. murid perlu menjawab

    beberapa soalan.

    c. Empat soalan pemahaman disediakan.

    d. Sejumlah 13 markah diperuntukkan untuk soalan ini.

    e. Soalan yang pertama lazimnva tentang maksud rangkai kata atau isi yang

    berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

    f. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada

    kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan murid sama ada membuat banding

    beza atau penilaian. Empat (4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

    g. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat

    banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah

    diperuntukkan untuk soalan ini.

    h. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan

    pelajar mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat(4) markah diperuntukkan

    untuk soalan ini.

    Puisi Moden

    Sajak – “Gelanggang”

    Ini gelanggang kita

    yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih

    lima dekad yang lalu

    satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu

    di kemudian hari

    Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-2 4

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat

    dan air mata

    dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat

    berpadu

    kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati

    kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat

    kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai

    keturunan.

    Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan

    derni mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini

    suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh

    hati nurani

    kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah

    gelanggang

    jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.

    Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhwah

    elakkan pertelingkahan sesama sendiri.

    Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini

    agar kecemerlangan tercerna di persada arena

    terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri

    membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati

    kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.

    Onn Malini

    Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-2 5

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Maksud:

    Rangkap 1: Dengan kebijaksanaan nenek moyang kita kira-kira 50 tahun yang lampau,

    negara ini telah berjaya dimerdekakan. Hal ini disebabkan adanya persepakatan antara

    kaum di negara ini.

    Rangkap 2: Usaha memerdekakan negara memerlukan pengorbanan yang besar. Hal

    inilah yang telah dilakukan oleh nenek moyang kita sebelum ini. Generasi kini perlulah

    bersama-sama mempertahankan kemakmuran dan kedaulatan negara daripada ancaman

    luar yang ingin menggugat kestabilan negara. Kedaulatan negara akan dapat dikekalkan

    seandainya setiap kaum mengamalkan sikap bersatu padu dan bertoleransi.

    Rangkap 3: Demi negara tercinta, rakyat hendaklah berani berjuang mempertahankan

    maruah negara. Tidak ada sikap tolak ansur terhadap anasir-anasir yang cuba menggugat

    keharmonian negara. Sekiranya ada pihak yang

    cuba mengucar-ngacirkan negara, mereka perlu ditentang habis-habisan.

    Rangkap 4: Rakyat diseru agar mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan

    pertelingkahan sesama sendiri.

    Rangkap 5: Setiap orang perlu memikul tanggungjawab bagi mempertahankan

    kedaulatan negara. Perpaduan yang dipupuk itu akan menyebabkan negara kita menjadi

    aman dan seterusnya dihormati oleh negara lain. Sewajarnya, kita mencurahkan sepenuh

    ketaatan kepada negara tercinta ini sampai bila-bila.

    Tema

    Tema sajak ini ialah pentingnya mempertahankan kedaulatan tanah air kita yang

    tercinta. Usaha dan perjuangan nenek moyang yang berusaha memerdekakan dan

    mendaulatkan tanah air wajar dikenang. Oleh itu, kerjasama dan perpaduan antara kaum

    perlulah dipererat.

    Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-2 6

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Persoalan

    1. Perlunya generasi kini menghargai usaha yang dilakukan oleh nenek moyang

    terdahulu membangunkan negara.

    2. Perpaduan dalam kalangan rakyat amat penting dalam sesebuah negara agar dapat

    mewujudkan negara yang berdaulat.

    3. Pertelingkahan dan permusuhan akan menghancurkan negara.

    4. Semua rakyat di negara ini wajib mencurahkan sepenuh ketaatan dan kasih

    sayang terhadap negara.

    5. Usaha membangunkan negara memerlukan kerjasama daripada semua pihak.

    Bentuk Sajak

    1. Sajak ini berbentuk bebas.

    2. Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.

    3. Bilangan barisnya tidak sama, iaitu rangkap pertama ada lima baris, rangkap kedua

    ada lapan baris, rangkap keriga ada tujuh haris, dan rangkap keempat ada tujuh baris.

    4. Jumlah patah kata dan suku kata dalam sajak ini juga tidak sama. Misalnya, pada

    rangkap ketiga baris pertama ada lapan patah kata dengan dua puluh satu suku kata.

    Sebaliknya pada rangkap kedua baris keempat ada satu patah kata sahaja dengan tiga

    suku kata.

    5. Rima akhirnya bebas; abccd, abacdadc, abcbcdb, abbcbbd.

    Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

    1. Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis.

    Contohnya:

    (a) Hari ini pewaris gelanggang yang terbina dari keringat

    (b) dan air mata

    2. Anafora. Contohnya:

    rangkap 2,

    baris 1 dan 2

    Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-2 7

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • kita pelihara

    kita mempertahankan

    3. Metafora. Contohnya:

    gelanggang keramat.

    4. Perlambangan atau imejan. Contohnya:

    pewaris gelanggang

    “Pewaris” bermaksud generasi kini. Dalam sajak ini, “pewaris gelanggang”

    membawa maksud rakyat di negara ini.

    5. Repetisi atau perulangan kata. Contohnya:

    Kata gelanggang disebut sebanyak enam kali dalam sajak ini.

    6. Unsur bunyi:

    (a) asonansi. (perulangan bunyi vokal). Contohnya:

    jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.

    Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal i sebanyak lapan kali.

    (b) aliterasi. (perulangan bunyi konsonan). Contohnya:

    elakkan pertelingkahan sesama sendiri.

    Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan s sebanyak dua kali.

    Nada

    Sajak ini bernada patriotisme. Nada patriotisme sesuai dengan sajak tersebut yang

    menggambarkan perasaan cinta penyajak terhadap tanah air.

    Nilai

    1. Nilai cinta akan tanah air. Contohnya, nilai cinta akan negara perlulah dipupuk dalam

    diri setiap warga negara.

    2. Nilai penghargaan. Contohnya, jasa nenek moyang kita memerdekakan negara ini

    perlu dihargai.

    rangkap 2, baris 5 dan 6

    Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-2 8

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • 3. Nilai bersatu padu. Contohnya, kemerdekaan yang dikecap adalah hasil perpaduan

    antara kaum di negara ini.

    4. Nilai ketaatan. Contohnya, taat dan setia kepada negara tanpa berbelah bagi

    merupakan cara untuk menunjukkan kesetiaan.

    5. Nilai pengorbanan. Contohnya, pendekar sanggup berkorban demi negara tercinta.

    6. Nilai bertanggungjawab. Contohnya, semua rakyat di negara ini bertanggungjawab

    menjaga kedaulatan negara daripada ancaman anasir luar.

    Pengajaran

    1. Kita hendaklah memiliki perasaan cinta akan negara tanpa berbelah bagi.

    2. Kita hendaklah menghargai jasa yang dicurahkan oleh nenek moyang kita yang

    berusaha memerdekakan negara ini.

    3. Untuk menjamin keharmonian negara dikekalkan, rakyat di negara ini perlulah

    bersatu padu.

    4. Kita perlulah bersedia untuk berkorban demi negara.

    5. Setiap warganegara bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara daripada ancaman

    anasir luar.

    Latihan

    Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

    dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    (i) Apakah yang dimaksudkan dengan “gelanggang” dalamm sajak ini ?

    [2 markah]

    _____________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________

    Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-2 9

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • (ii) Apakah perbezaan peranan yang dimainkan oleh nenek moyang kita dengan generasi

    moden dalam soal mempertahankan kedaulatan negara ? [4 markah]

    _____________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________

    (iii) Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan sesebuah negara

    dijajah? [3 markah]

    _____________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________

    (iv) Pada pendapat anda, bagaimanakah dapat kita mengekalkan perpaduan seperti

    yang dinyatakan dalam sajak ini ?

    [4 markah]

    _____________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________

    _____________________________________________________________________

    3.Novel (2 soalan; 10 %) - Latihan bahagian ini akan dikemukakan setelah Novel

    Leftenan Adnan Wira Bangsa dikaji.

    Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-2 10

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • 4. Rumusan (30%)

    a. Masa yang perlu diperuntukkan untuk menjawab soalan rumusan ini ialah

    empat puluh lima minit.

    b. Markah yang disediakan untuk bahagian ini ialah 30 markah, iaitu pengenalan 2

    markan, isi tersurat 16 markah dan kesimpulan 2 markah. Markah bahasa ialah

    10 seperti yang berikut:

    c.

    Pengenalan : 2 markah

    lsi Bahan 1 (Petikan) : 12 markah

    lsi Bahan 2 (Grafik) : 4 markah

    Kesimpulan : 2 markah

    _ ---------------------------------------------

    Isi : 20 markah

    Bahasa : 10 markah

    ---------------------------------------------

    Jumlah : 30 markah

    d. Bilangan soalan yang dikemukakan satu soalan sahaja.

    e. Soalan ini mengandungi dua bahan. Bahan yang pertama ialah petikan,

    manakala bahan yang kedua terdiri daripada bahan grafik.

    f. Petikan lazimnya terdiri daripada 300 patah perkataan daripada pelbagai sumber

    berdasarkan tema yang terdapat dalam DSKP.

    g. Tema dan kata kunci petikan tidak dinyatakan dalam soalan,

    h. Setiap bahan sekurang-kurangnya mengandungi dua fokus. Fokus ialah tema

    dan kata kunci isi. Contoh fokus:

    (i) Punca-punca seseorang itu muflis

    (ii) Langkah-langkah untuk menangani masalah kemuflisan

    (iii) Kesan-kesan jika seseorang itu muflis.

    i. Jawapan perlu dikemukakan dalam bentuk perenggan.

    Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-2 11

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Latihan :

    Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah. Kemudian buat satu

    rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan

    supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal dan bahan.

    Bahan 1

    Umpama pepatah sediakan payung sebelum hujan, itulah konsep (1) insurans sebagai

    persiapan untuk menghadapi masa depan yang belum tentu Walaupun banyak agensi

    perlindungan insurans beroperasi di negara kita, masih banyak lagi rakyat yang tidak

    faham dan sedar akan kepentingan insurans walaupun polisi ini memberikan banyak

    kebaikan kepada mereka yang mengambilnya. Seandainya rakyat berpegang pada

    prinsip ingat sebelum kena jimat sebelum habis dan memahami bidalan orang tua,

    malang tidak berbau, sudah tentu rakyat akan menyertai skim insurans sebagai

    persiapan atau jaminan jika ditimpa musibah yang tidak dijangka. Tiada sesiapa pun

    yang akan menjangka bahawa seseorang yang muda dan sihat, tiba- tiba diserang

    penyakit kronik atau terbabit dalam kemalangan hingga tidak berupaya lagi untuk

    bekerja. Di sinilah insurans memainkan peranan untuk memberikan perlindungan

    kepada seseorang.

    Dalam hal ini mereka yang masih muda dan sihat serta berkemampuan sewajarnya

    mengambil insurans kerana mereka akan mendapat pulangan yang lebih tinggi apabila

    tempoh insurans tersebut matang. Insurans yang paling popular ialah insurans hayat,

    pendidikan, kesihatan dan am. Ada sesetengah orang terutamanya orang Islam bimbang

    jika insurans yang dilaburkan mempunyai unsur riba. Dalam zaman sekarang, hampir

    semua syarikat insurans mempunyai takaful yang menawarkan konsep insurans Islamik.

    Setiap insurans mempunyai kelebihan masing-masing serta menguntungkan mereka

    yang mengambilnya. Insurans terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu perlindungan

    semata-mata dan juga perlindungan serta simpanan. Insurans berbentuk simpanan

    membolehkan pelanggan mendapat balik semua wang yang dilaburkan selepas

    mencapai tempoh matang. Selain itu, insurans jenis ini juga akan membolehkan

    seseorang itu mempunyai simpanan untuk masa depan atau bekalan pada hari tua.

    Insurans yang berbentuk perlindungan pula memberikan perlindungan semata-mata dan

    tidak membabitkan simpanan.

    Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-2 12

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Bagi insurans hayat dan perubatan, pelanggan yang terpaksa dimasukkan ke wad, kos

    perubatan dan rawatan akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak insurans. Jika seseorang itu

    meninggal dunia, jumlah wang yang sepatutnya diterima contohnya RM100,000, jika

    berlaku sebarang musibah akan diberikan kepada warisnya. Hal ini sudah tentu

    memberikan jaminan kepada anak-anak dan keluarga pemegang polisi insurans tersebut.

    Kita juga digalakkan mengambil insurans pendidikan untuk anak-anak kerana kos

    pengajian yang semakin tinggl sekarang ini. Sejak anak berusia satu bulan, ibu bapa

    sudah boleh mula mengambil insurans untuk mereka. Ketika sampai tempoh matang

    contohnya hingga 18 tahun atau 23 tahun, wang yang terkumpul untuk mereka

    melanjutkan pelajaran boleh mencecah sekitar RM30,000 hingga RM40,000. Oleh itu,

    penyertaan dalam insurans dapat meringankan beban perbelanjaan pendidikan untuk

    anak-anak. Ada pelbagai jenis insurans tetapi hal ini terpulanglah kepada pilihan

    pelanggan tentang jenis yang paling sesuai. Tanpa kita sedari, pengambilan polisi

    insurans ialah satu tindakan yang amat bijak.

    Bahan 2 :

    Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-2 13

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Pelan Lokasi

    @

    Pusat Tuisyen Didikan Genius

    No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.

    Tel: 03-7983 7650

    http://www.edubest.com.my