pusat tuisyen didikan genius program bahasa malaysia ...€¦ · ke luar negara. a. padu b. padat...

24
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Modul PT3 SM 30 4 Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 09-Aug-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · ke luar negara. A. padu B. padat C. kuat D. mantap . 2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu _____ mengejar kemewahan

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Modul PT3

SM 304

Nama : _____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · ke luar negara. A. padu B. padat C. kuat D. mantap . 2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu _____ mengejar kemewahan

Format Bahasa Melayu PT3

Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)

Bahagian A: (20%)

20 Soalan aneka pilihan

a. Sistem bahasa

b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)

Bahagian B: (25%)

Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)

Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%)

Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)

Bahagian C: (15%)

Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada

2)

Kertas 2 : 40% (1 jam)

Bahagian A: (10%)

Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)

Bahagian B: (30%)

Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · ke luar negara. A. padu B. padat C. kuat D. mantap . 2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu _____ mengejar kemewahan

Sistem Bahasa

Bahagian A

A. Golongan Kata

Kata Adjektif

1. Dalam ayat, kata adjektif berfungsi untuk menerangkan keadaan atau sifat

sesuatu kata nama atau frasa nama. Contoh: Rumah itu sangat besar.

2. Kata adjektif boleh didahului dengan kata penguat. Contoh: sangat licin, amat

cantik, sungguh kuat.

3. Kata adjektif juga boleh terdiri daripada bentuk-bentuk yang berikut:

Kata Adjektif Sifatan : baik, jahat, cerdik, pandai, gopoh, lemah,

kasar, berani, takut, sihat

Kata Adjektif Warna : merah, putih, biru, hitam, kuning, hijau,

jingga, kelabu

Kata Adjektif Ukuran : panjang, pendek, kecil, besar, tinggi, rendah,

tebal, nipis, kerdil, renek

Kata Adjektif Bentuk : bulat, lonjong, bujur, bundar, leper, bengkok,

lurus, buncit, kempis, lekuk, langsing

Kata Adjektif Waktu : baharu, lama, segera, silam, suntuk, lampau,

lewat, cepat, lambat, awal

Kata Adjektif Jarak : jauh, dekat, hampir, nyaris

Kata Adjektif Cara : cepat, deras, laju, lambat, kukuh,

perlahan, lincah, gopoh, jelas, sering,

selalu

Kata Adjektif Perasaan : rindu, benci, segan, suka, gembira, berani,

ragu, kasih, sayang, cemburu, gayat, mual

Kata Adjektif Pancaindera : sedap, lazat, masam, kelat, pahit,

masin, tawar, lemak, payau,

4. Dari segi perbandingan, kata adjektif dapat digunakan untuk menyatakan tiga

keadaan:

Darjah biasa – hidup sederhana, bulan terang, perangainya baik, sungai

cetek.

Darjah bandingan – secerdik abang, sesedap masakan ibu, sebesar rumah

Afzan.

Darjah penghabisan – sekeras-keras batu, terbaik, paling jauh, teramat tinggi,

sungguh merdu sekali.

Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · ke luar negara. A. padu B. padat C. kuat D. mantap . 2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu _____ mengejar kemewahan

Latihan:

Soalan 1-4

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Kedudukan syarikat itu semakin _________ apabila memasarkan produk mereka

ke luar negara.

A. padu

B. padat

C. kuat

D. mantap

2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu ____________ mengejar kemewahan

sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak.

A. gelojoh

B. ghairah

C. gelabah

D. gayat

3. Kenderaan pacuan empat roda itu terbabas dan __________________ terjatuh ke

dalam gaung.

A. A. sipi-sipi

B. B. dekat-dekat

C. C. sedikit-sedikit

D. D. nyaris-nyaris

4. Rakyat Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme yang ___________ harus

mengelakkan diri daripada sebarang bentuk aktiviti berunsur keganasan.

A. tetap

B. B. teguh

C. C. tegak

D. D. tegap

Soalan 5-6

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Tandakan sama ada A, B,

atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · ke luar negara. A. padu B. padat C. kuat D. mantap . 2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu _____ mengejar kemewahan

5. Buah mangga muda yang dipetik oleh ibu di belakang rumah sungguh masam

A B C

rasanya. Tiada kesalahan.

D

6. Penyanyi yang terkenal itu tidak bakhil untuk melemparkan senyuman mesra

A B C

kepada para peminatnya. Tiada kesalahan.

D

Soalan 7-8

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

7. I Pesakit itu mulai segar setelah koma selama dua hari.

II Sayur-sayuran segar dijual di pasar raya yang baru dibuka itu.

III Kata-kata perangsang daripada ibu dan ayah masih segar dalam ingatanku.

IV Adik saya suka makan kek segar yang dibuat oleh emak

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. II dan IV

8. I Emak memasukkan benang yang halus itu ke dalam lubang jarum untuk

menjahit seluar adik yang terkoyak.

II Para doktor sukar mempercayai bahawa punca penyakit ganjil lelaki itu

disebabkan oleh gangguan makhluk halus.

III Halus lukisan itu terbukti membawa kejayaan kepada pelukisnya.

IV Kakak memotong bawang itu dengan halus sebelum menggorengnya. A. I dan II B. II dan III

C. III dan IV

D. II dan IV

Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · ke luar negara. A. padu B. padat C. kuat D. mantap . 2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu _____ mengejar kemewahan

B. Penggunaan Kata Dalam Ayat

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

1.

I "Untung kamu berbapaangkatkan orang kaya, kalau tidak tentu hidup kamu

merempat," kata Raj kepada Velu.

II Untung yang diperoleh oleh syarikat itu lebih daripada sasaran yang ditetapkan

oleh pihak pengurusan.

III Penduduk Kampung Salang mendapat untung yang banyak daripada pembukaan

tapak perindustrian itu.

IV "Biarlah anak kita itu berpindah, untung dia akan sedar kesilapannya," kata

bapa kepada ibu.

A. I, II, dan III

B. I, II, dan IV

C. I, III, dan IV

D. II, III, dan IV

2. I Penggunaan cecair peluntur yang berlebihan akan menurunkan warna pakaian.

II Untuk menurunkan berat badannya, Kapten Izam mengawal pemakanannya dan

sentiasa melakukan senaman.

III Bapa tidak mahu menurunkan tandatangannya sebelum membaca isi kandungan

surat perjanjian itu.

IV Pengurus pasukan bola sepak Melaka tidak akan menurunkan pemainnya yang

cedera dalam perlawanan itu.

A. II dan III B. I, III, dan IV

C. II, III dan III

D. I, II, III, dan IV

3. I "Semuanya sudah siap, tinggal hendak menggoreng ikan sahaja, mak," kata Ana

kepada Puan Arni.

II Tidak ada seorang pun yang tahu siapakah pemilik banglo tinggal itu.

III Rakyat yang miskin akan tinggal miskin jika mereka malas berusaha.

IV Mereka yang tinggal dalam pelajaran eloklah mengikuti kursus-kursus

kemahiran yang disediakan kerajaan.

A. I dan II B. II dan IV C. I, II, dan IV D. I, II, dan III

Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · ke luar negara. A. padu B. padat C. kuat D. mantap . 2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu _____ mengejar kemewahan

C. Memilih Frasa Yang Betul

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai

kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. 1. Pada separuh masa kedua, pasukan bola sepak Perlis banyak melakukan

percubaan ke arah pintu gol pasukan Perak.

A. banyak melakukan percubaan arah

B. melakukan banyak percubaan arah

C. melakukan banyak percubaan ke arah

D. banyak melakukan percubaan ke arah

2. Sewaktu wajah bayi yang yatim piatu itu saya lihat untuk pertama kali, perasaan

pilu membuak-buak di jiwa saya.

A. dilihat oleh saya untuk pertama kali

B. dilihat oleh saya untuk kali pertama

C. saya lihat untuk kali pertama

D. saya lihat untuk pertama kali

3. Sebaik-baik mencelikkan matanya, terlihat akan Yus pada wajah adik-adiknya yang tiga orang itu.

A. terlihat oleh Yus pada wajah

B. terlihat oleh Yus akan wajah

C. terlihat oleh Yus di wajah

D. terlihat akanYus pada wajah D. Memilih Ayat Yang Betul

Pilih ayat-ayat yang betul. 1. I Peragawati yang sering memperagakan pakaian di majlis-majlis besar itu

rupanya sudah berkahwin.

II Apa-apa juga kebaikan yang pernah saya berikan tidak pernah saya hebahkan.

III Pemuda itu mencuba melawan perasaan gemuruhnya semasa disoal siasat

oleh pihak polis.

IV Tidak ada seorang wartawan pun yang tahu akan nama artis itu yang sebenar.

Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · ke luar negara. A. padu B. padat C. kuat D. mantap . 2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu _____ mengejar kemewahan

A. I dan IV

B. II dan III

C. I, II, dan III

D. I, II, III, dan IV

2. I Antara haiwan liar yang terlibat dalam pertunjukan sarkas itu termasuklah

harimau, gajah, dan cimpanzi.

II Walaupun sedikit sahaja daripada kata-katanya itu yang betul, kami tetap

mendengarnya dengan teliti.

III Kejayaan pasukan boling memperoleh tiga pingat emas menggembirakan

Datuk Azalina Othman.

IV Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua penyokongnya atas kerjasama

yang diberikan mereka.

A. I dan II

B. III dan IV

C. I, III, dan IV

D. I, II, III, dan IV

3. I Kebanyakan makanan segera tidak elok dimakan kerana banyak

mengandungi bahan perisa.

II Encik Foo masih belum mahu memberitahukan sebab-sebab beliau hendak

meletakkan jawatan.

III Wanita yang akan diperisteri oleh jutawan muda itu memiliki ciri-ciri wanita

Islam sejati.

IV Dia disamun oleh sekumpulan remaja yang tidak dikenalinya semasa balik

Sekolah tengah hari tadi.

A. I dan III

B. II dan IV

C. I, II, dan III

D. II, III, dan IV

E. Memilih Ayat Yang Sama Maksud

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud

yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

1. Setelah dapat bercakap secara depandepan dengan orang yang memfitnahnya

selama ini,barulah Muliadi berasa puas.

A. Hati Muliadi puas selepas dapat bercakap secara bersemuka dengan pemfitnahnya

selama ini.

B. Untuk memuaskan hati Muliadi, pemfitnah itu bercakap secara bersemuka

Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · ke luar negara. A. padu B. padat C. kuat D. mantap . 2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu _____ mengejar kemewahan

dengannya.

C. Muliadi dapat bercakap dengan puas di hadapan pemfitnahnya baru-baru ini.

D. Pemfitnah Muliadi berasa puas apabila dapat bercakap berdepan-depan dengan

orang.

2. Dalam sukan hoki, Malaysia menduduki tempat yang kelima terbaik di Asia

selepas Korea, Pakistan, India, dan Jepun.

A. Lima buah negara yang mendominasi sukan hoki di Asia ialah Korea, Pakistan,

India, Jepun, dan Malaysia.

B. Di Asia, tempat terbaik yang dihuni Malaysia dalam sukan hoki ialah tempat

yang kelima, yakni selepas Korea, Pakistan, India, dan Jepun.

C. Malaysia adalah antara lima buah negara yang terkenal dalam sukan hoki di

benua Asia selain Korea, Pakistan, India, dan Jepun.

D. Negara-negara terbaik Asia yang berada di tempat kelima dalam sukan hoki

ialah Korea, Pakistan, India, Jepun, dan Malaysia.

3. Selepas lapan belas tahun ditinggalkan, rumah yang menjadi kediaman bekas

menteri kabinet itu runtuh dimakan anaianai.

A. Rumah tinggal berusia 18 tahun yang pernah dihuni oleh bekas menteri kabinet

itu roboh kerana dikerjakan anaianai.

B. Rumah yang pernah diduduki oleh bekas menteri kabinet selama 18 tahun itu rebah

selepas dimakan anai-anai.

C. Rumah yang ditinggalkan oleh bekas menteri kabinet itu rebah menyembah

bumi selepas 18 tahun dikerjakan anaianai.

D. Rumah bekas menteri kabinet itu roboh dikerjakan anai-anai setelah terbiar

begitu sahaja selama 18 tahun.

F. Peribahasa

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.

1. "Oh, biar saya yang mewakili kelas ini! Saya memang biasa bersyair dan bersajak,"

kata Musliha, sengaja menonjol-nonjolkan dirinya.

Perbuatan Musliha itu berpadanan dengan peribahasa __________.

A. hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong

B. kalau tak ada api, masakan ada asap

C. orang mengantuk disorongkan bantal

D. seperti enau dalam belukar

Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · ke luar negara. A. padu B. padat C. kuat D. mantap . 2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu _____ mengejar kemewahan

“Usaha tangga kejayaan”

2. Peribahasa yang diberikan itu bermaksud ___________.

A. pekerjaan yang diusahakan dengan gigih akan membuahkan hasil

B. orang yang mudah putus asa perlu diberi semangat

C. orang yang lapar akan berusaha untuk mencari makan

D. setiap perbuatan ada balasannya, sama ada baik ataupun buruk

3. Maksud peribahasa “perigi mencari timba” ialah perempuan mencari lelaki.

Pilih peribahasa yang maksudnya tidak sama dengan peribahasa di atas.

A. sungai mencari sampan

B. Lesung mencari antan

C. Rumput mencari kuda

D. Mencari umbut di dalam batu

( / )

Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · ke luar negara. A. padu B. padat C. kuat D. mantap . 2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu _____ mengejar kemewahan

Bahagian B

1 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan

kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda

tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan tatabahasa:

Kata tugas

Ayat

Istilah

Imbuhan

Hukum DM

Ayat Jenis Kesalahan

Tatabahasa

(i) Baginda sultan amat marah apabila mendapat tahu salah

seorang hulubalangnya telah membelot.

(ii) Alat tulis-alat-tulis yang dijual di koperasi sekolah

lebih murah berbanding di pasar raya.

(iii) Saya dan keluarga menginap di Panorama Hotel

semasa bercuti di Pulau Langkawi pada cuti sekolah yang

lalu.

(iv) Abang menghadiahkan seutas jam tangan untuk adik

kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam

peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · ke luar negara. A. padu B. padat C. kuat D. mantap . 2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu _____ mengejar kemewahan

( /8)

2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan

betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan ejaan:

Kata majmuk

BA BM

Vokal (a e i o u)

Tanda baca (Aa / “ ” / - )

Imbuhan (gg & kk)

Ayat Jenis Kesalahan

Ejaan

(i) Murid-murid Tingkatan Lima Intan sedang membuat

ujikaji di makmal.

(ii) Kami sekeluarga sangat gembira kerana abang berjaya

melanjutkan pelajaran diluar negara.

(iii) Gejala merempit perlu dibenteras kerana turut

menyumbang kepadagejala sosial.

( /3)

Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · ke luar negara. A. padu B. padat C. kuat D. mantap . 2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu _____ mengejar kemewahan

3 Tukarkan ayat bersusunan songsang dibawah kepada ayat bersusunan biasa.

(i) “Budak itu menangis kerana dipukul oleh kakaknya dengan kayu.

__________________________________________________________________

(ii) Kita perlu gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang.

__________________________________________________________________

(iii) Tugasan itu belum disiapkan oleh Syakila.

__________________________________________________________________

(iv) Rumah yang disewa oleh Jarjit itu terletak di hujung kampung.

__________________________________________________________________

(v) Dia dan abangnya ke Pulau Perhentian pagi kelmarin.

__________________________________________________________________

( /10)

Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · ke luar negara. A. padu B. padat C. kuat D. mantap . 2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu _____ mengejar kemewahan

4. Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian tulis satu peribahasa yang

sesuai dengan gambar tersebut.

( /4)

Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · ke luar negara. A. padu B. padat C. kuat D. mantap . 2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu _____ mengejar kemewahan

Penulisan :

A. Ringkasan (15%)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis suatu ringkasan bagaimana

caranya untuk mengelakkan remaja daripada melibatkan diri dalam masalah

jenayah.

Setiap sekolah tidak dapat dikecualikan daripada masalah. Namun

masalah yang paling ketara setakat ini ialah masalah jenayah dalam kalangan

pelajar. Ada pelbagai jenayah sekolah yang mula timbul dalam beberapa bulan

ini dan yang paling mengecewakan lagi ialah masalah ini menjadi semakin

serius sehingga melibatkan pihak berkuasa. Tetapi setiap masalah pasti dapat

diselesaikan.Ada pelbagai langkah yang boleh diambil untuk mengurangkannya

ke paras sifar dan perlu dilaksanakan daripada peringkat rendah lagi ibarat

“melentur buluh biarlah daripada rebungnya”.

Pada peringkat sekolah rendah, pihak sekolah perlulah memberi pendidikan

agama yang lebih kepada para pelajar kerana pada peringkat inilah nilai-nilai murni

mudah diserapkan ke dalam sanubari mereka. Mereka juga harus diberi kasih sayang

yang mencukupi baik daripada ibu bapa mahupun guru-guru. Pada peringkat ini juga,

mereka sepatutnya diajar dengan sebaik mungkin untuk mematuhi setiap peraturan.

Pada peringkat menengah pula, peraturan sekolah perlulah diperketat dan

hukuman yang lebih berat dikenakan jika bersalah. Kerjasama daripada pihak kerajaan

amat perlu bagi membincangkan bentuk peraturan yang perlu diwujudkan. Pihak

sekolah juga harus mengambil berat tentang masalah pelajar dengan menempatkan

beberapa guru kaunseling di sekolah. Para pelajar juga harus digalakkan untuk

melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sihat seperti bersukan, berkhemah dan

mendaki gunung. Dengan cara-cara inilah diharapkan masalah jenayah remaja di

negara ini dapat diminimakan ke suatu tahap yang bukan satu isu yang hebat

diperkatakan oleh masyarakat.

Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · ke luar negara. A. padu B. padat C. kuat D. mantap . 2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu _____ mengejar kemewahan

B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit

Berdasarkan notisyang diberikan, tulis sebuah karangan pendek yang tentang

kepentingan etika ketika bersukan.

Isi :

Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · ke luar negara. A. padu B. padat C. kuat D. mantap . 2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu _____ mengejar kemewahan

C. Karangan Umum (30%)

Karangan Dialog / Wawancara

Panduan Menulis Karangan

1. Penulisan karangan jenis dialog dan wawancara melibatkan dua pihak sekurang-

kurangnya untuk bertukar-tukar fikiran tentang sesuatu hal.

2. oleh sebab itu, perkara dan jalan ceritanya perlulah ditentukan lebih dulu

sebelum penulisan dimulakan.

3. Dalam soalan peperiksaan, biasanya satu situasi akan diberikan dan anda

mestilah menulis dialog atau wawancara dengan berdasarkan situasi tersebut.

4. Dalam penulisan dialog atau wawancara, kedua-dua pihak haruslah saling

bertanya dan memberikan pendapat atau pandangan masing-masing.

5. Selain memasukkan pendapat atau pandangan tersebut, anda juga boleh menulis

aksi kedua-dua pihak itu dalam kurungan.

6. Walau bagaimanapun, aksi tersebut biasanya ditulis dalam dialog saja dan

bukan dalam wawancara yang lebih formal sifatnya.

7. Inilah yang membezakan dialog dengan wawancara.

8. Gunakanlah kata-kata dan ayat-ayat yang mudah dan ringkas serta yang betul

dari segi tatabahasanya.

Format Dialog/ Wawancara

1. Pendahuluan

Berisi kata-kata untuk memulakan perbualan.

2. Isi-isi

Isi perbualan tentang sesuatu perkara - saling bertanya dan memberikan

pendapat orang yang berbual.

3. Penutup

Kata-kata untuk menunjukkan bahawa perbualan akan ditamatkan.

Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · ke luar negara. A. padu B. padat C. kuat D. mantap . 2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu _____ mengejar kemewahan

4. Nama-nama orang yang terlibat dalam perbualan

Dibubuh tanda noktah bertindih selepas setiap nama itu.

Contoh Soalan:

Anda berkhidmat di salah sebuah stesen televisyen swasta tempatan sebagai

wartawan. Anda telah diberi tugas membuat liputan di Majlis Anugerah Sastera

Kebangsaan dan berpeluang mewawancara pemenang utama Hadiah Sastera Remaja.

Tulis teks wawancara tersebut selengkapnya.

Pendahuluan

Mengucapkan tahniah atas kejayaannya

Isi penting

a) menanyakan perasaannya apabila dipilih sebagai pemenang utama – pihak yang

banyak memberikan dorongan.

b) Penglibatannya dalam bidang penulisan kreatif – adakah dia pernah menyertai

kursus penulisan yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu

c) Tokoh sastera yang dikaguminya dan sebab-sebab dia mengkagumi tokoh

sastera tersebut

d) Menanyakan rancangannya pada masa hadapan dalam bidang penulisan – tokoh

yang dikaguminya

Penutup

Mengucapkan tahniah sekali lagi – mengucapkan terima kasih

Contoh karangan

Wartawan: Bersama-sama dengan ini ialah adik Faizal bin Muhamad, 16 tahun

dari Segamat, Johor yang telah merangkul gelaran pemenang

utama Hadiah Sastera Remaja 2006. Bagi pihak stesen TV4, saya

ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan cemerlang Faizal.

Faizal :Oh, terima kasih!

Wartawan :Bagaimanakah perasaan Faizal apabila dipilih sebagai pemenang

utama Hadiah Sastera Remaja?

Faizal :Sebenarnya, saya tidak pernah terfikir akan terpilih sebagai

Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 16

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 19: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · ke luar negara. A. padu B. padat C. kuat D. mantap . 2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu _____ mengejar kemewahan

pemenang utama kerana penyertaan saya dalam pertandingan ini

hanyalah sekadar untuk mencuba. Saya berpendapat bahawa ada banyak

calon lain yang lebih berkaliber dalam bidang penulisan daripada saya.

Tetapi kerana inilah suratan takdir-Nya, maka saya berjaya, justeru saya

berasa syukur dan berbangga.

Wartawan :Siapakah yang banyak mendorong Faizal sehingga memungkinkan

Faizal beroleh kejayaan ini?

Faizal :Orang yang banyak memberikan dorongan kepada saya ialah ibu bapa,

guru dan tidak lupa juga rakan-rakan di sekolah. Malah, sejak di bangku

sekolah lagi, minat saya terhadap penulisan- penulisan cerpen dan puisi

sudah berputik. Hal ini mungkin disebabkan oleh minat saya yang suka

membaca, terutamanya penulisan kreatif.

Wartawan :Sepanjang penglibatan Faizal dalam penulisan kreatif, pernahkah Faizal

menyertai kursus penulisan yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu?

Faizal :Saya bukan saja pernah malah sering menyertai kursus penulisan.

Kebanyakan kursus penulisan yang saya sertai ini dianjurkan oleh Dewan

Bahasa dan Pustaka dan juga kursus anjuran Persatuan Penulis Negeri

Johor. Kursus-kursus sebegini banyak mengajar saya dalam usaha

menghasilkan tulisan yang mapan dan berkesan.

Wartawan :Sebagai pemenang Anugerah Sastera Remaja, Faizal turut menerima

hadiah wang tunai RM5000. Apakah yang akan Faizal lakukan terhadap

hadiah wang tunai tersebut?

Faizal: Jika tiada aral melintang, saya bercadang untuk membeli sebuah

komputer peribadi. Dengan ini, usaha mengarang saya akan menjadi lebih

mudah di samping hasil tulisan saya akan menjadi lebih teratur.

Wartawan :Siapakah tokoh yang Faizal kagumi dalam bidang penulisan tanah air?

Faizal :A. Samad Said. Beliau tidak pernah jemu untuk berkarya dan segala

karyanya mempunyai keunikan dan kelainan yang tersendiri.

Wartawan :Apakah rancangan Faizal pada masa hadapan dalam bidang penulisan?

Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 17

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 20: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · ke luar negara. A. padu B. padat C. kuat D. mantap . 2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu _____ mengejar kemewahan

Faizal :Saya ingin terus memperbaiki mutu cerpen yang saya hasilkan kelak dan

saya turut merancang untuk cuba menulis novel pula.

Wartawan :Baiklah, Faizal. Tampaknya, setakat inilah saja wawancara kita dan

terima kasih banyak. Sebelum berpisah, tahniah sekali saya ucapkan dan

selamat maju jaya.

Faizal :Terima kasih kembali.

Latihan:

1. Seorang pelajar sekolah anda telah dipilih sebagai pelajar cemerlang dalam

bidang akedemik dan kokurikulum. Anda telah ditugaskan untuk mewawancaranya.

Tulis wawancaranya anda itu selengkapnya.

2. Pengetua sekolah anda akan bersara. Sebagai wartawan sidang redaksi majalah

sekolah, anda ditugaskan untuk mewawancara beliau. Tuliskan wawncara tersebut.

Program Bahasa Melayu Edubest SM304_PT3_2020 18

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 21: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · ke luar negara. A. padu B. padat C. kuat D. mantap . 2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu _____ mengejar kemewahan
Page 22: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · ke luar negara. A. padu B. padat C. kuat D. mantap . 2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu _____ mengejar kemewahan
Page 23: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · ke luar negara. A. padu B. padat C. kuat D. mantap . 2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu _____ mengejar kemewahan
Page 24: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · ke luar negara. A. padu B. padat C. kuat D. mantap . 2. Ibu bapa tidak sepatutnya terlalu _____ mengejar kemewahan

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my