pusat tuisyen didikan genius program bahasa malaysia ...€¦ · a. lengkapkan ayat-ayat yang...

28
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Modul PT3 SM 108 Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 28-Aug-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Alasan Rohaizat sememangnya diterima

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Modul PT3

SM 108

Nama : _____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Alasan Rohaizat sememangnya diterima

Format Bahasa Melayu PT3

Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)

Bahagian A: (20%)

20 Soalan aneka pilihan

a. Sistem bahasa

b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)

Bahagian B: (25%)

Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)

Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%)

Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)

Bahagian C: (15%)

Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada

2)

Kertas 2 : 40% (1 jam)

Bahagian A: (10%)

Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)

Bahagian B: (30%)

Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Alasan Rohaizat sememangnya diterima

Sistem Bahasa

Bahagian A

A. Penggolongan Kata

1. Kata Nafi

1. Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sebarang frasa predikat

iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama yang terdapat

dalam predikat ayat.

2. Golongan kata ini terdiri daripada:

i. bukan

Digunakan di hadapan frasa nama dan frasa sendi.

Contoh ayat:

Lelaki itu bukan abang saya.

Jawapan ini bukan seperti yang diminta.

ii. tidak

Digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa kerja.

Contoh ayat:

Mereka tidak bekerja di situ lagi.

Rumahnya tidak jauh dari sini.

3. Kata nafi bukan boleh juga hadir bersama frasa kerja dan frasa adjektif yang

mendukung maksud pertentangan maklumat. (ada perkataan”” dalam ayat)

Contoh ayat: tetapi

Dia bukan membaca buku, tetapi tidur.

Pak Deraman bukan kaya, tetapi pemurah.

Soalan:

A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling

sesuai.

1. Alasan Rohaizat sememangnya diterima akal langsung.

A. tiada

B. tidak

C. tanpa

D. bukan

2. Jambatan itu sahaja sudah reput tetapi juga hampir roboh.

A. tidak

B. tiada

C. bukan

D. memang

Program Bahasa Melayu Edubest SM108_PT3_2020 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Alasan Rohaizat sememangnya diterima

3. Kuih tin adalah Sakinah untuk Salmah.

A. pasti

B. tentu

C. tidak

D. bukan

4. Orang ramai yang mempunyai sebarang urusan di sini diminta

beredar.

A. tiada

B. tidak

C. bukan

D. enggan

5. Beg galas ini cantik walaupun harga beg agak mahal.

A. tidak

B. tiada

C. tanpa

D. bukan

6. Semua kenderaan masih lagi dibenarkan melalui kawasan itu.

A. tidak

B. tiada

C. bukan

D. enggan

7. Walaupun dia lagi pekerja di sini, Encik Jamsari sering

mengunjungi bekas majikannya itu.

A. tiada

B. tidak

C. bukan

D. memang

8. Pada era kini, kita boleh lagi mengamalkan diskriminasi jantina.

A. tidak

B. pasti

C. masih

D. bukan

Program Bahasa Melayu Edubest SM108_PT3_2020 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Alasan Rohaizat sememangnya diterima

B. Pilih ayat-ayat yang betul

a. I Suhana bukan tinggal di sini lagi.

II Kakak bukan suka memakai pakaian yang ketat.

III Abang masih tidak dapat menyesuaikan dirinya dengan suasana di kampus.

IV Emak tidak menggemari cara masakan menantunya itu.

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I dan IV

b. I Tidak salah lagi bahawa dialah dalang dalam pertikaian ini.

II Memang bukan Ariff yang menyakat Nabila tadi.

III Kami tidak tahu-menahu sebab berlakunya kejadian itu.

IV Amir bukan faham cara untuk mengendalikan mesin faks ini.

A. I, II dan III

B. II, III dan IV

C. I, II dan IV

D. I, III dan IV

c. I Kemalangan ini berlaku bukan disebabkan oleh cuaca tetapi oleh kecuaian

manusia.

II Jerebu yang melanda tidak baik untuk kesihatan.

III Kawasan bersejarah ini tidak wajar dimusnahkan begitu sahaja. IV Bukan semua yang hadir pada hari ini bersetuju dengan cadangan itu.

A. I, II dan III

B. II, III dan IV

C. I, II dan IV

D. I, III dan IV

d. I Orang ramai bukan gemar menggunakan pengangkutan awam. II Mawar berasa tidak puas hati dengan hasil kajian tersebut. III Nenek Bedah bukan membaca surat khabar tetapi melihat gambar sahaja.

IV Marzitah bukan bekerja di Pejabat Pos Chemor lagi.

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I dan IV

e. I Jam ini bukan untuk kamu tetapi untuk kakakmu. II Syazwan masih tidak memahami cara untuk menyelesaikan masalah Matematik itu. III Encik Lee bukan bersikap seperti yang kamu ceritakan itu. IV Kami yakin tidak ada sesiapa lagi yang terperangkap di bawah runtuhan itu.

Program Bahasa Melayu Edubest SM108_PT3_2020 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Alasan Rohaizat sememangnya diterima

A. I, II dan III

B. II, III dan IV

C. I, II dan IV

D. I, III dan IV

f. I Ibrahim tidak mahu mengakui kesalahannya itu. II Dia tidak terkata apa-apa lagi setelah ditunjukkan bukti tersebut. III Syafiq sebenarnya bukan mahir dalam permainan kriket itu. IV Mereka tidak berasal dari Pengkalan Hulu seperti yang kita sangkakan selama ini.

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I dan IV

2. Kata Pemeri

Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek

dengan frasa-frasa utama dalam predikat.

Terbahagi kepada dua iaitu:

a) ialah

Pemerihalan secara persamaan dan hadir di hadapan frasa nama.(termasuk

perkataan berimbuhan meN-)

Contoh ayat:

Nama abang saya ialah Irfan.

Bapanya ialah seorang jurutera.

b) adalah

Pemerihalan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi

nama.

Contoh ayat:

Jawapan yang ditulisnya itu adalah salah.

Contoh masalah itu adalah seperti penguatkuasaan undang-undang yang

lemah.

Soalan:

A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Kereta itu ___________ kepunyaan Tuan Haji Dollah yang tinggal di tebing

sungai itu.

A. ada

Program Bahasa Melayu Edubest SM108_PT3_2020 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Alasan Rohaizat sememangnya diterima

B. ialah

C. adalah

D. adanya

2. Mereka ____________ kumpulan pelajar yang terpilih untuk menyertai

kelab kriket sekolah kami.

A. ialah

B. adalah

C. termasuk

D. melibatkan

3. Anak gadis Pak Din _________ yang paling ayu di dalam kelas kami.

A. ialah

B. sudah

C. adalah

D. memang

4. Orang ramai beranggapan bahawa tindakan kerajaan menaikkan harga petrol

_________ wajar.

A. patut

B. pasti

C. ialah

D. adalah

5. Pertikaian mereka berdua itu __________ tentang soal perebutan harta

pusaka.

A. ialah

B. adalah

C. berkenaan

D. berhubung

B. Pilih ayat-ayat yang betul.

1. I Malik adalah seorang pelajar yang pintar.

II Emak saya adalah akauntan di syarikat ini.

III Beliau ialah orang tengah dalam pertelingkahan itu.

IV Tujuan Rosli menyertai program kemasyarakatan itu adalah untuk

menimba pengalaman.

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I dan IV

Program Bahasa Melayu Edubest SM108_PT3_2020 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Alasan Rohaizat sememangnya diterima

2. I Kata-katanya adalah palsu belaka.

II Dia adalah berasal dari Kuala Kangsar.

III Syazwan ialah ketua pelajar sekolah kami.

IV Ribut semalam adalah luar biasa kencangnya.

A. I, II dan III

B. II, III dan IV

C. I, II dan IV

D. I, III dan IV

3. I Projek ini adalah sebahagian daripada rancangan pembangunan di kampung

kami.

II Keputusan yang dibuatnya itu adalah muktamad.

III Christon ialah antara dua orang pemain sekolah kami yang terpilih untuk

Mewakili daerah ini.

IV Pemenang pertandingan itu adalah anak ketua kampung kami.

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I dan IV

4. I Jawapan anda ialah salah.

II Keretanya ialah di sebelah hujung sana.

III Harga barang ini adalah murah-murah belaka.

IV Bapanya ialah seorang pegawai polis di Bukit Aman.

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I dan IV

5. I Loket ini ialah loket Hani yang paling cantik.

II Perasmi balai raya itu ialah Datuk Rahman Palil.

III Othman adalah anak kedua Mak Jah dan suami pertamanya dahulu.

IV Kami ialah wakil Syarikat Maju Tanah, iaitu perunding projek hartanah ini.

A. I, II dan III

B. II, III dan IV

C. I, III dan IV

D. I, II dan IV

Program Bahasa Melayu Edubest SM108_PT3_2020 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Alasan Rohaizat sememangnya diterima

6. I Paras air sungai itu sekarang adalah tinggi.

II Buah oren ini adalah ditanam di China.

III Memang dia adalah penama dalam wasiat tersebut.

IV Jumlah kereta syarikat itu ialah sepuluh buah.

A. I dan. II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I dan IV

B. Penggunaan Kata Dalam Ayat

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

1. I Ketinggian budak yang berusia 11 tahun itu sama paras dengan ketinggian

bapanya.

II Lif itu mengalami kerosakan sebaik-baik sahaja tiba di paras 14.

III Sejak diisytiharkan sebagai bandar raya, Ipoh telah mula berubah paras.

IV Selain memiliki paras yang cantik, dia juga pintar dan berbudi bahasa.

A. I dan II

B. I dan IV

C. I, II, dan IV

D. II, III, dan IV

2. I Pertempuran yang berlaku di sempadan kedua-dua buah negara itu masih belum

tamat.

II Dia menjadikan apa-apa yang baik sebagai teladan dan apa-apa yang buruk

sebagai sempadan.

III Tidak ada sempadan kekuasaan Allah terhadap makhluk-Nya.

IV Sempadan kelajuan kenderaan di lebuh raya itu ditetapkan pada kadar 90

kilometer sejam.

A. I dan II

B. III danIV

C. I, II, dan III

D. I, II, III, dan IV

C. Memilih Frasa Yang Betul

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai

kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Program Bahasa Melayu Edubest SM108_PT3_2020 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Alasan Rohaizat sememangnya diterima

Tandai sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandai D jika

tiada kesalahan.

1. Penduduk kampung itu mendesak agar kerajaan mempercepat pembinaan

jambatan di kampung mereka.

A. mendesak agar mempercepat kerajaan

B. mendesak kerajaan agar mempercepat

C. mendesak kepada kerajaan agar mempercepat

D. mendesak agar kerajaan mempercepat

2. Pak Tareq hanya menjual buah-buah kelapa yang muda-muda sahaja kepada

pemborong itu.

A. buah kelapa yang muda-muda

B. buah kelapa-buah kelapa yang muda

C. buah-buahan kelapa yang muda-muda

D. buah-buah kelapa yang muda-muda

3. Gerila Iraq memperhebat serangan mereka lagi terhadap tentera Amerika yang

menceroboh negara mereka.

A. memperhebatkan serangan mereka lagi

B. memperhebatkan serangan mereka

C. menghebatkan serangan mereka lagi

D. memperhebat serangan mereka lagi

D. Memilih Ayat Yang Betul

Pilih ayat-ayat yang betul.

1. I Pencuri yang bersembunyi di atas sepohon kayu itu menggigil apabila disalak

anjing.

II Lelaki yang biadab itu dipukul oleh Puan Wong dengan sekaki payung.

III Cikgu Ho meletakkan dua gelung kad manila yang dibawanya di atas meja.

IV Azean tersenyum apabila dihadiahi bapanya seutas jam tangan berjenama Casio.

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

2. I Siraj bertanya kepada Erman, "Hendakkah awak menemani saya membeli-

belah ebsok?"

II "Usah dimarahi dia kerana dia hanya mahu bergurau dengan kamu," kata ibu

kepada abang.

III "Pergilah, bapa kamu itu ingin benar berjumpa dengan kamu," kata ibu

Program Bahasa Melayu Edubest SM108_PT3_2020 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Alasan Rohaizat sememangnya diterima

kepada kakak.

IV 'Apakah perkara yang hendak awak katakan itu?" soal Maria kepada Tania.

A. I dan II

B. III dan IV

C. II, III, dan IV

D. I, II, III, dan IV

3. I Kawad perpisahan itu diadakan bersempena dengan persaraan Ketua Polis

Negara.

II Kemalangan yang hebat itu meragut tiga nyawa, semuanya pelajar sekolah

rendah.

III Kerana tidak mengikuti peraturan jalan raya, dia disaman oleh pihak polis.

IV Syarikat itu akan diurus oleh seorang pengurus baharu yang berasal dari Jepun.

A. I dan II

B. I dan IV

C. I, III, dan IV

D. II, III, dan IV

E. Memilih Ayat Yang Sama Maksud

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud yang

paling hampir dengan ayat tang dicetak tebal.

1. Kepintaran Lia dalam mata pelajaran Matematik dimanfaatkannya dengan

sebaik-baiknya untuk meningkatkan pencapaiannya dalam mata pelajaran

itu.

A. Lia memanfaatkan kepandaiannya dalam Matematik untuk meningkatkan

prestasinya dalam subjek itu.

B. Prestasi Lia dalam mata pelajaran Matematik meningkat kerana dia pandai

memanfaatkan kelebihannya itu.

C. Sebaik-baik sahaja Lia memanfaatkan kepandaiannya dalam Matematik,

prestasinya dalarn subjek itu meningkat.

D. Peningkatan prestasi Lia yang baik dalam Matematik mungkin kerana dia pandai

dalam subjek itu.

2. Pulangan yang dijanjikan daripada pelaburannya di Bangkok ditunggu-

tunggu oleh hartawan itu dari bulan ke bulan.

A. Dari sebulan ke sebulan hartawan itu tertunggu-tunggu akan kepulangan yang

dijanjikan oleh pelaburnya di Bangkok.

B. Setiap bulan hartawan itu menunggu-nunggu hasil pendapatan yang dijanjikan

Program Bahasa Melayu Edubest SM108_PT3_2020 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Alasan Rohaizat sememangnya diterima

daripada pelaburannya di Bangkok.

C. Pulangan yang ditunggu-tunggu oleh hartawan itu dari bulan ke bulan dijanjikan

untuk dilaburkan di Bangkok.

D. Hartawan itu menunggu kepulangan pelaburnya dari bulan ke bulan seperti yang

dijanjikannya di Bangkok.

3. Sekumpulan pelajar akan mengadakan perkhemahan di Taman Rimba

Sebangkoi yang terletak tidak jauh dari bandar Sarikei.

A. Sekumpulan pelajar dari bandar Sarikei akan mengadakan perkhemahan tidak jauh

dari Taman Rimba Sebangkoi.

B. Letaknya perkhemahan yang diadakan oleh sekumpulan pelajar di Taman Rimba

Sebangkoi itu tidak jauh dari bandar Sarikei.

C. Suatu perkhemahan akan diadakan oleh sekumpulan pelajar di Taman Rimba

Sebangkoi yang letaknya berhampiran dengan bandar Sarikei.

D. Perkhemahan yang diadakan di Taman Rimba Sebangkoi, tidak jauh dari bandar

Sarikei itu, disertai oleh sekumpulan pelajar.

F. Peribahasa

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.

1. Pasukan pantun itu muncul sebagai johan kembali setelah mengalami kekalahan

pada tahun lalu.

Kejayaan mereka itu ibarat ………………..

A. seperti sirih pulang ke gagang

B. seperti cincin dengan permata

C. seperti bulan dipagar bintang

D. seperti buku dengan ruas

2. Encik Lam amat berhati-hati ketika berurusan dengan pembekal kerana dia pernah

terpedaya oleh pembekal tersebut.

Perbuatan Encik Lam itu ibarat ………………..

A. buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali

B. sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

C. ayam terlepas, tangan berbau tahi

D. sekali jalan kena, dua kali jalan tahu

3. Walaupun sudah bekerja sepuluh tahun, Talib tidak dapat membina kerjayanya

kerana asyik bertukar pekerjaan.

Sikap Talib itu dikatakan ………………….

A. belum duduk sudah berlunjur

Program Bahasa Melayu Edubest SM108_PT3_2020 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Alasan Rohaizat sememangnya diterima

B. besar periuk besarlah keraknya

C. buang yang keruh ambit yang jernih

D. batu yang bergolek itu tidak lekat lumpur

( / )

Program Bahasa Melayu Edubest SM108_PT3_2020 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Alasan Rohaizat sememangnya diterima

Bahagian B:

1 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan

kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak

perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan tatabahasa:

Kata tugas

Ayat

Istilah

Imbuhan

Hukum DM

Ayat Jenis Kesalahan

Tatabahasa

(i) Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan lukisan ini

ialah satu setengah jam..

(ii) Pengetua menyampaikan hadiah kepada para pemenang-

pemenang pertandingan.

(iii) Beliau telah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun

kerana terbabit dalam kesalahan itu.

(iv) Azman menghadiri majlis perkahwinan kawannya

berpandukan kepada peta yang terdapat pada kad jemputan.

( /8)

Program Bahasa Melayu Edubest SM108_PT3_2020 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Alasan Rohaizat sememangnya diterima

2 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan

betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan ejaan:

Kata majmuk

BA BM

Vokal (a e i o u)

Tanda baca (Aa / “ ” / - )

Imbuhan (gg & kk)

Ayat Jenis Kesalahan

Ejaan

(i) Manusia mempunyai lima organderia iaitu telinga, kulit,

lidah, mata dan hidung.

(ii) Ticket bas dari Kuala Lumpur ke Kelantan telah habis

dijual kerana Hari Raya Aidilfitri akan menjelang tidak lama

lagi.

(iii) Gerai Pak Din menjual beranika sayur segar yang

ditanamnyasendiri.

( /3)

3. Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat majmuk..

Latihan :

(i) Emak memasak ayam rendang.

Kakak menanak nasi.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest SM108_PT3_2020 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Alasan Rohaizat sememangnya diterima

(ii) Itik-itik yang diternak oleh datuk dihalau ke reban.

Waktu petang telah menjelang.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(iii) Kehidupan Pak Leman sekeluarga mulai berubah.

Pak Leman menyertai tanah rancangan kerajaan.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(iv) Jalan itu perlu ditutup.

Jalan itu berlakubanjir kilat

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(v) Mizam berminat untuk membeli baju sukan yang berjenama itu.

Wangnya tidak mencukupi.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

( /10)

Program Bahasa Melayu Edubest SM108_PT3_2020 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Alasan Rohaizat sememangnya diterima

4. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai

dengan gambar tersebut.

( /4)

Program Bahasa Melayu Edubest SM108_PT3_2020 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Alasan Rohaizat sememangnya diterima

Penulisan :

A. Ulasan (15%)

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam

gambar tersebut. Tulis ulasan yang panjangnya antara 80 sehingga 100 patah

perkataan.

Program Bahasa Melayu Edubest SM108_PT3_2020 16

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 19: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Alasan Rohaizat sememangnya diterima

B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit

Berdasarkan maklumat yang diberikan, tulis sebuah karangan pendek. Panjang

karangan anda antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Isi :

Program Bahasa Melayu Edubest SM108_PT3_2020 17

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 20: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Alasan Rohaizat sememangnya diterima

C. Karangan Umum (30%)

Karangan Jenis Laporan

Panduan Menulis Karangan Laporan

1. Laporan iaIah jenis karangan yang ditulis tentang sesuatu perkara yang bertujuan

untuk memberitahu pihak tertentu. Umumnya terdapat tiga jenis laporan, iaitu:

(a) laporan kegiatan persatuan;

(b) laporan tentang kegiatan-kegiatan seperti lawatan, sukan, pameran,

pertunjukan, ataupun peristiwa utama;

(c) laporan minit mesyuarat.

2. Laporan persatuan biasanya berupa catatan tentang kegiatan-kegiatan yang telah

dijalankan oleh pihak persatuan yang berkenaan.

3. Laporan minit mesyuarat pula berkaitan dengan catatan tentang perjalanan

mesyuarat.

4. Jika laporan tersebut merupakan laporan tentang suatu peristiwa seperti lawatan,

ekspedisi, pesta, perkhemahan, perayaan, sukan, dan sebagainya, maka isi-isi

laporan tersebut akan memerihalkan perkembangan peristiwa-peristiwa tersebut.

5. Sebelum membuat laporan, calon seharusnya mengumpulkan isi-isi seperti tajuk,

permulaan atau pengenalan, isi laporan, kesimpulan, serta nama dan jawatan

pelapor.

6. Setiap karangan jenis laporan mesti nnengandungi tiga bahagian utama, iaitu

pendahuluan, isi-isi penting, dan penutup.

7. Gunakanlah bahasa yang mudah, tepat, dan padat. Biarlah ayat-ayat itu pendek

tetapi berkesan.

8. Sekiranya menulis laporan minit mesyuarat, caIon dicadangkan supaya

menggunakan sistem subtopik (topik kecil) bagi memudahkan bacaan dan

rujukan.

9. Format lengkap sebuah laporan yang baik seperti yang berikut:

Program Bahasa Melayu Edubest SM108_PT3_2020 18

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 21: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Alasan Rohaizat sememangnya diterima

A Tajuk laporan

Ditulis dengan huruf besar pada awal setiap perkataan serta digariskan di

bawahnya.

B Isi laporan

Dimulakan dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup.

C Pengakuan pelapor

Pengakuan pelapor seperti “Yang menjalankan tugas” ditulis di sebelah kiri

selepas perenggan terakhir laporan dan selang tiga baris. Huruf pertama

mestilah berhuruf besar dan tanda koma dibubuh selepas pengakuan tersebut.

D Tarikh laporan

Dicatat pada sebelah kanan laporan, iaitu sebaris dengan pengakuan pelapor

dan diakhiri dengan tanda noktah.

E Tandatangan pelajar

Ditulis di sebelah kiri, iaitu di bawah pengakuan pelapor.

F Nama pelapor

Ditulis dengan huruf besar sepenuhnya di dalam kurungan selepas tandatangan

pelapor.

G Jawatan pelapor

Ditulis di sebelah kiri selepas nama pelapor dan dibubuh tanda koma di

hujungnya. Seterusnya ditulis nama persatuan yang diwakili dan sebagainya

serta diakhiri tanda noktah.

10. Kesilapan yang kerap dilakukan oleh calon ialah gagal menulis tajuk laporan

yang sesuai dan tajuk yang ditulis pula terlalu panjang.

Contoh Soalan

Calon sebagai setiausaha sebuah persatuan di sekolah diminta untuk menyiapkan

laporan lengkap tentang aktiviti-aktiviti tang telah dijalankan sepanjang tahun.

Rangka Karangan

Program Bahasa Melayu Edubest SM108_PT3_2020 19

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 22: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Alasan Rohaizat sememangnya diterima

Pendahuluan

tajuk laporan – sejarah penubuhan – jumlah keahlian – tujuan penubuhan – aktiviti

yang dijalankan

Isi-isi penting

a. latihan kawad kaki – pertandingan kawad kaki – menjadi johan – melatih murid

sekolah yang berdekatan

b. ceramah kesihatan – masalah kesihatan yang semakin serius – cara-cara merawat

luka

c. lawatan ke rumah orang-orang tua – bergotong-royong membersihkan kawasan –

mengadakan persembahan

d. jamuan perpisahan – turut memberikan sijil kepada ahli yang lulus dalam

peperiksaan pertolongan cemas

e. kem tahunan – ceramah motivasi, aktiviti lasak – Berjaya memupuk semangat

berpasukan

Penutup

berharap aktiviti dapat diteruskan pada tahun hadapan – mengucapkan terima kasih

kepada guru penasihat atas sokongan padu

Laporan Persatuan St. John Ambulans

Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Permai Tahun 2018

Persatuan St. John Ambulans Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Permai

telah ditubuhkan pada tahun 1990. Ahli persatuan ini semakin meningkat dari setahun

ke setahun. Pada tahun ini Persatuan St. John Ambulans telah berjaya menarik minat

130 orang murid menyertai persatuan ini. Mereka terdiri daripada murid Tingkatan

Peralihan sehingga Tingkatan lima. Persatuan ini diasaskan untuk memberikan

peluang kepada murid-murid untuk belajar tentang cara-cara memberikan pertolongan

cemas secara teori dan praktis kepada semua orang yang memerlukan.

Program Bahasa Melayu Edubest SM108_PT3_2020 20

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 23: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Alasan Rohaizat sememangnya diterima

Sepanjang tahun ini, Persatuan St. John Ambulans banyak menganjurkan

aktiviti yang berfaedah kepada murid-murid, terutamanya kepada ahlinya. Antaranya

ialah latihan kawad kaki yang diadakan pada setiap hari Sabtu. Selain itu, pendedahan

tentang cara-cara merawat pesakit turut diadakan setiap kali perjumpaan ahli.

Pada bulan Julai yang lalu, pertandingan kawad kaki peringkat daerah Hulu

Langkat telah diadakan. Dalam pertandingan tersebut, Persatuan St. John Ambulans

Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Permai telah muncul sebagai johan.

Kemenangan ini sedikit sebanyak telah Berjaya mengharumkan nama sekolah di

peringkat daerah. Selaras dengan kejayaan itu, Persatuan St. John Ambulans Sekolah

Menengah Kebangsaan Tasik Permai telah diberi kepercayaan untuk melatih murid-

murid dari sekolah yang berdekatan untuk aktiviti kawad kaki.

Selain itu, ceramah kesihatan juga diadakan untuk ahli persatuan ini. Ceramah

kesihatan telah disampaiakn oleh Dr. Fatin Nabilah yang dijemput khas dari Hospital

Universiti Kebangsaan Malaysia. Ceramah ini mengupas masalah kesihatan yang

semakin serius seperti penyakit berjangkit dan sebagainya. Selain itu, murid-murid

juga diberikan pendedahan tentang cara-cara merawat luka. Ceramah ini berjaya

menarik minat 100 orang murid untuk menyertainya. Sehuhungan dengan hal itu,

murid-murid dapat memanfaatkan pengetahuan yang diperoleh dan seterusnya

mengaplikasikannya dalam kehidupan harian mereka.

Seterusnya, Persatuan St. John Ambulans juga telah mengadakan lawatan ke

Rumah Orang-orang Tua di Cheras. Ahli persatuan turut mengumpulkan pakaian dan

makanan untuk didermakan kepada orang-orang tua di rumah kebajikan tersebut.

Persatuan ini juga bergotong-royong membersihkan kawasan rumah orang-orang tua

itu. Ahli-ahli persatuan berusaha untuk menggembirakan orang-orang tua di situ

dengan mengadakan persembahan ringkas pada akhir lawatan.

Pada akhir bulan September, satu majlis telah diadakan yang bertujuan

untuk memberikan sijil kepada ahli jawatankuasa dan semua ahli Persatuan St.

John Ambulans yang lulus dalam peperiksaan pertolongan cemas. Sempena

dengan majlis tersebut, satu jamuan perpisahan telah diadakan. Guru-guru

Program Bahasa Melayu Edubest SM108_PT3_2020 21

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 24: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Alasan Rohaizat sememangnya diterima

penasihat dan ahli persatuan dijemput hadir untuk memeriahkan majlis tersebut.

Majlis tersebut telah berjalan dengan lancar dan jayanya.

Di samping itu, ahli-ahli persatuan juga berpeluang untuk menyertai kem

tahunan selama tiga hari dua malam yang diadakan di Lata Kijang, Perak. Kem

ini diadakan bermula pada 13 November 2006. Sebanyak 70 orang murid

menyertai kem tersebut dengan diiringi oleh lima orang guru penasihat. Antara

aktiviti yang dijalankan ialah ceramah motivasi dan aktiviti lasak yang

memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Aktiviti yang diadakan berjaya

memupuk semangat berpasukan dalam kalangan ahli persatuan.

Kami berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh persatuan

ini. Ahli jawatankuasa tertinggi berharap agar aktiviti-aktiviti seperti ini dapat

diteruskan pada tahun-tahun yang berikutnya. Ribuan terima kasih diucapkan

kepada guru penasihat yang memberikan sokongan padu terhadap segala

aktiviti yang dijalankan. Diharapkan agar persatuan ini bertambah cemer lang

dan dapat menarik minat lebih banyak murid untuk menyertainva pada tahun

hadapan.

Laporan disediakan oleh, 30 NOVEMBER 2018

Amirul Aiman

(AMIRUL AIMAN BIN AZMI)

Setiausaha,

Persatuan St. John Ambulans,

Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Permai.

Program Bahasa Melayu Edubest SM108_PT3_2020 22

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 25: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Alasan Rohaizat sememangnya diterima

Latihan:

1. Anda merupakan setiausaha Persatuan Bulan Sabit Merah. Persatuan anda

telah menganjurkan Minggu Kesihatan di sekolah selama seminggu. Anda

dikehendaki menyediakan laporan tentang perjalanan Minggu Kesihatan itu. Tulis

laporan anda selengkapnya.

2.Sekolah anda telah mengadakan Bulan Kemerdekaan sempena Hari Kebangsaan

tahun ini. Tulis sebuah laporan tentang Bulan kemerdekaan yang diadakan di sekolah

anda.

Program Bahasa Melayu Edubest SM108_PT3_2020 23

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 26: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Alasan Rohaizat sememangnya diterima
Page 27: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Alasan Rohaizat sememangnya diterima
Page 28: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1. Alasan Rohaizat sememangnya diterima

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my