pusat tuisyen didikan genius program bahasa melayu ......semua penonton akan _____ untuk menyaksikan...

28
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest Tahap SR 3A Modul 2 Nama : ____________________________

Upload: others

Post on 12-Dec-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......Semua penonton akan _____ untuk menyaksikan persembahan akrobatik dari China kali ini. 10. Para pelancong tertarik oleh _____

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest

Tahap SR3A

Modul 2

Nama : ____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......Semua penonton akan _____ untuk menyaksikan persembahan akrobatik dari China kali ini. 10. Para pelancong tertarik oleh _____

Markah Kuiz Komputer

Minggu Tarikh Tatabahasa

(%)

Perbendaharaan Kata (%)

Peribahasa

(%)

Lain-lain

1

2

3

4

5

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......Semua penonton akan _____ untuk menyaksikan persembahan akrobatik dari China kali ini. 10. Para pelancong tertarik oleh _____

Program Bahasa Melayu Edubest Modul 2

A. Bacaan

Bacaan : Melawat Zoo Negara

a. Perbendaharaan Kata

Bil. Perkataan/Frasa Kata Akar 意思

1 baru-baru ini

- belakangan ini

近来

2 pemuliharaan

- memulih dan memelihara

维护

3 pupus

- habis / mati semua sekali

绝种

4 persekitaran

- kawasan sekitar

周围环境

5 habitat

- tempat tinggal semula jadi bagi haiwan

居住之处

6 rekreasi

- berehat sambil melapangkan fikiran

休闲

7 mengunjungi

- melawat

光顾/参观

8 hari kelepasan am

- cuti umum/awam

公共假期

9 dikenakan bayaran

- dikehendaki membayar

须付费

10 ditempatkan

- diletakkan, dipindahkan ke

被安置在

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......Semua penonton akan _____ untuk menyaksikan persembahan akrobatik dari China kali ini. 10. Para pelancong tertarik oleh _____

11 fizikal

- rupa atau bentuk luaran

外貌/形

12 digolongkan

- dikumpulkan, dikategorikan

被归入

13 mamalia

- haiwan yang beranak dan menyusu

哺乳动物

14 sebahagian besar

- kebanyakan

大部分

15 diliputi

- ditutupi

被盖

16

reptilia

- haiwan yang berdarah sejuk, bersisik dan

bertelur

两栖动物

17 sesetengah

- sebahagian

一些

18 gelagat

- kelakuan

行为

19 mengusik-usik

- mengacau, mempermainkan

戏弄

20 menjamu selera

- makan, mengisi perut

享用食物

21 sempat

- cukup masa

来得及

22 celah

- ruang di antara dua benda

裂缝

23 berendam

- rendam di dalam air

沉浸

24 alam

- persekitaran benda hidup

自然环境

25 maging

- haiwan yang makan daging

肉食动物

26 aksi

- gerak-geri

动作

27 persembahan

- pertunjukan

表演

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......Semua penonton akan _____ untuk menyaksikan persembahan akrobatik dari China kali ini. 10. Para pelancong tertarik oleh _____

28 memperlihatkan

- menunjukkan, mempersembahkan

呈献

29 berlabel

- bertanda

有标志

30

peta taburan

- peta yang menunjukkan tempat yang wujudnya

binatang di dunia ini

分布图

31 tempoh kehamilan

- tempoh masa mengandung

怀孕期间

32 memperoleh

-mendapat

获得

b. Latihan perbendaharaan kata – Isi tempat kosong

1. Manusia juga ______________ dalam keluarga mamalia.

2. ___________________, pihak kerajaan telah meluluskan

permohonan syarikat telekomunikasi untuk menaikkan bayaran

panggilan telefon.

3. Taman ___________ turut disediakan di taman perumahan yang

baru itu.

4. Mangsa banjir telah ______________ di balai raya sementara

menunggu paras air bah turun.

5. ______________ pemain organ terkenal di dunia itu amat

mempesonakan.

6. Encik Ramli _____________ banyak pengalaman yang berharga

daripada pengembaraan ke luar negeri kali ini.

7. Jika tiada kesesakan lalu lintas, kita masih ______________

menaiki bas yang dijadualkan bertolak pada pukul 8.00 malam itu.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......Semua penonton akan _____ untuk menyaksikan persembahan akrobatik dari China kali ini. 10. Para pelancong tertarik oleh _____

8. ______________ pelajar lebih suka bermain permainan video

daripada menonton televisyen pada masa lapang.

9. Semua penonton akan _____________________ untuk

menyaksikan persembahan akrobatik dari China kali ini.

10. Para pelancong tertarik oleh ____________ orang utan yang

lucu itu.

11. Selepas penat membeli-belah, Puan Ainon dan anak perempuannya

_________________ di restoran makanan segera yang terdapat

di dalam pusat beli-belah itu.

12. Jutawan muda itu memiliki _______________________

daripada harta bapanya yang baru meninggal dunia itu.

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......Semua penonton akan _____ untuk menyaksikan persembahan akrobatik dari China kali ini. 10. Para pelancong tertarik oleh _____

B. Bacaan

Melawat Zoo Negara

Baru-baru ini, Alia dan Melina telah melawat Zoo Negara. Zoo

Negara ialah pusat pemuliharaan binatang liar. Tujuannya adalah untuk

mengawal binatang liar ini supaya tidak pupus. Pihak Zoo Negara juga

merupakan persekitaran yng sesuai dengan sifat dan habitat binatang-

binatang liar tersebut. Selain itu, Zoo Negara juga merupakan tempat

rekreasi. Ramai orang mengunjungi Zoo Negara pada hujung minggu dan

hari-hari kelepasan am.

Melina dan Alia pergi bersama kakak Melina. Mereka pergi dengan

kereta. Apabila tiba di Zoo Negara, mereka lihat ramai orang. Setiap

pelawat dikenakan bayaran masuk, iaitu RM12 bagi orang dewasa dan

RM6 bagi kanak-kanak. Selepas membayar tiket masuk, mereka pun

menaiki kereta api khas yang disediakan oleh pihak Zoo Negara.

Melina dan Alia melihat banyak binatang liar. Binatang-binatang itu

ditempatkan di dalam sangkar khas. Antara binatang yang terdapat di

Zoo Negara ialah singa, harimau, arnab, orang utan, buaya, ular, burung-

burung dan lain-lain lagi.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......Semua penonton akan _____ untuk menyaksikan persembahan akrobatik dari China kali ini. 10. Para pelancong tertarik oleh _____

Melina dan Alia masih ingat lagi tentang sifat fizikal haiwan yang

dipelajari mereka di sekolah. Harimau, singa, arnab dan orang utan

digolongkan dalam keluarga mamalia. Sebahagian besar daripada haiwan

mamalia hidup di darat. Binatang-binatang ini berdarah panas,

melahirkan anak dan badan diliputi bulu-bulu halus.

Ular dan buaya pula digolongkan dalam kumpulan reptilia.

Sesetengah haiwan reptilia hidup di air dan sesetengah lagi hidup di

darat. Haiwan reptilai berdarah sejuk, bertelur dan kulitnya bersisik

kering.

Melina dan Alia melihat pelbagai gelagat kanak-kanak yang melawat

Zoo Negara. Ada yang nakal mengusik-usik orang utan. Ada yang

menangis kerana takut akan harimau. Mereka terhibur dengan gelagat

kanak-kanak dan telatah haiwan-haiwan di situ.

Selepas penat berjalan, kakak Melina mengajak mereka berehat

dan makan tengah hari. Mereka makan di restoran makanan segera.

Pihak Zoo Negara juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk

keselesaan pelawat. Kemudahan-kemudahan tersebut ialah taman

rekreasi, tandas awam, pengangkutan, tempat menjamu selera dan lain-

lain.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......Semua penonton akan _____ untuk menyaksikan persembahan akrobatik dari China kali ini. 10. Para pelancong tertarik oleh _____

“Selepas ini, kita hendak ke mana pula, kak?” tanya Melina kepada

kakaknya.

“Selepas makan kita pergi melawat Taman Buaya. Kemudian, kita

lihat pertunjukan ikan lumba-lumba pula,” jawab kakaknya.

“Pertunjukan ikan lumba-lumba? Bila pertunjukan itu akan

diadakan?” tanya Alia pula.

“Ya Alia, pertunjukan ikan lumba-lumba itu akan bermula pada

pukul 4.00 petang. Masih sempat lagi untuk kita lawat Taman Buaya

dahulu,” jawab kakak Melina.

“Tentu menarik pertunjukan itu. Saya pernah melihat ikan lumba-

lumba membuat pertunjukan di televisyen,” sambut Melina dengan wajah

berseri-seri.

“Cepatlah makan, Melina. Nanti tidak sempat pula kita. Saya

hendak mendapatkan tempat di bahagian hadapan sekali,” Alia pula

bersuara. Kakak Melina hanya tersenyum melihat gelagat Alia dan

adiknya.

Selepas makan, mereka melawat Taman Buaya. Ramai orang di situ.

Taman Buaya itu menempatkan lima ekor buaya. Pihak Zoo Negara

menyediakan kolam dam tempat tinggal yang sesuai dengan habitat

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......Semua penonton akan _____ untuk menyaksikan persembahan akrobatik dari China kali ini. 10. Para pelancong tertarik oleh _____

buaya. Melina dan Alia melihat dua ekor buaya sedang berehat dicelah

batu dan tiga ekor buaya lagi sedang berendam di dalam air. Buaya dapat

hidup dalam dua alam, iaitu di darat dan di air. Buaya bertelur dan

menetaskan anak. Buaya ialah haiwan maging. Pada setiap pagi dan

petang, penjaga Taman Buaya itu akan memberi buaya-buaya itu daging.

“Kalaulah awak terjatuh ke dalam kolam itu, habis awak

dimakannya,” Alia mengusik Melina.

“Kalau begitu, awaklah yang jatuh, saya hendak melihat

pertunjukan ikan lumba-lumba selepas ini,” balas Melina pula.

“Cepatlah kak, kita pergi ke sana,” gesa mereka berdua.

Apabila sampai di kolam besar tempat pertunjukan itu diadakan,

kelihatan sudah ramai orang berbaris untuk membeli tiket. Mereka pun

turut berbaris. Setelah mendapatkan tiket, mereka terus mengambil

tempat di barisan hadapan. Tepat pukul 4.00 petang pertunjukan itu pun

bermula.

Dua ekor ikan lumba-lumba dilepaskan ke dalam kolam tersebut.

Pelbagai aksi menarik ditunjukkan oleh ikan lumba-lumba. Ikan lumba-

lumba tersebut dengan bijak mengikut arahan jurulatihnya.

Persembahan itu sungguh menarik dan menghiburkan. Melina tidak

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......Semua penonton akan _____ untuk menyaksikan persembahan akrobatik dari China kali ini. 10. Para pelancong tertarik oleh _____

melepaskan peluang merakamkan gambar ikan lumba-lumba iu sewaktu

memperlihatkan aksi yang menarik. Semua pelawat berasa sungguh

terhibur.

“Sungguh seronok saya melihat aksi ikan lumba-lumba yang bijak iu

tadi,” kata Alia sewaktu dalam perjalanan pulang.

“Ya, Alia, Melina, zoo sebenarnya dapat mendidik orang ramai

tentang habitat haiwan. Contohnya, dengan menyediakan maklumat

berlabel yang menunjukkan habitat semula jadi, peta taburan, cara

hidup, sumber makanan utama, tempoh kehamilan dan sebagainya,” kata

kakak Melina.

Alia dan Melina mengangguk faham. Mereka akui, mereka telah

memperoleh pengetahuan yang berguna dengan melawat Zoo Negara.

Selama ini mereka hanya mempelajarinya di sekolah, tetapi pada hari

itu, mereka dapat melihat sendiri habitat dan sifat haiwan-haiwan

tersebut.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......Semua penonton akan _____ untuk menyaksikan persembahan akrobatik dari China kali ini. 10. Para pelancong tertarik oleh _____

C. Pemahaman

1. Haiwan mamalia

i. berdarah sejuk

ii. berdarah panas

iii. tidak berdarah

iv. bersisik

v. beranak

vi. bertelur

vii. menyusu

Jawapan :_______________

2. Jika Encik Mazhar membawa orang rumahnya dan tiga orang anak

ke Zoo Negara, bayaran yang dikenakan ialah ____________. (KBAT)

3. Antara berikut, kemudahan yang manakah tidak disediakan oleh

pihak Zoo Negara untuk keselesaan pengunjung ?

i. pondok makan

ii. kereta api khas

iii. tandas awam

iv. sangkar khas

v. kolam ikan lumba-lumba

vi. kaunter tiket

vii. taman buaya

Jawapan :_______________

4. Apakah keistimewaan buaya berbanding dengan ikan lumba-lumba ?

A. buaya lebih garang

B. buaya boleh berehat di celah batu

C. buaya boleh hidup di dalam air dan darat

D. buaya boleh membuat persembahan yang lebih menarik

E. buaya tidak sepandai ikan lumba-lumba

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......Semua penonton akan _____ untuk menyaksikan persembahan akrobatik dari China kali ini. 10. Para pelancong tertarik oleh _____

5. Berdasarkan maklumat yang diberi berikut, pilih haiwan yang

berkenaan.

maging beranak satu alam berenang berdarah panas

A. gajah B. ikan lumba-lumba

C. dinasaur D. ikan paus

E. buaya F. biawak

Jawapan :______________

6. Apakah maklumat yang dapat kita peroleh daripada peta taburan

haiwan ? (KBAT)

7. Kategorikan haiwan berikut mengikut jenis. (KBAT)

ikan lumba-lumba buaya harimau kuda

zirafah singa kerbau biri-biri

Haiwan Maging Haiwan Maun

1.

2.

3.

4.

1.

2.

3.

4.

( %)

i-Think

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......Semua penonton akan _____ untuk menyaksikan persembahan akrobatik dari China kali ini. 10. Para pelancong tertarik oleh _____

C. Tatabahasa

Nota Ringkas:

Kata Kerja Transitif & Kata Kerja Tidak Transitif

1. Kata kerja ialah perkataan yang digunakan untuk menerangkan

sesuatu perbuatan.

2. Kata kerja digolongkan kepada dua kategori:

Kata Kerja

Kata Kerja Transitif

(KKT)

Kata Kerja Tak Transitif

(KKTT)

Penerangan

kata kerja yang diikuti oleh

objek / penyambut / kata

nama

kata kerja yang

menerangkan

perbuatan yang

dilakukan oleh

pembuat ke atas diri

sendiri

tidak diikuti oleh

objek / penyambut

kata kerja diikuti oleh

frasa sendi atau

tanda baca

tanpa imbuhan

berimbuhan beR-

berimbuhan meN-

berimbuhan ter-

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......Semua penonton akan _____ untuk menyaksikan persembahan akrobatik dari China kali ini. 10. Para pelancong tertarik oleh _____

Contoh

Subjek KKT Objek

Roslan membaca buku

Minah menggoreng ikan

Mutu menunggang basikal

Subjek KKTT Frasa

sendi /

Tanda

baca

Roslan tidur di bilik.

Minah menangis .

Mutu mandi .

Jenis

KKT Aktif KKT Pasif

wujud dalam

ayat aktif

berimbuhan

awalan

meN-

wujud

dalam

ayat

pasif

berimbu-

han

awalan

di- atau

tiak

berimbu-

han

Abu

mengemas

bilik

tidurnya.

Mona

dimarahi

ibu.

Buku itu

saya beli.

KKTT Tanpa

Pelengkap

KKTT

Berpelengkap

boleh

berdiri

sendiri

tanpa

ketera-

ngan atau

dengan

ketera-

ngan yang

bukan

kata nama

mesti

diikuti

oleh

unsur lain

yang

bukan

kata nama

Rina tidur. Rina pulang

dari sekolah.

Rina tidur di

bilik.

Rina berbual

dengan

kawannya.

Latihan 1.1

Gariskan kata kerja dan tulis „KKT‟ untuk kata kerja transitif dan „KKI‟

untuk kata kerja intransitif. (KBAT)

1

2

3

Mariam bersalam dengan Guru Besar dalam majlis

penyampaian hadiah

Pekerja kontrak itu sedang menebuk lubang pada

dinding,

Wanita yang mengandung itu ialah ibu saya.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......Semua penonton akan _____ untuk menyaksikan persembahan akrobatik dari China kali ini. 10. Para pelancong tertarik oleh _____

4

5

6

7

8

Latihan 1.2

Isi tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai.

mencarut mengugut memohon tergantung

berhijrah berbanding berkawat melombong

membisu menghela bersandar menempeleng

1. Ahli pengakap sedang ______________ dengan penuh semangat

di hadapan sekolah.

Rusdiman ternampak ibu kandungnya di pusat

perubatan itu.

Nasmi telah melaporkan kejadian itu kepada pihak

polis.

Pasukan badminton negara kita berjaya menjulang

Piala Thomas pada tahun 1992.

Azizah suka bersiar-siar di taman bunga.

Seekor ular telah mematuk kaki Azli semalam.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......Semua penonton akan _____ untuk menyaksikan persembahan akrobatik dari China kali ini. 10. Para pelancong tertarik oleh _____

2. Pekerja-pekerja yang ______________ bijih timah di

Semenanjung Malaysia kebanyakannya berbangsa Cina.

3. Pemuda yang ______________ pada tiang lampu itu seorang

mata-mata.

4. Mee Lan ingin _______________ kebenaran daripada pihak

sekolah untuk bercuti selama sebulan.

5. Walaupun berkali-kali disoal, Jamal tetap _______________.

6. Gajah digunakan untuk ___________ kayu balak di Thailand.

7. Budak-budak itu telah ditangkap oleh pengawas atas kesalahan

_____________.

8. Penagih dadah itu _______________ Chee Lan agar menyerahkan

wangnya.

9. Ayah Muthu telah ____________ nya setelah dia didapati

merokok.

10. Keluarga Encik Hashim akan ________________ ke Kanada

bulan depan.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......Semua penonton akan _____ untuk menyaksikan persembahan akrobatik dari China kali ini. 10. Para pelancong tertarik oleh _____

Latihan 1.3

Lengkapkan peta minda berikut dengan tajuk berikut dan kata kerja

yang diambil daripada petikan pemahaman modul ini :

kata kerja kata kerja transitif kata kerja tidak transitif

i-Think

1.

2.

3.

4

5.

1.

2.

3.

4.

5.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 16

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 19: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......Semua penonton akan _____ untuk menyaksikan persembahan akrobatik dari China kali ini. 10. Para pelancong tertarik oleh _____

D. Pertuturan

Situasi 1 :

Bekalan elektrik di rumah anda terputus. Buat aduan kepada Tenaga

Nasional. Lakonkan:

a. Diri anda

b. Pegawai Tenaga Nasional

Anda Pegawai Tenaga Nasional

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 17

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 20: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......Semua penonton akan _____ untuk menyaksikan persembahan akrobatik dari China kali ini. 10. Para pelancong tertarik oleh _____

E. Penulisan

Berita

Panduan Mengarang

1. Karangan jenis berita memerlukan anda melaporkan sesuatu

kejadian atau peristiwa penting.

2. Isi berita yang penting hendaklah anda dahulukan manakala isi-isi

yang kurang penting dikemudiankan.

3. Lima persoalan yang harus anda gunakan untuk menulis berita, iaitu

apa, siapa, bila, di mana, dan mengapa.

4. Berita ditulis dalam beberapa perenggan. Jumlah perenggan tidak

dihadkan tetapi setiap perenggan hendaklah sederhana panjang.

5. Gunakan bahasa yang mudah tetapi padat.

6. Karangan ini merupakan karangan berformat. Format karangan

adalah seperti berikut:

a. NAMA TEMPAT ditulis di sebelah kiri perenggan pertama

dengan huruf besar sepenuhnya dan diikuti oleh tanda koma

(,).

b. Hari ditulis selepas nama tempat dan dibubuh tanda

sempang (-) sebelum memulakan perenggan pertama. (Ada

berita akhbar yang menggunakan tarikh dan bukan hari)

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 18

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 21: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......Semua penonton akan _____ untuk menyaksikan persembahan akrobatik dari China kali ini. 10. Para pelancong tertarik oleh _____

Karangan Contoh:

Sepasukan Polis Pencegah Jenayah telah berjaya menumpaskan

sindiket mencuri kereta di Kuala Lumpur. Andaikan bahawa anda

pemberita salah sebuah akhbar tempatan. Tulis berita tentang kejadian

tersebut. Panjang berita anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah

perkataan.

KUALA LUMPUR, Selasa – Sepasukan Polis Pencegah Jenayah telah

berjaya menumpaskan suatu sindiket mencuri kereta di sekitar bandar

raya. Pihak polis berjaya mengesan beberapa buah kereta curi hasil

daripada serbuan tersebut.

Jurucakap polis, inmspektor Riduan bin Hasim menyatakan bahawa

siasatan tentang sindiket itu dibuat beberapa minggu yang lalu. Menurut

jurucakap itu lagi, beberapa orang telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Hasil daripada maklumat orang ramai, pasukan polis telah membuat

serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Pudu. Lima orang

ditahan dalam serbuan tersebut. Seorang daripadanya dipercayai pakar

mekanik.

Polis menjumpai kepingan-kepingan pintu yang dicuri. Beberapa plat

nombor kereta palsu dijumpai juga di bengkel tersebut.

Sementara itu, gerakan sedang dilakukan oleh polis untuk mencari

seorang lelaki yang bernama Ah Chong. Ah Chong dapat membantu polis

untuk memusnahkan sindiket tersebut. Orang ramai diminta tampil ke

hadapan sekiranya mempunyai maklumat tentang lelaki berkenaan.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 19

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 22: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......Semua penonton akan _____ untuk menyaksikan persembahan akrobatik dari China kali ini. 10. Para pelancong tertarik oleh _____

Latihan 1 :

Andaikan bahawa anda pemberita dari akhbar tempatan. Anda telah

ditugaskan untuk melaporkan suatu kemalangan jalan raya. Tulis berita

tersebut. Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80

patah perkataan.

Latihan 2 :

Tulis sebuah berita tentang pengumuman keputusan peperiksaan UPSR

(Sila rujuk peta minda yang disediakan)

Berita

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 20

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 23: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......Semua penonton akan _____ untuk menyaksikan persembahan akrobatik dari China kali ini. 10. Para pelancong tertarik oleh _____

F. Rampaian Bahasa

A. Kata Ganda Ganda – Nyatakan jenis dan maksud

Jenis Kata Ganda

Maksud Kata Ganda

a. Kata ganda seluruh

b. kata ganda semu

c. kata ganda separa

d. kata ganda berirama

e. kata ganda berimbuhan

a. banyak

b. sejenis hidupan

c. kata nama / sejenis benda

d. pelbagai jenis

e. perbuatan saling

f. perbuatan bersahaja

g. perbuatan berulang

h. seperti

i. menegaskan kata sifat

j. semuanya begitu

Bil Kata Ganda Maksud Kata Ganda

1 angan-angan

2 ayun-temayun

3 barang-barang

4 bebuli

5 bantu-membantu

6 atas-mengatasi

7 baru-baru

8 basa-basi

9 bebuluh

10 bebola

11 bayang-bayang

12 balas-membalas

13 batu-batan

14 benar-benar

15 anting-anting

16 becang-becok Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 21

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 24: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......Semua penonton akan _____ untuk menyaksikan persembahan akrobatik dari China kali ini. 10. Para pelancong tertarik oleh _____

7 cecair

18 beri-beri

19 anyam-menganyuam

20 api-api

B. Perkataan Banyak Makna

Perkataan Banyak Makna

Perkataan Banyak

Makna

Maksud Contoh

1. anggota a. bahagian badan

b. ahli

a. Anggota Ali

tercedera kerana

terlibat dalam

kemalangan jalan

raya semalam.

b. Semua anggota

persatuan itu

diminta menghadiri

mesyuarat tahunan

yang diadakan pada

pagi esok.

2. asing a. berbeza,

berlainan,

terpisah,

tersendiri

b. luar, bukan

tempatan

c. bukan dari dunia

ini

a. Binatan gitu

dikurung di tempat

yang asing

daripada binatang-

binatang lain.

b. Orang British ialah

orang asing di

negara kita.

c. Ali meminati

cerita-cerita

makhluk asing yang

ditayangkan di

televisyen.

3. asli a. jati, tulen

a. Meja itu diperbuat

daripada kayu asli

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 22

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 25: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......Semua penonton akan _____ untuk menyaksikan persembahan akrobatik dari China kali ini. 10. Para pelancong tertarik oleh _____

b. bukan saduran,

bukan tiruan

c. peribumi, penduduk

asal

yang tahan.

b. Barang-barang itu

diperbuat daripada

getah asli.

c. Kaum Iban

merupakan

penduduk asli

negeri Sarawak.

4. asyik a. menaruh perasaan

cinta yang amat

sangat

b. leka, lena, sibuk

a. Putera Indera

sedang asyik

kepada Tuan Puteri

Bulan Purnama.

b. Razali dan Murad

dimarahi cikgu

kerana asyik

berbual di dalam

kelas.

5. awam a. umum, am

b. biasa (bukan

anggota pertubuhan

tertentu)

a. Kita mesti menjaga

kemudahan awam

dengan baik.

b. Orang awam

berhak mengetahui

dasar kerajaan.

C. Pepatah Melayu

Pepatah Melayu

Pepatah Maksud Contoh Ayat

Air pun ada pasang

surutnya

Untung nasib

seseorang sentiasa

berubah dan tidak

dapat ditentukan.

Untung nasib Encik

Chong samalah seperti

pepatah air pun ada

pasang surutnya

kerana pada tahun lalu

perniagaannya hampir

muflis tetapi sekarang

dia mempunyai dua

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 23

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 26: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......Semua penonton akan _____ untuk menyaksikan persembahan akrobatik dari China kali ini. 10. Para pelancong tertarik oleh _____

buah syarikat yang

besar dan maju.

Bagaimana acuan

begitulah kuihnya

Sifat seseorang anak

mengikut sifat

bapanya

Rahim sangat handal

bermain catur seperti

ayahnya; bagaimana

acuan begitulah

kuihnya.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A02 24

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 27: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......Semua penonton akan _____ untuk menyaksikan persembahan akrobatik dari China kali ini. 10. Para pelancong tertarik oleh _____
Page 28: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu ......Semua penonton akan _____ untuk menyaksikan persembahan akrobatik dari China kali ini. 10. Para pelancong tertarik oleh _____

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my