pusat tuisyen didikan genius program bahasa malaysia ...c. memilih frasa yang betul bahagian yang...

24
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Modul PT3 SM 109 Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 01-Dec-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...C. Memilih Frasa Yang Betul Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Modul PT3

SM 109

Nama : _____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...C. Memilih Frasa Yang Betul Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa

Format Bahasa Melayu PT3

Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)

Bahagian A: (20%)

20 Soalan aneka pilihan

a. Sistem bahasa

b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)

Bahagian B: (25%)

Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)

Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%)

Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)

Bahagian C: (15%)

Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada

2)

Kertas 2 : 40% (1 jam)

Bahagian A: (10%)

Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)

Bahagian B: (30%)

Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...C. Memilih Frasa Yang Betul Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa

Sistem Bahasa

Bahagian A

A. Penggolongan Kata

1. Kata Sendi Nama

Sendi nama Tugas Contoh

di digunakan untuk:

• tempat

• arah

• di kampung

• di sebelah kanan

pada digunakan untuk:

• masa/waktu

• orang

• binatang

• benda abstrak

• pada pukul 10.00

malam

• pada cikgu

• pada kucing itu

• pada pendapat saya

ke digunakan untuk:

• tempat/arah

• perubahan masa/waktu

• ke arah barat

• ditunda ke hari esok

kepada digunakan untuk:

• benda bernyawa

• pecahan

• perubahan keadaan

• diberi kepada pengemis

itu

• dibahagikan kepada tiga

bahagian

• kepada tahap yang

membimbangkan

dari digunakan dalam hal:

• masa/waktu

• tempat

• dari abad ke-15

• dari Pulau Langkawi

daripada digunakan untuk hal yang lebih

umum:

• orang

• perbandingan

• asal kejadian

• bahagian tertentu

• diterima daripada Rani

• lebih bijak daripada

adik

• diperbuat daripada

papan

• terdiri daripada tiga

orang

bagi digunakan untuk menyatakan

hubungan yang membawa maksud

• untuk (kedua-duanya boleh

• penyata bagi bulan

Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...C. Memilih Frasa Yang Betul Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa

bertukar ganti, tetapi bagi tidak

digunakan untuk kata kerja)

September

• pinjaman bagi

kakitangan kerajaan

demi digunakan untuk menyatakan:

• tujuan

• penegas

• urutan

• demi kesejahteraan

keluarga

• demi Tuhan

• satu demi satu

sejak/semenjak digunakan untuk:

• waktu/masa

• sejak pagi tadi

dalam/antara • lingkungan yang tidak beruang

dan tidak mempunyai jarak

• dalam perkara ini

• antara dia dengan saya

oleh digunakan dalam hal:

• menunjukkan perhubungan

pembuat perbuatan dalam ayat

yang menggunakan di, ter, iaitu

untuk pembuat pasif

• menunjukkan perhubungan yang

membawa maksud sebab dan

kerana

• terambil oleh Murad

• marah oleh ejekannya

akan digunakan di hadapan kata untuk

manusia dan penggunaannya

terhad kepada kata adjektif yang

bersifat emotif

• rindu akan neneknya

dengan digunakan untuk menimbulkan

maksud:

• bersama atau berserta

• perbandingan

• padanan/kesesuaian

• kesan atau cara

• alat

• berjalan dengan Rusdi

• sama cantik dengan

kakak

• baju itu sama cantik

dengan baju ibunya

• menunjukkan marahnya

dengan menumbuk meja

• memotong dengan pisau

hingga/sampai digunakan untuk menandakan hal:

• peringkat

• had masa/waktu (kedua-dua

saling bergantian)

• bekerja sampai lewat

malam

• tunggu hingga pukul

lima petang

seperti/bagai digunakan untuk menunjukkan

perbandingan • bagai anjing dengan

Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...C. Memilih Frasa Yang Betul Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa

kucing

tentang digunakan untuk menandakan

perihal masa yang tertentu dan

rujukan mujarad

• bermesyuarat tentang

masalah pelajar

• tentang Perkara 3,

Ceraian 1

terhadap penyambut tertentu seperti

manusia, haiwan, dan benda • sangsi terhadap

keikhlasannya

• adil terhadap semua

orang

Soalan:

A. Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Serahkan buku latihan anda _________ ketua kelas pada awal-awal pagi esok.

• ke

• pada

• dengan

• kepada

2. __________ era globalisasi, negara-negara kurang maju terpaksa berhadapan

dengan pelbagai tekanan.

A. Di

B. Sejak

C. Dalam

D. Dengan

3. Hamzah bukan berasal __________ keluarga berada, tetapi dia cuma

berlagak sahaja.

A. dari

B. dalam

C. daripada

D. kepada

4. Tindakan yang tegas __________ mana-mana pelajar yang melanggar disiplin akan

tetap kami ambil.

A. pada

B. akan

C. tentang

Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...C. Memilih Frasa Yang Betul Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa

D. terhadap

5. Rasa cinta __________ negara perlu ada pada setiap warganegara.

A. pada

B. akan

C. untuk

D. terhadap

6. __________ semalam lagi, budak itu mengadu bahawa kepalanya sakit tetapi tidak

dipedulikan.

A. Dari

B. Sebelum

C. Daripada

D. Kemudian

7. Segala aduan yang dibuat masih __________ siasatan pihak kami.

A. dalam

B. antara

C. di dalam

D. di antara

8. Perempuan muda itu berlagak __________ orang kaya.

A. bagai

B. untuk

C. dengan

D. sebagai

B. Bahgian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi

kesalahan penggunaan bahasa atau mungkn juga tidak.

Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan

D jika tiada kesalahan.

1. Datuk Mustapha menjadi pemimpin pertubuhan ini sejak daripada tahun lalu

lagi.

A. sejak tahun lalu

B. daripada tahun lain

C. sejak dari tahun lalu

D. sejak daripada tahun lain

Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...C. Memilih Frasa Yang Betul Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa

2. Razak telah memerihalkan tentang perkara itu dengan panjang lebar semalam.

A. memerihal perkara

B. memerihalkan perkara

C. memerihal tentang perkara

D. memerihalkan tentang perkara

3. Di dalam suasana pagi yang hening itu, kelihatan seorang pemuda berjalan

ke arah kebun getahnya.

A. Di suasana pagi

B. Dan suasana pagi

C. Dalam suasana pagi

D. Di dalam suasana pagi

4. Semua peralatan ini terhasil berdasarkan dengan ujian yang kami jalankan

selama 25 tahun.

A. berdasarkan ujian

B. berdasarkan pada ujian

C. berdasarkan kepada ujian

D. berdasarkan dengan ujian

5. Gambar yang tergantung pada dinding itu ialah hasil kerjanya sendiri.

A. digantung di dinding

B. tergantung di dinding

C. tersergam pada dinding

D. tergantung pada dinding

6. Tuduhan yang dikenakan terhadap lelaki itu amat serius sehingga boleh

dikenakan hukuman penjara.

A. dikenakan oleh lelaki

B. dikenakan di atas lelaki

C. dikenakan ke atas lelaki

D. dikenakan terhadap lelaki

7. Mereka bersetuju untuk berkunjungan ke Pasir Salak semasa lawatan itu nanti.

A. untuk berkunjung ke

B. untuk mengunjungi di

C. untuk mengunjungi ke

D. untuk berkunjungan ke

Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...C. Memilih Frasa Yang Betul Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa

B. Penggunaan Kata Dalam Ayat

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

1. I Pak Bahar masih tegap walaupun umurnya sudah mendekati 73 tahun. II Musibah yang menimpa dirinya telah mendekati dirinya dengan masjid. III Perahu itu karam apabila dipukul ombak sebelum sempat mendekati tambatan. IV Mereka melompat-lompat keriangan apabila penjual aiskrim itu semakin

mendekati.

A. I dan III

B. II dan IV

C. I, II, dan III

D. I, III, dan IV

2. I Keadaan rumah tangga yang tempang akan merosakkan jiwa anak-anak. II Meja itu dilapikkan dengan batu kerana salah satu kakinya tempang. III Fikirannya yang tempang itu bermula sejak ibu bapanya meninggal dunia. IV Pemain bola sepak yang tercedera itu berjalan keluar dalam keadaan tempang.

A. I dan II

B. II dan IV

C. I, II, dan IV

D. II, III dan IV

C. Memilih Frasa Yang Betul

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai

kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandai sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandai D jika

tiada kesalahan.

1. Lain-lain isu yang dibincangkan dalam pertemuan itu termasuklah isu

pencerobohan Israel di Lubnan dan juga isu ujian nuklear Korea Utara. A. Lain-lain isu yang dibincangkan di dalam pertemuan itu B. Lain-lain isu yang dibincang dalam pertemuan itu C. Isu-isu lain yang dibincangkan dalam pertemuan itu

D. Lain-lain isu yang dibincangkan dalam pertemuan itu

2. Perdana Menteri menegur segelintir wakil rakyat yang tidak mengendahkan rakyat

di kawasan mereka.

A. menyapa segelintir wakil rakyat

B. menyeru segelintir wakil rakyat

C. menyindir segelintir wakil rakyat

Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...C. Memilih Frasa Yang Betul Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa

D. menegur segelintir wakil rakyat

3. Sebelum menyampaikan hujahnya, pembahas itu menyampaikan kata-kata

aluannya kepada para hadirin.

A. menyampaikan kata aluannya

B. menyampaikan kata alu-aluannya

C. menyampaikan kata-kata alu-aivannya

D. menyampaikan kata-kata aluannya

D. Pilih ayat-ayat yang betul.

1. I "Kedua adik-adik saya tinggal di asrama," kata Salim kepada ibu saudaranya. II "Mereka akan tiba sedikit masa lagi," kata Hasnah kepada pengetua. III "Hai nampaknya dia dah pandai berceloteh!" kata Alina, memarahi adiknya

yang asyik

bercakap dari tadi.

IV "Saya tidak mengerti mengapa saya yang dipersalahkan." Begitulah keluhan

Ahmad.

A. I dan II

B. II dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

2. I Beberapa hari yang lalu, mereka berkunjung ke rumah guru mereka. II Kesemua pelajar diwajibkan hadir ke tempat perhimpunan. III Ketua kerajaan-ketua kerajaan di Malaysia sedang bersidang di Parlimen. IV Mereka sedang menyediakan kelengkapan masing- masing.

A. I dan II

B. III dan IV

C. I, II, dan III

D. I, II dan IV

3. I Untuk menghapuskan nyamuk Aedes, semua pihak perlu bekerjasama. II Pada mulanya dia begitu pemalu tetapi akhirnya sikapnya mula berubah. III Kesesakan lalu lintas sering berlaku pada waktu pagi. IV Dia kebingungan apabila memikirkan peristiwa yang dialaminya semalam.

A. I dan III

B. I, II, dan III

C. I, II, dan IV

D. I, II, III, dan IV

Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...C. Memilih Frasa Yang Betul Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa

E. Memilih Ayat Yang Sama Maksud

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud yang

paling hampir dengan ayat tang dicetak tebal.

1. Minat sahaja tidak cukup untuk mencapai kejayaan jika tidak disertai

kemahuan dan usaha yang gigih.

A. Minat yang tidak diiringi kemahuan dan usaha yang gigih tidak memungkinkan

seseorang mencapai kejayaan.

B. Orang yang tidak memiliki kemahuan dan usaha yang gigih tidak berminat untuk

mencapai kejayaan.

C. Minat, kemahuan yang kuat, dan usaha yang gigih belum cukup untuk membantu

seseorang mencapai kejayaan.

D. Dengan disertai kemahuan dan usaha yang kuat, seseorang akan berjaya dalam

lapangan yang diminatinya.

2. Menurut Syukur, setelah jauh menyusuri anak sungai yang berbatu-batu itu,

barulah mereka menemukan sebuah perkampungan.

A. "Perkampungan baharu itu kami temukan setelah kami menyusuri anak sungai

yang berbatu-batu itu agak jauh," kata Syukur.

B. Syukur berkata, "Baru saja kami menyusuri anak sungai berbatu-batu yang jauh itu,

kami pun menemukan sebuah perkampungan".

C. "Setelah berbatu-batu anak sungai yang jauh itu disusuri oleh mereka, barulah

mereka menemukan sebuah perkampungan," ujar Syukur.

D. "Perkampungan itu kami temukan setelah kami menyusuri anak sungai yang

berbatu-batu itu agak jauh," ucap Syukur.

3. Perbezaan pendapat yang kerap timbul antara mereka akhir-akhir ini

langsung tidak menjejaskan hubungan baik mereka selama

A. Belakangan ini pendapat mereka kerap timbul tetapi hubungan baik mereka selama

ini langsung tidak terjejas.

B. Pendapat mereka yang kerap berbeza belakangan ini belum tentu menjejaskan

hubungan baik mereka selama-lamanya.

C. Hubungan baik mereka selama ini tidak terjejas walaupun belakangan ini mereka

sering berselisih pendapat.

D. Akhir-akhir ini, peselisihan pendapat antara mereka langsung tidak menjejaskan

hubungan baik mereka selama ini.

Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...C. Memilih Frasa Yang Betul Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa

F. Peribahasa

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.

1. Jais memburukkan nama persatuannya tanpa menyedari namanya sendiri juga

tercemar.

Perbuatan Jais itu diibaratkan ___________.

A. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

B. cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga

C. tepuk tangan sebelah takkan berbunyi

D. lembu punya susu, sapi dapat nama

2. Banyak penduduk tempatan yang menjadi pengintip Jepun semasa pemerintahan

Jepun di Tanah Melayu dahulu.

Tindakan mereka itu dikatakan ___________.

A. seperti gunting dalarn lipatan

B. seperti embun di hujung rumput

C. seperti anjing dengan kucing

D. seperti gergaji dua mata

3. Selepas kematian ibunya, Laila menumpang tinggal di rumah pak ciknya.

Kehidupan Laila ini umpama _____________.

A. anjing menyalak bukit

B. kerbau dicucuk hidung

C. cendawan selepas hujan

D. melukut di tepi gantang

( / )

Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...C. Memilih Frasa Yang Betul Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa

Bahagian B:

1 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan

kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak

perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan tatabahasa:

• Kata tugas

• Ayat

• Istilah

• Imbuhan

• Hukum DM

Ayat Jenis Kesalahan

Tatabahasa

(i) “Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya,” titah

Sultan Selangor.

(ii) Terdapat pelbagai juadah-juadah yang boleh dibeli di

Bazar Ramadan untuk hidangan berbuka puasa.

(iii) Pak Cik Sam berasal daripada Sandakan, Sabah.

(iv) Pakaia yang diperagakan oleh peragawati itu teramat

cantik sekali.

( /8)

Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...C. Memilih Frasa Yang Betul Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa

2 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan

betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Jenis kesalahan ejaan:

• Kata majmuk

• BA →BM

• Vokal (a e i o u)

• Tanda baca (Aa / “ ” / - )

• Imbuhan (gg & kk)

Ayat Jenis Kesalahan

Ejaan

(i) Setiap individu perlu menilai dan berfikir secara bijak

sebelum mengambel sebarang tindakan yang merugikan diri

sendiri.

(ii) Kebanyakan pelajar sekarang sudah tidak menghormati

guru dan sanggup melanggar peraturan sekolah.

(iii) Motorsikal yang ditunggang laju itu terbabas ke dalam

gaung.

( /3)

3. Buat 1 ayat untuk setiap jenis ayat berikut.

Nota :

1. Ayat Tanya

• Ayat yang menggunakan kata tanya – Apakah, Siapakah, Bilakah Mengapakah

dan sebagainya

• Ayat berakhir dengan tanda tanya (?)

• Contoh : Siapakah nama kamu ?

2. Ayat Perintah

• Ayat yang menggunakan kata perintah – Sila, Jangan, Harap, Tolong, Usah,

Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...C. Memilih Frasa Yang Betul Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa

Minta dan sebagainya

• Contoh : Jangan ambil barang saya.

3. Ayat Penyata

• Ayat yang menyatakakan sesuatu fakta / perkara.

• Ayat berakhir dengan noktah (.)

• Contoh : Kuala Lumpur ialah ibu kota Malaysia.

4. Ayat Seru

• Ayat yang menggunakan kata seru – Wah, Amboi, Aduh, Eh, Wahai, dan

sebagainya.

• Ayat berakhir dengan tanda seru (!)

• Contoh : Wah, tingginya bangunan itu!

5. Ayat Nafi

• Ayat yang menggunakan kata nafi – tidak, bukan.

• Contoh : Saya tidak dapat meyiapkan kerja itu.

(i) Ayat tanya

_____________________________________________________________________

(ii) Ayat penyata

_____________________________________________________________________

(iii) Ayat perintah

_____________________________________________________________________

(iv) Ayat seru

Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...C. Memilih Frasa Yang Betul Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa

_____________________________________________________________________

(v) Ayat nafi

_____________________________________________________________________

( /10)

4. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai

dengan gambar tersebut.

( /4)

Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...C. Memilih Frasa Yang Betul Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa

Penulisan :

A. Rumusan (15%)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu

rumusan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan

supaya menggunakan ayat sendiritanpa mengubah maksud asal petikan.

Banjir kini jarang berlaku di kampung-kampung terpencil. Sebaliknya,

bencana alam itu lebih kerap melanda kawasan bandar terutama Kuala Lumpur.

Banjir kilat di Kuala Lumpur tidak bermusim. Jika semua pihak prihatin dan

mematuhi peraturan alam sekitar, Kuala Lumpur tidak akan dilanda banjir kilat

hanya kerana hujan lebat selama dua jam. Kadang kala hujan lebat tidak sampai

satu jam pun boleh menjadikan beberapa jalan utama di pusat bandar raya

terputus.

Semua pihak seolah-olah terlalu ingin cepat membangun, sehingga kita lupa

untuk memelihara dan menjaga alam sekeliling. Kita bangga menegakkan batu -

bata dan besi untuk membina bangunan tetapi kita lupa terhadap usaha-usaha

mengekalkan keindahan bumi. Malahan kegagalan pihak pemaju atau

kontraktor untuk mematuhi peraturan tentang alam sekeliling termasuk usaha

mencegah banjir dikenal pasti sebagai salah satu penyebab banjir kilat. Projek-

projek pembangunan dilaksanakan tanpa sistem perparitan yang sesuai. Sungai

dan saliran air ditimbus tanpa menyediakan laluan alternatif untuk air. Tembok

halangan banjir pula dibina tanpa menepati kesesuaian yang telah ditetapkan.

Pihak berkuasa seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan

Saliran dan Perparitan gagal memantau projek-projek pembangunan menyebabkan

pihak pemaju berani mengetepikan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Bagi

pemaju yang membuat kesalahan pula, tindakan tegas tidak dikenakan.

Dalam waktu yang sama, sungai dan saliran di kawasan terlibat tidak diselia

dengan baik walaupun peruntukan berjuta-juta ringgit telah diluluskan setiap tahun

untuk kerja-kerja membersih sungai dan saliran.

Malahan masyarakat sendiri pun tidak prihatin dan terus melakukan amalan-amalan

tidak baik yang boleh menyumbang kepada masalah banjir di Kuala Lumpur. Sikap

orang ramai yang suka membuang sampah di merata-rata tempat menjadi punca banjir

kilat. Sampah sarap yang dibuang di dalam longkang pula boleh menyekat longkang

dan saliran lain menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan lancar dan akhirnya

terjadilah banjir kilat. Sistem perparitan dan longkang akan mudah tersumbat jika

setiap hari ditimbunkan dengan segala macam sampah sarap.

Walaupun telah kerap kali, diadakan kempen menjaga kebersihan bandar raya kita,

namun orang ramai masih tidak dapat mendisiplinkan diri dan terus membuang

sampah sesuka hati. Masalah banjir kilat di Kuala Lumpur boleh diatasi sekiranya

semua pihak mematuhi peraturan-peraturan memelihara alam sekitar.

Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...C. Memilih Frasa Yang Betul Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa

B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit

Berdasarkan maklumat yang diberikan, tulis sebuah karangan pendek. Panjang

karangan anda antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Isi :

Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...C. Memilih Frasa Yang Betul Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa

C. Karangan Umum (30%)

Karangan Jenis Ucapan

Petua Menulis Karangan Jenis Ucapan

1. Ucapan biasanya disampaikan dalam majlis-majlis yang tertentu seperti majlis

perpisahan, majlis perasmian, majlis mengalu-alukan kedatangan, dan

sebagainya.

2. Ucapanyang hendak disampaikan mestilah sesuai dengan tujuan majlis yang

diadakan. Contohnya, ucapan majlis perpisahan haruslah mengandungi kata-

kata yang menggambarkan kesedihan atau perpisahan dan doa restu semoga

berjaya.

3. Karangan jenis ucapan mempunyai format penulisan yang khusus seperti yang

berikut:

(a) Kata alu-aluan

Tulis kata alu-aluan atau kata-kata tataucapan mengikut protokol atau status orang

yang hadir.

Contoh:

Yang Dihormati ... (untuk Pengerusi. Majlis), Yarig Berbahagia, Yang Berhormat ...

(Dato', Tan Sri, dan sebagainya), Yang Mulia ... (golongan diraja), Ya Berusaha ... ,

dan sebagainya.

(b) Kata-kata penegasan

Contoh: Hadirin yang dihormati Tuan-tuan dan puan-puan Hadirin-hadirat yang

dikasihi

(c) Isi

Isi sesebuah ucapan mestilah mengandungi:

Pendahuluan isi : memperkenalkan diri / ucapan terima kasih kepada

Pengerusi Majlis

Isi-isi penting : Sekurang-kurangnya empat isi

Penutup isi : Penggulungan/penegasan tentang perkara utama majlis

(d) Penutup:

Diakhiri dengan kata-kata manis seperti memohon maaf, ucap selamat dan diikuti

dengan rangkai kata penutup iaitu: Sekian, terima kasih.

Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 16

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 19: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...C. Memilih Frasa Yang Betul Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa

Contoh karangan:

Anda merupakan pengerusi Persatuan Bahasa Melayu yang mengetuai lawatan

sambil belaJar ke sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Anda dikehendaki

menyampaikan ucapan dalam majlis menyambut rombongan di sebuah fakulti yang

dilawati. Tulis ucapan itu selengkapnya.

Yang dihormati saudara Pengerusi Majlis, Dr. Jamaludin Badusah, Dekan

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, guru-guru pengiring, ahli

jawatankuasa sambutan, dan rakan sekalian. Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat

kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini. Lawatan kami ke Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM) pada hari ini merupakan salah satu program menggapai

impian menjejakkan kaki kami ke menara gading pada suatu masa nanti. Saya selaku

ketua rombongan dari Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Kebangsaan

Tanjung Aru, Kota Tinggi merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Fakulti

Pendidikan UKM yang sudi menerima .kehadiran kami pada hari ini.

Hadirin yang dihormati,

Sebelum saya meneruskan ucapan ini, terlebih dahulu saya ingin

memperkenalkan diri kami kepada pihak universiti. Lawatan ini sebenarnya telah

dicadangkan oleh Puan Nursidah, iaitu guru penasihat persatuan sebagai satu langkah

untuk mendekatkan kami dengan pelajaran yang disampaikan, iaitu pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer. Tambahan pula sekolah kami

merupakan salah sebuah sekolah bestari di negeri Johor.

Saya difahamkan bahawa UKM merupakan satu-satunya universiti di negara

kita yang mengaplikasikan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Kami amat

berminat untuk melanjutkan pelajaran di sini pada suatu masa nanti memandangkan

banyak kursus menarik yang ditawarkan terutama di Fakulti Pendidikan UKM.

Selain itu, lawatan kami ini juga memberi kami peluang melihat kemudahan

penginapan yang disediakan oleh kolej-kolej kediaman. Contohnya Kolej Kediaman

Ungku Omar yang sangat menarik hati kami. Hal ini disebabkan banyak kemudahan

riadah disediakan seperti gelanggang tenis, kolam renang, dewan menari, dan lain-lain

lagi. Kami juga difahamkan hanya murid yang aktif dibenarkan menginap di kolej

tersebut. Hal ini mendorong kami untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan

berharap akan dapa tinggal di situ pada suatu masa nanti.

Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 17

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 20: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...C. Memilih Frasa Yang Betul Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa

Sebelum mengakhiri ucapan ini, dengan besar hati saya merakamkan ucapan

terima kasih sekali lagi atas kesudian pihak UKM menerima lawatan kami ini. Sekian,

terima kasih.

Latihan:

6. Sebagai wakil murid, anda dikehendaki berucap dalam majlis sambutan Hari

Guru peringkat daerah. Sediakan ucapan anda itu.

7. Anda telah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun

lepas. Suatu majlis kesyukuran telah diadaka nuntuk meraikan kejayaan anda.

Anda diminta untuk menyampiakan ucapan dalam majlis tersebut.

Program Bahasa Melayu Edubest - SM109_PT3_2020 18

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 21: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...C. Memilih Frasa Yang Betul Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa
Page 22: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...C. Memilih Frasa Yang Betul Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa
Page 23: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...C. Memilih Frasa Yang Betul Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa
Page 24: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...C. Memilih Frasa Yang Betul Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my