proses kejadian manusia

34
PROSES KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM ASAL KEJADIAN MANUSIA; Adam manusia pertama. Dari segumpal tanah dan ditiupkan roh oleh Allah. Manusia diutuskan untuk menjadi khalifah dibumi. Allah mengajar ilmu pengtahuan kepada Adam. Malaikat Jibril mencabut tulang rusuk Adam untuk menjadikan Hawa. Unsur Jasmani: Bermula dari tanah, air mani (rahim), segumpal darah, segumpal daging, tulang yang bersalut dengan daging dan kulit. Unsur Rohani: Ditiupkan roh

Upload: muni6198

Post on 13-Jun-2015

1.451 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: proses kejadian manusia

PROSES KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

ASAL KEJADIAN MANUSIA; Adam manusia pertama. Dari segumpal tanah dan ditiupkan roh oleh

Allah. Manusia diutuskan untuk menjadi khalifah

dibumi. Allah mengajar ilmu pengtahuan kepada Adam. Malaikat Jibril mencabut tulang rusuk Adam

untuk menjadikan Hawa. Unsur Jasmani: Bermula dari tanah, air mani

(rahim), segumpal darah, segumpal daging, tulang yang bersalut dengan daging dan kulit.

Unsur Rohani: Ditiupkan roh

Page 2: proses kejadian manusia

KEJADIAN ADAM MENURUT PERSEPEKTIF ISLAM:

Tanah yang mencipta Adam diambil dari beberapa tempat;

Kepala - Baitul Muqaddis. Telinga - Bukit Tursina. Dahi - Iraq. Muka - Eden. Mata - Telaga al-Kautsar. Gigi - Tanah al-Kautsar. Tangan kanan - Tanah Kaabah.

Page 3: proses kejadian manusia

Tangan kiri - Tanah Paris. Perut - Khurasan. Kemaluan - Tanah Babylon. Tulang - Tanah Tursina. Kaki - Tanah India. Hati - Tanah shurga

Firdaus. Lidah - Tanah Tha’if.

Page 4: proses kejadian manusia

KEJADIAN MANUSIA MENGIKUT HUKUM SUNNATULLAH:

Allah mencipta manusia dalam bentuk khusus, melalui proses mengikut hukum sunnatullah.

Firman Allah; Yang membuat ssegala benda yang Dia ciptakan sebaiknya dan yang memulai pencipataan manusia daripada tanah. Kemudian Dia menjadikan keturunannya daripada sari air yang hina (air mani).

Page 5: proses kejadian manusia

PROSES KEJADIAN MANUSIA; TALQIAH (permanian) > Nutfah (proses

permanian)

> Alaqah (segumpal darah) > Mudghah (seketul daging) > Izam / Lahm (tulang / daging) > khalqan akhar ( janin – peringkat perkembangan fizikal).

Page 6: proses kejadian manusia

TEORI EVOLUSI DARWINBUKU “ THE ORIGIN OF SPECIES’ 1859

Berasaskan hipotesis sejarah iaitu manusia dan makhluk berkembang melalui rantai perkembangan daripada bentuk biasa kepada kompleks / primitif kepada maju.

Suatu fahaman kebendaan atau materialisme.

Mendakwa semua hidupan berasal daripada benda mati, kemudian melalui kejadian kebetulan.

Page 7: proses kejadian manusia

PENOLAKAN TEORI EVOLUSI; Tiada penjelasan bagaimana asal usul

hidupan.

- Organisme hidup sebenarnya amat

kompleks (binaan sel, genetik) Tiada penemuan sains mengenai “ mekanisme

evolusi”. Tiada bukti jumpaan rekod fosil;

- Australopithecus

- Homo habilis

- Homo erectus

- Homo sapiens

Page 8: proses kejadian manusia

PANDANGAN ISLAM BERKENAAN MAKLUK DAN MANUSIA

KEJADIAN MAKHLUK DAN MANUSIA, Firman Allah;

“ Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahanya) dan apabila Ia berkehendakan (menjadikan) sesuatu perkara, maka Dia hanya berkata kepadanya: Jadilah engkau ! Lalu jadilah ia..”

( al-Baqarah: 117 )

Kejadian makhluk dan manusia adalah bukti keagungan, kekuasaan, kehendak dan kebesaran Tuhan.

Page 9: proses kejadian manusia

Setiap kejadian mempunyai fungsi serta perananya sendiri, contohnya;

- Alam semester, makhluk, binatang,

serangga, anggota badan, pancaindera.

Manusia harus bersyukur atas atas segala nikmat yang dikurniakan selain daripada sentiasa berfikir, beramanah, baik, jujur, ikhlas dan adil.

Page 10: proses kejadian manusia

PERANANAN MANUSIA SEBAGAI HAMBA ALLAH:

Sebagai hamba kepada penciptanya. Tidak mempunyai hak keatas diri, tenaga

dan hartanya. Hakikat manusia yang mengabdikan

hidupnya kepada Allah. Namun perhambaan diri manusia kepada

Allah dikaitkan dengan kemuliaan, keagungan , kekuatan dan amanah sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini.

Page 11: proses kejadian manusia

PERANAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH

Peranan dan keistimewaan besar yang diberikan kepada manusia sahaja.

Manusia dianugerahkan sifat al-siyadah atau ketuanan kepada semua makhluk ciptaan Allah di muka bumi ini.

Sebagai alat dan peranan untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanahnya sebagai Khalifah Allah.

Ilmu penting dalam menjalankan tugas khalifah bagi mengatur bumi dan menerokai rahsia yang terkandung di dalamnya.

Page 12: proses kejadian manusia

PERANAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ATAS TIGA HUBUNGAN;

A. HAK ALLAH ( HUQUQ ALLAH). Berfungsi sebagai hamba dengan

mentauhidkan Allah dan bersyukur kepadanya.

Mentauhid Allah bererti mengakui, meyakini dan mengimani keesaan Allah dengan keyakinan teguh tiada sekutu bagi Nya.

Beriman bererti mengakui dengan lisan dan menyakini dengan hati kepada Allah.

Allah sahaja yang mengatur kehidupan di alam ini meliputi kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan.

Page 13: proses kejadian manusia

Manisfestasi keimanan kepada Allah dengan mengerjakan amalan dan menjauhi segala laranganya.

Bersyukur melambangkan kerelaan di atas takdir Allah samada menerima nikmat ataupun tidak.

Nikmat yang Allah berikan adalah tidak terhitung, antaranya;

- Kenikmatan Jasmani: makanan, hartabenda,

tubuh badan.

- Kenikmatan Rohani: agama, ilmu

pengtahuan, kesihatan, ketenteraman dsb.

Page 14: proses kejadian manusia

B. HAK SESAMA MANUSIA: Menjaga keselamatan dan kesejahteraan umat

manusia, melarang kekejaman dan keganasan. Mengamalkan sifat sabar, bertimbang rasa,

mengawal diri dan bersikap adil. Tidak membuat kezaliman serta kemusnahan

di muka bumi. Mementingkan perpaduan dikalangan

masyarat dan dengan negara luar. Kemantapan negara dan kestabilan ekonomi

bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyatakat.

Page 15: proses kejadian manusia

C. HAK SESAMA MAKHLUK: Hanya manusia makhluk ciptaan Allah diberi

amanah menjadi khalifah di muka bumi kerana dikurniakan akal.

Sebagai khalifah manusia memegang amanah Allah untuk memakmurkan kehidupan di bumi.

Firman Allah;

“ Kami mengemukakan tanggungjawab amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikul amanah Allah dan khuatir mengkhianatinya dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia zalim dan jahil”.

Page 16: proses kejadian manusia

ALIRAN PEMIKIRAN ISLAM

A. ALIRAN YANG BERSUMBERKAN WAHYU SEMATA-MATA;

Pegangan para nabi, rasul serta pengikutnya dan generasi pertama Islam.

Tidak menerima pemikiran Yunani dan pemikiran umat Islam waktu itu.

Ini tidak melambangkan pemikiran Islam sebenarnya.

Page 17: proses kejadian manusia

B. ALIRAN BERSUMBERKAN WAHYU DAN AKAL:

Muncul selepas kewafatan Nabi Muhammad.

Reaksi kepada pengaruh tamadun asing dan pergolakan dalaman di kalangan umat Islam.

Perubahan pemikiran yang membawa keujudan pelabagai mazhab, ilmu kalam, fiqah, tasawuf, kias, ijmak dll.

Page 18: proses kejadian manusia

C. ALIRAN BERSUMBERKAN AKAL DAN WAHYU:

Menggunakan akal sebagai asas dan wahyu sebagai penyokongnya.

Bermula apabila terpengaruh dengan falsafah pemikiran Aristotle yang menggunakan prinsip logik sebagai asas pentafsiran alam metafizik.

Aliran pemikiran ini ditentang oleh tokoh-tokoh agama seperti Ibn Solah, Imam Shafei dan Imam Nawawi.

Page 19: proses kejadian manusia

D. ALIRAN YANG BERSUMBERKAN AKAL SEMATA-

MATA; Tidak dianggap sebagai aliran dalam

pemikiran Islam sebabnya segalanya diukur berdasarkan logik akal semata-mata atas persoalan metafizik dan hakikat hidup manusia.

Page 20: proses kejadian manusia

PEMIKIRAN ISLAM KINI

A. ALIRAN TRADISIONAL; Aliran yang mempertahankan tradisi asal dan

tulen, berasaskan ajaran ulama mazhabiyyah – imam mazhab yang empat.

B. ALIRAN MODENISME; Menekankan konsep ijtihad dengan pengisian

idea-idea barat dan peranan akal dalam agama, konsep demokrasi dan hak-hak wanita.

C. ALIRAN REFORMISME; Penekanan kepada ajaran Islam yang tulen

dengan pembersihan Islam daripada pemalsuan dan menyegarkan kefahaman agama berdasarkan keperluan zaman.

Page 21: proses kejadian manusia

ALIRAN PEMIKIRAN BARAT

A. SEKULARISME: Asal dari perkataan Latin saeculum yang

bermasud masa dan tempat.

- Masa = kehidupan kini.

- Tempat = Dunia nyata. Mendokong bahawa agama harus dipisahkan

dari kehidupan manusia di dunia. Pemisahan antara zahir dan batin, fizikal dan

spiritual serta rohani dan jasmani. Wujud di Eropah pada kurun 17 kesan

daripada pertentangan kuasa feudal dan gereja.

Page 22: proses kejadian manusia

CIRI-CIRI SEKULARISME; Tumpuan kepada aspek keduniaan. Mengagungkan kebolehan akal rasional. Tumpuan kepada sains yang menentukan

kemajuan dunia. Prinsip kebebasan, kebolehan dan

kemajuan manusia. Percaya kepada teori evolusi Charles

Darwin. Penonjolan isme-isme baru seperti

positivism, heroism, relativism dll.

Page 23: proses kejadian manusia

Prinsip dan andaian lain;

- Tuhan tidak wujud dan kewujudanya

diragukan.

- Alam wujud secara mekanistik dan hukum

tersendiri.

- Akal rasional dapat memahami semua

fenomena alam. Didalam perniagaan keuntungan menjadi

matlamat utama. Memegang prinsip “ end justifies the means”.

Page 24: proses kejadian manusia

B. LIBERALISME Ujud dalam zaman Renaissance - kurun ke

17. Aliran pemikiran yang bertujuan

meningkatkan kebebasan individu dalam aspek sosial, politik dan moral.

Gagasan pemikiran;

- Individu lebih penting dari masyarakat.

- Masyarakat ujud demi individu.

- Individu bebas dari nilai agama. Etika menggantikan moral agama dalam

menjaga ketenteraman masyarakat.

Page 25: proses kejadian manusia

HUBUNGAN LIBERALISME DALAM PELBAGAI BIDANG:

a. LIBERALISME DAN AGAMA; Bermula dengan gerakan oleh Martin Luther (1483

– 1564) tokoh Pretestan yang menentang penindasan gereja Katolik sebelum zaman Renaissance.

Prinsip penting mazhab ini;

- Individu kristian mempunyai hak membaca

kitab suci dan membuat pentafsiran sendiri.

- Gereja tidak berhak mengampun dosa-dosa

individu.

- Tidak mengiktiraf taraf kependitaan paderi

katolik yang berkahwin.

Page 26: proses kejadian manusia

- Menentang penyembahan patung dan gambar

di gereja yang disamakan dengan berhala.

b. LIBERALISME DALAM PEMERINTAHAN; Memperjuangkan prinsip demokrasi sebagai

jalan keluar dari kongkongan gereja. Melaungkan cogan kata kebebasan,

persaudaraan dan persamaan. Prinsip liberalisme berkembang di Eropah

kearah pembentukan sistem pemerintahan baru ala demokrasi.

Page 27: proses kejadian manusia

c. LIBRALISME DALAM EKONOMI; Bebas dari kongkongan tuan tanah kaum

feudal dan gereja. Kebebasan inividu dalam pemilikan harta

dan bergiat dalam perniagaan. Kegiatan dan perkembangan ekonomi di

Eropah berlaku dengan pesat.. Timbul permasalahan sosial dan riba.

Page 28: proses kejadian manusia

d. LIBERALISME DALAM NILAI AKHLAK; Nilai akhlak dan moral individu sentiasa

berubah mengikut masa dan tidak tetap seperti yang ditentukan oleh agama. Oleh itu harus ada kelonggaran didalam penetapan hukum.

Mendokong teori evolusi iaitu manusia masih dalam proses perubahan dari haiwan peringkat rendah kepada lebih tinggi.

Page 29: proses kejadian manusia

C. MODENISME Bermula sejak zaman Renaissance (kurun

ke 16) hingga ke zaman Pertengahan (kurun ke 18) di Eropah.

Titik permulaan kemasukan ke era moden yang melambangkan kedewasaan dan kematangan manusia bebas dari dogma dan kongkongan gereja serta pemerintahan feudal.

Terbukti dengan berlakunya Revolusi Peranchis 1789- kejatuhan sistem beraja pertama di Eropah.

Page 30: proses kejadian manusia

PRINSIP-PRINSIP MODERNISME

Kebebasan mutlak manusia dalam mencari kebahagiaan dan keseronokan atas rasional sendiri.

Proses modenisasi global dan pembentukan budaya yang universal.

Memutuskan hubungan dengan nilai-nilai tradisional dan berkembang dalam sistem ekonomi kapitalisme.

Menggunakan prinsip rasional, kemajuan dan pembaharuan dalam kehidupan.

Membebaskan diri dari ikatan tradisi dan sejarah.

Page 31: proses kejadian manusia

D. KAPITALISME Wujud pada kurun ke 17 dan 18 seiring dengan

perkembangan Revolusi Perusahaan di Eropah. Ciri-ciri Kapitalisme;

- Kebebasan pemilikan individu dan syarikat

keatas tanah, harta , perniagaan dll.

- Membenarkan persaingan dan mencari

keuntugan maksima.

- Aktiviti perniagaan dan ekonomi berasaskan

peminjaman wang dari institusi kewangan

dengan dikenakan faedah.

Page 32: proses kejadian manusia

- Pengujudan kumpulan pemodal yang kaya

dan menguasai dan memonopoli aktiviti

ekonomi. Mereka ini mempunyai hubungan

rapat dengan pemerintah.

- Harga barangan dan perkhidmatan ditentu

berdasarkan mekanisme penawaran dan

permintaan selain dari pengaruh faedah,

monopoli, kos pengeluaran dan

pengiklanan yang tinggi.

- Wujud dua kelas masyarakat iaitu golongan

pemodal / tuan tanah dan buruh / petani.

Page 33: proses kejadian manusia

E. SOSIALISME Fahaman ini diasaskan oleh Karl Marx

(1818 – 1885) dari buku tulisannya yang bertajuk Das Kapital.

Sistem ekonomi yang berasaskan hak milik bersama yang diuruskan oleh kerajaan pusat.

Fahaman Sosialis ujud akibat ketidakadilan dan krisis yang timbul dalam sistem ekonomi kapitalis.

Sistem kapitalis mengujudkan kumpulan pemodal yang kaya menindas kumpulan buruh yang ramai untuk kepentingan mereka (Borjuis vs proletariat)

Page 34: proses kejadian manusia

Sejarah manusia melihatkan pertarungan antara kelas (kaya vs miskin). Jalan penyelesaian adalah pembentukan masyarakat tanpa kelas.

Agama adalah kepercayaan karut, umpama candu dalam kehidupan.

Didalam sistem ekonomi sosialis perniagaan kecil diuruskan secara korporasi oleh rakyat, manakala industri besar diurus dan dikawal oleh kerajaan pusat.