proses pencernaan manusia

51
2.2 Sistem Pencernaan Manusia

Upload: suhanidah-my

Post on 13-Nov-2015

81 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

education sc f2

TRANSCRIPT

PROSES PENCERNAAN MANUSIA

2.2 Sistem Pencernaan ManusiaProses PencernaanProses pencernaan adalah satu proses pemecahan makanan yang kompleks kepada molekul yang ringkas untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah dalam badan.Pencernaan berlaku dlm 2 peringkat:Pencernaan fizikalPemecahan makanan yang besar kepada serpihan kecil oleh gigiPencernaan berlaku dlm 2 peringkat:2.Pencernaan kimiaPemecahan molekul-molekul kompleks makanan kepada molekul-molekul kecil dengan bantuan enzimSISTEM PENCERNAAN MANUSIA

SISTEM PENCERNAAN MANUSIA TERDIRI DARIPADA:Salur alimentari (Laluan Pencernaan)bermula di mulut berakhir di duburOrgan tambahan Pankreas, hati, pundi hempedu

Proses pencernaan ialah satu rantaian pemecahan makanan dalam sistem pencernaan.Pencernaan berlaku secara fizikal dan kimia:Pencernaan fizikal melibatkan pengunyahan makanan oleh gigi dan menggodaknya di dalam perut.Pencernaan kimia melibatkan tindakan enzim terhadap makanan.Enzim mempercepatkan pencernaan makanan dipanggil enzim pencernaan.Setiap enzim hanya boleh bertindak terhadap sejenis bahan makanan yang dikenali sebagai substrat.PROSES PENCERNAANEnzim memerlukan medium yang mempunyai nilai pH yang tertentu untuk berfungsi secara sempurna. Medium itu mungkin berasid, beralkali atau neutral.Terdapat tiga jenis enzim pencernaan yang utama:Amilase yang menguraikan kanjiProtease yang menguraikan protienLipase yang menguraikan lemak.EnzimMelibatkan pencernaan fizikal dan pencernaan kimia berlaku di dalam mulut.Pencernaan fizikal berlaku apabila makanan dikunyah menjadi cebisan-cebisan yang kecil oleh gigi.Pencernaan kimia berlaku apabila amilase liur dalam air liur (dirembeskan oleh kelenjar liur) mempercepatkan penguraian kanji kepada maltosa.Air liur mengandungi mukus yang melembutkan zarah-zarah makanan untuk menbentuk gumpalan yang dipanggil bolus.Bolus ditelan ke dalam esofagusMULUTFungsi utama organ pencernaan: MulutMulut => mengunyah makanan dan gigi mengerat makanan kepada cebisan yang kecil -> luas permukaan yang besar)

Fungsi utama organ pencernaan: MulutKelenjar air liur merembeskan air liur yang bersifat alkali dan mempunyai enzim amilase liur Amilase liur mencernakan kanji kepada maltosa (gula)

Dinding berotot pada esofagus mengecut dan mengendur untuk menghasilkan pergerakan bergelombang yang dipanggil peristalsis.Peristalsis menolak bolus dari esofagus ke dalam perut dan menyebabkan bolus pecah kepada zarah-zarah yang lebih kecil. Esofagus

Dinding perut merembeskan jus gaster (gastric juice) yang mengandungi asid hidroklorik, protease dan air.Fungsi asid hidroklorik: Membunuh bakteria yang mungkin hadir di dalam makanan.Meyediakan medium yang berasid untuk tindakan protease.Menghentikan tindakan amilase liur.Juga merembeskan mukus untuk melindungi dinding perut daripada dikakis oleh asid hidroklorik.Protease memangkinkan penguraian protein kepada polipeptida atau pepton.Makanan separa pepejal dalam perut dipanggil kim.Perut Fungsi utama organ pencernaan: Perut

Fungsi utama organ pencernaan: PerutPerut => Makanan dicampurkan dengan jus gaster di dalam perut.Jus gaster dirembeskan oleh sel-sel dinding perut. Jas gaster mengandungi:Asid hidroklorikEnzim (renin dan pepsin)

Fungsi utama organ pencernaan: PerutFungsi asid hidroklorik dalam perut termasuk:Menyediakan medium berasid untuk tindakan enzimMembunuh bakteria dalam makananMeneutralkan sifat alkali air liur dan menghentikan tindakan enzim amilase liurFungsi utama organ pencernaan: PerutEnzim pepsin mencernakan protein kepada pepton

Fungsi utama organ pencernaan: PerutEnzim renin menggumpalkan susu dalam perut untuk memudahkan tindakan enzim pepsin

Fungsi utama organ pencernaan: Usus kecil

Terdiri daripada tiga bahagian iaituDuodenumJejunumIleum

USUS KECILFungsi utama organ pencernaan: Usus KecilDuodenum ialah bahagian pertama usus kecil.Duodenum menerima hempedu dan jus pankreas.

Fungsi utama organ pencernaan: Duodenum

Fungsi utama organ pencernaan: Usus KecilHempedu dihasilkan oleh hati dan disimpan di dalam pundi hempedu.Hempedu disalurkan ke duodenum melalui duktus hempedu.

Fungsi utama organ pencernaan: Liver

Fungsi utama organ pencernaan: Pundi Hempedu

Fungsi utama organ pencernaan: Usus KecilJus pankreas yang dihasilkan oleh sel pankreas mempunyai tiga jenis enzim, iaitu enzim amilase pankreas, enzim protease, dan enzim lipase

Fungsi utama organ pencernaan: Pankreas

Fungsi utama organ pencernaan: Usus Kecil1. Enzim amilase pankreas mencernakan kanji keapda maltosa

Fungsi utama organ pencernaan: Usus Kecil2. Enzim protease mencernakan pepton keapda asid amino

Fungsi utama organ pencernaan: Usus Kecil3. Enzim lipase mencernakan lemak kepada asid lemak dan gliserol

Fungsi utama organ pencernaan: Usus KecilUsus kecil (ileum) menghasilkan enzim yang mencernakan maltosa keapda glukosa (gula ringkas)

Fungsi utama organ pencernaan: Usus KecilPencernaan makan berakhir di usus kecil.Makanan yang tercerna sedia diserap masuk melalui dinding usus kecil ke dalam aliran darah.Bahagian pertama pada usus kecil.Kim bercampur dengan hempedu dan jus pankreas.Hempedu ialah cecair kehijauan yang dihasilkan oleh hati, disimpan di dalam pundi hempedu dan disalurkan ke dalam duodenum melalui duktus hempedu.Fungsi hempedu:Menyediakan medium yang beralkali untuk tindakan enzim dalam hatiMembaurkan lemak kepada titisan yang halus supaya luas permukaan minyak lebih besar untuk tindakan enzim.

duodenumJus pankreas juga bersifat alkali dan dihasilkan oleh pankreas. Ia mengandungiAmilase, Protease LipaseFungsi enzim dalam jus pankreas;Amilase- menguraikan kanji kepada maltosaLipase- menguraikan lemak kepada asid lemak dan gliserol.Protease-menguraikan protein kepada polipeptida.Bahagian bawah usus kecilJus usus yang beralkali dirembeskan oleh ileumJus usus mengandungi enzim untuk melengkapkan pencernaan karbohidrat, protien dan lemakFungsi enzim dalam jus usus;Protease- polipeptida kepada asid aminoLipase lemak kepada asid lemak dan gliserolMaltase-maltosa kepada glukosaSukrase-sukrosa kepada fruktosa dan glukosaLaktase-laktosa kepada galaktosa dan glukosa

Jejunum dan ileumGlukosa, fruktosa, galaktosa, asid amino, asid lemak dan gliserol merupakan bentuk makanan yang paling ringkas yang dapat diguna terus oleh badan kita.Selulosa tidak tercerna di dalam badan kita kerana kita tidak menghasilkan enzim selulase.

Glukosa dari karbohidratAsid amino dari proteinAsid lemak dan gliserol dari lemak.Produk terakhir bagi pencernaanKelas makananHasil akhir pencernaanKarbohidratGlukosaProteinAsid aminoLemakAsid lemak dan GliserolHasil pencernaan, vitamin dan mineral diserap ke dalam alir darah melalui dinding usus kecil melalui resapan.Terdapat vilus, unjuran halus pada dalaman usus kecil. Vilus mempercepatkan penyerapan makanan tercerna kerana ia;Menambahkan luas permukaan penyerapanMempunyai dinding epitelium setebal satu sel sahajaTerdapat banyak kapilari darah.Penyerapan makanan tercernaHasil-hasil Akhir PencernaanPencernaan makanan berakhir di usus kecil.Hasil-hasil akhir pencernaan mesti dalam bentuk ringkas yang sedia diserap ke dalam usus kecil melalui vilus.

Vilus

Vilus

Fungsi utama organ pencernaan: Usus Besar

Fungsi utama organ pencernaan: V Usus BesarAir diserap semula dalam usus besar (kolon)Bahan Makanan yang tidak tercerna disingkirkan dari badan melalui dubur sebagai najis.

Makanan yang tidak tercerna seperti pelawas dibawa dari usus kecil ke usus besar melalui peristalsis.Dalam usus besar, penyerapan semula air berlaku. Air dan mineral terlarut daripada makanan yang tidak tercerna meresap melalui dinding usus besar.Penyerapan semula air dan penyahtinjaanAir disingkirkan melalui sistem perkumuhan sebagai air kencing dan peluh atau dihembus sebagai wap airMakanan tidak tercerna mengeras menjadi sisa separa pepejal yang dipanggil tinja dan disimpan sementara di dalam rektumApabila rektum penuh, tinja disingkirkan melalui dubur melalui proses penyahtinjaan.

Jika sesorang mengalami kesukaran untuk membuang air besar, dia dikatakan menghidap sembelit.Sembelit berlaku disebabkan oleh kekurangan air dan pelawas digizi pemakanan.

LatihanBahagian Sistem Pencernaan1.Mulut2.Esofagus3.Perut4.Duodenum5.Usus kecil6.Pankreas7.Hati8.Usus besar9.Rektum10.DuburFungsi(a) Melengkapkan pencernaan/menyerap makanan tercerna(b) Makanan dikerat menjadi serpihan kecil(c)Merembeskan hempedu(d) Menghantar makanan ke perut(e) Merembeskan jus pankreas(f) Pencernaan lemak, protein, dan kanji(g) Pencernaan protein bermula(h) Menyerap semula air(i) Menyingkirkan najis dari badan(j) Menyimpan najis