2.2 gizi seimbang 2.3 sistem pencernaan manusia

Click here to load reader

Upload: syazwana-elleas

Post on 26-Dec-2015

76 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sains

TRANSCRIPT

2.2 Kepentingan Gizi Seimbang

2.2 Kepentingan Gizi SeimbangGIZI SEIMBANG Gizi seimbang ialah makanan yang terdiri daripada 7 kelas makanan dalam kuantiti yang betul.

Gizi seimbang diperlukan untuk bekalan tenaga yang mencukupiPertumbuhan badan yang seimbangMengekalkan kesihatan badanMengelakkan daripada menghidapi penyakit penyakit tertentuFaktor-faktor yang mempengaruhi keperluan gizi seimbang seseorang JantinaUmurSaiz badan Aktiviti fizikal / pekerjaanCuaca / iklimJantina Lelaki memerlukan lebih banyak tenaga berbanding dengan perempuan sama umur dan saiz badan.Sebab : lelaki lebih aktifUmurBayi, kanak-kanak dan remaja memerlukan lebuh banyak tenaga berbanding dengan orang dewasa atau orang tua.Sebab : golongan bayi, kanak-kanak dan remaja lebih aktif dan proses hidup berlaku dengan lebih cepat.Saiz badanIndividu yang berbadan besar memerlukan lebih banyak tenaga berbanding dengan individu yang berbadan kecil.Sebab : individu yang berbadan besar memerlukan lebih banyak tenaga untuk proses hidup.Aktiviti fizikal / pekerjaanIndividu yang melakukan kerja berat memerlukan lebih banyak tenaga berbanding dengan individu yang melakukan kerja ringan.Sebab : kerja berat memerlukan lebih banyak tenagaCuaca / iklimIndividu di kawasan beriklim sejuk memerlukan lebih banyak tenaga berbanding dengan individu yang melakukan kerja ringan.Sebab : lebih banyak tenaga diperlukan untuk mengekalkan suhu bandan di kawasan sejuk.Nilai kalori makananNilai kalori makanan ialah jumlah tenaga yang dibebaskan apabila satu gram makanan dibakar dengan lengkap.Jumlah tenaga dalam suatu makanan disukat dalam unit kalori atau joule.Nilai kalori makanan terdapat pada pembungkus makanan.Unit kalori makanan dapat ditukar ke unit joule.1 kalori = 4.2 JouleJumlah tenaga yang terkandung dalam setiap makanan

Piramid makanan

Piramid makananTerlebih nutrientMasalah kesihatanGula Kerosakan gigi, obesiti, diabetisGaramTekanan darah tinggi, penyakit jantung, kegagalan buah pinggang untuk berfungsiLemak / minyakpenyakit jantung, tekanan darah tinggiKekurangan nutrientMasalah kesihatanproteinkwasyiorkorpelawassembelit2.3 Sistem pencernaan manusiaProses pencernaan Proses pencernaan ialah proses pemecahan makanan yang besar (kompleks) kepada molekul yang lebih kecil (ringkas) untuk diserap ke dalam badan.Pencernaan berlaku pada 2 peringkat : Pencernaan fizikal Pemecahan makanan yang besar kepada cebisan kecil oleh gigi.

Pencernaan kimia Pemecahan molekul molekul kompleks makanan kepada molekul molekul kecil dengan bantuan enzim.Proses pencernaan EnzimEnzim ialah sejenis protein yang mempercepatkan proses pencernaan.

Enzim berfungi memecahkan molekul kompleks makanan kepada molekul yang kecil dan ringkas.Ciri ciri enzimEnzim diperlukan dalam kuantiti yang kecil sahaja

Enzim tidak dimusnahkan pada akhir pencernaan

Enzim tertentu hanya bertindak dalam keadaan keasidan atau kealkalian yang tertentu

Enzim tertentu hanya bertindak terhadap makanan yang tertentu

Enzim berfungsi paling baik pada suhu 37C (suhu badan). Enzim dimusnahkan pada suhu yang tinggi.Tindak balas enzim terhadap makanan

Sistem pencernaanSistem pencernaan manusia terdiri daripada satu tiub yang dikenali sebagai salur pencernaan (alimentary) dan beberapa organ lain seperti hati dan pankreas.

Salur pencernaan manusia terdiri daripada mulut, esofagus, perut, usus kecil, usus besar, rektum dan dubur. (bermula daripada mulut sehingga ke dubur)Sistem pencernaanMakanan ditolak di sepanjang salur pencernaan oleh otot dinding yang mengecut dan mengendur secara bersilih ganti melalui proses peristalsis.

Mulut Pencernaan makanan bermula di mulut.

1. Makanan dikunyah oleh gigi kepada cebisan yang kecil. (Pencernaan fizikal berlaku)Kelenjar air liur merembeskan air liur yang bersifat alkali dan mempunyai enzim amilase liur (ptialin).

Amilase liur mencernakan kanji kepada maltosa (sejenis gula) (Pencernaan kimia berlaku)25Amilase liur mencernakan kanji kepada maltosakanjiEnzim amilase liurmaltosaEsofagus Makanan ditolak menuruni esofagus ke dalam perut oleh otot otot dinding esofagus yang mengecut dan mengendur secara bersilih ganti.

Proses pengecutan dan pengenduran otot otot ini dikenali sebagai peristalsis.

Tiada pencernaan berlaku di esofagus kerana tiada enzim pencernaan dirembeskan.Perut Makanan dicampurkan dengan jus gaster di dalam perut yang dirembeskan oleh sel sel dinding perut.

Jus gaster mengandungi asid hidroklorik, air, enzim pepsin dan enzim renin. (Pencernaan kimia berlaku)Fungsi asid hidroklorikMenyediakan medium berasid untuk tindakan enzim pepsin dan enzim renin.

Membunuh bakteria dalam makanan

Meneutralkan sifat alkali air liur dan menghentikan tindakan enzim amilase liurEnzim pepsin mencernakan protein (pepejal) kepada pepton

2. Enzim renin menggumpal protein susu cecair kepada protein susu pepejal.Pencernaan kimia yang berlaku dalam perut proteinEnzim pepsin peptonProtein susu cecairEnzim renin protein susu pepejalUsus kecilKebanyakan pencernaan berlaku di dalam usus kecil.Makanan yang bergerak ke dalam usus kecil bercampur dengan rembesan daripada hatiEnzim daripada pankreas dan usus kecilDuodenumDuodenum ialah bahagian pertama usus kecil.

Di duodenum, hempedu dan jus pankreas boleh dijumpai.

Hati menghasilkan hempedu dan disimpan di pundi hempedu. Hempedu disalurkan ke duodenum melalui duktus hempedu. Hempedu berfungsi untuk Membaurkan lemak (memecahkan titisan besar lemak kepada titisan kecil untuk tindakan enzim)Menyediakan medium beralkali untuk tindakan enzimJus pankreas dihasilkan oleh pankreas. Jus pankreas mengandungi 3 jenis enzim iaitu enzim amilase pankreas, enzim protease, dan enzim lipase. (Pencernaan kimia berlaku)DuodenumEnzim amilase pankreas mencernakan kanji kepada maltosa.kanjiEnzim amilase pankreasmaltosaEnzim protease mencernakan pepton kepada asid aminopeptonEnzim proteaseasid aminoEnzim lipase mencernakan lemak kepada asid lemak dan gliserollemakEnzim lipaseasid lemak + gliserolPencernaan kimia yang berlaku dalam duodenumUsus kecil (ileum)Mengandungi 3 jenis enzim iaitu enzim maltase, enzim protease, dan enzim lipase. . (Pencernaan kimia berlaku)

Enzim maltase mencernakan kanji kepada maltosa.maltosaEnzim maltaseglukosaEnzim protease mencernakan pepton kepada asid aminopeptonEnzim proteaseasid aminoEnzim lipase mencernakan lemak kepada asid lemak dan gliserollemakEnzim lipaseasid lemak + gliserolPencernaan kimia yang berlaku dalam usus kecilPencernaan kanji dalam badankanjiEnzim amilase liurmaltosakanjiEnzim amilase pankreasmaltosamaltosaEnzim maltaseglukosaMulut DuodenumUsus kecilPencernaan protein dalam badanproteinEnzim pepsin peptonpeptonEnzim proteaseasid aminopeptonEnzim proteaseasid aminoPerutDuodenumUsus kecilPencernaan lemak dalam badanlemakEnzim lipaseasid lemak + gliserollemakEnzim lipaseasid lemak + gliserolDuodenumUsus kecil Hempedu membaurkan lemak (memecahkan titisan besar lemak kepada titisan kecil untuk tindakan enzim)Duodenum

Pencernaan makanan lengkap di usus kecil.

Makanan yang tercerna diserap masuk ke dalam salur darah melalui dinding usus kecil.Usus BesarAir diserap semula di usus besar.

Bahan makanan yang tidak dapat dicernakan disingkir dari badan melalui dubur sebagai najis.