penulisan akademik proses pencernaan

66
1.0 PENGENALAN Pertumbuhan dan perkembangan manusia dipengaruhi oleh pelbagai perkara. Antara faktor yang boleh mempengaruhinya adalah dari segi pemakanan. Pemakanan yang sihat dan seimbang akan membekalkan nutrisi kepada tubuh badan seseorang. Nutrisi boleh dihuraikan dan dicernakan melalui sistem percernaan tubuh badan manusia. Percernaan makanan bermula saat makanan memasuki mulut sehingga berakhir di anus. Makanan amat penting untuk kehidupan kerana sumber tenaga yang mendorong tindak balas kimia berlaku di dalam setiap sel. Makanan yang dimakan mempunyai pelbagai jenis saiz. Oleh itu, makanan perlulah dihancurkan terlebih dahulu kepada saiz molekul sebelum diserap oleh membrane sel (Abdul Hamid Abdul Rashid, 1995). Proses penghancuran makanan kepada saiz molekul untuk kegunaan sel badan dikenali sebagai pencernaan dan organ-organ yang terlibat pula membentuk sistem pencernaan (Rajah 1). Pencernaan dapat didefinisikan sebagai pemecahan secara fizikal dan kimia bahan kompleks kepada bentuk yang lebih mudah, kecil yang mana ianya boleh diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Pemecahan fizikal atau mekanikal bermula di dalam mulut dengan proses kunyahan yang dibantu dengan adanya gigi. Pemecahan berterusan dengan di dalam perut. Proses ini membantu meningkatkan luas permukaan makanan untuk tindakan enzim. Pemecahan enzim melibatkan tindakan enzim yang menghidrolisis 1

Upload: syafiqah-mohamed-noor

Post on 14-Jun-2015

1.402 views

Category:

Education


14 download

DESCRIPTION

Proses pencernaan dalam subjek anatomi dan fisiologi. Hasil bimbingan daripada pensyarah hebat mama nik.

TRANSCRIPT

Page 1: Penulisan akademik proses pencernaan

1.0 PENGENALAN

Pertumbuhan dan perkembangan manusia dipengaruhi oleh pelbagai perkara.

Antara faktor yang boleh mempengaruhinya adalah dari segi pemakanan. Pemakanan

yang sihat dan seimbang akan membekalkan nutrisi kepada tubuh badan seseorang.

Nutrisi boleh dihuraikan dan dicernakan melalui sistem percernaan tubuh badan

manusia.

Percernaan makanan bermula saat makanan memasuki mulut sehingga berakhir

di anus. Makanan amat penting untuk kehidupan kerana sumber tenaga yang

mendorong tindak balas kimia berlaku di dalam setiap sel. Makanan yang dimakan

mempunyai pelbagai jenis saiz. Oleh itu, makanan perlulah dihancurkan terlebih dahulu

kepada saiz molekul sebelum diserap oleh membrane sel (Abdul Hamid Abdul Rashid,

1995). Proses penghancuran makanan kepada saiz molekul untuk kegunaan sel badan

dikenali sebagai pencernaan dan organ-organ yang terlibat pula membentuk sistem

pencernaan (Rajah 1).

Pencernaan dapat didefinisikan sebagai pemecahan secara fizikal dan kimia

bahan kompleks kepada bentuk yang lebih mudah, kecil yang mana ianya boleh

diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Pemecahan fizikal atau mekanikal bermula di

dalam mulut dengan proses kunyahan yang dibantu dengan adanya gigi. Pemecahan

berterusan dengan di dalam perut. Proses ini membantu meningkatkan luas permukaan

makanan untuk tindakan enzim. Pemecahan enzim melibatkan tindakan enzim yang

menghidrolisis karbohidrat, protein dan lipid kepada bentuk monomer untuk diserap dan

diasilimasikan.

Sistem percernaan ini boleh dibahagian kepada dua bahagian iaitu salur

percernaan dan organ-organ pencernaan aksesori. Salur percernaan merupakan

saluran yang bersambung yang mana dilalui bahan makanan daripada mulut

sehinggalah ke anus iaitu mulut, esofagus, perut, usus kecil, usus besar, rektum dan

anus. Manakala organ-organ percernaan aksesori merupakan pelengkap kepada salur

percernaan seperti gigi, lidah, perut, hati dan pankreas. Ke semua organ-organ yang

disebutkan tadi terlibat sepenuhnya dalam proses sistem percernaan.

1

Page 2: Penulisan akademik proses pencernaan

2.0 FUNGSI SISTEM PENCERNAAN

Fungsi sistem pencernaan adalah memecahkan makanan kepada unit-unit yang

ringkas untuk diserap ke dalam darah serta untuk kegunaan aktiviti sel iaitu sumber

tenaga, dan mengkumuhkan sisa pencernaan sebagai bahan najis. Fungsi utama

sistem percernaan adalah memindahkan nutrien, air dan elektrolit dari makanan yang

kita makan ke dalam persekitaran dalaman badan (Rahmatina B. Herman, 2011).

Dalam masa yang sama sistem pencernaan membantu sumber tenaga dari mana-

mana bahagian sel dalam proses menjana ATP untuk menjalankan aktivti tertentu

bergantung kepada tenaga dan sebagai sumber pembaharuan dan penambahan tisu

badan. Selain itu, menurut Lee Ching (2008), terdapat lima fungsi asas sistem

percernaan manusia iaitu pengingesan, peristalsis, pencernaan, penyerapan dan

peninjaan.

Pengingesan adalah pengambilan makanan ke dalam badan. Pengambilan

makanan ke dalam badan boleh dilihat semasa seseorang itu sedang memakan

sesuatu. Semasa pengingesan akan berlaku penghuraian makanan daripada bentuk

kompleks kepada bentuk lebih kecil. Proses ini melibatkan seseorang itu mengunyah

makanan yang dimakan. Fungsi yang kedua adalah peristalsis. Proses ini bergerak di

sepanjang salur percernaan melalui pengecutan otot. Makanan yang dimakan dari

mulut akan disalurkan sehingga ke anus. Fungsi yang ketiga adalah sebagai

percernaan. Proses percernaan ini boleh dilihat dari dua aspek iaitu secara fizikal dan

secara kimia. Percernaan fizikal melibatkan pemotongan saiz makanan kepada lebih

kecil manakala percernaan kimia pula melibatkan enzim-enzim tertentu yang mana

berfungsi memotong huraian makanan menjadi lebih ringkas supaya boleh diserap ke

dalam sel badan. Oleh yang demikian, fungsi makanan yang keempat adalah menyerap

makanan yang terlarut ke dalam salur darah seperti karbohidrat dan protein. Fungsi

yang terakhir adalah sebagai peninjaan. Proses ini berlaku di anus yang mana akan

berlakunya penyingkiran makanan yang tidak dicerna dari badan.

2

Page 3: Penulisan akademik proses pencernaan

3.0 STRUKTUR DAN FUNGSI SISTEM PENCERNAAN

3.1 Struktur Sistem Percernaan

Rajah 1: Struktur anatomi sistem pencernaan

3

Nama bahagian:

1) Kelenjar air liur

2) Parotid

3) Submandibular

(bawah rahang)

4) Sublingual

(bawah lidah)

5) Rongga mulut

6) Tekak/ farinks

7) Lidah

8) Esofagus

9) Pankreas

10) Perut

11) Saluran

pankreas

12) Hati

13) Pundi hempedu

14) Duodenum

15) Saluran

hempedu

16) Kolon

17) Kolon mendatar

18) Kolon menaik

19) Kolon menurun

20) Ileum

21) Sekum

22) Apendiks

23) Rektum

Page 4: Penulisan akademik proses pencernaan

3.2 Bahagian Tubuh Yang Terlibat Dalam Proses Pencernaan

Rajah 2: Komponen tubuh badan yang terlibat dengan proses pencernaan

4

Kelenjar air liur

Perut

Usus kecil

Page 5: Penulisan akademik proses pencernaan

3.3 Organ Sistem Pencernaan

Organ-organ sistem pencernaan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama

iaitu salur pencernaan (alimentary canal) dan organ-organ pencernaan aksesori

(accessory digestive organs). Salur pencernaan berfungsi dalam menjalankan proses

pencernaan secara keseluruhannya iaitu melibatkan proses pengingesan, pencernaan,

penyerapan dan proses peninjaan makanan manakala organ-organ pencernaan

aksesori pula membantu proses pencernaan dalam pelbagai cara. Sebagai contohnya,

makanan dihancurkan melalui proses mengunyah makanan dengan menggunakan gigi

(Michael Simpson, 2009).

Salur pencernaan bersifat berterusan, bergelung, berongga dan merupakan

saluran yang bersambung secara terus di rongga badan dibahagian abdomen di mana

merupakan satu saluran akan terbuka di kedua-dua penghujung. Organ-organ terbabit

adalah seperti mulut, tekak, esofagus, perut, usus kecil dan usus besar.

3.3.1 Salur percernaan

a) Mulut

Mulut merupakan organ badan yang berbentuk bukaan pada badan yang

membenarkan sesuatu organisma menerima makanan. Makanan akan

memasuki saluran pencernaan melalui mulut. Manakala bibir berperanan

melindungi pembukaan anterior, pipi membentuk dinding sisi, lelangit keras

membentuk bumbung anterior, dan lelangit lembut membentuk bumbung

posterior. Ruang antara bibir dan pipi luaran serta gigi dan gusi dalaman adalah

vestibule. Gigi terletak di rongga mulut. Lidah memenuhi lantai mulut dan

mempunyai banyak lampiran bertulang atau dikenali sebagai tunas. Apabila

makanan memasuki mulut, makanan tersebut akan dicampurkan dengan air liur

dan dikunyah. Pipi dan bibir akan tertutup semasa makanan dikunyah. Makanan

sudah dihuraikan sebelum makanan itu pergi ke bahagian seterusnya.

Di mulut akan berlakunya proses percernaan secara fizikal dan kimia.

Proses fizikal berlaku semasa gigi membantu memecahkan makanan menjadi

5

Page 6: Penulisan akademik proses pencernaan

potongan-potongan yang lebih kecil. Hal ini akan membantu enzim-enzim

percernaan agar dapat mencerna makanan lebih efisien dan cepat. Manakala

proses kimia berlaku semasa air liur menghasilkan enzim amilase semasa

proses penghuraian karbohidrat kepada maltose. Daripada kedua-dua proses ini

akan membentuk bolus.

Rajah 3: Salur percernaan mulut

6

Page 7: Penulisan akademik proses pencernaan

b) Tekak

Dari mulut makanan akan dihantar ke orafarinks dan larynfarinks iaitu

dibahagian belakang tekak. Di bahagian ini juga merupakan laluan yang sama

untuk makanan, air dan udara melaluinya. Di bahagian tekak ini terbahagi

kepada tiga pecahan iaitu nasofarinks, orofarinks dan larinkfarinks. Nasofarinks

adalah bahagian atas belakang rongga hidung. Membantu menyalurkan udara

ke paru-paru. Orofarinks adalah bahagian belakang lidah sebagai laluan untuk

udara, makanan dan minuman. Larinkfarinks pula ialah bahagian kerongkong

yang bersambung dengan esofagus. Di dinding tekak ini mengandungi dua

lapisan otot rangka. Dengan adanya otot rangka ini akan berlakunya

penguncupan yang mana mengakibatkan makanan melalui tekak akan dihantar

ke esofagus. Di esofagus makanan akan mengalami proses peristalsis.

Rajah 4: Saluran tekak

7

Nasofarinks

Orofarinks

Hypofarinks

Esofagus

Larinks

Udara

Page 8: Penulisan akademik proses pencernaan

c) Esofagus

Esofagus merupakan satu tiub berotot sepanjang 23 hingga 25 cm yang

kedudukannya berada di belakang trakea. Esofagus berfungsi untuk menghantar

makanan dan minuman dari farinks ke perut (gaster) menurut Susan McKeever,

(1996). Esofagus mengalami pergerakan makanan dari tekak melalui diafragma

ke perut yang mana melibatkan proses peristalsis. Dinding salur pencernaan dari

esofagus sehingga ke usus besar terbentuk daripada empat lapisan tisu yang

sama iaitu mukosa, submukosa, externa mascularis dan serosa.

Mukosa adalah lapisan terdalam. Terdiri daripada permukaan epithelium,

tisu penghubung dan lapisan otot licin. Submukosa merupakan lapisan di bawah

mukosa yang terdiri daripada satu tisu penghubung yang mengandungi saluran

darah, “lymph nodules” dan “lymphatic vessels”. Lapisan ketiga adalah externa

mascularis iaitu lapisan otot yang terdiri daripada otot licin membujur dan otot

licin membulat. Lapisan paling luar adalah serosa. Terdiri daripada satu lapisan

rata menghasilkan peotoneum visceral. Semua dinding salur pencernaan

mengandungi plexus saraf kecuali mukosa. Plexus saraf ini membantu

mengawal pergerakan organ salur pencernaan ini.

8

Page 9: Penulisan akademik proses pencernaan

Rajah 5: Lapisan dalam esofagus sehingga ke usus besar

9

Page 10: Penulisan akademik proses pencernaan

d) Perut

Perut berbentuk C berada di sebelah kiri rongga diafragma berhampiran

dengan hati dan diafragma. Menurut Abdul Hamid Abdul Rashid (1992), perut

berfungsi untuk menyimpan makanan untuk sementara waktu. Perut juga

berfungsi untuk mencampurkan makanan dengan rembesan jus perut dan

menghasilkan faktor intrinsik untuk tujuan pembentukkan sel darah merah.

Selain itu, di perut juga berlaku pemecahan bahan makanan secara kimia oleh

asid dan enzim. Pemprosesan makanan secara mekanikal juga berlaku melalui

kontraksi otot.

Apabila makanan masuk dan memenuhi perut, dinding perut akan

meregang dan pada masa yang sama jus gastrik dirembeskan. Seterusnya, tiga

lapisan otot di perut menjadi aktif untuk memberi tekanan dan pukulan terhadap

makanan supaya makanan dapat diuraikan secara fizikal. Setelah itu makanan

dicampurkan dengan enzim yang mengandungi jus gastrik. Akhirnya, hasil

pencampuran ini menghasilkan kimus. Seterusnya proses ini diteruskan dengan

peristalsis di bahagian atas perut dan pengucupan meningkat seiring dengan

daya akibat daripada makanan masuk di injap pilorus. Injap pilorus ini

menyimpan kira-kira 30 mililiter (ml) kimus dan bertindak membenarkan cecair

dan partikel kecil masuk ke usus kecil melalui otot sfinkter pilorus.

Perut mempunyai empat bahagian yang berbeza iaitu kardium yang mana

tempat yang membenarkan makanan masuk ke perut melalui esofagus dengan

membuka otot sfinkter. Sfinkter kardium menghalang bahan berasid di dalam

perut memasuki esofagus. Bahagian kedua adalah fungus yang mana

mengakibatkan perut sisi mengembang ke bahagian jantung. Badan adalah

midportion dan kerana badan ia menyempitkan inferiorly menjadi antrum yang

pilorik dan berbentuk pilorus corong bahagian terminal perut. Sfinkter pilorus

menghalang menghalang makanan daripada memasuki usus kecil sebelum

dicerna dengan sempurna di dalam perut.

10

Page 11: Penulisan akademik proses pencernaan

11

Page 12: Penulisan akademik proses pencernaan

Rajah 6: Struktur lapisan perut

e) Usus kecil

Proses penyerapan makanan berlaku di bahagian usus kecil. Selain itu, menurut

Susan McKeever (1996), pencernaan “enzymatic” dan penyerapan bahan-bahan

seperti air, bahan organik, vitamin dan ion turut berlaku di usus kecil. Usus kecil

12

Perut

3 lapisan otot licin

Pilorus

Page 13: Penulisan akademik proses pencernaan

merupakan bahagian terpanjang berfungsi untuk pencernaan dan penyerapan hasil

pencernaan. Usus kecil ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu, duodenum, jejunum

dan ileum. Duodenum ialah tiub berotot yang menghubungkan gaster dengan jejunum.

Duodenum berbentuk C dan berukuran 25 cm. Duodenum dibahagikan kepada empat

iaitu bahagian pertama, kedua, ketiga dan keempat. Satu lubang pada dinding usus

menghubungkan duodenum dengan pankreas dan saluran pundi hempedu. Pankreas

berfungsi dalam menghasilkan enzim seperti tripsin, amilase, dan lipase yang

disalurkan ke duodenum. Tripsin berfungsi memecahkan molekul protein menjadi asid

amino. Amilase mengubah kanji menjadi maltosa. Dengan kehadiran lipase akan

mengubah lemak menjadi asid lemak dan gliserol. Cecair hempedu dihasilkan oleh hati

dan disimpan dalam pundi hempedu. Cecair hempedu berfungsi untuk menguraikan

lemak menjadi asid lemak dan gliserol. Jejunum dan ileum berukuran 6 meter. Pada

bahagian ini berlakunya pencernaan terakhir sebelum zat-zat makanan diserap. Zat-zat

makanan di jejunum merupakan zat makanan yang berbentuk siap untuk diserap.

Penyerapan zat-zat makanan seterusnya terjadi di ileum iaitu usus kecil. Proses

penyerapan tersebut melibatkan penyerapan air dan penyerapan hasil produk akhir

pencernaan makanan seperti asid amino, galaktosa dan lain-lain. Bahan-bahan ini

diserap ke sel membran plasma usus kecil dengan proses pengangkutan aktif.

Seterusnya bahan-bahan yang diserap ini masuk ke tunas kapilari yang terdapat di villi

untuk dihantar ke darah dan seterusnya ke hati melalui vena portal.

13

Page 14: Penulisan akademik proses pencernaan

14

Page 15: Penulisan akademik proses pencernaan

Rajah 7: Struktur lapisan usus kecil

f) Usus besar

Usus besar bermula di ileum dan berakhir di anus. Menurut Susan McKeever

(1996), usus besar berperanan dalam dehidrasi dan pemadatan bahan yang tidak

15

Page 16: Penulisan akademik proses pencernaan

dicernakan untuk tujuan perlupusan. Bahan ini dilupuskan sebagai bahan buangan

(najis). Usus besar dibahagikan kepada sekum, apendiks, vedrmiform, kolon menaik,

kolon mendatar, kolon menurun, kolon sigmoid, rektum dan kanal anus. Apendiks

vermiform ialah bonjoloan kecil yang keluar dari sekum. Lapisan otot besar terdiri

daripada dua lapisan otot licin iaitu otot memanjang dan otot lingkar di dalam. Di

apendiks vermiform, rektum dan kanal anus serat-serat otot memanjang di luar

membentuk lapisan yang lengkap. Tetapi dibahagian-bahagian lain di sepanjang usus

besar, serat-serat otot memanjang berkumpul di tiga tempat disebut tenia koli. Tenia

koli adalah lebih pendek daripada usus besar tetapi ia melekat dari satu hujung ke

hujung yang lain pada usus besar ini. Oleh itu, usus besar tercerut dan ini dikenali

haustrasi. Rektum di bahagian bawah usus besar terletak di hadapan sakum dan

koksiks dan berukuran kira-kira 20cm. Rektum memiliki tiga injab satu di kanan dan dua

di kiri (Abdul Hamid Abdul Rashid, 1992). Anus pula dikawal oleh otot licin yang tebal di

dalam yang disebut sfinkter internal (takvoluntari) dan diluar otot rangka yang disebut

sfinkter eksternal (voluntary). Kuantiti air yang diserap di bahagian usus besar ini

adalah kira-kira 0.8 liter. Seterusnya proses penghasilan tinja berlaku selepas

penyerapan bahan-bahan yang diperlukan oleh badan diserap. Tinja akan disalurkan ke

rektum di mana tinja ini mengandungi sisa makanan yang tidak dicernakan, mukus,

berjuta-juta bakteria dan air yang cukup untuk membenarkan tinja dikeluarkan dari

rektum. Tinja ini akan disimpan seketika di bahagian rektum dan akan dikeluarkan

daripada rektum apabila tempat penyimpanan tinja penuh. Tinja juga akan dikeluarkan

daripada rektum apabila reseptor regang dari sistem saraf di bahagian dinding rektum

merangsang keinginan membuang air besar.

16Kolon mendatar

Page 17: Penulisan akademik proses pencernaan

Rajah 8: Bahagian usus besar

Organ-Organ Pencernaan Aksesori

a) Gigi

17

Kolon menaik

Kolon menurun

Rektum

Apendiks

Page 18: Penulisan akademik proses pencernaan

Manusia mempunyai dua pasang gigi iaitu gigi susu dan gigi kekal. Gigi

susu mula tumbuh diusia enam bulan. Bayi akan mempunyai gigi yang lengkap

pada usia dua tahun iaitu sebanyak 20 batang gigi. Gigi kekal pula mula tumbuh

pada usia enam hingga 12 tahun. Gigi menurut Susan McKeever (1996),

berperanan untuk memotong dan menghancurkan makanan supaya mudah

untuk dicernakan.

Gigi menurut Abdul Hamid Abdul Rashid (1992), terdiri daripada tiga

bahagian utama iaitu korona, akar dan leher. Bahagian gigi di luar gusi dikenali

sebagai akar. Leher pula merupakan bahagian yang terletak di antara korona

dan akar. Bilangan gigi manusia boleh digambarkan dengan menggunakan

formula gigi. Formula gigi ini berbeza di antara gigi susu dan gigi kekal. Formula

tersebut ialah:

Formula Gigi Kekal

2 I 2 3

- , - , - , -

I C PM M

Formula Gigi Susu

2 I 2

- , - , -

I C M

Klasifikasi gigi menurut Elaine N. Married (2009), dibuat berdasarkan bentuk dan

fungsinya. Gigi insisor (kacip) digunakan untuk memotong makanan, kanin

18

I: insisar (kacip) = 2 batang

C: kanin (taring) = 1 batang

PM: premolar (geraham kecil) = 2 batang gerahan kecil pertama dan kedua.

M: molar (geraham) = 3 batang geraham besar pertama, kedua dan ketiga.

I: insisar (kacip) = 2 batang

C: kanin (taring) = 1 batang

M: molar (geraham) = 2 batang geraham besar pertama dan kedua.

Page 19: Penulisan akademik proses pencernaan

(taring) untuk menyiat dan mengecilkan makanan dan gigi premolar berfungsi

dalam mengisar dan menghancurkan makanan.

Rajah 9: Bahagian gigi pada kanak-kanak berusia bawah enam tahun

b) Kelenjar air liur

19

Gigi seri

Gigi seri

Gigi taring

Gigi taring

Gigi geraham

Gigi geraham

Page 20: Penulisan akademik proses pencernaan

Kelenjar air liur ini dapat dibahagikan kepada tiga pasang. Kelenjar air liur

besar iaitu kelenjar-kelenjar parotid, submandibular dan sublingual (Elaine N.

Married 2009). Kelenjar terbesar iaitu kelenjar parotid terletak di hadapan telinga.

Kelenjar ini merembeskan air luir melalui duktus parotid. Kelenjar yang

seterusnya kelenjar submandibular iaitu kelenjar yang terletak profundus pada

bahagian rahang bawah di kedua-dua sisinya. Kelenjar yang ketiga iaitu kelenjar

sublingual yang kedudukannya di atas lantai mulut dan di bawah setiap sisi lidah.

Kelenjar-kelenjar air liur ini berperanan dalam penghasilan air liur. Air liur

merupakan campuran mukus dan cecair serous. Mukus ini berperanan dalam

melekatkan makanan bersama-sama dalam bentuk jisim yang dikenali sebagai

bolus. Proses ini menyebabkan proses mengunyah dan menelan menjadi

mudah. Bahagian cecair serous pula mengandungi enzim air liur amilase dalam

bentuk yang kaya dengan bikarbonat iaitu berakali yang boleh memulakan

proses percernaan kanji.

Kelenjar-kelenjar ini menurut laman web http://ardiankeperawatanuim.

blogspot.com/2012/02/sistem-pencernaan.html berfungsi untuk merembeskan air

liur atau juga dikenali sebagai ludah. Selain itu, air liur di dalam rongga manusia

mempunyai fungsi yang tersendiri iaitu untuk membasahi makanan, mencegah

mulut daripada kekeringan, membunuh mikroorgnisma dan bertindak sebagai

penyangga pH.

20

Page 21: Penulisan akademik proses pencernaan

Rajah 10: Kedudukan kelenjar air liur

c) Pankreas

21

Kelenjar parotid

Kelenjar sublingual

Kelenjar submandibular

Page 22: Penulisan akademik proses pencernaan

Pankreas merupakan organ yang kedudukannya terletak merentasi perut

dari limpa ke duodenum. Organ ini berwarna pink dan berbentuk seakan-akan

segi tiga. Pankreas berfungsi dalam penghasilan jus pankreas. Jus pankreas ini

mengandungi beberapa enzim yang penting dalam proses pencernaan. Enzim

yang terdapat di dalam jus pankreas ini berfungsi dalam proses pencernaan

karbohidrat, protein dan lemak. Enzim-enzim yang dihasilkan antaranya

pancreatic amylase, tripsin dan pancreatic lipase. Pancreatic amylase berfungsi

dalam proses pencernaan karbohidrat manakala tripsin berfungsi dalam proses

pencernaan protein. Pancreatic lipase pula berfungsi dalam proses pencernaan

lemak.

Rajah 11: Penghasilan enzim di pankreas

d) Hati

22

Page 23: Penulisan akademik proses pencernaan

Hati terletak di bawah diafragma yang mana kedudukannya lebih kepada

bahagian sebelah kanan badan. Hati ini terletak di atas perut dan hampir-hampir

menutupi perut. Hati memainkan peranan yang penting dalam proses

pencernaan makanan walaupun hati bukanlah salah satu organ pencernaan. Ini

kerana, hati berfungsi untuk merembeskan jus hempedu yang mengandungi

garam yang digunakan dalam proses pencernaan lemak. Melalui proses

pencernaan lemak tersebut, lemak akan dihuraikan menjadi titisan-titisan halus

hingga mudah dicernakan dan diserap (Elaine N. Marieb, 2009).

Rajah 12:

Struktur hati

e) Pundi hempedu

23

Hati bahagian

kanan

Hati bahagian

kiri

Pundi hempedu

Page 24: Penulisan akademik proses pencernaan

Pundi hempedu ini sangat kecil dan berwarna hijau yang mana terletak di

lobus kanan di bahagian bawah permukaan hati. Pundi hempedu ini berbentuk

seperti buah pear yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu fundus, badan dan

leher. Leher pundi hempedu ini kecil yang mana membentuk duktus yang

dikenali sebagai duktus sistik. Duktus sistik ini bersambung dengan duktus

hepatik sesama. Fungsi hempedu ialah tempat penyimpanan cecair hempedu

yang dirembeskan oleh hati disimpan sehingga diperlukan oleh tubuh bagi

penghadaman.

Rajah 13: Struktur pundi hempedu

24

Page 25: Penulisan akademik proses pencernaan

4.0 PROSES PENCERNAAN

Proses pencernaan bermula apabila makanan masuk ke dalam mulut. Terdapat

dua jenis proses pencernaan iaitu proses pencernaan secara fizikal dan kimia.

Makanan akan dihuraikan kepada partikel yang kecil secara fizikal dengan mengunyah

makanan tersebut dengan menggunakan organ aksesori iaitu gigi. Seterusnya

makanan tersebut akan bercampur dengan air liur dengan kehadiran lidah yang

berfungsi untuk menggerak-gerakkan makanan yang dikunyah ke kiri dan ke kanan

bagi membentuk bolus iaitu yang terdiri daripada partikel-partikel makanan hancur yang

melekat antara satu sama lain. Lidah ini seolah-olah berperanan sebagai sudu yang

digunakan untuk mengecilkan saiz gula semasa membuat air di rumah.

Semasa di mulut, kelenjar air liur parotid akan merembeskan sejenis enzim.

Enzim ini terhasil dengan adanya rangsangan dari makanan yang dimakan. Enzim yang

terhasil ini dikenali sebagai air liur amilase. Enzim ini berperanan penting dalam proses

hidrolisis karbohidrat kepada maltosa. Seterusnya jisim makanan (bolus) akan ditelan

untuk memastikan makanan dapat dihantar melalui farinks dan esofagus. Proses

menelan ini merupakan proses yang kompleks yang melibatkan beberapa bahagian

seperti lidah, lelangit lembut, farinks dan esofagus. Proses menelan ini terdiri daripada

dua fasa iaitu fasa pertama melibatkan fasa buccal yang mana fasa ini di bawah

kawalan seseorang inidividu yang mana seseorang individu boleh mengawal makanan

yang dikunyah di mulut.

25

Page 26: Penulisan akademik proses pencernaan

Rajah 14: proses makanan membentuk bolus.

Jisim makanan (bolus) akan ditolak masuk ke farink melalui lidah apabila

makanan yang dikunyah telah bercampur dengan air liur. Kehadiran bolus di farink telah

merangsang fasa kedua berlaku. Fasa kedua ini merupakan fasa luar kawalan iaitu fasa

makanan dibawa dari farink ke esofagus. Fasa ini dikatakan di luar kawalan kerana

bahagian parasimpatetik di sistem saraf autonomik yang mengawal fasa ini. Bahagian

parasimpatetik ini berfungsi dalam meningkatkan pergerakan organ percernaan

bermula di farinks dan esofagus ini. Makanan akan bergerak melalui farinks dan

26

Page 27: Penulisan akademik proses pencernaan

esofagus dengan tindakan peristalsis. Pergerakan peristalsis ini berlaku bermula

dengan penguncupan otot membujur dan diikuti oleh otot membulat (circular muscle).

Apabila makanan sampai di penghujung esofagus, makanan akan memberikan tekanan

terhadap sfinkter kardium. Tekanan tersebut mengakibatkan sfinkter kardium terbuka

dan menyebabkan makanan dapat disalurkan ke perut.

Rajah 15: Proses peritalasis berlaku di esofagus dan kardium

27

Page 28: Penulisan akademik proses pencernaan

Seterusnya, semasa di perut jus gastrik akan dihasilkan. Bau dan rasa makanan

akan merangsang sistem saraf parasimpatatik dalam penghasilan jus gastrik yang

tinggi di kelenjar perut. Perut akan merangsang sel perut untuk menghasilkan harmon

gastrin dengan adanya kehadiran makanan dan peningkatan pH di perut. Harmon

gastrin ini merangsang kelenjar di perut untuk menghasilkan lebih banyak enzim

pencernaan protein iaitu pepsin yang terdapat dalam asid hidroklorik. Sebanyak dua

hingga tiga liter jus gastrik dihasilkan sehari bagi keadaan badan normal. Asid

hidroklorik akan menjadikan perut sangat berasid. Kadang-kala keadaan ini amat

berbahaya kerana asid hidroklorik dan enzim pepsinogen berupaya untuk mencernakan

perut itu sendiri dan menyebabkan ulser. Tetapi keadaan ini tidak merbahaya selagi

mukus yang dihasilkan mencukupi. Persekitaran berasid yang disediakan oleh asid

hidrokolik ini perlu kerana akan mengaktifkan pepsinogen kepada pepsin. Selain

daripada pepsinogen, rennin juga dihasilkan oleh perut. Renin ini berfungsi dalam

menukarkan protein susu menjadi kasein (bahan yang seperti susu masam).

28

Page 29: Penulisan akademik proses pencernaan

Rajah 16: Proses penghuraian dan penyerapan makanan secara kimia

Apabila makanan masuk dan memenuhi perut, dinding perut akan meregang dan

pada masa yang sama jus gastrik dirembeskan. Seterusnya, tiga lapisan otot di perut

menjadi aktif untuk memberi tekanan dan pukulan terhadap makanan supaya makanan

dapat diuraikan secara fizikal. Setelah itu makanan dicampurkan dengan enzim yang

mengandungi jus gastrik. Akhirnya, hasil pencampuran ini menghasilkan kimus.

Seterusnya proses ini diteruskan dengan peristalsis di bahagian atas perut dan

pengucupan meningkat seiring dengan daya akibat daripada makanan masuk di injap

pilorus. Injap pilorus ini menyimpan kira-kira 30 mililiter (ml) kimus dan bertindak

membenarkan cecair dan partikel kecil masuk ke usus kecil melalui otot sfinkter pilorus.

29

Page 30: Penulisan akademik proses pencernaan

Apabila otot sfinkter pilorus terbuka, pengucupan dibahagian otot perut akan berlaku

dan akan menyebabkan kira-kira 3 mililiter kimus masuk ke usus kecil. Pengucupan otot

perut ini juga disebabkan injap tertutup dan disebabkan sebanyak 27 ml kimus yang

tinggal masuk semula ke perut supaya proses percampuran makanan dapat berlaku

sekali lagi.

Apabila duodenum iaitu bahagian pertama usus kecil telah dipenuhi oleh kimus

secara automatik dinding luarannya meregang dan menyebabkan refleks saraf berlaku.

Refleks ini menyebabkan penguraian aktiviti gatsrik dan memperlambatkan

pengosongan perut. Proses ini berlaku dengan menghambat saraf vagus dan

memperketatkan otot sfinkter pilorus yang mana memberikan masa kepada proses di

usus untuk bermula. Proses ini mengambil masa selama empat jam untuk

mengosongkan perut selepas seseorang individu makan makanan yang seimbang.

Walaubagaimanapun, proses ini akan mejadi lambat iaitu mengambil masa selama

enam jam jika makanan yang diambil tinggi kandungan lemak

(http://primedicare.com/index.php/sumber/17-kesihatan-sistem-pencernaan).

Seterusnya proses pencernaan diteruskan di usus kecil di mana proses yang

berlaku adalah proses penguraian makanan dan penyerapan makanan. Menurut Elaine

N. Married (2009), makanan yang sampai di usus kecil adalah makanan yang separuh

dicernakan. Proses pencernaan makanan seperti kanji dan protein juga bermula di usus

kecil ini. Proses di usus kecil ini juga dinamakan sebagai proses pencernaan makanan

secara kimia. Proses percernaan yang paling cepat berlaku adalah di usus kecil. Ini

kerana, proses pencernaan di usus kecil hanya mengambil masa selama tiga hingga

enam jam untuk melalui saluran usus kecil.

Makanan akan berterusan menjalani proses pencernaan makanan di bahagian

pertama usus kecil iaitu duodenum. Ini kerana, proses penguraian makanan masih

berlaku di duodenum. Apabila memasuki bahagian kedua iaitu jejunum makanan akan

menjalani proses pencernaan terakhir sebelum zat makanan diserap. Penyerapan

makanan seterusnya berlaku di bahagian ileum di usus kecil. Menurut Elaine N. Married

30

Page 31: Penulisan akademik proses pencernaan

(2009), hampir kesemua penyerapan makanan berlaku di usus kecil. Proses

penyerapan tersebut melibatkan penyerapan air dan penyerapan hasil produk akhir

pencernaan makanan seperti asid amino, galaktosa dan lain-lain. Bahan-bahan ini

diserap ke sel membran plasma usus kecil dengan proses pengangkutan aktif.

Seterusnya bahan-bahan yang diserap ini masuk ke tunas kapilari yang terdapat di villi

untuk dihantar ke darah dan seterusnya ke hati melalui vena portal.

Rajah 17: Proses penyerapan hasil produk terakhir makanan di usus kecil

31

Page 32: Penulisan akademik proses pencernaan

Proses penyerapan lemak adalah berbeza daripada protein dan karbohaidrat. Ini

kerana proses penyerapan lemak berlaku secara pasif iaitu melalui proses resapan.

Proses diteruskan di bahagian terakhir di usus kecil iaitu ileum. Di sini bahan yang

tinggal adalah sedikit air, makanan yang tidak boleh dicernakan seperti fiber pada

tumbuh-tumbuhan seperti selolosa dan bakteria.

Bahan-bahan ini seterusnya akan bergerak ke usus besar untuk meneruskan

proses pencernaan. Di usus besar makanan turut diuraikan dan diserap. Makanan yang

tidak dicernakan dan diserap di usus kecil melalui injap ileosekum (Gamdarico, 2009).

Bahan-bahan yang dihantar ke usus besar ini mempunyai beberapa nutrien yang mana

berada di usus besar selama 12 hingga 24 jam. Di bahagian kolon di usus besar ini

tidak terdapat enzim pencernaan untuk mecernakan makanan. Walau bagaiamanpun,

nutrien yang ada di usus besar ini akan bertindak balas dengan bakteria yang ada

dalam usus besar ini dalam penghasilan gas metana dan hidrogen sulfida (kentut).

Bakteria yang tinggal di dalam usus besar ini juga berfungsi dalam penghasilan vitamin

K dan vitamin B.

Proses penyerapan berlaku di usus besar iaitu di bahagian kolon. Kuantiti air

yang diserap di bahagian usus besar ini adalah kira-kira 0.8 liter. Seterusnya proses

penghasilan tinja berlaku selepas penyerapan bahan-bahan yang diperlukan oleh

badan diserap. Tinja akan disalurkan ke rektum di mana tinja ini mengandungi sisa

makanan yang tidak dicernakan, mukus, berjuta-juta bakteria dan air yang cukup untuk

membenarkan tinja dikeluarkan dari rektum. Tinja ini akan disimpan seketika di

bahagian rektum dan akan dikeluarkan daripada rektum apabila tempat penyimpanan

tinja penuh. Tinja juga akan dikeluarkan daripada rektum apabila reseptor regang dari

sistem saraf di bahagian dinding rektum merangsang keinginan membuang air besar.

32

Page 33: Penulisan akademik proses pencernaan

Rajah 18: Penyerapan air dan penyerapan makanan yang tidak diserap di usus kecil

33

Page 34: Penulisan akademik proses pencernaan

Rajah 19: Tempat penyimpanan sementara tinja

34

Page 35: Penulisan akademik proses pencernaan

Rajah 20: Saluran tempat pembuangan tinja

35

Page 36: Penulisan akademik proses pencernaan

5.0 PROSES PENCERNAAN KARBOHIDRAT

Karbohidrat merupakan kelompok makanan yang menyediakan haba dan tenaga

kepada tubuh badan manusia. Karbohidrat dapat diperoleh daripada makanan seperti

nasi dan roti.

Karbohidrat merupakan molekul makanan yang besar dan tidak boleh diserap ke

dalam tubuh badan. Oleh itu, karbohidrat perlu menjalani proses pencernaan. Makanan

berkarbohidrat ini perlu diuraikan kepada molekul-molekul yang lebih kecil supaya

dapat diserap oleh badan. Proses pencernaan karbohidrat ini berlaku di dua bahagian

tubuh badan iaitu di mulut dan usus kecil. Proses pencernaan ini berlaku dengan

adanya tindakan enzim.

Apabila makanan yang berkarbohidrat diambil oleh seseorang, gigi akan

berperanan untuk menghancurkan saiz makanan tersebut menjadi lebih kecil.

Seterusnya, kelenjar parotid yang terdapat di dalam rongga mulut akan merembeskan

enzim amilase untuk bertindak balas dengan makanan berkarbohidrat yang telah

dimakan. Hasil tindak balas enzim amilase tersebut menyebabkan rantaian karbohidrat

yang panjang menjadi lebih kecil dengan menukarkan karbohidrat menjadi laktosa,

maltose dan sukrosa bergantung kepada jenis karbohidrat yang diambil oleh

seseorang. Laktosa, maltose dan sukrosa ini dikenali sebagai oligosakarida dan

disakarida. Oligosakarida ini merujuk kepada rantaian karbohidrat yang banyak

manakala disakarida merujuk kepada dua rantaian karbohidrat sahaja. Ini bermakna,

laktosa, maltose dan sukrosa terdiri daripada rantaian karbohaidrat yang kompleks

yang mana masih tidak boleh diserap oleh badan.

AMILASE

AMILASE

AMILASE

36

KARBOHIDRAT

KARBOHIDRAT

KARBOHIDRATSUKROSA

MALTOSA

LAKTOSA

Rajah 21: Rumusan proses pencernaan karbohidrat

Page 37: Penulisan akademik proses pencernaan

Proses pencernaan ini diteruskan dengan bolus (jisim makanan berkarbohidrat)

ditelan supaya dapat ditolak ke farinks dan salur pencernaan iaitu esofagus. Bolus akan

melalui esofagus dengan tindakan peristalsis. Proses peristalsis ini berlaku secara

berterusan sehingga bolus sampai ke penghujung esofagus. Apabila bolus sampai di

penghujung esofagus, bolus akan memberikan tekanan terhadap sfinkter kardium iaitu

sejenis otot sfinkter yang menyambungkan esofagus dengan perut. Tekanan tersebut

mengakibatkan sfinkter kardium terbuka dan menyebabkan makanan dapat disalurkan

ke perut.

Makanan berkarbohidrat ini seterusnya masuk ke perut di mana tiada proses

penguraian makanan berkarbohaidrat berlaku di perut. Ini kerana, tiada enzim

pencernaan karbohaidrat di perut. Makanan hanya dihancurkan kepada partikel-partikel

yang lebih kecil melalui proses peristalsis yang berlaku di perut. Namun, saiz rantaian

karbohaidrat masih sama. Oleh itu, makanan berkarbohidrat ini masih tidak boleh

diserap ke tubuh badan. Ini menyebabkan makanan berkarbohidrat dihantar ke

bahagian usus kecil melalui sfinkter pilorus.

Makanan berkarbohidrat yang masuk ke dalam usus kecil ini akan menjalani

proses pencernaan karbohidrat di mana makanan berkarbohidrat ini akan diuraikan

kepada saiz yang lebih kecil. Ini kerana, terdapat enzim pancreatic amylase di usus

kecil yang mana dirembeskan oleh organ pankreas. Enzim ini akan bertindak balas

dengan laktosa, maltose dan sukrosa untuk penghasilan akhir proses penguraian

karbohidrat ini. Laktosa dengan ditindak balas oleh enzim pancreatic amylase akan

ditukarkan kepada galaktosa dan glukosa. Maltosa pula ditukarkan kepada glukosa

dengan ditindak balas oleh enzim yang sama iaitu pancreatic amylase. Manakala,

sukrosa ditukarkan kepada fruktosa dan glukosa.

PANCREATIC

AMYLASE

37

LAKTOSA GALAKTOSA + GLUKOSA

Page 38: Penulisan akademik proses pencernaan

PANCREATIC

AMYLASE

PANCREATIC

AMYLASE

Rajah 22: Rumusan proses pencernaan karbohidrat

Akhirnya, bahan-bahan ini akan diserap ke kapilari darah dalam struktur villi dan

akan dihantar ke hati melalui vena portal. Hati akan berperanan dalam meneutralkan

makanan yang kita makan supaya bebas daripada toksik dan racun dan seterusnya

akan menghantar bahan-bahan ini ke seluruh tubuh badan. Bahan-bahan hasil

pencernaan akhir karbohidrat ini terdiri daripada monosakarida, glukosa, galaktosa dan

fruktosa (Pearce, 2007).

Rajah 23 : Penyerapan monosakarida di usus kecil

Rujukan: Saladin, (2001).

38

GLUKOSA + FRUKTOSA

SUKROSA

GLUKOSAMALTOSA

Page 39: Penulisan akademik proses pencernaan

6.0 PROSES PENCERNAAN PROTEIN

Protein merupakan kelompok makanan yang penting dalam pertumbuhan,

pembaikan dan pembentukan sel baru dalam badan.

Protein merupakan molekul makanan yang besar dan tidak boleh diserap ke

dalam tubuh badan. Oleh itu, protein perlu menjalani proses pencernaan. Makanan

yang mengandungi protein perlu diuraikan kepada molekul-molekul yang lebih kecil

supaya dapat diserap oleh badan. Proses penguraian protein ini berlaku di dua

bahagian tubuh badan iaitu di perut dan usus kecil. Proses penguraian ini berlaku

dengan adanya tindakan enzim pepsin dan tripsin.

Apabila makan makanan yang mempunyai protein, gigi akan berperanan untuk

menghancurkan saiz makanan tersebut menjadi lebih kecil. Seterusnya, air liur akan

bercampur dengan saiz makanan yang telah kecil itu membentuk bolus. Bolus ini akan

ditelan supaya dapat ditolak ke farinks dan salur pencernaan iaitu esofagus. Bolus akan

melalui esofagus dengan tindakan peristalsis. Proses peristalsis ini berlaku secara

berterusan sehingga bolus sampai ke penghujung esofagus. Apabila bolus sampai di

penghujung esofagus, bolus akan memberikan tekanan terhadap sfinkter kardium iaitu

sejenis otot sfinkter yang menyambungkan esofagus dengan perut. Tekanan tersebut

mengakibatkan sfinkter kardium terbuka dan menyebabkan makanan dapat disalurkan

ke perut.

Makanan yang mempunyai protein ini seterusnya akan masuk ke perut di mana

proses penguraian makanan jenis protein ini akan berlaku dengan tindakan enzim. Jus

gastrik akan dirembeskan oleh dinding perut yang mana jus ini mengandungi gabungan

asid hidroklorik dan beberapa enzim pencernaan protein iaitu renin dan pepsin. Pepsin

merupakan enzim yang berperanan dalam menghidrolisis beberapa protein. Protein

dengan tindak balas pepsin akan menguraikan protein kepada molekul polipeptida

besar. Enzim renin pula khusus untuk pencernaan protein dalam susu. Enzim renin ini

akan menukarkan protein susu (kaseinogen) kepada kasein (http://www.myert.net/v3/

index2.php?option=com_docman&gid=39&task=doc_view&Itemid=150).

39

Page 40: Penulisan akademik proses pencernaan

Seterusnya, molekul polipeptida besar ini masih tidak boleh diserap oleh tubuh

badan kerana masih mempunyai rantaian protein yang besar. Maka, polipeptida besar

ini perlu menjalani proses penguraian yang kedua di usus kecil. Molekul polipeptida

yang masuk ke dalam usus kecil ini akan menjalani proses penguraian protein yang

kedua. Ini kerana, terdapat enzim pancreatic amylase di usus kecil yang mana

dirembeskan oleh organ pankreas. Enzim pancreatic amylase mengandungi

trypsinogen. Trypsinogen ini akan ditukarkan kepada tripsin dan akan bertindak balas

dengan makanan yang mengandungi protein iaitu polipeptida besar dan

menukarkannya kepada polipeptida kecil dan peptida kecil. Seterusnya dengan tindak

balas brush border enzymes seperti aminopeptidase, carboxypeptidase dan dipeptidase

ke atas polipeptida kecil dan peptida kecil akan menghasilkan produk akhir pencernaan

protein iaitu amino asid.

Proses ini berlaku dengan tindak balas carboxypeptidase mengeluarkan satu

asid amino dari carboxyl (-COOH) di hujung polipeptida kecil dan peptida kecil.

Aminopeptidase pula bertindak dengan mengeluarkan satu asid amino dalam satu-satu

masa dari hujung amino (-NH2) manakala dipeptidase bertindak dalam mengasingkan

dipeptida kepada asid amino yang berasingan.

Hasil akhir pencernaan protein iaitu amino asid akan diserap ke kapilari darah di

dalam villi. Selepas di bawa masuk ke dalam villi amino asid ini akan dibawa dari vilus

epithelium masuk ke pembuluh darah dan aliran darah terus ke hati melalui vena portal

(Pearce, 2007).

40

Page 41: Penulisan akademik proses pencernaan

Rajah 24: Rumusan proses pencernaan protein

41

Protein

Polipeptida besar

Polipeptida kecil + peptide kecil

Amino asid

Pepsin dengan kehadiran asid

hidroklorik

Enzim pankreas

(tripsin, chymotrypsin,

carboxypeptidase)

Brush border enzyme

(aminopeptidase, carboxypeptidase dan dipeptidase)

Page 42: Penulisan akademik proses pencernaan

Rajah 25: Pencernaan protein di perut

Rajah 26: Pencernaan protein di usus kecil

Rajah 27: Pencernaan protein di usus kecil

42

Tiada pencernaan berlaku di mulut.Mulut

Perut

Pepsin hidrolisiskan ikatan peptida dan menguraikan protein kepada rantaian

polipeptida yang lebih kecil di perut.

Tindak balas pancreatic enzyme di usus kecilTripsin dan chymotrypsin hidrolisis ikatan peptida

dengan menguraikan polipeptida kepada oligopeptida kecil.

Carboxypeptidase mengeluarkan satu asid amino dari carboxyl di hujung oligopeptida.

Tindak balas brush border enzyme Carboxypeptidase meneruskan proses pengeluaran asid amino dari carboxyl (-COOH).

Aminopeptidase akan keluarkan satu asid amino dari hujung amino (-NH2).

Dipeptidase asingkan dipeptida kepada amino asid yang berasingan.

Page 43: Penulisan akademik proses pencernaan

7.0 PROSES PENCERNAAN LEMAK

Lemak merupakan kelompok makanan yang penting dalam membekalkan

tenaga kepada tubuh badan manusia. Manakala asid lemak yang terdapat di lemak

pula penting dalam penyerapan vitamin A, D, E dan K. Lemak ini diperolehi daripada

makanan seperti hasil tenusu, daging, minyak dan sebagainya.

Lemak merupakan molekul makanan yang besar dan tidak boleh diserap ke

dalam tubuh badan. Oleh itu, lemak perlu menjalani proses pencernaan. Makanan yang

mengandungi lemak ini perlu diuraikan kepada molekul-molekul yang lebih kecil supaya

dapat diserap oleh badan. Lemak perlu ditukarkan kepada bentuk terkecil iaitu asid

lemak dan gliserol.

Apabila makanan yang mengandungi lemak masuk ke dalam rongga mulut

secara automatik gigi akan berperanan untuk menghancurkan saiz makanan tersebut

menjadi lebih kecil. Seterusnya, air liur akan bercampur dengan saiz makanan yang

telah kecil itu membentuk bolus. Bolus yang terhasil akan ditolak ke farinks dan salur

pencernaan iaitu esofagus melalui proses penelanan makanan. Bolus akan melalui

esofagus dengan tindakan peristalsis. Proses peristalsis ini berlaku secara berterusan

sehingga bolus sampai ke penghujung esofagus. Apabila bolus sampai di penghujung

esofagus, bolus akan memberikan tekanan terhadap sfinkter kardium iaitu sejenis otot

sfinkter yang menyambungkan esofagus dengan perut. Tekanan tersebut

mengakibatkan sfinkter kardium terbuka dan menyebabkan makanan dapat disalurkan

ke perut.

Makanan yang mempunyai lemak ini seterusnya akan masuk ke perut di mana

makanan yang mengandungi lemak ini tidak mengalami sebarang proses pencernaan

secara kimia di perut. Hal ini demikian kerana, tiada enzim pencernaan lemak

dihasilkan di perut. Molekul lemak hanyak diuraikan secara kecil dengan tindakan

peristelsis di perut.

Seterusnya, sebahagian makanan lemak yang terhadam iaitu kimus daripada

perut ini akan bergerak ke bahagian badan yang seterusnya untuk menjalankan proses

penguraian dan pencernaan lemak. Kimus ini akan bergerak masuk ke usus kecil

43

Page 44: Penulisan akademik proses pencernaan

melalui otot sfinkter yang dikenali sebagai sfinkter pilorus. Proses penguraian lemak ini

bermula dengan molekul-molekul lemak yang berbentuk bulat bertindak balas dengan

lecithin dan bile acid yang terdapat dalam cecair hempedu. Lecithin dan bile acid ini

bertindak balas ke atas molekul lemak yang berbentuk bulat dengan menyaluti molekul

lemak tersebut supaya molekul lemak dapat ditukarkan kepada titisan-titisan lemak.

Seterusnya, proses pencernaan lemak diteruskan dengan kimus bercampur dengan

pancreatic lipase dari pankreas yang dikeluarkan oleh sel acinar. Enzim lipase ini akan

bertindak dalam menguraikan lemak yang bersaiz besar kepada saiz yang lebih kecil.

Enzim lipase ini akan bertindak menguraikan tryglycerides menjadi monoglyceride dan

dua asid lemak bebas. Monoglyceride ini dikenali sebagai gliserol manakala asid lemak

bebas sebagai asid lemak. Asid lemak dan gliserol merupakan hasil akhir pencernaan

lemak. Asid lemak dan gliserol ini akan bergerak melalui bahagian kedua usus kecil

iaitu jejunum dengan tindakan peristalsis dan dalam pada masa yang sama pergerakan

akan berterusan sehinggalah ke bahagian terakhir usus kecil iaitu ileum. Zat makanan

lemak yang terdiri daripada asid lemak dan gliserol ini akan menjalani proses

pencernaan akhir sebelum diserap oleh tubuh badan.

Hasil akhir pencernaan lemak ini iaitu asid lemak dan gliserol ini akan diserap

melalui lapisan dinding usus kecil di bahagian ileum yang dilengkapi jutaan mikrovili

berbentuk jejari. Asid lemak dan gliserol ini akan diserap di lakteal ke dalam sistem

limfatik.

lipase

Rajah 28 : Rumusan proses pencernaan lemak

44

Lemak Asid lemak dan gliserol

Page 45: Penulisan akademik proses pencernaan

Rajah 29: Proses pencernaan lemak

Rujukan: Saladin, (2001).

45

Titisan lemak

Molekul lemak yang bulat diselaputi oleh lecithin dan bile acid.

Asid lemak bebas

Asid lemak bebas

Monoglicerides

Titisan lemak bertindak balas

dengan pancreatic lipase dan

menyebabkan asid lemak bebas yang

pertama dan ketiga dari triglyceride

dihidrolisiskan.

Pancreatic lipase

triglyceride

Hidrolisis lemak

Pancreatic lipase

Lecithin

Bile acid

Dietary lipid

Bile acid

Page 46: Penulisan akademik proses pencernaan

8.0 PENYERAPAN VITAMIN

Vitamin dapat dibahagikan kepada dua iaitu vitamin larut lemak dan vitamin larut

air. Vitamin larut lemak terdiri daripada vitamin A, D, E dan K. Vitamin-vitamin ini

diserap ke dalam tubuh badan bersama-sama dengan lemak. Vitamin-vitamin ini tidak

akan diserap oleh tubuh badan jika dicernakan tanpa kehadiran makanan yang

mengandungi lemak. Vitamin-vitamin ini akan dikeluarkan bersama-sama dengan tinja.

Vitamin larut air pula terdiri daripada vitamin B-complex dan vitamin C. Vitamin

ini akan diserap ke dalam tubuh badan melalui proses resapan mudah kecuali vitamin

B12. Vitamin B12 ini tidak dapat diserap ke dalam tubuh badan kerana molekulnya

terdiri daripada molekul yang besar. Vitamin B12 ini hanya boleh diserap jika

molekulnya melekat kepada faktor intrinsik di perut.

Vitamin larut lemak dan larut air ini kedua-duanya diserap ke dalam badan

manusia melalui usus kecil iaitu di bahagian ileum yang terdiri daripada lapisan yang

berlipat-lipat dan kaya dengan berjuta mikrovilli yang berperanan dalam

memperluaskan permukaan bagi tujuan penyerapan zat-zat makanan berlaku.

46

Page 47: Penulisan akademik proses pencernaan

9.0 PENYERAPAN GARAM MINERAL/ELEKTROLIT

Penyerapan garam mineral juga berlaku semasa proses pencernaan makanan.

Garam mineral ini akan diserap di sepanjang dinding usus kecil. Antara garam mineral

yang diserap oleh tubuh badan manusia semasa proses pencernaan adalah ion kalium.

Ion kalium ini akan diserap di bahagian ileum di usus kecil melalui resapan mudah.

Zat besi dan kalsium juga diserap oleh tubuh badan manusia di bahagian usus

kecil. Zat besi ini akan diserap di bahagian sel penyerap melalui proses pengangkutan

aktif dan dalam pada masa yang sama zat besi ini akan melekat kepada cytoplasmic

protein apoferritin untuk membentuk iron-ferritin complex. Penyerapan kalsium ke

dalam sel badan manusia pula bergantung kepada cofactor calcitriol iaitu vitamin D.

Kehadiran vitamin D akan menyebabkan kalsium diserap ke dalam badan dan ketidak

hadiran vitamin D akan menyebabkan kalsium tidak akan diserap oleh badan.

47

Page 48: Penulisan akademik proses pencernaan

10.0 PENYERAPAN AIR

Proses pencernaan juga melibatkan penyerapan air ke dalam tubuh badan

manusia. Penyerapan air ini penting bagi memastikan keseimbangan air dalam tubuh

badan manusia berada di dalam paras normal. Sistem pencernaan merupakan sistem

yang terlibat secara langsung dalam keseimbangan air di dalam tubuh badan.

Trek pencernaan manusia menerima jumlah air yang banyak setiap hari iaitu

kira-kira 9 liter. Air yang diterima ini diperolehi daripada pelbagai sumber iaitu daripada

makanan, minuman dan rembesan salur pencernaan dan organ aksesori pencernaan

seperti air liur, jus pankreas, jus usus, jus gastrik dan bile Air yang diterima daripada

makanan iaitu sebanyak 1.6 liter dan air yang diterima daripada minuman pula

sebanyak 1.6 liter. Manakala, air yang diperoleh daripada rembesan salur pencernaan

dan organ aksesori pencernaan adalah sebanyak 6.7 liter.

Proses penyerapan air ini berlaku di dua kawasan yang utama iaitu usus kecil

dan usus besar. Kira-kira sebanyak 8 liter air diserap oleh usus kecil manakala

sebanyak 0.8 liter diserap oleh usus besar. Sebanyak 0.2 liter air pula dikeluarkan

bersama-sama dengan tinja. Air diserap ke dalam tubuh badan manusia melalui proses

osmosis bersama-sama dengan penyerapan garam dan zat organik yang dihasilkan

oleh kecerunan kepekatan osmosis yang terdapat pada lumen intestinal.

48

Page 49: Penulisan akademik proses pencernaan

11.0 KESIMPULAN

Sistem pencernaan boleh dibahagikan kepada dua iaitu secara fizikal dan

kimia. Sistem ini turut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian salur

pencernaan iaitu dari mulut hingga ke anus dan organ aksesori. Organ aksesori

adalah pelengkap kepada salur pencernaan. Sistem pencernaan melibatkan

makanan jenis karbohdirat, protein dan lipid. Hal ini disebabkan oleh, makanan

jenis ini merupakan makanan yang kompleks dan tidak boleh diserap terus ke

tubuh badan.

Antara organ yang terlibat dalam sistem pencernaan adalah mulut,

esofagus, perut, usus kecil dan usus besar. Oleh itu, kita hendaklah memastikan

organ ini berfungsi dengan sempurna agar kita tidak menghadapi masalah

pencernaan yang boleh menggangu pemakanan kita. Pengambilan makanan

mengikut pramid makanan hendaklah dipatuhi dan diikuti. Sistem pencernaan yang

baik membolehkan seseorang itu berada dalam keadaan yang sihat dan bertenaga

untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seharian dengan baik tanpa cepat berasa letih.

Kesimpulannya, hendaklah kita sama-sama menjaga organ pencernaan

badan kita agar tidak timbul masalah pencernaan seterusnya mengakibatkan tubuh

badan kita bermasalah untuk menyerap dan memproses makanan terbabit ke

penghuraian makanan yang lebih kecil.

49

Page 50: Penulisan akademik proses pencernaan

12.0 RUJUKAN

Buku

Abdul Hamid Abdul Rashid, (1995). Anatomi Umum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Anela Royston. Penterjemah, Zainah Mohd Azahari, (2005). Menerusi Mikroskop-Pencernaan: Bagaimana Tubuh Kita Menghasilkan Tenaga. Selangor: Dawama Sdn. Bhd.

Angela Royston, Penterjemah: Zainah Mohd. Azahari, (2005). Pencernaan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Elaine N. Marieb, (2009). Essentials of Human Anatomy & Physiology. United States: Pearson Education.

Evelyn C. Pearce. Anatomi Dan Fisiologi Untuk Jururawat. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

Frederic H. Martini, Et Al., (2007). Essentials Of Anatomy &Physiology. United States: Pearson Education.

Green, J.H. Penterjemah, Ahmad Pauzi Mohd Yusof Dan Mariam Ahmad, (1994). Fisiologi Klinikal Asas (3rd Edition). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Guy, J.F, (2005). Learning Human Anatomy: A Laboratory Text And Workbook. New Jersey: Prentice Hall.

Kenneth S.Saladin, (2001). Anatomy Phsiology The Unity Of Form And Function. New York: Mc Graw Hill Companies.

Komik

Gomdori Co., (2009). Eksplorasi Tubuh Manusia 1. Selangor: Anjung Taipan Sdn Bhd.

Majalah

Health Today. (May 2011). Your Digestive System. Muka Surat 18-19.

Health Today. (May 2011). Your Bowel Movement Guide. Muka Surat 20-21.

50

Page 51: Penulisan akademik proses pencernaan

Internent

Tiada Nama Pengarang. Sistem Percernaan. Dilayari Pada 19 Februari 2012 Di URL Http://Kambing.Ui.Ac.Id/Bebas/V12/Sponsor/Sponsor-Pendamping/Praweda/Biologi/0064%20bio%202-5b.Htm

Tiada Nama Pengarang. Sistem Percernaan Makanan Pada Manusia. Dilayari Pada 19 Februari 2012 Di URL Http://Www.Youtube.Com/Watch?V=Fomxou0w67k

Tiada Nama Pengarang. Penerangan Lebih Terperinci Setiap Bahagian Percernaan. Dilayari Pada 19 Februari 2012 Di URL Http://Id.Wikipedia.Org/Wiki/Sistem_Pencernaan

Rahman. Anatomi Sistem Percernaan Manusia. Dilayari Pada 19 Februari 2012 Di URL Http://Rahman-Blog.Blogspot.Com/2008/01/Anatomi-Sistem-Pencernaan.Html

Anne Ahira. Artikel Sistem Percernaan. Di Layari Pada 19 Februari 2012 Di URL Http://Www.Anneahira.Com/Sistem-Pencernaan-7670.Htm

Tiada Nama Pengarang. Sistem Percernaan. Dilayari Pada 19 Februari 2012 Di URL Http://Aadesanjaya.Blogspot.Com/2010/10/Sistem-Pencernaan.Html

Tiada Nama Pengarang. Kamus Online. Dilayari Pada 1 Mac 2012 Di URL Http://Dict.Rewaz.Org/Search/Browse/Fisiologi.Re

Tiada Nama Pengarang. Definisi Pencernaan. Dilayari Pada 1 Mac 2012 Di URL Http://Primedicare.Com/Index.Php/Sumber/17-Kesihatan-Sistem-Pencernaan

Tiada Nama Pengarang. Lidah. Dilayari Pada 1 Mac 2012 Di URL Https://Lestariunique.Wordpress.Com/2012/02/21/308/

Tiada Nama Pengarang. Gigi. Dilayari Pada 1 Mac 2012 Di URL Http://Ravi-Azriel.Blogspot.Com/2008/03/Nama-Gigi.Html

Tiada Nama Pengarang. Periltasis. Dilayari Pada 1 Mac 2012 Di URL Http://Rawatankesihatan.Blogspot.Com/2007/10/Masalah-Sendawa-Berlebihan.Html

51

Page 52: Penulisan akademik proses pencernaan

52