proposal tesis

21
Pembangunan Koswer untuk membantu Proses Pengajaran & Pembelajaran Subjek Biologi Tingkatan Empat “Sistem Penghadaman Bagi Haiwan” BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1

Upload: azim-azimah

Post on 16-Dec-2015

33 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Penggunaan Slideshow dalam Pdp Sains

TRANSCRIPT

Pembangunan Koswer untuk membantu Proses Pengajaran & Pembelajaran Subjek Biologi Tingkatan Empat Sistem Penghadaman Bagi HaiwanBAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PengenalanPenggunaan teknologi dalam sistem pendidikan pada hari ini adalah selari dengan pembangunaan Dunia Tanpa Sempadan yang dilihat pada masa kini. Kehadiran teknologi dalam pendidikan telah membuka peluang baru untuk memajukan bidang pendidikan dan seterusnya dapat menyediakan pelajar-pelajar untuk menghadapi cabaran-cabaran abab ke-21 atau dengan kata lain cabaran era teknologi kini. Pada tahun 1992, program pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah dilaksanakan sebagai projek perintis di 15 sekolah rendah. (Rancangan Malaysia ke tujuh)

Mengikut Galbraith (1967), technology is the systematic application of scientific or other organized knowledge to practical tasks. Selain dari itu, pandangan lain yang berkaitan dengan teknologi adalah daripada Finn (1960); Heinich, Molenda dan Rusell (1989); dan Romizowski (1988) yang menyatakan bahawa teknologi sebagai proses dan juga tekonologi sebagai produk atau bahan.

Sepertimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Negara menyatakan bahawa Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. ".

Hal ini menunjukkan bahawa pendidikan di negara ini hakikatnya cuba melahirkan masyarakat yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, jasmani dan rohani. Dalam erti kata yang lain, falsafah pendidikan di negara ini cuba untuk mengetengahkan keseimbangan pada pendidikan di negara ini selaras dengan kemajuan dan perkembangan dunia pendidikan di negara-negara lain. Salah satu contoh perkembangan yang jelas kelihatan adalah perkembangan dari segi pendekatan dan juga kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru dalam menyampaikan isi pengajaran. Di negara-negara luar, perkembangan teknologi yang berlaku digunakan sepenuhnya dalam pembinaan bahan bantu mengajar oleh guru-guru di sana. Namun, di Malaysia teknologi mempunyai pengertian yang tersendiri iaitu berkaitan dengan alat teknologi moden terutama alat elektronik seperti komputer, televisyen, perakam pita video, projector LCD dan juga telefon bimbit.

Keadaan ini adalah selari dengan kemahuan pelajar-pelajar di negara ini. Bagi pelajar, bahan bercetak seperti buku teks dan juga buku latihan yang dibekalkan kurang mendapat perhatian mereka. Ini disebabkan mereka telah biasa menggunakan teknologi dalam kehidupan mereka yang jauh lebih menarik dan interaktif berbanding bahan-bahn bacaan dan rujukan seperti buku, majalah dan sebagainya.

Oleh itu, kaedah pengajaran yang menggunakan pendekatan teknologi dilihat mampu meningkatkan minat para pelajar disamping meningkatkan lagi motivasi para pelajar dari aspek afektik dan kognitif dalam menjalani proses pembelajaran. Bersandarkan kepada keadaan ini, kajian ini bibuat bagi melihat sejauh mana penggunaan teknologi dalam pendidikan dapat memberi kesan kepada pelajar.

1.2 Pernyataan MasalahBiologi seperti yang diketahui umum adalah matapelajaran yang kurang diminati oleh para pelajar kerana bagi mereka Biologi adalah satu matapelajaran yang agak sukar, membosankan dan memerlukan mereka untuk menghafal dan membaca. Keadaan ini adalah berkait rapat dengan kaedah pengajaran dan pembelaran yang digunakan oleh para pendidikan dalam menyempurnakan sesi pembelajaran dan pengajaran.

Keberkesanan sesuatu kaedah pengajaran adalah penting dalam memastikan pencapaian seseorang pelajar. Mazlan Othman merumuskan bahawa salah satu cara untuk menambahakan pemahaman pelajar dalam proses pembelajaran adalah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran di petik dalam (Aida, 2004).Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab seorang guru bagi memastikan bahan pengajaran yang digunakan adalah sesuai dan seiring dengan keinginan dan minat pelajar itu sendiri bagi menambahkan lagi motivasi mereka terhadap pembelajaran.1.3 Signifikan KajianBagi pengkaji, kajian yang dijalankan ini memepunyai kepentingan dan signifikan yang tersendiri terutamanya tergadap pelajar, guru dan juga ibu bapa. Antara kepentingan kajian ini adalah dapat membantu pelajar-pelajar terutama pelajar Sains dalam meningkatkan kefahaman mereka terhadap sesuatu topik. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk meningkatkan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran Sains disamping membantu mereka lebih memahami topik-topik yang agak susah difahami dan abstrak.Selain itu juga, kajian ini adalah bertujuan untuk mambantu guru mengenal pasti kaedah sesuai yang boleh digunakan oleh guru dalam membantu guru-guru menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) bagi sesi pengjaran mereka. Di samping itu juga, kajian ini dapat memberi pendedahan kepada guru mengenai kaedah-kaedah alternatif yang dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan juga kaedah-kaedah yang lebih efektif dalam menyampaikan isi pengajaran. Menurut Aida (2004), pengajaran berbantukan komputer dapat juga mempermudahkan sesuatu pembelajaran kerana pengajaran berbantukan komputer adalah merupakan pengajaran terancang.

Kajian ini juga bertujuan untuk memberi maklumat kepada ibu bapa mengenai kaedah yang mempunyai kesan baik dalam pembelajaran anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa akan membantu anak-anak mereka dengan memberi peluang kepada mereka untuk memilih sendiri cara pembelajaran yang terbaik untuk diri mereka.

Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengetahui pendekatan terbaik yang dipilih oleh para pelajar pada masa kini. Diharapkan pihak kementerian dapat mewujudkan strategi baru dalam melatih guru dalam proses pengajaran mereka. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan koswer sebagai salah satu bahan bantu mengajar (BBM) dalam menyampaikan isi pengajaran mereka. Selain daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, kajian ini juga diharap dapat mwmbantu pihak lain seperti Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidkan Daerah dan juga pihak sekolah yang diuji itu sendiri. Kajian ini amat penting bagi menyedarkan pihak-pihak tertentu mengenai masalah-masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran dan kaedah yang menjadi pilhan mereka dan dapat menarik minat mereka. 1.4 Objektif Kajian

Antara objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:

a. Mengenal pasti sejauh mana penggunaan bahan bantu mengajar yang berasaskan teknologi seperti koswer dapat menarik minat pelajar dan membantu pelajar memberi lebih perhatian terhadap pengajaran guru. b. Menilai pencapaian pelajar terhadap kaedah pengajaran berbantukan komputer.

c. Mengetahui persepsi pelajar terhadap koswer yang dibangunkan.1.5 Soalan Kajian

Persoalan kajian ini adalah:a. Sejauh manakah penggunaan teknologi ystem kesan terhadap pembelajaran mata pelajaran Biologi bagi pelajar-pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Seri Dungun?

b. Adakah penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Biologi di Sekolah Menengah Seri Dungun?c. Apakah persepsi pelajar terhadap persembahan koswer yang dibangunkan?

1.6 Definisi Literatur

a) Pengajaran Berbantukan Komputer

Pengajaran berbantukan komputer melibatkan system tutorial, permainan dan simulasi disamping aktiviti latih tubi (PPK, 1993; Jamaluddin, 1989) dipetik dalam Tengku Zawawi (1997). Manakala menurut H.L The (1997) dipetik daripada Aida (2004) penggunaan komputer sebagai alat pengajaran dalam penyampaian maklumat tertentu kepada sesuatu kumpulan sasaran supaya objektif pembelajaran tertentu dapat dicapai.

b) Koswer / Perisian

Perisian ialah komputer program atau atur cara komputer yang dapat digunakan dengan sistem komputer tertentu (Kamus Dewan, 2002). Dalam konteks kajian ini, koswer yang dibangunkan adalah bertajuk Sistem Penghadaman Manusia. c) Pembangunan

Perihal membangun, proses membangun sesuatu dan usaha atau kegiatan membangun (Kamus Dewan, 2002). Dalam konteks kajian ini adalah membangun koswer.d) MultimediaWaterworth (1992) dalam Jamaluddin Harun dan Zaidatun Tasir (2000), multimedia ialah persepaduan bunyi, muzik, animasi, teks, suara, video dan grafik yang dihasilkan oleh teknologi berasaskan komputer, ia lebih menarik berbanding dengan televisyen atau kaset video.

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR2.1 PengenalanDalam pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah hari ini telah mengubah peranan guru daripada sistem instruktor ke fasilitator. Pengajaran berasaskan kaedah eksposisi telah berubah kepada pengajaran yang membolehkan pelajar melakukan eksplorasi sama ada secara individu atau dalam kumpulan kecil. Salah satu daripada strategi yang boleh diguna pakai oleh guru untuk menghadapi perubahan dari segi model dan amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah dengan mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran. (Lai Kim Leong, 2002)

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Wong dan Hong pembangunan pendidikan di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama adalah zman British, di mana sistem pendidikan adalah mengikut sistem pendidikan British. Peringkat kedua, diikuti dengan zaman kemerdekaan pada tahun 1957. Dalam situasi ini, walaupun sistem pendidikan telah diubah suai namun ianya masih menyerupai sistem pendidikan British. Pada peringkat ketiga iaitu pada tahun 1973, Pusat Pembangunan Kurikulum ditubuhkan dan pada waktu ini sasaran utama adalah untul melakukan tinjauan terhadap kurikulum pendidikan bagi semua subjek di Malaysia. (Nordin Hussain, 2008)

Sehubungan dengan itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini sewajarnya mendapat perhatian semua pihak terutama para pemdidik dalam memantapkan tahap kefahaman murid tentang apa yang diajar. Menurut Musa (2001), wawasan kita ialah menyediakan perkhidmatan pendidikan terbaik dan berkualiti demi membangunkan generasi masa depan Malaysia yang dinamis dan progresif. Ini juga turut dikuatkan lagi dengan Piagam Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu menyediakan system pendidikan terbaik berasaskan budaya ilmu untuk memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.

2.2

Menurut Grimes dan Warschauer (2008), pelajar lebih mudah untuk mengingati dan menggunakan maklumat yang dipelajari jika teknologi maklumat (IT) digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar. Terdapat tiga kaedah multimedia yang boleh digunakan terhadap pelajar iaitu dari segi memberikan arahan, penafsiaran dan juga pengetahuan. Guru-guru menggunakan multimedia bagi membantu pelajar untuk memahami konsep-konsep sukar seperti peta diaperolehi melaui laman web, video, simulasi dan audio. Di United States peningkatan ystem pendidikan bermula sejak tahun1980-an dan penggunaan teknologi dilihat sebagai peningkatan terbesar yang berlaku di sistem itu.

Selain itu, berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Garofalo, Shockey, Harper, & Drier (1999), terdapat lima garis panduan merupakan refleksi terhadap apa yang dipercayai sesuai digunakan dalam pengajaran iaitu antaranya adalah memperkenalkan teknologi dalam konteks, menggunakan faedah pengajaran dengan pedagogi yang sesuai, mengambil faedah dari teknologi, menghubungkan setiap topik pelajaran dan menyatukan pelbagai gambaran (http://www.citejournal.org/vol1/iss1/currentissues/mathematics/article1.htm).

Dalam Rancangan Malaysia ke Tujuh (1996-2000) Bab 14 Teknologi Maklumat, menyatakan mengenai penggunaan komputer dalam pendidikan. Beberapa program telah dilancarkan dalam objektif mendedahkan pelajar kepada pengetahuan asas komputer. Turut dinyatakan, pada tahun 1992, program pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah dilaksanakan sebagai projek perintis di 15 buah sekolah rendah manakala dalam perenggan 14.16 pula menyatakan, sebagai lanjutan kepada program komputer dalam pendidikan, Jaringan Pendidikan telah diperkenalkan pada tahun 1995 sebagai satu projek perintis melibatkan 50 sekolah menengah.

Baharudin, Rio dan Manimegalai (2002) dalam Elemaran a/l Davrajoo (2004), menyenaraikan beberapa kelebihan Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) iaitu:

a. Inetraktif pelajar boleh bertanya dan memasukkan input dan komputer boleh member jawapan atau maklum balas untuk setip tindakan.

b. Mudah alih PBK boleh dibawa ke mana-mana dalam bentuk CD dan boleh digunakan bila-bila masa.c. Maklum balas serta-merta pelajar menerima maklum balas serta merta apabila melakukan sesuatu atau bertanyakan sesuatu.

d. Menarik dan menyeronokkan gabungan grafik, animasi, bunyi dan video memberangsangkan dan tidak menjemukan pelajar untuk belajar.

e. Pengajaran individu pelajar berpeluang untuk mengawal kecepatan dan kelambatan proses pembelajaran mengikut kebolehan masing-masing.

f. Pengajaran berulang kali pelajar berpeluang belajar pada bila-bila masa dan boleh mengulang isi pelajaran seberapa kali perlu.

g. Melibatkan penggunaan lebih dari satu deria PBK menggunakan beberapa deria iaitu penglihatan, pendengaran dan sentuhan kerana PBK punyai unsur-unsur audio dan video.

Selain itu, Muhamad Hasan Yeong (2001), dalam Aida (2004), menyarankan bahawa aplikasi komputer yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai kelebihan berbanding pendekatan tradisional kerana kandungannya tidak static oleh sebab perisian komputer berubah dan diadaptasikan bagi memenuhi perkembangan dan keperluan pendidikan semasa.

Disamping itu juga PBK melalui penggunaan koswer menekankan perkembangan kognitif pelajar. Perkembangan kognitif pelajar menjana perkembangan intelektual pelajar. Piget (1970) dalam Yusup Hashim (2004) ada menyatakan bahawa perkembangan intelektual terjadi berasaskan tiga konsep iaitu skema, asimilasi dan akomodasi. Konsep skema merupakan stuktur mental yang disusun hasil dari interaksi persekitaran. Konsep asimilasi pula merupakan proses mengintegrasikan maklumat yang ada dengan skema yang sedia ada manakala konsep akomodasi adalah proses membina skema hasil dari proses asimilasi supaya dapat disesuaikan. 2.3 Kesimpulan

Oleh itu, hasil daripada kajian-kajian yang dilaksanakan, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa penggunaan teknologi adalah amat penting dalam sistem pendidikan pada hari ini. Selain daripada dapat menarik tumpuan pelajar dan lebih menyeronokkan, penggunaan teknologi juga adalah salah satu cara pembelajaran yang dinamik yang mampu membantu guru dan juga memudahkan pelajar dalam memahami isi pengajaran guru.

Keadaan ini dapat dibuktikan berdasar hasil Jurnal Peranan Komputer dalam Pendidikan Matematik (Tengku Zawawi, 1997) menjelaskan bahawa:

Pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting:

1. Pembelajaran tentang perisian komputer, perkakasan dan pengaturcaraan komputer.

2. Penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data Memproses data penyelidikan

Memproses perkataan

3. Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran

Pengaturan murid

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK)

BAB 3METADOLOGI3.1 PengenalanBab ini menerangkan mengenai kaedah yang dijalankan bagi kajian ini. Aspek yang diterangkan adalah:

a. Rekabentuk Kajian

b. Persampelan

c. Instrumen Kajian

d. Pengumpulan Data3.2 Rekabentuk KajianKajian yang dijalankan ini adalah kajian berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah eksperimental. Kajian yang akan dijalankan perlulah terlebih dahulu memohon kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kebenaran juga perlulah diperoleh daripada Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Dalam kajian ini, pelajar-pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Seri Dungun dipilih sebagai sampel kajian. Pelajar-pelajar ini dipilih seramai 40 orang sahaja. Dalam kajian ini, sampel kajian akan menjalani ujian pra dan ujian pos. Pada permulaan kajian, ujian pra ditadbirkan kepada kumpulan kajian untuk mengkaji pengetahuan sedia ada pelajar mengenai topik sistem penghadaman bagi haiwan.

Ujian pos pula ditadbirkan kepada kumpulan kajian selepas proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan koswer dijalankan. Pengkaji telah mengambil kaedah pembelajaran menggunakan koswer sebagai pembolehubah bersandar manakala hasil pencapaian pelajar terhadap ujian yang dijalankan sebagai pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah yang dimalarkan adalah pelajar tingkatan empat.

Keputusan yang diperoleh dinilai mengikut pencapaian pelajar iaitu markah yang mereka perolehi daripada ujian yang telah ditadbirkan. Kaedah ini adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan koswer yang telah dihasilkan oleh pengkaji. Rekabentuk Kajian Dalam Kajian Eksperimen

3.3PersampelanPopulasi kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Biologi di Sekolah Menengah Seri Dungun. Seramai 40 orang pelajar tingkatan empat telah dipilih sebagai sampel kajian. Sampel kajian dipilih secara rawak, maka sampel adalah heterogenous dari segi tahap kebolehan, jantina, bangsa dan etnik.

3.4 Instrumen KajianKoswer yang dibina untuk dipersembahkan kepada pelajar adalah mengikut Sukatan Pelajaran Biologi Tingkatan Empat. Perisian yang digunakan bagi pembangunan koswer ini adalah Macromedia Authoware 7.0, Flash MX 2004 dan Adobe Photoshop. Pada akhir proses pembelajaran, penilaian akan dijalankan bagi mendapat pencapaian sampel dengan mentadbirkan ujian. Selain itu, pentadbiran ujian pra dan ujian pos adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan koswer dalam pembelajaran. Soalan ujian pra dan ujian pos mengandungi 15 soalan. Soalan-soalan diambil daripada soalan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas.

Satu soal selidik penilaian pelajar dibina oleh pengkaji dan diberikan kepada sampel yang mengalami proses pembelajaran menggunakan koswer. Ianya adalah bertujuan untuk mendapat maklumat berkaitan penilaian terhadap koswer yang dibina dari aspek persembahan koswer, kuiz atau latihan, keberkesanan koswer dan pandangan umum terhadap koswer yang dibangunkan.3.5 Pengumpulan DataData yang diperoleh dikumpulkan dan direkodkan. Data yang diperoleh dari soal selidik yang dijalankan diberi skor menggunakan Skala Likert dan dianalisis secara kuantitatif bagi ahagian B. Analisis data bagi ujian pra dan ujian pos adalah dengan menggunakan Perisian SPSS (Statistical Package For Social Sciance) bagi mendapatkan peratus, min dan nilai t serta bagi menentukan nilai pekali -cronbach.

Menurut Khalid (2003), statistik adalah perangkaan yang merujuk kepada pembentangan data mentah yang belum dianalisis. Ia merupakan prosedur matematik yang digunakan bagi merumus dan menganalisis data untuk mengkaji kaitan yang wujud dan menyelidik makna yang terkandung dalam kumpulan data. Selain itu, menurut Mohd Majid (2000), skor mentah adalah skor yang belum diperihalkan secara statistik melalui skor mentah ini satu analisis secara statistik akan dilakukan untuk membuat pentadbiran sifat-sifat populasi dari sampel kajian.

Hasil perolehan dari kaji selidik yang dijalankan dapat membantu pengkaji dalam menentukan taburan peratus dan min bagi aspek persembahan koswer yang dijalankan iaitu di Bahagian B, manakala ujian pra dan ujian pos yang ditadbirkan dapat menguji pemahaman pelajar sebelum dan selepas menggunakan koswer yang dibangunkan. Analisis bagi ujian pra dan ujian pos adalah menggunakan ujian t.

Soal selidik yang dijalankan terhadap sampel menggunakan skala Likert di mana 4 mewakili sangat tidak setuju, 3 mewakili tidak setuju, 2 mewakili setuju dan 1 mewakili sangat setuju. Keputusan diperolehi dengan cara menjumlahkan skor sangat setuju (SS), setuju (S), tidak setuju (TS) dan sangat tidak setuju (STS) respondan kaji bagi 14 item. Markah skor yang digunakan mempunyai julat 1-4. Min skor juga dikira, sekiranya skor melebihi 3.00 pengkaji menganggap bahawa respondan bersetuju dengan kriteria koswer yang dibangunkan manakala sekiranya skor kurang daripada 3.00 pengkaji menyimpulkan bahawa respondan tidak bersetuju dengan kriteria itu.

Pendapat Skala Likert Markah skor

Sangat Setuju

1

4

Setuju

2

3

Tidak Setuju

3

2

Sangat Tidak Setuju

4

1

Skala Permakahan Soal SelidikReferencesAida Bt Mohd Arip. (2004). Keberkesanan Pengajaran Berbantukan Komputer Berbanding Pembelajaran Koperatif Bagi Tajuk Memahami Sistem VaskularDalam Tumbuhan. Tesis Ijazah Pertama yang diterbitkan, Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris

Grimes & Warschauer (2008). Learning with Laptop. Journal Computing Research, 38 (305-332)

Lai Kim Leong (2002). Integrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam Pengajaran dan pembelajaran matematik. Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan.Tod Shockey (2000). Promoting Appropriate Uses of Technology in Mathematics Teacher Preparation. Diperolehi pada 17 Februari 2009 dari http://www.citejournal.org/vol1/iss1/currentissues/mathematics/article1.htm

Quek Choon Lang, Jarina Peer, Shanti Divaharan, Michael D. William, Angela F.L & Azilawati Jamaludin (2005). Games and ComputerMediated Communication as a Collaborative Tool for Facilating StudentStudent Centered Learning in Project-Based Classroom. Education of Technology, 44(4), 48-51

Yusup Hashim & Razmah Man (2006).Teknologi Instruksional: Teori dan Aplikasi. Tanjung Malin: Randys Enterprise.Penilaian Koswer

Analisis Data (Ujian t)

Ujian Pos

Mendedahkan Pelajar terhadap Koswer

Ujian Pra

Pengetahuan Asas Pelajar

Sampel Kajian

Populasi Eksperimen

1