proposal abstrak tesis jurnal penyelidikan

39
KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU DALAM AKTIVITI PENGAJARAN MATA PELAJARAN BAHASA ARAB ABSTRAK Program j-QAF ( Jawi, Al-Quran dan Fardhu Ain) merupakan hasrat kerajaan yang amat mulia dan bernilai dalam arena pendidikan kebangsaan. Program ini telah mewajibkan pembelajaran Bahasa Arab kepada semua pelajar Melayu bermula dari sekolah rendah. Berhubung dengan program ini, maka kerajaan telah mengarahkan Kementerian Pelajaran menjalankan projek rintis berkaitan hasrat tersebut. Pelaksanaan projek ini adalah secara berperingkat-peringkat, dimulakan dengan sekolah-sekolah rendah gred A dan diwajibkan kepada semua pelajar-pelajar Islam kelas sederhana dan cemerlang. Projek yang sedang dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah di seluruh negara ini, diharapkan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang semestinya mencapai tahap mantap dan mahir berbahasa Arab dan menguasai tulisan jawi dengan baik serta dapat melaksanakan amal ibadat dengan baik dan sempurna. Maka kajian yang akan dijalankan nanti ialah untuk melihat jenis kemahiran komunikasi guru dalam aktiviti pengajaran Bahasa Arab

Upload: rahimahbintimaharif

Post on 29-Dec-2015

67 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kajian tindakan

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal Abstrak Tesis Jurnal Penyelidikan

KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU DALAM AKTIVITI PENGAJARAN MATA PELAJARAN BAHASA ARAB

ABSTRAK

Program j-QAF ( Jawi, Al-Quran dan Fardhu Ain) merupakan  hasrat kerajaan yang amat

mulia dan bernilai dalam arena pendidikan kebangsaan. Program ini telah mewajibkan

pembelajaran Bahasa Arab kepada semua pelajar Melayu bermula dari sekolah rendah.

Berhubung dengan program ini, maka kerajaan telah mengarahkan Kementerian Pelajaran

menjalankan projek rintis berkaitan hasrat tersebut. Pelaksanaan projek ini adalah secara

berperingkat-peringkat, dimulakan dengan sekolah-sekolah rendah gred A dan diwajibkan

kepada semua pelajar-pelajar Islam kelas sederhana dan cemerlang. Projek yang  sedang

dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah di seluruh negara ini, diharapkan dapat melahirkan

pelajar-pelajar yang semestinya mencapai tahap mantap dan mahir berbahasa Arab dan

menguasai tulisan jawi dengan baik serta dapat melaksanakan amal ibadat dengan baik dan

sempurna. Maka kajian yang akan dijalankan nanti ialah untuk melihat jenis kemahiran

komunikasi guru dalam aktiviti pengajaran Bahasa Arab dan kaedah pengajaran yang sering

dilaksanakan di Sekolah Rendah. Kajian akan menilai tahap kefahaman Bahasa Arab dari segi

kemahiran menulis dan menjawab soalan lisan dan bertulis dengan betul serta memberi gerak

balas atau respon yang betul kepada pembelajaran mereka.

Kajian ini akan menggunakan model kajian yang djalankan oleh E.C.Bryant (1974) yang 

menjelaskan bahawa faktor latar belakang dan proses pendidikan seperti faktor persekitaran

pelajar termasuk kemahiran komunikasi guru dan aspek pengetahuan akan mempengaruhi

pencapaian dan tahap kefahaman seseorang pelajar. Justeru kajian ini akan memfokuskan

Page 2: Proposal Abstrak Tesis Jurnal Penyelidikan

kemahiran komunikasi guru sebagai faktor yang boleh menyumbang ke arah tahap kefahaman

pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka.

Pentingnya  kajian ini kerana ia amat selari dengan kehendak dan aspirasi Perdana

Menteri yang mewajibkan semua pelajar Islam mempelajari Bahasa Arab semenjak di sekolah

rendah. Kajian ini juga ialah sebagai satu usaha penambahbaikan kepada Kementerian Pelajaran

Malaysia, Jabatan Pelajaran setiap negeri dan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia bagi

merangka dan membina modul yang lebih bersesuaian dengan situasi pelajar dan guru khususnya

guru yang terlibat dengan pengajaran  tahap 1 sekolah rendah. Selain itu kajian ini akan dapat

membantu mengenal pasti metod dan sumber pembelajaran yang lebih berkesan untuk pelajar

sekolah rendah untuk mempelajari Bahasa Arab. Ibubapa dan waris pelajar juga dapat

memanfatkan kajian ini untuk membimbing anak-anak didik mereka untuk mencintai Bahasa

Arab dan pelajaran jawi dengan lebih mantap Di samping itu dapat meningkatkan peranan

komunikasi guru dalam menentukan keberkesanan pengajaran Bahasa Arab di sekoalh rendah.

Amat diharapkan kajian yang akan dijalankan dapat menjadi sebahagian daripada sumbangan

ilmiah dalam merialisasikan projek j-QAF yang telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran pada 24

April 2004 di SMK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu. Selain itu dapat

mengukur dan memberikan maklumat berkaitan keberkesanan program j-QAF yang telah dan

sedang dijalankan oleh pihak kementerian serta dapat merancang program bagi membantu pihak

sekolah merialisasikan impian dan hasrat kerajaan dalam projek j-QAF.

Page 3: Proposal Abstrak Tesis Jurnal Penyelidikan

 1.0 Pendahuluan

Projek j-QAF merupakan satu aspirasi murni untuk merealisasikan pendidikan Bahasa

Arab, Jawi dan Fardhu Ain. Susunan model-model dalam program ini amat terancang dan

relevan untuk dimajukan dari semasa ke semasa. Sememangnya  projek ini amat dialu-alukan

oleh golongan pendidik khususnya golongan pendidik bidang Bahasa Arab, Jawi dan Fardhu Ain

di seluruh Malaysia. Walaupun program ini melalui tempoh masa yang  masih muda dan belum

mencapai tempoh lima tahun, umumnya golongan waris dan pendidik memberi sambutan yang

sangat baik untuk kita terus memartabatkan projek ini. Di samping kajian-kajian, pandangan-

pandangan positif daripada golongan terlibat amat dialu-alukan bagi membantu memperkasakan

lagi pelan baik ini.  

Justeru, penulis merasa terpanggil untuk melihat keberkesanan dan hasil pencapaian

program yang masih di anggap baru ini. Selain dapat menganalisis hasil pencapaian program dan

mencari rangka  penambahbaikan, penulis amat berharap agar dapat melihat dan menganalisis

kaedah dan modul yang digunapakai dalam projek ini demi memartabatkan bidang keguruan j-

QAF dan pendidikan j-QAF itu sendiri. Selain itu kajian ini adalah kesinambungan daripada

kajian pertama dahulu.

Maka berdasarkan hakikat ini penulis mencuba untuk melaksanakan  kajian ini iaitu :

Kemahiran Komunikasi Guru Dalam Aktiviti Pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab

Sekolah Rendah.

Page 4: Proposal Abstrak Tesis Jurnal Penyelidikan

2.0      Penyataan Masalah

           

Proses pendidikan yang baik semestinya akan membuahkan  hasil produk yang baik dan

bersumberkan kepada kaedah yang jelas. Hasil yang baik dan mantap biasanya dijadikan sebagai

penanda aras terhadap kejayaan dan kegagalan sesebuah program. Tanpa melalui proses

muhasabah atau “postmortem” sesuatu program, kita seumpama berjalan tanpa panduan dan

pedoman. Untuk maju kehadapan kita harus mempunyai dasar dan asas yang kukuh. Pendidikan

adalah penentu corak serta mutu kehidupan seseorang manusia. Pendidikan yang utuh dan afdal

akan melahirkan manusia dan bangsa yang kuat dan mulia.  Bagi menjamin agar pendidikan itu

berupaya membentuk manusia dan bangsa yang kuat, ia harus dibangun dan dikembangkan di

atas asas-asas dan model-model yang kukuh.

Maka, kajian ini cuba untuk melihat kemahiran komunikasi guru dalam aktiviti

pengajaran Bahasa Arab. Kajian ini juga akan membantu menambah baik dan mengukuhkan lagi

kemahiran komunikasi guru dan memantapkan lagi kaedah pengajaran Bahasa Arab khususnya

pengajaran di sekolah.

           

            Kebanyakan kajian yang telah dilaksanakan adalah berkaitan dengan perkara-perkara

yang berhubung kait dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah tetapi sangat sedikit kajian

yang meninjau perihal dan permasalahan pendidikan di peringkat rendah.

            Justeru itu, pengkaji dengan rasa tanggungjawab dan amat berminat berjuang untuk

meninjau beberapa proses pengajaran dan pembelajaran yang bersandarkan kepada model j-

QAF. Tinjauan ini adalah bagi mengenalpasti samada kemahiran komunikasi guru dapat menjadi

Page 5: Proposal Abstrak Tesis Jurnal Penyelidikan

sumbangan dan motivasi atau dapat menanam rasa cinta dalam diri pelajar untuk memahami

Bahasa Arab dan belajar dengan lebih tekun seterusnya berjaya dalam pendidikan Bahasa Arab

dan Jawi serta dapat meneroka pembacaan Al-Quran dengan lebih baik.Uguroglu (1982)

mengatakan bahawa motivasi merupakan pembolehubah yang paling rapat dengan pencapaian

pelajar.

            Stipek (1984) pula mengatakan bahawa perlunya motivasi dalaman pelajar untuk belajar.

Beliau percaya bahawa terdapat banyak cara untuk meningkatkan motivasi dalaman pelajar.

Antaranya ialah dengan memberikan tugasan yang mencabar, penggunaan bahasa positif dalam

kelas dan pembelajaran secara koperatif. Eccless, Midgeley dan Adler (1988) menyokong

pandangan ini dan mengatakan bahawa motivasi akan meningkat jika pelajar diberikan lebih

banyak autonomi dan kawalan terhadap pembelajaran mereka. Pandangan mereka amat

bersesuaian dengan penggunaan model-model j-QAF yang banyak melaksanakan teknik latih

tubi dan teknik penekanan ingatan.  Manakala guru-guru j-QAF pula memberikan perhatian serta

tunjuk ajar yang tegas semasa aktiviti pemulihan dan perluasan Bahasa Arab, di samping itu

tetap mendekati pelajar melalui teknik pujukan dan belaian agar  pelajar dapat merasai

keseronokan belajar .

            Selain daripada pengkaji-pengkaji yang tersebut, terdapat ramai lagi pengkaji bahasa

yang menjalankan  kajian mereka untuk melihat dan menguji sesuatu perjalanan program yang

telah dirancang dalam tempoh-tempoh tertentu. Pernyataan mereka  amat bermakna untuk

pengkaji melihat perjalanan program j-QAF ini demi mempertingkatkan pengajaran Bahasa Arab

dan Jawi.

Page 6: Proposal Abstrak Tesis Jurnal Penyelidikan

           

            Antara objektif projek j-QAF ialah untuk memperkasakan Bahasa Arab , Jawi dan Al-

Quran. Objektif ini telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran berdasarkan laporan sekolah

terhadap kelemahan pelajar menguasai ketiga-tiga bidang tersebut. Jadi,  tajuk ini amat

bertepatan dalam suasana pendidikan  sekarang. Dapatan kajian ini diharap dapat memberi

sedikit  gambaran berkenaan hasil program j-QAF yang sedang diperkasakan.

 

Program Interaksi Guru Pembimbing j-Qaf yang dilaksanakan pada 14 Januari 2008 di

Institut Perguruan Perlis, Perlis melaporkan bahawa terdapat segelintir pihak pentadbir sekolah

yang terdiri daripada Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran

memberi beberapa komen  berkaitan guru j-QAF di sekolah. Komen-komen tersebut dapat

diringkaskan seperti berikut:

i.                    Segelintir guru-guru j-QAF tidak dapat menyampaikan objektif projek j-QAF dengan berkesan

samada aspek pengajaran dan pembelajaran yang berunsur pemulihan dan aspek penekanan

rohani.

ii.                  Segelintir guru j-QAF tidak dapat memberi kerjasama yang baik dan lancar dalam beberapa

aktiviti anjuran sekolah.

iii.                Segelintir guru j-QAF tidak dapat melaksanakan program atau model j-QAF seperti yang

dirancang dalam takwim sekolah

Page 7: Proposal Abstrak Tesis Jurnal Penyelidikan

Berdasarkan beberapa komen di atas, dapat dirumuskan bahawa kajian ini perlu

dijalankan bagi melihat status pelaksanaan program tersebut serta membuat beberapa

pertimbangan  dengan tidak meminggirkan pendapat dan komen daripada  pihak-pihak tertentu.

Memandangkan tempoh pelaksanaan program ini yang masih baru, sememangnya wujud

permasalahan yang perlu dibincangkan dan dihuraikan bersama oleh semua pihak yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung.

Justeru, pengkaji akan cuba menganalisis program ini dari aspek keberkesanan dan 

keperluannya terhadap generasi sekolah dan melihat hasil pencapaian pelajar berdasarkan

program yang dirangka dengan sebegitu mantap dan bersistematik.

Page 8: Proposal Abstrak Tesis Jurnal Penyelidikan

3.0       Kepentingan Kajian.

           

Pentingnya kajian ini kerana ianya amat selari dengan kehendak dan aspirasi Perdana

Menteri yang mewajibkan semua pelajar Islam mempelajari Bahasa Arab dan memahaminya

dengan lebih baik semenjak di sekolah rendah lagi. Justeru kajian ini adalah sebagai satu usaha

penambahbaikan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran setiap negeri dan

sekolah-sekolah di seluruh Malaysia bagi merangka dan membina modul kemahiran komunikasi

guru yang lebih sesuai dan mantap dan bersesuaian dengan situasi pelajar khususnya pelajar

yang berada di tahap 1 sekolah rendah.

Selain itu kajian ini akan dapat membantu mengenal pasti metod dan sumber

pembelajaran yang lebih berkesan untuk pelajar sekolah rendah untuk mempelajari Bahasa Arab,

Jawi dan Al-Quran. Ibubapa dan waris pelajar juga dapat memanfatkan kajian ini untuk

membimbing anak-anak didik mereka untuk mencintai Bahasa Arab dan pelajaran jawi. Di

samping itu dapat meningkatkan peranan bahasa Arab sebagai wadah penting dalam proses

penitisan ilmu-ilmu Islam dan subjek-subjek yang berteraskan keagamaan.

Amat diharapkan kajian yang akan dijalankan dapat menjadi sebahagian daripada

sumbangan ilmiah dalam merialisasikan projek j-QAF yang telah dirasmikan oleh Menteri

Pelajaran pada 24 April 2004 di SMK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu. Selain

itu dapat mengukur dan memberikan maklumat berkaitan keberkesanan program j-QAF yang

telah dan sedang dijalankan oleh pihak kementerian serta dapat merancang program bagi

membantu pihak sekolah merialisasikan impian dan hasrat kerajaan dalam projek j-QAF.

Page 9: Proposal Abstrak Tesis Jurnal Penyelidikan

Kepentingan kajian ini adalah dirumuskan seperti berikut:

3.1       Kajian ini penting untuk memberi pendedahan kepada masyarakat terutama warga pendidikan

tentang keberkesanan model-model j-QAF serta kaedah-kaedah yang dijalankan melalui projek-

projek yang telah dilaksanakan dan sedang dirangka seperti projek j-QAF. Projek ini diharap

dapat mendidik para pelajar menjadi insan yang celik Bahasa Arab, Jawi dan Al-Quran di

samping memastikan kesempurnaan serta keseimbangan  jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3.2       Membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya bahagian Pendidikan Islam bagi

mengkaji, menilai, menambah baikan  dalam merangka Kurikulum Sistem Pendidikan Islam dan

projek j-QAF di sekolah-sekolah di Malaysia pada masa akan datang melalui analisis kajian.

3.3       Mengaplikasikan kaedah-kaedah yang bersesuaian dan mantap dalam kurikulum pendidikan

Islam khusunya program j-QAF di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

3.4       Memberi dorongan kepada seluruh  warga pendidikan agar dapat menghayati kaedah        dan

prinsip-prinsip pendidikan Islam menerusi program yang disediakan. Seterusnya dapat

merealisasikan  objektif projek j-QAF seperti dihasratkan oleh Menteri Pelajaran serta

menyempurnakan maksud yang terkandung dalam falsafah, misi dan visi pendidikan Negara.

Page 10: Proposal Abstrak Tesis Jurnal Penyelidikan

4.0      Objektif  Kajian.

4.1 Mengenalpasti kemahiran komunikasi guru dalam aktiviti

      pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab

4.2  Mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalam  Mata Pelajaran Bahasa Arab

4.3  Melihat hubungan antara kemahiran komunikasi guru dan tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti

pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab

4.4  Meninjau bagaimana pelaksanaan kemahiran komunikasi guru  dalam aktiviti pengajaran Mata

Pelajaran Bahasa Arab

Page 11: Proposal Abstrak Tesis Jurnal Penyelidikan

5.0      Soalan Kajian      

           

1. Apakah jenis kemahiran komunikasi guru  dalam aktiviti Mata Pelajaran Bahasa

Arab?

2. Apakah terdapat perbezaan  tahap  kefahaman pelajar dalam Mata Pelajaran

Bahasa Arab?

3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran komunikasi guru

dan tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti pengajaran Mata Pelajaran Bahasa

Arab?

4. Apakah teknik-teknik pelaksanaan kemahiran komunikasi  guru dalam pengajaran

dan pembelajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab?

Page 12: Proposal Abstrak Tesis Jurnal Penyelidikan

6.0     Batasan Kajian.

Fokus kajian ini akan melihat dan meninjau kemahiran komunikasi guru dalam mata

pelajaran Bahasa Arab dari aspek kefahaman pelajar.

Fokus kedua kajian ini akan meninjau dan menganalisis secara khusus kepada beberapa

kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sedang dilaksanakan oleh guru di sekolah

rendah dan hanya akan melibatkan tahun 1 hingga tahun 2 sahaja. Kajan ini akan meliputi

Kurikulum Pendidikan Islam KSSR dan model Pembelajaran Bahasa Arab Kementerian

Pelajaran Malaysia. Oleh itu kurikulum-kurikulum yang lain dari kurikulum KSSR Pendidikan

Islam dan model-model j-QAF selain daripada yang disebut di atas ( Model Pemulihan Jawi,

Model Tasmik Al-Quran dan Bestari Solat) adalah terkeluar dari skop kajian ini dan tidak akan

dirujuk secara khusus oleh penulis.

Page 13: Proposal Abstrak Tesis Jurnal Penyelidikan

7.0      Sorotan  Karya

            Di dalam mendapatkan data dan maklumat tentang kajian ini, penulis telah melakukan

tinjauan terhadap kajian-kajian lampau yang  mempunyai kaitan dengan tajuk kajian penulis.

Menurut Abd. Rahim (1999), daya kreativiti yang tinggi membolehkan sesuatu kaedah dan

metod pengajaran mencorakkan perkembangan minda, emosi, sikap dan nilai para pelajar.

Kreativiti juga memerlukan daya imaginasi untuk membolehkan para pelajar meneroka dan

menghayati pengajaran yang berguna dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Ketandusan unsur

kreatif dalam pengajaran akan menyebabkan pelajar berasa bosan, jemu dan tidak berminat

dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah.

Zawawi Hj Ahmad (1988) Strategi Pengajaran Pendidikan Islam KBSM. Fajar Bakti :

Kuala Lumpur. Buku ini menerangkan tentang kaedah dan strategi yang diguna pakai dalam

pengajaran pendidikan Islam KBSM. Ia menyentuh secara langsung tentang peranan guru dan

kaedah yang boleh digunakan oleh mereka ketika sessi pengajaran dan pembelajaran. Buku ini

amat berguna kepada penulis dalam membuat penilaian dan perbandingan dalam kurikulum

pendidikan j-QAF di Malaysia  dengan pelaksanaanya secara langsung oleh guru dan isu-isu

pendidikan Islam kini.

Prof. Dr. Hassan Langgulung (2002) Peralihan Paradigma Dalam Pendidikan Islam dan 

Sains Sosial, Gaya Media Pratama : Jakarta. Isi buku ini merupakan himpunan tulisan Prof .

Hassan Langgulung dalam berbagai seminar dalam dan luar negara. Ia mengandungi tema-tema

penting yang berkaitan dengan falsafah pendidikan seperti “Pendidikan menghadapi abad ke

21”,  “Falsafah pendidikan guru”, “Falsafah Pendidikan di Malaysia” , “Falsafah Pendidikan

Page 14: Proposal Abstrak Tesis Jurnal Penyelidikan

Islam” dan lain-lain. Buku ini mengandungi fakta-fakta dan huraian yang amat penting kepada

penulis untuk memahai isi dan falsafah pendidikan Islam di Malaysia dan dalam usaha untuk

membuat perbandingan tentang keberkesanan sesuatu kaedah model pengajaran

Prof. Dr.Muhammad Hamid Al-Affendi et. al(1980) Curriculum and Teachers

Education, King Abd Aziz Universiti: Jeddah. Buku ini mengandungi kompilasi penulisan

intelektual Islam diseluruh dunia Islam yang merasa terpanggil untuk melakukan sesuatu dalam

menghadapi dan memerangi dualisme kurikulum dalam pendidikan di negara-negara umat Islam.

Antara penulis dalam buku ini ialah Prof Ahmed al-Beely yang menulis” Konsep Kurikulum

Pendidikan Islam”, Prof. Dr Ahmad Shalaby yang menulis “ Kurikulum Pendidikan Islam” Prof

Afzalur Rahman yang menulis” Pendidikan Islam Kanak-kanak Islam di Barat dan masalah

kurikulum dan Sukatan Pelajaran”. Buku ini amat berguna kepada penulis di dalam menilai

sistem pendidikan di Malaysia dengan kurikulum pendidikan Islam yang juga dilaksanakan di

negara-negara Islam seluruh dunia.

            Program Interaksi Guru Pembimbing j-Qaf yang dilaksanakan pada 14 Januari 2008 di

Institut Perguruan Perlis, Perlis melaporkan bahawa terdapat segelintir pihak pentadbir sekolah

yang terdiri daripada Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran

memberi beberapa komen  berkaitan guru j-QAF di sekolah. Komen-komen tersebut dapat

diringkaskan seperti berikut:

Page 15: Proposal Abstrak Tesis Jurnal Penyelidikan

iv.                segelintir guru-guru j-QAF tidak dapat menyampaikan objektif projek j-QAF dengan berkesan

samada aspek pengajaran dan pembelajaran dan aspek rohani.

v.                  Segelintir guru j-QAF tidak dapat memberi kerjasama yang baik dan lancar dalam beberapa

aktiviti anjuran sekolah.

vi.                Segelintir guru j-QAF tidak dapat melaksanakan program atau model j-QAF seperti yang

dirancang dalam takwim sekolah

Berdasarkan beberapa komen di atas, dapat dirumuskan bahawa kajian perlu dijalankan

bagi melihat status pelaksanaan program tersebut serta membuat beberapa pertimbangan  dengan

tidak meminggirkan pendapat dan komen pihak-pihak tertentu. Memandangkan tempoh

pelaksanaan program ini yang masih baru, sememangnya wujud permasalahan yang perlu

dibincangkan dan dihuraikan bersama oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung khususnya dalam konteks pedagogi guru-guru Bahasa Arab dalam projek j-QAF.

Justeru, pengkaji akan cuba menganalisis program ini dari aspek keberkesanan dan 

keperluannya terhadap generasi sekolah dan melihat hasil pencapaian program yang dirangka

dengan sebegitu mantap dan bersistematik.

Page 16: Proposal Abstrak Tesis Jurnal Penyelidikan

8.0   Metodologi Kajian

Metodologi penelitian diertikan sebagai ilmu tentang cara mengadakan penelitian (1975).

Ia berasal dari bahasa Yunani ; methodos yang bererti cara atau jalan. Dalam bidang penelitian

secara ilmiah, metod merupakan cara bekerja untuk memahami objek yang menjadi sasaran

penelitian.  Manakala penyelidikan bermaksud tatacara yang teratur yang digunakan oleh

manusia untuk menambah ilmu pengetahuan baru dan berbeza sekali dengan penemuan ilmu

secara kebetulan atau spontan.

Reka bentuk kajian ialah berbentuk Kualitatif dan Kuantitatif. Kajian deskriptif adalah

untuk meninjau kaedah pengajaran Bahasa Arab yang dijalankan oleh guru-guru j-QAF dan guru

BahasArab melalui soal selidik. Manakala statistik deskriptif akan digunakan bagi menganalisis

jenis kemahiran komunikasi guru yang diakasanakan di sekolah. Manakala kajian kualitatif pula

akan meninjau teknik-teknik pelaksanaan kemahiran guru dalam pengajaran dan pembelajaran

B.Arab melalui kaedah temu bual. Responden kajian ini terdiri daripada guru-guru j-QAF lelaki

dan perempuan dan guru-guru Bahasa Arab  yang telah dilantik dan mengajar di sekolah serta

pelajar tahun 1 hingga 2 yang terlibat dengan program j-QAF dan yang belum terlibat. Data

kajian pula akan diperoleh dengan menggunakan soal selidik  dan pemerhatian oleh penyelidik

sendiri. Item soal selidik akan dirangka berpandukan kepada jenis kemahiran komunikasi yang

telah dirangka oleh penyelidik. Manakala analisis peperiksaan pelajar akan diambil bagi

membuat perbandingan keputusan dan kefahaman pelajar.

8.1 Metod  Penganalisaan Data

Page 17: Proposal Abstrak Tesis Jurnal Penyelidikan

Data Soal Selidik yang dikumpul akan dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 15.0.

Antara ujian yang akan dijalankan ialah statistik deskriptif dan ujian korelasi bagi melihat

hubungan antara kemahiran guru dengan tahap kefahaman pelajar.

8.2 Instrumen Kajian

Kajian ini akan menggunakan kaedah soal selidik berasaskan soalan-soalan yang akan

diubahsuai daripada teknik “ Money Problem Checklist” yang telah diterjemahkan oleh Fakulti

Pendidikan Universiti Malaya. Kemudian teknik ini  akan diubahsuai agar bersesuaian dengan

kajian yang akan dijalankan. Kaedah soal selidik ini terdiri daripada angkubah-angkubah yang

berhubungkait dengan model dan teknik serta penguasaan dan kemahiran guru dalam pengajaran

Bahasa.

Page 18: Proposal Abstrak Tesis Jurnal Penyelidikan

9.0  Kerangka Konseptual

Kajian akan berlandaskan kepada Model Bryant (1974). Model ini menjelaskan tentang faktor-

faktor yang mempunyai kaitan dengan hasil pencapaian.

  

 Faktor Latar Belakang                Strategi Pengajaran

                                              ( Kemahiran  KomunikasiGuru)

                                               

                                                       

                                                  Persekitaran                                   Pencapaian

 

Page 19: Proposal Abstrak Tesis Jurnal Penyelidikan

   

Proses Pendidikan                         Pengaruh lain

Sumber : E.C.Bryant, Association Between Educational Outcomes And Background Variable

Denver : National Assessment Of Educational Progress, 1974, p.5.

 

Rajah di atas menerangkan bahawa latar belakang dan proses pendidikan  memberi impak

ke atas pencapaian seseorang pelajar. Berdasarkan rajah tersebut, maka pengkaji akan meninjau

proses pendidikan yang berlaku di sekolah melalui aktiviti pengajaran yang berkaitan dengan

kemahiran komunikasi guru dan kesannya dalam penguasaan Bahasa Arab.

Maka, dapat dirumuskan bahawa kerangka kajian yang akan dilaksanakan adalah seperti

rajah berikut :

Page 20: Proposal Abstrak Tesis Jurnal Penyelidikan

10.0   Kerangka Kajian

         Pembolehubah Bebas                                                 Pembolehubah Bersandar

                                      

                                          Tahap Kefahaman     

                                           pelajar

                                                  -     dapat menjawab                                               soalan  dengan betul

                                                 -      bertindak balas dengan                                               betul

                                              -     menulis dengan                                                      betul                                                                                          -          keputusan ujian yang

                                              baik      

                                      

                

Berdasarkan Kerangka Kajian di atas, maka pengkaji akan melihat aspek-aspek yang

berkaitan dengan jenis kemahiran komunikasi yang dipraktikkan oleh guru dalam pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Kemudian, sampel soal selidik akan melibatkan guru dan pelajar

sekolah yang terlibat dengan pembelajaran Bahasa Arab.

Page 21: Proposal Abstrak Tesis Jurnal Penyelidikan

11.0   Intepretasi Tahap Kefahaman Pelajar

Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4

Tidak dapat

memahami dan

bertindak balas

terhadap aktiviti

pengajaran dan

pembelajaran

Dapat memahami

beberapa arahan

dan melakukan

tindak balas

dengan minimum

Dapat memahami

dan melakukan

gerak balas dalam

beberapa arahan

dengan baik

Dapat memahami

dan bertindak

balas dengan baik

dan memberikan

respon yang

pantas dalam

aktiviti

Rajah 3 : Petunjuk tahap kefahaman pelajar.

12.0 Kesimpulan

Pengkaji amat berharap bahawa  kajian ini dapat dilaksanakan dengan baik, berfokus

serta dapat menjawab persoalan kajian yang dirancangkan.. Kemudian hasil kajian ini nanti

diharapkan dapat memberi maklumat yang positif ke arah penambahbaikan dalam rancangan dan

proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah khususnya menjadi respon terhadap

program j-QAF dan pendidikan Bahasa Arab sekolah rendah.

Page 22: Proposal Abstrak Tesis Jurnal Penyelidikan

Bibliografi

Al-Qur’an al-Karim

Al-Hadith al-Syarif

Abd Rahim Abd Rahim. (1999). Pendidikan sejarah: Falsafah, teori dan amalan.              Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. Sdn. Bhd.

Abdul Rahman Hj. Abdullah, Falsafah Dan Kaedah Pemikiran (2001), Kuala            Lumpur: Utusan Publication.

Charles Issawi, M.A, (1963), An Arab Philosophy of History, Selections from the            Prolegomena of Ibn Khaldun of Tunis (1332-1406), London: J. Murray

Ecless, J., Midgeley, C., Adler, T.F. (1984). Grade-related changes in the school environment: Effects on achievement motivation. In Advances in motivation and achievement, Vol 3. Edited by John, G.N Greenwich, Connecticut, JAI Press, 1984.

Hashim Musa (2001), Falsafah Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu; Suatu            Pengenalan, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu

Hassan Langgulung (2003), Asas-Asas Pendidikan Islam, Jakarta: Pernerbit P.             Pustaka al-Husna, cet. 5.

_______________ (1986),, Pengenalan Tamadun Islam Dalam Pendidikan Kuala              Lumpur:DBP

Majid Fakhry, A Short Introduction To Islamic Philosophy, Theology and              Mysticism (1997), (terj.) Jakarta: Penerbit Mizan.

Mohd Hussain Ali Yasin, Mabadi’ Asasiah Fi Turuk Tadris Al Am, Darul Qalam,            Beirut, Lubnan

Page 23: Proposal Abstrak Tesis Jurnal Penyelidikan

_____________________(2005), Budaya Berfikir Kritis Menurut Ibn Khaldun Sebagai Asas Pembinaan Budaya Berfikir Melayu Masa Kini, kertas kerja seminar antara bangsa budaya dan pemikiran antara negara China dan Malaysia, di Universiti Beijing China pada 6-12 Jun 2005.

Osman Bakar, “Beberapa Aspek Falsafah Ilmu”, dalam  Jurnal Kesturi, bil 2,             Disember 1995

Sarton,George (1975), Introduction to the History of Science, New: York: Robert             E Krierger, v.3

Stipek, D.J.(1984). Motivation to learn. From theory to practice. Englewood             Cliffs, New Jersey : Prantice Hall, 1988.

Wan Mohd Nor Wan Daud (2003) Budaya Ilmu satu Penjelasan, Singapura:             Pustaka Nasional, 2003.

_______________________ (2005), Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed             M.Naquib Al-Attas , Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Page 24: Proposal Abstrak Tesis Jurnal Penyelidikan

Instrumen

Page 25: Proposal Abstrak Tesis Jurnal Penyelidikan
Page 26: Proposal Abstrak Tesis Jurnal Penyelidikan

A.      Maklumat  Pengalaman Bekerja:1.       Berapa lama anda sudah bertugas di sini?

2.       Apakah kelayakan akademik  anda?

3.       Apakah kelayakan ikhtisas anda?

4.      Apakah kelulusan tertinggi bahasa Melayu anda?

5.      Apakah pengkhususan anda semasa latihan perguruan?

6.      Sudah berapa lamakah anda mengajar mata pelajaran Pemulihan Bahasa Melayu?

7.      Adakah anda mengikuti kursus-kursus yang berkaitan tugas anda sekarang? Nyatakan.

B.      Sejauhmanakah pengetahuan  guru tentang kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran

Pemulihan BM?

1.       Adakah anda mendapat pendedahan yang mencukupi berkaitan teknik dan kaedah pengajaran

dan pembelajaran Pemulihan Bahasa Melayu?

2.       Di manakah anda mendapat  pendedahan?

3.       SIapakah yang membimbing  anda?

4.       Berapa lamakah anda mengikuti kursus atau latihan tersebut?

5.       Berapakah kekerapan anda mengikuti kursus yang berkaitan?

C.      Sejauhmanakah kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Pemulihan BM dilaksanakan?

1.       Adakah anda mengamalkan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Pemulihan BM

yang anda peroleh?

2.       Apakah teknik dan kaedah yang anda gunakan?

3.       Adakah anda menguasai  teknik  tersebut?

4.       Adakah kaedah dan teknik tersebut berkesan?

5.       Berapa lamakah murid dapat menguasai sesuatu kemahiran yang diajar ( lisan, membaca dan

menulis)?

6.       Bagaimanakah anda menguji keberkesanannya?

7.       Adakah anda rasa murid-murid anda faham tentang apa-apa yang anda ajarkan?

1.9       Kerangka Konseptual  Kajian

Page 27: Proposal Abstrak Tesis Jurnal Penyelidikan

Berdasarkan objektif dan persoalan kajian, pengkaji merangka satu kerangka konseptual kajian

seperti Rajah 1.3

PRA PROSES PEMBANGUNAN (Fasa 2 ) POST

)Fasa 1( INPUT PROSES OUTPUT )Fasa 3(

Tinjauan Aktiviti

Model

Kelas         

Pemulihan Jawi

)Soal Selidik dan

Temubual(

Keperluan

Kaedah Latihan

Menulis dan

Membaca

Pembangunan

latihan     Dan   

Penilaian

Rekabentuk

Kaedah

Latihan

Menulis

Dan Membaca

Pembangunan

Kaedah

Latihan Menulis

Dan Membaca

Penilaian

Sumatif

)tinjauan

pendapat(

Latihan tersebut

Aplikasi Kaedah

dan penilaian

kekuatan dan

kelemahan.

Rajah 1.3 : Kerangka Konseptual Kajian

E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook

Page 28: Proposal Abstrak Tesis Jurnal Penyelidikan

Laman utama Langgan: Catatan (Atom)

Follow by Email

Top of Form

Mengenai Saya

Rakan Penyelidikan Nazierah Bt Ibrahim [email protected] Sedang melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Lihat profil lengkap saya

Selamat datang dan berkongsi maklumat...

Laman ini akan memuatkan koleksi abstrak yang telah dibentangkan oleh penyelidik dari seluruh Institusi Pengajian Tinggi Di Malaysia....

Koleksi Laman.........

Laman utama koleksi Abstrak

Proposal contoh

Jurnal Contoh

Pemulihan Jawi Di Malaysia

kajian pemulihan jawi

Jumlah Paparan Halaman

9,379

Pengikut