proposal reserach

Download Proposal Reserach

If you can't read please download the document

Upload: pkb-usim

Post on 15-Apr-2017

170 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

PB 605 BUSINESS RESEARCHSESI DISEMBER 2015RESEARCH PROPOSALTAJUK:TAHAP PENGGUNAAN WIFI BAGI PROSES PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR JABATAN PERDAGANGAN POLITEKNIK KOTA BHARU

AHLI KUMPULAN :BIL.NAMA AHLINO.PENDAFTARAN

1.NUR FAKHIRA BINTI AHMAD KAMIL (KETUA)04DAT13F

2.NAZATUL SYAMIZA BINTI MOHD NAZRI (SETIAUSAHA)04DAT13F

3.NUR SYAZA BINTI RAMLI04DAT13F

4.NOR HAJAR BINTI ZULKEPLI04DAT13F

5.AHMAD FAWWAZ BIN MOHD FAUZI04DAT13F

6.AHMAD ATIFF BIN MOKHTAR04DAT13F

NAMA PENYELIA PROJEK: DR. NIK AZIDA BINTI ABD GHANI

SESI DISEMBER 2015

CADANGAN KAJIAN

TAHAP PENGGUNAAN WI-FI BAGI PROSES PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR JABATAN PERDAGANGAN POLITEKNIK KOTA BHARU

BilNama PelajarNo Pendaftaran

1.NUR FAKHIRA BINTI AHMAD KAMIL 04DAT13F

2.NOR HAJAR BINTI ZULKEPLI04DAT13F

3.NUR SYAZA BINTI RAMLI04DAT13F

4.NAZATUL SYAMIZA BINTI MOHD NAZRI04DAT13F

5.AHMAD FAWWAZ BIN MOHD FAUZI04DAT13F

6.AHMAD ATIFF BIN MOKHTAR04DAT13F

NAMA PENYELIA: DR. NIK AZIDA BINTI ABD GHANI

KELAS: DAT 6A

LATAR BELAKANG KAJIAN

Sejajar dengan perkembangan teknologi yang begitu pesat pada masa kini, Wi-Fi merupakan salah satu produk tanpa wayar yang sangat terkenal. Kemajuan Wi-Fi telah memudahkan orang ramai dari pelbagai aspek terutamanya aspek kehidupan, pekerjaan dan hiburan. Dengan perkembangan teknologi kini, segala maklumat dapat diperolehi melalui internet.Penggunaan internet sangat diperlukan khususnya di pusat-pusat pengajian tinggi. Oleh itu, kajian ini menekankan kepada keperluan Wi-Fi bagi proses pengajaran dan pembelajaran kerana pengkaji berpendapat Wi-Fi sangat penting dan sangat diperlukan di bilik kuliah untuk melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.Pendidikan di Malaysia kini, menuju kepada kurikulum yang berorentasikan teknologi maklumat iaitu selaras dengan misi dan visi negara untuk menjadi sebuah negara yang maju dan negara industri sepenuhnya menjelang tahun 2020. Menurut Md. Ashraf (2011) dalam kajian beliau, sistem pendidikan yang ingin melahirkan masyarakat yang berteknologi haruslah mempunyai para pelajar yang berpengetahuan dan mempunyai kemahiran yang tinggi.Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kepentingan Wi-Fi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah di Politeknik Kota Bharu (PKB). Dengan adanya perkhidmatan Wi-Fi, pensyarah dan pelajar dapat mengakses internet untuk mencari maklumat-maklumat yang berkenaan dengan pembelajaran tanpa perlu melangkah keluar dari bilik kuliah.Seterusnya seperti yang telah diketahui umum, penggunaan Wi-Fi sangat penting pada masa kini setaraf dengan era globalisasi dunia tanpa sempadan. Perkembangan dunia teknologi informasi semakin pesat ini telah mendatangkan banyak manfaat khususnya kepada pelajar sekolah mahupun pelajar institusi pengajian tinggi.Penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan jangkauan yang memuaskan. Dengan adanya kemudahan internet di bilik-bilik kuliah dan di dalam kawasan tempat pengajian, proses pembelajaran akan menjadi lebih bermutu dan dapat mengakses internet bagi memudahkan pelajar untuk mendapatkan maklumat serta isu-isu semasa yang berkaitan dengan pembelajaran secara terus di bilik kuliah.Selain itu, kajian ini turut dijalankan bagi mengenal pasti pencapaian jangkauan Wi-Fi di bilik kuliah dan di dalam kawasan sekitar Politeknik Kota Bharu. Hal ini, bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana jangkauan Wi-Fi dapat dicapai di bilik kuliah yang terdapat di seluruh di blok-blok kuliah dan juga di dalam kawasan sekitar PKB.Dalam konteks yang lebih mendalam, keperluan Wi-Fi sangat berkait rapat dengan penguasaan informasi yang amat penting dalam era moden ini. Md. Ashraf (2011) menyatakan penguasaan teknologi maklumat khususnya internet adalah sangat penting bagi para pelajar untuk menghadapi era ledakan maklumat. Tanpanya, mereka gagal bersaing dan seterusnya negara akan ketandusan bakal pekerja yang kaya dengan maklumat dan ilmu pengetahuan. Oleh itu, manusia berlumba-lumba mengejar informasi.Internet amat berguna dalam usaha kita menambahkan ilmu pengetahuan khususnya dalam pembelajaran. Selain ilmu yang dicurahkan oleh pensyarah di dalam bilik kuliah, pelajar juga memerlukan internet untuk mencari bahan rujukan, maklumat dan nota tambahan bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan yang diperolehi.Di samping itu, mengikut pengetahuan umum, teknologi tanpa wayar kebiasaannya mempunyai tahap pencapaian rangkaian yang terhad yang mana hanya boleh diakses pada satu-satu masa tertentu dan sesetengah kawasan tertentu sahaja. Sesetengah rangkaian internet hanya ditetapkan untuk penggunaan beberapa buah laptop sahaja dan ia menunjukkan pencapaian rangkaian Wi-Fi yang kurang memuaskan.

PENYATAAN MASALAH

Para pendidik perlu menanam teknik cara pembelajaran sendiri dalam diri pelajar dengan cara menggunakan kemudahan ICT yang ada pada masa kini. Penggunaan internet dapat membantu pelajar mencari segala maklumat yang diperlukan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Oleh itu, penyelidikan ini dibuat adalah untuk mengetahui sejauh mana penggunaan dan kegunaan Wi-Fi dapat membantu pelajar dalam pembelajaran di PKB. Memandangkan pembelajaran menggunakan internet telah berkembang diaplikasikan di Intitusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) penyelidik ingin mengetahui sejauh manakah pelajar Jabatan Perdagangan PKB mengaplikasikan kemudahan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Penyelidikan ini mengambil kira faktor-faktor yang mendorong kepada penggunaan Wi-Fi, persepsi dan implikasi pelajar terhadap penggunaan Wi-Fi, kelebihan dan kelemahan terhadap penggunaan Wi-Fi kepada pelajar serta masalah-masalah yang mungkin timbul dan mungkin menghalang penggunaan Wi-Fi di dalam kawasan sekitar Politeknik Kota Bharu kepada pelajar ketika menggunakan perkhidmatan Wi-Fi yang disediakan ini.Hasil daripada kajian ini dapat memberikan gambaran mengenai kepentingan penggunaan wifi dalam pembelajaran kepada pelajar Jabatan Perdagangan PKB.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap penggunaan Wi-Fi dalam kalangan pelajar Jabatan Perdagangan di PKB.Kajian ini juga dilaksanakan bagi mencapai objektif khusus berikut :a) Mengenal pasti kelebihan perkhidmatan Wi-Fi mengikut persepsi pelajar Jabatan Perdagangan.b) Mengenal pasti kelemahan atau halangan yang dihadapi oleh pelajar dalam menggunakan perkhidmatan Wi-Fi yang disediakan di PKB.c) Mengenal pasti tujuan penggunaan Wi-Fi dalam kalangan pelajar Jabatan Perdagangan.d) Mengenal pasti masalah yang mungkin wujud dan halangan dalam penggunaan Wi-Fi di Politeknik Kota Bharu dalam kalangan pelajar Jabatan Perdagangan.

PERSOALAN KAJIAN

Bagi mencapai objektif kajian, persoalan kajian berikut telah dibentuk:a) Apakah kelebihan perkhidmatan Wi-Fi mengikut persepsi pelajar Jabatan Perdagangan PKB?b) Apakah kelemahan atau halangan dalam penggunaan Wi-Fi mengikut persepsi pelajar Jabatan Perdagangan PKB? c) Apakah tahap penggunaan Wi-Fi bagi tujuan pembelajaran dalam pelajar Jabatan Perdagangan PKB?d) Apakah tahap penggunaan Wi-Fi bagi tujuan sosial dalam kalangan pelajar Jabatan Perdagangan PKB?e) Apakah masalah yang dihadapi oleh pelajar Jabatan Perdagangan PKB dalam menggunakan Wi-Fi?

SKOP KAJIAN

Tinjauan yang dijalankan mestilah mempunyai skop perlaksanaan yang tertentu supaya pengumpulan data-data kajian yang terhasil dapat dikenalpasti dan disusun atur mengikut kehendak tajuk dan objektif kajian. Skop bagi kajian yang dijalankan adalah di bawah bidang internet dan teknologi ICT. Sejagat dengan era ledakan maklumat pada masa kini, kemajuan ICT telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu begitu juga dalam konteks dasar ekonomi baru, kepentingan penggunaan ICT telah dipertingkatkan. Kesannya hampir setiap individu menggunakan internet dan dengan teknologi ICT juga telah menyebabkan kita telah menguasai hampir setiap perkara di hujung jari sahaja. Skop bagi kajian yang dilaksanakan adalah untuk mengatahui dan mengenalpasti tahap penggunaan Wi-Fi dalam kalangan pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Kota Bharu (PKB) bagi proses pembelajaran.

CARTA GANTT KUMPULAN PENYELIDIKANPB605 - BUSINESS RESEARCH SESI DISEMBER 2015

BilAKTIVITI22/11/15 26/11/1529/11/15 03/03/1506/12/15 10/12/1513/12/15 17/12/1520/12/15 24/12/1527/12/15 31/12/1503/01/16 07/01/1610/01/16 14/01/1617/01/16 21/01/1624/01/16 28/01/1631/01/16 04/02/1607/02/16 11/02/1614/02/16 18/02/1621/02/16 25/02/1628/02/16 03/03/1606/03/16 10/03/1613/03/16 17/03/1620/03/16 24/03/1627/03/16 31/03/1603/04/16 14/04/16 03/04/16 14/04/16

12345678910111213141516

1.Perbincangan dan penyediaan Research Proposal(Pelajar mula jumpa penyelia pada M3)

XCUTI KHAS PERAYAANCUTI PERTENGAHAN SEMESTERPEPERIKSAAN AKHIRCUTI SEMESTER

2.Penyediaan dan penyerahan research proposal

X

3.Perbincangan format laporanX

4.Perbincangan dan penyediaan draf laporan Bab 1: IntroductionXX

5.Perbincangan dan penyediaan draf laporan Perbincangan Bab 2: Literature ReviewXX

6.Perbincangan dan penyediaan draf laporan Perbincangan Bab 3: Research MethodologyX

7.Perbincangan dan penyediaan QuestionnaireX

8.Pengedaran QuestionnaireX

9.Perbincangan dan penyediaan draf laporan Perbincangan Bab 4: Data AnalysisXX

10.Perbincangan dan penyediaan draf laporan Bab 5: Discussion, Conclusion and SuggestionXX

11.Penyerahan draf laporan projek (100% siap)X

12.Persediaan dan taklimat pembentangan; penilaian laporanX

13.PEMBENTANGAN PENYELIDIKAN (VIVA)X

14.Penyerahan draf akhir laporan kepada kumpulan untuk pembetulanX

15.Penyerahan laporan projek kepada penyelaras untuk dibukukanX

SOROTAN KAJIAN

Sorotan kajian merupakan penyataan atau fakta yang menyokong sesuatu objektif kajian. Ia akan membuktikan bahawa teori yang digunakan bukanlah hanya rekaan semata-mata. Sumber-sumber kajian boleh diperolehi daripada artikel, jurnal, tesis atau kenyataan daripada seseorang yang pakar. Dalam sorotan kajian ini mengandungi penyataan, kaedah, teori, pendapat, penilaian dan laporan kajian berkenaan dengan tajuk yang dipilih oleh penyelidik. Kajian ini dilakukan untuk membentuk sebuah kerangka teori untuk kajian yang dilakukan dan menjelaskan definisi, kata kunci, dan terminology serta sebagai topik penelitian terhadap kajian yang dilakukan.Menurut Sathiasan (2007), Wi-Fi muncul dalam pelbagai bentuk untuk menukar senario teknologi dan memberi ruang internet beroperasi secara lebih meluas tanpa sebarang sekatan dan tapisan. Wi-Fi telah menarik minat banyak perhatian segenap lapisan masyarakat di seluruh Malaysia, dimana ianya akan menjadi penentu masa hadapan internet. Perkembangan teknologi Wi-Fi telah mempengaruhi perkembangan sistem pendidikan negara. Menurut Oxford Compact Dictionary (2008), Wi-fi merupakan kemudahan yang membolehkan komputer, telefon pintar, atau peranti lain untuk menyambung ke internet atau komunikasi dengan satu sama lain tanpa wayar di dalam kawasan tertentu. Wi-Fi juga merupakan singkatan bagi Wireless Fidelity yang membawa maksud kawasan tanpa setempat tanpa wayar. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), internet merupakan rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pengkalan data dari seluruh dunia.

METODOLOGI KAJIAN Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalahan kajian. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah berdasarkan soal selidik yang telah dibina oleh pengkaji dalam kajian tahap penggunaan Wi-Fi bagi proses pembelajaran dalam kalangan pelajar Jabatan Perdagangan PKB.

Bagi tujuan pengumpulan data, soal selidik ini telah dimuatnaik menggunakan Google Drive dan diedarkan kepada pelajar secara atas talian. Link soal selidik ini telah diedarkan menggunakan perisian Whatsapp.

Kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji tahap penggunaan Wi-Fi dalam kalangan pelajar Jabatan Perdagangan PKB. Populasi kajian ini adalah sebanyak 1556 orang. Menggunakan jadual Krejcie dan Morgan (1970), seramai 306 responden yang diperlukan. Walau bagaimanapun, disebabkan kekangan masa dan kos, hanya seramai 130 orang pelajar Jabatan Perdagangan PKB dipilih sebagai responden. Responden ini telah dikenal pasti menggunakan kaedah persampelan rawak dan responden perlu mengisi soal selidik secara atas talian. Data yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS dan Excel.

RUJUKAN

Siti Asmiah, Nursyafika, Asnur, Nor Fatihah, Amira (2014). Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan Yang Disediakan Di Politeknik Kota Bharu, Kelantan.Mahadi, Syed Mohammed, Arshad, Anis (2005). Kajian Penggunaan Internet Dikalangan Pelajar Universiti Teknologi Mara (Zon Utara). Sathissan (2007). Penggunaan Wireless Internet Di kalangan Pelajar Universiti Malaysia Sabah.Juli, Rosilah, Fadzilah, Musafilah (2015). Garis Panduan Pelajar Penyelidikan Perniagaan (PB 605 : Business Research) Politeknik Kota Bharu, Kelantan.Md. Ashraf (2001). Penggunaan Media Elektronik Dalam Pembelajaran: Tinjauan Terhadap Kemahiran Penggunaan Internet Di Kalangan Pelajar Sarjana Pendidikan KUiTTHO. Oxford Compact English Dictionary of Current English (2008) Third Edition : Oxford University Press. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007), Edisi Keempat : SAGE Publications.

LAMPIRAN

Anggaran Perbelanjaan :Dibawah berikut adalah perbelanjaan yang telah dibelanja oleh kumpulan kami semasa melaksanakan penyelidikan ini.BIL.JENIS-JENISHARGA(RM)

1.Beli kertas A420.00

2.Beli dakwat Printer50.00

3.Bayaran pengangkutan minyak10.00

JUMLAH80.00