proposal radziah

Upload: radziah-taris

Post on 03-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Proposal Radziah

    1/10

    PROPOSAL KAJIAN

    FAKTOR SOSIOEKONOMI KELUARGA DAN KEBOLEHAN

    MEMBACA MURID TAHUN 1 ZON SENTUL

    1. PENGENALAN

    Membaca merupakan aspek yang sangat penting dalam proses pencerapan ilmu

    pengetahuan. Membaca melibatkan dua faktor iaitu pemahaman dan interpretasi idea

    yang dilambangkan melalui penulisan. Pandangan ini memberi pengertian bahawa

    aktiviti membaca berlaku secara serentak dalam perlakuan manusia yang akan melibatkan

    memahami. Justeru guru-guru yang terlibat dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

    membaca perlu memastikan agar kedua-dua elemen tersebut diajar secara bersepadu

    kepada murid-murid terutamanya murid-murid Tahun 1. Zulkifley Hamid (2007),

    menyatakan bahawa proses menguasai kemahiran membaca dan memahami bukanlah

    suatu pekerjaan yang mudah berbanding dengan proses dengar-tutur.

    Dalam proses penguasaan bahasa secara lisan, setiap individu adalah secara

    automatis telah dibekalkan dengan suatu alat nurani yang membolehkan mereka

    mengenali dan memahami simbol bahasa secara natural. Berbeza dengan penguasaan

    kemahiran lisan, dalam proses membaca seseorang itu perlu mengamati, mengingati dan

    mendengar serta dapat membezakan bunyi dengan tepat, menyebut simbol-simbol huruf

    yang mewakili bunyi tertentu serta menggabungkan sesuatu bunyi bagi membentuk

    perkataan dan memindahkan lambang-lambang tadi kepada sistem kognitif bagi tujuan

    terjemahan dan pemahaman (Safiah Osman 1990).Menurut Docey & Travers, (1996),

    melalui model biopsikososial, perkembangan manusia merupakan hasil daripada interaksi

    antara aktor biologi, psikologi dan sosial. Elemen biologi meliputi perkembangan

    bermula dari baka sehinggalah ke isu-isu kesihatan dewasa, elemen psikologi melibatkansemua aspek kognitif dan perkembangan personaliti manakala elemen sosial merujuk

    kepada pengaruh dari keluarga, sekolah dan rakan sebaya.

    Murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas bacaan akan ditempatkan di

    kelas pemulihan khas seawal usia 8 tahun. Pendidikan pemulihan telah dilaksanakan di

    1

  • 7/28/2019 Proposal Radziah

    2/10

    negara ini sejak beberapa dekad yang lalu, iaitu sejak daripada awal 1970-an lagi.

    Namun, apa yang menjadi kerungsingan dan tanda tanya kepada pihak-pihak yang

    bertanggungjawab ialah hasil dapatan beberapa kajian yang menunjukkan bahawa masih

    terdapat ramai murid, termasuk murid lepasan program pemulihan, yang mengalami

    masalah dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

    Pendidikan pemulihan di Malaysia diperkenalkan selepas projek perintis untuk

    meninjau keperluan mengadakan pendidikan pemulihan dilancarkan oleh Bahagian

    Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1967 (Kementerian

    Pelajaran Malaysia). Kelas pemulihan khas diwujudkan bagi tujuan mengatasi masalah

    ketidakupayaan murid-murid lemah dalam menguasai kemahiran asas 3M membaca,

    menulis dan mengira. Dalam pengajaran pemulihan, strategi pengajaran diubah suai

    untuk keperluan murid-murid yang mengalami ketidakupayaan dalam pembelajaran

    (Rajesvari, 2008).

    Kelas Pemulihan Khas wujud kerana wujudnya kanak-kanak yang tidak boleh

    membaca meskipun mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran seawal usia 7 tahun.

    Membaca merupakan aspek yang sangat penting dalam proses pencerapan ilmu

    pengetahuan. Membaca melibatkan dua faktor iaitu pemahaman dan interpretasi idea

    yang dilambangkan melalui penulisan. Pandangan ini memberi pengertian bahawa

    aktiviti membaca berlaku secara serentak dalam perlakuan manusia yang akan melibatkan

    memahami. Justeru guru-guru yang terlibat dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

    membaca perlu memastikan agar kedua-dua elemen tersebut diajar secara bersepadu

    kepada murid-murid terutamanya murid-murid tahun 1. Menurut Hasanalee dan Zulkifley

    (2007), proses menguasai kemahiran membaca dan memahami bukanlah suatu pekerjaan

    yang mudah berbanding dengan proses dengar-tutur.

    Menurut Abdul Rasid Jamian (2011), pengaruh faktor-faktor yang tertentu

    mewujudkan masalah dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis murid.

    Kelemahan menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid berasa

    rendah diri dan masalah disiplin diri merosot. Murid-murid ini beranggapan bahawa

    2

  • 7/28/2019 Proposal Radziah

    3/10

    perlakuan yang melanggar norma amalan di sekolah bertujuan menarik perhatian guru

    dan rakan-rakan. Sifat rendah diri akibat kegagalan yang berterusan membawa kepada

    konsep kendiri yang rendah. Tingkah laku agresif, negatif, kebudak-budakan serta

    bermuram adalah petunjuk-petunjuk masalah emosi yang serius. Ini akan menjejaskan

    keupayaan mereka untuk menguasai kemahiran bahasa yang lebih berkesan.

    Masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah

    dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan

    mereka menguasainya. Permasalahan membaca yang ada dalam diri murid adalah seperti

    keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca, tidak membunyikan

    perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja serta sering

    meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya. Ini

    menimbulkan pola bacaan yang merangkak-rangkak dan pastinya menjadikan murid-

    murid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan tersebut. Selain itu, murid ini

    juga lemah dan tidak berminat mencari maklumat yang terdapat dalam gambar rajah atau

    bahan rangsangan yang diberikan oleh guru (Abdul Rasid dan Zulkafli, 2008).

    Kajian ini difikirkan perlu dijalankan dalam konteks pendidikan pemulihan

    kerana kita sering mendapati murid pemulihan dikaitkan dengan masalah penguasaan

    kemahiran membaca. Ia dapat dijadikan sumber rujukan dan panduan bukan sahaja

    kepada guru-guru pemulihan khas tetapi juga kepada ibu bapa dan penjaga murid yang

    terlibat, (Rajesvari, 2008).

    2. PERNYATAAN MASALAH

    Pendidikan pra sekolah telah diperkenalkan pada tahun 1992 dan ia diperkenalkan untuk

    menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4

    hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan,

    menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke

    sekolah rendah. Walaubagaimanapun, setelah 21 tahun pra sekolah dijalankan, masih

    wujud murid tahun 1 yang tidak boleh membaca yang dikategorikan sebagai murid

    3

  • 7/28/2019 Proposal Radziah

    4/10

    LINUS, manakala murid tahun 2 dan 3 yang masih belum boleh membaca dikategorikan

    sebagai murid LINUS dan murid kelas pemulihan khas.

    Pada tahun 2008 sahaja, masih terdapat 54,000 pelajar Tahun 1 (anggaran 13%

    daripada jumlah enrolmen pelajar Tahun 1) yang tidak menguasai kemahiran literasi dan

    117,000 (24%) pelajar dalam Tahun 4 yang tidak menguasai kemahiran numerasi yang

    ditetapkan. Tanggungjawab berat dipikul oleh guru-guru yang terlibat apabila

    kementerian menetapkan bahawa bilangan murid LINUS di setiap sekolah hendaklah

    sifar selepas murid melalui saringan 9 LINUS.

    3. RASIONAL KAJIAN

    Kajian ini penting untuk dijadikan panduan oleh ibu bapa, guru dan masyarakat dalam

    membantu Negara merealisasikan sifar buta huruf bagi pelajar berumur 9 tahun. Melalui

    kajian ini, pihak sekolah juga boleh mengenalpasti hubungan antara tingkat pendapatan

    dan tahap pendidikan ibu bapa dengan pencapaian murid secara keseluruhannya. Maka

    seluruh ahli masyarakat boleh bekerjasama dalam memastikan anak-anak boleh membaca

    selewat-lewatnya pada umur 9 tahun.

    Pihak Kementerian boleh mengetahui masalah murid dalam

    menguasai bacaan dan boleh merangka sesuatu dasar baru yang

    bertujuan untuk mengatasi masalah tersebut.Sebagai salah satu

    contoh pihak kementerian hendaklah memperuntukkan sumber tenaga

    dan kewangan yang lebih terhadap sekolah-sekolah luar bandar

    memandangkan taraf sosioekonomi penduduk luar bandar agak

    rendah berbanding di bandar.

    Sebagai guru Kelas Pemulihan Khas dan guru LINUS, saya melihat aspek

    kebolehan membaca sangat penting untuk setiap murid. Kebolehan membaca menjadi

    kayu ukur kejayaan guru Pemulihan Khas dan LINUS. Oleh itu kajian ini dijalankan bagi

    4

  • 7/28/2019 Proposal Radziah

    5/10

    menentukan sama ada sosioekonomi keluarga benar mempengaruhi kebolehan membaca

    seseorang murid. Maka tujuan kajian ini dijalankan adalah:

    a. Menyediakan data asas bagi faktor sosioekonomi termasuk sumbangan

    pendapatan ibu bapa.

    b. Menentukan adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kebolehan

    membaca murid dengan faktor sosioekonomi keluarga.

    c. Mengenal pasti tahap kebolehan membaca murid berdasarkan jantina dan bangsa.

    d. Menentukan adakah wujud perbezaan tahap kebolehan membaca murid yang

    signifikan antara jantina dan bangsa.

    3. OBJEKTIF KAJIAN

    Manakala objektif khusus kajian ini adalah untuk:

    1. Mengenalpasti tahap kebolehan membaca murid tahun satu di 7 buah sekolah

    di Zon Sentul Kuala Lumpur.

    2. Mengenalpasti taburan sosioekonomi keluarga murid-murid Tahun 1 di 5

    buah sekolah di Zon Sentul Kuala Lumpur.

    3. Mengenal pasti perbezaan yang signifikan antara kebolehan membaca muriddengan jantina murid.

    4. Mengenal pasti perbezaan yang signifikan antara kebolehan membaca murid

    dengan bangsa murid.

    5. Untuk mengenalpasti hubungan antara tahap pendidikan ibu bapa dengan

    kebolehan membaca murid tahun 1.

    6. Untuk mengenalpasti hubungan antara tingkat pendapatan ibu bapa dengan

    kebolehan membaca murid tahun 1.

    7. Untuk mengenalpasti persekitaran keluarga dengan kebolehan membaca

    murid tahun 1.

    5

  • 7/28/2019 Proposal Radziah

    6/10

    4. METODOLOGI KAJIAN

    4.1 Rekabentuk kajian

    Kajian yang dibuat bagi mendapatkan data adalah kajian yang bersifat

    kuantitatif. Terdapat banyak reka bentuk kajian yang sering digunakan

    oleh penyelidik dalam menjalankan penyelidikan. Setiap reka bentuk

    mempunyai kekuatan dan kelemahan dan pemilihan reka bentuk oleh

    penyelidik banyak bergantung kepada tujuan kajian dan masalah

    kajian yang ingin diselesaikan. Bagi menyiasat sejauh mana hubungan

    atau perkaitan diantara faktor sosioekonomi dan persekitaran keluargamempengaruhi sikap dan pencapaian pelajar, maka kaedah tinjauan

    telah dipilih oleh penyelidik.

    Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Sampel kajian dalam

    penyelidikan ini menggunakan Kaedah Persampelan Rawak Mudah. Persampelan jenis

    ini dipilih bersesuaian dengan keadaan sampel yang terdiri daripada ibu bapa murid tahun

    1 sekitar zon Sentul. Perbandingan min digunakan dalam kajian ini. Sulaiman (1996)

    menyatakan bahawa kaedah tinjauan merupakan kajian terhadap perkara yang sedang

    berlaku. Kaedah ini boleh memberi sumbangan yang penting kerana maklumat yang

    diperolehi dapat menentukan aliran masa kini dan menyelesaikan masalah yang sedang

    dihadapi. Seterusnya kaedah analisis korelasi (Pearson) digunakan untuk mencari

    hubungan antara dua pemboleh ubah untuk kajian ini.

    4.2 Responden / sampel kajian

    Responden kajian ini terdiri daripada ibu, bapa atau penjaga murid Tahun 1 dari 5 buah

    sekolah rendah dari zon Sentul Kuala Lumpur. Berikut ialah perincian jumlah responden

    mengikut sekolah:

    6

  • 7/28/2019 Proposal Radziah

    7/10

    Nama Sekolah Bilangan Pelajar Murid Tahun 1

    SK (L) Jalan Batu 20 orang

    SK (P) Jalan Batu 20 orang

    SK (L) Methodist 20 orang

    SK Segambut Makmur 50 orang

    SK Batu Muda 50 orang

    SK Tiara Permai 50 orang

    SK Convent Bukit Nanas 1 60 orang

    Jumlah 270 orang

    JADUAL 1.1. Jumlah murid yang terlibat Tahun 1 bagi 7 buah sekolah di Sekolah

    Rendah Zon Sentul.

    4.3 Lokasi kajian

    Kajian dijalankan terhadap 270 keluarga murid tahun 1 untuk 7 buah sekolah rendah di

    zon Sentul Kuala Lumpur.

    4.4 Instrumen kajian

    Proses pengumpulan data menggunakan dua jenis instrumen untuk

    mendapat maklum balas responden iaitu:

    1. Soal Selidik

    2. Ujian Saringan Literasi (LINUS)

    4.4.1 Bahagian A : Soal selidik maklumat peribadi.

    Bahagian A adalah soal selidik yang berkaitan dengan maklumat

    peribadi responden. Ia dibentuk sendiri oleh penyelidik untuk

    mendapatkan maklumat jantina dan bangsa murid.

    7

  • 7/28/2019 Proposal Radziah

    8/10

    4.4.2 Bahagian B : Soal selidik sosioekonomi

    Bahagian B pula adalah berkaitan latar belakang keluarga

    bertujuan mengumpul data mengenai latar belakang serta taraf

    sosioekonomi keluarga. Aspek yang dinilai adalah berkaitan dengan

    pendidikan ibu bapa, pendapatan keluarga, pekerjaan ibu bapa,

    bilangan ahli keluarga yang masih dalam tanggungan dan diluar

    tanggungan ibu bapa, status perkahwinan ibu bapa, dan jenis

    kediaman.

    4.4.3 Kebolehan membaca murid Tahun 1

    Kebolehan membaca murid tahun 1 dinilai atau diukur melalui

    Instrumen Ujian Saringan Literasi. Ujian ini dikelola oleh guru

    Bahasa Malaysia setiap kelas tahun 1.

    Jadual 4.1: Pecahan Item Borang Soal Selidik.

    Kandungan Perkara Bilangan

    Item

    Pemboleh ubah

    Bahagian A Latar Belakang Murid 3 Bebas

    Bahagian B (Sosioekonomi murid)

    tingkat pendapatan ibu bapa

    tahap pendidikan ibu bapa

    persekitaran keluarga

    4

    2

    5

    Tidak

    Bersandar

    Bahagian C Kebolehan membaca 1 Bersandar

    Jumlah 15

    4.5 Tatacara / prosedur pemerolehan data

    8

  • 7/28/2019 Proposal Radziah

    9/10

    Terlebih dahulu sebellum dapat mengedar soal selidik, pengkaji mendapatkan surat

    kebenaran mengedar soal selidik daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

    Setelah mendapat kelulusan daripada KPM dan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan

    Kuala Lumpur (JPWPKL), kerjasama guru-guru Bahasa Malaysia Tahun 2 diperlukan

    dalam mendapatkan data untuk kajian ini. Guru-guru tersebut diberikan set soal selidik

    dan diminta mengedarkannya kepada murd-murid tahun 1 di sekolah masing-masing

    diiringi surat kebenaran mengedar soal selidik daripada JPWPKL.

    Setiap murid tahun 1 diberi borang soal selidik dan diingatkan agar borang-borang

    tersebut diisi dan dilengkapkan oleh ibu bapa atau penjaga masing-masing. Murid-murid

    tersebut juga diingatkan agar mengembalikan borang yang lengkap diisi kepada guru

    Bahasa Malaysia itu semula. Guru Bahasa Malaysia akan melengkapkan Bahagian C

    dalam borang soal selidik tersebut.

    4.6 Tatacara Penganalisian Data

    Data-data yang diperolehi akan dianasisis berdasarkan tujuan dan hipotesis kajian. Untuk

    tujuan pengujian hipotesis, alat statistik seperti korelasi Pearson akan digunakan. Data inijuga menggunakan pengiraan korelasi untuk melihat perhubungan antara faktor

    sosioekonomi dan persekitaran keluarga mempengaruhi kebolehan membaca murid

    Tahun 1. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan komputer. Program yang

    digunakan ialah Statistical Package of the Social Science (SPSS). Menurut Mohd Majid

    Konting (1990) penganalisisan data berstatistik menggunakan perisian pengaturcaraan

    SPSS dapat menghasilkan pengiraan yang tepat dan jitu kerana bebas dari ralat.

    Kebolehan membaca murid tahun 1 dinilai melalui keputusan ujian Saringan LINUS,

    ujian telah ditadbir oleh guru Bahasa Malaysia / guru LINUS bagi sekolah berkenaan.

    RUJUKAN

    9

  • 7/28/2019 Proposal Radziah

    10/10

    Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. 2008. Keupayaan Kemahiran Membaca Dan

    Menulis Bahasa Melayu Murid Sekolah Rendah Kebangsaan Luar Bandar.

    Universiti Pendidikan Sultan Idris.Dacey, Travers. 1996.Human Development: Across The Lifespan. Masison,Wl: Brown &

    Benchmark.

    Rajesvari Ramasamy. 2008.Murid-Murid Pemulihan Di Sekolah Rendah, Pulau Pinang.Sintok : Universiti Utara Malaysia Abdul Rasid Jamian (2011),

    10