tale story of proposal presentation

23
Al-KISAH PERSEMBAHAN KERTAS KERJA PROJEK TAHUN AKHIR te r Siri Cerita Dongeng Moden (Hikayat Sains Komputer) Skrip oleh: Suhailan Dato Safei, Fakulti Informatik, Universiti Sultan Zainal Abidin [email protected] http://www.toondoo.com/ Dengan kerjasama

Upload: suhailan-safei

Post on 22-Nov-2014

1.239 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

A story telling what you need to include in your final year proposal presentation such as Introduction, Problem Statement, Objective, Scope, Methodology and Gannt Chart.

TRANSCRIPT

Page 1: Tale Story of Proposal Presentation

Al-KISAH PERSEMBAHAN KERTAS KERJA

PROJEK TAHUN AKHIRter

Siri Cerita Dongeng Moden(Hikayat Sains Komputer)

Skrip oleh:

Suhailan Dato’ Safei,Fakulti Informatik,

Universiti Sultan Zainal [email protected]

http://www.toondoo.com/

Dengan kerjasama

Page 2: Tale Story of Proposal Presentation

AMARAN

Cerita ini mengandungi perkataan dan ayat yang tidak mengikut tatabahasa dan ejaan seperti

yang telah ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Ia juga melanggar peraturan penulisan skrip seperti yang telah diajarkan dalam kelas secara formal. Anda tidak dibenarkan meniru

sebarang aksi penulisan skrip ini dalam peperiksaan. Penulis skrip tidak

bertanggungjawab sekiranya anda gagal dalam SPM ataupun mana-mana subjek kerana

mengikuti format skrip ini sebagai jawapan. Sebarang nama yang disebut dalam skrip ini

tidak ada kaitan dengan mana-mana penduduk di muka bumi ini.

Page 3: Tale Story of Proposal Presentation

Episod 1

Page 4: Tale Story of Proposal Presentation

PANEL : Assalamualaikum. Boleh bagi tahu tajuk sistem awak. PELAJAR : “Sistem Mencari Tajuk FYP” PANEL : Kenapa awak pilih tajuk tersebut. PELAJAR : Sebelum saya kabo sebab apa saya pilih tajuk ni, izin kan saya untuk memberikan sedikit latar belakang tentang tajuk ini. FYP adalah singkatan bagi Final Year Project iaitu projek ilmiah yang memerlukan pelajar membangunkan sistem dengan mengaplikasikan teknik2 atau konsep yang telah dipelajari daripada kursus2 sains komputer. Ia adalah menjadi kewajiban bagi seorang pelajar untuk membuat sistem tersebut sebelum pergi praktikal. Sistem ini pula boleh terdiri daripada standalone, web based, mobile application ataupun cloud. Mengikut Mark Zukernberg,....(INTRODUCTION) PANEL : Jap, jap... boleh tak awak straight to the point. Saya baru je tengok citer telenovela tadi, mengantuk pulak rasanya.

PELAJAR : Ok2 encik. Saya pilih tajuk ini kerana saya tengok ramai pelajar bermasalah untuk mencari tajuk sesuai setiap kali ada FYP. Di samping itu juga, tajuk yg pelajar cadangkan, kadang2 direject oleh pensyarah kerana telah ada orang buat atau terlalu senang. (PROBLEM STATEMENT)

Page 5: Tale Story of Proposal Presentation

PANEL : Jadi apa yang awak nak buat untuk selesaikan masalah tersebut. PELAJAR : Bagi mengatasi masalah tersebut, pertama saya ingin bangunkan satu portal untuk mengarkib tajuk dan abstrak bagi FYP yang lalu bagi memudahkan pelajar mencari tajuk sedia ada yang boleh ditambahbaik lagi. Saya juga akan menyediakan link bagi pensyarah, alumni ataupun pihak industri untuk mencadangkan tajuk FYP. Oleh itu, ia dapat menyelesaikan masalah mencari tajuk tersebut. Kedua, bagi mengatasi masalah tajuk yang direject tersebut, saya bercadang untuk mewujudkan forum perbincangan tajuk bersama pihak industri dan alumni bagi membolehkan skop/keperluan tajuk disesuaikan. Ketiga, saya juga akan membina algorithma sendiri bagi memastikan tajuk yang dicadangkan tidak ada pertindihan sama ada dengan tajuk yang telah dibuat atau yang sedang dicadangkan. (OBJECTIVE) PANEL : Ok, kita rehat kejap. Saya nak gi makan karipap jap. PELAJAR : Ok encik, takpe, saya tunggu. Encik makan kenyang2 yer. (dalam hati, “aku pun tak makan lagi ni... telan air liur je la”);

Page 6: Tale Story of Proposal Presentation

Episod 2

Page 7: Tale Story of Proposal Presentation

PANEL : Ok. Lama tunggu? Tadi awak pergi makan tak? PELAJAR : Takpe encik, kejap je. Saya jarang makan tengahari. Mlm baru saya makan. (dalam hati, “7 jam dah tunggu ni…lapar ni…hanya Tuhan je yg tahu”) PANEL : Tak baik ngumpat dalam hati tu ye. PELAJAR : (dalam hati, “macam mana encik blh tahu saya cakap dalam hati ni.”) PANEL : Awak ni pun satu, skrip ni saya yg tulis kan. Mesti la saya tahu. Lagipun bukan tak boleh skrol kat atas, blh baca lagi. So, kat mana kita berhenti tadi ye? Jap saya check status kat Facebook kejap. Ooo.. tadi kita berhenti kat “Objektif” kan. PELAJAR : Ya encik.

Page 8: Tale Story of Proposal Presentation

PANEL : Kay kay. Camni la, saya tengok awak punya hasrat ni sgt murni, iaitu nak bantu kawan2 awak untuk cari tajuk FYP melalui sistem yg akan awak bangunkan secara sukarela tanpa mengambil sebarang bayaran. Tapi saya rasa mcm besar je sistem ni, takut awak tak sempat buat je. Nak kawal user pun satu hal dah, ada 500 orang pelajar di fakulti kita. Tak termasuk fake user account lagi dari luar sana. Nanti diorang register, terus buat tajuk2 mengarut, susah awak nak monitor tu. Pastu bila libatkan industri, biasa diorang bagi tajuk agak rahsia skit, sbb diorang nak buat bisnes dgn tajuk tsb. Mcm mana awak kawal semua ni.

PELAJAR : Oh! Memang besar tu kalau encik nak cadang camtu. Saya cuma nak buat untuk kegunaan pelajar fakulti dan pensyarah sahaja dulu. Modul nak kawal user tu takde la sampai open kepada public, sebab saya cadang nak guna user profil yang berdaftar dalam fakulti sahaja. Kemudian ada modul untuk mengarkibkan tajuk. Juga ada modul untuk mencadangkan tajuk untuk diluluskan oleh pensyarah. Di samping itu, ada ruangan forum untuk perbincangan berkaitan tajuk. [SCOPE]

Page 9: Tale Story of Proposal Presentation

PANEL : Begitu rupanya. Saya rasa skop sistem awak boleh diterima tu. Tapi boleh tak awak tambah satu lagi modul iaitu Modul Tajuk FYP Industri. Modul ini akan digunakan oleh pihak syarikat yang ingin mengambil pelajar yg sedang membuat FYP ini bagi latihan industri setelah mereka tamat FYP. Namun modul cadangan tajuk FYP daripada indusri ini hanya boleh dicapai oleh pensyarah dalam menjaga kepentingan busines mereka dalam tajuk tersebut. PELAJAR : Bagus tu encik (dalam hati,” ‘ayyat’ je ni”). Tapi saya takut tak sempat nak siapkan je. Sebab supervisor saya cakap saya ada masa 2 bulan shj. (dalam hati,”sorry supervisor, terpaksa guna alasan ni, tapi takpe, supervisor bukan ada dalam bilik ni pun”) PANEL : Ooo, Prof supervisor awak tu, cakap camtu ke. Kalau Prof. dah cakap camtu, takpe la, takde masalah. Kring2 kring2… kring2 kring2… telefon siapa tu, silence ye. Eh sorry, saya punya. Jap ye….

Page 10: Tale Story of Proposal Presentation

Episod 3

Page 11: Tale Story of Proposal Presentation

Sedikit flashback episode sebelumnya, di mana pelajar telah naik angin kerana tidak tahan lapar. Panel telah menghubungi ambulan bagi meredakan angin pelajar tersebut. Hasil pemeriksaan doktor mendapati pelajar tersebut positif gastrik akibat perut yang telah dimasuki angin dan ditahan di wad selama 1 hari. Selepas keluar daripada wad, pelajar terbabit menyambung kembali presentation FYP dengan panel.

Page 12: Tale Story of Proposal Presentation

PANEL : Macammana angin awak hari ni? PELAJAR : Alhamdulillah, angin saya baik hari ni. PANEL : Saya tahu la awak tak tidur dan tak makan sebab nak buat yang terbaik bagi pembentangan ini, tapi apa pun, kesihatan mesti diutamakan. (dalam hati, “tk blh laser sgt budak baru kuar spital ni, ikutkan hati, mau je cakap tu la kerja last minit lagi!!! jgn harap la blh buat yg terbaik”.) PELAJAR : Ya encik, terima kasih atas nasihat tu. Insya allah saya akan lebih mengutamakan kesihatan lepas ni. PANEL : Ok, kita teruskan dengan pembentangan ye. Sebelum ni awak dah jelaskan skop sistem yang awak nak bina. Saya rasa, sistem cadangan tajuk FYP ni dah ada kat google. Tak caya, awak cuba google “final year project ideas”, dalam 29juta laman web yang keluar.

Page 13: Tale Story of Proposal Presentation

PELAJAR : Betul encik. Tu kalau encik search kat google. Saya search kat bing.com, ada 264 juta laman web. Tapi saya periksa, semuanya adalah berbentuk cadangan tajuk2 seperti forum je. So ada beza dengan yg saya nak buat sbb tajuk yg baru boleh dicadangkan dan di’approve’ oleh pensyarah. Satu lagi perbezaan ketara yg saya cuba tonjolkan adalah kaedah yang akan saya perkenalkan bagi memastikan tiada pertindanan tajuk antara seorang pelajar dengan yg lain. (LITERATURE REVIEW1) PANEL : Teknik apa yang awak nak guna untuk elakkan pertindanan tajuk yang sama tu? Adakah awak akan bandingkan tajuk berdasarkan perkataan yang sama. PELAJAR : Lebih kurang mcm tu la encik. Tapi kalau setakat banding perkataan, mungkin tidak begitu efisyen. Sbg contoh, ada orang guna tajuk “Sistem Cadangan Final Year Project (FYP)”, tapi pelajar yang yang lain membuat tajuk “Sistem Cadangan Projek Akhir”. Kalau banding perkataan FYP dengan Projek Akhir, sudah tentu tidak sama. Sedangkan ia adalah projek yang sama. Jadi saya ada membaca karangan UPSR adik saya berhubung perkataan sinonim. Saya bercadang untuk membuat perbandingan perkataan menggunakan sinonim, iaitu saya akan wujudkan senarai sinonim spt FYP=Projek Akhir=Projek Pelajar; yang mana kalau ada sahaja perkataan sinonim dalam tajuk yang dicadangkan dengan arkib tajuk yg lalu, maka sistem akan dapat kesan.

Page 14: Tale Story of Proposal Presentation

PANEL : Tahun bila karangan UPSR adik awak tu? PELAJAR : Tahun ini la encik. PANEL : Bagus, rujukan awak tu kira terkini juga tu. PELAJAR : Saya juga ada rujuk pakar Bahasa untuk menentukan permasalahan mencari tajuk yang serupa atau bertindan tu encik. Beliau mengatakan, persamaan bukan sahaja dari segi sinonim perkataan, tetapi ada juga persamaan yang perlu dilihat dari aspek maksud tajuk tersebut. Sebagai contoh, kalau perkataan “Air dicincang tidak akan putus”, ia sama dengan maksud “Sistem Adik Beradik”. Aduh, itu lagi susah nak detect tajuk yang sama kalau ada yg guna peribahasa sebagai tajuk FYP. (LITERATURE REVIEW 2)

Page 15: Tale Story of Proposal Presentation

PANEL : Siapa pakar bahasa tu? PELAJAR : Karam Singh Waliya, encik. “terbakar rumah nampak asapnya, hati terbakar tiada siapa yang tahu”. Panel 2 : Ye betul tu. “Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut”. Pembaca : (dalam hati, eh ada watak baru pulak ke, Panel 2?) PANEL : (dalam hati, menyampuk pulak pembaca ni, dia tu pun tak sedar jadi watak baru dalam skrip ni).

PELAJAR : Encik rasa blh ke saya pakai teori peribahasa tersebut dalam menentukan tajuk yg sama. PANEL : Ish ish awak ni. Mana ada orang guna peribahasa buat tajuk FYP. Tak releven teori Karam Singh Waliya tu untuk projek awak ni. Bak kata pepatah, “Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun.” Tapi alang2 Panel 2 sebut pulut, jom kita sama2 gi pekena cendol pulut dulu.

Page 16: Tale Story of Proposal Presentation

Episod 4(Finale)

Page 17: Tale Story of Proposal Presentation

PANEL : Memandangkan semua dah kenyang, jom kita sambung presentation awak tadi. PELAJAR : Eh, belum habis lagi ke encik. Biasa kalau dah makan cendol pulut ni, kira lulus la tajuk tu. Saya rasa presentation saya la paling lama dalam sejarah FYP di dunia ni encik. Selalunya 30 minit je. PANEL : Mana ada lama, belum sampai 30 minit Ustaz Don lagi pun. Kalau awak review balik skrip ni, baca dari awal sampai season 2 ni, tak sampai 10 minit dah abis baca dah. Ok kita sambung ye sebelum saya ambil panggilan telefon. PELAJAR : Ok encik, segalanya bermula di sini. PANEL : Secara peribadi, saya amat tertarik dengan sistem yg awak nak bangunkan ini. Tapi mampu ke awak nak buat tajuk ni. Saya takut nanti saya luluskan tajuk ni, tiba2 angin awak datang lagi, tak sempat siap sebelum akhir semester ni. Kawan2 awak yang lain buat sistem simple je, takde pun teknik sinonim atau peribahasa tu. Cthnya sistem e-perolehan kementerian kewangan menggunakan Ms Excel, sistem kehadiran staf universiti menggunakan catatan pak guard, sistem tempahan asrama menggunakan kabel telefon dan ‘special cable’, dsb.

Page 18: Tale Story of Proposal Presentation

PELAJAR : Insya allah encik, saya yakin saya boleh buat. Saya telah rancang untuk menyiapkan sistem ini menggunakan model AIR TERJUN (waterfall) yang dibahagikan kepada 3 peringkat. Peringkat pertama adalah analisa, kedua rekabentuk dan ketiga pembangunan. Pada peringkat analisa, saya akan menemubual beberapa senior saya tentang masalah biasa yang dihadapi apabila membuat cadangan tajuk. Ini bagi memastikan saya tidak membuat sistem berdasarkan andaian sahaja. Kemudian semua keperluan dan permasalahan tersebut saya akan dokumenkan dalam bentuk gambar2 tertentu, bukan dalam format skrip seperti yg macam encik tengah buat ni. (METHODOLOGY 1) PANEL : Sempat lagi awak komen saya ye. Takpe, saya terbuka menerima komen. Bukan saya tak boleh buat dalam format gambar, cuma sy takut nanti ada pulak yg pergi tag kat gambar yg saya buat tu. Takut ganggu pembaca saya duk klik kat gambar2 tu nak tgk nama siapa tag2 tu.

Page 19: Tale Story of Proposal Presentation

PELAJAR : Ops sorry encik, bukan niat saya nak komen psl encik. Sy teruskan ye encik. Pada peringkat kedua saya akan membuat rekabentuk berkaitan system yang akan saya bina tersebut. Ini termasuklah paparan skrin/window input dan ouput modul2 yg terlibat tu. Pada peringkat ini juga, saya akan reka step2 dan flow bagi algoritma saya untuk detect tajuk bertindan tu. Kemudian pada peringkat ketiga, baru la saya akan membangunkan sistem perisian tersebut, itu pun setelah rekabentuk saya disahkan stabil oleh penyelia saya. (METHODOLOGY 2) PANEL : Awak ni, takde model lain dah ke nak guna. Nak mudah je. Model Air Terjun tu dinamakan camtu sebab dia satu hala je, dari satu peringkat ke peringkat yg lain. Tk de air terjun yg alirannya reverse. Sy nak awak tukar skit model tu supaya lepas awak dah bangunkan sistem tersebut, awak boleh kembali semula ke peringkat kedua iaitu rekabentuk, ataupun ke peringkat pertama iaitu analisis. Mana tahu algoritma yang awak buat waktu peringkat kedua tu, tak memenuhi penyelesaian masalah spt yang awak dah analisa pada peringkat pertama. So molek kalau sebelum awak masuk peringkat ketiga iaitu pembangunan, awak analisa semula rekabentuk algoritma awak tu dengan senior2 atau pelajar yang ada pernah mengalami masalah dalam tajuk bertindan/serupa tersebut.

Page 20: Tale Story of Proposal Presentation

PELAJAR : Saya setuju dengan encik. Tapi encik, saya ada bagitahu nak tukar sikit model air terjun kepada air terjun hiasan, kerana air terjun hiasan dia pakai motor, so boleh reverse balik ke peringkat sebelum nya. Tapi supervisor saya cakap, jgn nak memandai. Nanti bukan air yang terjun, awak yang terjun kalau gi ubah model tu.

PANEL : Maybe supervisor awak dah baca tahap kemampuan awak tu, dengan mengambilkira ‘angin’ awak yg tidak keruan tersebut. So takpe, awak follow la keputusan supervisor awak tu. Mmg betul, kalau awak silap pilih method, maybe tak sempat siap sistem tu. Kalau camtu, berapa lama awak nak peruntukkan masa utk membangunkan sistem tersebut?

PELAJAR : Saya rancang peringkat pertama tu sebulan, peringkat kedua sebulan dan peringkat ketiga sebulan. Dalam peringkat pertama tu, aktiviti temubual senior tu saya akan ambil masa 1 hari, sebab senior saya cuti hari Sabtu dan Ahad. So plannya Sabtu tu saya buat interview, Ahad tu pula saya kena entertain diorang gi main golf. Lebih kurang mcm pendedahan industri gitu la encik. (GANNT CHART – versi teks skrip)

Page 21: Tale Story of Proposal Presentation

PANEL : Tadi cakap sebulan, tapi aktiviti temubual 2 hari je. Mana selebihnya 28 hari tu. Kalau nak dokumenkan analisa awak untuk sehari tu pun, saya rasa paling lama seminggu. Ni dah mcm exco persatuan pulok, lepas abis aktiviti, sebulan baru keluar report. PELAJAR : Hari2 yg lain tu saya terpaksa attend kuliah bagi subjek lain juga encik. Saya ada 8 lagi subjek lain yg saya ambil semester ini. Jadi ambil masa utk dokumenkan analisa temubual tersebut, kira2 dalam 30 minit ustaz don sehari gitu je la encik. Tu yg sampai sebulan tu. PANEL : Ok, takpe la camtu. As long 30 minit ustaz don, saya setuju je. Okay la, kita dah sampai ke penghujung presentation dah ni. Secara kasar, saya puji awak sebab awak telah jelaskan sejelas2nya kepada saya ttg tajuk FYP awak ni. Bermula daripada Introduction, Problem Statement, Objektif, Scope, Literatur Review, Methodology dan siap dengan Gannt Chart sekali. Cuma satu je lagi, kan saya suruh buat slide pembentangan powerpoint. Mana nye?

Page 22: Tale Story of Proposal Presentation

PELAJAR : Ini la slide saya encik. Yang encik tengah karang ni. PANEL : La… ini skrip saya untuk dihantar bagi mengisi slot telenovela musim baru. Kalau slide, mesti based on points, banyakkan gambar untuk membantu pemahaman dan kalau boleh satu page tak lebih daripada 1 line shj utk paparan teks. Slaid tu mesti meninggalkan kesan kepada panel, sekurang2nya mestilah cantik, tersusun kemas, senang dibaca dan tidak menyakitkan mata. Pemilihan warna sangat penting. (KEMAHIRAN KOMUNIKASI – SLAID PEMBENTANGAN).

Page 23: Tale Story of Proposal Presentation

“Sesungguhnya Allah sentiasa menyayangi kita walau apa jua dosa, kejahatan dan kemurkaan yang kita

lakukan di dunia.

Sebab itu Allah masih mengurniakan kepada kita kesihatan dan kehidupan walaupun kerap kali kita

memalingkan muka daripada Allah kerana kesibukan atau kepentingan urusan di dunia.

Allah sentiasa menunggu hambaNya untuk menadah tangan memohon keampunan

kepadaNya. Dan Allah sangat suka untuk memberi keampunan. ”

Sekian, terima kasih.

TAMAT