proposal

40
1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan . Sifat Matematik menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Dengan sebab itu , Matematik ialah antara bidang yang terpenting dalam sebarang usaha pembinaan insan . Matematik dapat mengembangkan profisiensi intelektual individu dalam membuat penaakulan logik , visualisasi ruang , analisis dan pemikiran abstrak . Murid mengembangkan kemahiran numerasi , penaakulan , cara berfikir dan menyelesaikan masalah melalui pembelajaran dan aplikasi matematik . Pembelajaran Matematik menyediakan peluang untuk murid

Upload: celyn-lee

Post on 06-Sep-2015

33 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

free

TRANSCRIPT

27

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan . Sifat Matematik menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Dengan sebab itu , Matematik ialah antara bidang yang terpenting dalam sebarang usaha pembinaan insan . Matematik dapat mengembangkan profisiensi intelektual individu dalam membuat penaakulan logik , visualisasi ruang , analisis dan pemikiran abstrak . Murid mengembangkan kemahiran numerasi , penaakulan , cara berfikir dan menyelesaikan masalah melalui pembelajaran dan aplikasi matematik . Pembelajaran Matematik menyediakan peluang untuk murid melaksanakan tugasan kreatif dan mengalami keseronokan dan teruja apabila mengetahui sesuatu yang baru . Oleh yang demikian , tidak dapat ditolak hakikat bahawa dari semasa ke semasa aspek matlamat dan peranan pendidikan negara telah disesuaikan dengan matlamat dan keperluan rancangan negara . Dalam hal ini , matlamat pembangunan pendidikan sentiasa diberikan penekanan yang wajar . Prosesnya telah merangkumi pelbagai aspek pembangunan dalam program pendidikan berasaskan kepada dasar-dasar umum dan khusus yang diputuskan dari semasa ke semasa .

1.2 Latar belakang kajian

Matematik merupakan salah satu subjek teras yang amat penting untuk dikuasai oleh murid khasnya murid di sekolah rendah . Kegagalan dalam menguasai subjek ini diperingkat awal akan mendatangkan kesan yang negatibbf kepada pembelajaran diperingkat yang lebih tinggi . Dalam mencapai status negara maju dalam tahun 2020 , beberapa perubahan dasar telah dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam proses memperkasa sistem pendidikan di Malaysia bagi memenuhi keperluan negara di masa hadapan .Dalam perubahan dasar tersebut , ia turut melibatkan subjek Matematik . Ini adalah kerana Matematik dianggap sebagai satu subjek yang amat penting dan juga merupakan subjek kritikal khasnya di sekolah rendah .Ramai guru sekolah menyatakan Matematik sukar dipelajari oleh murid-murid . Ramai murid gagal dalam menguasai Matematik dengan baik kerana menghadapi masalah dalam menguasai konsep operasi asas . Terdapat empat operasi asas dalam Matematik . Operasi asas tersebut adalah tambah , tolak , darab dan bahagi . Menguasai keempat-empat kemahiran asas Matematik itu adalah sangat penting kerana ia merupakan asas dalam menguasai tajuk yang lebih komplek di dalam subjek Matematik itu sendiri dan juga menjadi asas dalam menguasai subjek-subjek lain seperti subjek Sains . Kemahiran Matematik tidak hanya diaplikasi dalam subjek Matematik . Sebaliknya , kemahiran Matematik diaplikasi di dalam subjek-subjek dan bidang-bidang lain termasuk dalamurusan seharian manusia . Di kebanyakan sekolah , operasi darab merupakan satu operasi asas yang sukar dikuasai murid . Masalah penguasaan operasi darab seterusnya menyebabkan murid bermasalah dalam menguasai tajuk-tajuk Matematik yang melibatkan kemahiran mendarab . Pada dasarnya , punca masalah ini adalah kerana murid bermasalah dalam menghafal sifir . Melalui ujian PROTIM ada analisis yang telah dijalankan kepada murid tahun 6 oleh Tengku Halim (2001) turut menyatakan bahawa murid-muridnya masih belum dapat menguasai kemahiran mendarab sebarang nombor dengan nombor dua digit atau tiga digit di Sekolah Kebangsaan Batu 7 , Dungun . Walau bagaimanapun , beliau telah menggunakan kaedah menggunakan palang yang telah diubahsuai daripada kemahiran sempoa .Kenapa murid menghadapi masalah mendarab ? Menurut kajian tindakan yang telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Gedangsa (2009) , pada kebiasaannya murid menghadapi masalah dalam menghafal sifir serta murid juga selalu membuat kesilapan dalam menyusun nombor mengikut nilai tempat yang betul terutamanya jika ia melibatkan masalah mendarab lebih dua digit .Selain daripada itu , keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan . Menurut Rashidi dan Abdul Razak (2005) , guru perlulah memilih dan menggunakan kaedah-kaedah yang paling sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan dirinya sendiri bagi mencapai objektif pengajaran yang dirancangkan . Menurut Esah Sulaiman (2003) , pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan seperti pendekatan berpusatkan guru , pendekatan berpusatkan pelajar dan pendekatan berpusatkan bahan . Pemilihan dan perancangan guru dalam menentukan pendekatan , kaedah , teknik dan aktiviti dalam sesuatu pengajaran untuk mencapai objektif adalah yang dikatakan strategi pengajaran . Terdapat pelbagai gaya pembelajaran dan pada asasnya terdapat tiga jenis gaya pembelajaran iaitu gaya pembelajaran pelajar visual yang gemar belajar dengan huruf, perkataan , benda , gambar atau gambarajah , demontrasi , tindakan atau lakonan . Pelajar audio pula gemar belajar dengan mendengar cerita , penerangan , syarahan atau huraian , berbual dan memberi pendapat manakala pelajar kinestetik gemar belajar dengan menulis , melukis , membuat latihan , kerja amali , eksperimen , lakonan , simulasi atau projek .

1.3 Pernyata masalah

Kajian ini bermula apabila didapati ramai murid dari Tahun 4 M , SJK(C) Chong Hwa Kangkar Senangar tidak dapat menjawab latihan yang diberikan dengan betul terutama sekali soalan yang melibatkan pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula . Apabila murid ini tidak dapat menjawab soalan yang yang diberikan , secara tidak langsung , murid menjadi tidak berminat untuk menjawab dan membuat latihan yang diberikan oleh guru . Murid-murid ini juga tidak mahu mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan . Pada sangkaan guru , penerangan bersama contoh , aktiviti dan penekanan berserta penyertaan murid dan latihan latih tubi yang diberikan di dalam bilik darjah sudah cukup untuk murid ini menguasai konsep ini . Sangkaan ini meleset apabila mendapati masih ada murid yang belum dapat menguasainya .Daripada masalah yang dihadapi ini , persoalannya ialah empat orang murid ini mempunyai masalah dalam mendarab nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula . Mereka juga selalu mengulangi kesilapan dalam meletakkan jawapan hasil darab di nilai tempat yang salah dan ini akan menyebabkan mereka mendapat jawapan yang salah .

1.4 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah:1.4.1 Mengenalpasti sama ada penggunaan cara pengajaran dan pembelajaran tradisional berkesan .1.4.2 Mengenalpasti peningkatan penguasaan murid dalam operasi darab bagi nombor tiga digit dengan dua digit dengan penggunaan kaedah X-Board .1.4.3 Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan pencapaian murid apabila penggunaan kaedah X-Board dilaksanakan berbanding dengan cara pengajaran dan pembelajaran tradisional .

1.5 Persoalan kajian

Berdasarkan objektif kajian di atas, kajian ini akan menjawab soalan-soalan berikut:1.5.1 Apakah pencapaian murid semasa penggunaan cara pengajaran dan pembelajaran tradisional dijalankan ?1.5.2 Apakah pencapaian kaedah X-Board ini di dalam menyelesaikan masalah operasi darab yang melibatkan nombor tiga digit dengan dua digit ?1.5.3 Adakah terdapat perbezaan pencapaian murid apabila penggunaan kaedah X-Board dilaksanakan berbanding dengan cara pengajaran dan pembelajaran tradisional ..

1.6 Kepentingan kajian

Kajian ini memberikan kepentingan kepada :

1.6.1 Guru

Kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru khususnya , penggubal kurikulum dan pihak sekolah dalam menyediakan pelbagai kaedah pembelajaran seperti kaedah X-Board supaya murid dapat melalui dan merasai peluang belajar yang seronok dan bermakna . Kurikulum perlu aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah yang sesuai supaya dapat digunakan di kalangan murid-murid yang lemah bagi menarik minat mereka dalam mata pelajaran Matematik . Dengan adanya maklumat ini juga , dapatlah guru mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka agar murid dapat mempelajari matematik dengan lebih seronok dan bermakna . Hasil dapatan kajian ini akan dapat memberi dorongan kepada guru supaya bersikap positif dalam penggunaan kaedah X-Board untuk meningkatkan lagi minat belajar kepada murid-murid . Pencapaian yang baik akan mencetus sikap minat belajar murid-murid dan membantu murid-murid memudahkan pemahaman konsep asas Matematik seterusnya meningkatkan kemahiran mengira .1.6.2 Murid

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran , kaedah X-Board akan lebih membantu untuk merangsangkan murid belajar . Penggunaan kaedah X-Board akan memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan murid-murid . Antara rasionalnya , murid-murid dapat menyaksikan sendiri tunjuk ajar guru semasa guru menyampaikan pengajaran Matematik dengan kaedah X-Board . Tambahan lagi , murid-murid dapat menggunakan kaedah ini untuk menyelesaikan masalah operasi darab yang melibatkan nombor tiga digit dengan dua digit .

1.6.3 Sekolah

Dapatan kajian ini juga penting kepada sekolah berkenaan terutama pentadbir sekolah. Dapatan ini boleh disasarkan kepada semua guru matematik di sekolahnya. Jika ada guru yang menghadapi masalah fakta asas kira darab tidak mengira pelajar di tahun berapa , dapatan ini boleh dipraktikkan dan diamalkan . Oleh itu , semua guru matematik di sekolah berkenaan akan mendapat manafaatnya .

1.7 Skop kajian

Kajian ini dilaksanakan di SJK(C) Chong Hwa Kangkar Senangar. Kajian ini melibatkan 10 orang murid 4M yang terdiri daripada murid lelaki dan perempuan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan kaedah X-Board di dalam menyelesaikan masalah operasi darab yang melibatkan nombor tiga digit dengan dua digit. Pengkaji tidak mengambil kira faktor latar belakang keluarga , persekitaran sekolah dan kecacatan fizikal murid .

1.8 Definisi istilah

Bagi mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman di kalangan pembaca , definisi istilah yang bersesuaian dengan konteks kajian ini disediakan dan diterangkan dalam bahagian ini. Antara definisi istilah-istilah tersebut adalah seperti di bawah :

1.8.1 Penguasaan

Menurut Kamus Dewan (1989:663,664) , penguasaan membawa maksud perihal menguasai atau menguasakan . Apabila dirujuk kepada kata akar bagi perkataan ini iaitu kuasa , ia membawa maksud daya atau kemampuan (untuk melakukan atau mengerjakan sesuatu) . Maka , perkataan penguasaan yang digunakan di sini ialah untuk menunjukkan perihal kemampuan untuk menguasai pendaraban nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula .

1.8.2Keberkesanan

Keberkesanan adalah melibatkan sesuatu kegiatan hasil atau pengaruh akibat daripada sesuatu kejadian . Kamus dewan mendefinisikan keberkesanan bermakna perihal berkesan atau tidak berkesannya sesuatu tindakan dan perubahan . Hornby pula menyatakan bahawa perkataan kesan membawa makmal perubahan yang disebabkan oleh satu tindakan .

1.8.3Darab

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga , darab bermaksud menggandakan , memperbesar , memperbanyak sesuatu jumlah atau bilangan . Ia juga bermaksud kira-kira iaitu cara atau kaedah menghitung untuk menggandakan sesuatu angka seperti 2 x 4 = 8

1.8.4Kemahiran berfikir

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga , fikir bermaksud akal atau keupayaan untuk berfikir . Manakala berfikir mengikut terjemahan kamus dewan pula bererti menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu . Jadi dapat disimpulkan bahawa kemahiran berfikir ialah kemahiran menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu . Menurut John Dewey , berfikir ialah satu operasi yang menggunakan fakta-fakta yang sedia ada .

1.9 Rumusan

Bab ini telah menghuraikan tentang latar belakang penyelidikan dalam aspek permasalahan yang ingin dikaji oleh penyelidik . Antara elemen yang dikupas adalah berkaitan dengan pernyataan masalah bagi kajian , persoalan kajian , objektif kajian , definisi istilah dan juga kepentingan kajian ini dijalankan . Adalah diharapkan dengan huraian-huraian dan maklumat-maklumat yang dibentangkan di dalam beberapa subtopik di atas akan memberikan gambaran yang sangat jelas dan memacu tepat kajian ini dijalankan dan hala tujunya .

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Bab ini akan menghuraikan beberapa pendapat para penulis tentang matematik di dalam kalangan murid-murid sekolah rendah . Kajian tersebut merupakan kajian yang telah dijalankan oleh para pengkaji terlebih dahulu dengan bertujuan untuk melihat beberapa pembolehubah yang mempengaruhi murid-murid dalam menguasai kemahiran mendarab . Kajian-kajian lepas yang disenaraikan di bawah adalah berkaitan dengan kepentingan matematik, masalah murid dalam pendaraban, pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan matematik , pendekatan Konstruktivisme , teori Konstruktivisme dan pengajaran berpusatkan murid .

2.2Kepentingan Matematik

Matlamat wawasan negara dapat dicapai melalui masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik . Antara usaha ke arah mencapai wawasan ini , perlu memastikan masyarakat membudayakan matematik dalam kehidupan seharian . Justeru itu , kemahiran penyelesaian masalah dan berkomunikasi dalam matematik perlu dipupuk supaya dapat membuat keputusan dengan berkesan . Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi . Dengan itu , penguasaan ilmu matematik perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan membentuk sebuah negara maju . Selaras dengan hasrat untuk mewujudkan sebuah negara yang berorientasikan ekonomi berasaskan pengetahuan , kemahiran penyelidikan dan pembangunan dalam bidang matematik perlu dibina dari peringkat sekolah.Subjek matematik merupakan salah satu subjek yang tidak digemari oleh kebanyakan murid . Menurut Sabri Ahmad (2006) , mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang sukar dan tidak diminati oleh murid-murid . Satu kajian kes mendapati bahawa kebanyakan murid yang mempunyai pencapaian rendah dalam mata pelajaran Matematik adalah dalam kalangan mereka yang menganggap mata pelajaranMatematik adalah satu mata pelajaran yang sukar dan membosankan ( Johari Hassan dan Norsuriani Ab Aziz , 2011 ) . Guru harus mempelbagaikan kaedah mengajar dan menvariasikan bahan bantu mengajar kerana ia dapat meningkatkan minat murid untuk terus belajar . Pernyataan ini disokong oleh Marianne D. Nelson (2009) , menyatakan pendidik perlu memikirkan semula bagaimana untuk mengajar Matematik melalui cara yang menarik perhatian murid supaya mereka berasa seronok untuk belajar Matematik . Pendaraban merupakan suatu cabang dan kemahiran yang wajib dipelajari oleh semua murid namun ramai murid yang mengalami masalah dan keliru dalam konsep pendaraban . Pendapat ini disokong oleh Barmby (2009) yang menyatakan bahawa konsep pendaraban adalah lebih sukar dikuasai oleh murid berbanding kemahiran penambahan dan penolokan nombor . Dalam tajuk darab , terdapat kemahiran darab tiga digit dengan dua digit yang dianggap susah dan tidak dapat dikuasai oleh ramai murid . Masalah ini menjurus kepada masalah murid-murid tidak dapat membuat pengiraan dan melakukan operasi yang betul semasa mendarab nombor tiga digit dengan nombor dua digit . Masalah ini akan lebih ketara bila mana melibatkan pengumpulan semula seperti 2 526 23 dan 3 245 24 serta seumpama dengannya . Kebolehan menyelesaikan masalah matematik merujuk kepada kemampuan murid menyelesaikan masalah matematik yang merangkumi masalah rutin dan masalah bukan rutin . Menurut Aziz (2002) , sekiranya penyelesaian masalah hanya mengaplikasikan algoritma yang telah dipelajari, maka ia disebut sebagai masalah rutin. Manakala sekiranya seseorang murid perlu berfikir secara mendalam untuk mengaplikasikan konsep asas matematik untuk menyelesaikan masalah yang diberikan, ia dinamakan masalah bukan rutin . Masalah yang berkait dengan kurikulum sekolah rendah lazimnya merupakan masalah rutin yang berbentuk masalah bersimbol dan masalah berayat (Ong & Yoong, 2003) . Menurut Noor Azlan , dalam sejarah perkembangan pendidikan matematik di Malaysia , kurikulum mata pelajaran itu telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka hingga sekarang . Kementerian Pelajaran Malaysia peka terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah . Banyak usaha telah dijalankan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran matematik . Justeru , pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai pendekatan yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan kebolehan murid dalam menyelesaikan masalah matematik .Bukan semua kanak-kanak yang tidak pandai di dalam kelas malas belajar ataupun tidak bersungguh-sungguh semasa belajar . Sebenarnya terdapat berbagai faktor yang menjadikan mereka demikian . Faktor lain yang menyebabkan kanak-kanak lemah atau tidak pandai terutamanya dalam mata pelajaran matematik ialah disebabkan pengajaran guru yang sangat biasa . Menurut Brooks lima amalan guru yang biasa dilakukan dalam pengajaran Matematik ialah: I. guru menyampaikan pengetahuan matematik dan pelajar dihasratkan meniru apa-apa yang disampaikan .II. guru bergantung pada buku teks sebulat-bulatnya dalam pengajaran di bilik darjah .III. pembelajaran secara koperatif jarang atau tidak dilaksanakan .IV. kemahiran berfikir di kalangan pelajar tidak diberi keutamaan .V. pelajar tidak digalakkan untuk membina pengetahuan tetapi dikehendaki menguasai pengetahuan matematik yang mantap dan tetap .Justeru , dalam mengatasi masalah ini , guru perlulah memperkenalkan dan menggunakan teknik yang sesuai dengan keupayaan murid . Ini kerana teknik yang tidak bersesuaian dengan murid akan menimbulkan masalah baru terhadap murid dalam memahami konsep pendaraban dalam Matematik . Pernyataan ini bertepatan dengan pendapat Smith S.Z. & Smith M.E. (2006) yang menyatakan murid yang menggunakan cara pengiraan yang tidak tepat dan tidak bersesuaian dalam melakukan pengiraan Matematik akan menimbulkan pelbagai masalah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran . Seseorang guru perlu berfikiran lebih kreatif dan inovatif . Oleh demikian , bagi menguasai darab tiga digit dengan dua digit , pengkaji telah membina X-Board untuk menarik minat murid terhadap Matematik seterusnya menghindarkan rasa takut murid-murid semasa mempelajari Matematik . Pengkaji berhasrat menghindarkan rasa takut terhadap Matematik dalam pemikiran murid-murid dengan mengenalkan alat dan kaedah alternative yang boleh diaplikasikan semasa menjawab soalan yang melibatkan sifir .

2.3 Masalah murid dalam pendaraban

Proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah satu bidang yang sentiasa menjadi bahan kajian para penyelidik . Seseorang pendidik harus memahami cara mengajar yang berkesan . Guru mesti belajar cara mengajar . Proses pengajaran dan pembelajaran dalam matematikagak berbeza dengan subjek-subjek lain . Pengajaran matematik melibatkan pembinaan konsep disamping penguasaan kemahiran dan penyelesaian masalah . Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan, sama ada dari dalam atau luar negeri yang menyentuh tentang penguasaan konsep matematik di kalangan pelajar dan guru-guru dalam dalam topik nombor . Hampir semua kajian ini menjurus kepada kesimpulan bahawa masih terdapat kesilapan konsep dan kurang kemahiran dalam topik tersebut di kalangan para pelajar dan guru .Istilah kefahaman sering dihubungkaitkan dengan bacaaan . Contohnya , bacaan untuk kefahaman . Namun , kefahaman yang dimaksudkan di sini mencakupi ruang yang lebih luas , iaitu berkaitan dengan berbagai komunikasi . Keupayaan membuat generalisasi adalah tahap kefahaman yang paling dikehendaki dalam pendidikan matematik . Dalam proses pengajaran dan pembelajaran , murid-murid akan menerima dan mengakui apa sahaja yang dicurahkan oleh guru . Jarang sekali murid akan mencari dan mengkaji lebih daripada apa yang diberikan oleh gurunya . Walau bagaimanapun adakalanya kefahaman yang diterima oleh murid tidak sama dengan maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh guru . Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan kesilapan konsep dalam minda pelajar (Vinner, Hart & Wilson, 1994; Kamaludin , 1996) . Kesilapan konsep juga biasa dialami oleh pelajar apabila ia berpindah dari satu konsep kepada satu konsep yang lain .Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran , satu model yang sedang mendapat perhatian dan tumpuan kajian para penyelidik dan pakar pendidikan matematik dan sains ialah model yang berasaskan 'faham binaan' (Constructivism) . Menurut model ini pengetahuan seseorang adalah sesuatu yang dibina sendiri oleh individu tersebut berdasarkan pengalamannya yang unik . Konsep matematik tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang serba lengkap atau sempurna . Pelajar perlu membina suatu konsep itu atas hasil usaha mereka sendiri dan tidak boleh , malah tidak mungkin guru membina suatu konsep tertentu untuk pelajarnya . Memahami konsep dengan betul akan membantu seseorang menguasai topik matematik dengan lebih mudah dan akan dapat mengelak daripada salah pengkonsepsian . Proses pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan perlaksanaan aktiviti yang terancang, kemas dan teratur . Tiada jalan pintas yang akan sampai ke kemuncak kecemerlangan matematik di kalangan pelajar . Malah sebaliknya ia merupakan jalan mati yang akan menghumban pelajar ke dalam gaung kebuntuan , kebencian , kebimbangan dan keresahan .

2.4 Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Matematik

Pelbagai perubahan yang berlaku mempengaruhi kandungan dan pedagogi dalam pendidikan matematik di sekolah menengah . Perubahan ini memerlukan kepelbagaian cara matematik diajar di sekolah . Penggunaaan sumber untuk membantu murid membentuk konsep-konsep matematik adalah sesuatu yang amat perlu . Guru perlu menggunakan objek sebenar atau objek konkrit dalam pengajaran untuk memberikan pengalaman dan membantu murid membina idea-idea yang abstrak, mereka cipta , membina keyakinan diri , menggalakkan sifat berdikari dan memupuk sikap bekerjasama . Bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan mengandungi unsur diagnostik kendiri supaya murid dapat mengenal pasti sejauh mana mereka telah memahami sesuatu konsep dan kemahiran yang telah dipelajari . Penerapan unsur sejarah matematik perlu diberi penekanan sewajarnya dalam usaha untuk mewujudkan murid yang menghargai dan menghayati keindahan matematik . Unsur sejarah seperti riwayat hidup dan peristiwa tertentu tentang ahli-ahli matematik atau sejarah ringkas tentang sesuatu konsep dan simbol dapat merangsang lagi minat murid terhadap sesuatu tajuk itu . Bagi membantu murid membentuk sikap dan sahsiah yang baik, nilai-nilai intrinsik matematik seperti kejituan , keyakinan dan pemikiran bersistem perlu diterapkan sepanjang kursus pengajian ini . Di samping itu , nilai-nilai murni boleh diterapkan dalam konteks yang sesuai secara bersahaja tetapi terancang . Misalnya , pembelajaran secara kumpulan boleh membantu murid menerap kemahiran sosial serta memupuk sikap kerjasama dan membina keyakinan diri terhadap matematik . Kepelbagaian pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan untuk memastikan murid menguasai apa yang telah dipelajari . Pendekatan yang dipilih perlu mempertimbangkan perkara-perkara berikut: Kaedah mengajar yang menarik dan berpusatkan murid , tahap kebolehan dan gaya pembelajaran murid untuk memahami sesuatu perkara , penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai dan berkesan , penilaian formatif untuk menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran . Pemilihan sesuatu pendekatan yang bersesuaian akan dapat merangsang suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam mahu pun di luar bilik darjah . Dalam proses untuk membantu murid-murid ini menguasai mata pelajaran Matematik khususnya dalam kemahiran mendarab tiga digit dua digit dengan mengumpul semula, pendekatan yang difikirkan sesuai ialah pendekatan konstruktivisme . Konstruktivisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat , memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar . Di samping itu , konstruktivisme menyarankan kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka . Saunders juga menjelaskan bahawa konstruktivisme ialah suatu proses di mana seseorang membina kefahamannya sendiri terhadap sesuatu ilmu yang telah dipersembahkan kepadanya dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan lepas yang diadaptasikan olehnya . Dalam pendekatan konstruktivisme ini , persekitaran pembelajaran berpusatkan murid-murid menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator . Menurut http://www.my-rummy.com dalam matematik , kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka memperolehi sedia ada murid dan merancang pengalaman yang akan diguna pakai untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang akan dipelajari pada masa yang akan datang .Implikasi daripada pendekatan konstruktivisme ini , dapatlah dinyatakan bahawa: pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid , guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah , guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru , guru akan mengenal pasti pengetahuan kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut , pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif.Kesimpulannya pendekatan konstruktivisme adalah seperti yang dinyatakan oleh Nik Aziz Nik Pa dalam Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) , konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri . Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh indidvidu tersebut dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar . Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya , setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih .

2.5Pendekatan konstruktivisme

Antara pelapor konstruktivisme ialah Piaget (1970) , Brunner dan Brand (1966) , Dewey (1938) dan Ausubel (1963) . Menurut Caprio (1994) , McBrien dan Brandt (1997) dan Nik Aziz (1999) , kelebihan teori konstruktivisme ialah murid-murid berpeluang membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru . Perkaitan ini dibina sendiri oleh murid .Pendekatan konstruktivisme sangat penting dalam proses pembelajaran kerana murid digalakkan membina konsep sendiri dengan menghubungkaitkan perkara yang dipelajari dengan pengetahuan sedia ada pada mereka . Dalam proses ini , murid dapat meningkatkan pemahaman mereka tentang sesuatu perkara .Kajian Sharan dan Sachar (disebut dalam Sushkin , 2000) membuktikan bahawa kumpulan murid yang diajar menggunakan pendekatan konstruktivisme telah mendapat pencapaian yang lebih tinggi dan signifikan berbanding kumpulan murid yang diajar menggunakan pendekatan tradisional. Kajian Nor Aini (2002) , Van Drie dan Van Boxtel (2003) turut membuktikan bahawa pendekatan konstruktivisme dapat membantu murid untuk mendapatkan pemahaman dan pencapaian yang lebih tinggi dan signifikan .Teori konstruktivisme menjelaskan kepada kita bagaimana konstruktivisme membantu murid membina sendiri makna sesuatu pengetahuan berasaskan pengetahuan sedia ada mereka. Pengetahuan itu diaplikasikan dengan persekitaran mereka .

2.6Teori konstruktivisme

Teori konstruktivisme merupakan satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan bagaimana manusia memperoleh ilmu . Pembelajaran berasaskan teori konstruktivisme telah digunakan secara meluas dalam mata pelajaran Sains . Konstruktivisme bukan satu konsep yang baru . Konstruktivisme memang telah lama diamalkan dalam bidang falsafah , sosiologi dan antropologi , psikologi dan pendidikan . Beliau menambah , teori konstruktivisme ialah satu teori pembelajaran yang sangat dominan dalam sistem pendidikan terutamanya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik mulai tahun 1980-an . Penggunaan teori konstruktivisme sangat penting kerana ia merupakan satu perubahan paradigma daripada pendekatan behaviourisme kepada pendekatan yang berasaskan teori kognitif . Selain itu , ia boleh digunapakai bagi guru untuk menjalankan aktiviti yang berpusatkan murid .

2.7Pengajaran berpusatkan murid (student centre learning)

Pembelajaran merupakan suatu proses yang berlaku dalam akal fikiran atau lebih dikenali sebagai kognitif dan kesan dari proses ini akan dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkah laku dan percakapan . Di dalam proses pembelajaran pelbagai kaedah serta teori telah diutarakan bagi memastikan proses pembelajaran ini akan lebih berkesan kepada murid-murid serta para pelajar . Salah satu teori yang ditemui ialah teori konstruktif . Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) berdasarkan konstruktif ini menyeimbangkan peranan guru dan pelajar untuk saling bersandar di antara satu sama lain . Peranan guru hanya dilihat sebagai pengawal bilik darjah selain mereka seharusnya menerima murid-murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza . Melalui teori ini ia dapat membuka ruang serta peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan . Pengajaran berpusatkan murid adalah suatu kaedah untuk meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan bertujuan untuk menggalakkan murid menjadi aktif dan tidak pasif, meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, menambahkan keyakinan diri , memberi murid peluang membuat penyampaian dan bercakap , menggalakkan murid menghasilkan idea dan memberi pendapat , menggalakkan murid membina ilmu dan mewujudkan suasana kerjasama di kalangan murid . Konstruktif atau konstruktivisme adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang untuk murid-murid belajar untuk belajar (learn how to learn) dengan membina makna dan kefahaman yang tinggi dalam kerangka minda masing-masing. Berdasarkan kepada pengalaman dan persekitaran yang sedia ada . Keadaan ini menuntut agar guru lebih prihatin terhadap keperluan dan kehendak murid secara individu . Walaupun begitu konstruktivisme merupakan suatu anjakan yang perlu diaplikasikan bertujuan untuk memberi peluang dan membuka ruang kepada murid di dalam merealisasikan dalam kehidupan seharian mereka . Selain itu , pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan . Di samping itu , guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi .

2.8Rumusan

Berdasarkan kepada model dan teori sarjana-sarjana dan pengkaji-pengkaji terdahulu dalam bidang teori pengajaran dan pembelajaran kontruktivisme , jelaslah bahawa kaedah pengajaran dan sikap murid terutamanya dalam aspek persepsi , minat dan motivasi mempunyai pengaruh yang ketara terhadap pencapaian akademik pelajar . Kajian ini juga menunjukkan pengkaji ingin mengkaji peningkatan kemahiran dan minat murid dalam kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula . Peranan guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran untuk membantu pelajar dan menarik minat pelajar supaya dapat menguasai kemahiran yang diajar dalam subjek Matematik adalah amat memerlukan. Pembelajaran yang berkesan adalah memberi peluang dan membantu pelajar semasa menjalankan aktiviti dalam sesi pengajaran dan pembelajaran .

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1Pendahuluan

Bagi mendapatkan satu hasil kajian yang baik dan boleh dipercayai , metodologi merupakan aspek yang perlu diberi perhatian . Ianya bagi menjamin kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah bersesuaian dengan pembolehubah yang hendak dikaji serta hipotesis-hipotesis yang digunakan di dalam kajian. Metodologi kajian memberi panduan dalam pelaksanaan serta cara pelaksanaan kajian (Azizi Yahaya , Shahrin Hashim , Jamaludin Ramli , Yusof Boon , Abdul Rahim Hamdan , 2007) . Bab ini akan menjelaskan tentang metodologi kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk menyempurnakan kajian ini . Aspek yang dibincangkan termasuklah sampel kajian , reka bentuk kajian , instrument kajian , prosedur pengumpulan data dan prosedur analisis data .

3.2Reka bentuk kajian

Menurut Mohd Majid Konting (1993) , soal selidik adalah lebih praktikal dan berkesan digunakan untuk populasi yang besar . Pengkaji menggunakan kaedah ini kerana kaedah soal selidik mudah dijalankan kepada responden . Maklumat yang dikumpulkan dan diperoleh akan di analisis dan di terangkan secara deskriptif. Semua dapatan akan diklasifikasikan mengikut aspek yang telah ditetapkan dan ditafsirkan secara kuantitatif untuk mengetahui hasil kajian tentang persepsi sampel kajian terhadap tajuk kajian .

3.3Populasi dan sampel kajian

Kajian yang akan dijalankan ini melibatkan semua murid Tahun 4M di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa Kangkar Senangar . Muridnya terdiri daripada pelbagai kaum iaitu anggaran 90% dikalangan pelajar Cina dan 10% pelajar Melayu . Kesemua sampel murid adalah seramai 10 orang murid .

3.4Intrusmen kajian

Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik . Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta , kepercayaan , perasaan , kehendak dan sebagainya . Soal selidik juga dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas responden terhadap rangsangan soalan yang diberikan . Instrumen kajian yang telah dipilih ialah seperti berikut:a) Borang Maklumat Muridb) Borang Soal Selidikc) Kertas Soalan Ujian Prad) Kertas Soalan Ujian Pasca

3.4.1Borang maklumat murid

Pengkaji akan mengkategorikan kumpulan pelajar mengikut pencapaian tinggi atau pencapaian rendah serta menentukan jantina pelajar daripada borang maklumat pelajar . Keputusan ujian ini telah digunakan untuk mengkategorikan kumpulan pelajar untuk tujuan ini seperti dibawah:

Gred Mata Pelajaran Matematik Peperiksaan Akhir TahunKategori murid

A dab BPencapaian Tinggi

C, D, E dan FPencapaian Rendah

Jadual 3.1: Skala Gred Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun

Markah (%)Gred

85% - 100%A

70% - 84%B

60% - 69%C

50% - 59%D

40% - 49%E

1% - 39%F

0%TH

Jadual 3.2: Julat Gred Pemarkahan Peperiksaan Sekolah Rendah (KSSR)

3.4.2Borang Soal Selidik

Borang soal selidik yang disediakan oleh pengkaji adalah untuk mengesan tentang minat murid dan penggunaan alat bantu mengajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk Pendaraban . Soalan telah dikemukakan dalam borang soal selidik ini yang berkaitan dengan minat , motivasi dan persepsi murid terhadap mata pelajaran Matematik khususnya dalam kemahiran mendarab antara tiga digit dengan dua digit yang melibatkan pengumpulan semula . Ia dibina daripada jenis skala Likert lima peringkat skor yang mewakili:

12345

Sangat Tidak SetujuTidak SetujuKurang SetujuSetujuSangat Setuju

Jadual 3.3: Skala Likert

3.4.3Ujian Pra dan Ujian Pasca

Ujian Pra dan Ujian Pasca adalah ujian yang mengandungi 10 soalan subjektif yang melibatkan operasi darab antara 3 digit dengan 2 digit yang melibatkan pengumpulan semula . Ujian Pra dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula dalam waktu dan tempoh yang sama . Murid-murid dikehendaki menunjukkan jalan kerja mengira di atas kertas ujian tersebut . Ianya adalah menggunakan kaedah Kertas dan Pensel . Tempoh masa menjawab adalah 30 minit . Setiap soalan ujian diberi 2 markah betul dan 0 markah jika salah . Selepas itu , bimbingan diberikan kepada murid-murid ini yang kemudiannya dilakukan Ujian Pasca .

3.5Prosedur pengumpulan data

Data-data dalam kajian ini dikumpul dengan mengemukakan satu set soalan soal selidik untuk dijawab oleh murid yang telah dipilih , ujian pra dan ujian pasca . Soal selidik tersebut ialah soal selidik maklumat pelajar dan soal selidik tentang minat murid dan penggunaan alat bantu mengajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk Pendaraban . Dalam kajian kuantitatif , pengkaji perlu membina alat kajian dahulu sebelum dapat mengumpulkan data yang diperlukan . Antara alat kajian yang diperlukan ialah soalan ujian pra, soalan ujian pos dan juga borang maklumat soal selidik .Proses pengumpulan data dijalankan oleh pengkaji di dalam kelas di mana murid-murid yang terpilih mengambil ujian pra , seterusnya mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran selama 1 minggu untuk 6 waktu dalam seminggu . Pengkaji terpaksa mengambil masa guru Matematik kelas tersebut . Pengkaji membekalkan pelajar dengan borang soal selidik untuk mengetahui latar belakang dan minat pelajar pada waktu pertama hari pertama di dalam kelas tersebut . Pengkaji juga telah menggunakan satu waktu dalam minggu tersebut untuk menjalankan ujian pra dan ujian pasca akan dijalankan pada minggu tersebut . Untuk menjamin kesahan kajian ini , murid telah diingatkan supaya tidak meniru dan menjawabnya dengan jujur . Murid diminta menjawab 10 soalan ujian dalam masa yang diperuntukkan iaitu sebanyak 30 minit . Kemudian , ujian pasca diberikan untuk memastikan keberkesanan pembelajaran dengan penggunaan kaedah X-Board . Borang soal selidik pula menggunakan skala Likert untuk melihat tahap minat responden terhadap pembelajaran menggunakan kaedah ini .Perbezaan min markah ujian pra dan min markah ujian pasca di kalangan responden dikaji dan dikenalpasti . Perbezaan min yang signifikan menunjukkan bahawa terdapat prestasi yang signifikan dalam prestasi pelajar hasil daripada penggunaan kaedah X-Board yang telah diaplikasikan dalam proses pembelajaran Matematik dalam operasi darab antara 3 digit dengan 2 digit yang melibatkan pengumpulan semula . Setelah semua kertas soalan dijawab , ia dikumpul dan penyemakan telah dilakukan untuk memastikan semua item telah dijawab mengikut kehendak dan arahan kertas soalan . Analisis data dibuat dengan mengutip data awal iaitu melalui markah ujian Pra . Markah dikutip sebagai maklumat awal dan gambaran pencapaian pelajar, sekiranya pengajaran dijalankan seperti biasa . Set soalan yang diberi adalah merangkumi kemahiran dan objektif yang hendak disampaikan pada minggu yang disediakan oleh guru Matematik berdasarkan huraian sukatan pelajaran Matematik. Analisis data Ujian Pasca merupakan markah yang diambil setelah sesi pengajaran dan pembelajaran yang dirancang telah dijalankan di dalam kelas . Ini adalah untuk melihat keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam mempertingkatkan kemahiran mendarab nombor 3 digit dengan 2 digit yang melibatkan pengumpulan semula .3.6Prosedur analisis data

Set-set soal selidik yang telah dijawab oleh para responden , kemudiannya dikumpulkan . Item-item dalam soal selidik adalah mengikut skala Likert seperti yang dibincangkan sebelumnya juga digunakan untuk penganalisisan data untuk mengetahui keputusan kajian . Kertas soalan yang telah dijawab oleh murid , dikaji oleh pengkaji .Pengumpulan data di dalam kajian ini dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik . Item-item yang dibina adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pembacaan kajian-kajian terdahulu yang terpilih .Data-data yang diperolehi akan dianalisis dalam bentuk bilangan dan peratusan untuk aspek-aspek yang diperlukan seperti item-item yang terdapat dalam borang soal selidik seperti yang dilampirkan . Data-data yang telah dianalisis ini akan diulas dan turut dipersembahkan dalam bentuk jadual dan carta yang sesuai .Tahap penguasaan dan gred bagi julat markah keputusan peperiksaan akhir tahun 2015 serta ujian pra dan ujian pasca adalah berdasarkan kepada skala di bawah:

Markah (%)Gred

85% - 100%A

70% - 84%B

60% - 69%C

50% - 59%D

40% - 49%E

1% - 39%F

0%TH

Jadual 3.4: Julat Gred Pemarkahan Peperiksaan Sekolah Rendah (KSSR)Data yang diperolehi dari ujian pra dan ujian pasca telah dianalisis dengan menggunakan pengiraan secara manual . Data ini telah dikumpulkan untuk membuat perbandingan peratusan dalam pencapaian . Gred diberikan bagi ujian pra dan ujian pasca untuk melihat perubahan bagi peningkatan murid sebelum dan selepas penggunaan kaedah X-Board . Data bagi latar belakang murid dan keputusan peperiksaan akhir tahun pula adalah diwakili dalam bentuk jadual yang menggunakan peratusan . Analisis ujian pra dan pasca digambarkan melalui graf agar ia mudah untuk ditafsirkan maksudnya . Pengkaji telah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah dan menjelaskan kepada pihak sekolah tentang tujuan kajian iaitu sebagai aspek tanggungjawab dan kerahsiaan dalam membentuk hubungan baik dengan semua pihak yang terlibat . Penetapan tarikh , masa dan tempat juga telah diuruskan dengan baik oleh pengkaji , sebelum kajian ini dijalankan dengan semua prosedur ditetapkan telah dapat dijalankan dengan sempurna dan berjaya mencapai tujuan kajian . Sampel kajian juga telah diberikan penerangan tentang apa yang harus dilakukan . Masa yang diperuntukkan untuk menjawab semua soalan dengan sempurna dan terkawal juga telah ditetapkan dengan kerjasama guru-guru bagi melicinkan semua prosedur kajian .

3.7Rumusan

Kajian ini secara keseluruhannya akan menumpukan aspek penggunaan kaedah X-Board dalam kaedah mengajar yang dihasilkan oleh pengkaji . Keberkesanan kaedah ini akan dinilai oleh responden dengan menggunakan kertas soal selidik . Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diatur juga akan menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaannya di dalam bilik darjah . Sikap dan minat murid dapat dikesan melalui penglibatan serta respon yang ditunjukkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran . Segala respon yang ditentukan oleh guru akan menentukan kejayaan hasil kajian ini . Penilaian yang dibuat berdasarkan standard yang ditentukan dapat membantu pengkaji dalam menentukan kualiti penilaian yang dibuat oleh responden .