proposal

Upload: mohd-fahmi-yusof

Post on 17-Jul-2015

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan Menurut Mok Soon Sang (1995), matematik mengandungi unsur-unsur yang utama iaitu

simbolnya (seperti nombor, titik garisan, bentuk) dan bahasa matematik serta prinsip, hukum, teorem dan peraturan-peraturan matematik digunakan untuk menjalankan operasinya. Pada asasnya, matematik merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada proses ketaakulan terhadap kejadian-kejadian alam sekeliling dan cakerawala. Sehubungan itu, matematik menjadi suatu sistem logik yang menentukan rumusan-rumusan terdiri daripada bahasa matematik yang tersendiri seperti simbol-simbol, hukum-hukum dan operasi-operasinya. Ringkasnya, matematik boleh diertikan sebagai satu cara berfikir, kajian pola, kajian perhubungan, satu seni dan bahasa tersendiri, satu alat dalam kehidupan sosial dan reaksi manusia. Secara umumnya, ilmu matematik merangkumi hampir kesemua aspek dalam kehidupan seharian. Ianya menjadi sesuatu yang perlu untuk dipelajari dan dikuasai oleh kita. Ilmu ini juga dilihat sebagai suatu yang mampu mempermudahkan urusan kehidupan seharian kita. Namun sebaliknya, ramai yang menganggap cabang ilmu ini sebagai satu cabang ilmu yang susah untuk dikuasai. Dalam kajian ini, penyelidik akan membincangkan serta mengkaji masalah kefahaman dalam menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza di

1

kalangan murid di sekolah. Penyelidik akan mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah Katak SBD dalam meningkatkan kefahaman murid tahun 4 untuk menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza. Penyelidik akan menggunakan beberapa jenis instrument kajian sebagai kaedah untuk mengumpul data. Seterusnya, penyelidik akan

menganalisis data yang telah dikumpul bagi menilai sejauh mana keberkesanan kaedah yang akan dikaji dalam meningkatkan kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza. 1.2 Refleksi pengalaman yang lalu Penyelidik telah diberikan tanggungjawab untuk mengajar tajuk pecahan yang merangkumi tajuk menambah dan menolak dua pecahan wajar semasa praktikum fasa 3. Sepanjang mengajar tajuk ini, penyelidik mendapati murid-murid menghadapi kesukaran untuk menjawab soalansoalan yang diberikan. Selain itu, semasa sesi pengajaran dan pembelajaran murid-murid juga kadangkala kurang menunjukkan minat terhadap apa yang diajarkan. Masalah ini juga pernah timbul semasa praktikum fasa 1 sebelumnya, yang mana pelajar kurang menunjukan minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan operasi menambah dan menolak pecahan. Dalam usaha mengatasi masalah ini, penyelidik juga telah menggunakan beberapa cara seperti menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik serta beberapa kaedah pengajaran bagi menarik minat para pelajar. Pada mulanya, agak sukar bagi penyelidik untuk mengenalpasti punca sebenar masalah ini, namun setelah dikaji dengan teliti, masalah ini terjadi kerana murid-murid tidak mengetahui proses yang perlu dilakukan untuk menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza. Walaupun mereka sudah mampu menguasai operasi menambah dan menolak

2

dengan baik, kadangkala mereka masih lagi mempunyai kesukaran untuk menambah dan menolak dua pecahan wajar. Dalam usaha mengatasi masalah ini, penyelidik akan memperkenalkan satu kaedah yang merupakan ringkasan proses yang perlu dilakukan untuk menambah atau menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza. Kelebihan teknik ini adalah ia mampu memudahkan kefahaman murid-murid terhadap proses yang perlu dilakukan untuk menambah atau menolak dua pecahan wajar 1.3 Refleksi nilai pendidikan saya Secara umumnya, pendidikan di peringkat sekolah rendah adalah bercorak pendidikan asas. Di mana, murid akan diberikan galakan dan bimbingan seluas-luasnya untuk menguasai kemahiran asas dengan kukuh. Begitu juga dengan kurikulum matematik sekolah rendah yang turut memberi pendidikan matematik yang asas kepada semua murid dan menegaskan penggunaan matematik dalam situasi harian. Hal ini kerana matematik dalam kehidupan seharian adalah tidak dapat dipisahkan lagi. Bagi saya peluang untuk menguasai kemahirankemahiran asas ini haruslah diberi kepada semua murid mahupun kepada murid-murid yang dikategorikan murid pemulihan. Ahmad Hozi H. A. Rahman (2003) berpendapat bahawa pengajaran dan pembelajaran matematik perlu memberi peluang kepada semua murid untuk mengalami pembelajaran yang seronok, bermakna, berguna dan mencabar. Bagi tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran dan latihan perlu berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman serta minat murid. Oleh yang demikian, saya yakin dan percaya semua murid-murid tahun 4 perlu diberi peluang untuk memahami dan menguasai kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza melalui kaedah baru yang akan saya perkenalkan, iaitu Kaedah Katak SBD.

3

Menurut Siti Aishah (2003), kebolehan menguasai ilmu matematik sebenarnya memerlukan teknik yang perlu dipelajari dan kebolehan menyelesaikan masalah matematik bukanlah satu kurniaan sebaliknya kebolehan yang perlu digilap secara berterusan. Murid tidak boleh menganggap jika sekali belajar dan mereka tidak dapat memahami maka dia tidak boleh menguasai matematik. Apabila menghadapi kesukaran tidak seharusnya murid beranggapan mereka tidak memiliki kebolehan belajar matematik dan terus berputus asa serta menyerah kalah. Sikap putus asa dan beranggapan matematik hanya untuk mereka yang 'pandai' atau istimewa merupakan halangan utama dalam menguasai subjek ini. Sikap kesungguhan menuntut ilmu matematik dan juga ilmu-ilmu yang lain perlu dibina secara beransur dalam diri pelajar sejak kecil lagi. Kesungguhan ini bukan bermatlamatkan sekadar memperoleh markah tertinggi dalam ujian sekolah, tetapi wajar menjadi keperluan harian yang sebati dengan kehidupan harian. Saya berharap dan yakin kedahan yang bakal diperkenalkan kepada murid-murid ini akan dapat membantu mereka dalam menguasai kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza .

BAB 2

FOKUS KAJIAN4

2.1

Latarbelakang Kajian Secara umumnya, murid-murid perlu terlebih dahulu memahami dengan baik proses yang

diperlukan untuk menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza untuk menguasai kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza. Berdasarkan pemerhatian penyelidik, murid kurang berminat semasa proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan tajuk menambah dan menolak dua pecahan wajar kerana mereka tidak begitu memahami konsep dan proses untuk menamabah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza. Hal ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam keadaan yang membosankan. Berdasarkan pemerhatian serta perbincangan yang telah dilakukan dengan beberapa guru Matematik, penyelidik mendapati kebanyakan murid tidak dapat menguasai proses yang diperlukan dalam kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar. Murid-murid ini kemudiannya mengambil cara yang salah untuk menambah atau menolak pecahan dan kebanyakan murid hanya terus menambah angka-angka yang ada dalam pecahan wajar yang terlibat seperti contoh-contoh yang dilampirkan. Oleh itu, penyelidik akan cuba menggunakan kaedah Katak SBD dalam usaha untuk membantu para murid mengatasi masalah kefahaman tentang proses menambah dan menolak dua pecahan wajar. 2.2 Kebolehtadbiran Penyelidik akan menjalankan kajian ini setelah meneliti semua faktor seperti murid, persekitaran sekolah, dan kerjasama daripada guru matematik. Secara umumnya, permasalahan ini mampu untuk ditadbir kerana masalah yang dikaji bukanlah masalah yang besar atau terlalu serius.5

Ianya merupakan masalah yang akan mampu ditangani oleh penyelidik dan tidak mendatangkan masalah yang serius. Responden kajian juga akan mudah untuk didapati kerana mereka terdiri daripada murid penyelidik itu sendiri. Selain itu, tajuk kajian juga sesuai dengan tahap murid yang akan dijadikan responden kajian. Oleh itu, penyelidik merasakan kajian ini akan dapat diuruskan seperti yang telah dirancang. 2.3 Kepentingan Kefahaman yang jelas tentang proses menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza amat penting bagi memastikan murid-murid dapat menambah dan menolak dengan betul dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza. Sekiranya kefahaman tentang proses menambah dan menolak dua pecahan wajar ini tidak dapat dikuasai dengan baik oleh murid-murid semasa tahun 4, murid-murid ini juga tentunya akan menghadapi kesukaran untuk menambah dan menolak pecahan yang lebih sukar seperti menambah dan menolak pecahan bercampur yang akan dipelajari semasa tahun 6. Selain itu, prestasi murid dalam peperiksaan juga akan terjejas sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan segera. Disamping itu, kajian ini juga amat penting dalam usaha penyelidik untuk meningkatkan minat murid terhadap pecahan khususnya. Jika timbulnya rasa minat, murid secara tidak langsung akan lebih menyukai matematik dan seterusnya akan membantu mereka untuk menguasai matematik dalam masa yang singkat. 2.4 Kebolehgunaan Kajian yang akan dijalankan ini akan dapat membantu murid untuk menguasai proses menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza. Penguasaan proses menambah dan menolak dua pecahan wajar ini akan membantu mereka untuk lebih6

memahami apa yang akan diajarkan oleh guru dan ini akan memastikan mereka dapat menguasai permasalahan matematik yang melibatkan operasi menambah dan menolak dua pecahan wajar. 2.5 Kawalan Penyelidik akan menggunakan satu kelas murid tahun 4 sahaja dalam peyelidikan ini. Seramai 26 orang murid-murid akan terlibat iaitu 10 lelaki dan 16 perempuan. Sebelum

memperkenalkan kaedah Katak SBD, penyelidik akan menjalakan ujian untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dalam kalangan murid tersebut. Seterusnya, mereka akan diajarkan kaedah Katak SBD setiap kali latihan yang berkaitan menambah dan menolak dua pecahan wajar hendak dijalankan 2.6 Kolaborasi Kolaborasi amat penting dalam tempoh kajian ini dilakukan. Tanpa adanya kolaborasi, pastinya sesuatu kajian ini tidak dapat dilakukan dengan lengkap dan sempurna. Sedar akan hal ini, penyelidik akan mendapatkan kerjasama serta berbincang dengan guru matematik sekolah, pihak pentadbir sekolah, pensyarah serta rakan-rakan penyelidik. Hal ini adalah untuk memastikan penyelidikan akan dapat dijalakan dengan sempurna. Kolaborasi dilakukan adalah bertujuan untuk memastikan proses kajian yang dilakukan oleh penyelidik berada pada landasan yang sepatutnya serta mengikut apa yang telah dirancangkan. Ini amat penting untuk memastikan kajian ini dapat memberikan hasil yang optimum kepada penyelidik. 2.7 Kerelevenan

7

Tajuk ini dipilih setelah penyelidik menganalisa beberapa siri set latihan serta jawapan murid-murid dalam peperiksaan. Hasil daripada analisia yang telah dilakukan, penyelidik mendapati murid-murid tidak dapat menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan betul. Oleh itu, kajian ini amat relevan untuk dilakukan kerana ia akan mampu untuk meningkatkan penguasaan murid untuk menambah dan menolak dua pecahan wajar. Hasil kajian ini juga akan dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar seterusnya memastikan objektif yang dirancang tercapai.

BAB 3

OBJEKTIF KAJIAN / PERSOALAN KAJIAN

3.1

Pengenalan

8

Bab ini akan membincangkan mengenai objektif kajian dan persoalan kajian yang dikemukakan oleh penyelidik. Terdapat dua objektif kajian serta dua persoalan kajian yang akan dibincangkan dalam bab ini. 3.2 3.2.1 Objektif Kajian Objektif Kajian 1

Mengkaji keberkesanan kaedah Katak SBD terhadap penguasaan kemahiran menambah dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza dalam kalangan murid tahun 4. 3.2.2 Objektif Kajian 2

Meningkatkan minat murid terhadap operasi menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan menggunakan kaedah Katak SBD

3.3 3.3.1

Persoalan Kajian Persoalan Kajian 1

Adakah kaedah Katak SBD berkesan terhadap penguasaan kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza dalam kalangan murid tahun 4? 3.3.2 Persoalan Kajian 2

9

Adakah minat murid terhadap operasi menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza akan meningkat apabila guru menggunakan kaedah Katak SBD dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas?

BAB 4

KUMPULAN SASARAN

4.1

Kumpulan sasaran

10

Seramai 26 orang murid tahun 4 Kaliber dari sebuah sekolah di daerah Raub telah dipilih penyelidik sebagai responden dalam kajian ini yang mana terdiri daripada 10 lelaki dan 16 perempuan. Murid-murid dalam kelas ini mempunyai pelbagai tahap yang berbeza disebabkan sekolah tidak mengamalkan pengasingan kelas antara murid pandai dan murid yang lemah.Muridmurid ini terdiri daripada murid yang mempunyai tahap penguasaan kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza yang sederhana dan lemah. Tahap penguasaan responden dinilai berdasarkan ujian OTI serta ujian pos yang diberikan. Selain itu, penyelidik juga akan menyemak rekod kerja mereka iaitu latihan yang diberikan di dalam buku aktiviti serta pemerhatian semasa mereka melaksanakan tugasan yang diberi. Hal ini adalah

bertujuan untuk menguji sejauh mana keberkesanan penggunaan kaedah Katak SBD dalam meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama.

Jantina Lelaki Perempuan

Bilangan 10 16

BAB 5

TINDAKAN YANG DICADANGKAN

11

5.1

Perancangan Tindakan Penyelidik telah merancang untuk mengambil satu slot untuk mengajar kaedah Katak

SBD setiap kali sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula. Bagi pengenalan kepada kaedah ini, penyelidik mengambil masa selama satu jam bagi memperkenalkan serta memberi penerangan mengenai kaedah ini. Seterusnya, penyelidik akan mengambil masa selama 15 20 minit bagi setiap slot pengajaran kaedah ini. Sesi ini akan melibatkan 26 orang murid yang terdiri daripada tahap penguasaan matematik yang berbeza-beza. Setiap kali latihan penggunaan kaedah ini dijalankan, murid akan diberikan beberapa soalan yang akan akan melatih serta menguji kemahiran mereka dalam menggunakan kaedah ini. Penyelidik akan membantu serta memberi panduan serta tunjuk ajar setaip kali latihan menggunakan kaedah ini diberikan. merupakan gambarajah kaedah Katak SBD : Berikut

S

B

D

Rajah 1 : Gambarajah kaedah Katak SBD

5.2

Perancangan Cara Mengumpul Data Penyelidik akan menggunakan 2 jenis instrument kajian bagi mengumpul data semasa

kajian dijalankan. Bagi mengumpul data yang bersifat kuantitatif, penyelidik akan menggunakan instrument kajian yang berikut:

12

i.

Ujian Pra dan Pasca

Bagi mengumpul data yang bersifat kulitatif seperti minat, penyelidik akan menggunakan instrument kajian yang berikut: ii. 5.2.1 Temubual

Ujian Pra Penyelidik akan menjalankan ujian pra sebelum memperkenalkan kaedah Katak SBD

kepada responden. Ujian pra yang akan diberikan mengandungi 10 soalan pendaraban yang melibatkan kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza. Penyelidik akan berbincang terlebih dahulu dengan guru pembimbing serta guru matematik yang lain mengenai soalan ujian yang akan diberikan. Hal ini bertujuan untuk

memastikan uajian yang diberikan mampu memberi maklumat yang optimum mengenai penguasaan murid terhadap kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza. Ujian pra diberikan bertujuan untuk menilai sejauh mana penguasaan murid terhadap kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza serta bagi membantu penyelidik untuk mengenalpasti tahap penguasaan setiap murid.

5.2.2

Ujian Pasca Penyelidik akan menjalankan ujian pasca selepas memperkenalkan serta mengajar kaedah

Katak SBD kepada responden. Ujian pasca yang akan dijalankan nanti akan menggunakan soalan-soalan yang telah digunakan semasa ujian pra. Hal ini bertujuan untuk menilai sejauh mana keberkesanan penggunaan kaedah Katak SBD dalam meningkatkan penguasaan responden

13

terhadap kemahiran menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza. Jika soalan lain yang akan digunakan, penyelidik tidak akan mampu melihat keberkesanan kaedah ini dengan jelas. 5.2.3 Temubual Penyelidik akan menemubual 3 responden bagi mengumpul data mengenai minat responden terhadap operasi menambah dan menolak dua pecahan wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza. Teknik pengumpulan ini digunakan kerana ia sesuai untuk mengukur serta mengumpul maklumat yang bersifat kualitatif seperti minat, persepsi serta perasaan murid terhadap penggunaan kaedah Katak SBD. 5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data Bagi menganalisis data yang dikumpul melalui kaedah ujian pra dan pasca, penyelidik akan menginterpretasikan data yang dikumpul secara statisik deskriptif iaitu dengan mencari nilai min, kekerapan dan peratus bagi menganalisis data yang diperoleh. Setelah menjalankan ujian pra, penyelidik akan mencari nilai min, kekerapan serta peratus berdasarkan data yang dikumpul. Seterusnya, penyelidik akan mencari nilai min, kekerapan serta peratus kepada data ujian pasca yang telah dikumpul. Setelah data kedua-dua ujian telah

dianalisis, penyelidik kemudianya akan membandingkan nilai min, kekerapan serta peratus. Hal ini bertujuan untuk menilai sejauh mana keberkesanan penggunaan kaedah ini dalam meningkatkan penguasaan sifir dalam kalangan responden. Bagi menganalisis data yang dikumpulkan menerusi kaedah temubual, penyelidik akan menilai jawapan yang diberikan oleh responden. Jika jawapan yang diberikan adalah positif, maka

14

kaedah ini berjaya. Namun, jika jawapan yang diberikan adalah negatif, maka kaedah ini boleh dikatakan tidak berjaya. 5.4 BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. Mengenalpasti masalah Pengumpulan data awal Merancang tindakan individu Perancangan Pelaksanaan Tindakan AKTIVITI MINGGU PELAKSANAAN Minggu 1 Minggu 1 Minggu 1

Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan Mingu 1 individu bersama rakan. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan Minggu 1 individu bersama guru matematik. Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal Membincangkan masalah yang timbul Merangka soalan ujian pra Merujuk soalan ujian pra kepada Ketua Panitia Melaksanakan tindakan 2 - ujian pra Menyemak soalan ujian pra yang telah diberikan. Minggu 1 Minggu 1 Minggu 2 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 3

Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 Minggu 3 bersama guru matematik Melaksanakan pengajaran dengan menggunakan Katak Minggu 4 SBD Melaksanakan tindakan 2- ujian pos Melaksanakan tindakan 3 menemubual responden Minggu 5 Minggu 5

15

16. 17. 18. 19.

Menyemak soalan ujian pos Menganalisis hasil ujian pos Menulis laporan kajian Proposal siap

Minggu 6 Minggu 6 Minggu 7 Minggu 7

16

BAB 6

TINJAUAN LITERATUR

6.1

Tinjauan Literatur Banyak kajian telah dijalankan berkenaan topik pecahan. Kajian-kajiannya telah dijalankan

ada yang tidak terus kepada pecahan namun masih topic yang menjurus kepada tahap penguasaan topic pecahan dan ada juga yang terus membincangkan kepada topik pecahan. Menurut Tan Sing Meng dari Pusat Perkembangan Kurikulum dalam tulisannya bertajuk Nota Sejarah Matematik (Berita Matematik, JUN 1993) menyatakan pecahan dipercayai mula dikenali oleh orang Babylon pada zaman kuno. Huraian berkenaan pecahan hanya didapati dalam Naskah Lontar Ahmes(Ahmes papyrus) (c. 1550 S.M .). Di dalam buku Ahmes tersebut sudah terdapat satu contoh penyelesaian masalah melibatkan pecahan. Orang Cina juga pernah menjalankan kajian tentang pecahan. Di NegeriCina pada masa itu menggunakan pecahan kebanyakannya dalam masalah melibatkan pembahagian tanah. Satu kajian telah dijalankan keatas topik peratus oleh Nik Suryani bte Nik Abd Rahman di dalam kajian nya yang bertajuk Skim Peratus bagi Pelajar tingkatan Satu .Di dalam kajian ini beliau membuat kajian berkenaan tahap penguasan pelajar terhadaptajuk peratus yang merupakan

17

sub topik kepada Pecahan (KPM 1981) dan beliau ada mengaitkan sekali dengan penguasaan pecahan dan ianya memainkan peranan yang agak penting di dalam penguasaan pelajar terhadap topic peratus. Tahap penguasaan pelajar dalam topik peratus dan pecahan agak membimbangkan . Ini ditegaskan oleh Allinger dan Payne dalam bukunya Estimation and Mental Arithmetic With Present. Beliau menyatakan bukan sahaja kanak-kanak atau pelajar menghadapi masalah memahami konsep pecahan malah orang dewasa juga. (Allinger & Payne, 1986). Nik Aziz Nik Pa(1987) juga ada membuat kajian tentang pecahan di dalam kajiannya yang bertajuk Children Fractional Schemes. Dalam kajiannya ini beliau adamenerangkan secara terperinci tentang konsep pecahan, fahaman kanak-kanak tentangkonsep pecahan, kesilapan yang sering pelajar lakukan ketika menyelesaikan operasi pecahan dan sebagainya. Beberapa kajian tentang peratus dan pecahan juga pernah dijalankan oleh Parker dan Leinhardt. Di dalam kajian ini mereka mennganalisis dan mengenal pasti corak kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar. (Parker & Leinhardt, 1995). Dalam kaedah ini, saya menggunakan bahan bantu mengajar supaya murid lebih berminat untuk mempelajari kaedah Katak SBD. Fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah bagi memudahkan para pelajar memahami isi pengajaran. Bahan Bantu Mengajar yang berkesan haruslah dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang mempunyai daya kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar ianya berkesan. Walaupun pada masa-masa tertentu pelajar-pelajar memahami pengajaran guru, namun keperluan kepada Bahan Bantu Mengajar adalah penting tidak kira sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik.

18

Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145). Guru seharusnya kreatif dalam pengajaran mereka supaya dapat menarik minat pelajar terhadap proses pembelajaran. Peranan guru adalah penting untuk mewujudkan kreativiti di dalam bilik darjah. Leonard M.S et al (1996, m.s. 47) telah menyatakan bahawa; kreativiti di dalam bilik darjah boleh memimpin murid-murid supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pengalaman dan pengajaran. Di antara hasil-hasil yang boleh dari persekitaran kreatif dalam bilik darjah ialah pertambahan minat murid-murid dalam mata pelajaran yang diajar. Selain itu murid-murid boleh mempelajari cara bekerjasama antara satu sama lain serta mengembangkan keyakinan diri dalam pembelajaran dan anda sebagai seorang guru akan menyukai kerja anda. Tidak dinafikan bahawa buku teks merupakan sumber utama yang digunakan dalam bilik darjah sebagai bahan pelajaran. Namun begitu, perkembangan pesat di dalam dunia pendidikan memerlukan guru mencari inisiatif dan kaedah lain yang lebih terkini untuk diaplikasikan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Oleh yang demikian penggunaan bahan bantu mengajar sangat relevan untuk memantapkan ilmu yang disebarkan kepada murid. Antara media bercetak yang boleh dijadikan bahan bantu mengajar adalah seperti yang dikelaskan oleh Lacotis (1990) iaitu terdiri daripada kertas edaran, akhbar, majalah, risalah, transparensi dan beberapa lagi bahan lain. Penggunaan kaedah Katak SBD dengan dibantu oleh penggunaan vahan bant mengajar yang disediakan diharap dapat meningkatkan kemahiran menambah dan menolak dua pecahan

19

wajar dengan penyebut yang sama atau berbeza seterusnya meningkatkan minat murid terhadap pecahan dan juga mata pelajaran Matematik.

20

REFLEKSI AKHIR Projek menyediakan cadangan penyelidikan merupakan tugasan paling mencabar yang pernah saya lakukan sepanjang menjadi guru pelatih. Dalam tugasan ini , saya perlu mencari satu masalah yang berlaku di dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah dan mencadangkan penyelesaian untuk masalah itu dengan menggunakan kaedah saya yang tersendiri. Saya menyedari kajian tindakan adalah satu amalan yang sangat baik dilakukan oleh seorang guru untuk memperbaiki amalan guru itu demi pembelajaran murid. Saya mendapat tugasan ini sebelum praktikum fasa 3 bermula. Apabila mendapat soalan tugasan ini , saya terus memikirkan masalah-masalah yang kerap berlaku dalam pembelajaran matematik di sekolah. Saya membuat keputusan untuk memilih masalah menghafal sifir yang saya lihat berlaku di kalangan murid di sekolah saya menjalani praktikum fasa 1 dan 2. Kemudian saya cuba memikirkan kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah itu. Proses ini adalah satu cabaran bagi saya. Saya perlu mencari idea-idea untuk mencipta inovasi dalam kaedah yang ingin digunakan. Malangnya saya mengalami kebuntuan untuk mencipta inovasi yang sesuai. Apabila praktikum fasa 3 bermula, saya mengambil langkah untuk mencari masalahmasalah yang berlaku di kalangan murid kelas 4K. Pada mulanya saya masih melihat masalah sifir yang berlaku di dalam kelas. Namun saya masih tidak menjumpai kaedah yang dapat saya inovasikan untuk mengatasi masalah sifir ini. Apabila saya mula mengajar topic pecahan, saya melihat murid-murid mengalami masalah dalam menambah dua pecahan wajar. Saya mula memikirkan kaedah yang dapat saya gunakan untuk mengatasi masalah ini namun saya tetap juga mengalami kebuntuan. Pada minggu akhir penyerahan tugasan ini, saya mendapat idea untuk menggunakan kaedah Katak SBD yang saya gunakan semasa diselia. Idea ini datang tanpa

21

dirancang tetapi saya melihat kaedah ini dapat mengatasi masalah yang berlaku ini. Saya kemudiannya mula mengumpulkan data-data awal untuk idea penggunaan Katak SBD bagi mengatasi masalah menambah dan menolak dua pecahan wajar. Selepas itu , saya mula menulis proposal ini. Secara keseluruhannya, saya sangat bersetuju dengan tugasan ini kerana ianya sangat membantu saya menjadi guru yang cemerlang nanti. Tugasan ini memberikan saya kesedaran sebagai seorang guru, kita haruslah sentiasa menganalisis dan mengenal pasti masalah yang berlaku di kalangan murid-murid kita. Seorang guru perlu mengatasi masalah-masalah yang dikenalpasti ini dengan menggunakan kaedah dan strategi yang sesuai. Namun, untuk mencari idea-idea terutamanya idea baru bagi mengatasi masalah ini adalah satu perkara yang sukar dan memerlukan kesungguhan dan kreativiti guru itu. Secara jujurnya, saya kurang berpuas hati dengan penulisan proposal ini kerana saya menulis jurnal ini hanya dalam satu hari tetapi saya gembira kerana berjaya menemui idea untuk proposal ini. Saya berharap saya akan dapat manfaat yang maksimum melalui tugasan ini. Saya berazam dan berjanji kepada diri saya untuk menjadi guru yang sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang diaalami oleh murid-murid semasa di dalam kelas. Akhir kata, saya sangat berterima kasih kepada pensyarah terutamanya dan rakan-rakan serta semua pihak yang terlibat dalam menyiapkan proposal ini.

22

23