pjpk

Upload: mykrullz

Post on 09-Mar-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Bidang tugas

TRANSCRIPT

  • Nyatakan tugas-tugas seorang ketua panitia Pendidikan Jasmani di sekolah.

    Bidang Kuasa Ketua Panitia Pendidikan Jasmani

    1. Menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah

    2. Mempengerusi mesyuarat panitia pendidikan jasmani

    3. Memastikan rancangan tahunan pendidikan jasmani tersedia untuk digunakan

    4. Mengagih dan menyimpan sukatan pelajaran pendidikan jasmani

    5. Menyediakan perancangan tahunan panitia

    6. Memantau pengajaran pendidikan jasmani

    7. Memeriksa buku latihan pelajar

    8. Merancang pembelian alatan untuk panitia

    9. Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia

    10. Merancang latihan dalaman

    Sebagai seorang Ketua Panitia Pendidikan Jasmani di sekolah, anda

    ditugaskan untuk menjadi pengerusi dalam suatu kejohanan bola jaring

    peringkat sekolah. Dengan memahami konsep pengelolaan, bagaimanakah ia

    dapat membantu anda mengelola kejohanan bola jaring antara rumah sukan

    peringkat sekolah.

    i. Membahagikan Tugas Secara Spesifik

    Keberkesanan dalam pengelolaan banyak bertumpu kepada pembahagian

    kepada tugasan secara spesifik kepada mereka yang dipertanggungjawab. Tanpa

    membahagikan tugas seseorang individu perlu melaksanakan pelbagai tugasan

    dalam satu masa.Ini merupakan satu petunjuk bahawa sesebuah organisasi itu tidak

    efisien dalam pengurusannya.

    Ada faedahnya jika amalan ini dilaksanakan, antaranya seperti individu yang

    menjalankan tugasan yang spesifik dan sama akan lebih mahir melakukan tugasnya

    kerana tugasan tersebut telah dilakukannya secara berulang. Ini memberikan manfaat

    dalam membantu mempertingkatkan kemahiran dan menjamin pencapaian matlamat

    yang diinginkan dalam perancangan

    ii. Pembahagian Tugasan Berdasarkan Kumpulan atau Unit Kecil

    Langkah yang kedua ialah membahagikan tugasan mengikut kumpulan secara

    sistematik dan tersusun. Ini dapat membantu ketua memantau anggota di bawahnya

  • berdasarkan kumpulan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh anda ditugaskan

    sebagai ketua unit kemudahan sukan dan latihan tanggungjawab anda adalah untuk

    memenuhi objektif perancangan dan dalam masa yang sama bekerjasama dengan

    anggota lain serta memantau pelaksanaan tugas.

    iii. Memberikan Autoriti dan Tanggung jawab

    Setelah tugasan kepada kumpulandan unit-unit kecil telah diberikan,

    seterusnya anda perlu memberikan autoriti dan tanggungjawab kepada kesemua

    ketua berdasarkan portfoliom asing-masing. Ketua memiliki autoriti yang boleh

    dikaitkan dengan pemilikan kuasa yang dibenarkan. Autoriti ini merupakan kuasa

    yang wujud dari pihak atasan dan diturunkan dari satu tahap ke bawah dalam satu

    masa dan mengikut keperluan tugas.

    Tanggungjawab pula sering dikaitkan dengan pemilikan kuasa yang ada, ia

    datang secara bersama.Tanggung jawab ini merupakan satu bentuk akauntibiliti

    terhadap tugasan yang diterima.

    iv. Menentukan Span of Management

    Span of Management bermaksud jumlah anggota yang akan ditugaskan bagi

    satu-satu kumpulan atau unit. Jumlah anggota juga menentukan kejayaan sesuatu

    tugasan. Jika terlalu sedikit anggota yang diperlukan ianya akan mengurangkan

    keberkesanan kerja, manakala jika terlampau ramai sebagai ketua anda akan hilang

    kawalan terhadap anggota bawahan yang terlampau ramai.

    v. Mengkoordinasi Sumber Organisasi

    Langkah ini adalah yangterakhir dalam aktiviti pengelolaan, mengkoordinasi

    sumber organisasi olehsemua anggota kumpulan adalah merupakan usaha kolektif

    yang dilakukan bagi memenuhi objektif organisasi. Ini dilakukan bagi memastikan

    sumber yang ada dalam organisasi dapat di manfaat dan digunakan dengan baik

    sepenuhnya. Koordinasi ini merujuk kepada satu kaedah penggabungan, integrasi

    dan keseragaman di antara kumpulan dan unit-unit lain.