soaln pjpk

12
SK KUALA BESUT 22300 BESUT, TERENGGANU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN Tahun 6 SATU JAM (60) MINIT NAMA MURID : _____________________________________ KELAS : _____________________________________ NAMA GURU : _____________________________________ JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. 1 SULIT

Upload: khairulshima

Post on 02-Dec-2015

32 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: SOALN PJPK

SK KUALA BESUT22300 BESUT, TERENGGANUPEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATANTahun 6

SATU JAM (60) MINIT

NAMA MURID : _____________________________________

KELAS : _____________________________________

NAMA GURU : _____________________________________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.2. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan pilihan iaitu A, B, C

dan D.3. Bagi tiap-tiap satu jawapan, pilih satu sahaja jawapan yang betul.4. Jawab di dalam kertas jawapan objektif yang disediakan.

1

SULIT

Page 2: SOALN PJPK

5. Kertas soalan ini hendaklah dikembalikan kepada guru bersama kertas jawapan objektif.

KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI SEBELAS (11) HALAMAN BERCETAK TERMASUK HALAMAN INI

[ LIHAT SEBELAH ]

JAWAB SEMUA SOALAN YANG DIBERIKAN.

1 Daya tahan kardiovaskular adalah berkaitan dengan …A kecekapan jantung mengedarkan darah ke seluruh badanB kemampuan otot melakukan pergerakanC keupayaan menggerakkan anggotaD bahagian tisu badan

Soalan 2 dan Soalan 3 berdasarkan Rajah 1

Rajah 1

2 Berdasarkan Rajah 1 ________ ialah satu aktiviti larian yang kelajuannya berubah-ubah. A ketangkasan

B,.fartlekC. kekuatanD. Jeda

3 Aktiviti ini dilakukan bagi… A membina keyakinanB menguatkan daya tahan ototC mengurangkan kolesterol lemak dalam badanD mengurangkan kelesuan dan merehatkan tubuh badan

2

Berjalan pantas

Lari pecut naik bukit

Lari langkah panjang

Joging

Lari menuruni anak tangga

Page 3: SOALN PJPK

Soalan 4 berdasarkan gambar 1 di bawah

4 Berdasarkan gambar 1, otot ________ digunakan untuk sokong dari lakuan duduk.

A kakiB badanC tanganD dada

5 ________ ialah tahap kemampuan otot bekerja. A. Kekuatan

B. KelenturanC. KemahiranD. Koordinasi

Soalan 6 berdasarkan Gambar 2

Gambar 26 Berdasarkan Gambar 2 aktiviti ini dikenali sebagai…

A tarik bebanB tolak tayarC tolak bebanD daki gunung

7 Kebolehan melakukan pergerakan _______ dan ________ tanpa berasa sakit dinamakan kelenturan.

A baring … bangunB lompat … berlari

3

Page 4: SOALN PJPK

C tekan tubi … berjalan D melentik … Menjangkau

Soalan 8 berdasarkan Gambar 3

8. Berdasarkan Gambar 3, nyatakan urutan perlakuannya.

A Buka kaki, secara pantas pegang hujung kakiB Secara perlahan – lahan, bengkokkan sedikit lutut dan pegang

hujung kakiC Minta bantuan rakan untuk membantu membengkokkan badan D Silangkan kaki dan silangkan tangan ketika hendak memegang

hujung kaki

9. Berat badan unggul ialahI kurang daripada 20

II 20 hingga kurang 25 III 25 hingga kurang 30 IV 30 atau lebih

A I B IIC I dan IID III dan IV

10 Tubuh badan berotot dinamakan _______ . Tubuh badan yang gempal dan berisi dinamakan _______.

A mesomof … ektomofB endomof … mesomofC ektomof … endomofD mesomof … Endomof

11 Komposisi tubuh badan adalah berkait dengan _______ dalam tubuh seseorang.

A daya tahan ototB kandungan lemakC pergerakan melentikD kemampuan otot bekerja

12 Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan?A Daya tahap kemampuan badan untuk mengekalkan keseimbangan

4

Page 5: SOALN PJPK

B Tahap kemampuan otot untuk bekerja dalam keadaan statik dan dinamikC Keupayaan untuk mengekalkan keseimbangan tubuh badan dalam keadaan statik atau dinamikD Kemampuan melakukan pergerakan melentik dan menjangkau tanpa berasa sakit

13 Pilih penyataan yang betul berkaitan ketangkasan?A Ketangkasan boleh diukur dengan kelajuan larian 100 meterB Aktiviti gulingan boleh dikategorikan dalam ketangkasanC Ketangkasan seseorang boleh diukur dengan jauhnya jarak

lompatanD Lompat kuadran dan tampar lutut merupakan aktiviti yang

berkaitan dengan ketangkasan

14 “Kebolehan seseorang mengubah kedudukan badan dan arah dengan cepat”. Penyataan di atas tentang ________ .

A imbanganB koordinasiC ketangkasanD Kelenturan

15 Koordinasi ialah kebolehan menggunakan _______ dan ________ untuk melakukan pergerakan yang lancar dan sempurna.

A deria … anggota badanB mata … tanganC kaki … tanganD kepala … anggota badan

16 Keupayaan memukul dan menangkap bola daripada pelbagai ________ dan aras adalah contoh aktiviti membina koordinasi.

A caraB teknikC gayaD arah

Soalan 17 berdasarkan Gambar 4

5

Page 6: SOALN PJPK

17 Aktiviti yang ditunjukkan dalam Gambar 4 adalah jenis aktiviti yang melibatkan ________.

A tekan tubiB kepantasan C ketangkasan D masa tindak balas

18 Menghantar, menerima dan menyangga bola dari pelbagai arah dan aras ialah aktiviti yang melibatkan________ .

A kuasaB koordinasiC kepantasanD masa tindak balas

19 Definisi kepantasan ialah …A keupayaan bekerja dengan efektif B keupayaan menghantar dan menerima bolaC keupayaan melakukan lompatan dan lontaran D keupayaan memecut ke arah tertentu dengan pergerakan yang

lurus dalam masa yang singkat

20 Lontaran yang dihasilkan dengan sepenuh tenaga ialah ________ .A kekuatanB kuasaC koordinasiD Imbangan

21 Berikut merupakan tahap-tahap kecergasan fizikal kecualiA tahap tidak cukup cergasB zon sasaran kecergasanC tahap ambang latihan atau senamanD tahap pertengahan latihan kecergasan

22 Tahap kecergasan fizikal seseorang berbeza antara satu sama lain kerana ia bergantung pada tahap latihan atau ________ yang dilakukan.

A amalan senamanB amalan pemakananC amalan waktu rehat

6

Page 7: SOALN PJPK

D tabiat harian

23 Aktiviti kecergasan perlu dilakukan sekurang-kurangnya _______ kali seminggu.

A 1B 2C 3D 4

24 Selain amalan aktiviti kecergasan, faktor lain yang tidak menyumbang kepada kecergasan fizikal seseorang ialah

A tidur berlebihanB amalan pemakanan yang sihatC kehidupan yang harmoniD kebersihan persekitaran

25 Tekan tubi dan kereta sorong ialah aktiviti yang sesuai untuk latihan

A lumba lari B dirian tangan C lumba basikal D jalan kaki

26 Seorang ahli gimnastik yang baik mempunyai ciri–ciri seperti yang berikut kecuali

A tinggi lampaiB tubuh yang tegap.C otot lengan yang kuatD badan yang kurus dan lemah

27 ________ ialah pergerakan melentik dan menjangkau anggota badan tanpa rasa sakit.

A KelenturanB KomposisiC KoordinasiD Kekuatan

28. Papan anjal digunakan untuk A bergulingB melompat C baring

7

Page 8: SOALN PJPK

D duduk

29 Berikut ialah alatan untuk gimrama kecuali A ribenB bolaC gelung rotan D papan anjal

30 Jenis lompatan yang ditunjukkan dalam gambar di atas ialah ________ .

A lompat rusa B lompat tikusC lompat harimauD lompat gajah

31.Teknik meluncur menggunakan tali dari tempat tinggi dinamakan… A. absellingB. flying foxC. laluan tali D. lompat tali

32 Kita memerlukan ________ semasa berkayak untuk menjaga keselamatan.

A. tali panjang B. bot tundaC. pelampungD. jaket keselamatan

33 Berikut ialah tempat yang sesuai untuk aktiviti rekreasi kecualiA. padang B. tepi pantai

8

Page 9: SOALN PJPK

C. kawasan pembinaanD. taman permainan

34 Antara yang berikut yang manakah bukan aktiviti berhalangan?A. Tembok tinggi B. Lompat pagar C. Tarik tali D. Rangkak buaya

35 Kawasan tasik yang luas sesuai untuk aktiviti yang berikut kecualiA berkayakB berenangC memancingD menuba ikan

36 Mengapakah kita perlu mengutamakan keselamatan semasa beraktiviti?

A. Mengelakkan tergelincirB. Mengelakkan kemalanganC. Mendapat kebenaran daripada ibu bapaD. Menambah keyakinan semasa melakukan aktiviti

37 Susu lembu, udang dan kacang panjang ialah makanan yang banyak mengandungi …

A airB lemakC proteinD garam mineral

38. Berikut adalah bahan – bahan yang perlu ada di dalam peti kecemasan, kecuali

A krim atau cecair antiseptikB kapasC ubat batukD losen kalamina

39. Estrogen ialah hormon yang yang berfungsi untuk ……………….A kejadian haidB membentuk otot-otot C merangsang pertumbuhan payu dara

9

Page 10: SOALN PJPK

D menggalakkan pertumbuhan bulu pada badan

40.Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah pengambilan dadah ?

i. Berhati-hati memilih rakan sebayaii. Melibatkan diri dengan aktiviti luar yang sihatiii. Mengutamakan gaya hidup dan hiburaniv. Mengamalkan cara hidup sihat

A I , ii , dan iiiB ii , iii dan iv . C I , ii dan ivD I , iii dan iv

- SOALAN TAMAT -

10