perbezaan bustan al-katibin dan pelita bahasa melayu

Upload: norilhuda-hj-ismail

Post on 07-Mar-2016

37 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Perbezaan Bustan Al-katibin Dan Pelita Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

NURLIZA BINTI NORILHUDA@ALI (JGA120010)TEORI TATABAHASA BAHASA MELAYU (JBGA 6105)

Penulisan awal tatabahasa Melayu telah diterokai oleh penulis Belanda dan Inggeris. Karya yang dianggap besar dan berjaya pada masa itu ialah karya Werndly (1736), Marsden (1812), Shellabear (1899), dan Winstedt (1913). Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan sejak dari zaman Kerajaan Sri Wijaya di abad ke-7 lagi. Walaubagaimanapun, Bahasa Melayu dipergiatkan lagi pada era kegemilangan Melaka pada abad ke-13 sesuai dengan statusnya sebagai pusat perdagangan di rantau ini pada ketika itu. Menurut Kamarudin Haji Husin, Siti Hajar Haji Abdul Aziz dan Arba'ie Sujud (1997), sejarah perkembangan Melayu di Nusantara adalah melalui tiga tahap iaitu Bahasa Melayu sebelum dan Zaman Keagungan Melaka, Bahasa Melayu Zaman Pra-Merdeka dan Bahasa Melayu selepas Merdeka. Terdapat dua tokoh yang berjasa pada Zaman Pra-Merdeka yang telah menjadi pelopor kepada Bahasa Melayu iaitu Raja Ali Haji dan Allahyarham Tan Sri Dr. Zainal Abidin bin Ahmad (Zaaba). Jasa mereka yang telah menulis buku tatabahasa Bahasa Melayu aliran tradisional ini ialah Kitab Bustanul al-Katibin li sibyan al- mutaallimin (Kitab Perkebunan Juru Tulis Bagi Kanak-kanak Yang Hendak Belajar) yang dikarang oleh Raja Ali Haji telah dihasilkan pada tahun 1857. Kitab Pelita Bahasa Melayu yang dikarang oleh Zaaba pada tahun 1940 yang merangkumi tiga kitab iaitu Pelita Bahasa Melayu penggal 1 hingga beliau berjaya menyambung buku seterusnya iaitu penggal 2 dan penggal 3. Di dalam tugasan ini akan dinyatakan persamaan dan perbezaan diantara kedua-dua buku iaitu Kitab Bustan al-katibin dan Pelita Bahasa Melayu.Walaubagaimanapun, terdapat aspek-aspek persamaan di antara kedua-kedua aliran iaitu bersifat tatabahasa tradisional. Tatabahasa tradisional yang diketengahkan kedua-dua tokoh ini ialah berdasarkan falsafah dan logik. Didalam kitab Bustan al-katibin, salah satu daripada falsafah yang dinyatakan ialah memperkatakan tentang kelebihan ilmu dan akal iaitu yang mencakupi kepada aspek adab dan budi bahasa dalam mendalami ilmu. Aspek falsafah yang dinyatakan oleh Zaaba didalam Pelita Bahasa Melayu ialah di bab 14 yang menerangkan kaedah rangkai kata ada diselitkan adab iaitu tertib didalam penyusunan ayat dimana perkataan yang perlu didahulukan dan dikemudiankan yang mengikut kebiasaan dan resam bahasa melayu.Persamaan yang kedua iaitu ciri-ciri yang dapat dilihat ialah penghuraian tatabahasa secara preskriptif. Penghuraian yang dilakukan ialah untuk menentukan bahasa yang baik, sopan diantara bahasa yang tidak baik. Salah satu daripada ciri-ciri tatabahasa tradisional ini telah digarap oleh kedua-dua tokoh didalam menghasilkan peraturan berbahasa didalam buku tatabahasa melayu mereka. Ini bermakna bahasa yang dikaji dianggap baik dan berstatus tinggi. Persamaan yang ketiga ialah dari sudut membina karangan. Kedua-dua tokoh menekankan aspek fonem, fonologi, morfologi dan sintaksis. Di bahagian ini didapati kedua-dua tokoh lebih tertumpu kepada prinsip dan peraturan mengarang. Ini dapat dilihat apabila mereka menitikberatkan bahagian sintaksis seperti penggunaan ayat yang sopan didalam bentuk penulisan atau berlapik daripada binaan ayat yang berterus-terang.Persamaan yang keempat ialah dari segi bidang yang dicakupi kedalam kedua-dua buku kerana terdapat kajian secara turun temurun iaitu dari aspek yang sama dalam menulis unit-unit tatabahasa. Pendekatan yang sama ialah dalam menghuraikan ejaan, huruf-huruf, kata dan ayat.Berbalik kepada perbezaan pula, dari sudut kaedah iaitu penggunaan kaedah nahu arab dan kaedah acuan nahu inggeris didalam penyusunan. Hal ini kerana perbezaan latar belakang diantara kedua-dua tokoh ini. Kitab Bustan al-katibin menggunakan nahu arab sepenuhnya yang diterjemahkan kepada bahasa melayu. Ini kerana Raja Ali Haji ialah seorang yang berketurunan Bugis dan berasal dari Kepulauan Riau. Beliau dibesarkan seiring era kegemilangan dimana tempat yang menjadi tumpuan cendekiawan Melayu Islam pada zaman tersebut untuk mendapatkan pendidikan. Selain itu, kesempatan menunaikan Haji selama setahun memberi beliau peluang untuk mendalami ilmu Agama Islam dan bahasa Arab.Berbalik kepada Zaaba yang berasal dari Kuala Pilah mendapat pendidikan awal di sekolah melayu dan kemudian meneruskan pendidikan dalam aliran Inggeris di St. Paul Institution. Bertitik tolak dari pendidikan aliran inggeris pada tahun 1947 beliau melanjutkan pelajaran di Universiti London sambil menjadi pensyarah di School of Oriental and African Studies. Hal ini menjelaskan terdapat pengaruh bahasa Inggeris yang tinggi didalam penyusunan nahu tatabahasa beliau disamping kedatangan kuasa Inggeris di Tanah Melayu pada waktu itu.Perbezaan yang kedua ialah penyusunan aspek isi kandungan di buku Pelita Bahasa Melayu hanya terdapat 16 bab iaitu bab satu hingga enam ialah mengenai huruf, ejaan rumi dan jawi. Bab 7 hingga 12 pula memasuki aspek morfologi iaitu golongan kata dalam bahasa Melayu, di bab 12 dan 13 pula dihuraikan ialah penggunaan huruf-huruf penambah. Seterusnya bab 14 hingga 16 Zaaba telah menghuraikan aspek sintaksis iaitu jenis-jenis ayat. Manakala jika diselidiki kitab Bustan al-katibin terdapat 30 fasal. Didalam fasal 1 hingga 9 diterangkan tentang peraturan ejaan jawi, fasal 10 hingga 13 telah menyentuh aspek morfologi iaitu menerangkan golongan kata. Fasal 14 dan 15 diterangkan ialah unit-unit tatabahasa. Manakala fasal 16 hingga 28 menghuraikan aspek sintaksis iaitu binaan ayat dan frasa. Seterusnya, fasal 29 diterangkan ayat keterangan dan fasal terakhir iaitu fasal 30 diterangkan sambungan ayat keterangan.Perbezaan yang ketiga secara lebih jelas ialah dari segi morfologi iaitu penggolongan kata. Raja Ali Haji menggolongkan kata kepada tiga iaitu kata nama (isim), kata perbuatan (fiil) dan kata partikel (harf). Ini menunjukkan pengambilan unit tatabahasa secara langsung dari nahu arab. Manakala Zaaba telah menetapkan terdapat lima golongan kata yang diambil dari acuan nahu Inggeris iaitu golongan kata nama, kata perbuatan, kata sifat, kata sendi dan kata seruan.Perbezaan yang terakhir ialah dari sudut peristilahan diantara kedua-dua buku yang menyentuh bab sintaksis dimana Raja Ali Haji menyatakan peristilahan (mubtada) iaitu sebagai subjek dan (khabar) sebagai predikat ayat yang menjurus dari nahu arab. Berbeza dengan Zaaba yang menggunakan peristilahan (benda) sebagai kata nama, ganti nama dan (cerita) yang digunakan sebagai kata kerja dan sifat.Kesimpulannya, setiap buku tatabahasa pada zaman tradisional meliputi aspek-aspek yang merangkumi satu sistem lengkap tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis. Malah sudah terdapat bidang ejaan, karangan dan aspek gaya bahasa dimasukkan sekali. Jelaslah pada tahun 1900 Bahasa Melayu sudah berkembang maju seiring dengan peredaran semasa linguistik.

BIBLIOGRAFIKamarudin Hj.Husin, Siti Hajar Hj.Abdul Aziz, Arb'ie Sujud 1997. Pengajian Melayu 1: Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa. Selangor: L.C.Marketing.Nik safiah Karim, 2010. Tatabahasa Bahasa Melayu: daripada Bustan Al-Katibin kepada Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.Zainal Abidin Ahmad, Zaaba (2000). Pelita Bahasa Melayu Penggal 1-3. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.