perbezaan fonetik & fonologi

12
PERBEZAAN FONETIK & FONOLOGI DAN BIDANG-BIDANG FONETIK BMM 3108 - FONETIK & FONOLOGI

Upload: fitri-ibrahim

Post on 20-Jun-2015

207 views

Category:

Education


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perbezaan fonetik & fonologi

PERBEZAAN FONETIK & FONOLOGI

DAN BIDANG-BIDANG FONETIK

BMM 3108 - FONETIK & FONOLOGI

Page 2: Perbezaan fonetik & fonologi

PERBEZAAN

FONETIK & FONOLOGI

Page 3: Perbezaan fonetik & fonologi

FONETIK FONOLOGI

1) Kajian tentang bunyi bahasa. 1) Kajian tentang sistem bunyi bahasa.

2) Kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia.

-berkaitan dengan sifat fizikal bunyi fon), serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal.

2) Kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa. -tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa yang dikenali sebagai bunyi bahasa.

Page 4: Perbezaan fonetik & fonologi

FONETIK FONOLOGI

3) Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tubuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa

3) Ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa.

Fonem sebuah istilah linguistik dan merupakan gabungan terkecil dalam sebuah bahasa yang masih boleh menunjukkan perbezaan makna. Fonem berbentuk bunyi. Contohnya bunyi [k] dan [g] merupakan dua fonem yang berbeza, seperti dalam perkataan "cagar" dan "cakar".

Page 5: Perbezaan fonetik & fonologi

FONETIK FONOLOGI

4) Kajian ini dapat dipecahkan kepada tiga iaitu:

i) fonetik akustik ii) fonetik artikulatori iii) fonetik auditori

4) Kajian adalah berkaitan dengan hubungan antara butir-butir leksikal lain yang membentuk ayat.

5) Menghasilkan transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa.

5) Menghasilkan sistem ejaan sesuatu bahasa.

Page 6: Perbezaan fonetik & fonologi

FONETIK DAN FONOLOGIBIDANG – BIDANG FONETIK

Page 7: Perbezaan fonetik & fonologi

BIDANG FONETIK

Bidang kajian yang

mendiskripsikan bunyi bahasa

Bidang kajian yang luas ini dibahagikan kepada tiga

cabang yang lebih kecil

Fonetik Artikulatori

Fonetik Auditori Fonetik Akustik

Page 8: Perbezaan fonetik & fonologi

FONETIK ARTIKULATORI

Kajian yang mendiskripsikan cara-cara sesuatu bunyi dilafazkan. Penskripsian ini melibatkan daerah dan organ artikulasi yang berfungsi melafazkan bunyi-bunyi bahasa.

Daerah artikulasi

Bahagian saluran suara yang tak bergerak tetapi disentuh oleh organ artikulasi sewaktu bercakap/ lafaz.

Organ artikulasi

Organ ujaran dalam saluran suara yang terlibat dalam pengeluaran bunyi bahasaArtikulator aktif

Organ dalam saluran suara yang bergerak seperti lidah, lelangit lembut, dan gigi bawah.

Artikulator pasif Organ dalam saluran

suara yang tak bergerak seperti lelangit keras, dan gigi atas.

Page 9: Perbezaan fonetik & fonologi

Organ artikulasi ialah organ yang digunakan bagi menghasilkan bunyi manakala daerah artikulasi ialah kawasan yang menghasilkan sesuatu bunyi.

Perbezaan daerah dan organ dalam proses menghasilkan bunyi-bunyi bahasa inilah yang menimbulkan persamaan bunyi-bunyi seperti letupan bibir tak bersuara, sengauan bibir, geseran lelangit keras tak bersuara atau, bersuara getaran gusi dan sebagainya.

Page 10: Perbezaan fonetik & fonologi

FONETIK AUDITORI

Kajian sebutan bunyi yang didengar dan berkaitan dengan soalan “ bagaimana bunyi diterima dan dikenali sebagai tuturan bunyi yang berbeza ”. Proses yang terlibat dinamakan mendekod ( yang melibatkan pendengar ). Penutur menukarkan maklumat yang hendak disampaikan dalam kod-kod tertentu manakala pendengar mentafsirkan maklumat ini dalam otak bagi menjadikanya sebagai sesuatu yang bermakna dalam komunikasi yang berlansung. Kajian ini berkaitan dengan kerangka psikologi, iaitu kajian persepsi respon kepada bunyi turutan seperti yang direfleksikan oleh pendengar. Persepsi pendengar kepada ujaran yang terlafaz melibatkan unsur kelangsingan, kelantangan dan kepanjangan yang secara sendirinya mempunyai makna emosi tertentu.

Page 11: Perbezaan fonetik & fonologi

Kajian tranmisi signal bunyi dari penutur kepada pendengar semasa komunikasi berlangsung.

Signal bunyi yang dipindahkan ini pula terkandung didalamnya antara lain parameter-parameter seperti frekuensi fundamental (Fo), intensiti dan durasi.

Frekuensi fundamental (Fo) yang diukur dalam unit Herz frekuensi suara(Hz), intensiti dalam unit desibel kekuatan(dB) dan durasi dalam unit saat tempoh(s) mendukung fungsi makna-makna tertentu.

FONETIK AKUSTIK

Page 12: Perbezaan fonetik & fonologi

Dari sudut pendengar, ketiga-tiga parameter ini dipersepsikan masing-masingnya sebagai kelangsingan bunyi (hertz), kelantangan suara (db) dan kepanjangan(durasi). Kesemua yang terlafaz ini selari dengan objektifkomunikasi dan dapat dikatakan sering kali semua ini terancang dalam minda si penutur. Keselarian ini berlangsung kerana ketiga-tiga parameter yang digunakan mendukung makna-makna tertentu. Norma-norma maknanya ditentukan oleh masyarakat penutur sesuatu bahasa.