penulisan rasm uthmani

17
1 Muqaddimah Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Al-Hamdulillah,syukur kepada Allah Taala, Solawat serta salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w dan para ahli keluarganya,sahabat-sahabat serta pengikut baginda yang setia lagi jujur hingga keakhir zaman. Dengan izin dan rahmat Allah dapatlah saya menyiapkan tugasan yang bertajuk Kaedah-kaedah Penulisan Rasm Uthmani ini sebagai pelengkap kepada pengajian Modul HBQE 1203 Rasm Uthmani.Sesungguhnya, bidang pengajian ini terlalu banyak menyimpan sejarah yang sememangnya perlu dipelajari dan diamalkan oleh setiap muslim. Kefahaman terhadap sejarah kaedah penulisan rasm akan memantapkan lagi cara membaca al-Quran dan menambah keyakinan terhadap isi kandungannya yang telah diwahyukan.Dewasa ini, semakin banyak cabaran yang datang mengancam masyarakat Islam dari pelbagai sudut termasuklah dari aspek sejarah keagongan Islam yang seboleh mungkin ingin di putar belitkan faktanya.Dalam soal kaedah pembacaan al-Quran, golongan musuh Allah telah menyebarkan dakyahnya dengan menyatakan bahawa ia adalah ciptaan manusia semata-mata.Justeru itulah,maka wujudnya pelbagai wajah qiraat yang pada mereka direka dengan sewenang-wenangnya. Adalah menjadi harapan saya agar apa yang dihasilkan ini dapat memberi manfaat kepada semua sebagai bahan sampingan untuk percambahan ilmu rasm khususnya buat diri saya sendiri dan sesiapa yang sudi mentelusurinya di kemudian nanti.Terima kasih tidak terhingga buat tutor, Dr. Mohd Sharani bin Mohd Naim atas bimbingan dan tunjuk ajar yang tidak jemu- jemu dihulurkan di setiap sesi tutorial, hanya Allah jua yang dapat membalasnya. Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan yang sentiasa bersedia untuk berkongsi buah fikiran,idea juga sumber maklumat dari awal hingga akhir . Akhir kalam, apa yang kurang itu adalah kelemahan diri saya, Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan kepada Nya saya bertawakkal. PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Upload: akocuba2

Post on 01-Nov-2015

13.476 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Walau bagaimana pun, kepelbagaian ini akhirnya menyumbang kepada perselisihan dan perbezaan pendapat di kalangan umat Islam terutama selepas sebilangan huffaz syahid di medan Yamamah yang berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakr. Zaman Khalifah Uthman bin Affan menyaksikan kemuncak perselisihan itu yang hampir membawa kepada pertumpahan darah dan kafir mengkafir sesama saudara Islam. Demi menyelamatkan ummah dari terus di robek oleh arus perpecahan yang dahsyat, Khalifah Uthman telah membuat keputusan yang bijak dengan memerintahkan Zaid bin Thabit dan beberapa orang cendikiawan ketika itu,membuat penyusunan semula al-Quran berdasarkan mashaf yang telah dibuat semasa zaman Khalifah Abu Bakr r.a.

TRANSCRIPT

Page 1: Penulisan Rasm Uthmani

1

Muqaddimah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Al-Hamdulillah,syukur kepada Allah Ta’ala, Solawat serta salam buat Junjungan Mulia Nabi

Muhammad s.a.w dan para ahli keluarganya,sahabat-sahabat serta pengikut baginda yang setia

lagi jujur hingga keakhir zaman.

Dengan izin dan rahmat Allah dapatlah saya menyiapkan tugasan yang bertajuk Kaedah-kaedah

Penulisan Rasm Uthmani ini sebagai pelengkap kepada pengajian Modul HBQE 1203 Rasm

Uthmani.Sesungguhnya, bidang pengajian ini terlalu banyak menyimpan sejarah yang

sememangnya perlu dipelajari dan diamalkan oleh setiap muslim. Kefahaman terhadap sejarah

kaedah penulisan rasm akan memantapkan lagi cara membaca al-Quran dan menambah

keyakinan terhadap isi kandungannya yang telah diwahyukan.Dewasa ini, semakin banyak

cabaran yang datang mengancam masyarakat Islam dari pelbagai sudut termasuklah dari aspek

sejarah keagongan Islam yang seboleh mungkin ingin di putar belitkan faktanya.Dalam soal

kaedah pembacaan al-Quran, golongan musuh Allah telah menyebarkan dakyahnya dengan

menyatakan bahawa ia adalah ciptaan manusia semata-mata.Justeru itulah,maka wujudnya

pelbagai wajah qiraat yang pada mereka direka dengan sewenang-wenangnya.

Adalah menjadi harapan saya agar apa yang dihasilkan ini dapat memberi manfaat kepada

semua sebagai bahan sampingan untuk percambahan ilmu rasm khususnya buat diri saya

sendiri dan sesiapa yang sudi mentelusurinya di kemudian nanti.Terima kasih tidak terhingga

buat tutor, Dr. Mohd Sharani bin Mohd Naim atas bimbingan dan tunjuk ajar yang tidak jemu-

jemu dihulurkan di setiap sesi tutorial, hanya Allah jua yang dapat membalasnya. Tidak lupa

juga kepada rakan seperjuangan yang sentiasa bersedia untuk berkongsi buah fikiran,idea juga

sumber maklumat dari awal hingga akhir .

Akhir kalam, apa yang kurang itu adalah kelemahan diri saya, Allah sahaja yang Maha

Mengetahui dan kepada Nya saya bertawakkal.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 2: Penulisan Rasm Uthmani

2

Pengenalan

Al-Quran ialah kalam Allah s.w.t yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan

perantaraan Malaikat Jibril yang ditulis dalam mashaf dan disampaikan kepada kita dengan cara

mutawatir dan menjadi ibadat apabila membacanya. Al-Quran juga merupakan mukjizat terbesar

kepada Nabi Muhammad s.a.w dan sebuah kitab yang paling banyak dibaca oleh manusia.Hal ini

diakui oleh para pengkaji termasuk sarjana barat,antaranya ialah James A. Mechener

(Mei;1995)yang menulis

“The Koran is probably the most often read book in the world,surely the most often

memorized and possibly the most often influential in daily life of the people who”.

Susunan al-Quran sebagaimana yang dapat dilihat dan dibaca hari ini adalah mengikut susunan

sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. Sebelum al-Quran dibukukan dalam bentuk mashaf,para

sahabat Rasulullah s.a.w telah menghafalnya dengan berbagai wajah bacaan yang disandar

secara langsung kepada Baginda s.a.w samada menghafal sebahagian atau pun keseluruhan 30

juzuk.Mereka adalah para huffaz yang berusaha memastikan setiap ayat al-Quran terpelihara dan

disebar luas.

Walau bagaimana pun, kepelbagaian ini akhirnya menyumbang kepada perselisihan dan

perbezaan pendapat di kalangan umat Islam terutama selepas sebilangan huffaz syahid di medan

Yamamah yang berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakr. Zaman Khalifah Uthman

bin Affan menyaksikan kemuncak perselisihan itu yang hampir membawa kepada pertumpahan

darah dan kafir mengkafir sesama saudara Islam. Demi menyelamatkan ummah dari terus di

robek oleh arus perpecahan yang dahsyat, Khalifah Uthman telah membuat keputusan yang bijak

dengan memerintahkan Zaid bin Thabit dan beberapa orang cendikiawan ketika itu,membuat

penyusunan semula al-Quran berdasarkan mashaf yang telah dibuat semasa zaman Khalifah Abu

Bakr r.a. Mashaf ini kemudiannya disebar luas keseluruh empayar Islam .Kaedah penulisan dan

bacaan dalam mashaf ini kemudiannya dikenali sebagai Kaedah Rasm Uthmani yang

dinisbahkan kepada jasa Khalifah Uthman b. Affan r.a. Mashaf ini menjadi sumber rujukan

untuk membaca dan menulis al-Qur’an yang diiktiraf oleh para ulama’ sebagai yang paling

sempurna dan muktabar.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 3: Penulisan Rasm Uthmani

3

Rasm Uthmani Serta Keistimewaannya.

Pengertian

Rasm bermaksud satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-lafaz atau ungkapan bagi

memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu yang

membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf.

Menurut Abdul Qadir Leung(2008;126) kalimah rasm bermaksud penulisan , penulisan

berhubung dengan ejaan huruf-huruf yang berbentuk perkataan dalam ayat dari segi

penggunaan, penyusunan, penyambungan dan pemisahan.

Rasm Uthmani pula ditakrifkan sebagai ilmu yang membincangkan kaedah penulisan kalimah-

kalimah ayat Al-Quran yang diguna dan dipersetujui oleh Khalifah Uthman ketika proses

penyalinan dan penulisan Al-Quran dilakukan. Ibrahim (2007;35) berkata Rasm Uthmani juga

diistilahkan sebagai “Rasm Mushaf” oleh “Majma’ Buhuth al-Islamiyyat” yang memberi

maksud “ ketentun atau pola yang digunakan oleh Saidina Uthman ibn Affan bersama sahabat-

sahabat lainnya ketika penulisan (penyelarasan) al-Quran, berkaitan dengan susunan huruf-

hurufnya , yang terdapat dalam mushaf-mushaf yang dikirim ke berbagai daerah dan Bandar,

serta mushaf al-Imam yang berada di tangan Khalifah Uthman sendiri”.

Penulisan Rasm ini dibuat berdasarkan apa yang telah diriwayatkan oleh para ulama’ rasm

(tulisan) daripada mashaf-mashaf yang telah dihantar oleh Khalifah Uthman r.a ke Kota

Basrah,Khufah,Syam, Makkah dan Madinah termasuklah yang diperuntukkan khas bagi rujukan

Khalifah di Kota Madinah.

Keistimewaan Rasm Uthmani

Terdapat lima kelebihan utama pada Mushaf Rasm Uthmani yang menjadikan ia perlu

diutamakan berbanding kaedah penulisan lain,iaitu;

1-Tulisan Rasm Uthmani adalah mengikut sanat Rasulullah s.a.w dan telah diwarisi oleh

penulis-penulis mashaf al-Quran hingga zaman kini.

Menurut Haji Uthman (1983;I) Rasm Uthmani ditulis dan di bariskan mengikut riwayat Hafs b.

Sulaiman bin al-Mughirah al-Asadi al-Khufi bagi bacaan ‘Asim bin Abi al-Najudi al-Khufi al-

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 4: Penulisan Rasm Uthmani

4

Tabi’I daripada Abi Abd.Rahman Abdillah bin Habib al-Sulamiy daripada Uthman bin

Affan,Ali bin Abi Talib,Zaid bin Thabit dan Abi bin Ka’ab daripada Rasulullah s.a.w.

2-Bertepatan Dengan Pembentangan Terakhir.

Setelah sempurna penurunan al-Quran,sungguhnya Jibril telah mendatangi Rasulullah dan

membuat semakan bacaan buat kali terakhir dan ketika berlakunya peristiwa ini Baginda

ditemani oleh Zaid bin Thabit.Oleh itu,semasa menerima tanggungjawab dari Khalifah Abu

Bakr dan Uthman supaya mengumpul dan menulis semula ayat-ayat al-Quran,beliau

melakukannya mengikut apa yang didengar sewaktu berlakunya pembentangan itu.Sebarang

ayat yang pernah diturunkan semasa hayat Rasulullah atau yang terdapat dalam mana-mana

catatan sahabat yang tidak terdapat dalam pembentangan terakhir itu adalah dianggap mansuh

dari penulisan al-Quran.

3-Mashaf Rasm Uthmani ditulis berdasarkan kepada riwayat mutawatir.

Jawatankuasa menyalin mashaf yang dibentuk oleh Saidina Uthman terdiri dari empat orang

sahabat iaitu Zaid bin Thabit, Abdullah bin al-Zubair, Said bin al-Asr dan Abdul Rahman bin

al-Harith bin Hisyam.Mereka merupakan orang yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam

ilmu al-Quran,manakala bacaan mereka pula diakui benar segolongar besar para sahabat .

4-Merangkumi Tujuh Huruf al-Quran

Para ulama telah berbeza pendapat dalam menterjemahkan erti tujuh huruf sebagaimana yang

telah diriwayatkan dalam hadith berkaitan.Walau bagaimana pun, perbezaan ini telah berjaya

diseragamkan oleh Mushaf Rasm Uthmani sekaligus dapat menyatukan bentuk bacaan al-

Quran walaupun terdapt perbezaan dalam qiraat. Menyatukan rumusan surah mengikut

susunan asal iaitu tetrib susunannya sesuai dengan tertib surah dan ayat yang diperkenalkan

sehingga sekarang.

5-Salah Satu Rukun Bacaan al-Quran

Rasm Uthmani telah disepakati seluruh ulama’ dan diterima susunan ayat, kalimah dan

hurufnya.Tidak seorang pun yang diperbolehkan untuk mengingkarinya.Oleh keran itu, bacaan

al-Quran yang bertepatan dengan mashaf Rasm Uthmani merupakan salah satu dari tiga rukun

bacaan al-Quran.Berpandukan kepada fatwa Imam Malik,al-Quran hendaklah ditulis dengan

Rasm Uthmani.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 5: Penulisan Rasm Uthmani

5

Kaedah Penulisan Rasm Uthmani

Menurut Al-Syaykh Ibrahim(1995:25), penulisan Al-Quran Rasm Uthmani juga dikenali

dengan nama Rasm Istilahi, iaitu penulisan yang tidak selari dengan kaedah penulisan rencana

(imla’i). Penulisan Rasm Uthmani tidak mengikut pada lafaz bacaan kerana sebahagian besar

kalimahnya ditulis menggunakan enam kaedah sepertimana berikut;

Kaedah Meniadakan Huruf ( Hazaf).

Hazaf bermaksud membuang atau mentiadakan huruf-huruf tertentu dalam struktur kalimah

tertentu dari al-Quran.Terdapat lima huruf yang terlibat dalam kaedah ini iaitu huruf alif, wau,

ya , lam dan nun yang terdapat pada kalimah tetentu .Hazaf juga berlaku kepada huruf-huruf alif,

wau, dan ya pada kata permulaan (fawatih) surah tertentu al-Quran.

Hazaf berlaku dalam tiga bentuk iaitu;

1- Hazaf Isyarah- bermaksud hazaf yang bertujuan menunjukkan wajah-wajah qiraat tentu.

2- Hazaf Ikhtisor - bermaksud hazaf peringkasan seperti pengguran alif pada struktur kata

jama’ Muzakkar Salim dan Jama’ Muannath Salim.

3- Hazaf Iktisor - bermaksud hazaf pembatasan yang bermaksud hazaf alif pada kalimah-

kalimah tetentu tanpa melibatkan kalimah lain.

Berikut adalah sebahagian daripada contoh-contoh hazaf huruf tertentu berserta keterangan

berkaitan;

Huruf

hazaf Tempat dan keadaan contoh

Kalimah

asal

Alif pada Kalimah “ basmalah” باسم اهللا بسم اهللا الرمحن الرحيم

Alif “Al-Takrf” didahului huruf lam

ta’kid atau jar. Alif ل الذى ان أول بيت وضع للناس للذى ببكة

( ا )Kalimah di awalnya hamzah Qata’

disusuli hamzah wasal atau Qata’ أ اهللا قل ءاهللا أذن لكم أم على اهللا تفترون

Bila ia berturut-turut dalam satu

kalimah Wau تلوون اذ تصعدون وال تلوون على أحد

( و )

Dibuang wau yang menumpang huruf

hamzah تؤويه وفصيلته الىت تئويه

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 6: Penulisan Rasm Uthmani

6

Dibuang wau pada empat kata

perbuatan yang marfuk سندعو سندع الزبانية

Ya

Ya “mutakallim” pada kedudukan

“isim munada” أبيت يأبت إىن رأيت أحد عشر كوكبا

Ya tambahan di akhir kalimah yang

tidak berfungsi sebagai “nidak” يسري واليل إذا يسر

Ya “isim manqus” berbaris dua di

hadapan atau baris dua di bawah يمستخف مستخف باليلوسارب بالنهار

Pada lam kedua dalam kalimah الئ دان والليل,اليت,الذين,الذان,الذى Lam

Lam pada lafzul Jalalah اهللا

Nun Nun yang pertama pada kalimah

.. ”تأمننا “ تأمننا ما لك ال تأمنا على يوسف

Huruf nun yang ke dua dalam

kalimah “ ننجى .” ننجى

ي,و,ا

Huruf-huruf dipermulaan surah pada

surah-surah tertentu. . ن . ق نون , قاف

Rahsia Penggunaan Huruf-Huruf Hazaf

Kajian yang dibuat para ulama mhruf yang dihazafkan sebenarnya memberi erti yang tersirat.

Contohnya huruf Wau yang dihazafkan selepas huruf Ayn’ pada kalimah ( ویدع ) dalam firman

Allah ( ویدع اإلنسن ) adalah untuk memperkukuhkan lagi kenyataan bahawa doa seseorang itu

cepat sampai kepada Allah.

Kaedah Menambah Huruf ( الزیادة )

Ziadah merupakan satu perkara penting yang perlu diketahui dalam penulisan dan pembacaan

Rasm Uthmani.Ziadah bermaksud menambah huruf-huruf tertentu pada kalimah – kalimah

tertentu dalam al-Quran. Huruf tersebut ditulis tetapi tidak berfungsi pada semua keadaan ketika

membacanya. Huruf-huruf tambahan (الزیادة ) tersebut ialah alif , wau, dan ya sepertimana

contoh-contoh berikut;

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 7: Penulisan Rasm Uthmani

7

Huruf

Ziadah Kedudukan dalam struktur ayat Contoh

Alif Selepas wau ganti nama pada jamak muzakkar

bersambung dengan “fiil Mudhari’ dan Amar

di hujung kalimah

وال تنسوا الفضل بينكم

Selepas wau jamak muzakkar salim yang

berada di hujung kalimah إنا كاشفوا العذاب قليال

Alif selepas huruf wau bagi semua “fiil

mudharik” يدعوا من دون اهللا ما ال يضره

Huruf wau yang ditukar daripada alif وأحل اهللا البيع وحرم الربوا

Alif selepas huruf mim pada kalimah مئة dan

pecahannya يغلبوا مائتني

Wau Huruf wau selepas hamzah pada kalimah

”سأوریكم“ سأوريكم دار الفسقني

Selepas hamazah pada kalimah “ وأولوا األرحام بعضهم أوىل ببعض ”أولو

Kalimah “ أللببولكم يف القصاص حيوة يأوىل ا ”أولي

Ya Ziadah Ya selepas hamzah pada kalimah

”أفاین “ أفإين مات أو قتل انقلبتم عل أعقبكم

Huruf Ya pada kalimah “ ومن ءانآى اليل فسبح واطراف النهار ”ءانآى

Rahsia Penggunaan Kaedah Ziyadah

Para ulama’ berpendapat bahawa penggunaan huruf ziadah ini dapat membantu untuk

mengetahui asal baris bagi sesuatu huruf. Sebagaimana yang di ketahui,pada peringkat awal al-

Quran ditulis tanpa sebarang tanda atau baris.Contohnya kalimah (نبإى ) ditambah huruf Ya’

selepas Hamzah bagi menunjukkan ia berbaris kasrah.Selain itu,para ulama juga berpendapat

bahawa penggunaan huruf ziadah adalah untuk memberi makna berbeza bagi perkataan

tertentu.Contohnya ziadah huruf Ya pada kalimah ( بأیید ) adalah bagi menguatkan lagi makna

kekuasaan Allah.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 8: Penulisan Rasm Uthmani

8

Kaedah Menulis Huruf Hamzah ( الھمزة )

Menurut Abd Ghani (2008;45) dalam Mushaf Rasm Uthmani, keadaan penulisan huruf-huruf

hamzah adalah berbeza antara satu sama lain bergantung kepada kedudukannya.Berikut adalah

contoh-contoh penulisan hamzah mengikut kedudukannya;

Kedudukan Hamzah Keadaan Penulisan Contoh Kalimah

Awal kalimah atau

didahului huruf ziadah.

Dutulis dengan surah(rumah) Alif samada ia

fathah, kasrah atau dhummah. سأسرف, إبراهيم , نزلأ

Pertengahan kalimah 1- Ditulis tanpa surah sekiranya

sebelumnya terdapat huruf sukun.

2- Ditulis dengan surah Ya jika ia kasrah

atau sukun dan didahului kasrah

3- Ditulis dengan surah Wau apabila ia

dhummah atau sukun dan didahului

dhummah.

4- Ditulis dengan surah Alif apabila ia

fathah atau sukun dan didahului fathah.

سوءة

فئة

املؤمنون

سألتم

1- Ditulis dengan surah Ya jika sebelumnya

kasrah.

2- Ditulis dengan surah Wau jika

sebelumnya baris dhummah.

3- Ditulis dengan surah alif jika sebelumnya

baris fathah.

قرئ

إمنرؤا

Hujung Kalimah من سبأ

4- Ditulis tanpa surah jika sebelumnya

baris sukun اجلبء

Hukum-hukum Khas

1- Ditulis tanpa surah jika selepasnya alif

atau wau atau ya

2- Hamzah al-Wasl ditulis dengan surah alif

jika ia tidak dimasuki sebarang adat atau

dimasuki Alif Lam al-Ta’rif .Tetapi

يئوده, متكئني , ءامن

.االرض,اسجدوا

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 9: Penulisan Rasm Uthmani

9

terdapat lima keadaan ia ditulis tanpa

surah;

1- Hamzah pada Lam Ta’rif yang

dimasuki Lam Jar atau Lam Ibtida’

2- Hamzah yang dimasuki Hamzah al-

Qat’.

3- Hamzah yang terletak pada Fi’l Amr

.’apbila didahului wau atau fa (اسأل )

4- Hamzah yang dimasuki hamzah al-

Istifham.

5- Hamzah pada lafaz ( اسم) pada firman

Allah بسم اهللا( )

لالءسالم

فأتوا

فسئلوا

ءاهللا بسم اهللا

Rahsia Kaedah Penulisan Huruf Hamzah

Penulisan huruf-huruf Hamzah dengan surah yang berbeza sebenarnya mempunyai rahsia

tersendiri. Perbezaan pada bentuk surah itu sebenarnya menjadi simbul wujudnya kepelbagaian

wajah qiraat yang diharuskan. Contohnya kalimah (بمؤمنین ) yang ditulis dengan surah Wau

adalah kerana kalimah tersebut dibaca dengan huruf Wau oleh sesetengan ahli qiraat.

Kaedah Mengganti Huruf ( اإلبدال ).

Ibdal ialah menukar sesuatu huruf kepada huruf yang lain . Dalam penulisan Mushaf Rasm

Uthmani, “ al-Badl” merupakan perkara penting yang perlu diketahui dan di beri perhatian

kerana huruf yang menggantikan sesuatu huruf itu tidak boleh dibaca sama sekali,sebaliknya

yang dibaca adalah huruf asal yang digantikan itu.Huruf tersebut terbahagi kepada lima bahagian

iaitu;

Huruf Ibdal Tempat/Keadaan

Huruf

Kalimah Berkaitan Surah :Ayat

Empat kalimah yang

berulang-ulang

الربوا.الحیوة . الزكوة . الصلوة

Ibdal huruf Alif

kepada huruf Wau Empat kalimah dalam

surah tertentu

.ومنوة . النجوة . كمشكوة . بالغدوة

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 10: Penulisan Rasm Uthmani

10

Apabila Alif terletak

hujung kalimah,

walaupun ia berhubung

dengan dhamir.

ھدى اهللالھدى قل إن -

یذكرھم فتىا قالوا سمعن-

واألولى وإن لنا لألخرة -

Ali Imran :73

Al-Anbiya’: 60

Al-Lail : 13

Ibdal huruf Alif

Kepada Huruf Ya’

Huruf Alif pada

kalimah(أنى-bagaimana)

dan kalimah-kalimah

, متى , بلى , إلى , حتى , على

. لدى

یكون لي غلمأنى قالت -

اعین الناس على قالوا فأتوا بھ -

زرتم المقابرحتى -

ثمود أخاھم صلحاوإلى -

وھو الخلق العلیم بلى -

ھذا الوعدمتى ویقولون -

الحناجر كظمینلدى إذ القلوب -

Maryam : 20

Al-Anbiya’ : 61

Al-Takathur : 2

Hud : 61

Yasin ; 81

Yasin : 48

Ghafir : 18

Huruf Nun Tawkid

Khafiyyah

من الصغرینولیكونا لیسجنن -

بالناصیةلنسفعا كال لئن لم ینتھ -

Yusof : 32

Al-Alaq : 15 Huruf Nun kepada

Huruf Alif Huruf Nun pada

kalimah ( فإذا )

ال یؤتون الناس نقیرافإذا -

Ah-Nisa’ : 53

Kalimah ( رحمة ) pada tujuh tempat dalam al-Quran

iaitu surah Al-Baqarah:218, Al-A’raf : 56 , Hud : 73

Maryam : 2 , Al-Rum : 50 , Al-Zukhruf:32 , Al-

Zukhruf:32.

Contoh:

. اهللارحمت أولئك یرجون -

اهللا قریب من المحسنین رحمت إن -

ربك عبده زكریارحمت ذكر -

Al-Baqarah:218

Al-A’raf : 56

Mayam : 2

Kalimah ( نعمة ) pada sebelas tempat dalam al-Quran

iaitu pada surah Al-Baqarah : 231, Al-Imran:103,Al-

Maidah: 11, Ibrahim : 28 dan 34, Al-Nahl : 72, 83

dan 114, Lukman : 31, Fatir : 3 , Al-Tur: 29.

Contoh:

. واذكروا نعمت اهللا علیكم-

.علیكم إذ كنتم أعداء واذكروا نعمت اهللا -

Al-Baqarah:231

Ali-Imran : 103

Ibdal Ta’ al-

Marbutah kepada

Ta’ al-Maftuhah

Kalimah ( سنة ) pada lima tempat iaitu pada surah-

surah Al-Anfal:38, Fatir:43 (sebanyak 3 kali),

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 11: Penulisan Rasm Uthmani

11

Ghafir:85.

Contoh;

.فھل ینظرون إال سنت األولین -

.فلن تجد لسسنت اهللا تبدیال -

.یال ولن تجد لسنت اهللا تحو -

Fatir: 43

Fatir: 43

Fatir: 43

Kalimah ( إمراة ) pada tujuh tempat berikut;

Al-Imran: 5, Yusof: 30 dan 51, Al-Qasas:9, Al-

Tahrim:9,10 (dua kali) dan 11.

Contoh ;

. (Yusof:30)یز العزامرأت وقال نسوة فى المدینة -

.(Al-Qasas; 9) فرعون قرت عین لى ولك امرأت وقالت -

Kalimah ( مرضاة ) pada semua tempat dalam al-

Quran.

Contoh;

.(Al-Tahrim: 1) أزوجك مرضات تبتغى -

Kalimah ( لعنة) pada surah Ali-Imran: 61 dan

Al-Nur: 7 .Ayat tersebut ialah;

. لعنت اهللا على الكذبینفنجعل -

.والخمسة ان لعنت اهللا علیھ -

Ali Imran :61

Al-Nur: 7

Kalimah ( معصیة ) pada dua tempat dalam surah al-

Mujadalah: 8 dan 9 .

Ibdal Ta’ al-

Marbutah kepada

Ta’ al-Maftuhah

Tujuh kalimah mufrad iaitu;

ابنت – شجرت - قرت- ثمرت- بقیت- وجنت-فطرت -

Contoh:

الزقومشجرتإن -

ن لى ولك عیقرت -

Al-Dukhan : 43

Al-Qasas : 9

Ibdal Wau kepada

Alif

Semua kata nama dan kata perbuatan yang

mempunyai tiga huruf dan asal huruf ke tiganya

Wau,kalimah tersebut ialah:

أبآ– سنا – شفا –الصفا -

Contoh;

والمروة من شعائر اهللالصفاإن -

Al-Baqarah:158

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 12: Penulisan Rasm Uthmani

12

أحدأبآما كان محمد -

Melainkan 6 kalimah yang ditulis dengan huruf Ya

iaitu kalimah;

زكى– طحھا – تلھا – دحھا – سجى –والضحى

Contoh:

سجىوالیل إذا ) 1 (والضحى -

Al-Ahzab : 40

Al-Duha : 1& 2

Rahsia Penggunaan Huruf-huruh Ibdal

Para ulama melihat bahawa huruf-huruf ibdal mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Mereka

berpendapat penggunaan huruf-huruf ini dapat dijadikan panduan untuk mengetahui asal bagi

sesuatu huruf.Dalam penulisan Rasm Uthmani,penggantian huruf wau dan Ya dengan huruf alif

adalah yang paling banyak berlaku,contohnya perkataan ( الصلوة ) yang ditulis dengan huruf Wau

menggantikan Alif disebabkan Wau itu adalah huruf asal bagi kalimah tersebut. Begitu juga

dengan kalimah ( الھدى ) yang ditulis dengan huruf Ya menggantikan huruf Alif kerana Ya

merupakan huruf asal kalimah tersebut.

Kaedah Menulis Perkataan Berangkai dan Berpisah ( الوصل والفصل ).

Menurut Al-Zarkasyi, Al-Wasl wa al-Fasl adalah kaedah menyambung dan memisahkan tulisan

pada huruf-huruf atau kalimah-kalimah yang tertentu .Di dalam Rasm Uthmani terdapat banyak

kalimah sama yang ditulis dengan cara bersambung pada suatu tempat tetapi ditulis dengan cara

terpisah di suatu tempat yang lain sepertimana berikut;

Kalimah Tempat-tempat ditulis secara sambung

serta contoh

Tempat-tempat ditulis terpisah serta

contoh

أال

) أن ال(

Semuanya ditulis dengan cara sambung

(kecuali pada sepuluh tempat

sebagaimana tercatat disebelah).

Contoh;

(Al-Baqarah:282) تكتبوھاأال فلیس علیكم جناح -

Al-A’rof:105 & 169, at-Taubah: 118,

Hud:26, al-Haj:26, Yasin:60, al-

Dukhan:19,al-Mumtahanah:12

Dan Nun:24.

(Nun:24) یدخلنھا الیوم علیكم مسكینأن ال -

إما danأما

)إن ما/أم ما(

Semuanya ditulis bersambung (kecuali

pada surah al-Ra’d:40).

Contoh;

.(Al-Isra’:23) إما یبلغن عندك الكبر أحد ھما -

Surah al-Ra’d:40

توفینك وإن ما نرینك بعض الذي نعدھم أون-

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 13: Penulisan Rasm Uthmani

13

عما

)عن ما(

Ditulis bersambung pada semua tempat

(kecuali pada al-A’raf:166).

Contoh;

.(Al-Baqarah:74) وما اهللا بغفل عما تعملون -

Al-A’raf :166

فلما عتو عن ما نھوا عنھ-

إنما

)إن ما(

Semua ditulis bersambung (kecuali pada

al-An’am:134).

Contoh;

(At-Taubah:18) إنما یعمر مسجد اهللا من ءامن باهللا

Al-An’am:

إن ما توعدون ألت

أنما

)أن ما(

Semua ditulis bersambung (kecuali pada

dua tempat iaitu al-Haj:62 dan

Luqman:30).Contoh;

.(Al-Kahfi:110) یوحى إلي أنما إلھكم إلھ وحد -

Al-Haj:62

دونھ ھو البطل وأن ما یدعون من-

Luqman:30

وأن ما یدعون من دونھ البطل-

كلما

)كل ما(

Semua tempat ditulis bersambung (kecuali

pada surah Ibrahim:34). Contoh;

(Al-Baqarah:25) كلما رزقوا منھا من ثمرة رزقا -

Ibrahim :34

وءاتكم من كل ما سألتموه

أمن

)أم من(

Semua ditulis bersambung (kecuali pada

empat tempat –sila lihat sebelah).

Contoh;

(Al-Mulk:22) أمن یمشى سویا على صرط مستقیم -

Terdapat pada empat tempat iaitu al-

Nisa’:109, al-Taubah;109, al-Saffat:11

dan Fussilat:40.Contoh;

(Al-Nisa’:109) أم من یكون علیھم وكیال -

Lam

al-Jar

Semua huruf Lam al-Jar dengan kalimah

selepasnya (kecuali pada empat tempat-

sila lihat sebelah). Contoh;

.(Al-Fatihah:4) الدین ملك یوم -

Terdapat pada empat tempat iaitu al-

Nisa’:78, al-Kahfi:79, al-Furqan:7 dan

al-Ma’arij:36. Contoh;

) .(Al-Furqan:7 الرسولل ھذا وقالوا ما -

یومھم

)یوم ھم(

Semua kalimah ini ditulis bersambung

(kecuali pada dua tempat seperti sebelah).

Contoh;

(Al-Zukhruf:83) الذى یوعدون یومھم حتي یلقوا -

Terdapat pada dua tempat iaitu

Ghafir:16 dan al-Dhariat:13.

Contoh;

.(Al-Dhariat:13)على النار یفتنون یوم ھم -

فیما

)في ما(

Semua kalimah ini ditulis bersambung

(kecuali pada dua tempat seperti sebelah).

Contoh;

(Al-Sajdah:25) كانوا فیھ یختلفون فیما -

Terdapat pada dua tempat iaitu al-

Syuara’:146 dan al-Baqarah:240.

Contoh;

(Al-Syuara’:146)تركون في ما ھھنا ءامنین أت

’Semua kalimah ini ditulis bersambung Terdapat pada dua tempat iaitu al-Nisa مما

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 14: Penulisan Rasm Uthmani

14

.(kecuali pada dua tempat seperti sebelah) )من ما(

Contoh;

.(Yasin:71) أنا خلقنا لھم مما عملت أیدینا أنعما-

:25 dan al-Rum : 28. Contoh;

ھل لكم من ما ملكت أیمنكم من شركآء

(Al-Rum: 28)

أین ما

)أینما(

Terdapat pada tiga tempat iaitu al-Baqarah

: 115, al-Nahl:76 dan al-Nisa’:78.

Contoh;

.(Al-Baqarah:115) تولوا فثم وجھ اهللا فأینما -

Semua kalimah ini ditulis terpisah

(kecuali pada tiga tempat seperti

sebelah). Contoh;

(Ali Imran:112) ثقفواأین ما ضربت علیھم الذلة -

إن لم

)إّلم(

Terdapat pada satu tempat sahaja iaitu;

(Hud:14) فإلم یستجیبوا لكم -

Semua kalimah ini ditulis terpisah

(kecuali pada surah Hud:14). Contoh;

.(Al-Kahfi:6)بھذا الحدیث أسفا إن لم یؤمنوا -

أن لن

)ألن(

Terdapat pada dua tempat sahaja iaitu al-

Kahfi: 48 dan al-Qiyamah:3). Contoh;

(al-Kahfi:48) ألن نجعل لكم-

Semua kalimah ini ditulis terpisah

(kecuali pada al-Kahfi: 48 dan al-

Qiyamah:3). Contoh;

(Al-Balad:5) یقدر علیھ احد أیحسب أن لن -

Rahsia Penggunaan Kaedah Menyambung dan Memisahkan Kalimah

Kaedah ini juga mempunyai kaedah yang tersendiri. Jika dilihat dari segi makna,sememangnya

kalimah tersebut mempunyai makna berbeza apabila bersambung dan berpisah.Sebagai contoh,

kalimah (أم من ) yang dipisahkan dalam Firman Allah S.W.T ( أم من یكون ) dan disambung pula

pada Firman Allah ( أمن یمشى ).Apabila ditulis dengan terpisah ia bermakna ( بل ),tetapi

membawa makna lain pula jika ditulis bersambung.

Kaedah Ma Fih Qira’atan (Kalimah yang mempunyai dua wajah bacaan)

Kaedah penulisan kalimah yang tergolong dalam kumpulan ini boleh dibahagikan kepada tiga

bahagian;

1- Bertepatan penulisannya dengan dua wajah qiraat

Antara kalimah yang terbabit ialah )فكھین( yang ditulis dengan hazaf huruf Alif tetapi boleh

dibaca sama ada panjang atau pendek pada huruf Fa’.

2.Ditulis mengikut salah satu dari dua wajah qiraat.

Keadaan ini berlaku apabila salah satu dari dua bacaan tersebat lebih masyhur.Contohnya

kalimah (الصرط ) yang ditulis dengan huruf Sad berbanding huruf Sin yang kurang masyhur

penggunaannya dikalangan ahli qiraat yang mutawatirah.

3.Berlaku penambahan disebabkan wajah qiraat yang berbeza.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 15: Penulisan Rasm Uthmani

15

Penambahan ini berlaku apabila perbezaan yang wujud antara qiraat tidak dapat diselaraskan

sama sekali menyebabkan kaedah tulisan yang diguna oleh sesuatu qiraat tidak boleh diguna

pakai oleh qiraat lain.Contoh seperti firman Allah (جنت تجرى تحتھا األنھر ) yang di tulis

sedemikian pada sesetengah mashaf dan ditambah kalimah (من ) selepas (تجرى ) pada mashaf

yang lain.

Rahsia Penggunaan Kaedah Penulisan yang Sama

Kaedah ini digunakan bagi menyesuaikan kalimah tersebut dengan pelbagai jenis wajah bacaan

yang diharuskan.Contohnya kalimah ( یخدعون ) ditulis tanpa huruf Alif selepas Kha dalam

Firman Allah ( وما یخدعون إال أنفسھم ) bagi membolehkannya dibaca oleh qiraat yang mengekalkan

Alif tersebut atau qiraat yang menghazafkannya. Ini merupakan satu lagi kelebihan yang terdapat

pada Rasm Uthmani iaitu terdapatnya beberapa kalimah yang ditulis dengan kaedah tulisan yang

sama,walau berbeza pada wajah bacaannya (qiraat).

Hukum menggunakan Rasm Uthmani

Sesungguhnya pihak orientalis sentiasa mencari peluang untuk menyebarkan dakyah jahat

mereka terhadap Islam. Hal sedemikian tidak terkecuali dalam urusan pembacaan dan penulisan

al-Quran al-Syarif. Pelbagai tohmahan telah dibuat terhadap kepelbagaian yang berlaku dalam

wajah qiraat dan penulisan al-Quran termasuklah dakwaan bahawa al-Quran dibaca dan tulis

dengan sesuka hati mengikut selera dan kehendak nafsu.Oleh itu saya berpendapat, adalah

menjadi satu kefarduan bagi setiap muslim untuk mempelajari serta menggunakan Mashaf Rasm

Uthmani dalam pembacaan mahupun penulisan al-Quran. Berdasarkan kepada kajian yang

dibuat oleh para ulama,mereka bersependapat bahawa Mushaf Rasm Uthmani adalah yang

terbaik untuk dijadikan panduan dan diguna pakai masa kini kerana ia menepati dengan apa yang

diajar oleh Rasulullah s.a.w, malah itulah kaedah yang sewajar digunakan selamanya.Keteguhan

pegangan dan pengetahuan yang mendalam terhadapnya akan menjadi benteng penghalang

kepada ancaman orientalis untuk melakukan dakyah terhadap kemukjizatan al-Quran yang

sememang akan terpelihara sehingga akhir zaman.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 16: Penulisan Rasm Uthmani

16

Kesimpulan

Ramai ulama’ telah meneliti dan menyelidik penulisan kalimah-kalimah dalam mushaf Uthmani.

Mereka juga telah membuat beberapa siri perbahasan mengenai perkara tersebut. Hasil dari

perbincangan itu, lahirlah beberapa buah buku seperti “al-maqna’” karangan Imam Abu Amru

al-Dani, “ Al-Rasm” karangan Seikh Muhammad bin Yusof Atfish yang menerangkan tujuan

serta rahsia disebalik kelainan cara penulisan tersebut.Amatlah wajar bagi setiap muslim

memahami rahsia disebalik penulisan Rasm Uthmani disamping mengusai ilmu tajwid yang

wajib itu.

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com

Page 17: Penulisan Rasm Uthmani

17

Rujukan:

Abd. Rahman Abd Ghani (2008),Rasm Uthmani Pelengkap Pembacaan al-Quran.

Kuala Lumpur:Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Al-Quran, Mushaf al-Madinah al-Nabawiyah, Kompleks Percetakan Al-Quran Raja Fahd.

Ahmad Kamarudin Ibrahim (2007), Rasm Uthmani.

Seri Kembangan: Meteor Doc.Sdn.Bhd.

Al-Hafiz Jalal al-Din Abd al-Rahman al-Sayuti (1987), Al-Itqan fi Ulum al-Quran, juz 2.

Beirut: Dar Ibn Kathir.

Al-Syaykh Ibrahim bin Ahmad al-Marghani al-Tunisi (1995), Dalil al-Hayran

ala Mawrid al-Zam’an I Fanny al-Rasm wa al-Dabt .

Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Haji Abd.Qadir Leong (2008), Tajwid al-Quran Rasm Uthmani.

Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd.

Sya’ban Muhammad Ismail(Dr)(1986),Al-Qiraat Ahkamuha wa Masdaruha.

Kaherah: Dar al-Salam

http://nayie.blogspot.com/2009/03/rasm-uthmani.html

http://kerabujantung.blogspot.com/2009/05/awas-quran-bukan -rasm-uthmani.html.

http://syathibie.blogspot.com/2008/10/al-rasm-uthmani-17.html

PDF created with pdfFactory Pro trial version www.pdffactory.com