kkp rasm uthamani ppismp
Post on 04-Jun-2018
333 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
1/31
1
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah,inayah dan
kurnianya, akhirnya dapat juga kami berdua menyiapkan Tugasan Kerja Kursus Pendek
bagi subjek Pendidikan Islam 2 (Rasm Uthmani) yang diberikan ini dalam tempoh masa
yang telah diberikan dengan jayanya.
Pertama kalinya saya ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada
pensyarah yang amat kami hormati iaitu Ustaz Dr Saidi Bin Mohd yang memberi
seberapa banyak maklumat yang berguna kepada kami sepanjang menyiapkan
tugasan ini. Kami juga banyak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar yang sangat
berharga daripada beliau sepanjang menyiapkan kerja kursus pendek ini. Selain itu
juga , nasihat serta sokongan beliau amat berguna sepanjang menyiapkan kerja kursus
ini.
Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada ibubapa kami yang turut serta
membantu dalam aspek kewangan dan motivasi sepanjang kami melaksanakan
tugasan ini. Dan tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan yang sama-sama
memberikan kerjasama kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini, terima kasih
diucapkan.
Sehubungan itu, kami berharap dengan menyiapkan tugasan ini, dapatlah kamimempertingkatkan kualiti dan kredibiliti diri kami dalam memperkasakan ilmu
pengetahuan bersandarkan ilmu pendidikan agama islam yang ada serta dapat
mengaplikasikan kepada pelajar-pelajar yang akan datang agar dapat menjadi modal
insan yang cemerlang dari semua aspek.
Akhir kata, kami begitu berbesar hati kepada pembaca yang turut bersama untuk
mendapatkan ilmu berkaitan pendidikan agama islam ini walaupun hanya sedikit untuk
dijadikan petunjuk pada masa hadapan dan sekarang demi membina suasana dan
methodologi pembelajaran yang efektif dan sistematik. Sekian, terima kasih.
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
2/31
2
PENDAHULUAN
Al-Quranul Karim boleh ditakrifkan sebagai Kalamullah yang diturunkan kepada
junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W melalui malaikat Jibril a.s. dan melalui Nabi
Muhammad S.A.W. disampaikan kepada umat manusia. Al-Quran adalah kitab suci
yang terakhir diturunkan sebagai pembimbing manusia ke jalan yang benar.
Firman Allah Taala :
(Surah Al-Isra: 9)
Maksudnya: Sesungguhnya al-Quran ini menunjukkan ke jalan yang paling lurus dan
memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh, bahawa
bagi mereka ganjaran yang besar.
Selain daripada itu, Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud:
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah Taala, maka baginya satu
kebajikan, dan satu kebajikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak
mengatakan Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim
satu huruf.
(Riwayat Ibnu Masud)
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
3/31
3
1.0 Pengertian Rasm
Rasm ialah pembentukan lafaz atau perkataan melalui penggabungan huruf-
huruf hijaiyah atau gambaran-gambaran kalimah yang seterusnya dapat dituturkan. Ia
juga boleh diertikan sebagai apa sahaja yang berkaitan dengan apa-apa jenis khat.
1.1 Pengertian Rasm Uthmani (Istilahi)
Rasm Uthmani ialah suatu ilmu yang membincangkan kaedah penulisan
kalimah-kalimah ayat Al-Quran yang digunakan dan telah dipersetujui oleh Saidina
Uthman ketika penyalinan dan penulisan Al-Quran. Ia juga ditakrifkan sebagai satu ilmu
untuk mengetahui perbezaan antara mashaf-mashaf Rasm Uthmani dengan Rasm
Qiyasi. Dr. Syaban Muhammad Ismail mendefinisikan dengan lebih terperinci sebagai
satu keterangan yang membicarakan mengenai mashaf-mashaf yang ditulis pada
zaman Sayyidina Uthman r.a dan diutus ke kota-kota Islam ketika itu. Rasm Uthmani
juga dikenali sebagai Rasm Istilahi kerana dinisbahkan kepada para sahabat yang
bertanggungjawab untuk menulis mashaf-mashaf dengan menggunakan rasm tersebut.
Di samping itu, ia juga dinamakan dengan Rasm Tauqifi kerana kebanyakan
ulama berpendapat bahawa rasm tersebut merupakan kaedah yang diajarkan oleh
Rasulullah S.A.W dan bagindalah yang memerintahkan supaya ia digunakan dalam
penulisan al-Quran pada ketika itu.
1.2 Pengertian Rasm Imlai (Qiasi)
Rasm Qiyasi ialah membentuk atau menggambarkan satu kalimah dengan huruf
ejaannya, dengan mengambil kira cara untuk memulakan dan berhenti pada kalimahtersebut. Ia juga ditakrifkan dengan membentuk atau menggambarkan satu kalimah
berpandukan huruf-huruf ejaannya, supaya bersesuaian antara tulisan kalimah tersebut
dengan sebutannya. Rasm ini juga dinamakan sebagai Rasm ImlaI iaitu penulisan
yang berpandukan kepada huruf-huruf ejaannya. Oleh sebab itu, cara penulisannya
tidak dikaitkan dengan ziyadah, hadhaf, ibdal dan sebagainya.
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
4/31
4
Kesimpulannya, Rasm Uthmani ialah tulisan asal al-Quran yang diwahyukan
oleh Allah s.w.t. kepada Rasullullah s.a.w. dan rasm inilah yang digunakan oleh para
sahabat untuk menulis ayat-ayat al-Quran, dan dinisbahkan kepada Saidina Uthman
pula adalah kerana beliaulah yang mengarahkan supaya al-Quran disalin semula
kepada beberapa buah mashaf dngan menggunakan rasm tersebut.
2.0 Sejarah Penulisan & Perkembangan Rasm Uthmani
TAHAP PERTAMA
Zaman Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wa sallam. Pada tahap ini penyandaran pada
hafalan lebih banyak daripada penyandaran pada tulisan kerana hafalan para Sahabat
Radhiyallahu anhum sangat kuat dan cepat disamping sedikitnyaorang yang mampu
membaca dan menulis Bahkan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk menulis juga tidak
begitu banyak. Oleh kerana itu siapa saja dari kalangan mereka yang mendengar satu ayat, dia
akan terus menghafalnya atau menuliskannya dengan kelengkapan seadanya di pelepah
kurma, potongan kulit, permukaan batu atau tulang belikat unta. Jumlah para penghafal Al-
Quran sangat banyak.
Dalam kitab Shahih Bukhari [1] dari Anas Ibn Malik Radhiyallahu anhu bahawasanya Nabi
Sallallahu alaihi wa sallam mengutus tujuh puluh orang yang disebut Al-Qurra. Mereka
dihadang dan dibunuh oleh penduduk dua desa dari suku Bani Sulaim ; Ril dan Dzakwan
berdekatan sumur Maunah. Namun dikalangan para sahabat selain mereka masih banyak para
penghafal Al-Quran, seperti Khulafa' Ar Rasyidin, Abdullah Ibn Masud, Salim yang pernah
menjadi hamba Abu Hudzaifah, Ubay Ibn Kaab, Muadz Ibn Jabal, Zaid Ibn Tsabit dan Abu
Darda Radhiyallahu anhum.
TAHAP KEDUA
Pada zaman Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu anhupada tahun 12 Hijriyah.
Penyebabnya adalah : Pada perang Yamamah banyak dari kalangan Al-Qurra yang terbunuh,
di antaranya Salim bekas hamba Abu Hudzaifah ; salah seorang yang Rasulullah Shallallahu
alaihi wa sallam memerintahkan untuk mengambil pelajaranAl-Quran darinya.
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
5/31
5
Maka Abu Bakar Radhiyallahu anhu memerintahkan untuk mengumpulkan Al-Quran agar
tidak hilang. Dalam kitab Shahih Bukahri [2] disebutkan, bahwa Umar Ibn Khattab
mengemukakan pandangan tersebut kepada Abu Bakar Radhiyallahu anhu setelah selesainya
perang Yamamah. Abu Bakar tidak mahu melakukannya kerana takut dosa, sehingga Umar
terus-menerus mengemukakan pandangannya sampai Allah Subhanahu wa Taala
membukakan pintu hati Abu Bakar untuk hal itu, dia lalu memanggil Zaid Ibn Tsabit
Radhiyallahu anhu. Di samping Abu Bakar bediri Umar, Abu Bakar mengatakan kepada Zaid :
Sesunguhnya engkau adalah seorang yang masih muda dan cerdik akalnya, kami tidak
meragukannmu, engkau dulu pernah menulis wahyu untuk Rasulullah Shallallahu alaihi wa
sallam, maka sekarang carilah Al-Quran dan kumpulkanlah!, Zaid berkata : Maka akupun
mencari dan mengumpulkan Al-Quran dari pelepah kurma, permukaan batu dan dari hafalan
orang-orang lain.Mushaf tersebut berada di tangan Abu Bakar hingga dia wafat, kemudian
dipegang oleh Umar hingga wafatnya, dan kemudian di pegang oleh Hafsah Binti Umar
Radhiyallahu anhuma. Diriwayatkan oleh Bukhari secara panjang lebar.
Kaum muslimin pada waktu itu seluruhnya sepakat dengan apa yang dilakukan oleh Abu
Bakar. Mereka menganggap perbuatannya itu sebagai nilai positif dan keutamaan bagi Abu
Bakar, sehingga Ali Ibn Abi Thalib Radhiyallahu anhu mengatakan : Orang yang paling besar
pahalanya pada mushaf Al-Quran adalah Abu Bakar, semoga Allah Subhanahu wa Taala
memberi rahmat kepada Abu Bakar kerana, dialah orang yang pertama kali mengumpulkan
Kitab Allah Subhanahu wa Taala.
TAHAP KETIGA
Pada zaman Amirul Mukminin Uthman Ibn Affan Radhiyallahu anhu, iaitu pada tahun 25
Hijriyah. Sebabnya adalah perbezaan kaum muslimin pada dialek bacaan Al-Quran sesuai
dengan perbezaan mushaf-mushaf yang berada di tangan para sahabat Radhiyallahu anhum.
Hal itu dikhuatirkan akan menjadi fitnah, maka Uthman Radhiyallahu anhu memerintahkan
untuk mengumpulkan mushaf-mushaf tersebut menjadi satu mushaf sehingga kaum muslimin
tidak berbeza bacaannya kemudian bertengkar pada Kitab Allah Subhanahu wa Taala dan
akhirnya berpecah belah.
Dalam kitab Sahih Bukhari [3] disebutkan, bahwasanya Hudzaifah Ibnu Yaman
8/13/2019 KKP Rasm Uthamani PPISMP
6/31
6
Radhiyallahu anhu datang menghadap Uthman Ibn Affan Radhiyallahu anhu dari perang
pembebasan Armenia dan Azerbaijan. Dia khuatir melihat perbezaan mereka pada dialek
bacaan Al-Quran, dia katakan : Wahai Amirul Mukminin, selamatkanlah um