kkbi lengkap pim 3102 pendidikan al-quran (rasm uthmani)

Download KKBI Lengkap PIM 3102 Pendidikan Al-quran (Rasm Uthmani)

Post on 02-Jan-2016

125 views

Category:

Documents

18 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ini ialah kerja kursus berasaskan ilmu yang lengkap bagi subjek PIM 3102 Pendidikan al-Quran yang bertajuk Rasm Uthmani

TRANSCRIPT

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH

PIM 3103 PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH2012

PENGHARGAANAlhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, akhirnya dapat juga saya menyiapkan Tugasan Kerja Kursus Pendek bagi subjek Pengajian Al-Quran Sekolah Rendah (PIM 3103) yang diberikan ini dalam tempoh masa yang telah diberikan.Pertama kalinya saya ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada pensyarah yang amat saya hormati iaitu Ustaz Suhaimi Bin Ramli yang memberi seberapa banyak maklumat yang berguna untuk saya isikan ke dalam kerja kursus ini.Saya juga banyak mendapat pengalaman yang sangat berharga daripada beliau sepanjang menyiapkan kerja kursus pendek ini. Selain itu juga , nasihat serta sokongan beliau amat saya hargai sepanjang menyiapkan kerja kursus ini.Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada ibubapa saya yang turut membantu dalam aspek kewangan dan motivasi sepanjang saya melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan yang sama-sama memberikan kerjasama kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.Saya berharap dengan menyiapkan tugasan ini, dapatlah saya mempertingkatkan kualiti dan kredibiliti diri saya dalam mengejar ilmu pengetahuan bersandarkan ilmu pendidikan agama Islam yang ada serta dapat mengaplikasikan kepada pelajar-pelajar yang akan datang agar dapat menjadi modal insan yang cemerlang dari semua aspek.Akhir kata, sayabegitu berbesar hati kepada pembaca yang turut bersama untuk mendapatkan ilmu berkaitan pendidikan agama Islam ini walaupun hanya sedikit untuk dijadikan petunjuk pada masa hadapan dan sekarang demi membina suasana dan methodologi pembelajaran yang efektif dan sistematik.Sekian, terima kasih.

Pengenalan Rasm Uthmani.Menurut Haji Abdul Qadir Leong (2000), Kalimah Rasm bermaksud penulisan. Penulisan adalah berhubung dengan ejaan huruf-huruf yang membentuk perkataan dalam ayat dari segi penggunaan, penyusunan, penyambungan dan pemisahan. Ilmu Rasm merupakan satu ilmu yang membincangkan kaedah serta cara penulisan huruf-huruf dan kalimah-kalimah Al-Quran. Ilmu ini disebut juga sebagai Rasm Uthmani. Penyeragaman kaedah penulisan Rasm Uthmani bertujuan untuk mengekalkan dan memelihara ketepatan bacaan qiraat tujuh yang mutawatir daripada Rasulullah s.a.w. dan menyatukan kaum muslimin dari segi pembacan al-Quran. Ia juga berpandukan kepada dialek kaum Quraisy yang menjadi asas kaedah penulisan yang telah ditentukan oleh Saidina Uthman bin Affan. Maka dengan itulah rasm ini juga dikenali dengan nama Rasm Uthmani bersempena dengan Saidina Uthman yang telah menentukan kaedah dan asas penulisan Mashaf al-Quran dan beliau pada ketika itu merupakan khalifah Islam yang ketiga.Hukum mempelajarinya adalah Fardhu Kifayah.Konsep Rasm Uthmani dan sejarahnya.Pengumpulan Dan Penyalinan Al-Quran.Allah s.w.t. telah menjamin akan menjaga kesucian dan kemurnian Al-Quran, iaitu melalui firman-Nya : Maksudnya :Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memeliharanya.

Justeru itu, Al-Quran pasti terselamat daripada sebarang usaha pemalsuan, penambahan atau pengurangan. Ini jelas apabila kajian sejarah membuktikan bahawa proses pengumpulan dan penulisan Al-Quran yang menjamin kesucian dan kemurniannya berlaku secara menyakinkan.Terdapat tiga peringkat pengumpulan Al-Quran iaitu :1. Zaman Rasulullah s.a.w.2. Zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a.3. Zaman Khalifah Usman bin Affan r.a.

1. Pengumpulan Pertama : Zaman Rasulullah s.a.w.Rasulullah adalah insan pertama yang mengumpulkan Al-Quran. Pengumpulan Al-Quran pada zaman Rasulullah melalui dua cara iaitu :

i. Pengumpulan dalam dada berupa penghafalan dan penghayatan.Al-Quran diturunkan kepada Nabi s.a.w. yang ummi iaitu tidak tahu membaca dan menulis. Oleh itu, perhatian Nabi s.a.w. ditumpukan sekadar menghafal dan menghayatinya, agar baginda dapat menguasai Al-Quran dengan tepat seperti mana yang disampaikan oleh malaikat Jibrail a.s. Setelah itu, baginda membacakannya kepada para sahabat dengan terang dan jelas agar mereka juga dapat menghafal dan menghayatinya.

Wahyu Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat. Setiap kali wahyu diterima, Rasulullah s.a.w. akan membacanya kepada para sahabat dan mengulanginya beberapa kali agar dapat dihafal oleh mereka. Para sahabat sentiasa bersaing untuk menghafal dan menjaga hafalan mereka supaya tidak hilang dari ingatan mereka. Oleh itu, Al-Quran pada zaman itu turut terpelihara dan terkumpul dalam dada-dada para sahabat.

ii. Pengumpulan dalam bentuk tulisan.Antara keistimewaan Al-Quran ialah pengumpulannya dalam bentuk tulisan. Rasulullah s.a.w. sangat memberi perhatian kepada penyalinan Al-Quran. Baginda mempunyai beberapa orang penulis wahyu. Setiap kali wahyu diturunkan, baginda akan memerintahkan mereka menulisnya. Penulis-penulis tersebut adalah para sahabat yang dipilih oleh Rasulullah daripada kalangan yang terbaik dan cantik tulisannya agar tugasan tersebut dapat dilaksanakan dengan baik.

Antara para sahabat yang terkenal sebagai penulis wahyu pada zaman itu ialah :1. Abu Bakar As-Siddiq2. Omar bin Al-Khattab3. Osman bin Affan4. Ali bin Abu Talib5. Ubai bin Kaab6. Zaid bin Thabit7. Zubair bin Al-Awwam8. Muawiyah bin Abi SufianPara penulis wahyu ini mendapat petunjuk secara terus daripada Rasulullah mengenai cara penulisan dan panduan bagi meletakkan ayat-ayat dalam surah-surah tertentu. Pada peringkat ini, penulisan Al-Quran tidaklah bererti dilakukan oleh sekumpulan di atas satu bahan tetapi Al-Quran ditulis pada pelbagai bahan seperti kayu, batu, tulang, pelepah tamar dan sebagainya. Kemudian ayat-ayat yang ditulis pada pelbagai bahan ini dikumpulkan untuk peringkat selanjutnya.Ayat-ayat Al-Quran yang tercatat di atas ketulan-ketulan batu, pelepah tamar, tulang belulang unta dan kulit biri-biri yang telah kering dan kepingan-kepingan kayu disimpan di dalam rumah Rasulullah sendiri.Terdapat juga sebahagian para sahabat mengambil inisiatif tersendiri dengan menuliskan ayat Al-Quran untuk simpanan mereka sendiri tanpa diarahkan oleh Nabi. Menyedari akan hal itu,Rasulullah s.a.w. menegah para sahabat daripada menyalin perkara selain daripada Al-Quran termasuklah hadis-hadis baginda. Arahan ini bertujuan untuk menjamin kemurnian dan kesahihan ayat-ayat Al-Quran daripada bercampur dengan sesuatu yang lain daripadanya. Maka dengan sebab itu, Al-Quran terus terpelihara kemurniannya sejak dari awal lagi.Kesimpulannya, pengumpulan Al-Quran pada zaman Rasulullah s.a.w. secara penulisan telah pun wujud secara tersusun tetapi pada masa itu ia masih lagi belum dikumpulkan di dalam satu mashaf. Ini adalah berdasarkan kepada keadaan di waktu itu yang mana wahyu masih lagi diturunkan.iii. Sebab Al-Quran tidak dikumpulkan dalam satu mashaf pada zaman Nabi s.a.w.Ketika Rasulullah wafat, Al-Quran sedia kukuh terpelihara dalam dada-dada para sahabat. Namun dari sudut penulisannya, Al-Quran masih lagi berada dalam keadaan lembaran-lembaran yang terpisah antara satu sama lain, ia belum lagi dikumpulkan dalam satu buku atau mashaf yang lengkap berserta ayat-ayat dan surah-surah yang tersusun. Keadaan yang berlaku ini mempunyai hikmah-hikmahnya yang tertentu memandangkan Al-Quran merupakan kalam yang diturunkan oleh Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Antara sebab mengapa Al-Quran tidak dikumpulkan dalam satu mashaf pada zaman Rasulullah ialah :

a) Kaedah penurunan Al-Quran adalah secara beransur-ansur dan tidak sekali gus. Oleh itu mustahil untuk membukukannya dalam masa tersebut sebelum selesai keseluruhan penurunannya.

b) Terdapat sebahagian ayat yang diturunkan lebih awal telah dimansukhkan apabila diturunkan ayat terkemudian yang menasakhkannya. Oleh itu mustahil untuk membukukannya dalam masa tersebut kerana ini boleh menyebabkan berlakunya banyak pindaan dan pembatalan terhadap penulisanAl-Quran.

c) Susunan ayat dan surah di dalam Al-Quran adalah tidak berdasarkan urutan waktu ia diturunkan. Sebahagian ayat ada yang diturunkan pada saat terakhir wahyu tetapi urutannya ditempatkan pada surah-surah yang terawal. Oleh itu, mustahil untuk membukukannya dalam tempoh penurunannya kerana itu juga boleh menyebabkan berlakunya banyak pindaan dan perubahan pada susunan penulisannya.

d) Tempoh turun wahyu terakhir dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. adalah terlalu singkat. Oleh itu dalam masa yang sesingkat ini tidak memungkinkan ia untuk disusun lalu dibukukan dengan segera.

e) Ketiadaan faktor-faktor yang mendorong untuk mengumpulkan Al-Quran menjadi satu mashaf sebagaimana yang berlaku pada zaman Abu Bakar As-Siddiq. Ini kerana ketika hayat Rasulullah terdapat ramai sahabat yang menghafal Al-Quran sebaik sahaja ia diturunkan sehingga tidak wujud sebarang kepentingan untuk mendesak kepada penulisannya. Ini berbeza selepas kewafatan Rasulullah kerana kemunculan banyak fitnah seumpama peperangan yang menyebabkan ramai penghafal Al-Quran yang gugur syahid sehingga mendorong Abu Bakar melaksanakan rancangan pengumpulan Al-Quran dalam satu mashaf kerana khuatir ia akan lenyap dengan ketiadaan para penghafalnya.

Oleh itu setelah segala-galanya stabil iaitu dengan berakhirnya penurunan serta wafatnya Rasulullah maka tiada lagi perkara dikhuatiri akan menjejaskan pembukuannya. Inilah yang diilhamkan oleh Allah s.w.t kepada Khulafak Ar-Rasyidin yang mendapat hidayah langsung daripadaNya sehingga timbul idea untuk membukukan Al-Quran dalam satu mashaf bermula dengan pengumpulannya oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq.2. Pengumpulan Kedua : Zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq.

a. Faktor utama pengumpulan Al-Quran : Perang al-Yamamah Peringkat kedua pengumpulan Al-Quran ialah pada zaman Khalifah Abu Bakar iaitu selepas kewafatan Rasulullah. Peringkat ini disebut oleh sebahagian para ulamak sebagai peringkat pengumpulan ayat-ayat Al-Quran di dalam mashaf. Pengumpulan ini merupakan berikutan daripad