pengurusan bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembejaran lebih...

26
IMPLIKASI BILIK DARJAH MESRA BUDAYA Sepanjang menjalankan program Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) sebanyak 4 kali dari semester 1 hingga semester 4 , saya dapat melihat pelbagai senario - senario yang berlaku di sekolah yang banyak memberi pengalaman yang bermakna dan juga ilmu yang bermanfaat untuk digunakan semasa bergelar guru kelak.Saya berasa amat bertuah kerana saya telah memlih sekolah yang berlainan dari aspek lokus sekolah dari pusat bandar, taraf sosial , tahap pencapaian sekolah , dan juga jenis sekolah ( satu bangsa atau berlainan bangsa ) .Pengalaman manjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) banyak membantu saya dalam memberi gambaran tentang konsep kelas mesra budaya yang sebanar.Antara sekolah yang pernah dihadiri oleh saya semasa Program Berasaskan Sekolah ( PBS ) ialah : a) Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan ( Majoriti taraf sosial pelajar rendah , Lokus sekolah jauh dari pusat bandar ,tahap pencapaian sekolah rendah , sekolah satu bangsa ( melayu sahaja). b) Sekolah Desa Pahlawan ( Majoriti taraf social pelajar sederhana , lokus sekolah jauh dari pusat Bandar , tahap pencapain sekolah sederhana , sekolah pelbagai bangsa ( melayu , india , kadazan , murut , iban) c) Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian Tiga (Majoriti taraf social pelajar tinggi , lokus sekolah di pusat bandar , tahap

Upload: muhammad-zulfaris-omar

Post on 13-Aug-2015

331 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Adalah Amat Penting Dalam Pengajaran Dan Pembejaran Lebih (Autosaved) 1

IMPLIKASI BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Sepanjang menjalankan program Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) sebanyak

4 kali dari semester 1 hingga semester 4 , saya dapat melihat pelbagai senario -

senario yang berlaku di sekolah yang banyak memberi pengalaman yang bermakna

dan juga ilmu yang bermanfaat untuk digunakan semasa bergelar guru kelak.Saya

berasa amat bertuah kerana saya telah memlih sekolah yang berlainan dari aspek lokus

sekolah dari pusat bandar, taraf sosial , tahap pencapaian sekolah , dan juga jenis

sekolah ( satu bangsa atau berlainan bangsa ) .Pengalaman manjalani program

Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) banyak membantu saya dalam memberi

gambaran tentang konsep kelas mesra budaya yang sebanar.Antara sekolah yang

pernah dihadiri oleh saya semasa Program Berasaskan Sekolah ( PBS ) ialah :

a) Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan ( Majoriti taraf sosial pelajar rendah , Lokus

sekolah jauh dari pusat bandar ,tahap pencapaian sekolah rendah , sekolah satu

bangsa ( melayu sahaja).

b) Sekolah Desa Pahlawan ( Majoriti taraf social pelajar sederhana , lokus sekolah

jauh dari pusat Bandar , tahap pencapain sekolah sederhana , sekolah pelbagai

bangsa ( melayu , india , kadazan , murut , iban)

c) Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian Tiga (Majoriti taraf social pelajar tinggi ,

lokus sekolah di pusat bandar , tahap pencapain sekolah tinggi , sekolah satu

bangsa ( melayu sahaja)

Page 2: Pengurusan Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Adalah Amat Penting Dalam Pengajaran Dan Pembejaran Lebih (Autosaved) 1

IMPLIKASI POSITIF KEJAYAAN MEWUJUDKAN KELAS MESRA BUDAYA

Zulhilmi Paidi dan Rohani Abd Ghani (2005) menyatakan guru merupakan suatu

profesion yang bertanggungjawab mendidik manusia. . Kejayaan guru dalam

mewujudkan kelas mesra budaya mendatangkan pelbagai implikasi positif yang sudah

tentunya akan membantu untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek JERIS

seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan . Proses kemenjadian

insan yang sempurna yang dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah secara tidak

langsung akan menjadikan iklim sekolah lebih kondusif dan seterusnya akan

mewujudkan satu institusi masyarakat yang harmonis dan yang lebih besar akan

menjadikan negara lebih aman dan sejahtera .Begitu hebat implikasi yang dapat dilihat

sekiranya kelas mesra budaya berjaya dilaksanakan dengam sempurna oleh guru.

Kejayaan guru dalam mewujudkan kelas mesra budaya bermula dengan kajian

mengenai latar belakang pelajar , taraf sosio ekonomi, tempat tinggal, budaya, adat

resam, kepercayaan, dan agama dimana unsur-unsur ini akan membantu guru untuk

memberikan layanan yang lebih adil kepada individu pelajar (Norati. A Rashid dan Boon

Pong Ying , 2011: 1). Hakikatnya situasi ini benar – benar berlaku di dalam bilik darjah ,

di mana jika dilihat tidak semua pelajar di dalam satu bilik darjah tidak sama dari aspek

bentuk komunikasi , agama , taraf sosial , lokus kenegerian dan agama . Kesedaran

guru tentang kepelbagaian sosio budaya dan keazaman mereka untuk membantu

pelajar inilah yang akan membentuk bilik darjah yang mesra budaya dimana guru

berjaya menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang bermanfaat kepada semua

pelajar walaupun terdapat pelbagai sosio budaya di dalam bilik darjah .

Page 3: Pengurusan Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Adalah Amat Penting Dalam Pengajaran Dan Pembejaran Lebih (Autosaved) 1

Berikut merupakan beberapa senario yang sering berlaku di dalam bilik darjah serta

bagaimana guru mengaplikasikan konsep mesra budaya serta implikasinya kepada

pelajar :

a) Situasi 1 : Guru mengendalikan pelajar pemulihan ( lemah , lembap )

Lokasi : Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan ( PBS Semester 1 )

Pelajar lemah atau lembap merupakan salah satu golongan minoriti pelajar

dalam satu bilik darjah yang memerlukan kelainan keperluan pembelajaran bagi

mencapai tahap pembelajaran yang optimum seperti majoriti pelajar di dalam

satu bilik darjah.

Pengalaman menjalani program PBS di Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan amat

bermakna kepada saya.Ini adalah kerana di sekolah ini saya dapat melihat

situasi pengendalian pelajar pemulihan yang berbeza dan lebih sistematik

berbanding sekolah lain.Di sekolah ini , pelajar pemulihan yang juga merupakan

salah satu daripada golongan minotiti ini tidak dibiarkan terus keciciran dalam

pelajaran sebaliknya guru kelas akan memastikan pelajar pemulihan mendapat

hasil pembelajaran yang optimum sebagaimana majoriti pelajar di dalam bilik

darjah. Pelajar yang dikesan sedikit terkebelakang dalam sesuatu pembelajaran

akan terus disalurkan didalam kelas pemulihan.Setelah itu guru kelas bukan

sahaja lepas tangan tentang pembelajaran pelajar pemulihan kepada guru

pemulihan tetapi guru kelas akan terus memantau rekod pembelajaran pelajar –

pelajar pemulihan ini daripada guru pemulihan dari masa ke semasa.

Di sekolah ini ,sumber pembelajaran bagi pelajar pemulihan ini divariasikan lagi

daripada pelajar perdana.Ini adalah kerana secara teorinya , pelajar perdana

akan mencapai hasil pembelajaran yang optimum dengan hanya mendengar

penjelasan dan beberapa contoh oleh guru .

Page 4: Pengurusan Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Adalah Amat Penting Dalam Pengajaran Dan Pembejaran Lebih (Autosaved) 1

Situasi ini jauh berbeza dengan pelajar pemulihan dimana untuk mencapai hasil

pembelajaran yang optimum , mereka bukan sahaja memerlukan penjelasan

yang jelas daripada guru malah mereka memerlukan satu bahan maujud yang

boleh merangsang sensori – sensori mereka supaya apa yang dipelajari lekat di

memori mereka sebagai ingatan jangka masa panjang.Dengan menvariasikan

sumber pengajaran ini , guru tidak perlu lagi mengulang isi pelajaran yang sama

pada sesi pembelajaran yang berikutnya dan boleh meneruskan kepada isi

pelajaran yang baru.

Terdapat banyak implikasi yang akan terhasil apabila guru mengamalkan konsep

mesra budaya seperti dalam situasi di atas .Implikasi yang paling jelas yang

dapat dilihat ialah dari sudut sikap pelajar pemulihan itu sendiri. Senario yang

akan terpapar di minda kita tentang kelas pemulihan ialah satu bilik darjah yang

suram , sebuah bilik darjah yang pasif , dan hanya wujud komunikasi satu hala di

dalam bilik darjah . Senario ini akan berbeza sama sekali sekiranya guru

mangamalkan konsep mesra budaya seperti yang diamalkan dalam situasi di

atas Keperihatinan guru terhadap pelajar pemulihan ini dan keazaman guru

untuk membantu mereka mencapai tahap pembelajaran yang optimum

sebenarnya menjadi satu motivasi intrinsit yang mendorong mereka untuk belajar

bersungguh-sungguh.Hasilnya , pelajar dalam golongan ini tidak akan merasa

rendah diri untuk belajar malah konsep mesra budaya yang diamalkan guru ini

akan membantu pelajar ini membentuk satu persepsi yang positif dalam diri

pelajar pemulihan ini terhadap diri mereka menjadikan mereka lebih yakin pada

kemampuan diri mereka.

Page 5: Pengurusan Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Adalah Amat Penting Dalam Pengajaran Dan Pembejaran Lebih (Autosaved) 1

Konsep mesra budaya jika diamalkan dengan sempurna sebagaimana situasi

diatas akan turut memberi impak yang positif kepada persekitaran

sekolah.Persekitaran sekolah akan menjadi lebih harmonis kerana pelajar yang

merupakan golongan majoriti sesebuah sekolah menjadi golongan yang

mencintai ilmu kesan daripada konsep mesra budaya guru yang diamalkan yang

memastikan semua pelajar tidak kira berbeza tahap kognitifnya mencapai tahap

pembelajaran yang optimum setiap kali sesi P & P. Dengan itu , mereka akan

sudah tentunya akan berusaha untuk menjaga persekitaran fizikal mahupun

persekitaran sosio emosi sekolah agar mereka tidak akan mengalami sebarang

gangguan semasa proses P & P di dalam bilik darjah . Situasi ini juga secara

tidak langsung akan membentuk satu institusi masyarakat yang saling membantu

membantu sesama mereka.Ini adalah kerana konsep mesra budaya yang

diamalkan oleh guru didalam bilik darjah yang membantu golongan yang

kelainan keperluan dalam bilik darjah akan turut dicontohi oleh pelajar untuk

diaplikasikan dalam sistem hidup bermasyarakat dalam kehidupan

mereka.Dimana mereka juga akan turut membantu ahli dalam masyarakat

mereka yang memerlukan bantuan dengan hati yang terbuka.Rentetan daripada

itu akan wujudlah satu institusi masyarakat yang harmonis dan saling bantu

membantu antara satu sama lain.

b) Situasi 2 : Guru mengendalikan pelajar berlainan kelas sosial

Lokasi : Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 ( PBS Semester 4 )

Guru yang bijak dan proaktif tidak akan melihat pelajar mereka dari segi luaran

sahaja untuk menentukan taraf sosial pelajar dalam bilik darjah mereka.. Malah

guru yang sedar akan sosio budaya akan berusaha untuk mendapatkan maklumat

peribadi murid. Dengan memperoleh maklumat peribadi murid maka guru itu akan

dapat merancang pembelajaran yang sesuai dan memberikan layanan yang adil

terhadap semua lapisan kelas sosial pelajar yang terdapat dalam bilik darjah

mereka.

Page 6: Pengurusan Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Adalah Amat Penting Dalam Pengajaran Dan Pembejaran Lebih (Autosaved) 1

Pengalaman menjalani program PBS di sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 amat

memberi makna kepada saya kerana ia banyak mengajar saya tentang bagaimana

untuk mengendalikan pelajar yang berlainan kelas sosial yang terdapat dalam satu bilik

darjah.Sekolah ini merupakan sebuah sekolah elit yang majoriti pelajarnya mempunyai

taraf sosial yang tinggi ( sila lihat lampiran satu ) . Walaubagaimanapun , masih lagi

kedapatan golongan minoriti pelajar yang mempunyai taraf sosial yang rendah di dalam

satu bilik darjah. Dengan mengaplikasikan konsep mesra budaya di dalam kelas guru

dapat memastikan berlaku kesamarataan peluang pendidikan kepada semua pelajar di

dalam bilik darjah mereka..Antara salah satu cara yang dilakukan oleh salah seorang

guru di sekolah ini ialah dengan cuba memaksimumkan penggunaan bahan terbuang

untuk dijadikan bahan untuk aktiviti pelajar.Dengan cara ini pelajar dalam kelas sosial

yang rendah atau tinggi akan dapat bersama – sama belajar untuk mendapat hasil

pembelajaran yang optimum.Selain itu di dalam bilik darjah guru juga banyak

menggandingkan pelajar – pelejar yang mempunyai taraf sosial yang tinggi dan rendah

semasa melaksanakan aktiviti semasa sesi P & P.Dengan cara ini mereka akan

menjalinkan satu hubungan yang baik sesama mereka dan seterusnya dapat

mengelakkan daripada wujud perasaan prejudis sesama mereka.

Pelajar selaku asset utama yang boleh dikategorikan sebagai pelanggan bagi setiap

guru dalam bilik darjah. merupakan golongan pertama yang akan mendapat implikasi

yang positif daripada pengamalan kosep mesra budaya di dalam bilik darjah. Pelajar di

dalam sesebuah kelas terutamanya pelajar dalam kategori taraf sosial yang rendah

akan seronok dan teruja untuk belajar.Mereka tidak akan merasa rendah diri dengan

kedaifan sosio ekonomi yang dihadapi dan mereka tidak akan lagi menjadikan taraf

sosial yang rendah sebagai halangan untuk mendapat pelajaran yang sempurna.Selain

itu dengan mengaplikasikan konsep mesra budaya seperti situasi diatas , pelajar dari

kedua-kedua kumpualan sosial ini akan menjalinkan hubungan yang erat sesama

mereka dan secara tidak langsung dapat mengelakkaan daripada wujudnya perasaan

prejudis sesame mereka.

Page 7: Pengurusan Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Adalah Amat Penting Dalam Pengajaran Dan Pembejaran Lebih (Autosaved) 1

Sekolah juga akan menjadi sebuah institusi ilmu yang lebih harmonis sekiranya konsep

mesra budaya seperti situasi di atas terus diamalkan.Ini adalah kerana semua pelajar

menghormati dan saling menyayangi antara satu sama lain tanpa mengira aspek kelas

sosial.Ini juga secara tidak langsung dapat mansifarkan kes buli yang biasanya

dihadapi oleh pelajar dalam kelas sosial yang rendah . Masyarakat juga akan

mendapat implikasi positif daripada pengamalan konsep mesra budaya di dalam bilik

darjah seperti situasi di atas.Sikap positif pelajar terhadap golongan yang berlainan

kelas sosial yang ditanam oleh guru dalam konsep mesra budaya yang diamalkan akan

turut menjadi contoh kepada ibu bapa mereka yang merupakan salah satu golongan

daripada institusi masyarakat.Rentetan daripada itu akan lahir satu institusi masyarakat

yang harmonis dimana mereka akan saling menghormati antara satu sama lain serta

tidak prejudis walaupun berlainan dalam aspek kelas sosial .

c) Situasi 3 : Guru mengendalikan pelajar kelainan lokus kenegerian

Lokasi : Sekolah Kebangsaan Desa Pahlawan( PBS Semester 1 )

Kelainan lokus kenegerian akan wujud di dalam kelas sekiranya terdapat pelajar

dari negeri lain berpindah ke sekolah di negeri lain .Perbezaan lokus kenegerian

secara tidak langsung juga akan membawa kelainan dalam aspek bahasa

komunikasi dan budaya di dalam bilik darjah.

Pengalaman menjalani program PBS di Sekolah Kebangsaan Desa Pahlawan

banyak memberi input yang berguna kepada saya dalam aspek pengendalian

pelajar yang berbeza dalam aspek lokus kenegerian.Ini adalah kerana majoriti

ibu bapa pelajar di sekolah ini bekerja sebagai askar yang datang dari pelbagai

negeri yang secara tidak langsung membawa perbezaan dalam aspek bahasa

komunikasi dan budaya di dalam bilik darjah

Page 8: Pengurusan Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Adalah Amat Penting Dalam Pengajaran Dan Pembejaran Lebih (Autosaved) 1

Antara cara pengendalian pelajar yang berbeza lokus kenegerian yang

dijalankan oleh salah seorang guru di sekolah ini ialah menggunakan bahasa

standart sepanjang semasa memberi penerangan dalam sesi P & P . Langkah

guru ini bertepatan dengan konsep mesra budaya kerana semua pelajar dapat

memahami isi pelajaran yang ingin disampaikan kerana bahasa standart

biasanya difahamani oleh semua pelajar walaupun berbeza lokus

kenegerian.Selain itu guru di sekolah ini juga akan menerapkan unsur-unsur

budaya bagi negeri semasa sesi P & P.

Golongan pertama yang akan mendapat implikasi daripada pengaplikasian

konsep mesra budaya seperti situasi di atas ialah pelajar selaku asset utama

seorang guru.Penggunaan bahasa standart di dalam kelas akan memudahkan

pelajar untuk memahami isi pelajaran yang ingin disampakan oleh guru. Ini

adalah kerana komunikasi secara lisan ini hanya berkesan sekiranya idea atau

maklumat diterima oleh pelajar-pelajar dengan jelas dan mudah difahami. Selain

itu , unsur mesra budaya melalui penerapan unsur budaya negeri semasa sesi P

& P akan menjadikan pelajar merasakan diri mereka dihargai walaupun mungkin

mereka hanya golongan minoriti didalam bilik darjah.Sekolah juga akan terkesan

dengan konsep mesra budaya yang diamalkan seperti situasi diatas dimana

suasana sekolah akan menjadi lebih berilmiah kerana semua pelajar walaupun

berbeza lokus kenegerian akan menerima ilmu yang sama dan berpeluang

memberi pendapat kerana tidak berlaku halangan komunikasi sepanjang sesi P

& P .Seterusnya masyarakat juga akan mendapat implikasi positif dari

pengamalan konsep mesra budaya dalam situasi di atas . Hubungan dalam

masyarakat secara tidak langsung akan menjadi lebih erat dengan penerapan

unsur budaya bagi negeri yang diamalkan dalam konsep mesra budaya seperti

situasi di atas.

Page 9: Pengurusan Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Adalah Amat Penting Dalam Pengajaran Dan Pembejaran Lebih (Autosaved) 1

IMPLIKASI NEGATIF KEGAGALAN MEWUJUDKAN KELAS MESRA BUDAYA

Kegagalan guru mewujudkan kelas mesra akan membentuk pelbagai implikasi negative

kepada pelajar , sekolah dan negera. Kegagalan mewujudkan kelas mesra budaya ini

sebenarnya berpunca daripada kegagalan guru dalam menerima pelajar sebagai

individu yang unik yang berbeza dari aspek bentuk komunikasi , agama , taraf sosial ,

lokus kenegerian dan agama . Berikut merupakan beberapa senario kegagalan guru

mengaplikasikan konsep mesra budaya yang sering serta implikasinya kepada pelajar :

a) Situasi 1 : Guru mengendalikan pelajar yang tingkah laku bermasalah

Lokasi : Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan ( PBS Semester 1 )

Menurut Atkinson (1990), tingkah laku bermasalah adalah merupakan

tingkahlaku yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu

masyarakat.Tingkah laku bermasalah boleh merangkumi tingkah laku destruktif,

tingkah laku desruptif, pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan,

tingkah laku pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri . Kegagalan guru

dalam mengendalikan pelajar yang mempunyai tingkah laku bermasalah dengan

konsep mesra budaya akan menyebabkan pelbagai implikasi negative kepada

pelajar , sekolah dan juga masyarakat.

Semasa menjalani program PBS di sekolah ini , saya dapat melihat bagaimana

kegagalan guru dalam mewujudkan kelas yang mesra budaya memberi implikasi

yang begitu maksima sepanjang sesi P & P. Salah seorang guru di sekolah ini

telah gagal mengamalkan konsep mesra budaya di dalam kelasnya.Beliau hanya

memarahi dan mendenda pelajar yang mempunyai tingkah laku bermasalah ini

tanpa cuba memahami keperluan pelajar.

Page 10: Pengurusan Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Adalah Amat Penting Dalam Pengajaran Dan Pembejaran Lebih (Autosaved) 1

Rentetan daripada itu bukan sahaja murid yang mempunyai masalah tingkah laku

ini sahaja tidak memperoleh ilmu yang ingin disampaikan malah murid yang tidak

bermasalah tidak boleh mencapai hasil pembelajaran yang optimum kerana turut

terganggu degan sikap guru yang terlalu autokratik.

Sikap guru yang tidak mesra budaya seperti situasi di atas akan mendatangkan

implikasi yang begitu maksima terutamanya kepada pelajar.Sikap guru yang

terlalu autokratik dan langsung tidak cuba untuk mewujudkan budaya penyayang

di dalam bilik menyababkan pelajar terutamanya pelajar yang mempunyai

tingkah laku bermasalah tidak akan berminat lagi untuk belajar.Ini adalah kerana

mereka merasakan guru tidak lagi mengambil berat tentang diri mereka ,

sebaliknya selalu mendenda mereka bertubi-tubi tanpa cuba memahami sebab

mereka menimbulkan tingkah laku bermasalah tersebut.

Sekolah juga secara tidak langsung akan mendapat implikasi negatif daripada

sikap guru yang tidak mesra budaya seperti situasi di atas.Sekolah yang

sepatutnya menjadi satu tempat perolehan ilmu yang kondusif menjadi kacau

bilau kerana kegagalan guru untuk mengaplikasikan konsep mesra budaya untuk

mengawal tingkah laku pelajar-pelajar bermasalah ini.Kegagalan guru dalam

pengendalian pelajar bermasalah tingkah laku ini dengan bijak dan proaktif

menyebabkan mereka memberontak , dimana mereka bukan sahaja

menimbulkan masalah tingkah laku di dalam bilik darjah malah mereka turut

menimbulkan masalah di luar bilik darjah .

Masyarakat juga akan turut merasakan implikasi negatif daripada kegagalan guru

mewujudkan kelas yang mesra budaya.

Page 11: Pengurusan Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Adalah Amat Penting Dalam Pengajaran Dan Pembejaran Lebih (Autosaved) 1

Suasana hidup bermasyarakat tidak lagi harmonis rentetan daripada kebanjiran

gejala bermasalah dalam masyarakat yang hadir dari pelajar yang gagal

dimodifikasikan tingkah laku bermasalah yang dihadapinya di sekolah. Suasana

ini secara tidak langsung akan mengurangkan program program bersama dalam

kalangan masyarakat kerana banyak masa telah dihabiskan untuk menyelesaikan

masalah yang ditimbulkan oleh pelajar.

b) Situasi 2 : Guru mengendalikan pelajar yang berlainan bangsa

Lokasi : Sekolah Kebangsaan Desa Pahlawan ( PBS Semester 1 )

Sekolah Kebangsaan Desa Pahlawan merupakan sekolah yang terdiri

daripada pelbagai bangsa .Rentetan daripada itu , semasa menjalani

program PBS di sekolah ini , saya dapat melihat bagaimana pengendalian

pelajar yang berlainan bangsa yang telah dilaksanakan di sekolah ini.Di

sekolah ini pelajar yang berlainan bangsa hanya akan ditempatkan pada

satu kelas sahaja bagi setiap tahun tanpa dicampur dengan bangsa

melayu yang merupakan bangsa majoriti di sekolah tersebut.Pengendalian

seperti ini sebenarnya tidak menepati konsep mesra budaya , dimana

pengendalian seperti ini seakan akan ingin menyekat interaksi antara 2

bangsa yang berlainan.Pengendalian seperti ini juga tidak adil kepada

kumpulan bangsa minority.Ini adalah kerana mereka tidak akan dinaikkan

ke kelas yang lebih cemerlang sekiranya memperoleh keputusan yang

cemerlang dalam peperiksaan.

Pengendalian bagi pelajar yang berlainan bangsa yang tidak mesra

budaya yang diamalkan seperti situasi diatas banyak memberi impak

terutamanya kepada pelajar yang menjadi pelanggan tetap bagi guru di

dalam bilik darjah.

Page 12: Pengurusan Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Adalah Amat Penting Dalam Pengajaran Dan Pembejaran Lebih (Autosaved) 1

Pengendalian yang tidak mesra budaya seperti situasi di atas akan

menyebabkan golongan bangsa minority hilang rasa keterujaan untuk

belajar . Ini adalah kerana mereka akan tetap berada di kelas yang sama

walaupun mempamerkan keputusan yang cemerlang di dalam

peperiksaan. Sekolah juga akan turut merasakan implikasi negatif daripada

pengendalian pelajar yang berlainan bangsa seperti situasi di

atas.Suasana sekolah yang sepatutnya harmonis dengan pertembungan

antara kumpulan bangsa yang berlainan menjadi sebaliknya dimana akan

wujud kelompok – kelompok pelajar mengikut bangsa kesan daripada

pengasingan mengikut bangsa yang telah dibuat oleh guru sekolah

tersebut.Pengendalian yang tidak mesra budaya seperti situasi di atas

akan melahirkan satu institusi masyarakat yang prejudis antara satu sama

lain.Ini adalah kerana meraka tidak diberi berpeluang berinteraksi dan

mengenali adat dan resam dalam bangsa mereka dari sekolah lagi.

c) Situasi 3 : Guru mengendalikan pelajar yang berbeza tahap kognitif

Lokasi : Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan ( PBS Semester 1 )

Guru adalah golongan manusia yang memberi kesan yang besar terhadap

perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap manusia.Kegagalan

guru dalam memahami keperluan pelajar dalam pendidikan akan

mengahalang pelajar daripada mencapai hasil pembelajaran yang

optimum.

Semasa menjalankan program PBS di Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan ,

saya melihat beberapa situasi yang jelas berlaku ketidakadilan bagi pelajar

yang mempunyai tahap kognitif yang tinggi dan rendah.Saya melihat ,

kebanyakkan guru hanya mengambil berat terhadap para pelajar yang

pandai dan rajin dalam kelas. Ini kerana mereka mengkatogerikan pelajar

tersebut sebagai pelajar dari keluarga yang berlatarkan sosio ekonomi serta

sosio budaya yang tinggi.

Page 13: Pengurusan Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Adalah Amat Penting Dalam Pengajaran Dan Pembejaran Lebih (Autosaved) 1

Manakala bagi pelajar yang ditempatkan di kelas terakhir mereka diberi

layanan ala kadar sahaja. Ini kerana guru tersebut beranggap bahawa latar

belakang mereka amat rendah dan pelajar yang rendah sosio ekonominya

tidak akan ada niat untuk belajar.

Kegagalan guru dalam mengaplikasikan konsep mesra budaya seperti

situasi di atas akan membawa implikasi negatif kepada pelajar.Jarak antara

2 kelompok pelajar berlaianan tahap kognitif ini akan menjadi lebih jauh.

Lantaran itu, pelajar kelas akhir akan berasa tidak bermakna berada di

sekolah , dianggap pelajar “bermasalah” dan akhirnya akan bertingkah laku

sebagaimana jangkaan guru (Norati. A Rashid dan Boon Pong Ying ,

2011:1) . Persekitaran sekolah juga akan terkesan dengan kegagalan guru

mengaplikasikan konsep mesra budaya di dalam bilik darjah seperti situasi

di atas.Di mana persekitaan sekolah yang sepatutnya harmonis dengan

persaingan yang sihat antara pelajar 2 golongan pelajar yang berbeza tahap

kognitif ini tidak akan wujud kerana pelajar yang mempunyai tahap kognitif

yang rendah tidak lagi berminat untuk belajar kesan daripada sikap guru

yang langsung tidak mengamalkan budaya penyayang seperti dalam situasi

di atas.

Page 14: Pengurusan Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Adalah Amat Penting Dalam Pengajaran Dan Pembejaran Lebih (Autosaved) 1

LANGKAH DAN TINDAKAN UNTUK MEWUJUDKAN KELAS MESRA BUDAYA

Guru adalah golongan manusia yang memberi kesan yang besar terhadap

perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap manusia. Sistem pendidikan di

Malaysia mendukung Dasar Wawasan Negara yang mana mahu menjadikan Malaysia

sebuah Negara yang maju, bersatu padu, mempunyai masyarakat yang berkeyakinan

dan dilengkapi dengan nilai berfikiran terbuka, bertolak ansur, penyayang, saksama,

serta progresif dan makmur. Dengan ini guru mempunyai cabaran yang besar untuk

merialisasikan dasar ini apabila berhadapan dengan pelajar yang mempunyai

kepelbagaian sosio-budaya didalam bilik darjah. Untuk merealisasikan dasar itu guru

perlu bijak dan proaktif dalam merancang pengajaran bagi mewujudkan kelas mesra

budaya.

Salah satu langkah untuk mewujudkan mewujudkan kelas yang mesra budaya ialah

dengan pemilihan objektif pengajaran yang sesuai setiap kali sesi pengajaran

dijalankan. Langkah ini adalah amat penting kerana murid-murid di dalam kelas

mempunyai pelbagai tahap kecerdasan yang berbeza, ini bermakna kesediaan belajar

mereka juga berbeza.Perkara ini perlu diberi pertimbangan oleh guru, terutama murid-

murid yang lambat. Sekiranya guru mengabaikan mereka, mereka akan terus

ketinggalan dan berkemungkinan akan menjadi murid tercicir. Fahaman guru terhadap

perbezaan kesediaan belajar membolehkan guru melayani murid secara individu atau

kumpulan mengikut kaedah yang berbeza(Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad

Subki Bin Miskon, 2010: ).Oleh itu dalam merangka objektif pengajaran dan

pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan murid disamping

menyediakan latihan atau aktiviti yang sesuai dengan kumpulan yang berbeza

keupayaan supaya murid yang lambat tidak terus tertinggal dan murid yang pandai

tidak merasa bosan.

Page 15: Pengurusan Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Adalah Amat Penting Dalam Pengajaran Dan Pembejaran Lebih (Autosaved) 1

Pemilihan kaedah yang sesuai merupakan salah satu langkah untuk mewujudkan kelas

yang mesra budaya.Kesedaran guru tentang kepentingan kesedaran kepelbagaian

sosio budaya menjadikan mereka lebih peka dalam pemilihan kaedah yang sesuai bagi

membantu murid – murid dalam memahami kepelbagaian budaya (Norati. A Rashid dan

Boon Pong Ying , 2011: 1). Satu strategi yang sesuai digunakan ialah pembelajaran

kopertif. Melalui struktur pembelajaran koperatif , pelajar dalam kumpulan heterogenous

dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman , belajar bersama – sama , saling

membantu dan berinteraksi untuk memastikan pencapaian kumpulan. Pelajar yang

mempunyai pelbagai latar belakang , etnik , taraf sosial dan pencapaian dapat saling

belajar dan mengenali budaya secara tidak langsung. Kesedaran budaya mikro

kumpulan etnik yang berbeza dapat membantu mengeratkan hubungan dan

mewujudkan kerjasama dan toleransi yang diperlukan dalam masyarakat majmuk

(Norati. A Rashid dan Boon Pong Ying , 2011: 1)

Selain itu , pemilihan bahan sumber yang baik juga banyak membantu untuk

mewujudkan kelas mesra budaya.. Menurut Noriati ( 2011), pemilihan bentuk sumber

yang dapat diterima , tidak bias dan prejudis perlu diutamakan. Contoh yang berkaitan

dengan pengalaman harian pelajar akan meningkatkan motivasi pelajar. Ini secara

automatik akan meningkatkan pembelajaran murid – murid. Pembelajaran berkesan

berlaku berdasarkan pengetahuan dan budaya seseorang pelajar. Contohnya, jika

sebuah kelas mengandungi tiga jenis kaum utama maka isi pelajaran yang disampaikan

perlulah dikaitkan dengan ketiga – tiga etnik tersebut. Sekirannya, hanya satu kaum

dominan di kelas dan jika selainnya terdiri daripada etnik minoriti, pelajar minoriti juga

perlu diberikan perhatian ketika isi pelajaran disampaikan. Guru akan menyelitkan

nama – nama watak , tempat makanan dan perayaaan etnik minoriti bersama kaum

dominan dalam isi pelajaran mereka supaya murid – murid minat dengan penyampaian

mereka. Guru juga akan sentiasa mengelakkan unsur – unsur negatif dan sensitif bagi

mana – mana etnik. Ekoran itu, guru juga akan sentiasa mendapatkan maklumat yang

tepat mengenai sesuatu etnik. Pemilihan sumber yang merangkumi penggunan bahasa

dan istilah yang tidak sensitif juga perlu diberi perhatian.

Page 16: Pengurusan Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Adalah Amat Penting Dalam Pengajaran Dan Pembejaran Lebih (Autosaved) 1

Persekitaran iklim fizikal bilik darjah yang baik dan kondusif juga banyak membantu

guru untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya. Kondusif mengikut takrifan

berdasarkan Cambridge Advance Learner’s Dictionary (2004) membawa maksud

menyediakan keadaan yang betul dan dapat memberi rangsangan untuk memastikan

sesuatu yang berlaku (Priceton University,2003). Dalam konteks iklim pembelajaran

yang kondusif pula, United Sates Department of Educatian (USDE) telah mentakrifkan

iklim yang kondusif untuk pembelajaran yang berkesan merupakan suatu bentuk

persekitaran yang menarik dengan reka bentuk dan pengurusan kemudahan yang

sempurna dan mengambil kira penghuni serta aktiviti di dalamnya. Oleh yang

demikian, dengan adanya kebijaksanaan seseorang guru dalam mewujudkan iklim

fizikal bilik darjah yang kondusif dan sesuaimaka akan lahir suasana sosioemosi yang

selesa dan seterusnya dapat menjurus ke arah untuk mewujudkan persekitaran yang

mesra budaya. Contohnya, kedudukan murid di dalam bilik darjah perlulah

seimbang.Misalnya, murid melayu duduk bersebelahan dengan murid berbangsa

cina ataupun india. . Di setiap baris dan lajur kedudukan di dalam bilik darjah

perlulah mempunyai variasi murid agar kemesraan antara setiap budaya dapat

diwujudkan..

Keadaan fizikal yang baik sahaja tidak mencukupi untuk mewujudkan persekitaran yang

kondusif untuk pembelajaran.Persekitaran sosio emosi yang berkesan juga banyak

membantu membina bilik darajah yang mesra budaya.Motivasi atau kuasa dalaman

akan membangkit , mengarah , dan mengawal minat dan tingkah laku murid ( Woolfolk ,

1990 ) .Langkah yang pertama ialah dengan mewujudkan suatu keadaan yang

harmonis dan ceria agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan

berkesan. Sebelum melakukan pengajaran, guru perlu melihat bagaimana suasana

emosi dalam bilik darjah. Langkah ini akan mempengaruhi pembelajaran murid dan

membolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat

menyesuaikan diri dalam bilik darjah.

Page 17: Pengurusan Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Adalah Amat Penting Dalam Pengajaran Dan Pembejaran Lebih (Autosaved) 1

Kaedah main juga banyak membantu dalam mewujudkan suasana sosio emosi yang

harmonis di dalam bilik darjah .Untuk itu ,guru perlu kreatif dalam mengajar dan

mengaitkan isi pelajaran dengan permainan yang menarik dan menyeronokkan. Kajian

membuktikan bermain itu adalah satu keperluan kanak-kanak dan juga membenarkan

mereka melakukan aktiviti yang kreatif. Kanak-kanak yang suka bermain

menggalakkan interaksi sosial dan dapat mengawal emosi murid itu secara semula jadi

dan ini adalah kerana bermain adalah proses spontan yang dapat menghasilkan

pengalaman, pembelajaran dan kemahiran.

Page 18: Pengurusan Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Adalah Amat Penting Dalam Pengajaran Dan Pembejaran Lebih (Autosaved) 1

RUMUSAN

Kesimpulannya kesedaran guru dan kebijaksanaan guru dalam menangani

kepelbagaian sosio budaya di dalam bilik darjah amat penting dalam untuk mewujudkan

kelas mesra budaya. Dalam konteks kepelbagaian ini, dimana pertumbuhan dan

perkembangan seseorang pelajar itu mempunyai kesan yang sangat kuat dalam

menyusuri arus pembelajaran mereka. Ia juga adalah satu impak yang sangat penting

kepada pelajar untuk mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di

sekolah. Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian pelajar

yang wujud sekarang bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan

juga pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar

belakang keluarga, sosioekonomi dan terutama sekali kepada gaya pembelajaran

setiap daripada mereka dengan menitikberatkan kepada minat, bakat, pengalaman kita

perlu meneroka bagi menampung perbezaan perbezaan individu yang wujud di dalam

bilik darjah dan untuk memberikan peluang yang terbaik kepada semua pelajar bagi

mencapai kejayaan. Oleh yang demikian untuk memahami dan menyelaraskan proses

pengajaran dan pembelajaran dalam amalan disekolah yang lebih afektif berdasarkan

kepada situasi kepelbagaian pelajar yang wujud dalam dunia pendidikan sekarang

adalah melalui pemahaman terhadap perbezaan individu iaitu latar belakang tentang

kepelbagaian pelajar dan gaya pengajaran guru serta gaya pembelajaran pelajar itu

sendiri.Dengan cara ini tidak akan wujud isu ketaksamaan peluang pendidikan dalam

kalangan murid yang berbeza sosio budayanya secara tidak langsung akan wujudlah

kelas mesra budaya seperti yang diinginkan.

Page 19: Pengurusan Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Adalah Amat Penting Dalam Pengajaran Dan Pembejaran Lebih (Autosaved) 1