pengertian psikologi pendidikan

4
Topik 1 Latihan 1 Pengertian Psikologi Pendidikan Psikologi Pendidikan ialah penggabungan bidang psikologi dan pendidikan, iaitu kajian saintifik terhadap tingkah laku murid dalam situasi pendidikan .aspek aspek psikologi dalam kajian meliputi tingkahlaku murid terhadap segala aktiviti pengajaran –pembelajaran dalam situasi bilik darjah. Atan Long (1976) menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji tingkahlaku pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah .Smith ( 1978) menjelaskan psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik terhadap tingkahlaku dalam pendidikan, termasuk prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk mrnyelesaikan masalah pendidikan. Slavin (1991) menyatakan psikologi pendidikan ialah kajian tentang murid ,pengajaran dan pembelajaran yang mengfokus proses proses pengetahuan kemahiran nilai dan sikap dialihkan daripada guru kepada murid dalam bilik darjah termasuk aplikasi prinsip-prinsip psikologi dalam pengajaran . Ilmu psikologi merangkumi pelbagai topic yang boleh diaplikasikan didalam berbagai-bagai bidang khasnya bidang pendidikan seperti pemikiran dan tingkahlaku manusia terhadap pembelajaran. Kebanyakan teori berladaskan hipotesis yang mengandungi andaian-andaian berdasarkan daripada perhatian atau pengalaman yang serupa.Hipotesis merupakan andaian-andaian yang belum dapat dibuktikan, manakala teori merupakan definisi yang dibentuk daripada kajian saintifik.

Upload: dbc2704

Post on 06-Jun-2015

12.771 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGERTIAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Topik 1Latihan 1

Pengertian Psikologi Pendidikan

Psikologi Pendidikan ialah penggabungan bidang psikologi dan pendidikan, iaitu kajian saintifik terhadap tingkah laku murid dalam situasi pendidikan .aspek aspek psikologi dalam kajian meliputi tingkahlaku murid terhadap segala aktiviti pengajaran –pembelajaran dalam situasi bilik darjah.

Atan Long (1976) menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji tingkahlaku pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah .Smith ( 1978) menjelaskan psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik terhadap tingkahlaku dalam pendidikan, termasuk prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk mrnyelesaikan masalah pendidikan.

Slavin (1991) menyatakan psikologi pendidikan ialah kajian tentang murid ,pengajaran dan pembelajaran yang mengfokus proses proses pengetahuan kemahiran nilai dan sikap dialihkan daripada guru kepada murid dalam bilik darjah termasuk aplikasi prinsip-prinsip psikologi dalam pengajaran .

Ilmu psikologi merangkumi pelbagai topic yang boleh diaplikasikan didalam berbagai-bagai bidang khasnya bidang pendidikan seperti pemikiran dan tingkahlaku manusia terhadap pembelajaran.

Kebanyakan teori berladaskan hipotesis yang mengandungi andaian-andaian berdasarkan daripada perhatian atau pengalaman yang serupa.Hipotesis merupakan andaian-andaian yang belum dapat dibuktikan, manakala teori merupakan definisi yang dibentuk daripada kajian saintifik.

Untuk membentuk teori pembelajaran pelbagai jenis penyelidikan telah dikaji dan digunakan .Secara keseluruhannya jenis-jenis penyelidikan boleh digolongkan dalam dua kategori yang utama

a)Penyelidikan KuantitatifPenggunaan data untuk menjelaskan fenomena pembelajaran.Ia merangkumi kajian pembolehubah –pembolehubah yang dikawal atau tidak dikawal

b)Penyelidikan KualitatifPenggunaan bahasa untuk menjerlaskan fenomena pembelajaran yang mempunyai cirri khusus yang kompleks.Ia merangkumi teknik mpemerhatian kajian kes dan interview.

Page 2: PENGERTIAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Konsep Psikologi Pendidikan

Psikologi pendidikan ialah satu displin ilmu yang mengkaji tingkahlaku murid dngan aplikasi prinsip-prinsip psikologi ke atas segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam situasi bilik darjah .

Menurut Banks dan Thompson (1995) psikologi adalah pengetahuan mengenai kajian tingkahlaku manusia dan pendidikan adalah profesion yang mengkaji dan membina metodologi dalam pengajaran dan pembelajaran dibilik

Kepentingan Pendidikan Psikologi

Matlamat pendidikan psikologi ialah untuk memahami tingkahlaku murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui pemerhatian oleh guru.Dengan cara ini ,guru dapat membina kebolehan membuat jangkaan tingkahlaku alternative yang diperlukan untuk menggantikan tingkahlaku yang tidak dikehendaki.

Kepentingan psikologi pendidikan kepada guru ialah:-

a)memberikan ilmu pengetahuan tentang teori dan prinsip psikologi kepada guru supaya mengamalkannya dalam bilik darjah

b)Menyedarkan guru terhadap perbezaan individu dari segi mental, fizikal, minat demi membolehkan mengajar murid-murid mengikut kebolehan mereka dengan menggunakan aktiviti kumpulan.

c)Membekalkan ilmu pengetahuan tentang tingkahlaku murid agarmembolehkan guru mencegah masalah displin yang tidak diingini dalam bilik darjah dengan berkesan .

d)melengkapkan ilmu psikologi murid tentang sahsiahnya dapat membantu guru membentuk personality mereka yang sihat dan konsep kendiri yang positif dengan bimbingan yang wajar.

e)melengkapkan guru dengan teori dan prinsip psikologi akan membantunya meningkatkan kualiti pengajaran dalam bilik darjah.

f)memberikan guru kefahaman tentang naluri dan keperluan murid akan membantu guru penggunakan teknik motivasi yang berkesan serta mewujudkan hubungan baik diantara guru dan muridnya.

g)Psikologi pendidikan membekalkan guru dengan ilmu pengetahuan ,kemahiran dan sikap mengajar yang berguna dalam aktiviti pendidikan.

Page 3: PENGERTIAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Aktiviti Berkaitan Dengan Psikologi

Aktiviti yang berkaitan dengan psikologi adalah seperti tabiat membaca, tabiat suka mengira, mendengar muzik, minat bersukan , seni dan berkarya.Melalui kebolehan-kebolehan ini, guru mestilah mengenalpasti kebolehan setiap murid-murid adalah berlainan antara satu sama yang lain.Sekaligus guru dapat membantu sahsiah murid serta memperkembangkan potensi murid dalam diri mereka. Sehubungan itu guru juga kan dapat menyelesaikan masalah dalam bilik darjah dengan mudah.

Aktiviti Berkaitan Dengan Bukan Psikologi

Aktiviti berkaitan dengan bukan psikologi adalah seperti kajian tentang hidupan laut dan marin, kajian tentang alam sekitar, kajian pembangunan dan kajian masyarakat dan sosial, Aktiviti ini bukan Psikologi kerana bidang-bidang kajian tersebut bukan mengkaji mengenai tingkahlaku manusia sebagaimana seperti pendapat-pendapat ahli falsafah di atas. Ini kerana bidang-bidang tersebut mengkaji kepentingan dan keperluan dalam hidup manusia sejagat. Unsur-unsur seperti menangani masalah yang berkaitan sehingga lah kepada aspek yang memberi manfaat kepada manusia itu sendiri. Contohnya manusia membuat pembangunan adalah untuk tujuan memberi keselesaan dan kemudahan kepada masyarakat.Disamping itu timbul juga masalah daripada pembangunan tersebut seperti masalah setinggan, masalah jenayah dan kemiskinan hidup masyarakat.Tanpa mengira aspek-aspek psikologi masyarakat itu sendiri, misalnya rumah flat yang dibina saiznya amat kecil tidak dapat menampung saiz keluarga yang besar. Secara tidak langsung akan wujudnya masalah seperti kesesakan dalam isirumah , penempatan bilik untuk anak perempuan dan anak lelaki.