kepentingan psikologi dan kurikulum dalam pendidikan

32

Click here to load reader

Upload: zaraqartika

Post on 07-Dec-2014

487 views

Category:

Documents


27 download

DESCRIPTION

Kepentingan Psikologi Dan Kurikulum Dalam Pendidikan

TRANSCRIPT

Page 1: Kepentingan Psikologi Dan Kurikulum Dalam Pendidikan

KEPENTINGAN PSIKOLOGI DAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKANKDPM-KDC KEMAS /JAPNIN/SEDIDIK AMBILAN NOV 2012

Pengenalan

Psikologi Pendidikan ialah penggabungan bidang psikologi dan pendidikan, iaitu

kajian saintifik terhadap tingkah laku murid dalam situasi pendidikan .Aspek aspek

psikologi dalam kajian meliputi tingkahlaku murid terhadap segala aktiviti pengajaran –

pembelajaran dalam situasi bilik darjah. Menurut Atan Long (1976) menghuraikan

psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji tingkahlaku pelajar dalam suasana

pembelajaran dalam bilik darjah . Smith ( 1978) menjelaskan psikologi pendidikan

sebagai kajian saintifik terhadap tingkahlaku dalam pendidikan, termasuk prinsip-prinsip

dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk menyelesaikan

masalah pendidikan. Selain itu, Slavin (1991) menyatakan psikologi pendidikan ialah

kajian tentang murid ,pengajaran dan pembelajaran yang mengfokus proses proses

pengetahuan kemahiran nilai dan sikap dialihkan daripada guru kepada murid dalam

bilik darjah termasuk aplikasi prinsip-prinsip psikologi dalam pengajaran. Secara

kesimpulan atau keseluruhan, pengertian psikologi boleh dikatakan psikologi

pendidikan merupakan kajian saintifik tentang tingkah laku dan pemikiran manusia yang

berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan prinsip-

prinsip yang menggalakkan peningkatan pembelajaran.

1.1. Definisi Psikologi

Psikologi adalah perkataan yang berasal daripada tamadun Greek purba, iaitu

daripada perkataan “psyche” dan “logos” . ' “Psyche” bermaksud “jiwa” dan 'logos'

bermaksud “kajian mengenai sesuatu”. Oleh itu, psikologi boleh diertikan sebagai satu

kajian mengenai sesuatu yang memberi kesan kepada jiwa seseorang. Merujuk kepada

Kamus Dewan, psikologi didefinisikan sebagai Kajian tentang proses mental dan

pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola

pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan

kebijaksanaan memahami sifat manusia” Daripada definisi tersebut, dapat dirumuskan

1

Page 2: Kepentingan Psikologi Dan Kurikulum Dalam Pendidikan

KEPENTINGAN PSIKOLOGI DAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKANKDPM-KDC KEMAS /JAPNIN/SEDIDIK AMBILAN NOV 2012

bahawa “kajian mengenai sesuatu” yang dimaksud oleh perkataan “logos” ialah kajian

mengenai pemikiran yang dapat mempengaruhi sikap dan perlakuan organisme.

1.2. Konsep Psikologi Pendidikan

Psikologi pendidikan ialah satu displin ilmu yang mengkaji tingkahlaku murid

dengan aplikasi prinsip-prinsip psikologi ke atas apa jua aktiviti pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah . Menurut Banks dan Thompson (1995) psikologi

adalah pengetahuan mengenai kajian tingkahlaku manusia dan pendidikan adalah

profesion yang mengkaji dan membina metodologi dalam pengajaran dan

pembelajaran. Borich dan Tombari (1977) menyatakan psikologi pendidikan ialah satu

disiplin yang memfokus kajian kepada pengetahuan teoretikal dan pengetahuan

empirikal mengenai pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ahli-ahli psikologi

mengaplikasikan prinsip psikologi pendidikan bagi mengkaji proses-proses

pertumbuhan dan perkembangan serta perbezaan individu, proses belajar, strategi

pengajaran dan pembelajaran dan kaedah untuk menilai pencapaian yang secara tidak

langsung dapat mengembangkan minat dan bakat murid supaya akhirnya dapat

membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Penjelasan di atas jelas membuktikan kepentingan psikologi dalam mengkaji

tingkah laku manusia yang sentiasa berkembang dengan pelbagai jenis pendekatan

yang digunakan. Antara pendekatan yang utama ialah pendekatan behaviorisme,

kognitivisme, humanistik, psikoanalitik dan pendekatan biologi. Kelima-lima prespektif

ini digunakan sebagai satu kanta bagi melihat tingkah laku manusia daripada beberapa

sudut yang berlainan. Ia juga memberi satu jalan bagi para penyelidik mempelajari

tingkah laku manusia dari sudut yang difikirkan sesuai. Setiap prespektif mempunyai

kebaikan masing-masing dan ia juga dapat menyumbangkan aspek-aspek baru tentang

tingkah laku manusia dari beberapa sudut yang berlainan.

Matlamat pendidikan psikologi ialah untuk memahami tingkahlaku murid dalam

proses pengajaran dan pembelajaran melalui pemerhatian oleh guru. Dengan cara

2

Page 3: Kepentingan Psikologi Dan Kurikulum Dalam Pendidikan

KEPENTINGAN PSIKOLOGI DAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKANKDPM-KDC KEMAS /JAPNIN/SEDIDIK AMBILAN NOV 2012

ini ,guru dapat membina kebolehan membuat jangkaan tingkahlaku alternatif yang

diperlukan untuk menggantikan tingkahlaku yang tidak dikehendaki.

1.3. Teori Perkembangan dan Pertumbuhan

Pengenalan

Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat penting

di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk perancangan kurikulum dan

mencipta teknik mengajar kepada semua pelajar di dalam pelbagai peringkat

perkembangan. Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua proses yang saling

berkait. Pengetahuan mengenai psikologi pertumbuhan dan perkembangan

membolehkan guru memahami perkembangan konsep yang dicapai oleh kanak-kanak

berbagai umur akan membolehkan guru merancang serta memilih bahan bacaan pada

peringkat kesukaran yang paling sesuai. Guru perlu mengetahui jenis minat yang

mungkin dibentuk oleh kanak-kanak berbagai peringkat umur untuk memberi dorongan

agar penyertaan pelajar yang berkesan dapat dijayakan di dalam bilik darjah. Menurut

Sharifah Alwiah Alsagof (1987) matlamat bidang psikologi pertumbuhan dan

perkembangan adalah :

i. Untuk beri pemerian yang paling tepat, objektif dan sempurna tentang

asal-usul fungsi biologi dan psikologi dan seterusnya untuk menentukan

jenis serta ciri-ciri perubahan umur di dalam fungsi-fungsi tersebut.

ii. Untuk memahami makanisme, proses dan penentu penentu tingkah laku.

iii. Untuk meramal tingkah laku.

1.3.1. Definisi Pertumbuhan

Kamarudin Husin (1997:4) pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang

boleh dinilai atau diukur satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain dari

satu jangka masa ke satu jangka masa yang lain. Selain itu, pertumbuhan juga

melibatkan perubahan dari segi kuantiti seperti berat badan, tinggi, lebar dada dan

sebagainya yang dapat dilihat pada sesuatu organisma dengan jelas. Menurut beliau

lagi pertumbuhan juga melibatkan perubahan struktur dan fungsi tubuh individu dalam 3

Page 4: Kepentingan Psikologi Dan Kurikulum Dalam Pendidikan

KEPENTINGAN PSIKOLOGI DAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKANKDPM-KDC KEMAS /JAPNIN/SEDIDIK AMBILAN NOV 2012

proses menuju kematangan. Menurut Atan Long pula pertumbuhan adalah perubahan

yang dapat diukur dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain. Kuantiti pertumbuhan

tersebut dapat dilihat dengan jelas daripada pengukuran yang dibuat dari masa ke

semasa. Arnold Gesell dalam Kamaruddin Husin (1997), mengatakan bahawa

pertumbuhan manusia adalah mengikut corak yang dapat ditelah. Beliau berpendapat

walaupun tidak terdapat dua individu yang benar-benar serupa tetapi semua kanak-

kanak yang normal cenderung untuk mengikuti susunan pertumbuhan secara umum

yang terjadi pada manusia.

1.3.2. Definisi Perkembangan

Perkembangan boleh didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku yang

tersusun dan teratur. Semua perubahan dalam perkembangan ini akan membantu

individu dalam proses menccapai kematangan. Perkembangan merupakan perubahan

kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif. Perubahan menunjukkan sifat yang

berbeza daripada tahap perkembangan yang terdahulu. Perkembangan juga adalah

sebagai perubahan pada struktur, pendapat dan tingkah laku individu. Ia terhasil

daripada fungsi biologi, faktor pemakanan dan pengaruh alam sekitar. Perkembanga

juga merupakan perubahan yan bersifat kualitatif tetapi dapat dilihat dengan

membandingkan sifat yang terdahulu dengan sifat yang terbentuk. Dengan kata lain,

perkembangan bo;eh juga dianggap sebagai proses di mana individu itu mencapai

kematangan, pengukuhan dan kestabilan. Menurut Crow dan Crow (1980),

perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah lebih

baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Manakala menurut Karl E. Garrison,

perkembangan adalah dihasilkan daripada tindakan yang saling berkaitan di antara

perkembangan jasmani dan pembelajaran. Sementara D.S Wright dan Ann Taylor

mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat

(baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan saling berkait serta

berhubung dengan pertambahan umur. Atan Long menerangkan perkembangan

merupakan perubahan yang bersifat kualiti. Perkembangan membawa sesuatu

organisma ke peringkat matang dan berterusan berlaku walaupun peringkat

kematangan telah dilampaui.4

Page 5: Kepentingan Psikologi Dan Kurikulum Dalam Pendidikan

KEPENTINGAN PSIKOLOGI DAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKANKDPM-KDC KEMAS /JAPNIN/SEDIDIK AMBILAN NOV 2012

1.3.3. Ciri-ciri Perkembangan

Di antara ciri-ciri perkembangan ialah:-

i. Secara umumnya perkembangan berlaku secara berperingkat-peringkat

iaitu bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua.

ii. Semua kanak-kanak mengikut perkembangan yang sama tetapi dalam

kadar yang berlainan.

iii. Proses perkembangan bersifat berterusan iaitu sepanjang hayat

seseorang individu itu.

iv. Perkembangan merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat

tindakan yang saling berkait di antara perkembangan jasmani dan

pembelajaran.

v. Perkembangan dipengaruhi faktor baka dan persekitaran. Baka

menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolong

perkembangan ke satu tahap maksimum.

vi. Perkembangan berlaku melaui perubahan dari segi bahasa, suara,

tingkah laku, cara berfikir, komunikasi dan sebagainya.

1.3.4. Perbezaan antara Pertumbuhan dan Perkembangan

Proses pertumbuhan dan perkembangan adalah dalam keadaan saling berkait

yang meliputi perubahan dari segi jasmani, emosi, mental dan sosial yang dapat diukur

dari segi kuantitatif dan kualitatif. Keselurauhan proses perubahan tersebut dinamakan

sebagai penyuburan. Perbezaan yang nyata di antara pertumbuhan dan perkembangan

dari segi jasmani, mental,emosi dan sosial.

5

Page 6: Kepentingan Psikologi Dan Kurikulum Dalam Pendidikan

KEPENTINGAN PSIKOLOGI DAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKANKDPM-KDC KEMAS /JAPNIN/SEDIDIK AMBILAN NOV 2012

Jadual 1: Perbezaan antara Pertumbuhan dan Perkembangan

1.4. Teori Perkembangan Arnold Gesell

Arnold Lucius Gesell (1880-1961), merupakan seorang ahli psikologi yang

mementingkan baka sebagai penggerak utama terhadap perkembangan seseorang

individu. Beliau mempercayai bahawa kematangan fizikal merupakan faktor utama di

dalam menentukan proses pembelajaran. Kebolehan kanak kanak akan muncul apabila

kanak-kanak sampai ke titik atau peringkat kematangan tertentu. Beliau berpendapat

semua perkembangan berlaku mengikut pola dan urutan , oleh itu perkembangan

tingkah laku kanak-kanak boleh diramalkan. Misalnya, semasa berumur 4 bulan, Ali

telah boleh merangkak, tingkah laku seterusnya ialah duduk dan mula belajar berdiri.

Gesell (1925), telah berjaya menghasilkan jadual perkembangan turutan tingkah laku

(perkembangan motor)

.

Peringkat perkembangan adalah berbeza-beza antara seorang individu dengan

individu lain. Ini kerana kadar pertumbuhan adalah berlainan bagi setiap individu.

Menurut Gesell, kanak-kanak sebelum berumur 2 tahun, tidak berkebolehan melukis

bulatan dan garisan melintang. Semasa berumur 2 hingga 4 tahun, mereka boleh

6

Page 7: Kepentingan Psikologi Dan Kurikulum Dalam Pendidikan

KEPENTINGAN PSIKOLOGI DAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKANKDPM-KDC KEMAS /JAPNIN/SEDIDIK AMBILAN NOV 2012

melakukannya dengan mudah. Semasa berumur 4 tahun, kanak-kanak belum

berkebolehan menyalin rajah berlian. Setiap kali seseorang kanak-kanak memasuki

satu peringkat perkembangan baru (awal kanak-kanak, pertengahan kanak-kanak dan

sebagainya), dia akan menunjukkan tingkah laku yang tidak stabil kerana dia perlu

mempelajari kemahiran koordinasi fizikal, temperamen, intelektual dan sikap. Beliau

juga menegaskan lima tahun pertama merupakan tapak perkembangan tingkah laku

dan aspek lain yang membawa kepada perkembangan seterusnya.

Buku beliau bertajuk “An Atlas of Infant behaviour”(1934) dan“Infantand

Child in the Culture of Today”(1943) beliau mempercayai bahawa perkembangan

berlaku secara dalaman. Ini bermakna,ciri-ciri yang tertentu akan muncul bila tiba

peringkat kematangan yang bersesuaian. Sekiranya otot,saraf,otak dan tulang tidak

bersedia atau tidak matang,peluang-peluang yang diberikan kepada kanak kanak untuk

belajar sesuatu kemahiran tidak akan mencapai hasil yang positif.

Menurut Gessell juga, faktor baka merupakan penggerak utama terhadap

perkembangan individu. Perkembangan menurutnya berlaku secara dalaman dan

mengikut pola serata urutan tertentu yang dikawal oleh kematangan. Oleh kerana

perkembangan kanak-kanak ini sudah ditentukan oleh pola, maka tingkah laku kanak-

kanak adalah senang untuk diramal. Gessell juga mengutarakan bahawa setiap individu

adalah unik dan seharusnya dihormati. Dengan ini kanak-kanak mestilah dibenarkan

berkembang mengikut tahap perkembangan di mana setiap kanak-kanak itu

mempunyai kelemahan dan kelebihan tersendiri.

Teori perkembangan Arnold Gesell berpendapat seseorang individu mampu

berkembang mengikut tahap umur dari satu peringkat kesatu peringkat mengikut kadar

perkembangan sendiri tanpa ada paksaan untuk mencapai perkembangan tersebut. Ini

kerana menurut Gesell proses perkembangan individu adalah dikawal oleh kematangan

atau fisiologi, selagi kematangan fisiologi tidak dicapai apa saja yang dilakukan tidak

akan berjaya. Oleh yang demikian itu, seseorang guru memainkan peranan yang

penting dalam membantu murid mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang

7

Page 8: Kepentingan Psikologi Dan Kurikulum Dalam Pendidikan

KEPENTINGAN PSIKOLOGI DAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKANKDPM-KDC KEMAS /JAPNIN/SEDIDIK AMBILAN NOV 2012

optimum dan memahami bahawa setiap murid perlu dibenarkan berkembang atau

melakukan sesuatu mengikut kadar perkembangan mereka sendiri.

Sehubungan itu untuk membantu murid mencapai tahap perkembangan ynag

optimum, guru mestilah mengetahui tahap perkembangan murid dan menghormati

keupayaan dan keunikan setiap murid. Guru juga tidak boleh terlalu mendesak murid

meakukan aktiviti yang sukar dan tidak bersesuaian dengan tahap perkembangan dan

kematangannya

Guru juga harus mengetahui perkembangan yang menyuluruh setiap murid,

Dengan pengetahuan ini, barulah guru dapat menyediakan aktiviti dan program yang

berkesan untuk para pelajar seterusnya meningkatkan keyakinan kanak- kanak ke arah

yang lebih progresif. Sikap guru yang prihatin ini akan dapat membantu murid mencapai

tahap perkembangan dan pertumbuhan yang optimum .

8

Page 9: Kepentingan Psikologi Dan Kurikulum Dalam Pendidikan

KEPENTINGAN PSIKOLOGI DAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKANKDPM-KDC KEMAS /JAPNIN/SEDIDIK AMBILAN NOV 2012

1.5 Teori Perkembangan Jean Piaget

Jean Piaget ialah ahli psikologi Swirtzerland yang telah cuba menjelaskan

tentang kaedah manusia mempersepsi ilmu dan membina hipotesis. Dia juga

menjelaskan bagaimana minda manusia membina skemata dan melaksanakan proses

asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu. Beliau mengasaskan teori

perkembangan kognitif manusia melalui peringkat-peringkat perkembangan. Menurut

Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir

sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk

memahami dan mengadaptasi perubahan- perubahan yang berlaku di persekitaran

9

Page 10: Kepentingan Psikologi Dan Kurikulum Dalam Pendidikan

KEPENTINGAN PSIKOLOGI DAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKANKDPM-KDC KEMAS /JAPNIN/SEDIDIK AMBILAN NOV 2012

mereka. Empat faktor telah dikenalpasti oleh Piaget yang saling berkait yang boleh

mempengaruhi pemikiran individu iaitu :-

i. Kematangan biologi

Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka / genetik

ii.      Interaksi individu dengan persekitaran

Individu berinteraksi dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara

yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat

yang didapati.

iii.    Pengalaman sosial

Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang di

persekitaran contoh ibu bapa, adik beradik, rakan, guru dan sebagainya.

iv.    Keseimbangan

Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu

untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami.

1.5.1. Proses Mencapai Keseimbangan

  Jean Piaget berpendapat setiap individu cenderung untuk memahami

persekitaran mereka. Kecenderungan untuk memahami sesuatu situasi dan

menyelesaikan sesuatu kekusutan sentiasa berlaku pada setiap individu. Seseorang itu

akan berasa kurang selesa seandainya berdepan dengan keadaan yang tidak terjangka

dan keadaan yang tidak menentu. Ketidakselesaan yang berlaku ini menyebabkan

individu itu terdorong untuk mencari penyelesaian atau keseimbangan. Pengalaman

yang diperolehi oleh seseorang individu akan disusun di dalam minda masing-masing

10

Page 11: Kepentingan Psikologi Dan Kurikulum Dalam Pendidikan

KEPENTINGAN PSIKOLOGI DAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKANKDPM-KDC KEMAS /JAPNIN/SEDIDIK AMBILAN NOV 2012

dan membentuk satu sistem yang di kenali sebagai skema. Proses penyusunan dan

pembentukan skema ini pula dipanggil organisasi.

            Apabila berdepan dengan sesuatu situasi yang memerlukan satu penyelesaian

seseorang individu itu akan menggunakan menggunakan skema-skema ini. Sebaik

sahaja seseorang individu dilahirkan, skema ini mula terbentuk. Bermula dengan

pembentukan skema yang mudah kemudian beransur kepada skema yang lebih

kompleks. Seseorang individu juga akan sentiasa mengalami situasi-situasi yang baru.

Pelbagai masalah akan dihadapi dalam situasi-situasi yang baru ini.Pengubahsuaian

skema yang lama  perlu dilakukan agar dapat diadaptasi dengan situasi baru

tersebut.Proses penukaran dan perubahan skema lama kepada yang baru atau dikenali

adaptasi akan melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu :

i. Asimilasi        

berlaku apabila pengalaman baru diterima dan penyesuaian pengalaman ini

dengan skema-skema yang telah sedia ada.

ii. Akomodasi    

berlaku apabila penukaran skema yang lama dapat dilakukan untuk

disesuaikan dengan pengalaman yang baru. Seterusnya skema baru akan

terbentuk setelah seseorang individu itu mengubah cara pemikirannya

berdasarkan pengalaman baru yang diterima.

            Menurut Piaget kognitif manusia perkembangannya secara berperingkat,

bersifat rasional dan intelek serta menjadi penggerak kepada kognitif masing-masing.

Proses pemikiran manusia sentiasa berubah dan cuba untuk memahami dan

mengadaptasi perubahan maklumat tersebut dengan persekitaran semasa individu.

Begitu juga dengan kanak-kanak, mereka membina skemata daripada pegalaman

persekitaran yang diperolehinya. Skemata-skemata ini akan berubah-ubah melalui

adaptasi kanak-kanak ke atas pengalaman-pengalaman baru yang dibina.

11

Page 12: Kepentingan Psikologi Dan Kurikulum Dalam Pendidikan

KEPENTINGAN PSIKOLOGI DAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKANKDPM-KDC KEMAS /JAPNIN/SEDIDIK AMBILAN NOV 2012

1.5.2. Tahap-tahap Perkembangan Kognitif Piaget

Jean Piaget telah membina empat tahap perkembangan kognitif manusia

mengikut umur seperti berikut :

i. Tahap sensori motor ( semenjak lahir – 2 tahun )

            Pada peringkat bayi, tiada persepsi yang berlaku pada dirinya. Pemahaman

bayi tentang dunia ini berasaskan pada gerakan spontan yang tidak dipelajari seperti

melihat, menghisap dan memegang. Peringkat sensorimotor adalah peringkat di mana

bayi mengkooridnasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk

skema tingkahlaku yang membolehkan mereka meneroka dan mengetahui tentang

persekitaran mereka. Contohnya : bayi menghisap ibu jari, memasukkan objek ke

dalam mulut, mencapai objek yang berbunyi dan lain-lain lagi tingkahlaku yang

dilakukan tanpa dipelajari daripada sesiapa.

            Selain daripada itu, kanak-kanak dalam peringkat ini juga menunjukkan

permulaan pemikiran logik. Aktiviti-aktiviti fizikal mereka mula mempunyai matlamat-

matlamat yang mudah. Contohnya : ketika kanak-kanak berumur satu tahun, mereka

mempunyai keupayaan untuk menyusun skema yang mudah dan logik untuk

mengeluarkan barang-barang daripada sebuah bekas yang bertutup atau boleh

mengatur langkah untuk mengambil objek yang jauh.

            Tahap sensorimotor ini diakhiri dengan kanak-kanak memperolehi kepercayaan

tentang kekekalan objek, iaitu ia sedar, objek itu akan terus wujud walaupun objek itu

tidak dapat dilihat atau disentuh. Satu sifat lain ialah tindakan ulangan, iaitu kanak-

kanak boleh mengulang semula proses ini ke asal secara fizikal. Misalnya,

memasukkan semula objek ke dalam bekas dan menutupnya.

            Di samping itu kanak-kanak mula meniru tindakan yang tidak pernah dilakukan

sebelum ini. Ia belajar daripada orang lain dan objek yang dapat dilihat atau disentuh.

Contohnya : kanak-kanak meniru perlakuan melambai tangan dan memasukkan sudu 12

Page 13: Kepentingan Psikologi Dan Kurikulum Dalam Pendidikan

KEPENTINGAN PSIKOLOGI DAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKANKDPM-KDC KEMAS /JAPNIN/SEDIDIK AMBILAN NOV 2012

ke dalam mulut untuk menyuap makanan. Piaget menyifatkan aktiviti ini sebagai

permulaan proses menyelesaikan masalah dalam kehidupan. Dari segi pendidikan,

membekalkan objek maujud adalah penting untuk proses pembelajaran kanak-kanak

dan perkembangan ke peringkat yang abstrak.

ii.       Tahap praoperasi ( 2-7 tahun )

            Pada tahap ini kanak-kanak berupaya menggunakan simbol (imej atau

perkataan) yang juga menunjukkan keupayaannya menggunakan bahasa. Contohnya,

kanak-kanak menggunakan kayu sebagai kereta. Tetapi apa yang menarik ialah kanak-

kanak pada masa ini banyak bergantung pada persepsi daripada logik. Mereka

kebanyakannya melihat persekitaran mengikut persepsi mereka sendiri iaitu bersifat

egosentrik.   Walau bagaimanapun, pada tahap ini kanak-kanak tidak boleh menguasai

konsep kekalan. Ini adalah disebabkan oleh kanak-kanak hanya memberi tumpuan

kepada satu ciri masalah saja, egosentrik dan tidak dapat menukarbalikan sesuatu

tingkah laku secara mental.

iii.      Peringkat Operasi Konkrit (dari umur 7 tahun hingga 11 tahun)

Kanak-kanak telah mula berkemampuan berfikir secara logik. Tetapi hanya dapat

berjaya melakukan kebolehan ini dalam keadaan konkrit atau menggunakan objek

maujud. Satu sifat yang ada pada kanak-kanak pada peringkat ini ialah konsep

keabadian atas kuantiti sesuatu bahan walaupun bahan itu mengalami perubahan yang

ketara.Mereka sudah pandai melakukan operasi konkrit dan menguasai konsep kuantiti

dan bentuk bersiri seperti ’lebih berat’, ’lebih tinggi’ dan sebagainya.

Mereka juga boleh memberikan perhatian kepada beberapa perkara serentak dan

ingatan mereka semakin bertambah.Walaubagaimanapun,pada tahap ini kanak-kanak

masih belum boleh mentafsir perkara-perkara yang abstrak umpamanya konsep

ketuhanan,neraka dan syurga. Dalam konsep ini, kanak-kanak perlu menguasai tiga

prinsip asas iaitu :

13

Page 14: Kepentingan Psikologi Dan Kurikulum Dalam Pendidikan

KEPENTINGAN PSIKOLOGI DAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKANKDPM-KDC KEMAS /JAPNIN/SEDIDIK AMBILAN NOV 2012

i. Prinsip identiti

mereka tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan ,

bilangan/amaun objek adalah sama walaupun bentuknya berubah.

ii.    Prinsip ganti rugi (‘compensation’)

mereka tahu sesuatu perubahan pada satu segi akan diganti oleh perubahan

dalam satu aspek yang lain.

iii. Prinsip keterbalikan

kanak-kanak boleh mengulang proses yang berlaku secara mental kepada

keadaan asal semula.  

1.5.3.      Peringkat Operasi Formal (dari umur 11 tahun hingga 15 tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak atau remaja sebenarnya dapat berfikir secara

logik,termasuk pemikiran abstrak, perkara berkaitan dengan masa depan dan sanggup

membuat hipotesis.Pemikiran hipotesis ini membolehkan kanak-kanak meramalkan

”apa yang mungkin berlaku” daripada ”apa yang bakal berlaku”. Oleh kerana pemikir

operasi formal sanggup membuat penaakulan terhadap sesuatu kemungkinan,ia telah

sedia membuat eksperimen menguji idea, kebenaran dan pemikiran saintifik. Ia juga

menguasai kebolehan untuk menyelesaikan masalah dengan kombinasi pengetahuan,

pengalaman dan kemahiran. Bahkan pelajar ini dapat menerima idea abstrak seperti

tenaga graviti dan demokrasi. Pendekatan pengajaran pula melibatkan penggunaan

kaedah lisan yang lebih banyak. Pelajar pada peringkat sekolah menengah digalakkan

sering mendengar, membaca dan berbincang, kemudian melakukan latihan.

14

Page 15: Kepentingan Psikologi Dan Kurikulum Dalam Pendidikan

KEPENTINGAN PSIKOLOGI DAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKANKDPM-KDC KEMAS /JAPNIN/SEDIDIK AMBILAN NOV 2012

2. Ciri Perkembangan dan Pertumbuhan Dua orang Pelajar

2.1. Profil Kanak-Kanak

Kanak-kanak 1 Kanak-Kanak 2

Nama : Nur Najiha Binti Ismail Nama: Muhd. Rafique Bin Mahidi

Alamat :Kampung Semera Lot, Semera. Alamat: Kampung Semera Lot, Semera

Tarikh Lahir : 17 November 2007 Tarikh Lahir : 12 Januari 2008

Umur : 6 Tahun Umur : 5 Tahun

Jantina : Perempuan Jantina :Lelaki

Agama: Islam Agama: Islam

Bangsa:Melayu Bangsa: Melayu

Anak Ke :4 Anak Ke : 6

Bilangan adik-beradik :4 Bilangan adik-beradik : 6

Nama bapa : Ismail Bin Kederi Nama bapa : Mahidi Bin Bujang

Pekerjaan bapa:Petani Pekerjaan bapa: Petani/ Nelayan

Nama ibu : Haminah Bt. Chi Nama ibu : Rozita Binti Putit

Pekerjaan Ibu : Suri rumah Pekerjaan Ibu : Suri rumah

Pendapatan Isirumah : RM800 Pendapatan Isirumah : RM900

Kecenderungan :Bijak, Pendiam Kecenderungan :Aktif, Bersosial

15

Page 16: Kepentingan Psikologi Dan Kurikulum Dalam Pendidikan

KEPENTINGAN PSIKOLOGI DAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKANKDPM-KDC KEMAS /JAPNIN/SEDIDIK AMBILAN NOV 2012

2.2. Ciri-ciri pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak/Responden

Berdasarkan pada pemerhatian dan profil dua responden berkenaan mendapati perbezaan

pertumbuhan dan perkembangan terhadap ke dua kanak-kanak ataupun responden ini adalah

seperti berikut:-

2.2.1. Sudut perbezaan fizikal

Dari sudut perbezaan fizikal, Adik Muhd. Rafique Bin Mahidi memiliki tubuh badan

agak gemuk berbanding tubuh badan adik Nur Najiha Binti Ismail. Pemerhatian menunjukkan

jika dilihat dari sudut faktor baka ( genetik ) di mana ke dua-dua ibubapa adik Muhd. Rafique

Bin Mahidi memiliki bentuk fizikal badan yang besar ( gemuk ) berbanding ibubapa adik Nur

Najiha Binti Ismail yang agak sederhana saiz fizikalnya. Saiz fizikal responden ini juga agak

kecil berbanding adik Muhd. Rafique. Faktor jantina merupakan pengaruh utama dalam

perbezaan pertumbuhan dan tumbesaran kanak-kanak ini.

2.2.2. Sudut Kognitif

Dari sudut Faktor Kognitif pula pemerhatian mendapati bahawa adik Muhd. Rafique

memiliki tahap kecerdasan yang lebih tinggi berbanding adik Nur Najiha . Adik Muhd. Rafique

ialah seorang anak yang aktif dan suka bersosial berbanding adik Nur Najiha yang agak

pendiam dan bersahaja .Gaya penampilan dan personailitinya memiliki gaya personaliti introvert.

Ini dapat dilihat dari sudut penampilan adik Nur Najiha yang agak pendiam, pemalu,suka

tersinggung dan pendiam. Namun disebalik sikap pemalunya itu dia memiliki ramai kawan-

kawan yang baik lantaran sikapnya yang tidak suka menyakiti orang lain. Berdasar kajian

personaliti , pemerhatian mendapati faktor keluarga dan persekitaran membentuk personalitinya

sedemikian. Berdasarkan kedudukan status ekonomi dan pendidikan adik Nur Najiha

mempunyai kalangan ahli keluarga yang mendapatkan pendidikan yang baik berbanding adik

Muhd. Rafique.

Ibubapanya yang bekerja sebagai petani dan bilangan adik beradik yang tidak ramai, dan

juga dia merupakan anak bongsu dari tiga orang adik beradik merupakan faktor utama dalam

menentukan status sosial adik Nur Najiha. Adik Muhd. Rafique pula mempunyai ahli keluarga

yang besar dan disebabkan oleh tempat tinggal kejiranannya berdekatan dengan orang lain,

maka pengaruh sosialnya menyebabkan responden ini agak agak aktif dan mudah bergaul dengan

16

Page 17: Kepentingan Psikologi Dan Kurikulum Dalam Pendidikan

KEPENTINGAN PSIKOLOGI DAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKANKDPM-KDC KEMAS /JAPNIN/SEDIDIK AMBILAN NOV 2012

orang lain. Berbeza pula dengan personaliti Muhd. Rafique yang memiliki gaya imbivert.

Cergas dan lincah dalam apa jua aktiviti lasak, aktif dalam kegiatan sukan permaianan, mudah

mesra, ramai kawan. Faktor persekitaran masyarakat kampung dan terdedah dengan rakan

sebaya, sentiasa ada bersama ibubapa, memperlihatkan ciri bahawa Adik Muhd. Rafique lebih

menonjol dari sudut sosial, berbakat dan mempunyai kepimpinan berbanding adik Nur Najiha.

Berdasarkan pendapat kenyataan pertumbuhan dan perkembangan tersebut dapatlah

disimpulkan bahawa kedua-dua pelajar berkenaan mempunyai persaingan yang hebat berbagai

sudut. Dari sudut pencapaian Akademik, Kedua-dua mereka mempunyai pencapaian prestasi

yang baik dan cemerlang berbanding rakan-rakan sedarjah mereka, Ini dibuktikan melalui

pencapaian Ujian Bulanan mereka yang sentiasa bersaing peratusan markah yang cemerlang.

Melalui pemerhatian mendapati mereka begitu perihatin terhadap setiap kerja pembelajaran yang

diberikan.

3. Kepentingan psikologi dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Terdapat beberapa sebab mengapa guru perlu memahami dan mempraktikkan psikologi

pendidikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelasnya. Dengan adanya

pengetahuan guru dalam psikologi pendidikan ia membolehkan guru memahami mengapa

pelajar bertingkah laku begini atau begitu, membantu pelajar lebih memahami diri mereka

sendiri, membantu guru merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai dengan

pelajarnya dan merumuskan langkah-langkah supayampelajarnya dapat mencapai matlamat dan

objektif pembelajaran yang telah ditetapkannya. Psikologi pendidikan akan dapat membantu

guru memahami personaliti dan konsep kendiri pelajar. Dengan ini, guru akan dapat membantu

pelajar ke arah pembentukan konsep kendiri yang positif.

Selain itu guru juga dapat meramalkan tingkah laku pelajar, apa yang digemari pelajar

dan apa yang tidak disenanginya pada peringkat umur tertentu. Oleh itu pengetahuan ini dapat

membantu guru merancang peneguhanmyang sesuai untuk pelajarnya di dalam usaha mengawal

tingkah lakumpelajar dan di dalam memotivasi pelajar supaya rajin belajar.

17

Page 18: Kepentingan Psikologi Dan Kurikulum Dalam Pendidikan

KEPENTINGAN PSIKOLOGI DAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKANKDPM-KDC KEMAS /JAPNIN/SEDIDIK AMBILAN NOV 2012

Melalui kajian tentang pertumbuhan dan perkembangan manusia, guru dapat mengetahui

tahap perkembangan pelajar daripada segi fizikal,kognitif, sosial dan emosi. Oleh itu, guru dapat

merancang pengajaran danb pembelajaran sesuai dengan tahap perkembangan pelajarnya. Guru

juga dapat merekacipta soal selidik yang mudah di dalam mengenal pasti tahap perkembangan

pelajarnya terutama pelajar yang bermasalah. bSetelah guru mengetahui aras perkembangan

pelajar, dapatlah diabmenyediakan program atau aktiviti yang sesuai untuk pelajar tersebut di

dalam meningkatkan prestasi pembelajarannya.

Guru dapat menjalankan penyelidikan berkaitan isu di dalam bidang pendidikan seperti

masalah disiplin bilik darjah, masalah ponteng sekolah, masalah merokok dan sebagainya. Data

dan maklumat yang diperoleh akan dapat membantu guru membantu pelajar menyelesaikan

masalah dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Di antara kepentingan-kepentingan psikologi pendidikan kepada guru ialah :-

3.1. memberikan ilmu pengetahuan tentang teori dan prinsip psikologi kepada guru supaya

mengamalkannya dalam bilik darjah.

3.2. Menyedarkan guru terhadap perbezaan individu dari segi mental, fizikal, minat demi

membolehkan mengajar murid-murid mengikut kebolehan mereka dengan menggunakan

aktiviti kumpulan.

3.3. Membekalkan ilmu pengetahuan tentang tingkahlaku murid agarmembolehkan guru

mencegah masalah displin yang tidak diingini dalam bilik darjah dengan berkesan .

3.4. Melengkapkan ilmu psikologi murid tentang sahsiahnya dapat membantu guru

membentuk personaliti mereka yang sihat dan konsep kendiri yang positif dengan

bimbingan yang wajar.

3.5. Melengkapkan guru dengan teori dan prinsip psikologi akan membantunya meningkatkan

kualiti pengajaran dalam bilik darjah.

3.6. Memberikan guru kefahaman tentang naluri dan keperluan murid akan membantu guru

penggunakan teknik motivasi yang berkesan serta mewujudkan hubungan baik diantara

guru dan muridnya.

18

Page 19: Kepentingan Psikologi Dan Kurikulum Dalam Pendidikan

KEPENTINGAN PSIKOLOGI DAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKANKDPM-KDC KEMAS /JAPNIN/SEDIDIK AMBILAN NOV 2012

3.7. Psikologi pendidikan membekalkan guru dengan ilmu pengetahuan ,kemahiran dan sikap

mengajar yang berguna dalam aktiviti pendidikan.

4. Kesesuaian Kandungan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ( KSPK)

Dengan perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) merupakan satu usaha kerajaan

dalam memberikan pendidikan awal diperingkat prasekolah kepada kanak-kanak. Ia digubal

dengan memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang

patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.

Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta

nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut: Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai;

Kemanusiaan; Sains dan Teknologi; Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Perkembangan

Ketrampilan Diri.

Prasekolah merupakan pilihan pendidikan bagi kanak-kanak sebelum memasuki sekolah.

Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran

Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat

hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada

golongan berpendapatan rendah. Menurut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), “tadika” ertinya

mana-mana tempat di mana pendidikan prasekolah disediakan untuk sepuluh orang murid atau

lebih manakala “pendidikan prasekolah” ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur

dari empat hingga enam tahun.

Kurikulum Standaerd Pendidikan Prasekolah Kebangasaan bertujuan menyuburkan potensi

kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap

positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Pendidikan prasekolah adalah satu

program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur empat hingga

enam tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah

19

Page 20: Kepentingan Psikologi Dan Kurikulum Dalam Pendidikan

KEPENTINGAN PSIKOLOGI DAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKANKDPM-KDC KEMAS /JAPNIN/SEDIDIK AMBILAN NOV 2012

formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan

"Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan

dan aktiviti individu.

Keunikan kandungan kurikulum yang digubal membolehkan pelajar ataupun kanak-

kanak di peringkat prasekolah dapat membina sahsiah, sosial dan perkembangan serta

pertumbuhan diri individu disamping membekalkan pengetahuan asas kepada kanak-kanak

dengan aktiviti pedagogi pembelajaran seperti membaca,menulis, mengira, melukis dan lain-lain

lagi. Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dan dirancang oleh guru membolehkan murid

menjalankan aktiviti secara individu, berpasangan dan berkumpulan yang berupaya

meningkatkan kualiti kawalan emosi,social dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini

adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran kanak-kanak selain menyuburkan

potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk

sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah

Kesesuaian Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ( KSPK) memperkembangkan

potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam

pelbagai aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang

selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah

untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang

positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia

untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan adalah memastikan Kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan untuk

melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.

Kurikulum baru ini juga boleh memperkukuhkan kemahiran berfikir, berkomunikasi, inovasi,

kreativiti dan keusahawanan. Selain itu, murid dipastikan mempunyai nilai tambah seperti

20

Page 21: Kepentingan Psikologi Dan Kurikulum Dalam Pendidikan

KEPENTINGAN PSIKOLOGI DAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKANKDPM-KDC KEMAS /JAPNIN/SEDIDIK AMBILAN NOV 2012

penguasaan pelbagai bahasa, beretika, yakin diri, jati diri, daya kepimpinan, semangat patriotik,

pegangan teguh kepada ajaran agama.

Justeru, sesuai dengan acuan tersendiri dalam membina pendekatan terbaik dalam

memastikan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat prasekolah Kurikulum Standard

Prasekolah dapat membentuk perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak melalui beberapa

kriteria seperti di bawah ini :-

4.1. Jasmani:

• Mempunyai tubuh badan yang sihat.

• Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas.

• Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.

• Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan.

• Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor halus dan motor kasar.

4.2. Emosi:

• Mempunyai konsep kendiri yang positif.

• Mempunyai keyakinan diri.

• Mempunyai jati diri.

• Berani mencuba.

• Mempunyai kematangan emosi.

• Menghormati perasaan dan hak orang lain.

• Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.

21

Page 22: Kepentingan Psikologi Dan Kurikulum Dalam Pendidikan

KEPENTINGAN PSIKOLOGI DAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKANKDPM-KDC KEMAS /JAPNIN/SEDIDIK AMBILAN NOV 2012

4.3. Intelek

• Berkomunikasi dengan baik (membaca, menulis dan bertutur) menggunakan bahasa

Malaysia.

• Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris.

• Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Cina (untuk yang berkenaan).

• Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Tamil ( untuk yang berkenaan).

• Memperolehi kemahiran proses sains asas.

• Memperolehi kemahiran matematik asas.

• Memperolehi kemahiran berfikir asas, kemahiran menaakul.

• Memperolehi kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan

seharian murid.

• Mempunyai daya kreatif dan estetika.

• Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

4.4. Rohani

• Mengamalkan nilai murni.

• Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama

Islam.

4.5. Sosial:

• Berkebolehan berkomunikasi yang mantap.

• Membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya.

• Menyuarakan pandangan dan perasaan.

22

Page 23: Kepentingan Psikologi Dan Kurikulum Dalam Pendidikan

KEPENTINGAN PSIKOLOGI DAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKANKDPM-KDC KEMAS /JAPNIN/SEDIDIK AMBILAN NOV 2012

• Bekerjasama dengan orang lain.

5. Kesimpulan

Dalam melahirkan diri individu yang cemerlang dan berupaya menangani cabaran

semasa dalam pendidikan, guru seharusnya berupaya dan membekalkan diri dengan ilmu dan

disiplin tertentu seperti mengetahui asas-asas dalam psikologi pendidikan sebagai satu maklumat

dan imbuhan tambahan untuk guru menangani permasalahan bila berdepan dengan kanak-kanak

yang berkemungkinan mempunyai perkembangan dan pertumbuhan yang berbeza dari setiap

sudut. Disiplin-disiplin yang berguna dalam psikologi pendidikan seharusnya menjadi panduan

dan berupaya menangani segala kekangan bila berdepan dengan kanak-kanak. Personaliti dan

ketrampilan guru juga bila berdepan dengan kanak-kanak merupakan salah satu kriteria yang

boleh membantu mereka membina keyakinan diri dan asas-asas lain dalam menguasai sesuatu

kemahiran yang di ajar. Untuk merealisasikan aspirasi negara untuk memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani atas landasan berdasarkan kepada

kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan, guru perlu menghayati dan mengamalkan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru dan seterusnya membudayakan pembelajaran

sepanjang hayat. Para guru perlu bersedia dari pelbagai aspek untuk menghadapi cabaran-

cabaran yang bakal ditempuhi pada masa kini dan masa akan datang. Dengan tahap persediaan

yang tinggi, keberkesanan setiap guru tidak akan terjejas walaupun behadapan dengan pelbagai

cabaran dan rintangan.

23

Page 24: Kepentingan Psikologi Dan Kurikulum Dalam Pendidikan

KEPENTINGAN PSIKOLOGI DAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKANKDPM-KDC KEMAS /JAPNIN/SEDIDIK AMBILAN NOV 2012

BIBLIOGRAFI

Atan Long (1976). “Psikologi Pendidikan.” Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhb.

Banks dan Thompson 1995. Educational Psychology: For teachers in training.West Pub. Co.  (Minneapolis).

Borich, G. D. & Tombari, M. L. (1997). 2nd Edition. Educational Psychology: AComtemporary Approach. New York / London : Merrill Publishe

Crow and Crow, A. (1980). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Slavin, R.E. (1991). Educational Psychology: Theory into Practice. New Jersey: Prentice Hall.

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1987). Psikologi pendidikan 1. Longman MalaysiaSdn. Bhd.

Kamaruddin Husin.1997 Psikologi bilik darjah : Asas Pedagogi :Utusan. Kuala Lumpur.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Kurikulum Standard PrasekolahKebangsaan:

Dokumen Standard Prasekolah. Kurikulum Pendidikan Islam (Online).

24