teori psikologi pendidikan

22
KANDUNGAN Muka Surat 1.0 Pendahuluan 2.0 Skop Kajian 3.0 Objektif Kajian 3.0 Subjek Kajian 5.0 Kaedah Kajian (Instrumen) 4.0 Kajian Lepas 7.0 Pendekatan Psikologi 8.0 Hasil Kajian 8.1 Pendekatan Behaviorisme 8.2 Pendekatan Psikoanalitik 8.3 Pendekatan Kognitivisme 8.4 Pendekatan Humanistik 8.5 Pendekatan Biologi 9.0 Langkah-langkah Mengajar Pelajar Berbeza Pencapaian

Upload: mohaspa-mohd-hassan

Post on 21-Dec-2015

35 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Membincangkan beberapa Teori Pendidikan seperti Teori Psikologi, Behaviorisme, Psikoanalitik, Kognitivisme, Humanistik, Biologi, Maslow,

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Psikologi Pendidikan

KANDUNGAN

Muka Surat

1.0 Pendahuluan

2.0 Skop Kajian

3.0 Objektif Kajian

3.0 Subjek Kajian

5.0 Kaedah Kajian (Instrumen)

4.0 Kajian Lepas

7.0 Pendekatan Psikologi

8.0 Hasil Kajian

8.1 Pendekatan Behaviorisme

8.2 Pendekatan Psikoanalitik

8.3 Pendekatan Kognitivisme

8.4 Pendekatan Humanistik

8.5 Pendekatan Biologi

9.0 Langkah-langkah Mengajar Pelajar Berbeza Pencapaian

10.0 Penutup

Bibliografi

Page 2: Teori Psikologi Pendidikan

1.0 Pendahuluan

Disiplin ilmu seperti Psikologi, Sosiologi dan Antropologi merupakan disiplin ilmu yang

menjadikan ‘manusia’ sebagai subject matter kajian. Sosiologi dan Antropologi lebih

mengkhusus kepada aktiviti manusia secara sosial, cara hidup, budaya dan interaksi satu.

kelompok dengan kelompok lain. Psikologi pula mengkaji manusia secara individu

seperti bagaimana individu itu bertingkah laku, berinteraksi, berfikir dan sebagainya.

Psikologi didefinisikan sebagai satu bidang ilmu akademik dan gunaan (terapan)

melibatkan pengkajian otak (pemikiran) manusia dan tingkahlaku. Psikologi juga dirujuk

sebagai bidang ilmu pengetahuan yang merangkumi pengkajian aktiviti-aktiviti manusia

termasuk masalah-masalah seharian individu dan sebagai kaedah rawatan bagi masalah

mental (Psychology Wiki).. Menurut Davidov (1976) Psikologi merupakan kajian

saintifik mengenai tingkah laku manusia dan haiwan secara nyata (overt) atau

terselindung (covert). Kajian tingkah laku secara nyata atau terang merujuk kepada

kajian tingkah laku yang boleh diperhatikan, dinilai atau diukur sebaliknya kajian tingkah

laku secara terselindung merupakan kajiaan keperluan, emosi, naluri, motivasi,

kecerdasan dan sebagainya yang bersifat dalaman.

Seperti disiplin ilmu yang lain, Psikologi secara umumnya boleh dibahagi kepada dua

cabang utama iaitu cabang teori-teori Psikologi dan cabang Psikologi Gunaan atau

Terapan (Applied Psychology). Salah satu pendidikan pula merupakan dua bidang yang

digabung dan mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Menurut Kamus Dewan

pendidikan bermaksud mendidik, pengetahuan mendidik, didikan, latihan, ajaran. Oleh

yang demikian Psikologi pendidikan merupakan kajian saintifik tentang tingkah laku dan

pemikiran manusia yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam

bilik darjah dan prinsip-prinsip yang menggalakkan peningkatan pembelajaran. Setiap

guru yang menitikberatkan potensi dan pencapaian muridnya akan berusaha mendalami

bidang ini untuk meningkatkan mutu serta keberkesanan pengajarannya. Guru perlu

memahami dan mengenalpasti kebolehan, pengalaman, perhubungan, pengaruh

persekitaran dalam membentuk sahsiah dan minat murid. Berdasarkan definisi di atas

Page 3: Teori Psikologi Pendidikan

jelas menunjukkan peri pentingnya ilmu psikologi dalam mengkaji dan memahami

tingkah laku manusia yang sentiasa berkembang dengan pelbagai jenis pendekatan yang

digunakan.

Dalam bidang Psikologi Pendidikan terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan

untuk memahami subjek kajian. Pendekatan-pendekatan atao teori-teori tersebut

antaranya ialah pendekatan behaviorisme, pendekatan psikoanalitik, pendekatan kognitif,

pendekatan humanistik, dan pendekatan biologi. Kelima-lima pendekatan ini digunakan

sebagai satu kanta bagi melihat tingkah laku manusia daripada beberapa sudut yang

berlainan. Ia juga memberi satu jalan bagi para penyelidik mempelajari tingkah laku

manusia dari sudut yang difikirkan sesuai. Setiap prespektif mempunyai kebaikan

masing-masing dan ia juga dapat menyumbangkan aspek-aspek baru tentang tingkah laku

manusia dari beberapa sudut yang berlainan.

2.0 Skop Kajian

Dalam kajian ini pengkaji mengambil dua orang pelajar yang mempunyai kepandaian

berbeza berdasarkan keputusan peperiksaan dan ujian yang dijalankan oleh pihak

sekolah. Seorang pelajar diambil mempunyai keputusan akademik yang baik manakal

seorang lagi mempunyai keputusan akademik yang lemah. Dengan mengandaikan setiap

peperiksaan atau ujian yang diduduki adalah bersesuaian dengan tahap umur pelajar-

pelajar tersebut. Kajian ini akan mengguna pakai pendekatan psikologi untuk memahami

punca atau sebab terdapatnya perbezaan antara kedua-dua pelajar tersebut. Diharapkan

kajian ini akan dapat membantu memahami punca-punca terdapatnya perbezaan subjek

kajian dari sudut psikologi. Diharap juga pengkaji akan dapat memberikan cadanga-

cadangan yang relevan untuk membantu mengatasi masalah yang dikaji.

Page 4: Teori Psikologi Pendidikan

3.0 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya

perbezaan tahap kepandaian dalam kalangan murid masih berlaku walaupun pelbagai

langkah dan kaedah telah digunakan untuk meningkatkan tahap penerimaan murid

terhadap pelajaran.

4.0 Subjek Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih murid-murid mempunyai latar belakang

keputusan akademik yang berbeza untuk dijadikan sebagai subjek kajian. Pemilihan

subjek kajian tersebut dilakukan secara rawak, iaitu teknik pengambilan subjek dengan

mengambil kira pertimbangan tertentu. Pertimbangan yang dimaksudkan dalam kajian ini

ialahs ubjek kajian yang dipilih dapat memberikan data sepenuhnya tentang kajian

ini.Penentuan kriteria subjek tersebut dilakukan oleh pengkaji dan juga mengambil kira

pandangan pihak sekolah tentang murid-murid yang memenuhi kriteria kajian. Hal ini

dinyatakan oleh Flick (1998) menegaskan pemilihan subjek bagi kajian kualitatif adalah

berdasarkan dengan kesesuaiannya dengan tajuk yang dikaji.

5.0 Kaedah Kajian (Instrumen)

Kajian ini menggunakansatu set soalan temu bual, iaitu panduan temu bual murid. Soalan

temu bual kajian ini telah dibina dalam bentuk pertanyaan terbuka, iaitu subjek temu bual

bebas menyatakan pandangan mereka berdasarkan soalan-soalan yang diberikan tanpa

disekat.

6.0 Kajian Lepas

Beberapa kajian telah pernah dijalankan untuk mengenalpasti ataupun memahami

permasalahan perbezaan tahap kepandaian di kalangan murid. Juga kajian-kajian

berbentuk perbezaan keupayaan murid dalam menerima ilmu. Taman Timbang, Zamri

Page 5: Teori Psikologi Pendidikan

mahamod dan Affendi Hamat (2011) telah membuat kajian tentang Faktor dan Kesan

Masalah Membaca dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Kerajaan di Brunei

Darussalam. Kajian ini mengguna pakai pendekatan multidisiplin seperti pendekatan

sosiologi dan psikologi. Dari segi psikologi kajian mereka mendapati bahawa terdapatnya

faktor psikologi yang kuat menyumbang kepada masalah membaca di kalangan pelajar.

Zulkifli Abd. Hamid dan tiga lagi rakan beliau (2011) telah mengkaji tentang Hubungan

penglibatan ibubapa dan pencapaian akademik pelajar miskin di negeri Selangor.

Dapatan daripada kajian mereka menunjukkan bahawa komunikasai yang kurang,

penjagaan pada tahap yang rendah dan penglibatan dalam perkembangan akademik anak-

anak telah menyebabkan pelajar-pelajar miskin tersbeut kurang mempunyai daya saing,

keyakinan dan keinginan untuk berjaya.

Mooi Kim (1994) pula dalam kajian beliau ke atas persekitaran keluarga dan

hubungannya dengan dan pencapaian akademik pelajar konsep kendiri mendapati bahawa

hubungan keluarga yang mesra dalam konteks perhubungan telah memberikan konsep

kendidri pelajar dan meningkatkan prestrasi akademik pelajar.

7.0 Pendekatan Psikologi

Kajian yang dijalankan ini akan berpandukan kepada pendekatan-pendekatan atau teori-

toeri psikologi seperti:

i) Pendekatan Behaviorisme

ii) Pendekatan Psikoanaltik

iii) Pendekatan Kognitivisme

iv) Pendekatan Humanistik

v) Pendekatan Biologi

Page 6: Teori Psikologi Pendidikan

8.0 Hasil Kajian

Temubual telah dibuat ke atas dua orang pelajar yang memenuhi skop kajian ini iaitu Nor

Intan Zulaikha (R1), salah seorang pelajar terbaik kelas 6A dan seorang lagi Aiman

Mokhtar (R2), pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang rendah dari 6C.

Melalui temubual terbuka kedua-dua pelajar ini mempunyai perbezaan yang sangat ketara

bukan sahaja dari segi jantina tetapi hampir semmua aspek kehidupan mereka.

R1 merupakan anak kedua dari 3 orang adik beradik. Mempunyai seorang abang dalam

tingkatan 3 yang memperolehi pernah mendapat keputusan 5A dalam UPSR, ibubapa

bekerja sebagai guru, tinggal di kawasan taman Perumahan kos sederhana. Selalu dibawa

melancong semasa musim cuti sekolah. Aktif dalam kokurikulum seperti sukan bola

jaring, Persatuan Puteri Islam dan menjadi pengawas sekolah.

R2 pula merupakan anak ke enam dari 8 orang adik beradik. Dua orang abang R2 bekerja

kilang di Semanjung Malaysia, seorang kaka telah berkahwin, ayah bekerja sebagai

nelayan sepenuh masa dan ibu tidak bekerja. Tinggal di kawasan setinggan sesak tepi

laut. Penduduk di kawasan tersebut sebahagian besar dihuni oleh pendatang haram atau

pendatang tanpa izin.

8.1 Pendekatan Behaviorisme

Melalui prespektif aliran ini, peranan persekitaran terhadap kemajuan atau kemunduran

mempunyai kesan psikologi yang mendalam terhadap pelajar. R1 tinggal di kawasan

yang boleh dikatakan brkelas menengah, mempunyai persekitaran yang kondusif dan

mempunyai kemudaha seperti internet, bekalan air yang bersih, bekalan elektrik yang

stabil dan kebersihan yang terjaga. Sebaliknya R2 tinggal di kawasan yang sesak, kotor,

tiada bergantung kepada tadahan air hujan, juga bekalan elektrik yang disambung dari

kilang berdekatan dan tertakluk kepada catuan. Pada musim kemarau R2 terpaksa

membawa tong-tong kosong untuk mendapatkan bekalan air. Bercampur gaul dengan

Page 7: Teori Psikologi Pendidikan

anak-anak pendatang asing yang kebanyakannya tidak bersekolah, merayau di sekitar

kawasan setinggan dan melakukan perkara negatif seperti merokok dan berjudi. Ibu bapa

pula tidak memberi perhatian yang sepatutnya kepada R2 disebabkan desakan hidup.

Melalui pendekatan behaviorisme, dapat dikatakan bahawa persekitaran tempat tinggal

dan faktor penjagaan dan kemesraan sangat tidak kondusif untuk R2 mengulangkaji,

belajar apatah lagi meminta tunjuk ajar daripada ibubapanya.

Ibu bapa murid ini biasanya tidak memberi perhatian dan menyediakan persekitaran yang

kondusif kepada pelajaran anak-anak mereka. Murid-murid yang mempunyai ibu bapa

seperti ini bukan sahaja mengalami kemunduran akademik bahkan sesetengahnya

kembali menjadi buta huruf. Murid-murid yang mempunyai kecenderungan untuk

bersikap resesif, terlalu agresif, sentiasa bimbang, gemuruh, tiada keyakinan diri biasanya

jauh tertinggal dalam pencapaian akademik. Tanda dan tingkah laku bermasalah ini

timbul akibat penjagaan ibu bapa yang salah, yang dinyatakan melalui penyisihan

mereka, terlalu menguasai atau terlalu memanjakan atau apabila hubungan antara ibu

bapa jauh tidak memuaskan.

8.2 Pendekatan Psikoanalitik

Keadaan emosi dan moral dalam persekitaran tempat tinggal murid juga boleh

mempengaruhinya terhadap kemajuan pendidikannya. Jika kehidupan harian di rumah

dicirikan oleh emosi kebimbangan atau ketakutan, perbalahan yang kerap berlaku, garang

dan dominan ataupun terlalu mengongkong atau gangguan neurotik, mereka akan

membesar dalam suasana emosi dan sosial yang tidak dapat mengembangkan kualiti

kebebasan dan keyakinan diri yang penting untuk mencapai kemajuan dalam

persekolahannya.

R1 mempunyai ibubapa dan juga abang yang boleh dijadikan sebagai perangsang untuk

dia maju dalam pelajarnya. Budaya belajar dan bertunjuk ajar menjadikan R1 lebih yakin

dan mempunyai keinginan yang kuat untuk berjaya. Ibubapa yang tidak terlalu

mengongkong dan sentiasa menggalakkan R1 aktif dalam kokurikulum menambakan lagi

Page 8: Teori Psikologi Pendidikan

kestabilan emosi dan meningkatkan keyakinan R1. Sebaliknya R2 kurang mempunyai

keyakinan dan mengalami masalah inferiority complex disebabkan keadaan

kehidupannya. Kesempitan hidup dengan keluarga yang besar sering menyebabkan R2

tidak pergi ke sekolah. Ketegangan dalam rumah apabila timbul sesuatu masalah

mengganggu emosi dan meruntuhkan keyakinan R2. R2 sendiri malu untuk membawa

rakan-rakannya ke rumah disebabkan kemiskinan hidupnya.. Akibatnya, R2 mempunyai

perkembangan ego yang lemah di mana R2 tidak mempunyai motif yang lebih tinggi

untuk bekerja keras menyebabkan R2 menjadi malas dan lembap.

Perhatian yang kurang dari ibubapa menggalakkan R2 tersebut menjadi tidak berdisiplin,

tidak tahu mengurus diri, tidak mempunyai peraturan, tidak membuat kerja-kerja sekolah

sehingga mengakibatkan kemunduran akademik. Dari keterangan di atas jelas

menunjukkan perkaitan dengan teori ahli psikoanalitik yang menekankan kepentingan

zaman awal individu dan mempercayai bahawa peristiwa masa kecil mempunyai kesan

dalam perkembangan individu.

8.3 Pendekatan Kognitivisme

Melalui kajian iini didapati rangsangan dari ibubapa khususnya dalam kelonggaran

pelajar membuat sesuatu yang difikirkannya betul agak berbeza antara keuda-duanya. R1

pada kebiasaannya diberi peluang untuk membuat sesuatu keputusan setelah berbincang

dengan ibubapanya. Sedangkan R2 terpaksa sahaj mengikut keputusan ibubapanya

seperti tidak perlu pergi sekolah dan membantu ayahnya pergi menangkap ikan, atau

mendapatkan air dan sebagainya. Tinggal di dalam keluarga yang miskin pada

kebiasaannya keputusan dibuat agak rigid dan penuh dengan pantang larang dan kadang-

kadang komen-komen yang memperlekehkan kepentingan pelajaran yang baik. Pada

kebiasaannya pelajar yang mundur biasanya tidak memperolehi perkembangan mental

sebagaimana sepatutnya disebabkan persekitaran yang tidak mengalakkan mereka

melalui proses-proses pekembangan pemikiran sepertimana penekanan yang diberikan

dalam aliran kognitivisme. Menurut Piaget perkembangan kognitif kanak-kanak akan

melalui satu siri urutan yang berperingkat-peringkat iaitu peringkat deria motor (0-2

Page 9: Teori Psikologi Pendidikan

tahun), peringkat praoperasi (2-7 tahun), peringkat operasi konkrit (7-11 tahun) dan

peringkat operasi formal (11 tahun ke atas). Ibu bapa murid mundur juga seringkali

jarang memberi peluang anak mereka membuat keputusan dan tidak mendedahkan

mereka dengan situasi yang membantu perkembangan pemikiran. Jika murid-murid ini

tidak dapat berfikir dan mentafsir sesuatu mengikut peringkat umur yang sepatutnya

mereka bolehlah dikatakan murid mundur. Schonnel (1949) berpendapat bahawa 65%

hingga 80% murid-murid mundur adalah lembap dan selebihnya mempunyai kesukaran

dalam pelajaran kerana tidak dapat menyesuaikan diri dari segi sosial dan emosi.

Kelembapan ini tentulah menghadkan murid ini memperolehi kandungan ilmu

pengetahuan dan pencapaian dalam pelajaran.

8.4 Pendekatan Humanistik

Di samping faktor-faktor persekitaran, didikan dalam keluarga dan hubungan sosial,

faktor kemiskinan juga menjadi faktor dalam kemunduran akademik. Salah satu aspek

kemiskinan adalah rumah yang sesak terutama apabila bilangan ahli dalam keluarga

ramai dan sumber kewangan atau sumber perbelanjaan terhad. Dalam keluarga besar

yang keupayaannya terhad, taraf kehidupan biasanya rendah dan tidak terdapat cukup

makanan yang berkhasiat yang tidak bagus untuk perkembangan minda. Rumah yang

sesak mengakibatkan satu lagi kekurangan atau penderitaan yang serius. Terdapat

kurangnya perhubungan antara ibu bapa dan anak-anak yang menyebabkan ibu bapa

kurang memberikan galakan dan rangsangan serta kasih sayang kepada anak-anak

mereka.

Keadaan ini juga akan menimbulkan lagi masalah, misalnya masalah gangguan masa

tidur, rehat dan keletihan yang akan memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan

seterusnya pencapaian akademik mereka. Jelas di sini keperluan asas manusia dari yang

rendah sehinggalah keperluan peringkat tertinggi seperti yang terdapat dalam Keperluan

Herarki Maslow akan memberikan kesan terhadap perkembangan individu jika tidak

sempurna atau gagal dipenuhi.

Page 10: Teori Psikologi Pendidikan

Rajah 1: Teori Hi\erarki Maslow

Berdasarkan pendekatan Humanistik ini ternyata bahawa R1 mempunyai pencapaian

akademik yang baik kerana mempunyai kehidupan yang selesa dan galakan, dan dapat

memenuhi keperluan yang sepatutnya. Bagi R2 untuk memenuhi keperluan paling

asaspun sudah amenjadi satu cabaran hebat. Pada kebanyakan masa R2 tidak bersarapan

sebelum pergi ke sekolah dan tidak membawa wang belanja disebabkan kesempitan

hidup.

8.5 Pendekatan Biologi

Burt (1953) dalam kajiannya mendapati bahawa 79% daripada murid-murid yang

mundur dalam pelajaran mengalami sejenis kerencatan perkembangan atau kerencatan

fisiologi. Pencapaian akademik yang rendah juga mungkin disebabkan kerencatan

mental. Kerencatan mental ini mungkin diakibatkan oleh banyak sebab antaranya;

genetik keadaan semasa dalam kandungan ibu, keadaan semasa dilahirkan, keadaan

selepas dilahirkan dan sebab-sebab budaya. Ketegori umum ini meliputi sebab-sebab

khusus seperti penyakit yang dialami oleh ibu semasa mengandung (phenylketonuria dan

rubella) , tidak dapat cukup oksigen semasa dilahirkan, kerosakan otak, dadah dan

Page 11: Teori Psikologi Pendidikan

keadaan ekonomi keluarga. Gejala ini biasanya akan memberi kesan terhadap

perkembangan mental individu.

Berdasarkan kajian yang dijalankan faktor biologi seperti perkembangan subnormal ke

atas R1 dan R2 tidak terdapat perbezaan atau lebih tepatnya tiada faktor kecacatan yang

mempengaruhi pencapaian akademik antara keuda-duanya. R2 pernah didiagnostik sama

ada boleh dikategorikan sebagai bermasalah pembelajaran dan perlu dimasukkan dalam

kelas pendidikan khas, namun ternyata R2 tidak mempunyai masalah seperti yang

disangka.

9.0 Langkah-langkah Mengajar Pelajar Berbeza Pencapaian

Setelah meneliti dua kes pelajar yang berbeza pencapaian akademik mereka, dapat

dinyatakan bahawa pendekatan berbeza hendaklah diambil untuk mengajar pelajar-

pelajar tersebut. Langkah pertama yang perlu diambil ialah menjalankan class streaming

agar pelajar-pelajar dikelaskan mengikut tahap pemikiran mereka. Class streaming ini

bertujuan memudahkan guru mengajar mengikut tahap kepantasan yang berza dan

penggunaan alat bantuan mengajar yang berbeza juga.

Kedua, penggunaan Alat Bantuan Mengajar (ABM) yang sesuai. ABM bukan sahaja

memudahkan guru mengajar tetapi yang lebih penting pelajar lebih cepat memahaminya.

Dalam hal ini pelajar-pelajar yang lemah pada kebiasaannya malas untuk membaca,

menulis nota atau menghafal sesuatu tugasan. Maka pendekatan konvensional seperti itu

mungkin tidak berkesan dalam mengajar pelajar yang lemah. Penggunaan ABM lebih

praktikal dan mudah. Guru juga mempunyai lebih masa berinteraksi kerana tidak perlu

menulis nota yang panjang di papan hitam.

Ketiga, guru haruslah menerapkan pendekatan psikologi dalam merangsang pelajar untuk

belajar. Hal ini agak mudah bagi pelajar-pelajar pintar atau pencapaian akademik yang

baik. Namun bagi pelajar-pelajar lemah pendekatan ini sangat perlu. Guru perlu tahu latar

belakang pelajarnya. Dengan mengetahui latar belakang keluarga pelajar, guru boleh

Page 12: Teori Psikologi Pendidikan

mengambil pendekatan yang berbeza. Misalnya, bagi pelajar seperti R2, guru perlu selalu

memuji untuk apa juga kemajuan yang dia capai, menggalakkan pelajar tersebut

menjawab dan berinteraksi. Kadang kala kelas-kelas pelajr yang lemah tersebut agak

bising dan sukar dikawal. Pelajar yang selalu bising dan suka menyampuk ini tidak

semestinya suatu yang negatif, guru harus menggunakan sikap suka membuat bising

tersebut sebagai suatu yang boleh merangsang mereka mengeluarkan pendapat, bertanya

dan berhujah.

10.0 Penutup

Ahli-ahli psikologi telah menggunakan beberapa pendekatan bagi menghuraikan konsep-

konsep atau idea mereka berkaitan dengan tingkah laku manusia. Antara pendekatan yang

digunakan adalah pendekatan behaviorisme, pendekatan psikoanalitik, pendekatan

kognitivisme, pendekatan humanistik dan pendekatan biologi. Pendekatan-pendekatan ini

mempunyai kekuatan tersendiri dan kadangkala berkesinambungan antara satu

pendekatan dengan pendekatan yang lain.

Pendekatan Behaviorisme menekankan pengaruh persekitaran terhadap perkembangan

tingkah laku individu yang menggunakan elemen ganjaran dan pelaziman dalam

pendekatannya. Pemikiran yang tidak sedar pula dijelaskan dalam teori psikoanalitik

yang membahaskan keseimbangan id, ego dan superego yang banyak menekankan

perlunya keseimbangan mental dan emosi dalam pendekatan yang digunakannya dalam

perkembangan tingkah laku individu. Di samping kesimbangan emosi yang lahir dari

keyakinan diri, koordinasi proses pemikiran individu juga perlu diberi perhatian dalam

pendekatan kognitivisme. Pendekatan ini menyarankan agar dilakukan pemeringkatan

dalam membina tahap pemikiran individu sesuai dengan perkembangannya. Keperluan-

keperluan asas dalam diri individu perlu dipenuhi mengikut pendekatan humanistik. Rasa

kasih sayang dan hormat menghormati dalam interaksi individu akan mempengaruhi

perkembangan tingkah lakunya. Faktor-faktor biologi seperti kecacatan mental dan

fizikal seterusnya tahap kesihatan tubuh seseorang individu juga boleh mempengaruhi

Page 13: Teori Psikologi Pendidikan

tingkah lakunya. Dalam hal ini, pendekatan biologi boleh digunakan untuk mengatasinya

yang antara lain menitikberatkan soal pemakanan, pengambilan ubat-ubatan dan terapi.

Pendekatan-pendekatan psikologi yang dibincangkan boleh disepadu dan digunakan

dalam membantu pelajar-pelajar khususnya pelajar yang mempunyai masalah dalam

pelajaran. Dalam hal ini guru-guru diharap tidak berputus harap terhadap pelajar-pelajar

yang lemah, dan tidak pula terlalu menekan pelajar-pelajar cemerlang sehingga

menjadikan mereka robot yang hanya perlu mendapat keputusan yang disasarkan. Tugas

utama guru dalam hal ini adalah mengkoordinasikan semua pelajar dalam mengenalpasti,

memberi pengajaran dan perhatian seterusnya mengambil langkah-langkah perlu

menggunakan pendekatan-pendekatan yang disarankan oleh ahli-ahli psikologi.

Page 14: Teori Psikologi Pendidikan

BIBLIOGRAFI

Atan Long (1980). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Burt, C. (1953). The Causes and Treatment of Backwardness. London; Universiti of London Press.

Khadijah Rohani, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2005). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur; UNITEM Sdn. Bhd.

Kirk, S. (1972). Educating Exceptional Children. Boston ; Houghton Mifflin.

Mahmood Nazar Mohamed. (1992). Penghantar Psikologi. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Medline Plus. Trusted Help Information For You U.S. National Laibrary of Medicine Atas talian http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/prenatalcare.html 1 Ogos 2005.

Moon Kim, Chua. (1994). Persekitaran Keluarga Hubungannya dengan Konsep Kendiri dan Pencapaian Akademik Pelajar. Bangi :Universiti Kebangsaan Malaysia

Psychology Wiki. Diperolehi dari http://psychology.wikia.com/wiki/Introduction to_psychology

Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2001). Psikologi Pendidikan Kontemporari, Kuala Lumpur, Mc Graw Hill.

Schonell, F.J (1949). Backwardness in Basic School Subjects. Edinburgh: Oliver and Boyd.

Shahbuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2003). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur; PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Siti Hawa Munji, Ma’aruf Redzuan (1993). Penghantar Psikologi. Kuala Lumpur; Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Taman Timbang, Zamri mahamod dan Affendi Hamat. (2011).Faktor dan Kesan Masalah Membaca dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Kerajaan di Brunei Darussalam. Dalam Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (Vol. 1, Bil. 1 (Mei 2011): 89-107)

Page 15: Teori Psikologi Pendidikan

Zulkifli Abd. Hamid & lain-lain. (2011). Hubungan antara Penglibatan Ibubapa dan Pencapaian Akademik Pelajar Miskin di Negeri Selangor. Dalam Journal of Islamic and Arabic Education (Vol. 3(2), 2011 31-34)