kuliah 12 (pendekatan konstruktivisme psikologi pendidikan

Upload: nurhainifaliniahmad

Post on 05-Apr-2018

256 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    1/42

    Lambaian Malar HijauBERSAMA KITA BERJUANG

    DR. SUPPIAH NACHIAPPAN012-5270801 / 05-4506044

    KPP1033 - Psikologi Pendidikan

    Kuliah 12: Pendekatan Konstruktivisme

    Sosial

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    2/42

    Objektif:Selepas membaca bab ini, pelajar dapat

    Menerangkan sosial konstruktivisme Menerangkan kognitif bersituasi (situated

    Cognition) Menghuraikan scaffolding Menghuraikan cognitive apprenticeship Menerangkan tutoring Menerangkan pembelajaran koperatif

    Menerangkan pembelajaran kolaboratif

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    3/42

    Pendekatan Konstruktivisme Sosial

    Perubahan ke arah inovasi-inovasi dilihat sebagaipemangkin dalam mewujudkan konteks sosialpembelajaran di antara guru dan pelajar atau pelajardan pelajar yang lain.

    Ilmu pengetahuan dibina dan dikonstruk bersamadengan penglibatan orang lain.

    Dalam situasi ini pelajar didedahkan kepada peluang-peluang untuk belajar menilai dan mengakomodasimaklumat dan ilmu pengetahuan ke arah pemahamanyang kukuh.

    Pendekatan konstruktivisme sosial membantu pelajarke arah perkembangan pemikiran pelajar.

    Dengan cara ini, pelajar berkesempatan membinahubungan-hubungan sosial, belajar kemahiranpemprosesan informasi untuk menguasai sesuatuilmu pengetahuan yang dipelajari di dalam situasibilik darjah.

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    4/42

    Latar belakang kehidupan memberi peluang kepada pelajaruntuk meneroka ilmu pengetahuan bersama-sama guru danrakan sebaya di alam persekolahan.

    Sebagai contoh, dalam model sosiobudaya (Vygotsky),guru-guru bertindak sebagai pemudah cara dan memberipanduan kepada pelajar dalam penimbaan ilmupengetahuan daripada memainkan peranan sebagaipengarah yang bertindak memberi arahan-arahan dalamproses pembelajaran pelajar.

    Pendekatan konstruktivisme sosial yang berlandaskan sesi-sesi seperti pembelajaran berkumpulan, sumbangsaran,kolaboratif dan sebagainya yang memberi fokus kepadatugasan yang melibatkan interaksi dapat menggunakanstrategi memori memberi penekanan kepada penerokaan

    informasi yang baru.

    Success is the sum of small efforts, repeated day in and day out.

    -Robert Collier-

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    5/42

    Dengan memperoleh informasi baru, pelajar dapatmengkonstruk ilmu pengetahuan melalui interaksi sosialdalam kalangan ahli-ahli kumpulan.

    Pembelajaran aktif dapat diperhatikan kerana belajar dalamkeadaan kumpulan akan memaksimumkan kemahiransosial, komunikasi, interpersonal, kinestetik dan sebagainyadi kalangan pelajar tersebut.

    Ia memangkin proses menyelesaikan masalah pembelajarandi dalam situasi bilik darjah dengan menggunakan idea-idea

    baru. Pendekatan ini memberi ruang kepada guru untuk

    mengadaptasikan proses pengajaran yang efektifberdasarkan perbezaan individu pelajar. Suasana mesradapat dialami di kalangan guru dan pelajar dalam

    menjayakan objektif kurikulum dengan baik, pada dasarnya.

    "We aim above the mark to hit

    the mark."

    -Ralph Waldo Emerson-

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    6/42

    Dalam pendekatan konstruktivisme sosial, situatedcognition merujuk kepada suatu pemikiran idea yang

    terletak dalam konteks sosial dan fizikal dan bukan dalamminda individu (Santrock, 2004).

    Ilmu pengetahuan yang berkembang sentiasa terletak dandihubungkan dalam konteks perkembangan sesuatu idea itusendiri.

    Dalam membincangkan pembelajaran, situated cognitionakan mempengaruhi cara dan corak pemikiran pelajar dalammewujudkan situasi yang sebenar.

    Pada dasawarsa mutakhir ini, situated cognition dianggapsuatu anjakan paradigma dalam pengajaran dan

    pembelajaran. Pembelajaran yang berfokus pada individu mula bertukar

    dengan situasi di mana ia menjadi fenomena interaksiindividu pelajar dengan persekitaran sosial.

    u

    Cognition

    It is not length of life, but depth of life." -Ralph Waldo Emerson-

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    7/42

    Proses pembelajaran tidak dapat dipisahkan daripadasituasi. Pengalaman fizikal dan sosial memberikan aktiviti,konteks dan budaya dalam pembelajaran situatedcognition.

    Suasana pembelajaran di mana pelajar memikir melaluimasalah-masalah dan mengaplikasi pembelajaran dalamsituasinya pada kemudian hari.

    Tetapi, dalam situated cognition, proses pembelajarantidak boleh dipisahkan.

    Malah, dalam pendekatan ini ilmu pengetahuan dankemahiran-kemahiran diajar dalam konteks masalah real-life untuk digunakan.

    Situated cognition mempunyai beberapa implikasi untuksistem pembelajaran dalam proses pengajaran danpembelajaran.

    "Success is the prize for those who stand true to their ideas!" -- Josh S. Hinds-

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    8/42

    Ia merangkumi kemahiran-kemahiran pemikiran yang tinggi,mewujudkan kesedaran dalam meningkatkan dayapenaakulan ke arah penyelesaian masalah, menggunakankemahiran-kemahiran metakognitif untuk melihat masalah

    pembelajaran, berfokus pada pertumbuhan kognitif pelajardan memberi peluang kepada pelajar dan guru mengalamiilmu pengetahuan baru atas pemahaman persekitaran(situasi) pembelajaran.

    Pelajar berasa pembelajaran adalah efektif dan

    menyeronokkan. Ia berfokus pada keperluan-keperluanpelajar berhubung pembelajaran dan kurang berfokus padaisi kandungan (content) semata-mata.

    Pelajar yang lemah mempunyai peluang yang lebih untukbertanya kemusykilan-kemusykilan daripada pelajar yangpandai semasa belajar dalam konteks bersituasi.

    Knowing is not enough; we must apply.Willing is not enough; we must do.Johann Wolfgang von Goethe

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    9/42

    Lave (1988) menyarankanpembelajaran biasanya berlakusebagai fungsi sesuatu aktiviti,konteks dan budaya di mana iaberlaku, iaitu dalam keadaanbersituasi.

    Ia berbeza dengan kebanyakan bilikdarjah yang memfokus aktiviti yangmelibatkan ilmu pengetahuan yangabstrak dan luar daripada konteks.

    Interaksi sosial adalah komponen

    kritikal pembelajaran bersituasi,iaitu pelajar melibatkan diri secaratidak paksa dan sepanjang masaaktif dalam meneroka ilmupengetahuan berdasarkan situasi.

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    10/42

    Scaffolding Scaffoldingialah suatu teknik untuk

    membantu seseorang yang kurang

    berpengetahuan oleh seseorang yanglebih berkemahiran.

    Bantuan diberi sepanjang masa bagimemahirkan orang yang lemah dalam

    menguasai sesuatu ilmu oleh seorangguru atau rakan sebaya yangberpengetahuan.

    Bantuan yang diberi akan diubahsuai

    untuk mengakomodasi prestasisemasa seseorang pelajar tersebutbelajar.

    Apabila pelajar yang lemahmenguasai sesuatu kemahiran, makabantuan yang diberi akan

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    11/42

    Pembelajaran dengan bantuan scaffoldingmemberi manfaat kepada pelajar yanglemah.

    Dalam prinsip scaffolding, pihak guruatau rakan sebaya memberi bantuankepada pelajar yang lemah dan yangmemerlukan bantuan sahaja.

    Ini bererti, pihak yang memberi bantuantidak akan membuat segala-galanya untukpelajar yang lemah tersebut.

    Usaha pemantauan tugasan yang dibuatoleh pelajar yang lemah hendaklahditeruskan sehingga pelajar yang lemahdapat menguasai kemahiran atau berjaya

    menyiapkan tugasannya dengan baik dan

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    12/42

    Pendekatan melalui scaffoldingmemberi dua sumbangan,iaitu ia menjadikan pelajar melibatkan diri dalam tugasan

    dengan efektif sehingga berjaya.

    Pelajar dapat mengembangkan aktiviti-aktiviti danpengalaman-pengalaman pembelajaran dan meningkatkan

    kadar keupayaan pembelajaran yang perlu dicapai.

    Sumbangan kedua ialah ia dapat mengembangkan prestasidan zon perkembangan proksimal pelajar.

    Ini dapat dilakukan dengan instruksi yang tepat untukmenyelesaikan masalah yang besar dengan lebih cepat.

    Success is the good fortune that comes from aspiration, desperation,

    perspiration and inspiration.

    S ff ldi b l h j dib i

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    13/42

    Scaffoldingboleh juga diberi secaratidak langsung oleh guru denganmenyediakan latihan-latihan.

    Zon perkembangan proksimal yangdisarankan oleh Vygotskymenghubungkan perbezaan antara apayang boleh dipelajari oleh pelajar tanpabantuan dan apa yang dipelajaridengan bantuan guru atau rakansebaya yang berkebolehan.

    Idea membantu pelajar ini disebutsebagai scaffolding.

    Scaffoldadalah suatu persekitaran dimana guru mewujudkan, memberisokongan instruksional, proses-prosesdan bahasa untuk pelajar mendekatisuatu tugas dan memperkembangkankeupayaan-keupayaan untuk mencaripenyelesaiannya.

    S ff ldi h di l k

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    14/42

    Scaffoldingharus dimulakanberdasarkan pengalaman pelajar danmengembangkannya.

    Menurut Hartman (2002), tujuan

    guru mengajar berpandukanscaffoldingadalah untuk pelajarmenjadi seorang penyelesai masalahdan individu pembelajar yangbebas.

    Kajian menunjukkan bahawaketiadaan panduan dalam pengalamandan interaksi sosial menyebabkanterbantutnya perkembangan darisegi pembelajaran (Bransford, Browndan Cocking, 2000).

    Antara sumbangan scaffoldingialahia memastikan pelajar melibatkandiri dalam konteks pengajaran danpembelajaran. Pelajar tidakmendengar informasi secara pasif.

    P d h l d k l j

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    15/42

    Padahal, guru mencerdaskan pelajardengan membina ke atas ilmupengetahuan yang sedang dimilikisebelum ini dan membentuk ilmupengetahuan baru.

    Pelajar yang kurang berkeupayaan dalampelajaran, ia memberi peluang untukmemberi maklum balas positif dan

    dengan ini dapat mengurangkan sikapnegatif atau kebosanan terhadap sesuatuinformasi yang dipelajari.

    Scaffoldingmemotivasikan pelajar untuk

    belajar seterusnya. Oleh itu, scaffoldingsebagai strategi pengajaran memberiimpak positif atas pembelajaran danperkembangan intelek seseorang pelajar.

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    16/42

    Cognitive Apprenticeship

    Konsep cognitive apprenticeship ialah seseorangpakar memberi bantuan dan sokongan kepadaseseorang pelajar yang cuba menguasaipemahaman dan kemahiran tentang tugasan.

    Aktiviti-aktiviti yang terlibat adalah berdasarkan

    pembelajaran dalam sesuatu situasi yang tertentu. Dalam cognitive apprenticeship, guru-guru akan

    membantu pelajarmerangka strategi-strategitertentu dalam menyelesaikan tugasan.

    Mereka menggalakkan pelajar-pelajar tersebut untuk

    menyambung tugasan yang dibuat secara individudan bebas tanpa sokongan rakan sebaya atau guruyang lebih berpengetahuan daripada pelajar.

    C iti ti hi ti di d l it i bilik

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    17/42

    Cognitive apprenticeship penting di dalam situasi bilikdarjah memandangkan manfaat yang diterima apabilaguru memberi bantuan kepada pelajar untukmenguasai sesuatu kemahiran.

    Penerangan demi penerangan oleh guru akanmemudahkan pelajar menguasai kemahiran yangtertentu berdasarkan pemikiran-pemikiran pakar (guru)dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.

    Sekiranya kanak-kanak diberi peluang untukmelibatkan aktiviti berdasarkan buku-buku latihansebelum melangkah ke tahun 1, maka cognitiveapprenticeship wujud di kalangan

    kanak-kanak. Oleh yang demikian,

    kanak-kanak mengalami perubahan

    dalam penguasaan kemahiran-

    kemahiran tertentu.

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    18/42

    Cognitive apprenticeship adalah suatu cara yang menerangkanperanan guru dan pelajar dalam konteks pemikiran bukantradisional, iaitu guru mengajar di dalam bilik darjah secara aktifdan pelajar mendengar guru mengajar secara pasif, iaitu dengan

    cara menulis nota dan kadangkala sahaja, menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru.

    Ia adalah suatu pendekatan pengajaran bertujuan mengajarproses-proses yang dikendalikan oleh pakar-pakar terhadaptugas-tugas yang kompleks.

    Fokus cognitive apprenticeship sebagai pembelajaran melaluipanduan adalah berdasarkan kemahiran-kemahiran kognitif danmetakognitif untuk menyelesaikan sesuatu tugasan.

    Menurut Collins, Brown dan Newman (1989), sekiranya seseorangguru yang pakar mendengar atau membaca kemahiran-kemahirantersebut dan dapat mengajar pelajar untuk memiliki kemahiranyang lebih.Experience is the child of thought, and thought

    is the child of action.

    Benjamin Disraeli

    T d t ti b di t

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    19/42

    Terdapat tiga perbezaan di antaraapprenticeship tradisional denganapprenticeship kognitif.

    Pertama, dalam apprenticeshiptradisional, proses menjalankan sesuatutugasan yang perlu dipelajari adalahmudah diperhati. Dalam apprenticeshipkognitif, pelajar harus membawa

    pemikiran pada tahap permulaan untukdilihat dengan jelas sama ada melaluibacaan, penulisan atau penyelesaianmasalah.

    Dengan membawa proses-proses itu kepermulaan pelajar dapat mempraktissecara mudah dengan bantuan guru

    "One important keyto success is self-

    confidence. Animportant key to

    self- confidence is

    preparation.-Arthur Ashe-

    Kedua dalam apprenticeship

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    20/42

    Kedua, dalam apprenticeshiptradisional pembelajaran bersituasi ditempat kerja, di mana para apprenticeakan faham dan sedar untukmenjalankan tugas secara langsung.

    Mereka bermotivasi untuk bekerja danbelajar sub-sub komponen tentangsesuatu tugasan. Ini kerana merekasedar akan nilai produk akhir yangdijangkakan.

    Tetapi, di sekolah guru bertugasdengan merujuk kurikulum, iaitumembaca, menulis, mengajar sains,matematik, sejarah dan sebagainya.

    Kebanyakan bahagian telah terpisah

    daripada kehidupan seharian pelajar. Di dalam cognitive apprenticeship

    cabarannya ialah untuk mewujudkansituasi tugasan-tugasan abstrakkurikulum dalam konteks yang memberi

    makna kepada pelajar.

    Ketiga dalam apprenticeship

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    21/42

    Ketiga, dalam apprenticeshiptradisional kemahiran-kemahiranyang perlu dipelajari sedia ada didalam tugasan itu sendiri.

    Contohnya, untuk merekapakaian, apprentice belajarkemahiran-kemahiran tertentuseperti menjahit butang.

    Ini bererti, pelajar tidak mungkinberdepan situasi-situasi di mana

    pemindahan kemahiran-kemahiran diperlukan.

    Tetapi, untuk tugasan di sekolahpelajar harus memindahkan atautidak apa yang mereka belajar

    melalui tugasan-tugasan yangpelbagai dalam situasi-situasitertentu apabila berdepan dengansituasi-situasi yang memerlukanpenyelesaian masalahpembelajaran.

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    22/42

    Cognitive apprenticeship bukanlah suatumodel pengajaran yang boleh digunakandalam kesemua aspek pengajaran.

    Ia adalah berguna sebagai paradigmainstruksional apabila guru perlumengajar tugasan kompleks yangdihadapi oleh pelajar.

    Cognitive apprenticeship menggalakkanpelajar muncul sebagai pakar.

    Dalam konsep cognitive apprenticeshipguru tidak perlu dianggap sentiasaberperanan sebagai pakar.

    Guru boleh mengaplikasikan ideamelalui aktiviti-aktiviti seperti modelingdan scaffolding.

    Ini bermakna terpulang kepada gurumenggunakan cognitive apprenticeshipdalam pengajaran dan pembelajaran.

    "Don't ask for aneasier life; ask to be astronger person.

    -Kristen Goeser -

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    23/42

    Pada asasnya, tutoringadalah idea di mana seorang guru (pakar)membantu seorang pelajar menguasai kemahiran-kemahiran tertentudalam sesuatu subjek.

    Ia dianggap strategi dan cara yang efektif yang dapat membantu gurumengajar dengan mengutamakan kelemahan-kelemahan dalamkemahiran-kemahiran yang terdapat dalam subjek-subjek tertentuseperti Matematik atau Bahasa Inggeris.

    Dalam membincangkan konsep tutoringada juga pelajar yang sangatlemah dalam akademik.

    Dalam kes seperti ini guru atau rakan sebaya harus membantumengamalkan konsep tutoringdengan mengajar seorang (guru)

    dengan seorang (pelajar). Dalam mengajar pelajar, bahan bantu mengajar (BBM) dalam bilik

    darjah boleh membantu guru mengajar dengan efektif.

    Selain itu, rakan sebaya, individu secara sukarela dan ibu bapa dapatmengajar dan memantau keberkesanan pengajaran dan bimbingan

    guru terhadap pelajar di sekolah.

    Penilaian dan pemerhatian akan

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    24/42

    Penilaian dan pemerhatian akanmemanfaatkan pelajar untuk belajar danmenguasai sesuatu konsep danpenerangan dengan lebih baik.

    Konsep tutoringdi luar sekolah,biasanya diteruskan di rumah oleh ibubapa pelajar.

    Konsep tuisyen adalah suatu langkahke arah menjalankan aktiviti tutoring.

    Dengan adanya sesi tutoringpelajardapat mengembangkan pemahamantentang sesuatu pelajaran, idea dankonsep dengan lebih mendalam.

    Pelajar berkesempatan untukmenguasai teknik-teknik dankemahiran-kemahiran untuk terusmemahami isi pelajaran yangdisampaikan oleh guru di sekolah.

    Konsep tutoring boleh dikembangkan

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    25/42

    Konsep tutoringboleh dikembangkandalam program-program khas untukmemulihkan pelajar dari segiakademik.

    Kajian menunjukkan tutoringadalah

    aktiviti yang sangat efektif. Ilmupengetahuan berkembang denganpesat di negara-negara maju.

    Pelajar perlu bersandar pada orang-orang tertentu untuk membantumereka menguasai sesuatu

    kemahiran. Aktiviti tutoringhanya berkesan

    sekiranya gurumerancang danmenstruktur pelajaran dengan cermatuntuk membantu pelajar dalamaktiviti membaca, menulis,memikir,mengeja dan dalam mengajarsubjek-subjek seperti Matematik danSains.

    Menurut Shamier dan Tzuriel (2004),rakan sebaya dalam kelasnya boleh

    juga menjadi tutor yang efektif.

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    26/42

    Justeru, ia membantu pelajar bersedia menghadapiujian dan peperiksaan di dalam bilik darjah.

    Dalam sistem tutoringrakan sebaya boleh membantumengajar rakan yang lain.

    Dalam kes tutoringyang dijalankan oleh rakan sebayayang lebih tua mempunyai kemahiran-kemahiran yang

    lebih berbanding rakan sebaya yang lebih mudadaripadanya.

    Sekiranya rakan sebaya yang sama umur mungkinboleh mengakibatkan rasa malu dan mewujudkan

    perbandingan sosial yang negatif di antara satu samalain.

    "All life is an experiment." -Ralph Waldo

    Emerson

    Pembelajaran

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    27/42

    PembelajaranKoperatif

    Suasana pembelajaran yang kondusif akan mendorong pelajarmenimba ilmu pengetahuan.

    Dalam pembelajaran koperatifbeberapa orang bekerja dalamsuatu kumpulan kecil untuk membantu sesama untuk belajar.

    Tugasan dalam kumpulan akan memberi ruang kepada pelajar

    untuk berbincang sesama dalam jangka waktu yang singkat,berminggu-minggu atau berbulan-bulan, sekiranya tugasannyabesar.

    Biasanya, tugasan itu mungkin dalam bentuk menyelesaikansesuatu masalah pembelajaran berdasarkan kemahiran-kemahiran tertentu, misalnya mencari isi-isi penting untukmenulis karangan melalui aktiviti sumbangsaran.

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    28/42

    Menurut Slavin (1994), kajian-kajian didapati bahawapembelajaran koperatifadalah suatu strategi efektif untuk

    meningkatkan pencapaian dengan dua syarat, iaituganjaran diberi untuk ahli-ahli kumpulan ke arahmewujudkan kegemarandan keinginan secara mendalamuntuk membantu sesama menyelesaikan masalahpembelajaran dan akauntabiliti individu ke arah

    menyelesaikan tugasan bersama ahli-ahli yang lain.

    Ini kerana mereka mungkin menumpang tanpa memberiapa-apa sumbangan.

    Apabila syarat-syarat ini dipenuhi, sumbangan ke arah

    pencapaian yang baik dalam kesemua gred daripadakemahiran-kemahiran asas sehinggalah penyelesaianmasalah pembelajaran yang lebih kompleks.

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    29/42

    Selain itu, dalam kumpulan pembelajaran koperatifmotivasi untuk belajar sentiasa meningkat.

    Ini kerana interaksi di antara rakan sebaya,perasaan positif dan perasaan kekitaan adalahfaktor-faktor yang memotivasikan mereka untukbelajar dalam konteks pembelajaran koperatif.

    Pelajar-pelajar juga mempunyai motivasi intrinsikuntuk mempelajari dan mendalami sesuatu ilmuatau konsep-konsep dalam gerakerja kumpulandaripada pembelajaran dalam konteks individual.

    Justeru, pembelajaran koperatif sememangnyamemudahkan tugasan pembelajaran di dalam bilikdarjah.

    Pembelajaran koperatif membantu pelajar berdikari dan

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    30/42

    Pembelajaran koperatif membantu pelajar berdikari danmenghubungkan seorang pelajar dengan yang lain.

    Penggunaan strategi-strategi penerangan oleh rakan

    sekumpulan tentang idea-idea akan memberi ruang untukmenyelesaikan masalah dengan baik.

    Pelajar-pelajar akan cuba menerangkan unit-unit kecil yang

    berkaitan dengan pelajaran yang disampaikan oleh guru.

    Apabila kesemua orang dalam kumpulan berjaya menerangkanunit-unit tersebut, maka pelajar dapat belajar secara mendalam

    dan dengan konsisten mengikut tahap-tahap pengajaran olehguru.

    "Nothing great was ever

    achieved without

    enthusiasm." -Ralph Waldo

    Emerson

    Berdasarkan pendekatan pembelajaran dikenalpasti dan

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    31/42

    Berdasarkan pendekatan pembelajaran dikenalpasti dandikembangkan seperti suasana bilik darjah yang memberipeluang kepada pelajar belajar bersama, pengkajian dalamkumpulan dan penulisan skrip secara koperatif (Santrock, 2004)

    dapat membuahkan hasil. Dalam pendekatan belajar bersama, pelajar berinteraksi semula,

    berdikari secara positif, berakauntabiliti danmemperkembangkan kemahiran-kemahiran interpersonal dalamkumpulan.

    Pendekatan ini berfokus kepada perkembangan sosioemosi daninteraksi kumpulan dengan aktiviti ditumpukan padaperbincangan dan team building(Johnson dan Johnson, 2003).

    Pendekatan pengkajian dalam kumpulan bergantung pada

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    32/42

    Pendekatan pengkajian dalam kumpulan bergantung padapembelajaran individu dan kumpulan dalam dua hingga enamahli.

    Ganjaran disediakan oleh guru untuk pelajar yang mencapai

    tahap yang dikehendaki. Dalam kes ini, guru akan mengemukakan suatu masalah

    pembelajaran untuk dikaji oleh pelajar.

    Tetapi, pelajar akan mengambil keputusan untuk mengagihkantugas di antara ahli-ahli kumpulan secara individu.

    Kemudian mereka duduk bersama merumus mengintegrasi

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    33/42

    Kemudian, mereka duduk bersama, merumus, mengintegrasi

    dan membentangkan hasil dapatan kajian sebagai aktiviti atau

    projek kumpulan.

    Pelajar-pelajar dapat menilai hasilnya bersama dengan guru

    yang bertindak sebagai pemudah cara dalam pengkajian untuk

    mengekalkan usaha ke arah mewujudkan suasana koperatif.

    Menurut Sharon (1990), dengan cara pengkajian berkumpulan

    kebanyakan masalah real-worlddapat diselesaikan dalam

    komuniti-komuniti di seluruh dunia.

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    34/42

    Menurut Dansereau (1988) dan McDonald et.al

    (1985), dalam pendekatan penulisan skrip(biasanya terdiri daripada dua orang) didapatiseorang pelajar merumuskan informasi danmembentangkan secara lisan kepada rakan.

    Rakan yang lain mendengar dan monitoruntukmengenal pasti sebarang kesilapan (sekiranyaada) dan memberi maklum balas.

    Giliran rakan yang lain pula menjadi guru dan

    membentangkan bahan-bahan kajian untuktugasan tersebut dan dikomen oleh rakan ituuntuk memperbetulkan kesilapan-kesilapannya.

    P b l j K l b tif

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    35/42

    Pembelajaran Kolaboratif Pembelajaran Kolaboratif dalam konteks bilik

    darjah dianggap suatu keadaan di mana

    pelajar bersatu dalam kumpulan untukmelaksanakan tugas.

    Ia mencadangkan suatu cara menghormatikeupayaan dan sumbangan ahli-ahlikumpulan.

    Terdapat juga autoriti dan penerimaantanggungjawab di kalangan ahli-ahli kumpulanuntuk melaksanakan tugas-tugaspembelajaran.

    Pada dasarnya, pembelajaran kolaboratifbersandar pada permuafakatan yang dibina

    melalui kerjasama oleh ahli-ahli kumpulan. Dalam pembelajaran kolaboratif tugas guru

    adalah untuk membantu pelajar memberirespon kepada tugas pembelajaran sepertiperbincangan tentang topik sains di mana

    pelajar memainkan peranan aktif dalammengkaji topik sains tersebut.

    Pelajar berperanan untuk menggunakan kemahiran-kemahiran

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    36/42

    Pelajar berperanan untuk menggunakan kemahiran kemahiraninterpersonal untuk membentuk persahabatan dalammenyelesaikan tugasan.

    Sekiranya pelajar-pelajar yang berlainan kategori seperti agama,

    ras dan keetnikan dapat berkumpul di dalam bilik darjah, maka iaakan memudahkan interaksi secara positif untuk meningkatkanmutu kerja berpasukan.

    Pembelajaran dianggap bermakna apabila usahanya dilihatseperti suatu usaha berpasukan daripada usaha secara individu.

    Ini akan melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran yangmendalam terhadap tugasan.

    Kolaborasi adalah suatu proses

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    37/42

    ppembelajaran secara menyeluruh, iaitupelajar mengajar pelajar dan gurumengajar pelajar.

    Apabila tugasan diberi kepada pelajar

    sudah tentu mereka dapat mencari banyakinformasi dalam masa singkat.

    Ini kerana tugasannya diagih-agihkansesama ahli kumpulan untuk dilaksanakan.

    Menurut Johnson dan Johnson (2000),

    dalam menjayakan pembelajarankolaboratif guru harus menerangkanperanan pelajar di dalam kumpulan.

    Guru juga memberi panduan denganmempersembahkan komunikasi

    interpersonal yang efektif. Pembelajaran kolaboratif adalah suatu

    proses pengayaan untuk guru dan pelajar. Guru tidak lagi berperanan sebagai

    authoritarian (pengajaran tradisional).

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    38/42

    Pelajar belajar sendiri menggunakan kemahiran-kemahiran sosial, berdedikasi, berkeyakinan, pembelajaryang bebas dan bertanggungjawab kepada hasil

    pembelajaran mereka melalui pembelajaran kolaboratif. Pembelajaran kolaboratif membawa manfaat khusus

    kepada pelajar seperti berikut:

    a) Penilaian oleh ahli kumpulan secara langsung selain

    daripada guru. Dalam penilaian ini ahli kumpulan akanmengambil kira semangat berpasukan, sumbangan,penglibatan dan kejujuran memberi kerjasama.

    b) Ia memberi peluang kepada orang yang tidak dikenalisebelum ini (jika di luar bilik darjah). Soal adaptasi dalam

    diri pelajar memberi pengalaman pembelajaran yangdinamik.

    c) Ia memberi ganjaran dari segi

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    39/42

    ) g j gpengalaman pembelajaran melaluiorang-orang yang berlatarkansosioekonomi yang berbeza-beza.Pelajar dapat membandingkan idea-

    idea orang dan mengiktirafsumbangan idea yang dikongsi olehorang.

    d) Ia memberi ruang untuk pelajarmenguasai teknik-teknik

    menyelesaikan masalahpembelajaran. Dengan mengambilbahagian dalam pembelajarankolaboratif pelajar dapat hidupbersosialisasi, berbincang untukmencari penyelesaian yang terbaik

    untuk masalah-masalah yangdihadapi. Banyak idea danpandangan akan membantumenangani sebarang masalah secaramakro dan mikro.

    Jadi pembelajaran kolaboratif

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    40/42

    Jadi, pembelajaran kolaboratif

    adalah antara pendekatan

    mutakhir yang berpusat pada

    pelajar yang meneroka danmenjana ilmu pengetahuan

    melalui pembelajaran berpasukan.

    Ini berbeza daripada cara

    pengajaran tradisional yang hanyaberorientasikan penyampaian ilmu

    pengetahuan oleh guru dan

    pelajar menerima tanpa banyak

    menyoal.

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    41/42

    Rumusan Bab ini telah mengupas pendekatan-pendekatan

    konstruktivisme sosial dengan memberi penerangantentang pendekatan-pendekatan seperti situatedcognition, scaffolding, cognitive apprenticeship, tutoring,pembelajaran koperatif dan pembelajaran kolaboratif.

    Pendekatan ini mengemukakan idea bahawa sistem

    pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajarpenting ke arah penimbaan ilmu pengetahuan.

    Ia juga terlibat dengan beberapa inovasi di dalam konteksbilik darjah. Pada keseluruhannya, pendekatan ini dapatmembantu para guru untuk mengajar secara efektif.

    Para pelajar dapat menguasai pembelajaran dengan baikuntuk melengkapkan diri dengan ilmu untuk belajarmenyelesaikan masalah pembelajaran dan situasi realworldyang dihadapi oleh pelajar pada masa kini.

  • 7/31/2019 Kuliah 12 (Pendekatan Konstruktivisme Psikologi Pendidikan

    42/42

    Selagi Jiwa Dikandung Badan,

    Teruskan Perjuangan!

    LAMBAIAN MALAR HIJAUBersama Cikgu Jo dan Daneng