kuliah 8 (perbezaan individu)-psikologi pendidikan

41
Kuliah 8: PERBEZAAN INDIVIDU DR. SUPPIAH NACHIAPPAN 012-5270801 / 05-4506044

Upload: nurhainifaliniahmad

Post on 21-Jul-2015

252 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

NOTA CHE ANUAR

TRANSCRIPT

KPP1033 - Psikologi Pendidikan

DR. SUPPIAH NACHIAPPAN

012-5270801 / 05-4506044

Kuliah 8: PERBEZAAN INDIVIDU

OBJEKTIFPelajar dapat:

Menghuraikan Konsep perbezaan individu dan - Aspek perbezaan individu Mengenal pasti Faktor-faktor yang mempengaruhi perbezaan individu Menghurai kecerdasan dari perspetif psikologi pendidikan Membanding dan membezakan pandangan tokoh-tokoh tentang kecerdasan Binet, Weshler,Spearman, Cattel, Gardner

The science of psychology studies people at three levels of focus captured by the well known quote: Every man is in certain respects (a) like all other men, (b) like some other men, (c) like no other man" (Murray, H.A. & C. Kluckhohn, 1953).

Real success is finding your lifework in the work that you love.- David McCullough

Individual differences research typically includes personality, motivation, intelligence and ability, IQ, interests, values, self-concept, self-efficacy, and self-esteem (to name just a few).

Success is counted sweetest by those who ne'er succeed. - Emily Dickinson

Current researchers are found in a variety of applied and experimental programs, including educational psychology, industrial psychology, personality psychology and social psychology programs.One of the things I keep learning is that the secret of being happy is doing things for other people. - Dick Gregory

Individual difference psychology examines how people are similar and how they differ in their thinking, feeling and behaviour. No two people are alike, yet no two people are unlike. So, in the study of individual differences we strive to understand ways in which people are psychologically similar and particularly what psychological characteristics vary between people. We can classify people psychologically, according to their intelligence and personality characteristics, for example, with moderate success, however people are complex and much is still left unexplained. There are multiple and often conflicting theories and evidence about individual difference psychology.

There are a variety of individual differences that must be of concern to classroom teachers. Some of the most prominent are academic ability (or intelligence), achievement level, gender, learning style, and ethnicity and culture.

MELAYU,CINA & INDIA

Pelbagai Kategori Pelajar Guru menghadapi pelbagai jenis pelajar Pelajar ceria, peramah, suka berinteraksi, pendiam, pemerhati. Pelajar cergas, malas, suka tidur dalam bilik darjah. Pelajar mengganggu guru, suka membuat bising dan sebagainya. Guru perlu sedar tentang wujudnya perbezaan individu dalam kelas untuk merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk pelajar.

Definisi dan Huraian Perbezaan individu adalah variasi yang boleh diperhatikan di kalangan satu kumpulan individu dalam aspek temperamen, tahap tenaga, pola persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak. Temperamen adalah tret personaliti, emosionaliti dan pola tingkah laku yang sebahagian besar diwarisi daripada ibu bapa seseorang. Tahap tenaga pula merujuk kepada keadaan fizikal seseorang semasa terlibat dalam aktiviti sama ada bertenaga, berstamina atau mudah penat. Pola persahabatan merujuk kepada aktiviti persahabatan dalam sesuatu kumpulan. Attachment dengan ibu bapa dengan anak Hubungan Vertical) Menegak. Hubungan dengan sahabat (Horizontal) Mendatar

Perbezaan Individu (Pandangan Ahli Psikologi) Slavin (1997) Perbezaan Individu dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Kepelbagaian pelajar dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif/gaya pembelajaran, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa di rumah, jantina dan bakat serta minat. Henson & Eller (1999) Kepelbagaian Individu ciri-ciri manusia yang mempunyai dua potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar dalam persekitaran sekolah.

Aspek-Aspek Perbezaan Individu

A) Jantina-Anak Lelaki dan Anak Perempuan Skor ujian kecerdasan akademik kajian Maccoby & Jacklin (1974) pelajar perempuan baik dalam kecerdasan lisan atau bahasa. (Pandai dalam perbendaharaa kata, tugasan mengeja perkataan) Pelajar lelaki baik dalam kecerdasan ruang visual-spatial. (Pandai membaca peta, teka silang kata) Kajian menunjukkan bahawa pelajar lelaki terlibat dalam kes disiplin di dalam sekolah yang ramai guru perempuan. Ingin membina watak kelakian.(Masculinity)

B) Fizikal- Terdapat pelajar berbeza dari segi tinggi dan bentuk badan. Sheldon (1942) 3 kategori bentuk badan. 1. Endomorphs-individu bertubuh bulat. Suka bergaul, relaks dan mementingkan kepuasan sendiri tetapi mudah diserang tekanan perasaan. 2.Mesomorphs-individu bertubuh kuat dengan otot-otot. Bersifat agresif, kuat bersukan tetati ada tanda-tanda boleh terlibat dalam aktiviti delinkuen. 3. Ektomorphs-individu kurus dan tinggi. Bersifat bimbang, suka bersendirian, pendiam dan mudah diserang schizophrenia. Walau bagaimanapun pendapat beliau telah ditolak oleh pengkaji saintifik.

C)

Kognitif atau MentalKajian menunjukkan individu berbeza kebolehan untuk menaakul, berfikiran logik, berbahasa, mengira dan berimaginasi. Alfred Binet (1905) seseorang yang cerdas ialah orang yang keupayaan mentalnya lebih daripada kawan-kawan yang sama umur dengannya. Piaget mengaitkan kecerdasan dengan cara individu mengadaptasi kepada persekitaran. Woolfolk (1997)- teori-teori kecerdasan yang awal membincangkan, tentang keupayaan untuk belajar, keseluruhan pengetahuan yang telah individu peroleh dan kebolehsuaian seseorang kepada situasi atau persekitaran baru. Alfred Binet dan Theodore Simon berjaya aplikasi ujian kecerdasan. (Digelar father of intelligence testing) Stanford-Binet Intelligence Test Lewis Terman (1916) IQ (Intelligent Quotient)

d) Personaliti Setiap orang mempunyai personaliti tersendiri. Ada individu peramah, pandai berkawan, popular dan disukai. Gaya percakapan, tingkah laku, gaya berfikir, gaya bertindak dan gaya bekerja. Personaliti pesona topeng muka Adler (1948) personaliti sebagai gaya atau stail hidup seseorang. Allport (1961) personaliti sebagai penyususnan sistem psikofizikal yang dinamik dan penyesuaian dengan persekitaran. Freud personaliti facets of personality ada id, ego dan superego. Carl Jung personaliti ekstrovert, introvert dan ambivert. Ekstrovert- periang, suka berkawan, petah bercakap, peramah, mudah menyesuaikan diri, bersifat kembara, meminati aktiviti luar dan tahan lasak. Introvert- pendiam, kurang bersosial, berbakat dalam penulisan, sensitive dan hati-hati dalam membuat tindakan.

e) Gaya Kognitif dan Gaya Belajar Cara individu mempersepsi maklumat sementara gaya balajar merujuk kepada persekitaran pembelajaran yang digemari pelajar. Witkin (1940) kenal pasti dua gaya kognitif, iaitu gaya belajar bergantung latar (field dependence), iaitu suka mempersepsi sesuatu secara global, dan bebas latar (field independence), iaitu suka mempersepsi sesuatu secara analitikal. Gaya kognitif impulsif Gaya kognitif reflektif-

You can make goals for family, relationships, anything. - Michael Johnson

f) Kesihatan Pelajar terdiri daripada orang yang sihat, riang, cerdas dan normal. Aktif melibatkan diri dalam permainan, pandai bersosial kreatif dan ingin tahu. Murid yang tidak sihat- lemah, kurang bertenaga untuk belajar dll. Pelajar juga cacat penglihatan/ tidak tahu membezakan huruf b dengan d / dyslexia Pelajar juga ada yang pekak, bisu, sengau dan gagap. Pelajar berpenyakit seperti asthma/lelah, talassemia, hepatitis B, anaemia, alahan dll. Guru harus kenal pasti tahap kesihatan murid suapaya dapat mengecualikan mereka daripada sesuatu aktiviti yang boleh memudaratkan mereka.

g) Sosial Pelajar sekolah rendah dan menengah suka bermain dan berinteraksi antara satu sama lain. Soalan sosiometri- dapat buat satu peta atau jaringan persahabatan murid dengan murid yang lain oleh guru. Bintang Dyad Klik Rantai Alienation Singkiran-

Pelbagai Bangsa, Budaya, Agama dan Kepercayaan Migrasi penduduk-etnik Amerika Syarikat migrasi dari Afrika, Sepanyol, Jepun, China, Vietnam, Burma, dll. Ramai ahli psikologi di US berpendapat sudah tiba masa untuk memperkenalkan kurikulum multicultural dan diadakan subjek silang budaya supaya timbul persefahaman antara satu bangsa dengan lain

Implikasi kepada Pengajaran dan pembelajaran Kesediaan Belajar Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Tingkah laku Mengganggu Pembelajaran Berbeza Gaya Kognitif dan Gaya Belajar Berbeza Personaliti

In striving tjo attain big things, the little things come easy, but in striving to attain only little things, even they become hard. C. T. Gilbreath

Peranan Guru Dalam Menghadapi Perbezaan Individu 1. Kaedah Kumpulan 2. Program Pengayaan dan Pemulihan 3. Pengajaran Terancang/Modul/Bahan Multi-Media 4. Pembelajaran Koperatif 5. Peneguhan Positif dan Negatif 6. Pengagihan Tugas Mengikut Minat dan Kebolehan 7. Pelbagaikan Bentuk Penilaian 8. Pelbagaikan Strategi Pengajaran dan pembelajaran 9. Pelbagaikan Bahan Bantu Mengajar

Defini Kecerdasan

Sternberg (dalam Kalat, 1999) Kebolehan mental yang membantu seseorang untuk menyesuaikan diri, mengubah (shape) atau memilih persekitaran supaya sesuai kepada kehendaknya. Kebolehan untuk menilai (judge), memahami dan memberi sebab atau melihat perkaitan antara faktorfaktor di persekitarannya. Kebolehan untuk memahami dan membuat tindakan yang sesuai dan rasional dengan orang, objek dan simbol. Kebolehan untuk bertindak munasabah dan ada tujuan, berfikir secara rasional dan bertindak efektif kepada persekitaran

Definisi Kecerdasan

(Sternberg dalam Kalat, 1999) Kebolehan mental yang membantu seseorang untuk menyesuaikan diri, mengubah (shape) atau memilih persekitaran supaya sesuai kepada kehendaknya. Kebolehan untuk menilai (judge), memahami dan memberi sebab atau melihat perkaitan antara faktor-faktor di persekitarannya. Kebolehan untuk bertindak munasabah dan ada tujuan, berfikir secara rasional dan bertindak efektif kepada persekitaran. Kebolehan individu berfikir atau menaakul dalam usahanya menyesuaikan diri dengan persekitaran. Kalat (1999) kombinasi kebolehan umum dan kemahiran praktis. Wechsler (1975) kebolehan individu memahami alam sekitarnya, dirinya dan kepakaran yang dimilikinya untuk membantunya menghadapi cabaran hidup.

Dua Pandangan Kecerdasan (Borich & Tombari, 1997) Tradisi Klasik cuba memahami isi atau struktur kecerdasan. Tradisi Revisionist cuba memahami kecerdasan sebagai suatu proses yang menghubungkaitkan perlakuan kecerdasan manusia dalam memproses maklumat untuk menyelesaikan masalah

Tradisi Klasik

Ahli-ahli psikologi golongan ini telah membina alat ujian untuk membantu mereka memahami kebolehan yang menjadikan seseorang itu cerdas. Binet,Spearman, Guilford dll. Persoalan yang mereka ingin selesaikan ialah: adakah kecerdasan itu terdiri drp satu kebolehan yang umum atau terdiri drp beberapa kebolehan yang khusus. Mereka berpendapat ujian yang mengandungi soalan yang memerlukan individu memilih jawapan betul drp beberapa jawapan salah adalah cara terbaik untuk menentukan tahap inteligen individu. Ahli psikologi tradisi klasik berpendapat kecerdasan adalah sebahagian besar diwarisi. Bermakna kecerdasan merupakan salah satu tret yang terdapat dalam kromosom ibu bapa dan diwariskan kepada anak-anaknya.

Tradisi Revisionist Ahli psikologi tradisi revisionist ialah spt Howard Gardner dan R.J. Sternberg. Mereka cuba mengenal pasti tingkah laku cerdas semasa individu menjalankan tugasnya. Mereka melihat kecerdasan dari sudut memproses maklumat. Persoalan yang ingin diselesaikan, bagaimanakah cara individu yang cerdas mencantum ilmu pengetahuan, strategi dan proses metakognitif untuk selesai masalah yang penting kepada mereka dan dalam konteks budaya mereka. Mereka berpendapat kecerdasan boleh dipertingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Mereka berpendapat ujian piawai bukanlah cara terbaik untuk mengukur kecerdasan. Tetapi, cara terbaik ialah melihat individu menyelesaikan sesuatu masalah dalam budayanya.

Mereka setuju baka salah satu komponen penting yang menyumbang kepada kecerdasan, tetapi baka bukanlah faktor penting kepada perkembangan keseluruhan tingkah laku cerdas. Mereka percaya kecerdasan sangat dipengaruhi oleh budaya di mana seseorang itu hidup. Oleh itu, kajian kecerdasan mesti mengambil kira cara penyesuaian individu kepada persekitarannya. Cn: Tingkah laku orang Eskimo

Pandangan Ahli Psikologi Tradisi Tentang Kecerdasan Alfred Binet Pengasas ujian kecerdasan dengan mencipta ujian umur mental atau mental age (1908). (Father of intelligence testing) Binet dan Simon diarahkan oleh Menteri Pendidikan Awam Peranchis untuk membina alat ujian untuk mengenal pasti kanakkanak yang lambat dalam pembelajaran. Binet membina ujian yang item soalannya cuba mengesan kefahaman murid tentang bahasa, kemahiran menyimpan maklumat, mengesan fakta yang diingat atau memori dan kebolehan untuk memahami arahan. Thorndike berpendapat kecerdasan adalah tret atau satu set tret sahsiah yang membezakan individu lebih mahir atau berkebolehan daripada individu lain dalam kumpulannya.

One of the things I keep learning is that the secret of being happy is doing things for other people. - Dick Gregory

Charles Spearman (1927) pula, telah mengemukakan 2 aspek kecerdasan iaitu kebolehan umum yang dinamakan g (general intelligence) dan kebolehan khusus yang dinamakan s. (specific ability) Louis Thurstone (1938) menyambung usaha Spearman dan merumuskan bahawa g mengandungi 7 kebolehan mental yang spesifik, iaitu kebolehan aras mental; Cekap memproses maklumat, cekap dalam mempersepsi sesuatu, cekap mengolah nombor, cekap mendefinisi makna perkataan, cekap mengingat dan berkebolehan membuat penaakulan atau pemikiran induktif. (dari khusus kepada am). Kebolehan s mengandungi beberapa kebolehan spesifik yang tidak diketahui, kebolehan ini mungkin kebolehan mekanikal, muzik, matematik, kebolehan berfikir logik atau kebolehan manipulasi ruang atau spatial.

Guilford (1967,1988) merumuskan terdapat 180 atau 120 kebolehen asas aktiviti mental (Woolfolk,1998: 114) Terdapat 3 tugas kognitif atau facets of intelligence, iaitu isi (contents), operasi mental dan hasil pemikiran (products). Isi ada 5 perkara yang individuperlu berfikir, iaitu visual, auditori, makna perkataan, simbol dan tingkah laku. Operasi- jenis pemikiran yang individu perlu laksanakan, iaitu ada 6 operasi mental yang terdiri drp kognisi (mengenal pasti maklumat baru dan lama), pemikiran konvergen (finding one answer), pemikiran divergen (finding many possible solutions), penilaian (judgments about accuracy, value etc), memori segera (immediate memory), dan memori jangka panjang. Hasil pemikiran ialah jawapan yang diperlukan oleh operasi mental. Ada 6 hasil pemikiran, iaitu unit-unit, kelas atau kategori, hubungan, sistem, transformasi dan kesan (implications). Model struktur intelek Guilford mengandungi 5x6x6 kebolehan =180 kebolehan asas mental. Oleh sebab beliau dapati tindan-tindih di antara kebolehan beliau telah mengurangkan kebolehan mental asas kepada 120 kebolehan.

Cattell & Horn (1963, 1982, 1997) telah memperkenalkan kecerdasan cair (fluid intelligence) dan kecerdasan kristal (crystallized intelligence) Kecerdasan cair- kebolehan seseorang untuk selesai masalah abstrak, tidak diajar dan bebas dari pengaruh budaya. Menurut Kalat, kebolehan cair ialah penaakulan sebab-musabab (reasoning) dan menggunakan maklumat. Ini termasuklah kebolehan mempersepsi hubungan, selesai masalah luar biasa dan memperoleh maklumat baru. Kecerdasan cair sebahagian besarnya berkaitan dengan kebolehan untuk menyimpan maklumat yang banyak dalam memori jangka panjang dan memproses maklumat tersebut dengan cepat sekiranya maklumat tersebut tidak diproses dengan cepat ia akan hilang. Kebolehan ini bebas dari pengaruh budaya. Kecerdasan kristal- ialah kebolehan untuk selesai masalah menggunakan ilmu pengetahuan yang dipelajari di sekolah atau dari pengalaman hidup. Ini termasuklah proses mendapat maklumat dan kemahiran dan mengaplikasi maklumat tersebut kepada pengalaman khusus seseorang.

Cara Mengukur Inteligen Ada beberapa skala untuk mengukur kecerdasan, Skala Raven SPM, Skala Kecerdasan oleh Wechsler WISC-III (1991), iaitu skala untuk mengukur kecerdasan kanak-kanak, WechslerBellevue Intelligence Scale (1939) untuk mengukur kecerdasan orang dewasa dan telah diperbaiki dan dinamakan WAIS-R, Cattel Cultural Free dll. Cara mengukur Skala Inteligen Stanford Binet Darjah Kecerdasan (DK)=Umur Mental X 100 (Intteligent Quotient) Umur kronologi Contohnya: Seorang murid berumur 5 tahun boleh menjawab dengan baik soalan ujian untuk murid berumur 10 tahun. Cara pengiraan: DK=10 x 100 = 200 5 Ini bermakna kecerdasan kanak-kanak itu di atas paras pandai biasa iaitu termasuk dalam kategori kanak-kanak pintar (lihat kategori kecerdasan Terman)

Kategori Kecerdasan Terman

Dk 140 ke atas 120-139 80 -119 70 -79 69 ke bawah

Klasifikasi % Populasi Pintar cerdas 1.33 Cerdas/Pandai 11.32 Sederhana 79.1 Lembam 5.62 Luar biasa lembam 2.63

Little minds are tamed and subdued by misfortune; but great minds rise above them. Washington Irving

Teori Pelbagai Kecerdasan Gardner

Pengenalan Dilahirkan di Scranto pd tahun 1943. Keturunan Jerman Profesor dalam bidang pendidikan dan kognitif di Havard Graduate School of Education Profesor psikologi di Universiti Havard. Profesor Neorologi di Jabatan Perubatan Universiti Boston 18 buku termasuk: The Discipline ind: What All Students Should Understand (1999) dan Intelligence Reframed: Multiple Intelligence For The 21 st Century. Gardner percaya kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang untuk selesai masalah atau mencipta sesuatu hasil kerja (menggubah lagu, mencipta puisi atau koreograf tarian) dalam konteks budayanya.

Beliau menentang pendapat yang mengatakan kecerdasan seseorang boleh dikenal pasti mealui ujian spt IQ. Gardner berpendapat bukan hanya satu cara selesai masalah tetapi ada berbagai-bagai cara atau individu guna beberapa set proses kognitif untuk selesaikan masalah atau menghasilkan produk. Gardner telah mengenal pasti 7 jenis kecerdasan yang diperlukan oleh seseorang untuk selesai masalah atau menghasilkan produk.

Kecerdasan logik - matematik Kecerdasan Bahasa atau Linguistik Kecerdasan Muzik Kecerdasan visual/Ruang/SpatialKecerdasan Kinestetik-Badan Kecerdasan Interpersonal Kecerdasan Intrapersonal Kecerdasan Naturalistik Kecerdasan Existential

Teori Inteligen Triarchic Sternberg Profesor di Uni. Yale Pada tahun 1975 phd dalam psikologi di Uni. Stanford. Pernah mengarang 600 buku dan artikel. Tiga komponen dalam teori memproses maklumat. Sternberg menggambarkan kecerdasan sebagai kebolehan individu mengubah atau membentuk persekitaran dengan melaksanakan pemikiran metakomponen, komponen prestasi dan komponen memperoleh pengetahuan. Sternberg berpendapat kecerdasan ialah proses adaptasi individu kepada persekitaran sebenar dan melibatkan proses pemilihan dan mengubah (shaping) persekitaran. Sternberg bersetuju dengan Gardner bahawa cara terbaik untuk mengkaji inteligen ialah dengan memerhati bagaimana individu selesaikan masalah yang penting untuk mereka dan dalam budaya (persekitaran) kehidupan mereka atau mengkaji proses kognitif bagaimana individu merubah diri mereka dan persekitaran dalam memenuhi keperluan mereka.

Metakomponen proses merancang, memilih strategi dan melaksana strategi untuk selesai masalah. Komponen prestasi adalah proses-proses untuk menyempurnakan tugasan spt encoding, penaakulan, induktif dan mengingat. Komponen pemerolehan pengetahuan adalah proses yang digunakan untuk memperoleh maklumat baru spt mengasingkan fakta penting dengan tidak penting (selective encoding), menghubungkan maklumat yang ada dan membanding maklumat baru dengan lama

Teori Kecerdasan Triarchic Sternberg

Tiga aspek saling berinteraksi kemahiran memproses maklumat (componentials) atau aspek analitik. -memproses maklumat, menganalisis, banding, nilai. Konteks (contextual) (praktikal) -mengaplikasi, mengguna melaksana. Aspek pengalaman (experiential)(kreatif -merekacipta.

Konsep kecerdasan emosi (EQ)

Menekankan ciri-ciri sahsiah Banyak kajian mengatakan bahawa kemahiran sosial dan emosi lebih penting dalam kejayaan hidup drp kebolehan intelektual semata-mata. Kecerdasan EQ yang tinggi lebih penting dalam menentukan kejayaan hidup drp kecerdasan IQ yang tinggi.

Gaya kognitif dan Gaya pembelajaran Woolfolk- cara individu persepsi dan menyusun maklumat mengenai persekitarannya Gaya pembelajaran pendekatan individu kepada cara belajar. Ciri-Ciri Pelajar yang Gaya Kognitif Bebas Latar Ciri-Ciri Pelajar yang Gaya Kognitif Bergantung Latar Gaya kognitif Impulsif Gaya Kognitif Reflektif Cara Guru Menghadapi Pelajar Reflektif KesimpulanChance favours the prepared mind. Louis Pasteur.

KPP1033 - Psikologi Pendidikan

Bersama Cikgu Jo dan Daneng