pengertian kempimpinan edu

Upload: norazizah-padu

Post on 07-Oct-2015

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan1.1 Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada pimpin.Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi ertisebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju kesesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti keupayaaan memimpin dan kepemimpinan pula keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin (Kamus Dewan 1994).1.2 Kepimpinan ialah tingkah laku yang mempunyai keupayaanmengubah haluan sesuatu organisasi. Kepimpinan perlu memilih kriteria-kriteria tertentu dalam usaha mencapai objektif organisasi.Mereka boleh memantau orang bawahan agar mengikut criteria yang dipilih untuk tujuan pembangunan dan kejayaan di samping dapat mempertahankan corak kerja berpasukan yang erat (Cartwright dan Zender 1960) dan (Halpin 1960).1.3 Kepimpinan merupakan satu subjek yang menarik kepada semua golongan masyarakat. Kepimpinan memberi gambaran individu yang berkuasa dan dinamik, yang memerintah tenteraatau mengarah empayar korporat. Sejarah manusia penuh dengan pemimpin tentera, politik, agama dan sosial. Perjuangan pemimpin yang berani dan bijaksana menjadi intipati legenda dan mitos.2.0 Konsep Kepimpinan2.1 Menurut Stodgill (1974), kepimpinan adalah satu konsepyang sukar dan kompleks. Dia melihat kepimpinan sebagai satufenomena manusia yang universal dan sukar difahami.Dinyatakan disini lima definisi yang dianggap sesuai dengan sesebuah organisasi.2.2 Kepimpinan ialah satu proses interaksi di antara individu dengan kumpulan atau khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat dengan proses interaksi ini boleh dianggap memegang peranan yang tertentu yang membezakan antara satu sama lain. Asas yang membezakan antara satu dengan lain ini ialahpengaruh, iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikutmematuhi (Gordon 1955).22.3 Seorang ahli pengurusan pula, mendefinasikan kepimpinan sebagai satu proses cubaan mempengaruhi sesuatu kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang ahliahli untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama (Gribben 1972). 2.4 Pemikir lain berpendapat bahawa kepimpinan secara amnya bermakna pengaruh, satu seni atau proses mempengaruhi manusia supaya mereka dapat berusaha secara sukarela ke arah mencapai matlamat bersama (Koontz 1984).2.5 Kepimpinan melibatkan kedua-dua keupayaan atau kekuatan untuk meyakinkan orang lain supaya bekerja keras ke arah suatu matlamat dan kemahiran atau kebolehan untuk membantu mereka mencapainya (Fulmer 1988).2.6 Dalam tulisannya Leadership Dynamic, Hollander (1978) mendefinasikan kepimpinan sebagai satu proses pengaruh mempengaruhi di antara pemimpin dan pengikut. Meskipunpemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pujukan dari paksaan. Proses kepimpinan selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arahdan tujuan utama ialah untuk mencapai matlamat bersama. Daripada pelbagai definisi yang dikemukakan di atas maka dapatlah dirumuskan seperti berikut: i. Kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang disusun secara rapi dan sistematik. Kepimpinan juga berkait secara langsung dan tidak langsung dengan keseluruhan aktiviti dalam organisasi.ii. Kepimpinan mempunyai perkaitan rapat dengan kuasa. Setiap ketua perlu memiliki perancangan sendiri yang mantap.iii. Kepimpinan mengandungi tugas-tugas serta fungsi bagi:a. menetapkan matlamatb. menyusunc. mengarah dan menyelarasd. mengawal bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.3iv. Kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi orang bawahan dan merupakan satu proses yang berterusan.v. Setiap keadaan memerlukan corak atau gelagat kepimpinan yang sesuai untuk sesuatu keadaan. Oleh itu kepimpinan ialah fungsi yang bersifat khusus.vi. Pemimpin seharusnya berkeupayaan untuk memujuk agar dapat mendorong orang bawahan bekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi.vii. Kepimpinan yang berkesan dapat memberi kepuasan kepada pengikut dan keadaan ini akan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang. Pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh sehingga objektif organisasi tercapai. Tekanan dan hukuman hanya dapat meningkatkan produktiviti dalam jangkamasa yang pendek, tetapi dalam jangka masa panjang pekerja akan menimbulkan reaksi negatif dan melahirkan rasa tidak puas hati dan bersikap menentang. Mengadakan perbincangan dan membuka peluang kepada subordinate untuk mengemukakan idea-idea baru kepada sesuatu perancangan yang dibuat merupakan langkah yang baik bagi pemimpin untuk meningkatkan kepuasan kerja. Pengikut atau orang bawahan akan lebih terdorong untuk bekerja kuat dan berdedikasi.Teori-Teori KepimpinanBanyak teori mengenai kepimpinan dikemukakan. Dari dahulu hingga sekarang berbagai-bagai sudut dikaji. Namun pendapat-pendapat mengenainya tidak sekata. Hasilnya muncul pelbagai pandangan berkaitan dengan kepimpinan. Seorang pemimpin yang baik perlu mengetahui tentang teori, model dan konsep kepimpinan yang wujud. Dalam mengkaji kepimpinan, berbagai teori dikemukakan seperti teori sifat, teori perlakuan, teori kotegensi, teori karismatik, teori X, Y dan Z, dan sebagainya.Teori X dan YTeori ini telah diasaskan oleh Douglas McGregor (1960) yang membuat dua set andaian terhadap manusia iaitu Teori X dan Teori Y. Teori X ialah pendekatan carrot and stick

4(Razali Mat Zin, 1966). Teori X mengandaikan bahawa pekerja semulajadinya malas dan akan mengelak daripada bekerja kecuali dipaksa, pekerja tidak mempunyai cita-cita dan tidak mahu memikul tanggungjawab, pekerja tidak mempunyai motivasi untuk menjayakan matlamat organisasi dan pekerja hanya mahu bekerja kerana dirangsang oleh keperluan psikologi dan keperluan keselamatan mereka sahaja.Teori Y pula lebih bercirikan motivasi dan pengiktirafan. Teori ini mengandaikan bahawa kerja sebagai satu perkara semulajadi iaitu suatu perkara biasa sama seperti bermain, bersukaria dan lain-lain jika keadaan kerja itu baik, tetapi mereka akan menganggap kerja sebagai beban jika pengalaman bekerjanya pada masa lepas tidak menyenangkan. Selain itu, pekerja sememangnya mencari dan mahukan tanggungjawab kerana ia membawa kepada kepuasan jiwa.Teori Perhubungan ManusiaTeori ini menjelaskan bahawa perhubungan manusia boleh mempengaruhi kelakuan dan perlakuan antara kedua-duanya. Perlakuan pemimpin terutamanya, boleh memberi kesan terhadap kepuasan hati pengikut dalam melaksanakan tugas. Kajian-kajian telah dibuat oleh pelopor-pelopor teori ini untuk mengenalpasti perlakuan-perlakuan ini dan didapati ada dua corak perlakuan pemimpin yang sangat disukai orang-orang bawahan iaitu :1. Perhatian dan penekanan terhadap tugas untuk mencapai matlamat organisasi (task-orientation).2. Perhatian dan penekanan terhadap perhubungan baik antara pemimpin dengan orang-orang bawahan (human relations orientation).5Kajian-kajian ke atas dua perlakuan ini membawa kepada kesimpulan bahawa pemimpin yang memberi perhatian berat kepada tugas dan orang-orang bawahannya boleh membawa kejayaan kepada organisasinya. Dalam erti kata lain, pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang mengambil berat tentang tugas dan yang menjaga perhubungan baik dengan pengikutnya.Teori Kepimpinan Mengikut Situasi (Situasional Leadership Theories)Bermula dari tahun 1940-an lagi penyelidik-penyelidik telah mencari faktor-faktor situasi yang boleh mempengaruhi peranan, kemahiran, dan tingkah laku pemimpin ke atas prestasi dan kepuasan bekerja.Fred Fiedlier telah mencadangkan satu model Kotegensi Kepimpinan yang efektif. Model ini mengandungi hubungan antara stail kepimpinan dengan suasana situasi yang menyenangkan. Kesesuaian situasi ini bergantung kepada 3 dimensi berikut:1. Hubungan antara pemimpin dan pekerja berdasarkan kepada percaya dan hormat menghormati.2. Darjah struktur tugas, iaitu sejauhmana tugas itu didefinisikan dengan jelas atau kabur.3. Kedudukan dan kuasa pemimpin yang didapati melalui autoriti formal, sama ada pemimpin/ individu boleh mempertimbangkan untuk memberi ganjaran, dendaan, menilai atau menaikkan pangkat kakitangan.Situasi yang menyenangkan akan diperolehi sekiranya ketiga-tiga dimensi tersebut positif. Dengan kata lain, sekiranya ketua itu secara amnya diterima kakitangan, struktur tugas jelas dan ketua mempunyai autoriti dan kuasa formal. Situasi ini menyenangkan dan digabungkan dengan gaya kepimpinan dapat menghasilkan keberkesanan.6Dalam Teori Kepimpinan Mengikut Situasi, teori ini bermula dengan anggapan bahawa keadaan yang berbeza memerlukan cara memimpin yang berbeza, jika keberkesanan ingin diwujudkan. Rasionalnya ialah kepimpinan yang berkesan akan bukan sesuatu yang nyata yang boleh wujud tersendiri dengan bentuk yang sama, tetapi ianya bergantung kepada beberapa faktor lain berupa manusia dan persekitaran yang saling berinteraksi dan saling mempengaruhi. Intipati kepada teori-teori ini ialah :1. Cara memimpin yang berbeza boleh berkesan, bergantung kepada kematangan orang-orang bawahan ; mereka yang matang kurang memerlukan penyeliaan, manakala mereka yang kurang matang memerlukan arahan dari ketua2. Cara memimpin yang berbeza sesuai dalam keadaan yang berbeza ; cara paling baik hendaklah mengambil kira faktor-faktor penting sebelum sesuatu keputusan dibuat3. Tidak ada hanya satu saja cara memimpin yang paling baik; keberkesanan seseorang pemimpin bergantung kepada persekitaran yang berupa manusia dan keadaan4. Pemimpin yang berkesan adalah mereka yang mendorong dan menunjuk jalan kepada orang bawahan untuk menghasilkan sesuatu yang paling baik.TeoriPerlakuanTeori ini menjelaskan bahawa perhubungan kemanusiaan boleh mempengaruhi kelakuan dan perlakuan antara kedua-duanya. Perlakuan pemimpin terutamanya, boleh memberi kesan terhadap kepuasan hati pengikut dalam melaksanankan tugas. Kajian-kajian oleh pelopor-pelopor teori ini untuk mengenalpasti perlakuan-perlakuan ini dan didapati ada dua corak perlakuan pemimpin yang sangat mempengaruhi orang-orang bawahan iaitu perhatian dan penekanan terhadap tugas untuk mencapai matlamat organisasi (task-orientation) dan 7perhatian dan penekanan terhadap perhubungan baik antara pemimpin dengan orang-orang bawahan (human relations orientation).Kajian-kajian ke atas dua perlakuan ini membawa kepada kesimpulan bahawa pemimpin yang memberi perhatian berat kepada tugas dan orang-orang bawahannya boleh membawa kejayaan kepada organisasinya. Pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang mengambil berat tentang tugas dan yang menjaga perhubungan baik dengan pengikutnya.Fungsi dan peranan pemimpin dilihat melalui dua kategori iaitu untuk menyelesaikan masalah dan pengendalian kumpulan pengikut. Pemimpin yang berkesan lazimnya bijaksana dalam mengendalikan kedua-dua perkara tersebut dalam memenuhi tuntutan individu, kumpulan dan organisasi. Pemimpin juga dinilai dari segi keupayaannya dalam melaksanakan tangungjawab berorientasikan pekerja atau tugas.Pemimpin yang mementingkan organisasi tugas lebih mengutamakan standard pencapaian dan daya pengeluaran tetapi hubungan kemanusiaan dan kebajikan pekerja kurang dititik beratikan. Pemimpin yang berorientasikan pekerja mendapat pujian dan popular tetapi mungkin menurun dari segi produktiviti dan kualiti. Kesan perlakuan pemimpin berdasarkan tangungjawab berorientasikan tugas dan orentasi pekerja telah memberi impak terhadap keberkesanan peranan kepimpinan mereka.Keseluruhannya, walaupun teori-teori yang dikemukakan ini berbeza dari segi pendekatan, isi dan kesimpulan, kesemuanya mirip menyatakan ada satu saja cara yang terbaik untuk memimpin orang bawahan. Masing-masing mengutarakan cara mereka. 8Ada yang mengatakan kejayaan bergantung kepada karisma seseorang, ada yang mengatakan bahawa kejayaan pemimpin bergantung kepada kelakuan dan perlakuan tertentu, dan ada pula yang mengatakan kejayaan bergantung kepada anggapan pemimpin terhadap orang-orang bawahannya ( Ibrahim Mamat, 2001).Walau bagaimanapun, semuanya mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Tidak ada satupun yang sempurna. Namun teori-teori ini sangat berguna untuk diteliti oleh orang-orang yang ingin menjadi pemimpin kerana mereka dapat mengetahui hal-hal yang boleh memberi kesan ke atas kepimpinan.3.0 Jenis-jenis KepimpinanPenyelidikan mengenai jenis kepimpinan ini masih berjalan dengan lancar dan selain dari jenis yang disebutkan di atas, ada berbagai-bagai lagi gaya kepimpinan. Reddin , 1970 (dalam Robiah Sidin, 1989) telah membahagikan gaya kepimpinan mengikut model dimensi yang mengandungi tiga gaya asas, empat gaya pengurusan yang berkesan dan empat lagi gaya pengurusan yang agak kurang berkesan. Manakala Boles dan Davenport, 1975, telah menyarankan beberapa gaya untuk kepimpinan dan cara dia menggunakan kuasa itu.Gaya kepimpinan yang pelbagai menunjukkan bahawa konsep kepimpinan itu adalah amat rumit. Seseorang pentadbir yang memegang sesuatu jawatan itu tidak semestinya terus dianggap menjadi seorang pemimpin. Pentadbir harus pertama sekali berupaya 9menggerakkan anggota-anggota lain di dalam sesuatu kumpulan itu, membimbing dan mengarahkan mereka menuju ke suatu matlamat tertentu.Dalam pada itu, pentadbir harus memastikan bahawa dia mematuhi norma-norma yang telah ada mengenai seseorang pemimpin. Segala langkah tindakannya juga harus memberi kepuasan kepada anggota-anggota secara individu. Untuk membolehkan pentadbir membuat penyesuaian terhadap keperluan-keperluan yang bermacam-macam lagi kompleks, seseorang pemimpin harus berupaya mengubahsuai gaya kepimpinannya mengikut keadaan yang timbul.3.1 Kepimpinan Autokratikpelaksanaan tugas. Dia memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal. Pemimpin yang mengamalkan stail ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi. Contoh kepimipnan seperti ini boleh dilihat di dalam industri.3.2 Kepimpinan BerperikemanusiaanKepimpinan yang berperikemanusiaan menunjukkan minat yang lebih terhadap kakitangannya. Dia mementingkan suasana kerja yang baik, dipupuk melalui jalinan persahabatan yang mesra di kalangan semua kakitangan. Konflik cuba dihindarkan dengan menganjurkan permuafakatan.3.3 Kepimpinan DemokrasiStail kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasinya. Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil.

103.4 Kepimpinan Laissez-Faire (kebebasan)Pemimpin yang mengamalkan stail kepimpinan laissez-faire, tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Beliau biasanya tidak peduli mengenai kerja mahupun hasilnya. Kuasa yang ada padanya tidak digunakan. Pemimpin jenis ini akan membiarkan semua keputusan dibuat oleh orang bawahannya.Gaya kepimpinan yang agung sekali ialah seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. yang diakui oleh seluruh umat sama ada Islam atau bukan Islam. Seorang ahli sejarah dan astronomi bernama Michael Hart telah menulis bahawa orang yang sangat berpengaruh di antara jutaan orang yang lahir iaitu Muhammad pemimpin Islam; sebab dialah satu-satunya orang dalam sejarah yang berjaya gilang-gemilang dalam dua bidangsekali gus, iaitu kehidupan agama dan melaksanakan pengurusan umat di dunia (Newsweek 1978).4.0 Kepimpinan BerkesanPengikut menyumbang kuasa yang besar kepada pemimpin mereka dan kepimpinan dikaitkan dengan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi.4.1 Drucker (1985) berpendapat kejayaan sesebuah organisasi adalah tanggungjawab eksekutif. Bagi organisasi seperti universiti, kejayaannya adalah tanggungjawab Kumpulan Pengurusan. Mereka bertanggungjawab terhadap prestasi sendiri, pekerja, hasilserta kualiti perkhidmatan.4.2 Edmond (1978) berpendapat principals can make a difference, yang membawa maksud bahawa sesebuah organisasi boleh dimajukan dan kemajuannya berpunca daripada kepimpinan pihak pengurusan. Keupayaan memupuk kerjasama antara pengurusan dan pekerja di dalam pelbagai aktiviti organisasi merupakan prasyarat penting kepada kepimpinan berkesan. Penyelidikan yang dibuat oleh pakar-pakar pengurusan menyatakan ciri-ciri yang lazim ada pada kepimpinan yang berkesan ialah :i. Semangat mereka mempunyai cita-cita, ketabahan, ketekunan,tekad, daya usaha, tenaga dan hasrat untuk berjaya.

11ii. Kejujuran dan integriti- mereka mempunyai sikap terbuka,boleh dipercayai, jujur dan boleh diharapkan.iii. Dorongan kepimpinan- mereka mempunyai hasrat yang tinggimahu mempengaruhi individu lain supaya menyokong usaha mencapai tujuan dan matlamat yang sudah ditetapkan oleh pemimpin.iv. Keyakinan diri- mereka sangat percaya pada keupayaan diri sendiri.v. Kepintaran- mereka berupaya menggabungkan dan mentafsirkan maklumat-maklumat yang banyak. Kajian mendapati otak yang sangat pintar belum tentu boleh membuatkan seseorang itu menjadi pemimpin yang berjaya malah adakalanya menimbulkan kesan negatif pula.vi. Pengetahuan dalam bidang- mereka mempunyai ilmu dan kepakaran yang cukup dalam bidang yang dipimpin. vii. Kreativiti- mereka berupaya mencipta idea-idea baru yang berguna.viii. Fleksibiliti- mereka berupaya menyesuaikan diri kepada keperluan individu yang mereka pimpin dengan keperluan situasi dan masa.5.0. Jenis kepimpinan Guru Besar dan cabaran kepimpinan di sekolahBerdasarkan pengalaman saya semasa bertugas di ketiga tiga buah sekolah, kebanyakan guru besar yang memimpin adalah bersikap demokrasi. Mereka mempunyai kecerdasan yang tinggi daripada kecerdasan standard kakitangan. Sekiranya guru besar atau penolong kanan tidak mempunyai kecerdasan dari segi perlakuan atau kecerdasan yang berkaitan dengan idea-idea yang bernas, maka orang bawahan akan memperlekehkan mereka.Selain itu, kematangan sosial pemimpin di sekolah saya menunjukkan kematangan dan kestabilan dari segi emosi. Mereka mempunyai bidang kecendurungan yang luas dalam bidangnya. Walaupun guru besar di sekolah saya sudah menjangkau umur 50 puluhan, namun semangat beliau untuk terus berjaya amat tinggi. Buktinya pada tahun ini, beliau telah menyambung pengajian beliau ke peringkat PHD.12 Pada pendapat saya semangat beliau itu harus saya dan guru-guru lainin contohi untuk terus berjaya ke peringkat yang lebih tinggi terutamanya dalam bidang pendidikan. Umur tidak menghalang untuk terus berjaya Beliau tidak pernah meninggikan suara sekiranya menghadapi masalah dengan guru-guru yang bermasalah. Bahkan beliau mempunyai sikap yang professional dan menangani masalah mereka dengan tenang. Beliau mengetahui sikap orang bawahannya agar segala masalah dapat diatasi dengan baik. Sebagai seorang pemimpin yang berada di atas, beliau telah menunjukkan kestabilan emosi yang bertepatan kerana beliau mempunyai konsep kendiri yang patut disanjung tinggi oleh orang bawahan beliau.Namun begitu pemimpin di sekolah saya selalu memberikan motivasi ke arah kejayaan terhadap kakitangan bawahan agar mereka bermotivasi untuk terus memajukan diri dan meningkatkan prestasi dari segi pecapaian kurikulum, kokurikulum dan sahsiah murid. Buktinya selepas keputusan UPSR 2007 diumumkan, pertama kalinya sekolah saya mendapat 7 orang mendapat 5A dalam peperiksaan. Walau pun sekolah itu berstatus menumpang dan tidak sempurna dari segi prasarana. Contohnya tidak mempunyai makmal sains, makmal computer atau kemudahan yang lain yang dimiliki oleh sekolah lain. Namun berkat kesungguhan , guru-guru juga dapat bersaing sama level dengan sekolah gred A. Sepanjang saya mengenali beliau, beliau banyak memberikan dorongan dari segi semangat untuk terus mendidik pelajar di sekolah saya.Tanpa motivasi dalaman dan motivasi luaanr daripada pemimpin yang menerajui pucuk pimpinan di sesebuah sekolah, guru-guru tidak akan boleh bersaing dengan lebih sihat. Bagi saya sekiranya guru besar tidak memberikan motivasi dari segi dalaman dan luaran kepada guru-gurunya maka semangat untuk bersaing akan pudar. Suntikan semangat yang itulah menambahkan semangat untuk terus bersaing di arena pendidikan. Saya sebagai seorang guru merasakan bahawa penat lelah untuk meningkatkan prestasi akademik di balas dengan dorongan yang berbaloi. Bukan bererti perlu di balas dengan wang ringgit atau kebendaan, namun bagi saya guru-guru di bawah beliau harus di sokong untuk memberi keyakinan kepada mereka, bahawa guru juga perlu di beri semangat untuk terus berjuang di zaman yang penuh pancaroba ini.

13Beliau juga amat menjaga hubungan beliau dengan orang bawahannya agar membolehkan beliau berurusan dengan guru-guru tanpa ada perasaan yang kurang menyenangkan. Tidak dapat dinafikan bahawa ada juga sedikit masalah-masalah lain yang timbul dalam perhubungan di antara guru dan pentadbir, namun ianya dapat juga diselesaikan dengan baik agar masalah tersebut tidak berpanjangan. Jika ada permasalahan berlaku di sekolah, guru besar akan berjumpa dengan staf bawahan beliau dengan segera. Beliau sering memberikan nasihat yang berguna kepada semua staffnya. Beliau juga sering membawa staffnya pergi keluar makan untuk mengurangkan rasa stress dan tanda terima kasih kepada mereka selepas satu-satu program dijalankan dengan jaya.Pada pendapat saya, guru besar yang memerintah secara demokrasi adalah pemimpin yang terbaik bagi saya kerana segala pendapat orang bawahan mereka boleh di kemukakan dalam mesyuarat. Harapan saya jika saya menjadi pemimpin satu hari nanti seperti beliau saya akan berusaha membantu memajukan sekolah saya demi anak bangsa yang tercinta.

145.0 Kesimpulan Daripada perbincangan di atas perlu saya tegaskan bahawa kepimpinan adalah proses dimana seseorang individu itu mempengaruhi anggota-anggota lain didalam kumpulannya kearah mencapai tujuan dan matlamat kumpulan itu.Dalam erti kata yang lain, kepimpinan ialah proses yang sangat berkaitan dengan pengaruh dimana seseorang itu berjaya mempengaruhi mereka yang dipimpin supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka. Tegasnya, pemimpin memimpin dan dipimpin. Kepimpinan ialah tenaga penting di sebalik kejayaan organisasi dan organisasi tidak boleh mencapai kejayaan tanpa kepimpinan yang berkesan.

15Laman WE:http://farizsasongko.blogspot.com/2014/01/pengertian-kepemimpinan-tipe-dan-gaya.htmlhttp://kulanzsalleh.com/pengenalan-tentang-kepimpinan/

12