3227456 skpm standard kualiti pendidikan malaysia

40
  STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (SEKOLAH) PERNYATAAN STANDARD JEMAAH NAZIR SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TINGKAT 21-23, BA NGUNAN BANK PERTANIAN LEBOH PASAR BESAR 50604 KUALA LUMPUR Tel : 03-20987410 Fax : 03-26937388 , 03-26932192 E-mail : [email protected] .gov.my  SKPM1

Upload: ab-jamil

Post on 04-Oct-2015

94 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

jml

TRANSCRIPT

  • STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA

    (SEKOLAH)

    PERNYATAAN STANDARD

    JEMAAH NAZIR SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    TINGKAT 21-23, BANGUNAN BANK PERTANIAN LEBOH PASAR BESAR 50604 KUALA LUMPUR

    Tel : 03-20987410 Fax : 03-26937388, 03-26932192 E-mail : [email protected]

    SKPM1

  • i

    Daftar Kandungan i Misi Pendidikan Negara ii Falsafah Pendidikan Kebangsaan iii Kurikulum Kebangsaan iv Visi Dan Misi Jemaah Nazir Sekolah v Hasrat Jemaah Nazir Sekolah vi Kata Alu-aluan Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia vii Kata Alu-aluan Y.Bhg. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia viii Kata Alu-aluan Ketua Nazir Sekolah ix Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Bab I : Pengenalan 1 Latar Belakang 1 Pengolahan SKPM 2 Pemakai SKPM 5 Pengukuran Standard 7 Bab II : Pernyataan Standard 8 Elemen 1 : Visi dan Misi 8 Elemen 2 : Kepimpinan 9 Elemen 3 : Struktur Organisasi 12 Elemen 4 : Perancangan 13 Elemen 5 : Iklim 13 Elemen 6 : Pengurusan Dan Pembangunan Sumber 14 Elemen 7 : Pengurusan Maklumat 16 Elemen 8 : Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum

    dan Hal Ehwal Murid 16

    Elemen 9 : Pengajaran Dan Pembelajaran 17 Elemen 10 : Pembangunan Sahsiah Murid 19 Elemen 11 : Penilaian Pencapaian Murid 20 Elemen 12 : Kemenjadian Murid Dalam Akademik,

    Kokurikulum dan Sahsiah 20

    12.1 : Kemenjadian Murid Prasekolah 20 12.2 : Pencapaian Akademik Murid Sekolah Rendah

    22

    12.3 : Pencapaian Akademik Murid Sekolah Menengah

    23

    Rujukan 26 Proses Aliran Kerja Penarafan Kendiri Sekolah 29 Ahli Jawatankuasa Teknikal Penggubalan SKPM 30

  • ii

    ii

    MISI PENDIDIKAN NEGARA1

    Membangunkan sistem pendidikan yang

    berkualiti bertaraf dunia bagi

    memperkembangkan potensi individu

    sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara

    Malaysia

    1 BPPDP KPM (1999), Dasar Pendidikan Kebangsaan, 1999, KPM Kuala Lumpur.

  • iii

    iii

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN2

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih

    memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

    melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

    dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara

    Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

    bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap

    keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

    2 Undang-Undang Malaysia, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), 1996, PNB Kuala Lumpur.

  • iv

    iv

    KURIKULUM KEBANGSAAN3

    Kurikulum Kebangsaan adalah suatu program pendidikan yang termasuk

    kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,

    kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi

    jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan

    nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan

    3 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997; 3(1).

  • v

    v

    VISI JEMAAH NAZIR SEKOLAH

    Mengupayakan sekolah dan institusi

    pendidikan mencapai kecemerlangan serta

    standard kualiti pendidikan yang tinggi

    MISI JEMAAH NAZIR SEKOLAH

    Melakukan penaziran sekolah serta institusi

    pendidikan dengan cara yang cermat, teliti dan

    profesional bagi memastikan pendidikan yang

    diberikan mencapai standard kualiti yang tinggi

  • vi

    vi

    HASRAT JEMAAH NAZIR SEKOLAH

    Menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    (FPK)

    Menjayakan Rancangan Pembangunan

    Pendidikan Sepuluh Tahun (2001 2010)

    Menjayakan pelaksanaan semua dasar dan program Kementerian Pendidikan

  • vii

    vii

    Kata Alu-aluan

    Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia

    .

    Menteri Pendidikan Malaysia

  • viii

    viii

    Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

    .

    Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

  • ix

    ix

    Kata Alu-aluan Ketua Nazir Sekolah

    .

    Ketua Nazir Sekolah

    Kementerian Pendidikan Malaysia

  • SKPM

    PERNYATAAN STANDARD

    1

    1

    STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA

    BAB I : PENGENALAN

    1. Latar Belakang

    1.1 Pada awal tahun 2001, Jemaah Nazir Sekolah (JNS) telah

    memperkenalkan suatu mekanisme untuk memastikan kualiti

    pendidikan di institusi pendidikan meningkat secara

    berterusan ke tahap yang tinggi. Mekanisme tersebut

    dinamakan Sistem Pemastian Peningkatan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan atau ringkasnya SPPSTKP. SPPSTKP dibina berasaskan kehendak subseksyen 117(a)

    Akta Pendidikan 1996 yang memperuntukkan kepada Ketua

    Nazir Sekolah tanggungjawab memastikan taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan (an adequate standard of teaching is developed and maintained in educational institutions).

    1.2 Bagi membantu sekolah dan institusi pendidikan

    melaksanakan SPPSTKP, sebanyak tujuh dokumen telah

    diterbitkan dan diedarkan ke semua sekolah kerajaan dan

    bantuan kerajaan seperti yang berikut:

    a) Pernyataan Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan;

    b) Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP);

    c) Penarafan Kendiri Sekolah Berasaskan Standard

    Tinggi Kualiti Pendidikan (PKSBSTKP);

    d) Lembaran Kerja Penarafan Kendiri Sekolah

    Berasaskan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan;

    e) Instrumen Pemeriksaan Peningkatan Standard Tinggi

    Kualiti Pendidikan (IPPSTKP);

  • SKPM

    PERNYATAAN STANDARD

    2

    2

    f) Instalasi Standard Tinggi Kualiti Pendidikan dan

    Pelaksanaan Audit Kualiti Dalaman; dan

    g) Instalasi Standard Tinggi Kualiti Pendidikan dan

    Pelaksanaan Audit Kualiti Dalaman (Versi Yang

    Dipermudahkan).

    1.3 Setelah sistem tersebut diperjelaskan kepada warga pendidik

    menerusi suatu siri promosi yang telah dijalankan oleh JNS

    dengan kerjasama pelbagai pihak khasnya Jabatan

    Pendidikan Negeri, sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan

    kerajaan di seluruh negara telah diminta membuat penarafan

    kendiri berpandukan tatacara dan instrumen yang terkandung

    dalam dokumen PKSBSTKP.

    1.4 Maklum balas yang diterima menunjukkan bahawa sekolah-

    sekolah menghadapi masalah melaksanakan SPPSTKP

    sepenuhnya.

    2. Pengolahan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah) [SKPM-Sekolah]

    2.1 Maklum balas dan pandangan pelbagai pihak khasnya

    pengetua, guru besar dan guru-guru di sekolah sebagai

    pengguna dan pelaksana SPPSTKP jelas memperlihatkan

    keperluan sistem ini dikaji semula supaya mudah difahami dan

    lebih mesra pengguna. Menyedari hakikat tersebut dan

    selaras dengan prinsip penambahbaikan berterusan dalam

    sistem kualiti, maka JNS telah mengolah semula SPPSTKP.

    Hasil pengolahan semula ini ialah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah) atau ringkasnya SKPM-Sekolah.

  • SKPM

    PERNYATAAN STANDARD

    3

    3

    2.2 SKPM digubal dengan mengambil kira dasar-dasar negara,

    Dasar Pendidikan Kebangsaan, Akta Pendidikan 1996 dan

    Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawahnya, Surat

    Pekeliling Am Jabatan Perdana Menteri, Surat Pekeliling Am

    Jabatan Perkhidmatan Awam, Pekeliling Kemajuan

    Pentadbiran Awam (PKPA), Arahan Kerajaan (seperti Arahan

    Perkhidmatan, Kewangan, Pentadbiran dan lain-lain), Perintah

    Am, Surat-Surat Pekeliling (seperti Surat Pekeliling

    Pentadbiran, Perbendaharaan, Kewangan, Ikhtisas, dan surat-

    surat pekeliling lain) yang dikeluarkan dari semasa ke semasa

    oleh Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia. Selain

    itu, dokumen Pembangunan Pendidikan 2001-2010:

    Perancangan Bersepadu Penjana Kecemerlangan Pendidikan

    yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia juga

    telah dirujuk.

    2.3 Pelaksanaan SKPM-Sekolah diperincikan dalam tiga

    dokumen iaitu:

    2.3.1 SKPM1 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah) - Pernyataan Standard

    2.3.2 SKPM2 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah) - Instrumen Pemastian Standard (IPS)

    2.3.3 SKPM3 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah) - Panduan Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS)

    2.4 SKPM-Sekolah digubal dan diolah berlandaskan prinsip-

    prinsip berikut:

    a) Keupayaan sekolah hendaklah dibangunkan ke tahap

    yang tinggi secara terancang berasaskan potensinya;

  • SKPM

    PERNYATAAN STANDARD

    4

    4

    b) Sekolah bertanggungjawab merealisasikan misi

    Kementerian Pendidikan iaitu untuk menghasilkan

    sistem pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti bagi

    memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan

    mencapai aspirasi negara Malaysia. Perkembangan

    potensi individu sepenuhnya yang termaktub dalam

    misi tersebut hendaklah dilakukan secara menyeluruh

    dan bersepadu seperti yang dizahirkan dalam Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan;

    c) Kepimpinan sekolah memainkan peranan yang sangat

    penting dalam usaha meningkatkan standard kualiti

    pendidikan;

    d) Kemenjadian murid dalam bidang akademik,

    kokurikulum dan pembangunan sahsiah adalah

    petunjuk utama kepada kejayaan sekolah

    menghasilkan pendidikan yang berkualiti tinggi;

    e) Sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan

    hendaklah ditadbir urus berpandukan teori-teori

    pengurusan moden;

    f) Proses mikro dalam pendidikan hendaklah berteraskan

    teori pembelajaran, kaedah pengajaran terkini, dan

    berpandukan pengalaman dan pandangan pakar dalam

    bidang pendidikan;

    g) Pendekatan membuat keputusan dan merancang

    program-program pendidikan hendaklah berasaskan

    maklumat dan fakta yang tepat;

  • SKPM

    PERNYATAAN STANDARD

    5

    5

    h) Skop dalam standard seboleh-bolehnya bersifat tuntas

    (exhaustive) berpandukan dokumen autentik serta

    praktikal untuk dilaksanakan;

    i) Elemen-elemen standard hendaklah diperihalkan

    secara mesra pengguna, jelas, eksplisit dan mudah

    difahami; dan

    j) Program-program kecemerlangan lain yang dianjurkan

    oleh Jabatan dan Bahagian Kementerian Pendidikan

    Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN),

    Pejabat Pendidikan Bahagian (PPB) dan Pejabat

    Pendidikan Daerah (PPD) sesungguhnya merupakan

    usaha-usaha yang selari dengan hasrat SKPM.

    3. Pemakai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

    3.1 SKPM ini disediakan khusus untuk dilaksanakan di sekolah-

    sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menyediakan

    dan melaksanakan program pendidikan dari peringkat

    prasekolah hinggalah ke Tingkatan 6 sekolah menengah.

    3.2 JNS akan menggunakan SKPM apabila melakukan

    pemeriksaan di sekolah-sekolah. Agensi-agensi lain di bawah

    KPM seperti Jabatan dan Bahagian KPM, JPN, PPB dan PPD

    boleh menggunakan SKPM ini sebagai panduan ketika

    melaksanakan pemantauan dan penyeliaan di sekolah.

    3.3 SKPM diperihalkan dalam 12 elemen yang perlu berlaku dan

    diamalkan di sekolah sebagai asas untuk mengupayakan

    sekolah menghasilkan pendidikan berkualiti tinggi dengan

    memberi penekanan kepada pembangunan potensi individu

    murid.

  • SKPM

    PERNYATAAN STANDARD

    6

    6

    3.4 Elemen-elemen tersebut dikelompokkan ke dalam empat

    dimensi seperti yang berikut :

    DIMENSI I : HALA TUJU KEPIMPINAN Elemen 1 : Visi dan Misi Elemen 2 : Kepimpinan

    DIMENSI II : PENGURUSAN ORGANISASI Elemen 3 : Struktur Organisasi Elemen 4 : Perancangan Elemen 5 : Iklim Elemen 6 : Pengurusan dan Pembangunan Sumber Elemen 7 : Pengurusan Maklumat

    DIMENSI III : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN Elemen 8 : Pengurusan Program Kurikulum,

    Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid Elemen 9 : Pengajaran dan Pembelajaran Elemen 10 : Pembangunan Sahsiah Murid Elemen 11 : Penilaian Pencapaian Murid

    DIMENSI IV : KEMENJADIAN MURID Elemen 12 : Kemenjadian Murid Dalam Akademik,

    Kokurikulum dan Sahsiah 4. Pengukuran Standard

    4.1 Pencapaian sekolah dalam pelaksanaan SKPM diukur dengan

    menggunakan Instrumen Pemastian Standard (IPS).

    4.2 Pencapaian sekolah ditafsirkan dalam tujuh tahap dan tujuh

    taraf seperti yang berikut:

  • SKPM

    PERNYATAAN STANDARD

    7

    7

    Tahap Taraf Pencapaian Sekolah (%)

    7 Gemilang 90 100 6 Cemerlang 80 89 5 Harapan 70 79 4 Sederhana 50 69 3 Lemah 35 49 2 Sangat Lemah 25 34 1 Lampau Lemah 0 24

    4.3 Tatacara penggunaan instrumen tersebut diperjelaskan

    secara berasingan dalam dokumen Instrumen Pemastian

    Standard.

  • SKPM

    PERNYATAAN STANDARD

    8

    8

    BAB II: PERNYATAAN STANDARD

    Pernyataan Standard ini terdiri daripada dua belas elemen yang

    dikelompokkan kepada empat dimensi.

    Guru Besar atau Pengetua atau orang-orang yang bertanggungjawab ke

    atas pengurusan sekolah hendaklah memastikan kesemua elemen berikut

    diamalkan di sekolah:

    DIMENSI I : HALA TUJU KEPIMPINAN

    Elemen 1 : Visi Dan Misi

    Sekolah hendaklah mengadakan visi, iaitu pernyataan yang

    menggambarkan hala tuju sekolah yang cekap menghasilkan murid

    yang sempurna.

    Sekolah hendaklah mengadakan misi, iaitu cara atau pendekatan atau

    kaedah merealisasikan visi tersebut.

    1.1 Penggubalan visi dan misi hendaklah:

    a. berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan

    2020 dan perkembangan semasa;

    b. mengambil kira kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman,

    potensi murid, serta keperluan sekolah dan komuniti

    setempat; dan

    c. dibuat secara kolektif.

  • SKPM

    PERNYATAAN STANDARD

    9

    9

    1.2 Visi dan misi yang digubal hendaklah:

    a. dihayati oleh warga sekolah;

    b. diterjemah secara terperinci dalam program, aktiviti dan

    kerja harian warga sekolah;

    c. boleh diukur dan dicapai dalam jangka masa yang

    munasabah;

    d. memberi impak kepada warga sekolah; dan

    e. dikaji semula dari semasa ke semasa mengikut keadaan

    dan keperluan.

    Elemen 2 : Kepimpinan

    2.1 Guru Besar/Pengetua hendaklah menerajui dan menggerakkan

    seluruh warga sekolah ke arah pencapaian visi dan misi dengan

    cara:

    a. menetapkan dasar sekolah secara jelas dan selari dengan

    visi dan misi;

    b. mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut

    situasi (misalnya dengan mengambil kira latar belakang

    warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat);

    c. membina kumpulan kerja yang mantap dan dapat bekerja

    secara sepasukan dengan semangat kekitaan;

  • SKPM

    PERNYATAAN STANDARD

    10

    10

    d. mengenal pasti punca, mencegah dan menyelesaikan

    konflik; dan

    e. menggalakkan pembangunan budaya ilmu dan berfikir di

    kalangan warga sekolah dengan menyediakan saluran

    pencetus minda di kalangan warga sekolah seperti kajian

    tindakan, pembentangan hasil kajian, perbincangan

    intelektual dan sebagainya.

    2.2 Guru Besar/Pengetua hendaklah mengamalkan sistem

    komunikasi yang berkesan dengan:

    a. mewujudkan suasana interaksi yang mesra;

    b. memberi peluang kepada warga sekolah untuk

    mengemukakan pendapat;

    c. merangsang percambahan fikiran di kalangan warga

    sekolah; dan

    d. membuat sesuatu keputusan secara kolektif dan kolaboratif.

    2.3 Guru Besar/Pengetua hendaklah memberi motivasi dan dorongan

    yang dapat membina dan membangunkan keyakinan serta daya

    maju warga sekolah secara berterusan dengan cara:

    a. memberi sokongan moral dan material;

    b. menghargai setiap sumbangan dan kejayaan;

    c. membuat penilaian secara adil;

  • SKPM

    PERNYATAAN STANDARD

    11

    11

    d. menunjukkan sikap prihatin terhadap masalah dan kebajikan

    warga sekolah; dan

    e. memberi teguran dan nasihat membina.

    2.4 Guru Besar/Pengetua hendaklah memainkan peranan yang

    berkesan sebagai pemimpin kurikulum1 dengan:

    a. mengajar sejumlah waktu mengikut Surat Pekeliling2 yang sedang berkuat kuasa;

    b. menjalankan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran3;

    c. memberi bimbingan kepada guru untuk meningkatkan kualiti

    pengajaran dan pembelajaran;

    d. menggerakkan dan memantau perjalanan Jawatankuasa

    Kurikulum, Jawatankuasa Kokurikulum dan jawatankuasa-

    jawatankuasa lain yang berkaitan dengannya; dan

    e. memantau kemajuan murid dalam pembelajaran.

    2.5 Guru Besar/Pengetua hendaklah mengupayakan Guru-guru

    Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran (Ketua Bidang),

    Ketua Panitia dan guru-guru untuk membangunkan diri menjadi

    pemimpin yang berkesan dengan:

    a. memberi panduan yang jelas tentang sesuatu bidang tugas;

    1 Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembangunan Pendidikan 2001-2020, AG

    Grafik Sdn. Bhd, 2001, Kuala Lumpur. 2 Surat Pekeliling Pentadbiran Bilangan 3/67 (Pind. 82), 3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1987.

  • SKPM

    PERNYATAAN STANDARD

    12

    12

    b. melatih dan memberi kepimpinan;

    c. menurunkan kuasa untuk membuat keputusan dan

    mengambil tindakan tertakluk kepada bidang kuasa masing-

    masing;

    d. memantau dan menilai pelaksanaan tugas yang

    dilaksanakan; dan

    e. memberi bimbingan dan nasihat untuk meningkatkan

    keupayaan kepimpinan.

    DIMENSI II : PENGURUSAN ORGANISASI Elemen 3 : Struktur Organisasi

    Sekolah hendaklah menjelaskan dan menyelaraskan tugas guru dan staf

    sokongan dengan:

    a. membentuk struktur organisasi yang relevan dan berfungsi;

    b. memastikan jawatan yang diwujudkan dan jawatankuasa yang

    ditubuhkan menepati keperluan pengurusan, program

    pembangunan sekolah dan program pendidikan;

    c. menetapkan bidang tugas, perincian tugas dan prosedur kerja bagi

    setiap tugas dalam setiap jawatan yang diwujudkan; dan

    d. menetapkan bidang tugas setiap jawatankuasa yang ditubuhkan.

  • SKPM

    PERNYATAAN STANDARD

    13

    13

    Elemen 4 : Perancangan

    Sekolah hendaklah mengadakan perancangan strategik, taktikal dan

    operasi meliputi bidang pengurusan kurikulum, kokurikulum, hal ehwal

    murid, kewangan, sumber tenaga manusia, bahan kurikulum,

    kemudahan dan keperluan asas berasaskan prinsip penambahbaikan

    berterusan. Perancangan ini hendaklah mengambil kira:

    a. visi dan misi sekolah;

    b. tahap pencapaian semasa [Take-Off Value (TOV)];

    c. peningkatan sasaran operasi [Operational Targeted Increment

    (OTI)];

    d. sasaran hasil jangkaan [Expected Targeted Result (ETR)];

    e. strategi yang bersesuaian;

    f. implikasi sumber; dan

    g. kaedah untuk memantau dan menilai keberkesanan program yang

    dilaksanakan.

    Elemen 5 : Iklim

    Sekolah hendaklah mewujudkan iklim yang sihat dengan:

    a. memastikan keadaannya selamat, bersih dan ceria;

    b. memastikan persekitaran sosial dan psikologikal yang selamat,

    kondusif, dan harmoni;

  • SKPM

    PERNYATAAN STANDARD

    14

    14

    c. mengadakan sistem komunikasi yang berkesan di kalangan warga

    sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat;

    d. mengadakan permuafakatan di kalangan warga sekolah, ibu bapa

    dan komuniti setempat;

    e. memastikan guru dan staf sokongan mematuhi peraturan dan etika

    perkhidmatan;

    f. memastikan murid bertatasusila dan mematuhi peraturan;

    g. memberi kebebasan optimum yang terkawal di kalangan warga

    sekolah;

    h. memberi motivasi serta sokongan moral, material dan kepakaran

    kepada warga sekolah; dan

    i. memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga sekolah

    atau sesiapa sahaja yang telah memberi sumbangan kepada

    kemajuan sekolah.

    Elemen 6 : Pengurusan dan Pembangunan Sumber

    Sekolah hendaklah mengurus semua sumber iaitu kemudahan dan

    keperluan asas4, kewangan, tenaga manusia dan bahan kurikulum5

    dengan:

    a. merancang, menyediakan serta membangunkan kemudahan dan

    keperluan asas berdasarkan keperluan dan keutamaan;

    4 Rujuk: Bil (50) dlm UPE (P) 34/1/7 Vol. IX, bertarikh 18 September 1995 : (UPE: Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri) 5 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan), 1997

  • SKPM

    PERNYATAAN STANDARD

    15

    15

    b. menyelenggara kemudahan dan keperluan asas bagi memastikan

    keselamatan, kebersihan dan keceriaan terpelihara;

    c. menyelenggara pejabat sekolah dengan baik dan berhemah

    d. memanfaatkan kemudahan dan keperluan asas secara optimum;

    e. merancang keperluan kewangan serta menyediakan belanjawan

    mengikut keperluan dan keutamaan dengan mematuhi peraturan

    yang sedang berkuat kuasa;

    f. memanfaatkan sumber kewangan secara optimum;

    g. menganalisis keperluan, merancang dan mengambil tindakan bagi

    memastikan keperluan sumber tenaga manusia mencukupi;

    h. menganalisis, mengenal pasti dan memanfaatkan secara optimum

    sumber tenaga manusia berdasarkan kelayakan, kemahiran,

    pengalaman, bakat dan minat;

    i. menganalisis keperluan, merancang dan melaksanakan program

    peningkatan profesionalisme selaras dengan perkembangan dan

    kemajuan pendidikan;

    j. menganalisis keperluan, merancang dan menyediakan bahan

    kurikulum menurut keperluan dan keutamaan; dan

    k. menyelenggara dan memastikan bahan kurikulum digunakan

    secara optimum.

  • SKPM

    PERNYATAAN STANDARD

    16

    16

    Elemen 7 : Pengurusan Maklumat

    Sekolah hendaklah mengurus semua data dan maklumat pengurusan

    dan pentadbiran, pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum dan

    pengurusan hal ehwal murid dengan cekap dan berkesan. Data dan

    maklumat hendaklah:

    a. diperoleh;

    b. disebar kepada pihak yang memerlukan dengan kuasa yang

    diberikan;

    c. disimpan menggunakan teknologi yang sesuai;

    d. mudah diakses oleh pengguna akhir mengikut peringkat kuasa dan

    tahap keselamatan;

    e. digunakan sebagai rujukan penambahbaikan;

    f. dikemukakan dengan menggunakan media yang sesuai; dan

    g. dikemas kini.

    DIMENSI III : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN Elemen 8 : Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum dan

    Hal Ehwal Murid

    Sekolah hendaklah mengamalkan prinsip-prinsip pengurusan program

    kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid yang berkesan dengan:

    a. mengenal pasti tahap pencapaian semasa, potensi dan bakat

    (kognitif, afektif dan psikomotor) setiap murid;

  • SKPM

    PERNYATAAN STANDARD

    17

    17

    b. merancang program kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid

    dengan menetapkan matlamat, objektif dan strategi berdasarkan

    kumpulan sasaran;

    c. mengelola sumber manusia (dengan mengenal pasti, melantik dan

    menempatkan staf yang sesuai untuk menjalankan tugas) dan

    sumber lain yang berkaitan untuk dimanfaatkan;

    d. melaksana program mengikut perancangan;

    e. memantau pelaksanaan program secara berkala dan berterusan;

    f. menilai impak program dengan mengenal pasti kekuatan dan

    kelemahan pada setiap peringkat pengurusan (perancangan,

    pengelolaan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian); dan

    g. melaksana penambahbaikan berdasarkan hasil penilaian impak.

    Elemen 9 : Pengajaran dan Pembelajaran

    Sekolah hendaklah merancang dan melaksanakan pengajaran dan

    pembelajaran mengikut prinsip-prinsip berikut:

    a. berdasarkan kurikulum kebangsaan6, sukatan pelajaran, huraian

    sukatan pelajaran dan Surat Pekeliling Ikhtisas yang sedang

    berkuatkuasa;

    6 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997

  • SKPM

    PERNYATAAN STANDARD

    18

    18

    b. isi kandungan (pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur

    kebudayaan dan kepercayaan) diolah mengikut tahap pencapaian

    semasa, potensi dan kemajuan murid serta berlaku secara

    bersepadu;

    c. pendekatan, kaedah dan teknik dipelbagaikan dengan melibatkan

    murid secara aktif;

    d. penghayatan ilmu;

    e. berpandukan bahan-bahan sokongan yang relevan dengan tahap

    pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid;

    f. kesediaan guru dan murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan

    intelek;

    g. pengurusan bilik darjah yang efektif bagi menghasilkan iklim

    pengajaran dan pembelajaran yang kondusif;

    h. setiap murid diberi tugasan mengikut keupayaan dan kebolehan

    mereka;

    i. pemupukan semangat jati diri, berdaya saing, perpaduan dan

    patriotisme; dan

    j. penilaian dan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran

    secara berterusan.

  • SKPM

    PERNYATAAN STANDARD

    19

    19

    Elemen 10 : Pembangunan Sahsiah Murid

    Sekolah hendaklah membangunkan sahsiah setiap murid mengikut

    tahap persekolahan dan potensi masing-masing berpandukan perkara-

    perkara berikut:

    a. murid diberi tugas dan tanggungjawab yang sesuai dengan

    potensinya;

    b. murid diberi peluang, latihan dan bimbingan;

    c. murid diberi motivasi dan galakan;

    d. murid ditunjukkan teladan;

    e. murid disediakan persekitaran dan kemudahan;

    f. pencapaian murid dinilai dari semasa ke semasa;

    g. hasil penilaian digunakan untuk pembetulan dan penambahbaikan;

    h. murid diberi teguran dan nasihat yang sesuai terhadap sebarang

    perlakuan yang negatif; dan

    i. murid diberi penghargaan dan pengiktirafan terhadap perlakuan

    yang positif.

  • SKPM

    PERNYATAAN STANDARD

    20

    20

    Elemen 11 : Penilaian Pencapaian Murid

    Keberkesanan program pendidikan dinilai melalui pencapaian murid.

    Pencapaian murid dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah

    hendaklah:

    a. dinilai secara formatif dan sumatif;

    b. dianalisis untuk mengenal pasti kemajuan, kekuatan dan

    kelemahan secara spesifik;

    c. direkod dan diulas secara kuantitatif dan kualitatif;

    d. digunakan untuk tindakan pembetulan dan penambahbaikan; dan

    e. dimaklumkan kepada murid dan ibu bapa serta pihak berkuasa

    yang berkaitan.

    DIMENSI IV : KEMENJADIAN MURID

    Elemen 12 : Kemenjadian Murid Dalam Akademik, Kokurikulum dan Sahsiah

    12.1 Pada akhir peringkat pendidikan prasekolah7, bersesuaian

    dengan tahap dan potensi, murid hendaklah:

    a. memperlihatkan sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri

    yang positif untuk menjadi warga negara yang patriotik;

    7 Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), Kurikulum

    Prasekolah Kebangsaan, 2003, Dawama Sdn. Bhd. Selangor,

  • SKPM

    PERNYATAAN STANDARD

    21

    21

    b. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian

    (untuk murid beragama Islam);

    c. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian;

    d. menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan

    memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk

    berkomunikasi;

    e. menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil dengan

    betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan

    bahasa pengantar bahasa Cina atau bahasa Tamil selaras

    dengan kedudukannya sebagai bahasa pengantar;

    f. menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian

    selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;

    g. menguasai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan

    kemahiran menyelesaikan masalah;

    h. memperlihatkan kematangan emosi dan kemahiran sosial;

    i. memperlihatkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta

    mempraktik amalan kesihatan dan keselamatan yang baik;

    dan

    j. memperlihatkan daya kreativiti dan estetika untuk

    menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

  • SKPM

    PERNYATAAN STANDARD

    22

    22

    12.2 Pada akhir peringkat pendidikan rendah8, bersesuaian dengan tahap dan potensi, murid hendaklah:

    a. menguasai bahasa Melayu;

    b. menguasai kemahiran asas berbahasa;

    c. menguasai bahasa Cina atau bahasa Tamil dengan betul

    untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa

    pengantar bahasa Cina atau bahasa Tamil;

    d. membangunkan dan memajukan keupayaan intelektual yang

    merangkumi pemikiran rasional, kreatif dan kritis;

    e. menguasai kemahiran mengira dan menggunakannya dalam

    kehidupan seharian;

    f. menguasai kemahiran belajar dan berfikir;

    g. menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua;

    h. membangunkan dan memajukan kualiti kepimpinan dan

    keyakinan diri;

    i. menunjukkan kepekaan kepada alam dan manusia;

    j. menguasai kemahiran saintifik dan teknikal;

    k. memahami dan menghargai budaya;

    8 EPRD MOE, Education In Malaysia : A Journey To Excellence, 2001, AG Grafik Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

  • SKPM

    PERNYATAAN STANDARD

    23

    23

    l. melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi;

    m. mengetahui hal-hal berkenaan fizikal dan kesihatan diri;

    n. menguasai asas keusahawanan (entrepreneurship) dan

    produktiviti;

    o. memperoleh kemahiran membaca, menghafal dan

    memahami makna ayat-ayat tertentu dalam al-Quran (untuk

    murid beragama Islam);

    p. mengukuhkan asas aqidah (kepercayaan kepada Tuhan)

    dan mengamalkan nilai-nilai murni;

    q. memupuk semangat patriotisme;

    r. membangunkan bakat dan kreativiti; dan

    s. membangunkan sikap positif.

    12.3 Pada akhir peringkat pendidikan menengah9, bersesuaian dengan tahap dan potensi, murid hendaklah:

    a. meningkatkan kecekapan dan kefasihan berbahasa dalam

    bahasa Melayu dan bahasa Inggeris;

    b. membangunkan dan meningkatkan keupayaan intelektual;

    9 EPRD MOE, Education In Malaysia (2001), A Journey To Excellence, 2001, AG Grafik

    Sdn Bhd, 2001, Kuala Lumpur.

  • SKPM

    PERNYATAAN STANDARD

    24

    24

    c. memperoleh ilmu pengetahuan dan membangunkan

    penguasaan kemahiran;

    d. membangunkan kemahiran untuk menangani bidang-bidang

    ilmu dan kemajuan teknologi yang baru;

    e. memperoleh kemahiran yang berfaedah kepada individu dan

    masyarakat;

    f. membangunkan keyakinan diri;

    g. memahami dan menghargai warisan sejarah dan

    sosiobudaya setempat dalam negara;

    h. menyedari kepentingan penjagaan kesihatan yang baik;

    i. membangunkan kesedaran terhadap persekitaran;

    j. memperlihatkan pemantapan nilai;

    k. membangunkan dan memajukan semangat patriotisme;

    l. memperlihatkan kemahiran membina sendiri masa depan;

    m. berdaya saing untuk diri sendiri dan keluarga;

    n. memperlihatkan ciri-ciri keprihatinan dan kemanusiaan

    terhadap diri sendiri dan orang lain;

    o. menunjukkan kesyukuran, rasa pasrah, redha terhadap

    qadak dan qadar yang diiringi dengan usaha dan ikhtiar

    yang berterusan;

  • SKPM

    PERNYATAAN STANDARD

    25

    25

    p. sedar dan tahu tugas dan peranannya dalam masyarakat

    dan agama; dan

    q. berupaya berfikir tentang diri sendiri dan hubungannya

    dengan:

    i. keluarga;

    ii. persekitaran;

    iii. alam fizikal;

    iv. kejadian alam; dan

    v. Pencipta.

    _________..............ooooo00000()[]{}[]()00000ooooo.............._________

  • SKPM

    PERNYATAAN STANDARD

    26

    26

    RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) Pembangunan Pendidikan 2001 2010, 2001, KPM Kuala Lumpur. Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelidikan Pendidikan (BPPDP) (1999), Dasar Pendidikan Kebangsaan, 1999, KPM Kuala Lumpur.

    Undang-Undang Malaysia (1996) , Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), 1996, PNB Kuala Lumpur. Akta Pendidikan (1996), Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan), 1997, Percetakan Nasional Berhad. Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembangunan Pendidikan 2001-2020, 2001, AG Grafik Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. Biro Tatanegara, (1991), Wawasan 2020, 1993, Percetakan Nasional Berhad, Kuala Lumpur.

    Surat Pekeliling Pentadbiran 3/67 (Pind. 82). EPRD MOE (2001), Education In Malaysia : A Journey To Excellence, 2001, AG Grafic Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

    Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003, Dawama Sdn. Bhd, Ampang. International Law Book Services (2003), Perintah-Perintah Am dan Arahan Pentadbiran (hingga 15hb April 2003), 2003, United Print Process Sdn Bhd, Shah Alam. International Law Book Services (2003), Arahan Perkhidmatan Bab 1 Bab 8 (hingga 20hb Mac 2003), 2003, Direct Art Company, Kuala Lumpur. Bahagian Sekolah, (1978), Surat Pekeliling Ikhtisas 1969 - 1978, 1979 Kementerian Pendidkan Malaysia.

    Bahagian Sekolah, (1983), Surat Pekeliling Ikhtisas 1979 - 1983, 1984, Kementerian Pendidkan Malaysia. Bahagian Sekolah, (1987), Surat Pekeliling Ikhtisas 1984 - 1987, 1988, Kementerian Pendidkan Malaysia.

    Bahagian Sekolah, (1990), Surat Pekeliling Ikhtisas 1988 - 1990, 1991, Kementerian Pendidkan Malaysia.

  • SKPM

    PERNYATAAN STANDARD

    27

    27

    Bahagian Sekolah, (1993), Surat Pekeliling Ikhtisas 1991 - 1993, 1994, Kementerian Pendidkan Malaysia.

    Bahagian Sekolah, (1997), Surat Pekeliling Ikhtisas 1994 - 1997, 1998, Kementerian Pendidkan Malaysia. Bahagian Sekolah, (2000), Surat Pekeliling Ikhtisas 1998 2000, 2001 Kementerian Pendidkan Malaysia.

    Dewan Bahasa dan Pustaka (1994), Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2000, Percetakan DBP Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Kepemimpinan Dan Pengurusan Kurikulum Di Sekolah, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Penilaian Kendalian Sekolah, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran Dan pembelajaran, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pembelajaran Akses Kendiri, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan, 2002, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran, 2002, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pembelajaran Masteri, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pembelajaran Secara Konstruktivisme, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Belajar Cara Belajar, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pembelajaran Secara Kontekstual, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • SKPM

    PERNYATAAN STANDARD

    28

    28

    Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Sekolah, (1998), Amalan Kebersihan Sekolah Panduan Aktiviti, 1998, AG Grafik Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

  • 29

    PROSES ALIRAN KERJA PENARAFAN KENDIRI SEKOLAH (PKS)

    PROSES TEMPOH TINDAKAN 13a

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    6.

    7.

    8.

    9.

    10.

    11.

    12.

    13. 13a.

    14. 15.

    Sekolah menerima dokumen SKPM-Sekolah a. SKPM 1 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah) Pernyataan Dasar b. SKPM 2 : Standard Kualiti Malaysia (Sekolah) Instrumen Pemastian Standard (IPS) c. SKPM 3 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Sekolah) Panduan Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS)

    Sekolah mengkaji dan memahami ketiga-tiga dokumen SKPM1, SKPM2 dan SKPM3. Sekolah membentuk Jawatankuasa SKPM

    i. Pengerusi : Pengetua / Guru Besar ii. Setiausaha : I GPK (Akademik) II GPK (Kokurikulum) III GPK (HEM) iii. Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua

    Panitia iv. Ketua-ketua Unit ( Kokurikulum) v. Ketua-ketua Unit (HEM)

    Sekolah melaksanakan Penarafan Kendiri Sekolah merumuskan keputusan PKS Sekolah memutuskan keputusan PKS Sekolah memaklumkan keputusan PKS kepada :

    a. JNS Negeri b. JPN c. PPD

    Sekolah mendokumentasikan keputusan PKS Penyimpanan Dokumen PKS Sekolah menyediakan RPS dan menubuhkan Pasukan AKD Sekolah melaksanakan RPS Sekolah memantau pelaksanaan RPS Sekolah menilai pencapaian RPS Menilai keseluruhan pencapaian terkini sekolah dengan menentukan tahap prestasi terkini Sekolah melaksanakan penambahbaikan berterusan Tamat

    Okt-Dis 03

    Jan 04

    Jan 04

    Jan-Feb

    04 Feb 04

    Feb 04

    Feb 04

    Mac 04

    Mac 04

    Mac 04

    Mac-Nov 04

    AprNov 04

    Nov 04 Nov o4

    Apr-Nov 04

    JNS

    Guru Besar/ Pengetua,

    GPK & Guru Guru Besar Pengetua

    Semua GPK Semua Ketua

    Bidang/ Ketua Unit/

    Ketua Panitia

    AJK PKS

    AJK PKS

    AJK PKS

    Guru Besar / Pengetua

    AJK PKS

    AJK PKS

    AJK RPS

    AJK RPS

    AJK RPS / PAKD

    Pasukan AKD AJK SKPM

    Guru Besar/ Pengetua

    6

    1

    3

    2

    4

    5

    8

    15

    9

    7

    10

    11

    12

    13

    14

  • SKPM

    AJK PENGGUBAL SKPM

    30

    30

    AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL PENGGUBALAN SKPM-Sekolah Penasihat :

    Encik Rusli bin Rashikin, Ketua Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia

    Pengurus Projek : Tuan Hj Md. Shah bin Bachik, Ketua Nazir Negeri Sembilan

    Setiausaha :

    I. En. Shamsuri bin Sujak, JNS KPM I I. Pn. Ee Hong, JNS KPM Ahli :

    En. Kamaruddin bin Harun, KS PKIP JNS KPM Pn. Dr. Hjh Asmah bt Ahmad, KS PPPSM JNS KPM Pn. Ashah bt Samah, KS PPemPP JNS KPM Pn. Azizah bt Hamzah, KS PPSS, JNS KPM Pn. Fatimah bt Hj Uni, KS PPBK JNS KPM Tn. Hj Kasim b. Dol, KS PPTV JNS KPM Tn Hj Mortadza bin Hj Alop, KNN Sarawak En. Mohamed Nor bin Abdul Samat, KNN Kelantan Tn Hj Ahmad Foaad bin Hashim, KNN Johor En Bahari bin Md Shah, KNN Sabah En. Yusoff bin Hasan, JNS Pahang Tn. Hj, Mohd Zakaria bin Yusof, JNS Johor Pn. Noor Filzah bt Kamaruddin, JNS WP KL Pn. Ramani a/p Subramaniam, JNS Selangor En. Haron b. Amir, JNS Selangor Cik Shadhana a/p Popatlal, JNS KPM Cik Wee Mek Giat, JNS KPM Pn. Noora bt Sidek, JNS KPM Pn. Hjh. Siti Zainon bt. Zainudin, JNS KPM En. Abdullah b. Hassan, JNS KPM Tn. Hj. Md. Tah b. Talib, JNS KPM Tn. Hj. Mohd Adnan bin Hassan, JNS KPM En. Zakaria b. Mahzan, JNS KPM Pn. Rusiah bt. Ibrahim, JNS KPM En. Wan Shuib b. Wan Mohamad, JNS KPM Pn. Hjh. Umi Kalthom bt Dato Hj. Lope Salleh, JNS KPM

    En. Abdul Wahab bin Sungip, KS Pengurusan Akademik JPN Johor Tn. Hj Sobirin bin Hj Duli, KS Pengurusan Akademik JPN Pahang

    Pn. Hjh Fauziah bt. Hj Othman, KS Pembangunan Kemanusiaan JPN P.Pinang Tn. Hj Bajuri bin Hj Abdullah, PPD Kuala Selangor

    En. Rahim bin Awang, PPB Sandakan, Sabah En. Roseli bin Hasbullah, PPPD Kuala Krai/Gua Musang, Kelantan

    En. Abdul Rashid bin Abdul Rahman, PPPD Kulim/Bandar Bharu, Kedah En. Ahmad Fuad bin Othman, Pegawai Sains dan Matematik, PPD Kulim/Bandar Bharu, Kedah

    Pn. Normah bt Mohamed, Pengetua Kanan SMKSAAS Shah Alam (NYDP PKPSM) Pn. Hjh Latifah bt Mohd Rashid, Pengetua Kanan SMK Tunku Najihah Seremban, N. Sembilan

    En. Awi bin Abd. Jalil, Pengetua SMK Cheras, Kuala Lumpur Pn. Hjh Hamizah bt Mohd Salleh, Pengetua SMKA Maahad Muar, Johor

    Tn. Hj Ramli bin Harun, GPK SMT Pengkalan Chepa, Kelantan En. Saadun bin Kasim, Guru Besar SK Taman Seri Murni, Kuala Lumpur (TYDP MGB)

    Tn. Hj Azmi bin Hj Abd Ghani, Guru Besar SK Seri Biram, Pekan, Pahang En. Mokhtar bin Mat, Guru Besar, SK Sultan Sulaiman II, Kuala Terengganu En. Lim Sin Tian, Guru Besar SJKC Kg. Baharu Mahsan, Bahau, N.Sembilan

    En. Perumal a/l Solai, Guru Besar SJKT YMHA, Jalan Stesen Hulu, Taiping, Perak Pn. Chew Guat Bee, Guru Besar, SJKC Shih Chung (cawangan), Sg. Nibong, P.Pinang Pn. Shanpakavalli a/p Raman, Guru Besar, SJKT Pulau Sebang, Tampin, N.Sembilan

    En. Md. Sidek b. Jais, SMK Dato Hj. Talib Karim, Alor Gajah, Melaka Pn. Zaharah bt Mohd Salleh, GPK SK Seri Biram, Pekan, Pahang