pendahuluan big

4
PENDAHULUAN Terlebih dahulu, ingin saya memanjatkan kesyukuran kerana dapat menyelesaikan tugasan Bina Insan Guru ( BIG ) untuk kali ini. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah yang amat membantu dan memberi laluan kepada kami untuk menjalankan tugasan ini. Tanpa sokongan daripada semua pihak tidak mungkin kami dapat menyelesaikan tugasan kami ini pada masa yang telah ditetapkan. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah BIG kumpulan kami iaitu Puan Zaiton Binti Hj Jaafar serta pensyarah yang telah datang memantau perkhemahan kami iaitu Encik Latif dan Encik Mustaffa. Tidak lupa ucapan terima kasih ini ditujukan kepada mentor saya Puan Hjh Rohaya Binti Abdul Razak kerana banyak memberi tunjuk ajar dan motivasi kepada kami. Sesungguhnya pengalaman menyertai BIG ini adalah merupakan satu pengalaman yang sudah agak biasa kami lalui memandangkan kami tiap-tiap tahun terlibat dengan perkhemahan anjuran pihak sekolah. Tetapi apa yang kami perlu pelajari melalui BIG ini bagaimana untuk merealisasikan sesebuah perkhemahan itu dari awal hingga akhir. Ini adalah sesuatu yang agak mencabar memandangkan sesuatu perkhemahan itu perlu dilakukan secara berkumpulan.

Upload: putri-ismaida-zainur-azizi

Post on 02-Aug-2015

74 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pendahuluan Big

PENDAHULUAN

Terlebih dahulu, ingin saya memanjatkan kesyukuran kerana dapat

menyelesaikan tugasan Bina Insan Guru ( BIG ) untuk kali ini. Saya ingin

merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah yang

amat membantu dan memberi laluan kepada kami untuk menjalankan tugasan ini.

Tanpa sokongan daripada semua pihak tidak mungkin kami dapat menyelesaikan

tugasan kami ini pada masa yang telah ditetapkan.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah BIG

kumpulan kami iaitu Puan Zaiton Binti Hj Jaafar serta pensyarah yang telah datang

memantau perkhemahan kami iaitu Encik Latif dan Encik Mustaffa. Tidak lupa

ucapan terima kasih ini ditujukan kepada mentor saya Puan Hjh Rohaya Binti Abdul

Razak kerana banyak memberi tunjuk ajar dan motivasi kepada kami.

Sesungguhnya pengalaman menyertai BIG ini adalah merupakan satu

pengalaman yang sudah agak biasa kami lalui memandangkan kami tiap-tiap tahun

terlibat dengan perkhemahan anjuran pihak sekolah. Tetapi apa yang kami perlu

pelajari melalui BIG ini bagaimana untuk merealisasikan sesebuah perkhemahan itu

dari awal hingga akhir. Ini adalah sesuatu yang agak mencabar memandangkan

sesuatu perkhemahan itu perlu dilakukan secara berkumpulan.

Ternyata kerjasama rakan-rakan seperjuangan amat membantu saya dan dapat

menjadikan perkhemahan ini dapat dijalankan dengan jayanya. Adalah diharapkan

kerjasama yang padu daripada semua pihak dapat diteruskan pada masa akan

datang dengan satu tujuan untuk melahirkan guru dengan pelbagai kebolehan dan

mempunyai daya ketahanan diri yang kental.

Page 2: Pendahuluan Big

PENGENALAN BINA INSAN GURU ( BIG )

Tujuan kursus ini dijalankan di kalangan guru dan bakal guru adalah untuk

melahirkan guru yang memiliki ciri-ciri dan perwatakan insan seorang pendidik yang

berpengetahuan, berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing. Penekanan

kursus ini diberikan terhadap pembentukan diri guru secara holistik dan kontekstual.

Kursus Bina Insan Guru fasa 1 ( 45 jam ) ini merupakan suatu program

perkhemahan yang dikendalikan oleh guru. Melalui perkhemahan ini, semua guru

diterapkan ciri-ciri potensi dan citra diri seorang insan guru, pembinaan selfesteem,

membina daya saing yang tinggi di samping mampu membuat refleksi kendiri dalam

menghadapi cabaran-cabaran yang akan dihadapi dalam profesion perguruan.

Tujuan program perkhemahan ini ialah memberi pendedahan awal kepada

peserta tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul dan mencakupi enam

domain utama kurikulum Bina Insan Guru. Enam domain tersebut ialah, kerohanian

dan akhlak keguruan, berilmu,beramal, berbakti, berakauntabiliti dan amanah,

berdaya tahan yang tinggi, berjiwa merdeka dan perkasa serta kreatif dan inovatif.

Pelaksanaan Bina Insan Guru melalui program perkhemahan ini menjurus

kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks situasi

sebenar sebagai usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, daya tahan,

nilai dan akhlak keguruan.

Page 3: Pendahuluan Big

OBJEKTIF BINA INSAN GURU

1. Melahirkan guru berdaya saing dalam arus globalisasi.

2. Memantapkan kefahaman fizikal dan mental dalam menghadapi cabaran

semasa.

3. Memupuk tahap kerohanian yang tinggi berteraskan kepada agama.

4. Memupuk semangat setia kawan dalam menghadapi cabaran dan dugaan.

5. Menajamkan daya pemikiran dalam pemerhatian pada alam sekitar serta

mengaitkan dengan tugasan harian.

6. Memantapkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum.

7. Latihan menempuh pelbagai halangan dengan teknik atau cara yang betul.

8. Memahami keyakinan diri dalam menyelesaikan permasalahan dalam kehidupan

seharian.