pemulihan dan pengayaan pengajaran bahasa melayu sekolah rendah

Upload: byn6115

Post on 03-Apr-2018

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    1/7

    BMM3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    1

    1.0 Pengenalan

    Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih

    daripada proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa

    sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan

    kebolehan mendengar, berfikr, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak

    termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan

    penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau

    kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi.

    (Individual with Disabilities Education Act (IDEA), 1997)

    Masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang

    pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata mendengar, bertutur,

    membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik.

    Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku

    pada bila-bila tahap umur. Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi

    sosial mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akanmenyebabkan kepada berlakunya masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran

    mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah kerencatan

    mental atau gangguan emosi.

    Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada

    mereka yang kurang kemampuan belajar disebabkan oleh masalah pemahaman,

    pertuturan, penulisan dan penyelesaian masalah matematik. Ini tidak termasuk

    masalah pembelajaran disebabkan oleh kerencatan mental, kurang upaya

    penglihatan, pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku.

    (The National Joint Committee on Learning Disabilities (NJCLD), 1990)

    Menurut Kamus Dewan (2005), pencapaian bererti apa yang telah dicapai

    atau prestasi. Akademik pula berkaitan dengan akademi (pusat pengajian tinggi) dan

    bersifat atau mengandungi ilmu pengetahuan (yang tinggi atau mendalam). Oleh itu,

  • 7/29/2019 Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    2/7

    BMM3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    2

    pencapaian akademik lebih berfokus kepada gred yang diperolehi oleh seseorang

    pelajar dalam peperiksaan. Sekiranya seseorang pelajar itu mencapai gred yang

    baik bermakna mereka mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.

    Setiap individu mempunyai pencapaian akademik yang berbeza. Ada individu

    yang mempunyai pencapaian akademik yang baik, ada yang mempunyai

    pencapaian akademik sederhana dan ada yang mempunyai pencapaian akademik

    yang lemah. Baik atau buruknya pencapai akademik seseorang pelajar itu pula

    bergantung kepada banyak faktor penyebab. Untuk tugasan ini, menghendaki guru

    mengenal pasti satu masalah pembelajaran murid dan menyediakan dua langkah

    pengajaran dan pembelajaran bagi mengatasi masalah tersebut.

  • 7/29/2019 Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    3/7

    BMM3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    3

    2.0 Masalah membaca

    Ramai pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran berpunca daripada masalah

    membaca. Terdapat kanak-kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang

    dibacanya. Ini mungkin kerana kurang tumpuan perhatian, tidak aktif membaca,

    tidak faham makna sesuatu perkataan dan sebagainya. Paling nyata ialah

    kesukaran memahami apa yang dibaca dan kesukaran mengenal pasti perkataan.

    Ada beberapa faktor yang menyebabkan murid-murid sekolah masih tidak

    boleh membaca. Kanak-kanak kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi

    oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya mungkin kurang memberikan perhatian

    atau tiada siapa yang mendisplinkan atau menggalakannya mentelaah buku-buku

    pelajaranya. Masalah membaca sering terdapat di kalangan kanak-kanak yang

    menggalami masalah pembelajaran. Ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori ,

    iaitu masalah mengenal huruf (decording) dan masalah memahami apa yang

    dibacanya (reading comprehension)

    Terdapat murid-murid yang mengatakan dia faham isi kandungan sesuatu

    perenggan dalam buku yang dibacanya, tetapi apabila disoal, dia tidak dapat

    memberikan jawapan yang memuaskan. Keluhan seperti "saya fikirkan saya fahamapa yang saya baca" sering kedengaran. Situasi seperti ini perlu dianalisa untuk

    mengetahui punca yang menyebabkan kanak-kanak ini tidak memahami apa yang

    dibaca.

    Kita sudah mengetahui bahawa murid-murid berbeza antara satu sama lain

    dari segi kesedaran membaca. Punca masalah pembelajaran yang dihadapi oleh

    murid-murid lambat adalah berbeza-beza. Ada yang lambat dan ada yang cepat. Ini

    ada kaitan dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti galakan yang

    diterimanya, peluang-peluang serta sumber-sumber bacaan yang terdapat di rumah

    serta motivasi si anak itu sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi

    oleh orang sekelilingnya.

  • 7/29/2019 Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    4/7

    BMM3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    4

    3.0 Langkah-langkah P & P bagi mengatasi masalah membaca

    Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya mereka

    dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan.

    Daripada kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang

    terakam dalam bahan bertulis.

    Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling

    melengkapi. Walau bagaimanapun, kemahiran membaca mesti diajar mengikut

    peringkat-peringkatnya supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan

    yang meningkat. Semuanya harus bermula daripada yang mudah kepada yang

    sukar. Akhirnya murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca senyap dan

    memahami apa yang dibaca. Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagaikan

    dan diajar dengan menggunakan strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang

    sesuai dan berkesan.

    3.1 Strategi, kaedah, pendekatan dan teknik mengatasi masalah

    membaca

    Strategi merupakan konsep yang melibatkan proses merancang untuk menentukan

    tindakan ke arah mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks pengajaran dan

    pembelajaran (khususnya pengajaran dan pembelajaran membaca), strategi

    bermaksud cara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan untuk

    mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan

    pembelajaran membaca, strategi lebih menjurus dan menumpukan kepada

    pencapaian atau hasil pembelajaran.

    Untuk mengatasi masalah membaca, strategi yang dicadangkan di sini ialah

    dengan menggunakan pengajaran dan pembelajaran kaedah individu. Kaedah

    pengajaran dan pembelajaran individu berbeza dengan kaedah kelas kerana ia tiada

    kecenderungan melalaikan murid-murid yang kurang pandai ataupun yang lambat.

    Kita cuba mengajar mereka mengikut kadar pembelajaran masing-masing.

    Pengajaran dan pembelajaran ini memerlukan guru yang berkemahiran, yang

    secocok dengan kebolehannya sebagai seorang pengesan dan pemulih murid-murid

    yang lambat ini.

  • 7/29/2019 Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    5/7

    BMM3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    5

    Kaedah dan pendekatan individu menekankan rancangan untuk sesuatu

    pelajaran itu mengambil kira perbezaan murid. Setiap murid bekerja dengan bebas

    dan meneima bantuan apabila mereka memerlukannya. Murid akan melalui

    pembelajaran mengikut kadar kebolehannya. Jadual juga dirancang untuk mereka,

    tugasan akan disusun supaya murid ini akan bekerja berterusan. Ada beberapa

    kaedah untuk pengajaran individu seperti:

    Menggunakan panduan yang rancangannya ditulis mengarah murid dalam

    pembelajarannya. Dalam panduan itu, guru memberi objektif serta aktiviti

    yang disusun mengikut urutan supaya pada akhir aktivti itu, objektif

    pembelajaran tercapai. Dengan cara ini, murid boleh membuat tugasan

    mengikut kadar kebolehannya. Melalui kaedah ini, segala arahan dan tugasan

    sentiasa ada dan panduan belajar menyatakan apa yang perlu dilakukan.

    Bahan dan program juga merupakan kaedah yang digunakan dalam

    pendekatan individu. Setiap langkah mempunyai sedikit matlamat, disusuli

    dengan soalan dan meminta respon daripada murid. Apabila murid memberi

    respon, dia akan ditunjukkan dengan jawapan yang betul yang memberi

    peneguhan kepada tindakan murid tersebut. Maklumat baru, kemahiran,

    saranan dan cadangan dimasukkan dalam program itu. Memberi tugasan individu yang sesuai dengan tahap murid. Tugasan individu

    ini berbeza dari segi kuantiti dan kualiti mengikut kebolehan dan keperluan

    murid.

    Menggunakan tahap kesukaran dalam program pengajaran dan juga

    menggunakan tahap jangkaan dalam memperihalkan kemajuan atau kualiti

    murid. Apabila murid diberikan tugasan mengikut tahap kesukaran tertentu,

    maka setiap tahap itu menjadi tahap jangkaannya. Murid itu diharap akanmencapai kualiti dan kuantiti kerja yang dibentuk untuk tahap itu dan

    kemajuannya dilapor secara berterusan.

    Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan

    sebutan, intonasi, jeda yang betul dan membaca dengan lancar menggunakan

    pelbagai teknik bacaan. Penekanan perlu juga diberikan pada aspek pemahaman

    dan penaakulan pelbagai bahan ilmu, bahan sastera dan bahan bukan sastera

    secara kritis.

  • 7/29/2019 Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    6/7

    BMM3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    6

    3.2 Prinsip pengajaran membaca

    Bacaan mekanis asas untuk menguasai kemahiran membaca.

    Bacaan mentalis untuk melatih murid membaca dan memahami.

    Bahan bacaan perlu sesuai, menarik dan bersifat ansur maju. Soalan bertumpu dan bercapah membantu murid memahami kandungan

    bahan bacaan.

    Kepelbagaian pendekatan dan teknik membaca perlu diaplikasikan mengikut

    kesesuaian.

    Bacaan intensif dan ekstensif memperkaya kosa kata dan ilmu serta minat

    membaca.

    3.2.1 Cara Terbaik Melaksanakan Aktiviti Membaca

    Fikirkan apa yang penting sebelum melaksanakan pengajaran.

    apa yang hendak diajar

    setakat mana hendak diajar

    bagaimana penyampaian yang berkesan

    3.2.2 Cara Penyampaian

    Pelbagaikan aktiviti yang menarik (didik hibur) menjurus pada penguasaan

    pembelajaran yang perlu dikuasai bagi Fokus Utama dan Fokus Sampingan yang

    ditetapkan.

    Pilih teknik pengajaran yang sesuai dan menarik.

    Gunakan media (BBM) yang sesuai, mencukupi dan dipelbagaikan.

    Penyampaian berkesan

    Penyampaian yang mudah difahami oleh murid

    Aktiviti mudah dilaksanakan

    Aktiviti menarik dan disukai oleh murid.

    Dapat menarik tumpuan murid

  • 7/29/2019 Pemulihan Dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    7/7

    BMM3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

    7

    Aktiviti sesuai dengan jiwa murid (rancang aktiviti yang murid suka). Ada

    kemahiran yang boleh dikuasai dan ada ilmu yang diperolehi. Fikirkan cara terbaik

    untuk kita melaksanakan aktiviti membaca. Masukkan perkara yang diperlukan ke

    dalam aktiviti tersebut seperti:

    o pengabungjalinan kemahiran bahasa

    o penyerapan ilmu dan nilai

    o pentaksiran/penilaian

    o pengayaan

    o pemulihan

    4.0 Kesimpulan

    Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seseorang kanak-kanak

    ialah keadaan fizikal, pengalaman dan persekitaran, emosi dan motivasi serta

    kecerdasan dan perkembangan kognitif. Dari segi fizikal, kemampuan kanak-kanak

    dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang

    diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya

    mengecam bunyi-bunyi. Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi

    minatnya terhadap bahan-bahan bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan

    terutamanya bahan cerita. Dari segi mental pula, kemampuan kanak-kanak dilihat

    dari segi keupayaannya mengingat apa yang telah diberitahu dan kebolehannya

    menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya.

    Kesimpulannya, untuk membolehkan kanak-kanak menguasai peringkat

    kesediaan membaca ini, sebagai guru kita hendaklah membimbing kanak-kanak itu

    menguasai pelbagai kemahiran lain yang akan membantu mereka mencapai

    kemahiran membaca dengan lebih mudah.