isi asgmt pemulihan dan pengayaan

22
PEMULIHAN DAN PENGAYAAN 1.0 Pendahuluan Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai di peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, program Pemulihan Khas mengutamakan Prinsip ‘Menyelesaikan masalah seawal mungkin’ supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan menengah rendah. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau ‘terkebelakang’ menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru melalui program pemulihan khas, keperluan–keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal

Upload: ulin-zuliha-baharom

Post on 20-Jun-2015

421 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isi asgmt pemulihan dan pengayaan

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN1.0 Pendahuluan

Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan

insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai di

peringkat awal bagi membolehkan

murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, program

Pemulihan Khas mengutamakan Prinsip ‘Menyelesaikan masalah seawal mungkin’

supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan

menengah rendah.

Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan

segolongan mereka lebih lambat atau ‘terkebelakang’ menguasai sesuatu kemahiran

berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan,

mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan

terbenam. Justeru melalui program pemulihan khas, keperluan–keperluan murid

berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi. Melalui program pendidikan

pemulihan ini, sama ada dalam kelas biasa atau kelas khas, diharapkan murid-murid

tersebut mendapat peluang meneruskan pelajaran mereka seperti murid-murid biasa.

Page 2: Isi asgmt pemulihan dan pengayaan

1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan insan

yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

2.0 Program Pendidikan Pemulihan Dan Pengayaan

2.1 Pendidikan Pemulihan

Definisi

“Pulih” bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh. Dalam konteks pendidikan

bererti sesuatu usaha membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang

tidak betul.

Syarifah Alwiah Alsagoff(1983) menyatakan,satu tindakan khusus untuk mengatasi

keperluan pendidikan pelajar yang mengalami kesusahan pembelajaran dalam bilik

darjah di sekolah biasa, dihadiri secara sambilan yang diasingkan dari kelas biasa dan

diajar oleh guru pemulihan.

Page 3: Isi asgmt pemulihan dan pengayaan

2.1.1 Rasional Pendidikan Pemulihan

Seperti diketahui umum, murid-murid di dalam sebuah kelas berbeza dari segi

intelek , jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh yang

demikian , kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza. Di dalam sebuah kelas yang

mengandungi ramai murid , perbezaan-pebezaan ini memang tidak dapat diberi

perhatian dan dilayani oleh guru. Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan

pelajaran begiti berat, guru terpaksa mengguna kaedah seluruh kelas dalam aktiviti

pengajaran mereka.Dalam keadaan ini murid-murid yang mempunyai kebolehan rendah

tidak boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya, murid-murid ini

ketinggalan di belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas.

Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah disediakan untuk mereka dengan serta

merta supaya masalah –masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke peringkat

yang tidak dapat dipulihkan lagi.

2.1.2 Objektif –objektif Pendidikan Pemulihan

Pendidikan pemulihan bertujuan untuk membolehkan murid-murid yang menghadapi

masalah pembelajaran supaya:

i) Membantu pelajar yang lemah membina konsep sesuatu kemahiran;

ii) Mendapat layanan yang bersesuaian dengan kebolehan dan perkembangan kognitif mereka;

iii) Membetulkan konsep atau kemahiran yang disalah tanggap oleh

murid;

iv) Memberi peluang yang sama dengan melibatkan belajar Bahasa Melayu mengikut

kebolehannya;

Page 4: Isi asgmt pemulihan dan pengayaan

v) Dapat menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang dirancang khas berdasarkan kebolehan mereka;

vi) Mengembangkan potensi minat mereka terhadap pelajaran ke peringkat yang

memuaskan;

vii) Memperolehi serta mengamalkan sikap positif seperti keyakinan diri dan berdikari

apabila mereka berada dalam kumpulan atau masyarakat; dan

viii) Dapat meneruskan pelajaran dalam system persekolahan biasa, seterusnya

mengurangkan masalah keciciran.

2.2 Peringkat Proses Pengajaran Pemulihan

a. Mengenalpasti pelajar lemah dan masalah pembelajaran mereka

b. Menentukan punca dan sebab kelemahan mereka

c. Memilih ganti tindakan (aktiviti alternatif

d. Menilai kejayaan program pemulihan

3.0 Masalah Penguasaan Pembelajaran

Secara umumnya, murid-murid yang sentiasa menghadapi masalah pembelajaran

adalah terdiri daripada murid-murid yangmempunyai I.Q yang rendah. Keadaan ini

berhubung rapat dengan beberapa faktor berikut.

3.1 Faktor-faktor Masalah Pembelajaran

Faktor masalah pembelajaran mungkin terdiri daripada perkara-perkara berikut:

1. Kurikulum kurang sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak.

Page 5: Isi asgmt pemulihan dan pengayaan

2. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan kurang sesuai diterima oleh murid-murid.

3. Bahan pelajaran yang disediakan kurang menarik minat murid-murid.

Jika kelemahan-kelemahan tersebut tidak dapat diperbaiki, murid-murid akan hilang

minat mereka untuk belajar. Masalah-masalah pembelajaran akan berhimpun hingga

keperingkat murid-murid berkenaan tidak mampu menjalankan aktiviti pembelajaran

dan kerap ponteng sekolah. Akibatnya, murid-murid akan ketinggalan dalam pelajaran

kerana tidak dapat mengikuti apa yang diajar guru.

a. Faktor Peribadi

Faktor peribadi ini merupakan masalah yang berhubung dengan kemiskinan dan

masalah sosial.

b. Faktor Kurang Kecerdasan

Faktor ini berkait rapat dengan masalah mental. Murid-murid yang lambat berfikir, cepat

lupa, sukar lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan dan sebagainya.

Pendidikan pemulihan hanyalah untuk murid-murid yang mengalami masalah mental

yang ringan. Bagi kes yang berat , seperti masalah terencat akal, bantuan guru khas

adalah diperlukan untuk mengajar murid-murid tersebut dalam sebuah kelas khas.

c. Faktor Fizikal

Faktor fizikal boleh dikaji daripada aspek kesihatan murid.Ianya berkaitan rapat dengan

factor-faktor kesihatan seperti berikut:

i. Kekurangan makanan yang berzat.

ii. Kekurangan tenaga belajar juga timbul disebabkan murid terpaksa membuat kerja sambilan

untuk menolong ibu bapa.

Page 6: Isi asgmt pemulihan dan pengayaan

iii. Murid-murid yang berpenyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung berlubang dan

sebagainya membuat mereka sering bercuti sakit. Pelajaran mereka pasti terganggu.

iv. Masalah kecacatan fizikal seperti pekak, bisu, buta, gagap, sengau, kurang pendengaran,

penglihatan kurang jelas dan sebagainya. Murid-murid ini perlu ditempatkan di sekolah

khas.

d. Faktor Psikologi

Faktor psikologi berkait rapat dengan masalah emosi. Murid-murid yang menghadapi

masalah emosi biasanya mempunyai perasaan takut, benci, pendiam, malu, tidak

berkeyakinan, rendah diri dan sebagainya.

4.0 Cara-cara Mengesan kesukaran Pembelajaran

Mengenal pasti masalah pembelajaran murid dalam penguasaan kemahiran membaca,

menulis atau mengira dengan menggunakan cara-cara berikut:

i. Pemerhatian

ii. Pentaksiran Rekod Prestasi

iii. Profil

iv. Ujian kertas dan pensel

v. Latihan harian

vi. Soal jawab/kuiz

Page 7: Isi asgmt pemulihan dan pengayaan

5.0 Pendidikan Pengayaan

Definisi Pengayaan

Aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur

untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang

sedang dipelajari.

Program pengayaan dirancang dan disediakan untuk membolehkan murid

mendapat pengalaman dan pengetahuan yang berbagai-bagai berdasarkan aktiviti

yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan mereka. Selain itu, aktiviti-aktiviti ini

juga boleh memperkayakan dan memperkembangkan daya kreativiti murid kerana

program ini memberi peluang dan merangsang murid menggunakan daya pemikiran

mereka, sesuai dengan minat dan kemahiran yang telah mereka kuasai.

Murid-murid juga berpeluang menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih

mencabar kebolehan mereka. Ini bermakna guru dapat menggalakkan murid

menggunakan pemikiran yang berasaskan fakta dan logik semata-mata.

Sesuai dengan keperluan pendidikan kini yang tidak lagi berpusat kepada guru,

program pengayaan memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti secara aktif.

Keadaan ini sesuai dengan kehendak program pengayaan yang menyediakan

aktivitibercorak belajar sendiri,tanpa memerlukan banyak pimpinan dan tunjuk ajar

daripada guru. Ini bermakna, program pengayaan bukan sahaja dapat memenuhi

keperluan setiap individu dari segi memperluaskan pengetahuan dan pengalaman,

tetapi juga merangsang pemikiran luas murid-murid.

Page 8: Isi asgmt pemulihan dan pengayaan

Dengan adanya program pengayaan, adalah diharapkan setiap murid bukan

sahaja dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan

menggembirakan tetapi memperkembangkan aspek fizikal, emosi, minat, kebolehan

dya cipta dan bakat individunya secara menyeluruh. Keadaan ini sesuai sekali dengan

kehendak dan keperluan Falsafah Pendidikan Negara dan perakuan 57(b) Laporan

Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan(1983) yang

menyatakan

‘...Kurikulum yang ada sekarang ini hendaklah disusun semula... bukan sahaja

untuk memenuhi keperluan murid-murid yang lemah bahkan juga membolehkan murid-

murid cerdas terus maju... kerana itu seharusnya kita memahami dan melaksanakan

program pengayaan KBSR’.

5.1 Konsep Pengayaan

Dalam konteks KBSR, pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti

asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar waktu sekolah.

Pengayaan mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman

serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti ini murid-murid

akan berpeluang untuk mengembangkan lagi minat kraetif, sifat ingin tahu, sikap

berdikari dan bakat kepimpinan di samping melibatkan diri dalam membuat sesuatu

keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.

5.2 Rasional Pengayaan

Di peringkat permulaan sesuatu pelajaran, semua murid biasanya diberikan

aktiviti pembelajaran yang sama. Oleh kerana setiap orang murid dalam sesuatu kelas

mempunyai kebolehan,minat dan bakat berbeza, maka kadar keupayaan mereka untuk

Page 9: Isi asgmt pemulihan dan pengayaan

menguasai sesuatu kemahiran atau pengetahuan juga berbeza. Justeru itu , murid-

murid yang mempunyai kebolehan yang berainan haruslah diajarkan dengan pelbagai

aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan keupayaan dan perkembangan mental

mereka.

Biasanya dalam sesuatu kelas, murid-murid boleh dibahagikan kepada tiga

kumpulancerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lambat. Murid-murid dalam

kumpulan cerdas dan kumpulan sederhana dan mungkin menghadapi masalah

pembelajaran sekiranya mereka selalu dipaksa menjalani aktiviti pembelajaran yang

saqma dengan murid-murid kumpulan lambat. Akhirnya merekaa akan merasa bosan

terhadap pelajaran mereka kerana aktiviti pembelajaran yang diberikan tidak setimpal

dengan minat dan perkembangan mental mereka. Untuk memenuhi keperluan murid-

murid cerdas dan sederhana, adalah wajar bagi para guru menyediakan program

pengayaan sebagai aktiviti tambahan yang menarik dan mencabar kepada murid-murid.

Bagi murid-murid dalam kumpulan lambat, selain aktiviti pemulihan, mereka juga

harus diberi program pengayaan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Melalui

program ini, mereka akan sama-sama berpeluang menikmati berbagai-berbagai

pengalaman, seterusnya menimbulkan minat mereka dalam aktiviti pembelajaran.

Dengan adanya program pengayaan, adalah diharapkan setiap orang murid

bukan sahaja dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan

menggembirakan tetapi juga mengembangkan aspek fizikal emosi, minat, kebolehan,

daya cita dan bakat individusecara menyeluruh.

5.3 Objektif Pengayaan

Page 10: Isi asgmt pemulihan dan pengayaan

Aktiviti pengayaan disediakan untuk membolehkan murid:

i. Menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran biasa baagi

memperluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman mereka.

ii. Menjalani kegiatan pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan mereka.

iii. Menggunakan masa lapang yang berfaedah mengikut keperluan, minat dan bakat.

iv. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap berbagai-bagai

bahan dan sumber pengetahuan.

v. Berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka

meneruskan pembelajaran seumur hidup.

vi. Melahirkan daya cipta menerusi pemikiran dan kegiatan serta berkebolehan untuk menilai

sesuatu hasil kerja sendiri.

vii. Memupuk tabiat membaca melalui suatu program membaca dalam bentuk pengayaan

dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan.

viii. Memperkembang bakat–bakat ciptaan serta keupayaan menilai sesuatu hasil kerja mereka

melalui aktiviti-aktiviti pengayaan seperti kerja projek, lukisan, ukiran, binaan dan

sebagainya.

ix. Mempunyai asas kepimpinan untuk diperkembangkan kepada peringkat yang lebih tinggi

sesuai dengan kemampuan mereka.

5.4 Peranan Program Pengayaan( Rajah 1 )

5.3 Kumpulan Sasar

Dalam konteks KBSR, program pengayaan adalah dirancangkan untuk semua

murid dalam kelas, tidak kira sama ada kumpulan cerdas, sederhana atau lemah.

Sungguhpun begitu sama ada murid itu mendapat sedikit atau banyak pengalaman

Page 11: Isi asgmt pemulihan dan pengayaan

pengayaan bergantung pada kebolehan dan keupayaan masing-masing dalam

menguasai sesuatu kemahiran yang ditetapkan. Dalam hubungan ini, tidak dapat

dinafikan bahawa murid-murid cerdas akan mendapat lebih baanyak aktiviti pengayaan

jika dibandingkan dengan murid-murid sederhana dan lemah.

5.4 Proses pengayaaan di dalam bilik darjah

5.5 Prinsip Program Pengayaan

Guru harus mengambil kira beberapa perkara dalam usaha menyediakan aktiviti

pengayaan.Antaranya ialah:

i. Memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental.

ii. Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri.

iii. Menggunakan daya usaha sendiri.

iv. Memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial.

v. Menggunakan kaedah dan organisasiyang mudah ubah.

vi. Melibatkan pembacaan luas.

5.6 Aktiviti Pengayaan

Di dalam konteks KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan biasanya tertumpu kepada:

1. Bacaan ( membaca )

2. Tulisan ( menulis )

3. Kiraan ( mengira )

Program Pengayaan

ii) Pengayaan secara mendatar: aktiviti

pengayaan yg dirancang untuk

kumpulan mengikut kebolehan.

iii) Pengayaan secara menegak: aktivitipengayaan yg dirancang untukkumpulan pelajar yg ce

Page 12: Isi asgmt pemulihan dan pengayaan

Posted byNABILAH ABD HAMIDat06:45

Penggabungjalinan

Penggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinan berlaku antara kemahiran berbahasa daripada bidang yang berlainan, iaitu interbidang dengan kemahiran berbahasa dalam bidang yang sama, iaitu intrabidang. Selain itu, aspek tatabahasa, kosa kata dan peribahasa juga digabungjalinkan. Penggabungjalinan unsur-unsur tertentu dihuraikan seperti yang berikut:

i. Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis boleh digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya antara dua kemahiran. Misalnya kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur digabubungjalinkan dengan kemahiran berbahasa membaca. Penggabungjalinan bertujuan untuk mencapai hasil pembelajaran.

ii. Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks, dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan dan menulis.

iii. Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara terancang dengan semua aktiviti kemahiran bahasa, misalnya aktiviti lakonan atau perbahasan; membaca teks yang mengandungi kosa kata (sama ada umum atau istilah) dan peribahasa serta melalui latihan menggunakan kosa kata dan peribahasa yang betul dalam pelbagai genre penulisan.

Prinsip-prinsip penggabungjalinan • Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai• Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungkan• Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik• Berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid

Bentuk-bentuk penggabungjalinanAda 3 bentuk penggabungjalinan1. Penggabungjalinan kemahiran2. Penggabungjalinan bahan3. Penggabungjalinan aktiviti

1. Penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran. K1: Kemahiran mendengarK2: Kemahiran bertutur

Page 13: Isi asgmt pemulihan dan pengayaan

K3: Kemahiran membacaK4: Kemahiran menulis

Sila rujuk rajah di bawah:

2. Penggabungjalinan AktivitiAnda boleh menggabungkan sekurang-kurang dua aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek lisan. Bacaan dan kefahaman dan tulisan.

3.Penggabungjalinan BahanPenggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan. Peracangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dngan keperluan, pengalaman dan tahap pencapaian murid.

PenyerapanPenyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan unsur-unsur ini dihuraikan seperti yang berikut:

i. Isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang ilmu serta pelbagai tema yang mencakup hal-hal persendirian dan kemasyarakatan.

ii. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan hendaklah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Meskipun penyerapan dilakukan secara sedar dan terancang namun, murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara natural.

iii. Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah seperti yang berikut:

• Mencirikan• Mengelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan• Membuat kaitan dan perhubungan• Membanding dan membeza• Menyusun atur• Mengenal pasti kenyataan benar atau palsu• Membezakan fakta dengan pendapat• Menganalisis• Mengesan kecondongan pendapat• Mengenal pasti sebab akibat• Meramal• Mensintesis

Page 14: Isi asgmt pemulihan dan pengayaan

• Mengitlak• Membuat analogi• Membuat inferens• Membuat kesimpulan• Menginterpretasi, mentafsir• Mengenal pasti idea utama dan idea sokongan• Menilai• Menjana idea• Merumus, meringkas• Membuat keputusan• Menyelesaikan masalah

Kemahiran berfikir yang dinyatakan di atas bertujuan untuk membolehkan kemahiran berfikir tersebut dikuasai oleh murid. Alat berfikir seperti penyusun grafik (graphic organizer), soalan bertumpu dan bercapah, dan peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

iv. Kemahiran bernilai tambah yang lain, iaitu kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual juga perlu diserapkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai, kebolehan murid serta sumber yang ada.

Rajah di atas menunjukkan penyerapan antara mata pelajaran Bahasa Melayu dengan mata pelajaran lain.

KB: Kemahiran bahasa

KS: Kemahiran Pendidikan Seni

KM: Kemahiran muzik

PenilaianPenilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif. Penilaian biasanya dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formatif (ujian kemajuan) dan penilaian sumatif (ujian pencapaian).

Dalam program KBSR, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu1. Penilaian mengesan penguasaan2. Penilaian mengesan kemajuan3. Penilaian mengesan pencapaian

Page 15: Isi asgmt pemulihan dan pengayaan

Aktiviti PenilaianPada amnya ketiga-tiga aktiviti penilaian di atas boleh digolongkan kepada dua jenis iaitu:

i. Penilaian formatifPenilaian formatif ialah penilaian yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran secara formal dan tidak formal dengan tujuan:

• Mengesan kemajuan pelajar • Melihat keberkesanan pengajaran guru• Mengesan masalah pembelajaran murid (diagnostik) supaya guru dapat membuat alternatif pengajaran• Menentukan kesediaan murid untuk menerima pelajaran baru

ii. Penilaian SumatifPenilaian sumatif ialah ujian yang diberikan pada akhir sesuatu kursus atau akhir penggal atau semester. Ujian ini mementingkan bidang keupayaan yang lebih luas dan menyeluruh dan mengandungi semua aras kemahiran. Penilaian ini bertujuan:

• Mengesan tahap pencapaian murid pada akhir sesuatu pembelajaran• Memperoleh maklum balas tentang pencapaian murid• Membuat perbandingan pencapaian antara murid

PemulihanPemulihan merupakan program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya berfungsi secara normal seperti murid yang sebaya dengannya dapat diatasi. Pemulihan merupakan langkah-langkah khas untuk membantu murid-murid menghadapi masalah pembelajaran di sekolah-sekolah. Kegiatan pemulihan biasanya dilakukan dalam tempoh jangka masa yang pendek dan ditujukan khusus untuk mengatasi kelemahan mereka. Individu yang memerlukan pemulihan ialah murid yang dikatakan kurang bernasib baik dan menghadapi masalah pembelajaran iaitu murid yang memperlihatkan pencapaian yang tidak memuaskan dalam pelajaran.

PengayaanPengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada dalam atau luar waktu sekolah. Pengayaan mengandugi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti-aktiviti ini murid mengembangkan potensi mereka sesuai dengan bakat, minat dan kreativiti. Di samping itu dapat memupuk sifat ingin tahu, sikap berdikari, kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.

Sebagai guru anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti pengayaan. Antaranya adalah seperti berikut:

Page 16: Isi asgmt pemulihan dan pengayaan

a. Menggunakan daya usaha sendiri b. Membuat kerja sendiri dan hasilan sendiric. Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental.d. Mengunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubahe. Melibatkan pembacaan luas danf. Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial

Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti termasuklah:

• Pembelajaran akses kendiri• Kerja projek• Bacaan tambahan• Permainan dan rekreasi da • Pembelajaran berbentuk komputer

Latihan 1 Nyatakan penggabungjalinan seperti dalam rajah yang berikut :

2 Nyatakan satu modul penggabungjalinan kemahiran bahasa yang anda fahami.

3. Selain penggabungjalinan kemahiran, nyatakan penggabungjalinan yang lain.

4. Nyatakan penyerapan yang anda ketahui.

5. Nyatakan penilaian dalam pengajaran dan pengajaran dan cara melaksanakan.

6. Apakah tujuan penilaian?

7. Apakah rasional pemulihan dalam pendidikan Bahasa Melayu?

8. Nyatakan objektif pemulihan.

9. Apabila murid telah menguasai kemahiran, sesorang guru boleh menjalankan aktiviti pengayaan. Jelaskan kaedah menjalankan aktiviti pengayaan dalam pengajaran dan pengajaran.