kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106

61
1.1 PENGENALAN: 1.1.1 Konsep pemulihan Program pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira). Mereka patut dipulihkan sebaik sahaja masalah yang dihadapi itu dapat dikesan dan ditentukan oleh guru bilik darjah atau guru mata pelajaran dengan langkah-langkah yang berbeza bergantung kepada jenis masalah. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246) “Pulih” bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). “Pemulihan” bermaksud perbuatan memulihkan dan pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu. Blair (1956) Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran. O. C. Simpson (1975) Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di

Upload: alia-ayumi

Post on 19-Jun-2015

4.138 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

1.1 PENGENALAN:

1.1.1 Konsep pemulihan

Program pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk

membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran

asas 3M (membaca, menulis dan mengira). Mereka patut dipulihkan sebaik sahaja masalah

yang dihadapi itu dapat dikesan dan ditentukan oleh guru bilik darjah atau guru mata pelajaran

dengan langkah-langkah yang berbeza bergantung kepada jenis masalah.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246)

“Pulih” bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). “Pemulihan” bermaksud perbuatan

memulihkan dan pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan

merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran

pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau

memperbetul sesuatu.

Blair (1956)

Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak

yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat

diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran.

O. C. Simpson (1975)

Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk

mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam

kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan,

dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.

Syarifah Alawiah Alsagoff (1983)

Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang

mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat

khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran

pembelajaran biasa.

Menurut Ab. Rahman, et. al. (1997), dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KBSR), program pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk

membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai

kemahiran asas 3M (membaca, menulis, dan mengira). Mereka ini kemudiannya diberikan

program pemulihan sebaik-baik sahaja masalah mereka dapat dikesan dan dikenal pasti.

1.1.2 Rumusan Keseluruhan Konsep Pemulihan.

Pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran

alternatif untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan

program pemulihan ini bermatlamatkan supaya jurang perbezaan pencapaian di antara murid

dapat dikecilkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang

lebih baik di dalam kelas biasa.

1.1.3 Rasional Pendidikan Pemulihan.

Murid-murid merupakan indidvidu-individu yang berbeza dari segi pengalaman, minat,

dan kebolehan. Perbezaan-perbezaan tersebut jika tidak diberi perhatian boleh menjadi

punca masalahh yang utama kepada kegagalan pencapaian objektif-objektif

pembelajaran yang telah ditetapkan.

Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran yang

telah dikeluarkan, beberapa penetapan telah dibuat sebagai langkah untuk mengatasi

masalah-masalah yang terdapat dalam sistem persekolahan. Antaranya ialah :

Kenaikan darjah secara automatik seperti yang berlaku sekarang dikekalkan dan

mereka yang lemah dalam bidang kemahiran tertentu diberi pendidikan pemulihan.

Kurikulum yang ada sekarang hendaklah disusun semula supaya dapat diubah suai

bukan sahaja untuk membolehkan murid-murid yang lemah mencapai kemahiran asas

bahkan membolehkan murid yang cerdas bertambah maju.

Keutamaan hendaklah diberikan kepada usaha-usaha untuk membaiki dan meninggikan

taraf pendidikan di kawasan-kawasan yang mundur sejajar dengan dasar kerajaan.

Usaha untuk merapatkan hubungan antara sekolah dengan masyarakat hendaklah

dijalankan dengan sepenuhnya melalui kegiatan-kegiatan PIBG.

Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan dan Rancangan Makanan Tambahan

diteruskan kerana faedah-faedah yang diperoleh.

1.1.4 Matlamat Pendidikan Pemulihan

Antara matlamat utama program pemulihan ialah :

Membantu murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran untuk menguasai

kemahiran tertentu.

Membantu murid-murid membetulkan sikap yang negatif dan tingkah laku yang

menjejaskan pembelajaran.

Memupuk serta mengembangkan keyakinan diri dan sikap positif terhadap

pembelajaran.

1.1.5 Objektif Pendidikan Pemulihan

Program ini bertujuan untuk membolehkan murid-murid :

Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti yang dipilih dan

menggunakan bahan-bahan yang bersesuaian dengan kemampuan murid.

Mendapatkan layanan dan kemudahan yang sesuai dengan keupayaan dan

perkembangan mental individu.

Mengurangkan beban masalah yang dihadapi oelh murid-murid yang lemah melalui

bantuan guru dan pihak yang berkenaan (pihak sekolah dan ibu bapa).

Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke tahap yang lebih maju.

Memperoleh serta mengukuhkan keyakinan diri dan sifat berdikari apabila berada dalam

kumpulan dan masyarakat.

Mendapat peluang yang sama seperti rakan-rakan mereka dengan melibatkan diri

dalam aktiviti-aktiviti social di dalam dan di luar bilik darjah

Meneruskan pelajaran dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang

bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

1.1.6 Kumpulan Sasaran Pendidikan Pemulihan

Pendidikan pemulihan diajalankan untuk menampung keperluan-keperlaun murid di dalam

kelas biasa yang menghadapi masalah-masalah berikut, bukan masalah kecacatan akal atau

terencat akal :

Masalah pembelajaran:

Ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru

Sering tidak hadir ke sekolah

Cuai menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran

Leka dan lambat

Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran :

Masalah peribadi

Masalah psikologi

Kurang kecerdasan iaitu lambat berfikir dan bertindak, cepat lupa, sukar memahami dan

lemah pengamatan.

1.1.7 Prinsip Pendidikan Pemulihan

Terdapat beberapa prinsip yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan pendidikan pemulihan.

Antaranya ialah :

i) Menentukan objektif pendidikan pemulihan

Guru perlu mengetahui objektif yang hendak dicapai semasa pendidikan pemulihan

dijalankan bagi membantu murid-murid mengatasi masalah pembelajaran, membimbing

mereka mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menghalang pembelajaran dan

mewujudkan keyakinan dalam diri. Guru juga harus memastikan aktiviti pengajarannya

melibatkan deria rasa, penglihatan, pengdengaran dan pertuturan.

ii) Menyusun strategi pendidikan pemulihan

Terdapat beberapa cara dalam menyusun strategi pendidikan pemulihan antaranya:

Mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan melalui ujian saringan, ujian

diagnostik, laporan guru dan sekolah serta maklum balas daripada temu duga yang

dibuat dengan ibu bapa.

Mengenal pasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid yang antaranya terdiri

daripada masalah dalam kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca dan

menulis.

Mengenal pasti punca-punca yang menjadikan murid-murid bermasalah dalam

pembelajaran dari aspek fizikal, intelek, emosi dan pembelajaran.

Merancang pelbagai aktiviti untuk menolong murid lemah sama ada secara individu,

kumpulan kecil atau melalui rakan sebaya.

Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan yang bertujuan untuk mengekalkan

pelajar dalam kelas biasa atau dihantar ke kelas pemulihan.

Menjalinkan hubungan mesra antara guru dengan murid dan murid dengan rakan

sebayanya.

iii) Merancang dan menyusun aktiviti pendidikan pemulihan:

Dalam merancang dan menyusun aktiviti pendidikan pemulihan terdapat beberapa kreteria

yang perlu diikuti antaranya:

Pemilihan dan aktiviti hendaklah berdasarkan kebolehan murid.

Aktiviti hendaklah menekankan penggunaan bahan pelbagai bentuk untuk

membolehkan murid menggunakan deria yang ada pada mereka.

Matlamat hasil kerja daripada aktiviti hendaklah disampaikan dengan segera.

iv) Memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai

Terdapat pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam melaksanakan

aktiviti pemulihan. Antaranya :

Pendekatan Deduktif

Pendekatan Induktif

Pendekatan Elektif

Kaedah Komunikatif

Pendekatan Main Sambil Belajar

Teknik Bercerita

Teknik Latih Tubi

Teknik Bersoal Jawab

1.2 CARA MENGESAN MURID-MURID YANG BERMASALAH PEMBELAJARAN.

Terdapat beberapa cara bagi mengesan murid yang bermasalah pembelajaran antaranya ialah:

Pengesanan Murid Bermasalah

i) Pemerhatian

Guru boleh membuat pemerhatian secara tidak langsung dalam bilik darjah

masing-masing. Guru boleh memerhatikan wajah murid-muridnya sama ada

berwajah ceria, takut, sedih, takut, bingung dan sebagainya. Sekiranya wujud

murid yang menunjukkan wajah yang bermasalah, guru perlu mengenal pasti

masalah mereka dengan lebih teliti dengan membuat pemerhatian secara

berterusan dan berulang kali serta memerhatikan setiap perubahan yang

berlaku.

ii) Pentafsiran rekod prestasi

Rekod prestasi ialah rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian

akademik murid, khususnya dari segi kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai

pada sesuatu peringkat pembelajaran secara berterusan. Tujuan utama

penyimpanan rekod-rekod ini adalah untuk membekalkan maklumat dan

keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid-murid dalam

kelas.

iii) Rekod profil

Rekod profil ialah rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid-

murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti di sekolah. Pencapaian ini

ditunjukkan dengan menggunakan markah dan gred. Rekod ini mencatatkan

prestasi murid-murid pada setiap penghujung semester. Biasanya catatan dibuat

pada awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun atau mengikut semester.

Pencapaian daalm rekod ini berdasarkan satu ujian sumatif pada akhir setiap

semester. Rekod profil yang disarankan dalam KBSR dan KBSM adalah bentuk

senarai kemahiran, minat, bakat dan lain-lain yang tidak begitu formal bentuknya.

Segala maklumat tentang murid-murid haruslah didasarkan kepada penilaian

yang dibuat dalam bentuk pemerhatian yang dilakukan secara tidak formal.

Walau bagaimanapun, ujian kertas dan pensel yang biasanya dibuat secara

formal juga dilaksanakan.

iv) Ujian kertas dan pensel

Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan secara tidak langsung

menguji penguasaan bahasa murid. Ujian kertas dan pensel terdiri daripada ujian

objektif dan ujian subjektif. Ini bermakna dalam sesuatu ujian, soalan-soalan itu

memerlukan murid membaca, meneliti, mengkaji dan menulis jawapan.

v) Temu bual dengan guru darjah

Perbincangan dengan guru darjah dapat member maklumat tentang seseorang

murid yang hendak dikenal pasti. Melalui temu bual dengan guru darjah atau

guru mata pelajaran, kita boleh mendapatkan maklumat-maklumat seperti rekod

kedatangan, ketepatan masa, pencapaian kerja akademik, ciri-ciri tingkah laku

yang khusus dan perbezaan-perbezaan individu dalam kalangan murid-murid

yang lain. Makluamt-maklumat ini dianalisis dan hasilnya akan dapat membantu

guru mengesan masalh pembelajaran murid.

vi) Temu bual dengan ibu bapa

Ibu bapa seharusnya bekerjasama dengan guru untuk memberikan maklumat

tentang masalah pembelajaran murid, terutamanya murid Tahun Satu. Melalui

temu bual dengan ibu bapa, guru dapat mengetahui banyak maklumat

contohnya tentang latar belakang keluarga, aspek kesihatan, pemakanan,

kemudahan pembelajaran dan kemudahan asas yang lain di rumah. Dengan

adanya maklumat ini, guru dapat mengenal pasti punca-punca masalah

pembelajaran murid dan dapat merangka suatu perancangan yang berkesan

untuk membantu murid-murid bermasalah.

1.3 PROGRAM PEMULIHAN DI SEKOLAH

Konsep pendidikan pemulihan di sekolah dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :

1.    Pendidikan pemulihan kelas biasa

Pendidikan pemulihan kelas biasa dirancang dan dilaksanakan oleh guru mata

pelajaran, khususnya guru bahasa Melayu. Objektifnya adalah untuk mengatasi

kelemahan murid-murid menguasai kemahiran yang diajar dalam setiap

pembelajaran. Waktu memulihkan murid-murid berkenaan adalah secara

berterusan sepanjang pengajaran-pembelajaran dan diteruskan selepas tamat

waktu mengajar pada hari biasa

2.    Pemulihan bagi program kajian tindakan

Kelas pemulihan bagi program kajian tindakan difokuskan kepada murid-murid

yang akan mengambil peperiksaan khususnya Ujian Pencapaian Tahap Satu

dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Program ini dilaksanakn

berasaskan masalah yang dihadapi oleh murid yang mungkin menjelaskan

pencapaian yang baik dalam ujian penilaian.

3.    Kelas pemulihan khas

Kelas pemuliahn khas merupakan kelas yang diwujudkan khusus untuk

mengatasi masalah murid-murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran

asas, khususnya 3M. Kelas ini dikendalikan oleh seseorang guru khas yang

terlatih. Murid-murid daripada pelbagai perbezaan umur tetapi menghadapi

masalah yang sama dikelompokkan dalam satu kelas untuk memudahkan

pengajaran-pembelajaran.

Kenal pasti dan menganalisis:

Murid bermasalah melalui pemerhatian dan keputusan ujian;

Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid melalui Ujian Saringan dan

Diagnostik;

Punca masalah dari aspek fizikal, intelek, dan emosi yang mengganggu

pembelajaran.

Merancang aktiviti pemulihan yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi.

Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Melaksanakan aktiviti pemulihan yang telah dirancang.

Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan yang telah dicapai.

Menjalankan tindakan susulan seperti memindahkan semula murid berkenaan ke

dalam kumpulan murid yang biasa atau merancang semula aktiviti pemulihan

yang baru sekiranya murid berkenaan belum pulih.

Kemahiran Lisan

Kemahiran lisan terdiri daripada dua aspek penting iaitu kemahiran mendengar dan

kemahiran bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan, kanak-kanak perlulah menguasai kedua-

dua aspek ini dengan baik terlebih dahulu. Kanak-kanak yang mahir dalam bahasa lisan akan

dapat melahirkan perasaan dan pendapat dengan baik, dan akan lebih yakin untuk berinteraksi

dengan orang lain dalam apa jua situasi. Lisan adalah pertuturan atau percakapan. Apabila

seseorang bertutur, ia bukan hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga

melibatkan kemahiran mendengar. Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran

penting iaitu mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang

itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini. Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami

masalah pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga. Malah bagi kes masalah

pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak dapat bertutur langsung atau

dikatakan sebagai bisu.

Apabila diteliti perkembangan bahasa kanak-kanak, ianya bermula daripada proses

mendengar terlebih dahulu dan diikuti dengan meniru atau mengajuk bunyi-bunyi yang didengar

dan seterusnya bercakap. Lambang-lambang tulisan hanya diperkenalkan apabila kanak-kanak

sudah biasa dengan bahasa dan boleh bertutur dengan baik ( Kamarudin Hj. Husin, 1988).

Kemahiran berbahasa juga merupakan satu kemahiran atau kecekapan seseorang untuk

menerima dan mentafsir maklumat melalu pendengaran, pertuturan, pembacaan dan penulisan.

Lazimnya seseorang yang mahir berbahasa ialah orang yang pendengaran dan pertuturannya

baik. Kemahiran mendengar pula bolehlah ditakrifkan sebagai satu proses yang melibatkan dua

peringkat kemahiran iaitu menerima dan membezakan bunyi dan memahami bunyi bahasa

yang bermakna seperti perkataan, frasa dan ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa itu

bergantung kepada pengetahuan, pengalaman budaya dan sikap pendengar. Untuk memahami

bahasa, seseorang itu perlu mempunyai tiga unsur iaitu pengatahuan sedia ada pada

pendengar, pengetahuan tentang situasi berlaku pertuturan yang didengar dan pengetahuan

tentang sistem bahasa.

Apabila ketiga-tiga unsur ini ada, maka seseorang itu akan memahami bunyi bahasa

yang didengar dengan lebih senang. Proses mendengar adalah satu proses yang aktif. Si

pendengar mesti mengenal pasti dan mengetahui makna bunyi bahasa. Selain itu, pendengar

juga memilih dan menyimpan apa yang difahami dalam ingatannya. Ini menunjukkan

mendengar adalah suatu proses yang aktif kerana berlaku tindak balas selepas mendengar.

Kemahiran bertutur boleh ditakrif kan sebagai satu proses komunikasi yang kompleks yang

melibatkan proses mental yang merangsang alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa

yang bermakna. bagi menguatkan maksud pertuturan, seseorang perlu menggunakan unsur

linguistik seperti intonasi, nada, tekanan, sebutan dan jeda yang sesuai.

Bertutur merupakan satu cara berkomunikasi yang paling tua, paling mudah dan murah

serta cepat untuk dipelajari. Lazimnya kedua-dua kemahiran mendengar dan bertutur ini saling

memerlukan. Jika salah satunya tidak dapat dikuasai seperti kecacatan alat pendengaran,

maka seseorang itu tidak akan dapat bertutur.

Kemahiran Mendengar

Mendengar adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-kanak dalam

perkembangan pemerolehan bahasanya. Lundsteen (1979) telah mendefinisikan mendengar

sebagai satu proses minda yang memberi makna kepada bahasa pertuturan. Berdasarkan

definisi mendengar ini, Jalongo (1992) menyatakan bahwa kemahiran lisan melibatkan tiga

perkara penting, iaitu;

i. Pendengaran (Hearing) – iaitu proses fisiologikal yang merangkumi ketajaman pendengaran

atau keupayaan mendengar, dan persepsi pendengaran iaitu keupayaan untuk membezakan

bunyi-bunyi, mengadun bunyi-bunyi, dan menyimpan urutan bunyi dalam ingatan,

ii. Mendengar (Listening) - merupakan bentuk tingkah laku persepsi iaitu memberi tumpuan,

menjadi peka, dan memilih petunjuk-petunjuk isyarat (cues) daripada persekitaran,

iii. ”Auding” - iaitu tingkah laku pemahaman yang bermula daripada pendengaran dan

mendengar. Auding termasuklah memperoleh makna daripada apa yang diudengar,

menghubungkan bunyi sesuatu yang sudah diketahui, menyusun, membayangkan, dan

menghargai apa yang didengar.

Kepentingan Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar sangat penting dalam kehiduipan kerana kemahiran mendengar

adalah asas kepada proses komunikasi. Interaksi dua hala akan terganggu berlaku apabila

salah seorang gagal mendengar dengan baik. Kemahiran mendengar adalah kebolehan bahasa

yang mula-mula sekali bagi kanak-kanak. Sebaik sahaja organ pendengaran kanak-kanak

sudah terbentuk di dalam kandungan ibu mereka sudah mula mendengar. Bayi yang baru lahir

akan bertindak balas terhadap bunyi-bunyi yang berbeza di sekitarnya, dan mereka akan

ditenteramkan oleh bunyi-bunyi yang biasa didengarnya ketika dalam kandungan ibunya. Lebih

dari itu, mendengar adalah asas kepada kemahiran bahasa yang lain iaitu bertutur, membaca,

dan menulis.

Keduanya, mendengar adalah kemahiran bahasa yang paling kerap digunakan oleh

manusia. Lundsteen (1979) membuat persamaan berikut untuk menegaskan kepentingan

mendengar, iaitu dalam sehari kita mendengar sama banyak dengan sebuah buku, kita bertutur

bersamaan sebuah buku seminggu, kita membaca bersamaan sebuah buku sebulan kita

menulis bersamaan sebuah buku setahun. Di sebalik kepentingannya, kemahiran mendengar

adalah kemahiran yang diabaikan. Proses pengajaran dan pembelajaran di kelas sangat kurang

menitikberatkan kemahiran ini dan guru lebih tertumpu kepada mengajar kemahiran membaca

dan menulis.

Keperluan Mendengar

Abd.Aziz Talib (2000) menyatakan bahawa keperluan mendengar berbeza mengikut

situasi sama ada berbentuk tidak formal atau formal. Kemahiran mendengar dalam situasi tidak

formal berlaku di rumah, di taman permainan, ketika bermain dengan rakan dan sebagainya.

Walaupun secara tidak formal, keperluan mendengar sangat penting kerana kanak-kanak perlu

mendengar dan memahami percakapan ibu bapa dan ahli keluarganya yang lain. Begitu juga

apabila dia perlu mendengar untuk berhibur seperti mendengar radio, atau menonton

televisyen. Keperluan mendengar di sekolah bercorak formal, iaitu bahan-bahan yang didengar

adalah bercorak akademik. Selain itu, aktiviti lain seperti syarahan, pidato, kuiz, dan sebagainya

menjadikan kemahiran mendengar lebih penting lagi. Keperluan mendengar sama ada bersifat

formal atau tidak formal dapat dilihat dari segi tujuankita mendengar.

Abd. Aziz Talib (2000) memberikan tiga tujuan kita mendengar, iaitu:

i. mendengar dalam interaksi sosial seperti berbual dan bermesyuarat,

ii. mendengar untuk mendapatkan hiburan seperti mendengar radio,menonton televisyen, atau

filem, dan

iii. mendengar untuk mendapatkan maklumat atau pengetahuan seperti di dalam kelas,

mendengar ceramah dan sebagainya.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kemahiran Mendengar

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar. Antaranya ialah

faktor fizikal. Kanak-kanak normal mempunyai deria pendengaran yang semula jadi sejak ia

dilahirkan. Peringkat kemahiran ini berbeza antara seseorang. Ada yang mempunyai

pendengaran yang tajam dan ada yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam

cacat pendengaran.

Faktor yang kedua ialah faktor jantina. Terdapat perbezaan kemahiran antara

mendengar antara kanak-kanak lelaki dan perempuan, misalnya kanak-kanak lelaki yang

berumur antara 7-9 tahun lebih lemah kefahaman mendengar berbanding dengan kanak-kanak

perempuan yang sebaya dengannya.

Faktor yang ketiga ialah status sosio ekonomi. Latar belakang keluarga, termasuk

kemudahan di rumah dan interaksi antara ahli-ahli keluarga mempengaruhi kebolehan

mendengar kanak-kanak. Latar belakang keluarga juga boleh mempengaruhi emosi kanak-

kanak. Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya

terhadap apa yang didengar.

Fakor yang keempat ialah faktor bunyi. Semasa mendengar biasanya seseorang itu

diganggu oleh pelbagai jenis bunyi seperti bunyi bising yang boleh mempengaruhi kebolehan

mendengarnya.

Faktor yang kelima dan terakhir ialah faktor mental. Kemahiran mendengar berkait rapat

dengan daya pemikiran seseorang kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan

melalui proses mental untuk mendapat tindak balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan

mempengaruhi kecekapan mereka mendengar.

Halangan Dalam Menguasai Kemahiran Mendengar

Terdapat beberapa halangan dalam menguasai kemahiran mendengar. Halangan-

halangan ini mungkin disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Antara

halangan dalam menguasai kemahiran mendengar ialah kekeliruan dalam membezakan bunyi.

Murid-murid sepatutnya mempunyai kemahiran dalam menentukan persamaan dan perbezaan

bunyi yang didengar dan seterusnya dapat memberi makna terhadap apa yang didengar.

Kekeliruan dalam membezakan bunyi akan menyebabkan pelajar tidak dapat memahami

makna perkataan yang sebenar tentang apa yang terkandung dalam ayat.

Halangan yang kedua ialah kelemahan dalam memahami apa yang didengar. Jika

seorang murid tidak memahami perkara yang didengarnya, ini akan menyukarkannya untuk

membuat tindakan terhadap perkara tersebut. Pelajar yang lemah, terutamanya yang tidak

memahami penggunaan penanda wacana yang menjadi wahana penting dalam membentuk

kesinambungan ayat akan menghadapi masalah untuk mengaitkan apa yang didengar dengan

makna keseluruhan ayat.

Halangan yang ketiga ialah tidak cekap dalam memproses maklumat. Pendengar yang

aktif mempunyai reaksi terhadap apa yang mereka dengar. Maklumat yang didengar akan

diproses dan disimpan untuk digunakan kembali. Contohnya seperti semasa murid-murid

mendengar pesanan guru supaya pesanan tersebut disampaikan kembali kepada beberapa

orang kawan mereka yang tidak datang ke sekolah.

Halangan yang keempat ialah pertuturan yang terlalu cepat. Pertuturan yang terlalu

cepat ini akan menimbulkan masalah kepada pelajar untuk mentafsirkan makna dan maklumat

yang hendak disampaikan. Komplikasi ini menyebabkan murid-murid sukar untuk memahami

sepenuhnya makna berdasarkan ujaran yang didengar.

Halangan yang seterusnya ialah gaya pertuturan. Gaya pertuturan juga boleh

mempengaruhi kemahiran mendengar, sebutan, tekanan dan intonasi. Penggunaan ciri-ciri

suprasegmental yang kurang jelas semasa pembelajaran juga boleh mempengaruhi gaya

pertuturan seseorang. Salah satu cara untuk mengatasinya adalah dengan menggunakan

Bahasa Melayu baku ketika bertutur. Selain itu para penyampai maklumat terutamanya guru

wajar merancang langkah-langkah yang sesuai bagi mengatasi kemungkinan masalah

kemahiran mendengar. Antara perancangan yang harus dibuat ialah pemilihan bahan.

Cara Meningkatkan Kemahiran Mendengar.

Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan kemahiran mendengar ini. Antaranya

adalah :

1) Memandang kepada pengucap

2) Berprasangka baik

3) Niat yang betul

4) Tumpuan yang tinggi

5) Perhatikan apa yang ditulis

6) Fokus apa yang ditunjuk

7) Latih diri banyak mendengar dari bertutur.

Kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan

kemahiran mendengar dalam kalangan pelajar:

a. Mendengar rakaman kaset yang mengandungi pelbagai jenis pertuturan seperti perbualan,

ucapan, cerita, drama, dan juga pelafazan puisi.

b. Mendengar lagu Melayu yang tema dan bahasanya sesuai dengan perkembangan mental

dan emosi pelajar.

c. Pertandingan kuiz di mana pelajar dilatih untuk mendengar soalan yang dibacakan oleh guru

serta memberi jawapan yang betul.

d. Menjalankan permainan bahasa yang dapat meningkatkan kemahiran mendengar dalam

kalangan pelajar.

Pengalaman mendengar boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu mendengar bunyi

percakapan (bahasa) dan bukan percakapan. Berikut ialah jenis gerak kerja yang boleh

dijalankan dalam pelajaran bahasa Melayu :

i.) Mendengar bunyi alamiah.

- Mengecam bunyi biasa seperti bunyi kenderaan, binatang dan lain-lain secara

berasingan atau dalam satu turutan bunyi, secara jelas atau digangguioleh bunyi

latar belakang.

- Mendengar dan mengingat semula satu turutan bunyi yang biasa dan jarang

didengar.

- Mencari bunyi yang sengaja dihilangkan dalam sesuatu konteks pendengaran.

- Mencari bunyi yang tidak sesuai dalam sesuatu konteks tertentu.

- Memikirkan satu turutan peristiwa berdasarkan satu turutan bunyi yang diberi.

- Memanjangkan arah dan jarak bunyi secara berasingan dan juga bersama-sama

dengan bunyi lain.

ii.) Kefahaman mendengar (percakapan)

- Mendengar, mengingati dan menyebut semula kenyataan.

- Mendengar. Mengingati dan melakukan arahan dengan teliti.

- Mendengar dan encuba mencari kelainan dan persamaan bunyi.

- Mendengar dan mencari isi atau butir utama dalam sesuatu cerita, laporan,

perbahasa, ceramah dan perbualan.

- Mendengar dan mencari suatu butiran terperinci yang dinyatakan terlebih dahulu

ataupun tidak.

- Mendengar dan membuat jangkaan daripada sesuatu cerita, kenyataan,

pendapat dan sebagainya.

- Mendengar untuk mencari bahan berkaitan ataupun tidak.

- Mendengar dan memahami tafsiran tentang pendapat seseorang.

- Mendengar dan menilai sesuatu kenyataan.

- Mendengar dan membincangkan cerita atau laporan melalui pengingatan.

- Mendengar sesuatu perbualan, kemudian menjangka keadaan, perasaan dan

ragam penuturnya.

- Mendengar perbualan dan menjangkakan perhubungan antara penutur.

- Mendengar dan mencari perkara yang bercanggahan dalam sesuatu perbalahan

pendapat.

Kesimpulannya, seseorang kanak-kanak yang telah menguasai kemahiran mendengar

seharusnya dapat mendengar denga baik apa saja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya.

Sehubungan dengan itu, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasi dalam

bahasa yang dipelajarinya,kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu

dikuasai sebaik-baiknya diperingkat awal pengajaran bahasa sebelum kemahiran lain diajar

kepada mereka. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, aspek-aspek pendengaran itu boleh

dikonsepsikan dengan pelbagai cara iaitu gabungan bunyi bahasa yang didengar, difahami dan

diingati, proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi dan neurologi, berlaku melalui

latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat dan berpusatkan idea utama, hujah, bukti

dan estetika.

Kemahiran Bertutur

Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan

(artikulator) ,ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa manusia

( Kamarudin Hj. Husin, 1978). Kemahiran bertutur dikuasai oleh kanak-kanak hasil daripada

meniru atau mengajuk pertuturan orang dewasa di sekelilingnya. Rangsangan dan ganjaran

yang diterimanya akan menggalakkannya mengulang-ulang perkataan yang disebutnya

sehingalah ia dapat menguasai pertuturan yang lebih kompleks. Apabila kemahiran bertutur

sudah dikuasai, kanak-kanak akan mula berinteraksi dengan orang lain di sekelilingya. Sebab

itulah orang dewasa perlu menunjukkan model pertuturan yang baik kepada kanak-kanak bagi

membolehkan mereka bertutur dengan berkesan.

Dalam ilmu linguistik, bahasa diungkapkan dengan sempurna melalui pertuturan. Hal ini

demikian dalam bahasa tulisan, aspek sebutan seperti intonasi, rentak , tekanan, jeda dan

persediaan tidak dapat digambarkan dengan jelas. Namun demikian, ini tidak bermakna guru

bahasa mengajarkan penguasaan audio-lingual sahaja. Pernyataan tadi memberi implikasi

bahawa menghurai bahan bertulis dengan tidak mengetahui pola-pola bahasa seperti yang

terdapat dalam pertuturan itu, sebenarnya tidak lengkap dan tidak sempurna sifatnya.

Tujuan Bertutur.

Bertutur atau bercakap merupakan suatu kemahiran bahasa. Dalam komunikasi lisan

terdapat dua pihak, iaitu penutur sebagai penghantar komunikasi lisan dan pendengar

sebagai penerima komunikasi lisan.Terdapat beberapa tujuan bertutur iaitu :

i. Bercakap untuk tujuan memaklumkan -

Bercakap bertujuan memaklumkan orang lain tentang sesuatu perkara yang mungkin

berbentuk nasihat, tunjuki ajar dan berita. Bagi profesion tertentu, terdapat orang yang

tugasnya memeberitahu atau memaklumkan kepada orang lain tentang sesuatu,

misalnya, guru atau pengajar dan jurujual

ii. Bercakap untuk keseronokkan

Di mana-mana sahaja kita pergi dan apa pun yang kita buat, kita suka bercakap atau

berbual dengan orang lain. Biasanya, bercakap atau bersembang dengan orang lain

memang menyeronokkan kita, terutama apabila kita berhimpun atau berkumpul dalam

sesuatu majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan majlis kenduri.

Dalam keadaan seperti di atas, banyak yang berlaku adalah perbualan sosial,

kadangkala kita diminta atau dijemput untuk memberi sedikit ucapan secara spontan

yang berkaitan dengan sesuatu majlis.

iii. Bercakap untuk tujuan mempengaruhi.

Bercakap untuk memengaruhi orang lain merupakan perkara biasa dalam kehidupan

manusia dan merupakan asam garam dalam perhubungan harian sama ada dari segi

sosial, politik, ekonomi dan agama. Sebagai contoh, ahli politik yang berkempen semasa

pilihan raya bertujuan untuk mempengaruhi rakyat, begitu juga pendakwah agama,

peniaga dan sebagainya. Malahan, kadangkala kita bercakap kerana kita berasa amat

perlu mempengaruhi orang lain sama ada untuk kebaikan orang itu atau diri kita sendiri,

atau untuk kebaikkan kedua- duanya.

iv. Bercakap untuk tujuan menyelesaikan masalah

Tiada manusia yang boleh lari daripada masalah. Oleh yang demikian, apabila timbul

masalah, perkara tersebut perlu diatasi atau diselesaikan. Masalah itu boleh jadi pada

pada peringkat individu, keluarga, sekolah, institusi, pejabat, negeri atau negara.Walau

pada peringkat apa pun masalah tersebut, kita perlu bercakap untuk menyelesaikan

sebarang masalah, kesulitan dan sebagainya. Oleh yang demikian, kita mengadakan

mesyuarat, perbincangan , perundingan, simposium, forum, debat dan perbicaraan,

misalnya perbicaraan di mahkamah, iaitu perbicaraan yang berbentuk perdebatan

antara peguam bela dengan peguam cara yang dihakimi oleh para juri dan tuan hakim.

Tetapi semua pihak perlu bercakap (termasuk orang yang dikatakan bersalah dan saksi-

saksi). Matlamatnya adalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul melalui

perbicaraan tersebut. Pada asasnya cara untuk menyelesaikan masalah itu adalah

dengan bercakap melalui perbicaraan mahkamah yang melibatkan peguam.

Aspek-aspek Pertuturan

Ada beberapa aspek penting dalam pertuturan yang perlu diberi perhatian supaya

pertuturan menjadi lebih berkesan. Kamarudin Hj. Husin (1978) memberikan sembilan aspek

pertuturan seperti berikut:

Sebutan

Tekanan

Mora ( panjang pendek)

Jeda ( persendian)

Intonasi

Nada

Tatabahasa

Kelancaran

Kefasihan

Laras Bahasa

Sebutan adalah membunyikan huruf-huruf , perkataan, atau ayat dengan tepat dan

jelas. Kanak-kanak perlu dilatih menyebut dengan betul supaya tidak menimbulkan kekeliruan

keoada orang yang mendengar pertuturannya. Pertuturan yang tidak jelas menyebabkan mesej

yang hendak disampaikan tidak dapat difahami.

Intonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun ketika sesuatu ayat

dilafazkan. Dalam bahasa Melayu, intonasi juga penting kerana ia boleh membawa makna yang

berbeza bagi sesuatu ayat sekiranya disebut dengan intonasi yang tertentu.

Kelancaran bermakna kanak-kanak dapat bertutur tanpa tersekat-sekat, kemas, dan

teratur. Individu yang mengalami masalah gagap akan menghadapi masalah kelancaran

bertutur yang serius.

Kefasihan pula bererti kanak-kanak boleh bercakap bukan sahaja lancar tetapi jelas dan

tepat sebutannya tanpa ada unsur-unsur dialek atau telor bahasa asing.

Laras yang berkaitan dengan kemahiran bertutur ini adalah laras bahasa lisan. Konsep

laras telah diperkatakan oleh seorang ahli linguistik Barat yang bernama Reid pada tahun 1956.

Antara lain beliau menjelaskan bahawa seseorang penutur dalam situasi bahasa yang berbeza-

beza akan menggunakan laras mengikut situasi sosial yang berlainan. Dalam erti kata yang

lain, penutur itu akan menggunakan laras yang tersendiri. Reid telah menggunakan konsep ini

sebagai istilah teknik untuk menyatakan perbezaan perlakuan bahasa seseorang individu.

Jenis-jenis Aktiviti Bertutur.

Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang diklasifikasikan sebagai aktiviti bertutur iaitu seperti berikut

1. Berbual

2. Berceramah

3. Bercerita

4. Berpidato

5. Berpuisi

6. Berbincang

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertuturan

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pertuturan seseorang individu. Antaranya

adalah seperti berikut :

Umur - Umur seseorang dapat membezakan pertuturan. Kanak-kanak bertutur secara

pelat dan tidak lancar manakala orang dewasa pula dapat bertutur dengan lancar dan

butir-butir pertuturan dapat difahami dengan jelas.

Alam sekeliling - Alam sekeliling atau sesebuah kawasan dapat mempengaruhi

pertuturan seseorang individu ini kerana setiap kawasan yang berbeza mempunyai

dialek kawasan masing-masing. Sebagai contoh, pelajar yang tinggal di Kelantan akan

bertutur dalam dialek Kelantan kerana sejak kecil mereka telah diajar dan diasuh

dengan dialek kawasan tersebut. Biasanya faktor taraf sosioekonomi dan perhubungan

keluarga boleh mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak.

Fizikal - Pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ vokal manusia. Jika secara

fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau tidak dapat berfungsi dengan baik, maka

sudah pasti kanak-kanak itu tidak dapat bertutur dengan baik. Kecacatan fizikal dapat

mempengaruhi pertuturan sesorang. Hal ini kerana, jika seseorang individu itu

mengalami kecacatan di bahagian mulut atau hidung, mereka tidak dapat bertutur

dengan baik dan kadangkala perkataan yang dituturkan sukar difahami oleh orang lain.

Jantina - Jantina yang berbeza dapat mempengaruhi pertuturan. Lelaki kebiasaannya

bertutur dengan suara yang kasar atau parau manakala perempuan pula akan bertutur

dengan sopan dan lemah lembut. Melalui kajian yang dijalankan, didapati kanak-kanak

perempuan terlebih dahulu dapat bercakap berbanding kanak-kanak lelaki. Hal ini

disebabkan oleh perkembangan jasmani kanak-kanak perempuan yang berkaitan

dengan urat saraf pertuturan mereka yang berlaku lebih cepat berbanding kanak-kanak

lelaki.

Kesihatan - Kesihatan amat penting untuk mendapatkan pertuturan yang baik dan

lancar. Jika seseorang individu itu menghadapi masalah kesihatan, pertuturan mereka

tidak jelas dan tidak dapat menyampaikan maksud yang ingin dinyatakan . sebagai

contoh, pesakit strok atau angin ahmar, mereka tidak dapat bertutur dengar lancar dan

baik kerana kesihatan mereka amat lemah dan sukar untuk bercakap. Hal ini akan

menyebabkabkan halangan dalam komunikasi. Selain itu, jika seorang kanak-kanak

mendapat sakit yang berlanjutan ketika masih kecil, penguasaan bahasa mereka akan

terganggu. Biasanya kanak-kanak yang lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan

untuk berfikir dan bercakap.

Kecerdasan - Kecerdasan pula melibatkan proses minda. Setiap orang mempunyai

kecerdasan otak masing-masing. Kecerdasan seseorang dapat dibezakan melalui

pertuturan mereka. Sesorang yang cerdas dapat mengeluarkan idea atau pendapat

yang bernas serta dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan cepat dan betul.

Sekiranya seseorang itu bertutur tanpa apa -apa maklumat yang ingin disampaikan,

mereka digolongkan dalam kalangan orang yang kurang cerdas.

Cara Meningkatkan Kemahiran Bertutur

Terdapat berbagai teknik dan cara serta aktiviti yang boleh dilakukan untuk meningkatkan

kemahiran bertutur murid dan di samping itu menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Berdasarkan hakikat ini, maka, eloklah guru memilih

aktiviti pengajaran untuk tujuan tersebut seperti cadangan yang berikut:

a. Aktiviti bercakap untuk keseronokkan

1. Murid menyampaikan cerita.

2. Murid menyampaikan lawak atau jenaka.

3. Murid menyampaikan sajak atau sebagainya.

4. Murid menyanyi.

5. Dua orang murid berbual (melalui telefon). Guru boleh menyuruh dua orang

murid berlakon atau berbual seolah-olah mereka sudah lama berkenalan atau

baru sahaja berjumpa dan ingin berkenalan.

6. Murid berucap dalam majlis hari jadi atau majlis perpisahan seseorang kawan

atau guru.

7. Murid mengucapkan selamat datang kepada rakan baru dalam kelas atau guru

baru yang datang mengajar di kelas mereka.

8. Murid menyampaikan pidato orang kenamaan. Misalnya, pidato yang pernah

dibacakan oleh Tuanku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31 Ogos 1957.

b. Aktiviti bercakap untuk memaklumkan.

1. Murid membaca berita dalam radio atau televisyen.

2. Murid membuat demonstrasi di hadapan kawan- kawannya di dalam kelas

tentang cara membuat sesuatu, misalnya, cara menggunakan kamera , atau

cara memasak sesuatu masakan.

3. Murid membuat pengumuman tentang aktiviti yang berlaku di sekolah , misalnya,

tentang rancangan atau jadual kokurikulum.

4. Murid memberi taklimat tentang rancangan atau program yang berkaitan dengan

sesuatu projek sekolah, lawatan, strategi permainan dalam perlawanan bola

sepak, ragbi, bola jaring atau bola keranjang.

5. Murid membuat laporan secara lisan tentang lawatan, aktiviti kelab atau

persatuan di sekolah.

6. Murid membentangkan secara lisan hasil bacaan atau temu duga yang

dijalankan berkaitan dengan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Aktiviti

ini adalah kerja kumpulan. Untuk menjalankannya, murid-murid dibahagikan

kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberikan tugas oleh guru untuk

mencari bahan yang berkaitan dengan subtajuk dalam sesuatu karangan atau

esei.

c. Aktiviti bercakap untuk mempengaruhi.

1. Murid bercakap dalam aktiviti perbahasan (debat) sama ada sebagai pencadang

atau pembangkang.

2. Murid berkempen untuk menjadi wakil kelas, ketua darjah atau ketua murid.

3. Murid berucap atau berkempen bagi mendapatkan ahli baru untuk sesuatu

persatuan yang diwakilinya di sekolah.

4. Simulasi murid berkempen untuk mempengaruhi orang supaya membeli atau

mencuba sesuatu barang baru dalam pasaran, misalnya, barang elektrik, sabun

pencuci, berus gigi, pencuci pinggan mangkuk atau penyedut habuk.

d. Aktiviti bercakap untuk tujuan menyelesaikan masalah.

1. Murid berbincang untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Masalah yang dipilih

oleh guru eloklah yang berkaitan dengan kehidupan murid di sekolah atau di

rumah. Misalnya, tentang kes kecurian buku atau wang di bilik darjah,

kebersihan kantin, kes murid merosakkan harta benda sekolah atau

mencalarkan kereta guru.

2. Murid bermesyuarat atau berbincang tentang bagaimana hendak mengumpulkan

wang melalui aktiviti di sekolah untuk mendapatkan wang bagi membina dewan

sekolah, membeli bas sekolah, membesarkan perpustakaan dan

sebagainya.Dalam hal ini guru bahasa perlu mengatur, mengajar, mengawas,

membimbing, menegur dan membetulkan murid dalam menjalankan atau

mengambil bahagian dalam mesyuarat, perbincangan atau forum adalah terhad.

3. Simulasi murid menjadi hakim, peguam bela atau pendakwa dalam sesuatu

perbicaraan. Kes yang dibicarakan biarlah yang boleh menarik minat dan

menyeronokkan murid. Amat baik sekiranya guru mengadakan simulasi

perbicaraan yang menyerupai mahkamah dengan menjadikan kelas itu sebagai

mahkamah. Selain berlakon sebagai hakim, peguam bela, pendakwa dan orang

yang dituduh atau didakwa, murid- murid lain boleh disuruh berlakon sebagai

saksi, pegawai polis dan juri.

4. Simulasi runding cara antara dua atau tiga murid, dengan seorang daripada

mereka menjadi guru pembimbing, dan yang lain berlakon sebagai murid yang

mempunyai masalah pembelajaran. Mereka bercakap dan berunding tentang

masalah tersebut dan mencari jalan untuk mengatasinya.

5. Simulasi murid yang bergaduh dan murid ketiga berlakon sebagai orang ketiga

yang cuba mendamaikan atau menyelesaikan perselisihan faham tersebut

dengan cara berunding supaya kedu- duanya berbaik semula.

6. Simulasi parlimen bersidang. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan

iaitu parti pembangkang dan parti pemerintah. Guru atau ketua darjah boleh

menjadi Tuan Pengerusi (Tuan Yang Dipertua). Isu yang dibincangkan mungkin

masalah pendatang haram atau masalah penyalahgunaan dadah.

Kaedah Penguasaan Kemahiran Bertutur dan Mendengar.

Kaedah didefinisikan sebagai prosedur-prosedur mengajar yang wujud berdasarkan

kebolehan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru. Dari segi pendekatan

pengajaran bahasa yang digunakan ialah berlandaskan teori linguistik dan juga psikologi.

Manakala pengertian bagi kaedah penguasaan kemahiran bertutur dan mendengar ialah

prosedur mengajar berdasarkan kebolehan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan

oleh guru untuk menguasai kemahiran bertutur dan mendengar. Melalui prosedur-prosedur ini,

penguasaan terhadap kemahiran mendengar dan bertutur dapat dikuasai selaras dengan

objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Guru haruslah menguasai kaedah yang tepat bagi menjalankan pengajaran dan

pembelajaran yang baik serta berkesan. Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir (2011: 52)

menyatakan kaedah beerti prosedur-prosedur mengajar yang wujud hasil daripada pendekatan

pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru. Pendekatan pengajaran bahasa ini diaplikasikan

mengikut teori linguistik serta psikologi. Jadi, sesuatu kaedah yang digunakan tersebut tidak

boleh terpesong daripada pendekatan. Kaedah adalah prosedur yang merangkumi langkah-

langkah serta peringkat yang teratur yang harus diikuti bagi mencapai sesuatu tujuan.

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu dan

diaplikasikan semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Secara

umumnya, terdapat tujuh kaedah yang lazimnya digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu

misalnya kaedah nahu terjemahan (tradisional), kaedah bacaan, kaedah terus, kaedah

fonetik/linguistik, kaedah eklektik, kaedah audio-lingual dan juga kaedah komunikatif. Namun

begitu, bagi pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur hanya beberapa kaedah sahaja

yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Siti Hajar (1999) pula

mencadangkan kaedah lain untuk digunakan bagi kemahiran ini iaitu dengan menggunakan

kaedah situasi dalam pengajaran. Namun begitu, huraian mengenai kaedah yang sepatutnya

digunakan oleh guru tidak dihuraikan secara terperinci.

Setelah dikaji secara terperinci hanya terdapat lima sahaja kaedah yang boleh

digunakan daripada tujuh kaedah pengajaran Bahasa Melayu. Kelima-lima kaedah ini sesuai

digunakan bagi kemahiran mendengar dan juga bertutur. Kaedah-kaedah tersebut ialah kaedah

terus, kaedah fonetik/linguistik, kaedah eklektik, kaedah audio-lingual serta kaedah komunikatif.

Kaedah Terus.

Tuan Jah Yusof Ph D (2011 : 95) menjelaskan kaedah ini mula diperkenalkan oleh

Michell West dan Harald Palmer pada tahun 1920-1935. Kaedah ini dikatakan sama dengan

kaedah tentera kerana pernah digunakan untuk melatih tentera serta diplomat dalam Perang

Dunia Kedua. Tegasnya, dalam Perang Dunia Kedua, ketika askar memerlukan kemahiran

dalam beberapa bahasa perlu dicapai dalam masa yang singkat. Kemahiran bahasa yang

diperlukan untuk masa yang singkat. Tentera pelatih dikehendaki mencapai peringkat

kemahiran bahasa yang sama dengan penutur bahasa ibunda sama ada dalam sebutan

mahupun dalam bidang memahami bahasa itu. Kemahiran menulis bukanlah satu matlamat

yang penting. Ekoran daripada masa dipengaruhi oleh peperangan yang sentiasa mendesak

jadi masa belajar diperuntukkan sehingga enam hingga sembilan jam sehari. Oleh seab itulah

adakalanya kaedah ini dikenali ‘Kaedah Askar’.

Secara amnya, kaedah terus merujuk kepada pengajaran serta pembelajaran bagi

menguasai bahasa pertama secara natural. Abdul Aziz Abdul Talib. (1993 : 53) menyatakan

kaedah ini juga bermaksud belajar secara terus iaitu menggunakan terus bahasa sasaran tanpa

terjemahan ke dalam bahasa ibunda. Kemahiran mendengar dan bertutur kerana perkataan

yang diujarkan diaplikasikan hari-hari. Hal ini selari dengan objektif Huraian Sukatan Pelajaran

Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang bermatlamat agar murid-murid dapat mendengar serta

memahami pengucapan dengan teliti dan menghayatinya dalam konteks perbualan harian serta

situasi formal.

Melalui kaedah ini, beberapa cara digunakan untuk menerangkan misalnya untuk

menyatakan sesuatu perkataan konkrit seperti almari, jadi perkataan almari tersebut diajar

dengan menunjukkan objek almari tersebut. Namun begitu berbeza pula dari segi perkataan

abstrak pula, contohnya perkataan cinta diterangkan dengan menggunakan perkataan yang

mudah serta diketahui oleh murid-murid. Selanjutnya, pengajaran yang baharu adalah

berdasarkan sesuatu topik yang lain telah diajarkan namun ada perkaitan dengan topik baharu

tersebut. Antara contoh yang oleh diambil untuk mengajar ayat yang terdiri daripada kata nama

+ kata kerja + kata nama sepatutnya berdasarkan ayat yang telah diajarkan sebelum ini.

Misalnya ayat yang sebelum diajar ialah saya makan kemudian diajar kepada ayat yang baru

menjadi saya makan nasi.

Kaedah terus ini memberi penekanan terhadap kemahiran bahasa terutamanya

kemahiran mendengar dan bertutur dan bukanlah pengetahuan mengenai bahasa. Jadi, guru

yang mengajar dan menggunakan kaedah ini haruslah benar-benar menguasai bahasa yang

diajarkan supaya boleh dijadikan garis panduan kepada murid-murid. Kaedah ini merupakan

satu kaedah yang terkenal bagi kemahiran mendengar dan juga bertutur iaitu pengajaran lisan.

Hal ini ekoran daripada murid-murid menggunakan terus bahasa yang diajarkan tanpa

sebarang terjemahan. Jadi kesalahan yang berpunca daripada gangguan bahasa ibunda dapat

dikurangkan kerana murid-murid telah dilatih dengan cara berfikir dan bertutur secara terus

dalam bahasa sasaran.

Kaedah Fonetik/Linguistik.

Kamarudin Hj Husin. (1995 : 103) menerangkan bahawa kaedah linguistik atau dikenali

sebagai kaedah fonetik merupakan satu kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik. Cara

saintifik yang dimaksudkan di sini ialah dengan cara membandingkan antara dua bahasa itu

iaitu antara bahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid sama

ada bahasa tersebut merupakan bahasa ibunda mereka ataupun bahasa-bahasa yang lain.

Pengetahuan murid-murid sepatutnya berfokus kepada bentuk, dan fungsi bahasa tersebut

selain daripada aspek-aspek lain misalnya bunyi, susuk ayat, makna dan lain-lain. Dalam erti

kata lain, kaedah ini begitu menekankan pertuturan serta membenarkan penggunaan bahasa

yang telah diketahui oleh murid-murid.

Di samping itu juga, kaedah ini juga lebih mendahulukan bentuk daripada makna.

Kaedah ini melibatkan pemilihan bunyi-bunyi terhadap bunyi-bunyi yang sama dalam kedua-

dua bahasa tersebut. Ini bermakna pengetahuan fonetik adalah sangat penting. Manakala dari

segi pemilihan bentuk-bentuk ayat pula, pengajaran guru haruslah berdasarkan kepada

bahasa-bahasa yang terdapat dalam bahasa ibunda mereka terlebih dahulu. Seterusnya

bentuk-bentuk ayat yang berlainan atau tiada dalam bahasa ibunda mereka dipilih. Sebagai

contoh :

Subjek Perbuatan Objek

1. Dia

She

Berjalan

Walk

Ke sekolah

To school

2. Saya

I

Makan

Eat

Nasi lemak

Nasi lemak

Dari segi pemilihan perkataan pula, kaedah ini lebih mendahulukan perkataan-perkataan yang

serupa ataupun hampir-hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa tersebut. Misalnya

perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris yang hampir-hampir sama dengan perkataan

bahasa Melayu seperti berikut :

Bahasa Melayu

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris

Kopi Coffee

Radio Radio

Komputer Computer

Objektif utama mengajar menggunakan kaedah linguistik ini adalah bagi membolehkan

murid-murid menggunakan bahasa yang telah diketahuinya bagi mempelajari bahasa baharu

dari segi bunyi. Kaedah ini turut menerangkan mengenai nahu yang terdapat dalam tatabahasa

yang telah dipelajari dengan bahasa yang diketahui. Berdasarkan salah satu Huraian Sukatan

Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah menerangkan salah satu objektifnya iaitu

menggunakan bahasa baku yang melibatkan penggunaan tatabahasa, ejaan, kosa kata, serta

sebutan dan intonasi yang betul dalam aktiviti mendengar dan juga bertutur. Jadi, apa yang

ditekankan dalam kaedah ini dengan menerangkan nahu yang terdapat dalam tatabahasa yang

telah dipelajari dalam bahasa yang diketahui tersebut adalah sama landasannya dengan

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Kaedah ini juga dikatakan amat bersesuaian untuk mengajar kemahiran mendengar dan

bertutur. Hal ini disebabkan kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah lisan atau kaedah reform

serta berkait rapat dengan kaedah terus. Pengajaran ini dimulakan dengan latihan pendengaran

serta diikuti dengan latihan penyebutan.

Ayat-ayat yang dibina berdasarkan kaedah ini kemudiannya digabungkan menjadi

dialog serta cerita. Kaedah ini tidak menggunakan ejaan biasa akan tetapi menggunakan

simbol-simbol fonetik contohnya [ ₔma? ] bagi perkataan emak. Nahu atau tatabahasa biasanya

diajarkan secara induktif, iaitu contoh-contoh penggunaan tatabahasa itu dikemukakan kepada

murid-murid sebelum peraturan serta rumus-rumus tatabahasa tersebut diajarkan. Selanjutnya,

melalui kaedah ini juga murid-murid akan menulis karangan berdasarkan apa yang didengar

atau dibaca. Antara kelebihan kaedah linguistik ini ialah penyediaan bahan adalah tersusun dan

tersusun serta teratur. Ini membolehkan kanak-kanak faham dengan lebih jelas apa serta tepat.

Kanak-kanak turut dapat bertutur serta membina ayat mengikut bentuk-bentuk ayat bahasa

yang ada dalam bahasa ibunda mereka.

Manakala kelemahan bagi kaedah ini pula ialah peraturan bahasa yang sentiasa

berubah-ubah menyukarkan murid-murid untuk membaca. Hal ini disebabkan bahan bacaan

kebanyakannya ditulis adalah dalam bahasa tulisan. Kaedah ini turut memerlukan guru-guru

yang terlatih serta mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang ini untuk mengajar

tentunya memerlukan perbelanjaan serta kos yang tinggi. Jadi hasilnya, murid boleh bertutur

akan tetapi tidak dapat memperkembang ba hasatersebut dengan baik. Secara rumusnya,

kaedah ini bukan boleh diajar oleh sebarangan guru kerana kaedah ini memerlukan guru-guru

yang terlatih dalam ilmu bahasa, ilmu pengajaran serta pendidikan. Kaedah ini juga

memerlukan masa yang lama serta belanja yang banyak. Kesannya, murid-murid hanya dapat

menuturkan apa yang diajarkan sahaja.

Kaedah Eklektik.

Kaedah eklektik amat bersesuaian dengan pengajaran kemahiran mendengar dan juga

bertutur. Kaedah eklektik merupakan satu kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik

dalam pengajaran bahsa yang terdapat dalam kaedah-kaedah lain. Kaedah yang digabung

contohnya ialah kaedah nahu dan kaedah terjemahan yang telahpun diubah suai mengikut

situasi pengajaran. Guru menggunakan daya usaha serta daya kreativiti mereka sendiri.

Mereka juga turut bebas mengajar mengikut kebolehan serta kemampuan kanak-kanak.

Pada dasarnya, kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah aktif. Hal ini ekoran daripada

gabungan ciri-ciri yang baik daripada pelbagai kaedah lain yang dimilikinya. Mengikut kaedah

eklektik ini, kemahiran-kemahiran bahasa diajarkan mengikut susunan iaitu bertutur, menulis,

memahami dan juga membaca. Kaedah ini juga lebih bersifat fleksibel. Ini kerana guru boleh

mengubah kaedah pengajarannya mengikut keperluan murid-murid. Dari aspek tatabahasa pula

diajarkan mengikut situasi. Situasi yang dimaksudkan di sini ialah sama ada secara deduktif

ataupun induktif. Aktiviti pengajaran serta pembelajaran ini merangkumi latihan mendengar dan

bertutur (lisan), membaca kuat serta bersoal jawab.

(Kamarudin Hj Husin, 1988: 98), tujuan bagi kaedah eklektik ini adalah sama seperti

kaedah terus iaitu membolehkan murid-murid menguasai keempat-empat kemahiran bahasa itu

serta boleh menggunakan bahasa itu dengan baik. Cara mengajar bagi kaedah ini ialah guru

dapat mengelakkan pengajaran kurang tepat serta tidak jelas dengan memberikan penjelasan

dalam bahasa ibunda murid-murid. Selain itu, guru perlu menggunakan pola-pola struktur untuk

melatih tubi struktur ayat murid. Manakala kebaikan bagi kaedah ini ialah guru-guru akan

menggunakan teknik-teknik yang paling baik daripada kaedah pengajaran di sekolah. Kaedah

ini turut mempertimbangan keempat-empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur,

membaca dan menulis serta memberi keutamaan kepada bahasa lisan terlebih dahulu.

Kaedah Audio-Lingual

Kaedah asas Audio-lingual mula berkembang di Amerika Syarikat semasa Perang Dunia

Kedua. Pada peringkat permulaan, pengajaran bahasa yang menggunakan kaedah ini

bertujuan untuk ketenteraan iaitu satu program pembelajaran bahasa bagi tentera-tentera yang

akan dihantar ke negara-negara luar. Di Universiti Michigan, Charles Fries, iaitu seorang ahli

Linguistik Struktural telah menolak Kaedah Terus (Direct Method). Beliau mengatakan bahawa

bahasa harus diajar secara sistematik dengan menumpukan kepada cara sebutan dan latih tubi

secara lisan (Ricards dan Rogers, 1986). Audio lingual kemudiannya mula diperkenalkan

sekitar tahun 1950-an dan ia menjadi bertambah penting apabila berlaku perkembangan dalam

pembelajaran bahasa asing di Amerika Syarikat.

Mengikut sejarah pengenalan serta perkembangannya, kaedah audio-lingual adalah

lebih sesuai serta praktikal digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Dalam konteks

pendidikan hari ini, kaedah ini amat berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran

lisan yang melibatkan aspek mendengar dan juga bertutur. Pengajaran dan pembelajaran lisan

adalah kemahiran asas berbahasa yang seharusnya dikuasai dahulu oleh pelajar sebelum

mereka dapat belajar membaca dan menulis dengan sempurna. Jadi, kaedah audio-lingual

merupakan satu alternatif dalam pengajaran lisan kerana bersandarkan prinsip mendengar dan

bertutur diajar terlebih dahulu kemudian barulah kemahiran membaca dan menulis.

Kaedah ini merupakan gabungan daripada dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar (audio)

dan juga kemahiran bertutur (lingual). Jadi, kaedah ini amat sesuai untuk menjalankan aktiviti

kemahiran mendengar dan juga bertutur (lisan). Kaedah ini turut mementingkan penggunaan

bahan bantu belajar berupa alat-alat seperti audio seperti radio, pita rakaman, compact disk

(audio), dan juga piring hitam. Bahan-bahan yang diperdengarkan kepada murid-murid adalah

seperti petikan bunyi haiwan, bunyi sesuatu suasana contohnya suasana seram, senikata lagu,

nyanyian, petikan, berita, syair dan lain-lain lagi. Oleh itu, kaedah audio lingual yang dijalankan

ini adalah bertepatan dengan sukatan pelajaran yang telah mencadangkan beberapa

kemahiran kecil dalam kemahiran lisan iaitu mendengar dan menyebut bunyi. Dalam kemahiran

ini, murid-murid dapat mengenal, membeza, megajuk bunyi yang diperdengar di samping

mengecam serta menunjuk arah datangnya bunyi tersebut. Jadi apabila aedah audio lingual ini

dilaksanakan, secara ansur maju kemahiran yang dinyatakan tersebut akan terus berkembang

ke peringkat yang seterusnya dan lebih baik.

Sebagaimana yang diketahui, kaedah audio-lingual ini menggunakan bahan bantu

mengajar seperti rakaman berita daripada radio. Apabila kaedah ini digunakan terhadap murid-

murid sebagai salah satu aktiviti pengajaran, murid diajar memahami serta menghayati apa

yang terkandung dalam berita tersebut kemudian murid tersebut dapat menerangkan semula

apa yang difahami berdasarkan berita yang didengari tersebut. Apabila murid dapat menguasai

kaedah ini, secara tidak langsung murid dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Sebagai contoh yang boleh diambil ialah apabila murid tersebut mendengar berita di radio atau

televisyen murid dapat memahami serta memahami dengan jelas apa yang terdapat dalam

berita tersebut dan dapat memberitahu orang di sekelilingnya mengenai berita yag didengarinya

itu. Ini menunjukkan kaedah audio-lingual ini memenuhi matlamat yang terkandung dalam

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Matlamat tersebut adalah

mendengar serta memahami pengucapan dengan teliti serta menghayatinya dalam konteks

perbualan harian serta situasi formal.

Kaedah ini juga akan melatih murid-murid menyebut perkataan, frasa, ayat yang

didengar termasuklah nada serta intonasinya secara latih tubi. Kemudian, murid akan dilatih

mendeklamasikan sajak dengan rakan secara berpasangan ataupun secara berkumpulan.

Melalui kaedah audio lingual ini, murid-murid akan lebih mengingati apa yang didengar. Selain

itu, ingatan murid juga dapat diperkukuh dengan cara mendengar semula apa yag dirakam

serta berbincang dengan rakan-rakan. Selain itu, murid-murid juga akan mudah mempelajari

bunyi-bunyi linguistik yang berbeza serta nada dan intonasi bahan yang diperdengarkan.

Kaedah Komunikatif

(Hymes,1971) menyatakan kaedah komunikatif terbina berdasarkan teori huraian

bahasa fungsian serta teori kecekapan komunikatif manakala teori pembelajarannya pula

berpandukan kepada teori interaksi (Cromer 1976; Schlesinger 1977). Kaedah ini amat

menekankan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang mengaitkan kognitif serta interaksi

bahasa. Jadi, kaedah komunikatif ini menitikberatkan pengajaran kecekapan bahasa iaitu

bahasa dan kecekapan komunikatif terutamanya kemahiran lisan iaitu kemahiran mendengar

dan bertutur. Semasa murid-murid menjalani proses pemerolehan bahasa, mereka menguasai

makna terlebih dahulu kemudian disusuli dengan menggambarkan makna tersebut dalam

struktur ayat tertentu.

Latihan daripada guru-guru terhadap murid-murid dalam menguasai kemahiran

mendengar dan bertutur melalui aktiviti bahasa yang bermakna amatlah diperlukan. Hal ini

penting dalam proses menggambarkan makna dalam struktur ayat tertentu tersebut.

Sehubungan dengan itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dalam kaedah komunikatif

merupakan jalan penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan

sebagainya.

Sebagaimana yang dijelaskan dalam kaedah ini, guru-guru memberikan penekanan

terhadap murid-murid agar menguasai kemahiran mendengar dan bertutur melalui aktiviti

bahasa. Aktiviti bahasa yang sering dilakukan ialah menyelesaikan masalah. Hal ini selaras

dengan objektif Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang menjelaskan

objektif yang mengkehendakkan murid berbincang serta berkongsi pendapat untuk

menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan mengenai sesuatu

perkara.

Pengelolaan Bilik Darjah

Murid ditempatkan pada kedudukan ia boleh mendengar/melihat dengan baik bagi

mengelakkan dia tidak menyedari bahawa anda sedang bercakap/berkomunikasi

dengannya

Murid duduk di mana ia boleh melihat wajah,bibir dan isyarat tangan guru dengan jelas

Pastikan mereka boleh melihat wajah rakan di antara satu sama lain

Pastikan mereka berada dalam keadaan penuh perhatian sebelum memberi arahan

atau pengajaran

Guru hendaklah menghadap kelas semasa bercakap/berisyarat

Gunakan suara yang biasa tetapi terang/isyarat yang tepat

Gunakan ayat-ayat dan rangkai kata

Gunakan kod isyarat yang biasa digunakan dan difahami

Sentiasa menghadap cahaya semasa mengajar

Jangan halang mulut/tangan dengan sebarang objek semasa bercakap/berkomunikasi

atau membaca

Berdiri pada satu tempat sahaja semasa bercakap/berisyarat

Galakan murid-murid bertanya

Jika murid kurang faham tukarkan struktur ayat kepada yang lebih mudah difahami

Gunakan alat pandang dengar atau BBM semaksimum mungkin semasa mengajar

Perkataan baru yang digunakan dicatatkan pada satu sudut di papan hitam

Tuliskan maknanya

Tuliskan contoh ayat bagi perkataan berkenaan

Ringkasan isi pengajaran-buat edaran sebelum pengajaran

Isi penting dicatatkan pada satu sudut di papan hitam untuk rujukan

Galakan tumpuan sepenuhnya yang berterusan semasa mengajar

PROGRAM PENGAYAAN

Konsep Pengayaan

Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran

yang dijalankan sama ada dalam atau luar waktu sekolah. Pengayaan mengandugi unsur-unsur

untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang

dipelajari. Melalui aktiviti-aktiviti ini murid mengembangkan potensi mereka sesuai dengan

bakat, minat dan kreativiti. Di samping itu dapat memupuk sifat ingin tahu, sikap berdikari,

kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri,

kumpulan dan masyarakat.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 693)

“Pengayaan” sebagai “perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan, misalnya

mengayakan atau meluaskan kosa kata”. Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada

aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar

waktu persekolahan.

Mok Soon Sang (1990: 55)

Aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di

peringkat sekolah rendah, menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana, atau

lambat. Menurutnya lagi, melalui aktiviti pengayaan, murid-murid akan dapat memperluas

pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu

bidang pelajaran tertentu. Justeru, tujuan program pengayaan adalah untuk memperluas

pengetahuan dan pengalaman di samping memperkukuh kemahiran yang sedang dipelajari.

Penglibatan murid-muird dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat

ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam

membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan, dan masyarakat.

Rasional Pengayaan

Guru akan mengelaskan murid mereka dengan kumpulan-kumpulan sama ada secara

diketahui umum ataupun hanya diketahui oleh guru sendiri sahaja.

Dibahagikan kepada kumpulan cerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lambat.

Kumpulan cerdas dan kumpulan sederhana akan bosan terhadap pelajaran kerana

aktiviti pembelajaran tidak sejajar dengan minat dan perkembangan mental mereka

Berpeluang menikmati pelbagi pengalaman, seterusnya menimbulkan minat mereka

dalam proses pembelajaran.

Objektif Pengayaan

Menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk

memperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran-pelajaran

tertentu.

Menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk

mempertingkatkan pencapaian mereka.

Menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat mereka.

Memupuk tabiat membaca malalui suatu program membaca dalam bentuk pengayaan

dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan.

Menyemai sifat berdikari dan minat belajar dalam aktiviti pembelajaran dan seterusnya

membolehkan merekan terus mencari ilmu pengetahuan sendiri dalam seumur hidup.

Memperkembangkan bakat-bakat ciptaan serta keupayaan menilai sesuatu hasil kerja

mereka melalui aktiviti-aktiviti pengayaan seperti kerja projek, lukisan, ukiran, binaan

dan sebagainya.

Memperkembangkan bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi melalui cara

kumpulan mengikut pelbagai kebolehan.

Jenis-Jenis Pengayaan

Aktiviti pengayaan boleh dikelaskan kepada dua jenis:

Pengayaan mendatar

Pengayaan menegak

1. Pengayaan Mendatar

Pengayaan mendatar merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan kebolehan murid-

murid dalam sesuatu kumpulan. Aktiviti pengayaan dilaksanakan berdasarkan kepada

tahap pencapaian murid.

Murid-murid dalam kumpulan lambat diberi aktiviti pengayaan yang lebih mudah dan

kurang mencabar daripada aktiviti pengayaan yang diberi kepada kumpulan sederhana

dan cerdas.

2.    Pengayaan Menegak

Pengayaan menegak merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan minat dan bakat

murid dalam kumpulan cerdas sahaja. Aktiviti pengayaan akan dirancang dan

dilaksanakan dalam bentuk yang lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat

yang lebih tinggi daripada taraf pencapaian murid darjah biasa.

Jenis –jenis Pengayaan

Prinsip program pengayaan

Prinsip program pengayaan terbahagi kepada enam yang digambarkan seperti di bawah;

1. Memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental.

2. Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri.

3. Menggunakan daya usaha sendiri.

4. Memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial.

5. Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah.

6. Melibatkan pembacaan luas.

Strategi Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan.

Aktiviti Pengayaan Kumpulan Mengikut Kebolehan.

Kelas dibahagikan kepada tiga kumpulan: cerdas, sederhana dan lambat.

Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan dengan menggunakan

kemahiran yang sama tetapi kadar kesukaran yang berbeza

Aktiviti Pengayaan berjalan serentak dengan aktiviti pemulihan.

Semasa murid-murid cerdas dan sederhana menjalankan aktiviti

pengayaan, murid-murid lambat menjalankan aktiviti pemulihan. Arahan

yang diberikan kepada kumpulan cerdas dan sederhana perlu jelas agar

mereka dapat menjalankan aktiviti pengayaan secara individu tanpa

bimbingan guru. Guru boleh memberi perhatian atau membantu murid-

murid lambat menjalani aktiviti pemulihan.

Aktiviti Pengayaan melalui kumpulan pelbagai kebolehan

Murid-murid cerdas akan dilatih membantu murid-murid lambat

menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan Murid-murid cerdas

dapat menambahkan pengalaman memimpin dan memupuk semangat

kerjasama antara murid dalam kumpulan masing-masing. Cara ini amat

sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang berlainan dalam masa

yang sama. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah: kerja projek,

permainan dan rekreasi dan sebagainya.

Pengelolaan Aktiviti Pengayaan

Objektif

      Aktiviti pengayaan harus diberikan kepada semua peringkat murid dalam bilik

darjah, peringkat cerdas, sederhana dan lambat. Memandangkan kebolehan tiap-tiap

kumpulan adalah berbeza, maka objektif aktiviti pengayaan haruslah berlainan mengikut

kesesuaian dan kebolehan serta taraf pencapaian kumpulan masing-masing.

Bidang

Memandangkan kebolehan dan taraf pencapaian adalah berbeza, maka aktiviti

pengayan haruslah berlainan.

Murid-murid dalam kumpulan cerdas dan sederhana diberikan aktiviti pengayaan yang

lebih kompleks dan mencabar. Bagi kumpulan yang lambat, aktiviti yang lebih mudah

tetapi menarik.

Masa

Setiap hari; 20-30 minit.

Selepas murid-murid menguasai sesuatu atau beberapa kemahiran.

Selepas murid-murid menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran.

Aktiviti

Aktiviti pengayaan haruslah dijalankan secara tidak formal. Segala aktiviti pengayaan

haruslah secara bersendirian atau secara kumpulan.

Bagi aktiviti kumpulan, guru boleh menyuruh murid yang cerdas membimbing murid-

murid dalam kumpulannya atau kumpulan lambat. Cara ini memberikan peluang kepada

murid yang cerdas menambah pengalaman dan mengasah bakat kepimpinan mereka.

Corak aktiviti haruslah menarik, mencabar bdan sesuai dengan kebolehan, minat dan

bakat murid.

Selepas aktiviti pengayaan selesai dijalankan, guru boleh berbincang dengan murid-

murid mengenai dengan hasil aktiviti mereka serta memberikan penghargaan sebagai

galakan.

BAHAN

Bahan yang biasanya digunakan untuk aktiviti pengayaan;

* Kad-kad bacaan tambahan, lembaran kerja dan alat-alat bantu mengajar.

* Bahan-bahan pengajaran haruslah mengandungi arahan atau penerangan yang jelas supaya

murid boleh menjalankannya tanpa banyak bergantung daripada tunjuk ajar guru.

RUANG / TEMPAT

Penyusunan meja dan kerusi murid adalah berdasarkan kepada aktiviti kumpulan.

Biasanya kumpulan dibahagikan kepada tiga iaitu kumpulan cerdas, sederhana dan

lambat. Tiap-tiap kumpulan mempunyai bilangan murid yang berbeza, biasanya

kumpulan sederhana lebih ramai dariapada kumpulan yang lain.

Murid-murid dalam sesuatu kumpulan tidaklah semestinya kekal dalam kumpulan itu.

Mereka boleh dipindahkan mengikut kemajuan mereka dalam sesuatu mata pelajaran.

AKTIVITI PENGAYAAN

Aktiviti pengayaan biasanya terbahagi kepada 3 iaitu bacaan tambahan,kerja- kerja projek dan

permainan & rekreasi:

Bacaan Tambahan

* Kad-kad bacaan mengikut tajuk dan tema

* Buku pengetahuan dan cerita kanak-kanak

* Majalah pelajar

* Surat khabat / keratan

* Risalah-risalah

Kerja – kerja Projek

* Lawatan

* Melapor Peristiwa

* Menulis Cerita

* Membuat Zoo Mini Sekolah

* Mengumpul setem, gambar, keratan akhbar – Buku Skrap

* Mengadakan pameran bilik darjah

* Minggu Bahasa [ Kuiz, Teka Silang Kata ]

Permainan & Rekreasi.

Teka Silang Kata

Teka Benda

Teka Teki

Mencari Jalan Keluar

Menyambung Titik

Mencari tajuk kepada sesuatu gambar /cerita

Mencari benda tersembunyi

Meneka bunyi

Dam

Catur

Sahiba

Bingo

Ular dan Tangga

Jigsaw Puzzle

Bermain bentuk geometri

PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAYAAN

Aktiviti-aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan:

1. Dalam masa yang telah ditentukan setiap hari.

2. Selepas menjalankan aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran

3. Selepas menguasai sesuatu kemahiran atau sekumpulan kemahiran

4. Selepas menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran

BAHAN – BAHAN UNTUK AKTIVITI PENGAYAAN

Biasanya bahan – bahan untuk aktiviti pengayaan terbahagi kepada 3 bentuk seperti:

Ciri – ciri Bahan Pengayaan

Dapat mengukuh dan meningkatkan penggunan bahasa seperti penguasaan empat

kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Mempunyai rangsangan dan bahan yang menarik.

Memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi antara pelajar dengan pelajar,

pelajar dengan guru dan tindak balas pelajar dengan bahan.

Dapat merangsang pelajar bertidak balas secara aktif dan positif.

Melibatkan pelajar secara aktif sama ada dalam kumpulan atau kelas.

Mempunyai arahan dan peraturan yang jelas.

Mencabar dan menggalakkan pelajar untuk berfikir secara rasional dan kritis.

Permainan bahasa menyediakan aktiviti ke arah memupuk sikap-sikap positif seperti

bekerjasama,berdisiplin, dan berkepimpinan di kalangan pelajar.

KEPENTINGAN AKTIVITI PEMULIHAN

Kematangan mental pelajar rendah.

Pelajar yang di kesan untuk pemulihan adalah terdiri daripada pelajar – Pelajar yang

lembap di mana mereka kurang berkebolehan dalam memahami pelajaran dan

membina konsep. Mereka ini juga tidak mahir membaca dan kelemahan inilah yang

menyebabkan pencapaian mereka menjadi lemah.

Kematangan emosi yang berkurangan.

Kawalan dan seliaan guru amat penting bagi pelajar pemulihan di mana mereka

perlukan perhatian yang lebih untuk berjaya. Kedatangan mereka kesekolah adalah

kerana ada tekanan dan kecewa oleh sikap ibubapa. Pelajar ini akan keliru dan tidak

tahu apakah punca masalah mereka.

Pergaulan Sosial yang tidak matang.

Pelajar pemulihan kurang bergaul di sekolah dan j uga di rumah sehingga menjadikan

mereka kurang berpengalaman dalam pengurusan hidup dan tidak suka berkerjasama

dalam aktiviti kumpulan.

Kecacatan fizikal tubuh badan.

Tubuh badan pelajar – pelajar pemulihan biasanya mempunyai masalah kesihatan,

mereka memiliki mata yang rabun, kabur, tidak dapat mendengar dengan jelas dan yang

lebih teruknya cacat anggota tubuh badan.

Psikologi yang lemah.

Keupayaan pelajar pemulihan amat terbatas dari segi tumpuan dan ingatan, keadaan ini

turut melemahkan tahap proses menggambarkan dan pengamatan. Mereka juga tiada

kreativiti dan kemahiran di dalam menyelesaikan masalah.

KEPENTINGAN AKTIVITI PENGAYAAN

Membolehkan murid menjalani aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar

Menambahkan minat dan pengalaman yang boleh membantu kebolehan mereka

Menambahkan sifat ingin tahu arah perkembangan diri dan bakat mereka

Meningkatkan semangat berdikari

Meningkatkan kemahiran berfikir pembelajaran

Memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam unit pembelajaran yang sama.

Lebih mencabar dan boleh dijalankan oleh murid secara terarah kendiri.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulanya pendidikan pemulihan suatu aktiviti pengajaran dan

pembelajaran alternatif untuk membantu murid – murid yang menghadapi masalah di dalam

kelas.Ianya bertujuan untuk mengecilkan jurang perbezaan pencapaian di kalangan murid –

murid di dalam kelas dan mereka dapat belajar bersama –sama dalam suasana pembelajaran

yang lebih baik di dalam kelas biasa.

Manakala program pengayaan pula merupakan satu aktiviti yang banyak membantu

untuk cekap dan menguasai sesuatu pembelajaran dengan lebih bermakna.Jika aktiviti

pengayaan ini di jalankan dengan cara yang berkesan,murid akan dapat banyak manfaatnya.Ini

kerana mereka bukan sahaja didedahkan dengan pelbagai bahan dan aktiviti yang dapat

mengukuhkan pengetahuan sedia ada mereka malah mereka juga didedahkan dengan

pelbagai pengetahuan baharu yang boleh meningkatkan rasa minat dan lebih bermotivasi untuk

belajar.

RUJUKAN

1. http://www.slideshare.net/shyh193/kemahiran-pengukuhan

2. http://www.slideshare.net/NoorlydaAbdLatip/pengayaan-12615466#btnPrevious

3. http://salju-teratakkasih.blogspot.com/2012/02/pengurusan-murid.html

4. http://amirosyatibashah.blogspot.com/2011/12/bahasa-melayu-kemahiran-mendengar.html

5. http://www.docstoc.com/docs/73589042/Pemulihan_dan_pengayaan

6. http://www.slideshare.net/zabidah/pemulihan-dan-pengayaan

7. Mok Soon Sang,(2003). Siri Pendidikan Perguruan. Ilmu Pendidikan untuk KPLI(Sekolah

Rendah: Komponen1&2, Psikologi Pendidikan dan Pedagogi). Kumpulan BudimanSdn.Bhd

. Subang Jaya.

8. Pusat Perkembangan Kurikulum.(1997),Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia, KualaLumpur

REFLEKSI

Alhamdullilah ,setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t dan junjungan

Nabi Muhammad s.a.w, tugasan BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran

BahasaMelayu Sekolah Rendah ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk

yang telah dianugerahkan olehNya. Saya juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada

pensyarah pembimbing iaitu Puan Fatimah Binti Idris kerana banyak member bimbingan

semasa menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah mentor saya iaitu Encik

Izzat Bin Abdullah kerana member tunjuk ajar dan teguran dalam proses menyiapkan pelbagai

tugasan selain tugasan BMM 3106 ini.

Setelah hampir 20 tahun bergelar pendidik, saya berpendapat pendidikan pemulihan

dan pengayaan perlu dilaksanakan oleh setiap guru. Namun, kerap kali pemulihan dan

pengayaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Terdapat segelintir guru yang meminta murid cerdas, membimbing rakan sebaya untuk

menyiapkan latihan yang diberi oleh guru. Ini merupakan amalan yang baik kerana melalui

aktiviti tersebut murid-murid berpeluang mendalami dan meluaskan pengetahuan dan

pengalaman mereka dalam sesuatu tajuk yang telah diajar oleh guru. Biasanya di dalam satu-

satu bilik darjah, murid-murid boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan cerdas,

kumpulan sederhana dan kumpulan lambat. Murid-murid dalam kumpulan cerdas dan

sederhana menghadapi masalah pembelajaran kerana bosan dengan aktiviti yang tidak

setimpal dengan minat dan perkembangan mental mereka dan murid yang lambat pula akan

ketinggalan. Bagi memenuhi keperluan murid cerdas dan sederhana dan lambat, guru telah

menyediakan pendidikan pemulihan dan pengayaan sebagai aktiviti tambahan yang boleh

menarik minat dan mencabar serta mengukuhkan kebolehan mereka. Program pemulihan ialah

mengatasi masalah pembelajaran murid yang lambat manakala pengayaan ialah aktiviti

sekumpulan murid-murid yang menjalani pembelajaran pada tahap yang tinggi daripada

kumpulan murid yang sama usia.

Menghuraikan aspek pemulihan ini terutama aktiviti mendengar dan bertutur

mengingatkan saya akan betapa pentingnya murid –murid menguasai kemahiran ini selaras

dengan saranan Pusat Perkembangan Kurikulum ( 2003 ) yang menyediakan satu pendekatan

terancang dan berstruktur agar objektif pembelajaran dapat dicapai.Golongan pendidik seperti

saya amat perlu menitikberatkan minat dan kebolehan murid dalam menguasai kemahiran ini.

Bahan yang disediakan amat pratikal dan berfaedah untuk perkembangan murid –murid agar

keupayaan kognitif mereka dapat dipertingkatkan serta masalah buta huruf dapat diatasi.

Namun begitu terdapat cabaran-cabaran dalam melestarikan program pemulihan kepada

pelajar. Antara cabaran-cabaran tersebut ialah ketiadaan motivasi dan kesedaran serta malas

merupakan antara faktor utama masalah pembelajaran murid-murid tersebut. Cabaran yang

harus ditangani guru ialah bagaimana memotivasikan murid, memberi kesedaran tentang

kepentingan pelajaran dalam diri murid, membina kesungguhan murid dan memaksa murid

agar memaksa diri mereka untuk belajar cara belajar. Sesungguhnya murid lemah ini berasal

dari pelbagai latar belakang emosi dan sosial yang bercelaru dan keliru. Murid lemah bukan

hanya berkaitan masalah penglihatan, pendengaran, psikomotor dan lembab semata-mata.

Saya dapati ada di antara murid ini yang mengalami depresi, masalah psikologi, tiada hala tuju,

keliru, putus asa, kurang perhatian ibu bapa, tiada didikan agama dan sebagainya yang

berpunca daripada budaya di rumah, sikap ahli keluarga terutama ibu dan bapa dan pengaruh

luar seperti pengaruh rakan sebaya dan media massa khasnya yang berkaitan dengan

penyalahgunaan internet. Melaui kerja projek yang disediakan, amat menginsafkan saya

bahawa murid–murid yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah, amat memerlukan

perhatian dan bimbingan terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran yang

berlangsung di dalam kelas. Mereka juga ingin berjaya dan paling diharapkan murid–murid ini

mendapat peluang meneruskan pelajaran mereka seperti murid–murid biasa.

Begitu juga dengan aktiviti pengayaan, pada pendapat saya, pengayaan boleh

dijalankan secara individu atau berkumpulan. Aktiviti pengayaan yang dijalankan mestilah

menarik, mencabar dan bersesuaian dengan kebolehan, minat dan bakat murid yang berbeza-

beza. Jika pengayaan tidak dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, murid-

murid dari kumpulan cerdas dan sederhana akan berasa bosan, terhadap pelajaran kerana

aktiviti pembelajaran tidak sejajar dengan minat dan perkembangan mental mereka seterusnya

mencetuskan masalah disiplin. Situasi ini sering dilihat di semua sekolah yang pernah saya

berkhidmat. Murid-murid dari kumpulan cerdas dan sederhana tidak diberi aktiviti pengayaan

dalam pengajaran dan pembelajaran, sebaliknya disuruh senyap agar tidak mengganggu rakan-

rakan lain menyiapkan kerja. Situasi seperti ini tidak seharusnya berlaku. Sepatutnya, murid-

murid cerdas ini boleh diminta oleh guru untuk membantu rakan-rakan sebaya yang

menghadapi sedikit kesukaran dalam pembelajaran.

Oleh itu, adalah diharapkan dengan adanya program pemulihan dan pengayaan dalam

pengajaran dan pembelajaran, setiap murid bukan sahaja mengikuti suasana pembelajaran

yang lebih menarik dan menggembirakan tetapi juga, dapat mengembangkan aspek fizikal,

emosi, minat, kebolehan, daya cipta dan bakat individu secara menyeluruh. Setiap pelajar yang

telah menguasai aras masteri, mereka boleh meneruskan pembelajaran dengan mengikuti

aktiviti pengayaan seterusnya Berjaya menguasai kemahiran yang diajar sama seperti murid

lain.

Disediakan oleh

Saiyah Binti Achil

Sem 3 PPG BMD

Ambilan Februari 2012

No K/P : 670518106380

No Matriks : 2012191360070

Dalam satu pelajaran Bahasa Malaysia yang berfokuskan kemahiran mendengar dan

bertutur, Cikgu R mendapati enam orang anak muridnya yang tidak dapat menguasai

kemahiran tersebut, manakala ada antara muridnya dalam kelas yang sama, Berjaya

menguasai kemahiran itu dengan cemerlang.

Berdasarkan pelajaran itu, huraikan masalah pembelajaran kemahiran mendengar dan

bertutur yang dihadapi murid berkenaan, Jelaskan strategi pemulihan yang sesuai bagi

mengatasi masalah tersebut. Juga nyatakan strategi pengayaan yang sesuai bagi murid

yang Berjaya menguasai kemahiran itu dengan cemerlang.

Rancang dan binalah Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk tempoh satu jam

pengajaran Bahasa Malaysia yang lengkap dengan aktiviti pemulihan dan pengayaan.

Bahan bantu mengajar yang sesuai dengan aktiviti pemulihan dan pengayaan bagi

pelajaran hendaklah disertakan.

Sebagai guru, buatlah justifikasi kepentingan aktiviti pemulihan dan pengayaan dalam

memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah.